url
stringlengths
35
183
title
stringlengths
31
148
body
stringlengths
196
6.8k
https://jurnal-malaysia.com/syed-saddiq-tak-akan-letak-jawatan-kalau-nak-saya-kosongkan-kerusi-cermin-diri-dulu/
Syed Saddiq Tak Akan Letak Jawatan – “Kalau Nak Saya Kosongkan Kerusi, Cermin Diri Dulu”
Ahli Parlimen Muar,Syed Saddiq Syed Abdul Rahmanmenegaskan beliau tidak akan meletakkan jawatan meskipun menerima tekanan susulan tindakannya keluar daripada Kerajaan Perpaduan.Sebaliknya, tegas Syed Saddiq, pihak yang memberi tekanan itu perlu ‘cermin diri’ dahulu sebelum berkata demikian.“Kalau nak saya kosongkan kerusi (Parlimen), cermin diri sendiri dahulu. “Mereka yang menjanjikan kepada rakyat dan dipilih oleh rakyat mendapat mandat oleh rakyat berdasarkan platform integriti, melawan rasuah, tidak boleh gugurkan kes. Sebab itu mereka dipilih.“Kalau mereka berani, pergi balik kepada rakyat, adakah mereka akan dipilih?“Kalau sebelum PRU mereka janjikan ‘menang kita gugurkan kes’, mereka akan dipilih atau tidak?” katanya dalam sidang media di Parlimen pada Isnin.Syed Saddiq dalam pada itu turut memberi respons berhubung kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said yang mendakwa kerajaan ketika ini adalah kerajaan ‘walk the talk’.Sebaliknya, dakwa Syed Saddiq, kerajaan ketika ini tidak mengotakan janji kepada rakyat dan Ahli Parlimen pembangkang.“Saya dengar kerajaan ini kerajaan ‘walk the talk’, terbukti kerajaan ini ‘NATO, No Action Talk Only’… kata nak isytihar harta, dah lapan bulan tidak isytihar lagi.“Nak berikan peruntukan yang adil, selepas beberapa bulan kosong ringgit.“Kata nak lawan rasuah, tak nak gugurkan kes, masih berulang lagi, masih gugurkan juga,” katanya lagi. – JURNALSumber:ASTRO AWANI
https://jurnal-malaysia.com/penunggang-motosikal-tular-rempuh-anggota-jpj-sudah-direman-ada-8-rekod-dadah-dan-jenayah/
Penunggang Motosikal Tular Rempuh Anggota JPJ Sudah Direman, Ada 8 Rekod Dadah Dan Jenayah
Penunggang motosikal yang dipercayai merempuh anggota penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ketika menjalankan tugas Sekatan Jalan Raya (SJR), direman selama empat hari bermula hari ini.Ketua Polis Daerah Port Dickson,Superintenden Aidi Sham Mohamedberkata, perintah reman susulan kejadian kira-kira pukul 11 pagi semalam di Kilometer 28 Lebuhraya Seremban-Port Dickson itu adalah sehingga 21 September ini.Perintah reman dikeluarkan Majistret Mahkamah Majistret Port Dickson, Uthman Abd Ghani.Dalam kejadian berkenaan, suspek yang menunggang sebuah motosikal jenis Yamaha Y125ZR dikatakan cuba melanggar sekatan jalan raya sebelum merempuh anggota JPJ, Muhammad Nur Hakim Mohd Razip hingga menyebabkannya cedera.Anggota berkenaan dihantar ke Hospital Port Dickson untuk mendapat rawatan dan dirawat sebagai pesakit luar.Semalam, Aidi Sham berkata, suspek berusia 25 tahun mempunyai lapan rekod membabitkan dadah dan jenayah, selain tidak mempunyai lesen memandu manakala cukai jalan tamat tempoh sejak 2012.“Kes disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah untuk menakutkan penjawat awam,” katanya. – JURNALSumber:KOSMO! ONLINE
https://jurnal-malaysia.com/pm-akan-jawab-isu-dnaa-zahid-di-parlimen-esok-azalina-othman/
“PM Akan Jawab Isu DNAA Zahid Di Parlimen Esok” – Azalina Othman
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahimakan menjawab segala persoalan mengenai keputusan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, di Parlimen, esok.Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said di Dewan Rakyat pada Isnin.Azalina berkata, sesi itu berkemungkinan akan mengambil tempat pada jam 2.30 petang.“(Ahli Parlimen) Kota Bharu bertanyakan sama ada Perdana Menteri akan menjawab sebab tuan badan ada di sini, buat bagi tangan ‘good’ itu dia (Anwar) akan jawab esok Insya-Allah jam 2.30 hingga 3 petang.“Jadi soalan-soalan itu boleh tanya kepada Perdana Menteri, tetapi komitmen daripada kita akan menentukan bahawa kita perlu berlaku adil,” katanya ketika PM Anwar memasuki Dewan Rakyat. – JURNALSumber:ASTRO AWANI
https://jurnal-malaysia.com/sampai-dari-jeddah-ebit-lew-terus-buat-laporan-polis-fitnah-melampau-dan-tidak-berasas/
Sampai Dari Jeddah, Ebit Lew Terus Buat Laporan Polis – “Fitnah Melampau Dan Tidak Berasas…”
Dakwa difitnah, pendakwah popularEbit Lewtampil membuat laporan polis.Ebit atau namanya Ebit Irawan Ibrahim Lew membuat laporan di Balai Polis USJ 8, Subang Jaya, Selangor.Perkara tersebut dikongsi Ebit menerusi laman sosial Instagram (IG)nya.“Bismillah. Baru sampai dari Jeddah (Arab Saudi) 12 malam tadi terus ke Balai Polis buat report (laporan) mengenai fitnah-fitnah melampau yang langsung tidak berasas ke atas saya. Saya serahkan pihak polis untuk mengambil tindakan.“Saya juga menyerahkan kepada pihak peguam saya untuk tindakan selanjutnya” katanya.Ebit bagaimanapun tidak menyatakan secara terperinci mengenai butiran laporan itu. Bagaimanapun, hantarannya itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.Kontroversi membabitkan Ebit, baru-baru ini tercetus selepas seorang wanita bertatu membuat pendedahan menerusi podcast penyanyi rap, Caprice, yang mendakwa mengenai sikap sebenar pendakwah berkenaan.Pendedahan berani wanita berkenaan dipercayai menyebabkan ramai membuat andaian dan tuduhan terhadap Ebit.Video podcast berkenaan turut tular di media sosial hingga meraih tontonan tinggi. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/keretapi-sarong-2023-sukses-hidangan-panas-dalam-mas-dipulih-berperingkat-himpunan-selamatkan-malaysia-tidak-patuh-akta/
Keretapi Sarong 2023 Sukses! | Hidangan Panas Dalam MAS Dipulih Berperingkat | Himpunan Selamatkan Malaysia Tidak Patuh Akta
SOROTAN MENARIK HUJUNG MINGGU1.Maklumat Tidak Lengkap, Polis Tolak Permohonan Penganjur Himpunan Selamatkan Malaysia2.Tragedi Elmina: Juruterbang Cukup Rehat, Tiada Masalah Kesihatan3.Lesen Tamat Tempoh, Tiada Insurans Penghantar Makanan Viral Jalan Kaki Dihadap Ke Mahkamah Disember Ini4.“Bukan Isu Besar, Tak Ada Tauliah…Tak Payah Bagi Ceramah” – Kazim Elias5.DNAA Zahid: PM Anwar Tak Tolak Kemungkinan Beri Penjelasan Di Dewan Rakyat6.“Pilih 16 September Untuk Himpunan Aman Selamatkan Malaysia, Tak Hormat Sambutan Hari Malaysia” – Saifuddin7.[V] “Syukur, Allah Selamatkan Saya, Ia Sebenarnya Boleh Sebabkan Kecederaan Serius…” – Azizulhasni Awang8.“Himpunan Selamatkan Malaysia Tidak Patuh Akta Perhimpunan Aman 2012” – Ketua Polis KL9.“Hidangan Panas Dalam Penerbangan MAS Sudah Dipulihkan Secara Beransur-ansur” – Anthony Loke10.[V] Lupakan Politik! Lebih 10,700 Sertai Keretapi Sarong 2023 Sempena Hari Malaysia Di Dataran Merdeka
https://jurnal-malaysia.com/v-lupakan-politik-lebih-10700-sertai-keretapi-sarong-2023-sempena-hari-malaysia-di-dataran-merdeka/
[V] Lupakan Politik! Lebih 10,700 Sertai Keretapi Sarong 2023 Sempena Hari Malaysia Di Dataran Merdeka
Lebih 10,700 membanjiri Dataran Merdeka bagi menjayakan program Keretapi Sarong 2023 (KS2023) bersempena sambutan Hari Malaysia 2023, pada Sabtu.Bertemakan ‘Memperkasa Semangat Perpaduan Menerusi Kepelbagaian Etnik Rakyat Malaysia,’ acara yang memasuki tahun ketujuh penganjuran itu bertujuan untuk menjadi platform mempromosikan perpaduan Malaysia dalam semangat masyarakat majmuk dalam meraikan Hari Malaysia pada setiap tahun.View this post on InstagramA post shared by JURNAL (@jurnal.malaysia)Pengarah Program KS2023, Shamsul Bahrin Zainuzzaman berkata, tema Etnik dipilih tahun ini kerana rakyat Malaysia menghargai perbezaan dan berbangga dengan identiti kebersamaan.Pengarah Program KS2023, Shamsul Bahrin Zainuzzaman“Acara ini bukan hanya sambutan meraikan akar budaya kita tetapi juga bukti kekuatan dan perpaduan kita bersama. Sama ada anda merayakan warisan Melayu, Cina, India, atau pribumi, biarkan pakaian etnik atau Sarong anda menjadi representasi akar budaya dan perpaduan dalam kepelbagaian.“Seiring dengan sambutan tahun ketujuh berturut-turut dan semangat kebangsaan konsep Malaysia Madani yang dicetuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, tema ikonik dan unik ini diharapkan akan terus memangkin usaha semua pihak untuk terus mempromosikan budaya penyatuan yang dibawakan oleh acara Keretapi Sarong ini.“Kami teguh percaya bahawa mengetengahkan tema etnik di tengah-tengah perpaduan Malaysia adalah bukti kekayaan budaya negara ini dan komitmennya untuk meraikan kepelbagaian dengan semangat harmoni yang lebih utuh lagi,” katanya ketika ditemui.Menurutnya, dia menganggarkan 30 peratus yang hadir memakai pakaian tradisional Sarong dan etnik daripada pelbagai suku Sabah dan Sarawak.Lebih membanggakan, program anjuran LOCCO iaitu organisasi yang membantu mempromosikan aktiviti kebudayaan menerusi penganjuran Keretapi Sarong sejak 2017 itu berlangsung serentak di lima bandar utama seperti Johor Baharu (sepanjang Sungai Segget), Kota Bharu (LaRocka Park, Tunjong Kota Bharu, Kelantan), Ipoh (KTMB Ipoh), dan Kuala Terengganu (Kampung Budaya Terengganu), serta di London, United Kingdom (Battersea Power Station sebagai destinasi akhir).Sambutan unik dan bertenaga dapat dilihat di pelbagai bandar dan stesen seperti Putrajaya Sentral (KLIA Transit), Subang Jaya (LRT), Bandar Utama (MRT), Ampang (LRT), Gombak (LRT), Kajang (MRT) dan KL Sentral (LRT), menjanjikan hari yang penuh dengan budaya, perpaduan, dan keseronokan.Antara aktiviti menarik lain yang tersedia sepanjang KS2023 adalah Kuih Piknik X Keretapi Sarong (oleh Media Prima Berhad), Sejarah Sarong, Sarong Serantau, Segar Sarong dan Stail Sekarang.Bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan, Seni, dan Kebudayaan (MOTAC), Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara (JKKN), dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), KS2023 tahun ini turut mendapat sokongan Rakan Kerjasama Utama, Rapid KL. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/hidangan-panas-dalam-penerbangan-mas-sudah-dipulihkan-secara-beransur-ansur-anthony-loke/
“Hidangan Panas Dalam Penerbangan MAS Sudah Dipulihkan Secara Beransur-ansur” – Anthony Loke
Menteri Pengangkutan,Anthony Loke Siew Fookmemaklumkan hidangan makanan panas di dalam penerbanganMalaysia Airlines (MAS)sudah dikembalikan secara beransur-ansur.Berpeluang menggunakan perkhidmatan penerbangan tersebut hari ini, Loke memuat naik tentang hidangan terkini yang disediakan.Loke mengambil penerbangan MAS ke Kuching untuk menghadiri mesyuarat Jemaah Menteri dan seterusnya menghadiri sambutan Hari Malaysia pada malam ini.“Untuk makluman, hidangan makanan panas sudah dikembalikan secara beransur-ansur untuk beberapa sektor termasuk KL-Kuching selepas peralatan tambahan untuk penyediaan makanan in-flight diterima oleh pihak Malaysia Airlines.“Sudah tentu, hidangan “signature” MH iaitu satay juga disediakan untuk kelas perniagaan.“Segala kesulitan yang masih dihadapi dalam penerbangan-penerbangan lain amatlah dikesali dan pihak Malaysia Airlines akan berusaha untuk memulihkan keadaan secara sepenuhnya secepat mungkin,” katanya.Terdahulu Malaysia Airlines Bhd menyasar untuk memulihkan sepenuhnya perkhidmatan hidangan makanan lengkap menjelang pertengahan November tahun ini.Syarikat penerbangan nasional itu berkata, pengembalian semula perkhidmatan makanan panas di laluan domestik dan antarabangsanya yang terjejas akibat peralihan katering baru-baru ini dipulihkan dengan ketibaan 10 trak lif tinggi baharu lebih awal daripada jadual.Ia sebelum ini menjangka akan mengembalikan semula tawaran makanan dan minuman panas (F&B) untuk semua penerbangannya mulai minggu ketiga September.“Malaysia Airlines menjangkakan ketibaan 10 lagi lif tinggi dalam bulan-bulan mendatang, sambil meningkatkan dan memperhalusi komponen makanan pra-pembungkusan secara proaktif dalam tempoh sementara,” katanya dalam satu kenyataan.Malaysia Airlines berkata, trak lif tinggi adalah bahagian penting dalam keseluruhan proses hidangan makanan dalam pesawat syarikat penerbangan dengan memastikan standard kualiti dan keselamatan makanan terjamin.Ia berkata, syarikat penerbangan itu akan memastikan bahawa troli makanan berada pada suhu yang betul, mengekalkan kesegaran makanan panas dan ambien, di samping mengekalkan amalan ketat sepanjang proses.Sejak 11 September lalu, Malaysia Airlines telah memperkenalkan semula hidangan panas ringkas untuk penumpang Kelas Perniagaan di laluan Bangkok dan Denpasar.Sementara itu, penumpang yang melakukan perjalanan ke destinasi Asia Selatan, Asia Utara dan Australia yang lain akan terus menerima makanan panas yang dipermudahkan di atas kapal.Pada 1 September lalu, Malaysia Airlines memperkenalkan tawaran makanan dalam penerbangan yang disemak semula pada laluan yang sebelum ini disediakan oleh bekas penyedia kateringnya.Ia termasuk kacang tanah dan minuman khas, minuman dalam kotak sedia untuk dibawa dengan pastri, coklat, biskut dan minuman yang siap dibungkus atau makanan panas dalam bekas pakai buang dihidangkan dalam dulang yang dipermudahkan.Kontrak katering yang lama terjalin antara MAB dan Brahim’s Food Services (BFS) berakhir pada 31 Ogos 2023 selepas rundingan meluas antara kedua-dua pihak sejak suku keempat 2022 tidak menghasilkan perjanjian yang baik. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/himpunan-selamatkan-malaysia-tidak-patuh-akta-perhimpunan-aman-2012-ketua-polis-kl/
“Himpunan Selamatkan Malaysia Tidak Patuh Akta Perhimpunan Aman 2012” – Ketua Polis KL
Polis akan memanggil sesiapa sahaja untuk siasatan berkenaan Himpunan Selamatkan Malaysia yang diklasifikasikan sebagai tidak patuh selepas dilaksanakan di ibu negara pada Sabtu.Ketua Polis Kuala Lumpur,Datuk Allaudeen Abdul Majidberkata, himpunan itu bermula di Masjid Jamek Kampung Baru kira-kira jam 1.15 petang dan berakhir pada jam 3.30 petang di hadapan pusat beli-belah Sogo membabitkan 16 ucapan individu.Menurutnya, polis telah mengambil tindakan dalam memudahcarakan perhimpunan dan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.“Saya menekankan perkara ini dan pihak polis sebagai penguatkuasa undang-undang.Jadi kita berpandukan undang-undang iaitu Akta Perhimpunan Aman 2012 yang menggariskan perkara yang perlu dipatuhi oleh polis dan penganjur khususnya Seksyen 9, 10 dan 11.“Mengikut Seksyen 9, penganjur perlu berikan pemakluman dan ia ditetapkan dalam akta terbabit,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada Sabtu.Kredit foto: Harian MetroBeliau berkata, dalam borang pemakluman ini, penganjur perlu menyatakan kebenaran pemilik tanah dan sebagainya dan perlu disertakan kebenaran terbabit.Katanya, polis ada tanggungjawab besar perlu memberi maklum balas selain mendapatkan pandangan penduduk dan pemilik harta sebelum program terbabit dilaksanakan.“Pemakluman ini mengikut akta yang ditetapkan, bukan surat biasa.“Buat masa ini perhimpunan ini tidak patuh akta dan kita akan lihat kembali apa tindakan susulan yang wajar kita ambil,” ujarnya.Tambah Allaudeen, dianggarkan seramai 800 hingga 850 peserta hadir dalam himpunan terbabit.Kredit foto: Utusan Malaysia“Kita akan panggil sesiapa sahaja yang boleh membantu dalam siasatan dan bukan tertakluk kepada 16 orang yang berucap di himpunan terbabit sahaja.“Polis juga ada menerima satu laporan polis semasa himpunan terbabit dan akan diklasifikasi selepas meneliti laporan terbabit,” jelasnya. – JURNALSumber: SINAR HARIAN
https://jurnal-malaysia.com/v-syukur-allah-selamatkan-saya-ia-sebenarnya-boleh-sebabkan-kecederaan-serius-azizulhasni-awang/
[V] “Syukur, Allah Selamatkan Saya, Ia Sebenarnya Boleh Sebabkan Kecederaan Serius…” – Azizulhasni Awang
Jaguh berbasikal trek negara,Datuk Azizulhasni Awangberdepan detik cemas apabila terbabit dalam kemalangan ketika menjalani sesi latihan di Velodrom Nasional di Nilai, Negeri Sembilan pagi tadi.Dalam laman sosial Instagram miliknya, Azizulhasni berkongsi satu rakaman video berdurasi 36 saat beliau terjatuh ketika sedang memecut dalam usaha mengejar motosikal di hadapannya.“Sekadar berkongsi dengan semua yang saya terbabit dengan kemalangan kelajuan tinggi ketika sesi latihan disebabkan kegagalan mekanikal.View this post on InstagramA post shared by Azizul | Awang (@azizulhasniawang)“Kemalangan berlaku di selekoh pertama velodrom ketika saya memecut bagi mengejar motosikal di hadapan saya.“Saya bersyukur kemalangan ini tidak mengakibatkan perkara lebih buruk. Ia sebenarnya boleh mendatangkan kecederaan yang serius.“Sebarang kemalangan yang berlaku dalam situasi ini bukan bahan jenaka. Alhamdulillah… Allah selamatkan saya,” kata Azizulhasni dalam hantaran tersebut.Insiden itu pastinya mengejutkan ramai pihak memandangkan Azizulhasni kini dalam persiapan akhir menjelang Sukan Asia Hangzhou 2022 di China yang bakal bermula 23 September ini. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/pilih-16-september-untuk-himpunan-aman-selamatkan-malaysia-tak-hormat-sambutan-hari-malaysia-saifuddin/
“Pilih 16 September Untuk Himpunan Aman Selamatkan Malaysia, Tak Hormat Sambutan Hari Malaysia” – Saifuddin
Menteri Dalam NegeriDatuk Seri Saifuddin Nasution Ismailmenyifatkan tindakan memilih tanggal 16 September ini untuk mengadakan ‘Himpunan Aman Selamatkan Malaysia’, sebagai tidak menghormati sambutan Hari Malaysia, yang signifikan dan sarat dengan semangat saling hormat dan kepatuhan kepada undang-undang.Beliau berkata pemilihan tarikh itu, jelas menunjukkan rasa tidak hormat terhadap amalan hidup toleransi dan perpaduan antara kaum dan agama di negara ini.“Mereka juga tidak menghormati kelompok daripada rakan-rakan kita di Sabah, Sarawak, yang mana tarikh itu amat penting sekali kepada mereka.“Sebaiknya jangan pilih 16 September kerana itu tarikh sambutan Hari Malaysia,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Antipemerdagangan Orang 2023.Beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) tahu mengenai perhimpunan itu dan akan bertindak mengikut undang-undang.Media melaporkan ‘Himpunan Aman Selamatkan Malaysia’ yang dijadualkan Sabtu ini, akan bermula dari Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur. -JURNALSumber: BERNAMA
https://jurnal-malaysia.com/dnaa-zahid-pm-anwar-tak-tolak-kemungkinan-beri-penjelasan-di-dewan-rakyat/
DNAA Zahid: PM Anwar Tak Tolak Kemungkinan Beri Penjelasan Di Dewan Rakyat
Datuk Seri Anwar Ibrahimtidak menolak kemungkinan untuk memberikan penjelasan di Dewan Rakyat berhubung keputusan mahkamah melepas tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, baru-baru ini.Ia susulan gesaan Ahli Parlimen Pasir Gudang daripada Pakatan Harapan (PH), Hassan Abdul Karim yang mencadangkan Anwar memberi penjelasan di Dewan Rakyat mengenai perkara berkenaan pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT).“Mungkin, insya-Allah,” kata Perdana Menteri secara ringkas ketika ditanya berhubung gesaan tersebut, di sini pada Jumaat.Hassan ketika sesi perbahasan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat pada Khamis menegaskan, langkah itu penting bagi membolehkan Ahli Parlimen sama ada di pihak kerajaan atau pembangkang mendapat penjelasan sebenar.Sebelum ini, Perdana Menteri menegaskan, beliau tidak pernah campur tangan dalam kes mahkamah melibatkan Ahmad Zahid.Malah Anwar juga berkata beliau tidak memberi arahan kepada bekas Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, berkaitan permohonan menghentikan prosiding yang mendorong kepada keputusan mahkamah melepas tanpa membebaskan terhadap Ahmad Zahid daripada 47 pertuduhan.Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah pada 4 September lepas telah melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid, 70, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) daripada kesemua 47 pertuduhan membabitkan dana Yayasan Akalbudi.Media melaporkan keputusan itu dibuat selepas Collin membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar, yang memaklumkan bahawa Jabatan Peguam Negara ingin memberhentikan semua prosiding terhadap Ahmad Zahid pada peringkat ini. – JURNALSumber:ASTRO AWANI
https://jurnal-malaysia.com/bukan-isu-besar-tak-ada-tauliahtak-payah-bagi-ceramah-kazim-elias/
“Bukan Isu Besar, Tak Ada Tauliah…Tak Payah Bagi Ceramah” – Kazim Elias
Penceramah agama perlu akur dan menghormati arahan pihak berkuasa negeri berhubung kebenaran berceramah dan mendapatkan pentauliahan.Pendakwah terkemuka,Datuk Mohammad Kazim Eliasberkata, perkara itu bukanlah satu isu besar kerana merupakan ketetapan asas yang sudah termaktub dalam peraturan negeri masing-masing.Beliau yang telah berkecimpung selama 33 tahun sebagai pendakwah mengakui, turut tidak dibenarkan mengadakan ceramah di beberapa negeri dengan alasan tidak mempunyai pentauliah di negeri tersebut.“Terimalah hakikat bahawa kita ada peraturan dan kita patuh pada peraturan, ibaratnya lesen untuk ceramah adalah pentauliahan, jika tiada tauliah kita diam sahajalah.“Saya rakyat Perak jika dibenarkan hanya berceramah di Perak, maka di sini sahajalah. Saya tak perlu nak kecil hati kalau tak dibenarkan ceramah di negeri lain, kita pergi ceramah yang benarkan kita ceramah sahaja,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima watikah pelantikan sebagai Tokoh Agama Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Perak 2023-2025 di Pusat Pendidikan Al-Barakah di Manjoi, pada Jumaat.Hadir sama, Pengerusi Perkim Perak, Datuk Mohd Najmuddin Elias.Mohammad Kazim turut menyuarakan sokongan terhadap usaha Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) yang membuat penambahbaikan terhadap garis panduan permohonan penceramah dan pengajar di negeri ini.Katanya, langkah awal yang dibuat dengan mengeluarkan arahan penangguhan sesi mengajar dan bersyarah oleh semua penceramah agama termasuk dari luar negara bermula Ogos lalu adalah tepat untuk penyusunan semula.“Sebenarnya arahan seperti ini sudah didahului jabatan agama negeri lain hampir empat tahun lalu, jadi apa yang Perak buat ini bagi saya tiada apa-apa isu pun.“Cuma kita harap, jabatan agama dan jabatan mufti dapat buat yang terbaik (garis panduan) sebab ada juga negeri yang membuka luas kehadiran penceramah luar selagi mana mereka tidak menyimpang daripada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah,” katanya.Pada 23 Ogos lalu, JAIPk menangguhkan sementara kebenaran mengajar dan bersyarah oleh semua penceramah agama berkuat kuasa serta-merta membabitkan semua masjid, surau diri Jumaat dan surau yang berdaftar dengan jabatan itu.Penangguhan dilakukan bagi memberi laluan Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam Negeri Perak membuat penyusunan semula konsep dakwah agar selari dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Aliran Asyairah dan Maturidiah. – JURNALSumber:SINAR HARIAN
https://jurnal-malaysia.com/lesen-tamat-tempoh-tiada-insurans-penghantar-makanan-viral-jalan-kaki-dihadap-ke-mahkamah-disember-ini/
Lesen Tamat Tempoh, Tiada Insurans Penghantar Makanan Viral Jalan Kaki Dihadap Ke Mahkamah Disember Ini
Penghantar makanan (rider p-hailing) yang tular di media sosial berjalan kaki sambil menggalas beg makanan selepas motosikalnya disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan didakwa di Mahkamah Majistret Seremban pada bulan Disember nanti.Pengarah JPJ Negeri Sembilan,Hanif Yusabra Yusufberkata, lelaki berusia 26 tahun itu diperintahkan hadir ke Mahkamah Majistret Seremban pada 18 Disember depan.Semalam media melaporkan, JPJ mengesahkan sitaan terhadap motosikal milik penghantar makanan tersebut berikutan lesen kenderaan itu telah tamat tempoh sejak Februari lalu dan tiada insurans.Tindakan menyita motosikal dilakukan JPJ atas tujuan menjaga keselamatan penunggang itu sendiri dan pengguna jalan raya lain kerana tidak dilindungi insurans. – JURNALSumber: KOSMO!
https://jurnal-malaysia.com/tragedi-elmina-juruterbang-cukup-rehat-tiada-masalah-kesihatan/
Tragedi Elmina: Juruterbang Cukup Rehat, Tiada Masalah Kesihatan
Laporan kesihatan melibatkan nahas pesawat Hawker Beechcraft 390 Premier 1 berhampiran Elmina, Shah Alam pada 17 Ogos lalu mendapati, kedua-dua juruterbang mempunyai rehat yang cukup sebelum penerbangan berlepas dari Langkawi.Mereka juga tidak mempunyai masalah kesihatan serius berdasarkan sejarah kesihatan dan pemeriksaan fizikal, sekali gus mengenepikan faktor kesihatan dan psikologi sebagai punca nahas.Berdasarkan laporan itu juga, juruterbang (PIC) iaitu Shahrul Kamal Roslan, 41, dan pembantu juruterbang (SIC), Heikal Aras Abdul Azim, 45, memegang sijil perubatan yang sah dari Penerbangan Persekutuan Pentadbiran (FAA) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).“PIC berjaya memperoleh sijil perubatan kelas pertama dari FAA dan memenuhi piawaian penglihatan pada semua jarak yang diperlukan pada 24 Mac 2023. Beliau secara serentak memegang sijil perubatan CAAM yang sah dari 6 Disember 2022 hingga 31 Disember 2023.“Semakan sijil perubatan dan sokongan dokumen menunjukkan bahawa PIC tiada kebimbangan perubatan yang signifikan dan menghadiri pemeriksa perubatan yang ditetapkan (DME).“Berdasarkan sejarah dan pemeriksaan fizikal yang ada, juruterbang ini tidak mempunyai sejarah perubatan yang boleh menimbulkan bahaya yang signifikan kepada keselamatan penerbangan,” menurut laporan berkenaan yang dimuat naik di laman sesawang Kementerian Pengangkutan pada Jumaat.Laporan kesihatan itu turut menyebut bahawa pembantu juruterbang juga berjaya memperoleh sijil perubatan kelas pertama dari FAA pada 24 Julai 2023 dan memegang sijil perubatan CAAM yang sah dari 15 September 2022 hingga 30 September 2023.Semakan sijil perubatan dan sokongan dokumen juga menunjukkan bahawa tiada kebimbangan perubatan yang signifikan pada SIC dan beliau menghadiri DME bagi pemeriksaan fizikal. – JURNALSumber:SINAR HARIAN
https://jurnal-malaysia.com/maklumat-tidak-lengkap-polis-tolak-permohonan-penganjur-himpunan-selamatkan-malaysia/
Maklumat Tidak Lengkap, Polis Tolak Permohonan Penganjur Himpunan Selamatkan Malaysia
Polis menolak notis pemakluman penganjur Himpunan Selamatkan Malaysia kerana maklumat dikemukakan tidak lengkap.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman,Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zainberkata, penganjur tidak menepati syarat mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.“Mereka tidak menyatakan butiran penting seperti nama penganjur perhimpunan serta lokasi tempat berhimpun.“Bagaimanakah perkara penting seperti ini tidak diambil peduli oleh pihak penganjuran yang terdiri daripada individu berpengalaman dalam mengadakan demonstrasi sebelum ini,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, pada Khamis.Ketika ditanya mengenai perhimpunan balas oleh satu kumpulan dikenali Baju Merah, Mohd Shuhaily berkata, semua pihak yang ingin berhimpun harus tahu bahawa mereka harus menyerahkan notis pemakluman kepada polis lima hari sebelum berhimpun.“Mereka perlu menyatakan di mana lokasi mereka akan berhimpun serta nama pihak penganjur dan sehingga hari ini tiada sebarang notis diterima dan risikan mendapati lokasi himpunan mereka berubah dari masa ke masa.“Risikan terbaru kami mendapati ianya akan diadakan di sebuah masjid di Kampung Baru, di sini,” katanya.Mohd Shuhaily berkata, ketiadaan sebarang pengesahan yang jelas dari penganjur boleh membawa kepada pelbagai masalah termasuk kesulitan kepada pengguna jalan raya dan orang awam.“Kita berharap penganjur dapat lebih bertanggungjawab dalam isu ini dan pihak polis belum lagi berada dalam tahap untuk mendapatkan perintah mahkamah bagi menghalang pihak tertentu daripada berada di mana-mana kawasan tertentu.“Kami tidak mahu bertindak keterlaluan, kami akan menyediakan keanggotaan bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara,” katanya.Katanya, penganjur tahu tentang implikasi undang-undang dan ini bukan kali pertama bagi mereka terbabit dalam perhimpunan. – JURNALSumber:SINAR HARIAN
https://jurnal-malaysia.com/aisar-khaled-kena-kecam-belikan-rider-motor-pn-alu-alukan-syed-saddiq-zaiza-mengaku-tidak-bersalah-pukul-isteri/
Aisar Khaled Kena Kecam Belikan Rider Motor | PN Alu-alukan Syed Saddiq | Zaiza Mengaku Tidak Bersalah Pukul Isteri
SOROTAN MENARIK KHAMIS 14/09/20231.“Netizen Kata Saya Berjalan Sejauh 4 km Tanpa Arah, Itu Tak Benar…” – Penunggang P-Hailing2.McDonalds X NewJeans, Ayuh, Sahut Cabaran Sertai #McDChickenDance!3.[V] Belikan Rider Motor Baru, Aisar Khaled Dituduh Ambil Peluang Buat Content – “Baik Settlekan Roadtax, Insurans Dia…”4.Mencederakan Dan Memukul Isteri, Zaiza Zainal Abidin Mengaku Tidak Bersalah5.Polis Masih Belum Terima Permohonan Permit, Himpunan Aman Selamatkan Malaysia Tetap Diteruskan6.PN Alu-alukan Kedatangan Syed Saddiq Bersama Mereka
https://jurnal-malaysia.com/pn-alu-alukan-kedatangan-syed-saddiq-bersama-mereka/
PN Alu-alukan Kedatangan Syed Saddiq Bersama Mereka
Perikatan Nasional (PN), mengalu-alukan penyertaan Ahli Parlimen Muar,Syed Saddiq Syed Abdul Rahmansekiranya beliau mahu menyertai parti itu.Menurut Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, pihaknya terbuka menerima mana-mana ahli parlimen untuk bersama dalam PN terutama yang berprinsip.Katanya, ahli parlimen wajar diberi peluang untuk mengemukakan ketegasan walaupun mereka duduk dalam kerajaan.Selain Syed Saddiq, Tuan Ibrahim turut mengalukan ahli parlimen lain yang kecewa dengan pemerintahan.Dalam pada itu, Tuan Ibrahim turut menafikan memberikan tawaran kedudukan kepada Saddiq. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/polis-masih-belum-terima-permohonan-permit-himpunan-aman-selamatkan-malaysia-tetap-diteruskan/
Polis Masih Belum Terima Permohonan Permit, Himpunan Aman Selamatkan Malaysia Tetap Diteruskan
Walaupun pihak Polis Kuala Lumpur belum menerima sebarang notis pemakluman berhubung penganjuran perhimpunan yang bakal diadakan Sabtu ini, pihak penganjur akan tetap meneruskannya.Himpunan Aman Selamatkan Malaysia dijadualkan berlangsung pada Sabtu ini di Kampung Baru, Kuala Lumpur.Himpunan itu dianjurkan oleh Sekretariat Gerakan Selamatkan Malaysia yang dibentuk menggabungkan parti politik, NGO dan individu dalam usaha mengembalikan semula integriti dan maruah negara yang tercalar akibat pengguguran kes rasuah Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi.Sehubungan dengan itu, sekretariat mengajak orang ramai berhimpun bermula dengan solat Zohor di Masjid Kampung Baru, memakai baju putih dan membawa bendera Malaysia.“Himpunan yang akan turut dihadiri oleh pimpinan utama parti politik dan NGO akan bermula sejurus selepas itu,” katanya.Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur Allaudeen Abdul Majid dilaporkan berkata, pihaknya belum menerima sebarang permohonan berhubung penganjuran perhimpunan tersebut.Katanya, mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012, permohonan permit perlu dibuat sekurang-kurangnya lima hari sebelum tarikh perhimpunan.Sementara itu, mempertikaikan permohonan permit yang perlu dibuat, Ahli Parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari di Dewan Rakyat Selasa lepas meminta kerajaan mempermudah urusan penganjuran perhimpunan tersebut.Setakat ini, polis menerima enam laporan berhubung perkara itu dengan keterangan lima individu dirakam, termasuk Ahmad Fadhli dan Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/mencederakan-dan-memukul-isteri-zaiza-zainal-abidin-mengaku-tidak-bersalah/
Mencederakan Dan Memukul Isteri, Zaiza Zainal Abidin Mengaku Tidak Bersalah
Anak kepada bekas jurulatih bola sepak kebangsaan, Datuk Zainal Abidin Hassan iaituMohd Zaizamengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Sepang, Selangor, atas pertuduhan mencederakan dan memukul bekas isterinya, Suzur Sofia Smeth Jaya.Zaiza, 37, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Muhammad Bukhori Md Ruslan.Dia dituduh di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.Bekas pemain bola sepak Pahang FC itu didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Sofia, 32, di kediaman wanita itu di Cyberjaya pada pukul 10 malam, 25 Februari lalu.Tertuduh yang diwakili peguam Johan Ariff Salim Khan mengangguk faham dan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dibacakan terhadapnya.Majistret membenarkan tertuduh diikat jamin dengan wang jaminan RM5,000 dan seorang penjamin dengan syarat tambahan tidak mengganggu saksi pendakwaan dan pengadu.Majistret turut menetapkan sebutan semula kes pada 26 Oktober depan.Untuk rekod, Zaiza dan Sofia, 32, sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah, Klang, Selangor pada 14 Jun lalu.Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 15 Januari 2016 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Zaynedine Sulaiman, 6, dan Seri Zayana yang berusia dua tahun.Selepas bercerai, Sofia kini menetap seorang diri di Cyberjaya. – JURNALSumber:MSTAR ONLINE
https://jurnal-malaysia.com/v-belikan-rider-motor-baru-aisar-khaled-dituduh-ambil-peluang-buat-content-baik-settlekan-roadtax-insurans-dia/
[V] Belikan Rider Motor Baru, Aisar Khaled Dituduh Ambil Peluang Buat Content – “Baik Settlekan Roadtax, Insurans Dia…”
Selepas tular mengenai seorang penunggang p-hailing yang berjalan kaki selepas motosikalnya disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) baru-baru ini, pempengaruh media sosial popular,Aisar Khaledturut menjadi bualan.Semalam, Aisar berpeluang bertemu penunggang p-hailing dikenali sebagai Muhammad Shahrul Shah dan menghadiahkannya sebuah motosikal baru.Memuat naik momen tersebut di laman sosial Instagramnya, Aisar telah menerima pelbagai reaksi daripada pengguna laman sosial.View this post on InstagramA post shared by ☆ 𝒜𝒾𝓈𝒶𝓇𝒦𝒽𝒶𝓁𝑒𝒹 ☆ (@aisar_khaledd)Ada yang memuji Aisar kerana pantas bertindak dan membantu Muhammad Shahrul, namun ada juga yang mempertikaikan pertolongan dihulur.Di ruangan komen, ada wargamaya berpendapat, lebih baik Aisar memperharui cukai jalan dan insuran Muhammad Shahrul, daripada membelikannya sebuah motosikal baru.Ada juga yang mendakwa Aisar hanya mahu menunggang isu dan menghasilkan content semata-mata, selain menunjuk-nunjuk.Sementara itu, Muhammad Shahrul berkata, dia tidak sangka kisahnya itu akan tular sehingga mendapat perhatian ramai.Lebih membuatkan bapa dua anak itu terharu apabila pempengaruh, Aisar Khaledd sudi membelikan motosikal baru buatnya sebagai ganti.“Memang terkejut apabila bangun tidur dapat banyak mesej beritahu kisah saya sudah tular.“Dalam jam 9 atau 10 pagi tadi, saya dapat panggilan pula daripada wakil Aisar Khaledd menyatakan berhasrat menyumbang motosikal.“Syukur Alhamdulillah, saya anggap pemberian itu sebagai rezeki dan terima seadanya walaupun ikutkan, saya boleh pinjam kenderaan ahli keluarga buat sementara waktu.“Tak sangka sampai jadi begini dan terima kasih kepada semua netizen serta rakyat Malaysia yang mendoakan,” katanya.BACA:[V] Motosikal Ditahan JPJ, Penghantar Makanan Balik Jalan KakiBACA:Tiada Lesen, Insurans Punca Motosikal Penghantar Makanan Disita JPJBACA:“Netizen Kata Saya Berjalan Sejauh 4 km Tanpa Arah, Itu Tak Benar…” – Penunggang P-HailingMenurut Muhammad Shahrul Shah, ujian itu tidak akan mematahkan semangatnya untuk terus mencari rezeki sebagai penunggang p-hailing.“Sebenarnya, saya ada kerja hakiki cuma cari rezeki sebagai penunggang p-hailing sejak lebih setahun lalu untuk menambah pendapatan.“Apa yang berlaku tidak melemahkan semangat saya hingga terfikir nak berhenti kerana buat masa ini, kerja hantar makanan adalah sumber mata pencarian saya bagi menambah pendapatan,” katanya. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/mcdonalds-x-newjeans-ayuh-sahut-cabaran-sertai-mcdchickendance/
McDonalds X NewJeans, Ayuh, Sahut Cabaran Sertai #McDChickenDance!
McDonald’s Malaysia sekali lagi melancarkan kempen yang mengujakan dan kali ini melibatkan kumpulan sensasi Korea Selatan NewJeans, dengan menawarkan hidangan lazat serta gerakan tarian yang rancak selama sebulan bagi mencetuskan keriangan dan menghiburkan rakyat Malaysia.Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada kempen serantau yang bermula di Korea Selatan dan diperluaskan ke Filipina, Thailand, Indonesia, Brunei, dan kini sedang merancakkan suasana di Malaysia.Tema kempen ini memfokuskan Spicy Crispy Chicken Burger yang digemari ramai bersama dengan pengenalan tawaran hidangan masa terhad, Spicy Crispy Chicken Wrap yang sangat ditunggu-tunggu. Spicy Crispy Chicken Burger menggandingkan perisa ikonik inti ayam yang rangup dengan sos bawang putih pedas yang memikat selera.Sementara itu, Spicy Crispy Chicken Wrap menggabungkan inti ayam yang rangup dengan hash brown yang digoreng sehingga keemasan dan dibalut dalam kulit tortilla yang hangat.Bersempena kempen ini, McDonald’s Malaysia turut membawakan cabaran McDonald’s Chicken Dance Mission.Peminat NewJeans boleh menyertai cabaran yang mengujakan ini sehingga 24 September 2023, dengan mempamerkan gerakan tarian mereka mengikut McDonald’s Chicken Song yang digubah khas oleh NewJeans dan memuatnaik di profil Instagram mereka berserta ‘hashtag’ #McDChickenDance.Peserta berpeluang memenangi hadiah mingguan yang lumayan, termasuk Hadiah Istimewa McDonald’s x NewJeans.“Falsafah jenama McDonald’s Malaysia tidak pernah berubah iaitu memberikan ‘delicious feel-good moments’ kepada rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat.“Kami sentiasa berusaha mencari pendekatan baharu untuk kekal inovatif sambil berinteraksi dengan pelanggan setia kami.“McDonald’s Malaysia sangat teruja untuk menjadi sebahagian daripada inisiatif serantau ini kerana kami dapat berkongsi keterujaan kami serta mendekati peminat NewJeans di Malaysia sambil menggembirakan mereka dengan tawaran menarik,” kata Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald’s Malaysia.Bagi menggalakkan rakyat Malaysia mengambil bahagian dalam cabaran McDonald’s Chicken Dance Mission, McDonald’s akan menganjurkan satu acara istimewa dari 15 hingga 17 September 2023.Sepanjang tempoh ini, orang ramai boleh mengunjungi restoran McDonald’s Bukit Bintang untuk merakam McDonald’s Chicken Dance mereka.Tambahan pula, pelanggan di restoran McDonald’s Bukit Bintang akan berpeluang menikmati pengalaman yang eksklusif serta mengumpul cenderamata McDonald’s yang unik.Kemuncak acara tiga hari ini bakal berlangsung pada 17 September 2023, dan akan menjanjikan pelbagai program menarik dari 5:30 petang hingga 7:00 malam.Ini termasuk persembahan dan ‘masterclass’ McDonald’s Chicken Dance, serta cabaran Chicken Dance-Off Mission yang mendebarkan. Rakyat Malaysia boleh mendaftar untuk cabaran tarian tersebut dan berpeluang bersaing di tempat acara bagi memenangi Hadiah Istimewa McDonald’s x NewJeans serta barangan eksklusif McDonald’s yang menarik pada kemuncak acara itu.Untuk maklumat lanjut tentang Spicy Crispy Chicken Burger, layari laman web rasmi McDonald’s Malaysia di www.mcdonalds.com.my – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/netizen-kata-saya-berjalan-sejauh-4-km-tanpa-arah-itu-tak-benar-penunggang-p-hailing/
“Netizen Kata Saya Berjalan Sejauh 4 km Tanpa Arah, Itu Tak Benar…” – Penunggang P-Hailing
Selepas tular gambar dan videonya berjalan sambil menggalas beg makanan selepas motosikalnya dikatakan disita dalam satu sekatan jalan raya, pemandu p-hailing tampil menjelaskan cerita sebenar.Muhammad Shahrul Shah Abu Bakar, mengakui kesilapannya kerana melanggar peraturan jalan raya.“Saya akui memang salah saya jadi terima saja hukuman malah anggap apa yang berlaku sebagai pengajaran,” katanya.Berkongsi kisah sebenar, Muhammad Shahrul Shah dari Sungai Pelek, berkata, motosikal ditunggangnya ditahan kemudian disita dalam satu operasi di Jalan Persiaran Negeri di Nilai, Negeri Sembilan kira-kira jam 12 tengah hari, Selasa.“Ketika itu, saya dalam perjalanan ke tempat kerja kerana syif tengah hari.“Nak dijadikan cerita, ada operasi sekatan jalan raya dan salah saya kerana cukai jalan sudah tamat tempoh dan tiada insurans.“Jadi, saya akur, tak melawan malah beri kerjasama dengan serahkan kunci serta motosikal kepada pihak berkuasa untuk disita,” katanya.Selepas motosikalnya disita, Muhammad Shahrul Shah terus berjalan kerana sudah meminta bantuan seorang rakan mengambilnya di satu tempat.“Saya ada baca juga komen netizen, ada yang kata saya jalan sejauh empat kilometer (km) tanpa arah.“Itu semua tak benar kerana saya tak berjalan sejauh itu dan ketika kejadian saya dalam perjalanan menghantar pesanan pelanggan.“Tapi mungkin ada yang buat penilaian berdasarkan gambar dan video tular,” katanya.Terdahulu, Video berdurasi 17 saat itu mengundang simpati warganet dengan segelintirnya mengecam pihak berkuasa seolah tidak bertimbang rasa atas kesalahan dilakukan lelaki berkenaan.BACA:[V] Motosikal Ditahan JPJ, Penghantar Makanan Balik Jalan KakiSebelum itu, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sembilan Hanif Yusabra Yusuf dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan cukai jalan motosikal ditunggang Muhammad Shahrul Shah didapati sudah tamat tempoh sejak Februari lalu selain tiada insurans.Menurutnya, tindakan menyita motosikal dilakukan atas tujuan menjaga keselamatan penunggang itu sendiri dan pengguna jalan raya lain kerana tidak dilindungi insurans.Katanya, sitaan dijalankan ketika Operasi Statik di Jalan Persiaran Negeri, Nilai yang bertujuan mengesan kesalahan lalu lintas dilakukan pengguna jalan raya.Sepanjang penguatkuasaan itu, pelbagai kesalahan dikesan dan diambil tindakan. – JURNALSumber:HARIAN METRO
https://jurnal-malaysia.com/ydpa-permaisuri-tamat-kembara-borneo-remaja-diliwat-dikurung-rider-p-hailing-tular-jalan-kaki/
YDPA, Permaisuri Tamat Kembara Borneo | Remaja Diliwat, Dikurung | Rider P-Hailing Tular Jalan Kaki
SOROTAN MENARIK RABU 13/09/20231.[V] Motosikal Ditahan JPJ, Penghantar Makanan Balik Jalan Kaki2.Agong Lengkapkan Kembara Kenali Borneo, Tamat Perjalanan 2,154 km3.Tiada Lesen, Insurans Punca Motosikal Penghantar Makanan Disita JPJ4.Adik Abdur Rahman Sudah Sedar Dari Koma, Tetapi Belum Tahu Enam Ahli Keluarga Maut Kemalangan5.Kerajaan Warta Perintah Larangan Terhadap Filem Mentega Terbang6.Remaja Diliwat, Dikurung – Diumpan Kerja Kosong Oleh Individu Dikenali Melalui Aplikasi Online7.Hadi Awang Lebih Rela Dipenjara Daripada Bayar Denda, Jika Didapati Bersalah Kerana Ucapannya
https://jurnal-malaysia.com/hadi-awang-lebih-rela-dipenjara-daripada-bayar-denda-jika-didapati-bersalah-kerana-ucapannya/
Hadi Awang Lebih Rela Dipenjara Daripada Bayar Denda, Jika Didapati Bersalah Kerana Ucapannya
Presiden Pas,Tan Sri Abdul Hadi Awangmenegaskan beliau lebih rela dipenjara daripada membayar denda jika didapati bersalah kerana ucapan-ucapannya sebelum ini.Ahli Parlimen Marang itu berkata, daripada membayar denda, beliau berpendapat lebih baik wang itu disalurkan kepada Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti).“Saya sedia menunggu untuk dipenjarakan oleh mahkamah dan saya sedia dihukum. Tidak tahu dihukum sama ada penjara atau denda.“Saya pilih penjara, saya tak mahu bayar denda. Daripada bayar denda, baik beri kepada Pasti.“Kalau dihukum, saya dah tak layak jadi Ahli Parlimen… akan ada pilihan raya kecil.“Arau (Datuk Seri Shahidan Kassim) boleh bertanding di Marang,” katanya.Beliau berkata demikian ketika semasa membahaskan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Dewan Rakyat pada Rabu.Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain sebelum ini dilapor menyatakan kertas siasatan Abdul Hadi berhubung kenyataannya yang mempertikaikan kuasa Lembaga Pengampunan sudah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara.Ia susulan kenyataan dalam ceramah di markas parti itu di Bakri, Muar, Johor bulan lalu dan disiasat mengikut Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.Dalam pada itu, Abdul Hadi turut menjawab celahan Shahidan yang bertanya hukum melepas tanpa membebaskan dalam perundangan Islam.Menurutnya, di dalam akidah Islam, hanya mempunyai dua mahkamah iaitu dunia dan akhirat.Tambahnya, Islam meletakkan orang yang dituduh tidak bersalah sehingga dibuktikan, namun mereka perlu dibicarakan kerana tiada konsep melepas dan membebaskan (DNAA) dalam kehakiman Islam.“Walaupun lepas mahkamah dunia, takkan lepas mahkamah akhirat… orang yang ada iman akan sanggup dihukum di dunia,” katanya. – JURNALSumber: ASTRO AWANI
https://jurnal-malaysia.com/remaja-diliwat-dikurung-diumpan-kerja-kosong-oleh-individu-dikenali-melalui-aplikasi-online/
Remaja Diliwat, Dikurung – Diumpan Kerja Kosong Oleh Individu Dikenali Melalui Aplikasi Online
Nasib malang menimpa seorang remaja lelaki apabila menjadi mangsa liwat dan dikurung selepas diumpan dengan bantuan mencari pekerjaan oleh individu yang dikenali melalui aplikasi dalam talian.Menurut sumber, pada awalnya mangsa yang berusia 18 tahun itu ditawarkan bantuan mencari pekerjaan oleh seorang lelaki pada Julai lalu.“Selepas beberapa hari berkenalan, mangsa dan suspek kemudian bertemu pada pertengahan bulan lalu untuk mencari pekerjaan.“Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa bersetuju dan menaiki kenderaan suspek yang mengambilnya di rumah mangsa di Bukit Jalil,” katanya.Menurutnya, mangsa kemudian dibawa bermalam ke rumah suspek di Kampung Pandan, di sini, dan berjanji akan membawanya ke sebuah pasar raya untuk mendapatkan pekerjaan.“Seperti dijanjikan suspek membawa mangsa ke pasar raya itu untuk mencari pekerjaan terbabit sebelum membawanya pulang semula ke rumah lelaki itu.“Bagaimanapun ketika berada di rumah suspek, mangsa diarahkan melakukan kerja rumah dan tidak dibenarkan pulang,” katanya.Sumber berkata, mangsa dikurung di rumah terbabit selama 10 hari, di mana sepanjang tempoh itu mangsa turut diliwat beberapa kali.“Mangsa kemudian diugut tidak menceritakan kejadian itu kepada sesiapa sebelum dia dibenarkan pulang ke rumah,” katanya.Kata sumber, mangsa yang trauma dan ketakutan hanya menceritakan kejadian itu kepada keluarganya baru-baru ini sebelum mereka membawanya membuat laporan polis, pada Isnin.Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan.“Suspek sudah dikenalpasti dan kita siasatan masih lagi berjalan. Kita dalam proses pengesahan keterangan mangsa dan menunggu hasil pemeriksaan doktor,” katanya. – JURNALSumber: SINAR HARIAN
https://jurnal-malaysia.com/kerajaan-warta-perintah-larangan-terhadap-filem-mentega-terbang/
Kerajaan Warta Perintah Larangan Terhadap Filem Mentega Terbang
Kerajaan mewartakan perintah larangan terhadap penayangan filem kontroversiMentega Terbangdi seluruh negara.Warta bertarikh 1 September lalu menerusi Perintah Penapisan Filem (Larangan) 2023 itu turut mencakupi larangan pempameran, pengedaran, pemilikan, penyebaran atau penjualan filem.Warta itu ditandatangani Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, pada 21 Ogos lalu.“Menteri melarang penayangan, pempameran, pengedaran, pemilikan, penyebaran atau penjualan filem yang diperihalkan dalam jadual bertentangan dengan kepentingan awam di seluruh Malaysia.“Bagi maksud perintah ini, filem yang disebut dalam sub perenggan, hendaklah termasuk bahan publisiti filem itu,” menurut warta terbabit.Berdasarkan warta itu, jadual yang dimaksudkan merujuk kepada tajuk filem iaitu Mentega Terbang, arahan Khairil Anwar terbitan Anomalist Production dan Meng Kheng Entertainment.Filem Mentega Terbang menyentuh perbezaan dan persamaan agama-agama utama di Malaysia mendapat kritikan orang ramai dan penggiat seni berikutan tayangannya di platform dalam talian.Malah, tular tular sedutan babak tertentu dalam filem itu yang memaparkan watak utama bernama Aisyah tanpa berselindung meminta daging babi daripada rakan bukan Islamnya untuk dimakan, selain bapanya membenarkan Aisyah keluar dari Islam dan memeluk agama lain.Sedutan babak tular itu mengundang marah warga maya yang mempersoalkan bagaimana filem itu dibenarkan untuk tontonan umum. – JURNALSumber: HARIAN METRO
https://jurnal-malaysia.com/adik-abdur-rahman-sudah-sedar-dari-koma-tetapi-belum-tahu-enam-ahli-keluarga-maut-kemalangan/
Adik Abdur Rahman Sudah Sedar Dari Koma, Tetapi Belum Tahu Enam Ahli Keluarga Maut Kemalangan
Adik kepada Abdur Rahman yang terselamat dalam nahas enam sekeluarga maut membabitkan kemalangan lima buah kenderaan di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan, Segamat 1 September lalu akhirnya buka mata selepas 10 hari ditidurkan.Menurut laporan Kosmo, Norhayati Noor Muhammad yang juga merupakan ibu saudara kepadaAbdullah Amir Ruddin, 15, sudah memberi tindak balas positif dimana sudah membuka mata selain dapat menggerakkan anggota badan.Bukan itu sahaja, alat bantuan pernafasan serta wayar pada badan Abdullah telah ditanggalkan.“Alhamdulillah dia juga dapat membuka mata apabila kami ahli keluarga memanggil namanya, dia beri respon kepada suara-suara yang dia kenal,” katanya.Bagaimanapun, Norhayati memaklumkan berkemungkinan besar Abdullah tidak dapat mengingati apa yang berlaku kepada  diri serta ahli keluarganya.Bahkan, ahli keluarga akan meminta nasihat sama ada perlu memberitahu kejadian yang meragut nyawa enam ahli keluarganya itu dalam masa terdekat atau sebaliknya.“Buat masa ini, jika dia sudah baik dan pulih, kami fikir kena rujuk nasihat doktor sama ada kena beritahu hal sebenar seawal mungkin atau biar ingatannya pulih dahulu. Kami tidak mahu ada kesan tidak baik ke atas kesihatan dia bila dia dapat tahu,” ujarnya.Disebabkan Abdullah mempunyai jangkitan kuman pada kerongkong dan paru-paru,  pembedahan di bahagian muka dan tangan terpaksa ditangguhkan.“Pembedahan untuk membetulkan rahang kiri dan kanan Abdullah yang retak atau patah serta memasukkan besi pada tangannya ditangguhkan sebab dia ada jangkitan kuman dekat kerongkong serta merebak ke paru-paru.“Jadi doktor sedang pulihkan jangkitan itu dengan memasukkan antibiotik untuk mematikan kuman itu dulu, bila sudah baik nanti akan buat pembedahan.“Setakat ini dia masih lagi dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Segamat. Tetapi sudah menunjukkan perkembangan positif,” jelasnya lagi.Sekadar info, Abdullah adalah satu-satunya ahli keluarga yang terselamat dalam kemalangan ngeri tersebut namun, ibunya, Noorahimah Noor Muhamad, 43, dan bapa, Amir Ruddin Ismail, 46, serta empat beradiknya iaitu Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5, meninggal dunia. – JURNALSumber: KOSMO ONLINE!
https://jurnal-malaysia.com/tiada-lesen-insurans-punca-motosikal-penghantar-makanan-disita-jpj/
Tiada Lesen, Insurans Punca Motosikal Penghantar Makanan Disita JPJ
Tiada lesen kenderaan motor (LKM) dan insurans menjadi punca motosikal seorang penghantar makanan (rider) disita pihak berkuasa dalam video tular, baru-baru ini.Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkata, pihaknya mengesahkan berhubungan sitaan terhadap kenderaan milik rider itu.BACA:[V] Motosikal Ditahan JPJ, Penghantar Makanan Balik Jalan Kaki“Merujuk kepada video di atas, LKM telah tamat tempoh dan insurans tiada, oleh itu JPJ menahan dan sita untuk mengelakkan rider terlibat kemalangan dan sebagainya.“Jika berlaku kemalangan (melibatkan) rider akan menyusahkan pemandu lain dan juga keluarga kelak,” katanya dalam satu hantaran, di ruangan komen video tular itu.Terdahulu, tular video seorang penghantar makanan berjalan kaki meninggalkan kawasan sekatan jalan raya (SJR) yang dilakukan JPJ. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/agong-lengkapkan-kembara-kenali-borneo-tamat-perjalanan-2154-km/
Agong Lengkapkan Kembara Kenali Borneo, Tamat Perjalanan 2,154 km
Selepas menelusuri perjalanan sepanjang 2,154 kilometer,Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shahmengakhiri Kembara Kenali Borneo selama 11 hari, di Telok Melano, Lundu, hari ini.Konvoi Kembara Kenali Borneo yang tiba pada jam 12.40 tengah hari disambut meriah penduduk yang tinggal di penempatan terakhir di sebelah barat Borneo yang bersempadan dengan Kalimantan Barat, Indonesia itu.Sejurus tiba, baginda beramah mesra dengan lebih 1,000 penduduk yang sanggup menanti keberangkatan tiba konvoi itu sejak awal pagi.Baginda kemudiannya berkenan merakam gambar kenangan bersama tiga anakanda iaitu Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah; Tengku Panglima Raja, Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah, di titik sifar Lebuh Raya Pan Borneo di tepi pantai Telok Melano.Selepas itu, baginda menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Masjid Al-Sultan Abdullah, Telok Melano yang akan dibina dengan peruntukan sebanyak RM5 juta.Kembara Kenali Borneo bermula dari Tawau, Sabah pada 3 September lalu dengan baginda memandu sendiri kenderaan pacuan empat roda ditemani Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.Kembara itu yang menelusuri Lebuh raya Pan Borneo diadakan buat julung kali bagi memberi peluang kepada rakyat Sabah dan Sarawak mendekati Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah serta anakanda baginda.Bagi rakyat di lokasi yang dilalui konvoi keluarga diraja itu, peluang untuk melihat dengan lebih dekat ketua negara itu sesuatu yang tidak harus dilepaskan.Justeru, ramai yang sanggup menunggu di tepi jalan bukan sahaja ketika panas terik, malah ada yang tidak berganjak walaupun hujan lebat.Penduduk Telok Melano, Timah Bani, 62, berkata orang ramai teruja apabila dimaklumkan kampung mereka antara lokasi yang akan dikunjungi baginda.“Ini mungkin peluang sekali seumur hidup. Belum pernah seorang Raja mengunjungi kampung kami yang terletak di penghujung Borneo ini seperti yang dilakukan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong ini.“Baginda berdua memang berjiwa rakyat yang sebenar-benarnya. Ini yang terbukti sepanjang kembara bermula dari Sabah apabila setiap hari menerusi media kita melihat keramahan baginda berdua serta anakanda anakanda mereka di setiap perhentian dan hari ini kami melihat sendiri keramahan mereka itu…syukur alhamdulillah,” katanya. – JURNALSumber:BH ONLINE
https://jurnal-malaysia.com/v-motosikal-ditahan-jpj-penghantar-makanan-balik-jalan-kaki/
[V] Motosikal Ditahan JPJ, Penghantar Makanan Balik Jalan Kaki
Seorang penghantar makanan tular di media sosial apabila terpaksa berjalan kaki selepas motosikalnya dipercayai ditahan pihak berkuasa.Menerusi perkongsian di laman sosial TikTok, penghantar makanan berkenaan berjalan kaki meninggalkan kawasan sekatan jalan raya (SJR) yang dilakukan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).Menerusi klip video itu juga, lelaki yang masih memakai topi keledar dilihat menggalas beg milik sebuah syarikat penghantaran.View this post on InstagramA post shared by JURNAL (@jurnal.malaysia)Turut kelihatan, beberapa lagi individu yang dipercayai turut ditahan dalam SJR tersebut.Tinjauan di media sosial mendapati ramai yang mendoakan urusan penghantar makanan tersebut dipermudahkan.Ada juga yang menuding jari kepada JPJ kononnya tidak bersimpati.Sesetengah yang lain pula menegaskan ‘matlamat tidak menghalalkan cara’ kerana undang-undang jalan raya perlu dipatuhi, apatah lagi JPJ hanya menjalankan tugas.Bagaimanapun, perkongsian itu tidak menyatakan tarikh dan lokasi kejadian itu dan mengapa rider tersebut bertindak berjalan kaki meninggalkan kawasan SJR. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/papagomo-didenda-cederakan-panggil-syed-saddiq-bodoh-dewan-rakyat-tangguh-kerana-dnaa-zahid-kelantan-alu-alukan-karnival/
Papagomo Didenda Cederakan, Panggil Syed Saddiq Bodoh | Dewan Rakyat Tangguh Kerana DNAA Zahid | Kelantan Alu-alukan Karnival
SOROTAN MENARIK SELASA 12/09/20231.Roti Canai Nombor Satu! Dinobat Sebagai Juara ‘100 Roti Terbaik Di Dunia’2.‘Keretapi Sarong’ 2023 Dijangka Disertai 10,000 Orang – “Lokasi Rahsia Tahun Ini Tempat Paling Ikonik”3.[V] Sidang Dewan Rakyat Tertangguh 30 Minit Gara-gara Isu DNAA Zahid4.Pembaca Berita TV3, Raymond Goh Meninggal Dunia5.Dituduh Mungkir Janji, Speaker Dewan Rakyat Perjelas Keputusan Berkait Isu DNAA Zahid6.“Kelantan, Bumi Serambi Makkah Sejak Dulu Terbuka Dan Mengalu-alukan Apa Jua Hiburan, Karnival…” – Mohd Asri7.Cederakan Bahu, Leher Dan Sebut ‘Bodoh’ Kepada Syed Saddiq, Papagomo Didenda RM2,1008.Sertai Persidangan WIES, Eskayvie Dedah 85 Peratus Usahawan Adalah Wanita ‘Suri Bisnes’
https://jurnal-malaysia.com/sertai-persidangan-wies-eskayvie-dedah-85-peratus-usahawan-adalah-wanita-suri-bisnes/
Sertai Persidangan WIES, Eskayvie Dedah 85 Peratus Usahawan Adalah Wanita ‘Suri Bisnes’
Syarikat pengeluar produk kesihatan berkualiti tinggi, Eskayvie telah menyertai majlis berprestij, World Islamic Entrepreneur Summit 2023 (WIES) di Pangeran Beach Hotel, Padang Indonesia, pada 6 hingga 8 September lalu.Program antarabangsa yang dirasmikan oleh Gubernur Provinsi Sumatera Barat, Indonesia, H. Mahyeldi Ansharullah, itu menghimpunkan ribuan usahawan Muslim dari seluruh dunia dengan matlamat utama untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang ekonomi digital.Founder Eskayvie, Kartika Wati dan Dr Syid Ayob bersama Sandiaga Uno, Menteri Pariwisata dan Ekonomi Kreatif Indonesia dan isteri.Sejumlah negara ASEAN dan Timur Tengah, termasuk Malaysia, Vietnam, Filipina, Thailand, Singapura, Timor Leste, India, Morocco, Kazakhstan, Kuwait, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Turki, Uzbekistan, dan Sepanyol turut terbabit dalam acara ini.Program ini juga menyaksikan penampilan istimewa Kartika Wati Mohamed, Pengarah Urusan Eskayvie bersama isteri Menteri Pariwisata dan Ekonomi Kreatif, Nur Asia Uno di pentas utama dalam sesi Closing The Gender Gaps: Exploring Best Practices in Women Empowerment in Business through Digital Inclusion.Kartika Wati dan Nur Asia Uno di pentas utama World Islamic Entrepreneur Summit (WIES) 2023“Platform digital Eskayvie Nexus diperkenalkan pada tahun 2020 dan telah berjaya membantu ramai individu yang terkesan dengan bebanan kewangan akibat ketidakstabilan ekonomi negara dan dunia amnya.“Melalui transformasi pendigitalan ini, Eskayvie telah berhasil membantu usahawan untuk memulakan perniagaan secara atas talian dan melakukan urusniaga dari mana saja dengan menggunakan telefon.“Selain itu, setiap usahawan Eskayvie Nexus yang berdaftar di bawah jenama Eskayvie turut menerima latihan berterusan bagi memantapkan kemahiran keusahawanan mereka, termasuk strategi pemasaran, jualan, dan kepemimpinan yang berkesan,” ujar Kartika Wati.Closing The Gender Gaps: Exploring Best Practices in Women Empowerment in Business through Digital Inclusion oleh Kartika Wati Mohamed, Pengarah Urusan Eskayvie.Sehingga kini, Eskayvie telah melahirkan lebih daripada 80,000 usahawan Eskayvie Nexus di seluruh Malaysia dan Indonesia.“Daripada jumlah tersebut, 85 peratus daripada mereka adalah wanita ‘suri bisnes’. Melalui inisiatif pendigitalan Eskayvie Nexus, pendapatan bulanan wanita ‘suri bisnes’ ini telah meningkat daripada USD 500 sehingga USD 40,000 sebulan,” katanya lagi.Kartika Wati bersama Nur Asia Uno, Isteri dari Menteri Pariwisata dan Ekonomi Kreatif serta sebahagian daripada 17 delegasi World Islamic Entrepreneur Summit (WIES) 2023, di Padang, Sumatera BaratDalam pada itu, Eskayvie melalui platform Eskayvie Nexus akan terus memberikan impak yang lebih besar kepada komuniti dan mengukuhkan lagi kedudukan dalam dunia kesihatan berkualiti tinggi serta menguasai pasaran halal.“Ini adalah langkah menuju masa depan yang lebih cerah, lebih seimbang dan lebih inklusif,” kata Kartika Wati optimis.Eskayvie menerima penghargaan khas dari Sandiaga Uno, Menteri Pariwisata dan Ekonomi Kreatif Indonesia di Gala Dinner, World Islamic Entrepreneur Summit 2023Selain Malaysia, Singapura dan Brunei; Eskayvie kini terus unggul dalam melebarkan jenamanya ke Asia Tenggara melalui Eskayvie Global Indonesia yang semakin mendapat tempat di pasaran Indonesia.Untuk maklumat lanjut mengenai peluang menjadi usahawan Eskayvie Nexus dan menjana pendapatan lima hingga enam angka secara konsisten setiap bulan, layari www.eskayvienexus.my atau hubungi 03-55111050Atau layari www.eskayvie.com, FB PAGE: Eskayvie Malaysia https://www.facebook.com/eskayviemalaysia21official atau Instagram: @eskayviemalaysia_ – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/cederakan-bahu-leher-dan-sebut-bodoh-kepada-syed-saddiq-papagomo-didenda-rm2100/
Cederakan Bahu, Leher Dan Sebut ‘Bodoh’ Kepada Syed Saddiq, Papagomo Didenda RM2,100
Bekas EXCO Pemuda UMNO,Wan Muhammad Azri Wan Derisatau dikenali Papagomo, didenda RM2,100 oleh Mahkamah Majistret, hari ini selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan mendatangkan kecederaan dan menyebut perkataan ‘bodoh’ kepada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.Denda RM2,000 bagi kesalahan mendatangkan kecederaan, manakala baki denda RM100 akibat mengeluarkan perkataan berkenaan terhadap Ahli Parlimen Muar itu.Majistret Muhammad Noor Firdaus Rosli, mengarahkan jika Muhammad Azri, 40, gagal membayar denda, dihukum penjara ditetapkan masing-masing tiga bulan dan sehari.Beliau memutuskan hukuman berkenaan selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan di peringkat akhir kes mereka.“Tidak wajar untuk memanggil seseorang bodoh dan dalam konteks kes itu, keamanan digugat mungkin berlaku.“Semasa pemeriksaan balas, tertuduh berkata ‘bodoh’ bukan perkataan yang tidak senonoh kerana digunakan di Parlimen. Itu bukan alasan yang kukuh.“Berkenaan kesalahan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan (KK), meskipun membabitkan pergerakan beberapa jari, ia menyebabkan kesakitan kepada SP4 (saksi pendakwaan keempat, Syed Saddiq).“Hukuman sepatutnya mencerminkan terhadap kekerasan digunakan,” katanya.Pada 21 Februari lalu, mahkamah mengarahkan Wan Muhammad Azri membela diri atas dua pertuduhan berkenaan.Papagomo didakwa sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Syed Saddiq di leher dan bahu di tepi jalan Persiaran Impian Perdana, Saujana Impian, di sini jam 11.05 pagi, 16 Februari 2019 lalu.Dia didakwa mengikut Seksyen 323 KK yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Papagoma juga berdepan tuduhan menyebut perkataan yang kurang sopan dan menghina iaitu ‘kau bodoh’ ke atas Syed Saddiq, di mana keamanan mungkin akan terganggu, di tempat, masa dan tarikh sama.Pendakwaan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan denda maksimum RM100, jika disabitkan kesalahan.Sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman berkenaan, peguam bela Wan Muhammad Azri, Nik Saiful Adli Burhan, memohon anak guam dikenakan hukuman berbentuk denda yang paling rendah atas alasan berpendapatan tidak menentu sebagai peniaga.Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Norfarhanim Abdul Halim, memohon hukuman sewajarnya bagi memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat.“Mahkamah perlu mengambil kira tertuduh adalah orang dikenali masyarakat dan sepatutnya memberi contoh baik kepada umum,” katanya. – JURNALSumber:BH ONLINE
https://jurnal-malaysia.com/kelantan-bumi-serambi-makkah-sejak-dulu-terbuka-dan-mengalu-alukan-apa-jua-hiburan-karnival-mohd-asri/
“Kelantan, Bumi Serambi Makkah Sejak Dulu Terbuka Dan Mengalu-alukan Apa Jua Hiburan, Karnival…” – Mohd Asri
Penganjuran konsert sempena Karnival Jom Heboh (KJH) di Kelantan dipantau oleh penguat kuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) bermula waktu Maghrib sehingga selesai.Pengerusi Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeriMohd Asri Mat Daud, berkata beliau dimaklumkan hal itu oleh Pegawai Pelesenan MPKB-BRI.Katanya, laporan mengenai keadaan adalah terkawal dan penganjur sentiasa mengingatkan penonton mengenai pengasingan tempat duduk (kawasan hadapan sebagai ruang keluarga, kiri perempuan dan kanan lelaki) serta berulang kali memohon penonton menjaga tatasusila sepanjang konsert.“Ini sejajar dengan Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998 diwartakan pada 8 November 1998 yang kemudian diperincikan melalui Garis Panduan Kawalan Hiburan 2003 menerusi Pekeliling Negeri Bilangan 4 Tahun 2003.“Garis panduan ini diwujudkan bagi menjelaskan maksud, jenis dan kelas hiburan di bawah kawalan kerajaan negeri berdasarkan enakmen itu sebagai panduan kepada pegawai pelesenan, penggiat hiburan dan pihak awam.“Bagi melengkapkan garis panduan kawalan hiburan yang ada, pihak MPKB-BRI mengeluarkan syarat bagi melicinkan urusan pelesenan,” katanya menerusi satu kenyataan di sini.Beliau berkata, penyelarasan KJH Kelantan 2023 adalah di bawah pemantauan Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri.Menurutnya, permohonan konsert dipohon dan diluluskan oleh MPKB-BRI dan penganjur bersetuju dengan semua peraturan dan syarat yang ditetapkan.“Saya berterima kasih kepada semua pihak yang menjayakan KJH dengan versi membangun bersama Islam terutama Media Prima yang memberikan jolokan KJH konsep patuh syariah sejajar dengan saranan kerajaan negeri membabitkan aktiviti bersifat Islamik seperti Forum Perdana Ehwal Islam, kuliah khas pagi Jumaat, pertandingan Azan dan bercerita serta MyQurantime.“Saya menegaskan bahawa, Kelantan Bumi Serambi Makkah sejak sekian lama dahulu hingga kini, terbuka dan mengalu-alukan sebarang penganjuran apa jua karnival atau hiburan sekiranya penganjur boleh mengikuti syarat penganjuran.“Apa yang lebih penting penganjur juga hendaklah mengambil kira pendekatan negeri ini yang konsisten dengan dasar membangun bersama Islam,” katanya.Berita Harian sebelum ini melaporkan, KJH di Kelantan dirangka berteraskan program keagamaan bersesuaian dengan masyarakat Islam selain menyasarkan pengunjung mendapat ilmu baharu melalui setiap aktiviti.Ketua Pegawai Operasi Media Prima Omnia, Datuk Mohd Efendi Omar, berkata KJH dengan kerjasama BABA’S kali ini membawa hiburan kepada rakyat negeri itu namun pada masa sama, pihaknya bertanggungjawab menyampaikan dakwah baik kepada pengunjung. – JURNALSumber:BH ONLINE
https://jurnal-malaysia.com/dituduh-mungkir-janji-speaker-dewan-rakyat-perjelas-keputusan-berkait-isu-dnaa-zahid/
Dituduh Mungkir Janji, Speaker Dewan Rakyat Perjelas Keputusan Berkait Isu DNAA Zahid
Selepas dua hari isu keputusan mahkamah melepas tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mencetus kekecohan di Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul hari ini tampil memperjelas keputusan dibuatnya semalam.Speaker Dewan Rakyat itu menegaskan makna kenyataan beliau untuk memberi peluang kepada pembangkang membangkitkan isu itu di dalam dewan selepas menolak usul yang dibawa bukanlah terhad kepada tempoh waktu tertentu.“Saya sebut (kepada) Arau dan Machang, saya kata selepas itu (akan beri ruang)…maksudnya dalam enam hari ini, anda boleh bercakap.“Saya tidak akan hentikan apabila isu ini dibangkitkan atau boleh bangun, Machang boleh bangun.“Saya tak hentikan. Sebab itu saya mahu bercakap, kalau bukan hari ini, kita ada enam hari (sidang ini)….(kalau) hari ini boleh, esok boleh, itu maksud saya,” katanya.Penjelasan Johari itu menyusul selepas beberapa anggota Dewan Rakyat daripada pembangkang mempersoal tindakan beliau menamatkan sidang semalam sejurus selesai pembentangan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, walaupun sudah berjanji untuk memberi ruang.Terdahulu, Johari menjelaskan alasan penolakan usul itu disebabkan satu kes duluan, di mana Speaker ketika itu menggunakan peraturan mesyuarat 11(3) untuk menghalang sesuatu usul yang dikemuka di bawah peraturan mesyuarat 18(1) ditolak.“Saya tolak usul ini sebab ada ‘precedent’ (kes duluan) iaitu pada Julai 2021…Speaker (ketika itu) Tan Sri Azhar Harun sudah menolak usul dikemuka Beruas dan Port Dickson untuk bincang isu tertentu di bawah 18(1) iaitu isu proklamasi darurat.“Azhar tak boleh membenarkan (usul dibentang) kerana peraturan 11(3) yang menentukan (ketua majlis) adalah Perdana Menteri. Ini adalah sidang khas 11(3) yang menentukan (aturan) adalah Perdana Menteri, jadi itu termaktub dalam syarat,” katanya. – JURNALSumber:BH ONLINE
https://jurnal-malaysia.com/pembaca-berita-tv3-raymond-goh-meninggal-dunia/
Pembaca Berita TV3, Raymond Goh Meninggal Dunia
Selepas hampir dua minggu bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat diserang angin ahmar, penyampai berita, Raymond Goh atauMohd Zaman Gohmeninggal dunia, pagi tadi.Difahamkan jenazah Allahyarham akan disolatkan di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, selepas solat Asar dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara, hari ini.Terdahulu, penyampai berita TV3 itu dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas diserang angin ahmar dan dimasukkan ke hospital di Petaling Jaya pada 30 Ogos lalu.Goh memulakan kerjaya sebagai penyampai berita di 7 O’clock News dan kemudian beralih kepada Nightline di TV3.Allahyarham berkhidmat dalam dunia penyiaran lebih 30 tahun dan kini turut menjadi jurulatih untuk pengucapan. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/v-sidang-dewan-rakyat-tertangguh-30-minit-gara-gara-isu-dnaa-zahid/
[V] Sidang Dewan Rakyat Tertangguh 30 Minit Gara-gara Isu DNAA Zahid
Sesi perbahasan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat pagi ini kecoh apabila beberapa Ahli Parlimen pembangkang bangkit mempersoal tindakan Speaker, Tan Sri Johari Abdul yang menolak usul tergempar dibawa Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) semalam.Usul tergempar berkenaan dibawa Wan Ahmad Fayhsal Jumaat lalu bagi meminta sidang Dewan Rakyat ditangguhkan mengikut Perkara 18(1) dan (2) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat bagi memohon penjelasan daripada Peguam Negara mengenai keputusan mahkamah melepas tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Timbalan Perdana Menteri daripada 47 pertuduhan rasuah berkait Yayasan Akalbudi.Beberapa wakil pembangkang termasuk Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, bangkit selepas diberi ruang oleh Timbalan Speaker, Datuk Ramli Md Nor, menyebabkan aturan asal mesyuarat tertangguh sehingga setengah jam.Rata-rata mereka mendakwa Johari ketika mempengerusikan sidang Dewan Rakyat semalam, berjanji untuk memberi ruang kepada Ahli Parlimen Machang itu bagi memberi penjelasan terhadap isu mahkamah dihadapi Ahmad Zahid, namun ia tidak ditunaikan.Justeru, Ahli Parlimen pembangkang menuntut supaya usul berkaitan keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) Ahmad Zahid daripada 47 pertuduhan berkait Yayasan Akalbudi dibahaskan.Usul terbaharu itu dikemuka semula Shahidan kepada Speaker Dewan Rakyat di bawah peraturan mesyuarat 18(1) selepas usul sama dikemuka Wan Ahmad Fayhsal Jumaat lalu itu ditolak semalam.“Saya sudah bawa semula usul itu bersama Machang, kenapa (usul) 18(1) perlu disegerakan untuk kepentingan orang ramai. Kami rasakan ianya perlu dibincangkan sebab semua rakyat Malaysia membuka mulut.“Parti politik membuka mulut. DAP membuka mulut. Termasuk parti MUDA, PKR serta peguam kanan di negara ini juga membuka mulut supaya Peguam Negara bagi penjelasan mengapa kes ini digugurkan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.Beliau berkata, pihaknya hanya mahukan supaya Peguam Negara memberi penjelasan terhadap hala tuju kes berkenaan, sekali gus menolak sangkaan ramai pihak seolah-olah kerajaan campur tangan dalam kes terbabit.“Penolakan yang dibuat Speaker (Johari) semalam juga bukan alasan. (Alasan) penolakan dibuat Speaker semalam kerana ketua majlis minta supaya perkara ini tak masuk dalam senarai.“Sepatutnya Speaker memberi alasan mengapa dia menolak peraturan mesyuarat 18(1),” katanya.Perkara dibangkitkan Shahidan itu kemudian disambut beberapa lagi Ahli Parlimen pembangkang yang terus mendesak supaya Speaker menunaikan janjinya untuk membenarkan isu itu dibahaskan dalam dewan.“Semalam, Kami sudah berbincang dengan Speaker, beliau sudah memberi kelonggaran untuk dibahaskan selepas pembentangan RMK12. Tapi Speaker mungkir janji kepada kami,” kata Wan Ahmad Fayhsal.Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (PN-Beluran) pula menegaskan punca beberapa Ahli Parlimen pembangkang bangkit di Dewan Rakyat kerana adanya komitmen daripada Speaker semalam.“Itu isunya. Dari satu sudut kita akur kepada peraturan mesyuarat, kita faham. Tetapi Parlimen kita juga bergerak atas landasan konvensyen dan kebiasaan. Jadi, tidak ada pelanggaran atau ketidakpatuhan,” katanya.Ketika menjawab tuntutan beberapa Ahli Parlimen itu, Ramli menjelaskan usul pertama di bawah Machang pada Jumaat sudah ditolak, sementara usul baharu dikemuka belum diputuskan Speaker.Beliau juga meminta Ahli Parlimen pembangkang menunggu giliran ketika Johari selaku Speaker mempengerusikan sidang untuk bertanyakan berkenaan status usul berkenaan, sama ada boleh dibahaskan atau sebaliknya. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/keretapi-sarong-2023-dijangka-disertai-10000-orang-lokasi-rahsia-tahun-ini-tempat-paling-ikonik/
‘Keretapi Sarong’ 2023 Dijangka Disertai 10,000 Orang – “Lokasi Rahsia Tahun Ini Tempat Paling Ikonik”
Program flash mob atau persembahan kilat berkumpulanKeretapi Sarong 2023 (KS2023)bertemakan ‘etnik’ yang akan diadakan pada 16 Sept ini sempena Hari Malaysia, dijangka disertai lebih 10,000 orang.LOCCO, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam satu kenyataan memaklumkan sambutan unik dengan persembahan tarian tradisional, muzik dan seni penceritaan berbilang bangsa itu akan diadakan di pelbagai bandar dan stesen antaranya Putrajaya Sentral (KLIA Transit), Subang Jaya (LRT), Bandar Utama (MRT), Ampang (LRT), Gombak (LRT), Kajang (MRT) dan KL Sentral (LRT).Acara sama turut berlangsung serentak di bandar utama seperti Johor Baharu (sepanjang Sungai Segget), Ipoh (KTMB Ipoh) dan Kuala Terengganu (Kampung Budaya Terengganu), serta di London, United Kingdom (Battersea Power Station).Menurut kenyataan itu lagi, acara berkenaan akan melibatkan lebih 20 kumpulan pelbagai lapisan masyarakat seperti Baba Nyonya Selangor, United Malaysia Hindu Voice, Mandarin Jer, Anak Teater Malaysia, Malaysia Fashion Creative Award dan KL Sketch Nation.Pengarah program, Shamsul Bahrin Zainuzzaman dalam kenyataan sama berkata, rakyat Malaysia bersama pelancong luar negara secara tidak langsung akan memulakan perjalanan kereta api mereka dalam suasana flash mob menikmati pemandangan kota di sekitar Lembah Klang.“Kami sangat teruja untuk mengumumkan bahawa lokasi rahsia tahun ini adalah di tempat paling ikonik dan bersejarah di negara ini – Dataran Merdeka!“Ia akan menjadi saat yang benar-benar bersejarah bagi semua untuk berkumpul di Dataran Merdeka tahun ini selepas perjalanan kereta api berlepas dari stesen-stesen terpilih,” katanya.Program KS2023 telah dimulakan sekitar 2012 melibatkan ribuan peserta menaiki pengangkutan awam dengan memakai kain sarung sama ada batik atau pelekat yang menjadi simbol kebudayaan dan warisan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.Penganjuran program pada tahun ini mendapat kerjasama pelbagai pihak antaranya Kementerian Pelancongan, Seni, dan Kebudayaan (MOTAC), Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara (JKKN), dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Rapid KL, Air Asia, Bulan Bintang dan Mr D.I.Y. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/roti-canai-nombor-satu-dinobat-sebagai-juara-100-roti-terbaik-di-dunia/
Roti Canai Nombor Satu! Dinobat Sebagai Juara ‘100 Roti Terbaik Di Dunia’
Roti canai sekali lagi dinobatkan sebagai salah satu makanan terbaik dunia oleh TasteAtlas.Makanan kegemaran rakyat Malaysia itu merupakan juara daripada 100 jenis roti terbaik di seluruh dunia.Menerusi carta dikeluarkan TasteAtlas pada Ahad lalu, roti canai bukan sahaja berjaya mengalahkan India yang popular dengan roti naan tetapi juga Eropah yang dikenali sebagai negara penghasilan pastri terbaik dunia.Sementara itu menerusi hantaran di laman sosial X (Twitter) @TasteAtlas, roti canai telah menerima penilaian sebanyak 4.9 bintang.Walaupun markah penilaian tersebut sama dengan Pan de Mono dari Kolumbia, namun keunikan dan kesedapan tersendiri yang ada pada roti canai telah melayakkannya bergelar juara.Ini bukan pertama kali roti canai menerima pengiktirafan daripada Tasteatlas tetapi sebelum ini pada Julai lalu, ia pernah dinobatkan sebagai ‘roti rata’ terbaik di dunia dan sekali lagi berjaya mengalahkan roti naan dari India.Tahun lalu juga, roti canai turut dianugerahkan sebagai ‘makanan jalanan’ terbaik di dunia oleh laman antarabangsa itu. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/penumpang-mas-kecewa-pemuda-bunuh-23-pelajar-tahfiz-kekal-dipenjara-pm-terima-kunjungan-rajinikanth/
Penumpang MAS Kecewa | Pemuda Bunuh 23 Pelajar Tahfiz Kekal Dipenjara | PM Terima Kunjungan Rajinikanth
SOROTAN MENARIK ISNIN 11/09/20231.Penumpang Kecewa Perkhidmatan MAS – “Bayar Tambang Mahal Beribu, Dapat Roti Kualiti Murah?”2.Kembara Kenali Borneo: Agong, Raja Permaisuri Teruskan Perjalanan Ke Sibu3.Pemuda Bakar Tahfiz Di Datuk Keramat Dan Bunuh 23 Penghuni, Kekal Dihukum Penjara4.“Penganjur Perhimpunan Di Sogo Sabtu Ini Berdepan Tindakan Undang-Undang Jika Tiada Permohonan” – Ayob Khan5.Balu Jamaludin Jarjis Gagal Tuntut RM2 Bilion Harta Sepencarian Terhadap Empat Anak Dan Ibu Mentua6.PM Anwar Terima Kunjungan Bintang Filem Popular India, Rajinikanth
https://jurnal-malaysia.com/pm-anwar-terima-kunjungan-bintang-filem-popular-india-rajinikanth/
PM Anwar Terima Kunjungan Bintang Filem Popular India, Rajinikanth
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan pelakon terkemuka India,Rajinikanth.Menerusi perkongsian di Instagram Anwar, pertemuan dengan Rajinikanth itu berlangsung di pejabat Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.Anwar berkata beliau menghargai penghormatan yang diberikan oleh Rajinikanth terhadap perjuangannya, terutama berkaitan isu kesengsaraan dan penderitaan rakyat.“Saya hargai penghormatan yang diberikan beliau terhadap perjuangan saya khasnya terkait dengan kesengsaraan dan penderitaan rakyat.“Antara yang dibincang secara santai pastinya berkaitan elemen kemasyarakatan yang saya perjuangkan untuk dimasukkan dalam filem-filem beliau kelak,” kata Anwar.Anwar turut menitipkan doa buat Rajinikanth supaya terus sukses.“Dititipkan doa agar Rajinikanth terus cemerlang dalam lapangan dan dunia perfileman,” katanya.Rajnikanth mula menceburi bidang lakonan pada tahun 1973 dan antara filem lakonan beliau termasuklah ‘Sivaji: The Boss’. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/balu-jamaludin-jarjis-gagal-tuntut-rm2-bilion-harta-sepencarian-terhadap-empat-anak-dan-ibu-mentua/
Balu Jamaludin Jarjis Gagal Tuntut RM2 Bilion Harta Sepencarian Terhadap Empat Anak Dan Ibu Mentua
Tuntutan harta sepencarian RM2 bilion yang difailkan balu Allahyarham Tan Sri Dr. Jamaludin Jarjis,Puan Sri Dr. Kalsom Ismail, terhadap empat anak dan ibu mentuanya gagal menemui penyelesaian di Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini.Justeru dengan keputusan hari ini, kes tuntutan tersebut diteruskan dengan perbicaraan yang mana prosiding itu akan didengar di hadapan Hakim Syarie Abdul Shukor Abd. Hamid.Terdahulu, dalam prosiding hari ini, peguam Syarie Nur Hidayah A. Bakar, yang mewakili ibu mentua Kalsom, Aminah Abdullah berkata pihak-pihak terlibat gagal mencapai persetujuan untuk menyelesaikan kes tersebut.“Oleh itu, mahkamah memutuskan kes diteruskan dengan perbicaraan dan 9 Oktober ini ditetapkan untuk pengurusan kes bagi menetapkan tarikh bicara,” katanya ketika ditemui selepas prosiding yang dijalankan secara tertutup di hadapan Hakim Syarie itu.Aminah Abdullah, ibu mentua Kalsom.Semasa prosiding Kalsom diwakili peguam syarie Datuk Sulaiman Abdullah.Kalsom, 67, selaku plaintif memfailkan tuntutan harta sepencarian termasuk 20 hartanah di Malaysia, Makkah serta beberapa buah syarikat pada Oktober 2018, dengan menamakan anaknya, Ikwan Hafiz, Nur Anis, Nurul Alyaa, Noor Adilla dan ibu mentuanya Aminah sebagai defendan.Pada 28 Ogos tahun lalu, mahkamah itu membenarkan permohonan Kalsom untuk meminda pernyataan tuntutan, antaranya membabitkan perkataan hartanah di Boston, Amerika Syarikat dibuang dalam pernyataan tuntutan.Selain itu, saham dalam syarikat Rantai Wawasan, isu sumbangan tidak langsung berkaitan penjagaan Jamaludin semasa sakit kaki dan isu berkaitan tanah di Gombak dimasukkan dalam pernyataan tuntutan yang dipinda.Pada 4 April 2015, Jamaludin, yang juga bekas Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, ketika itu berusia 64 tahun, bersama lima lagi maut apabila helikopter yang mereka naiki dari Pekan, Pahang ke Kuala Lumpur terhempas di kawasan kebun getah di Kampung Sungai Pening, Semenyih pada pukul 4.55 petang.Turut maut juruterbangnya Kapten Clifford William Fournier, Ketua Setiausaha Sulit kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Azlin Alias, ahli perniagaan Datuk Tan Huat Seang, pegawai peribadi Jamaludin, Razakan Seran serta seorang wanita yang dikenali sebagai Aidana Baizieva. –JURNALSumber: KOSMO! ONLINE
https://jurnal-malaysia.com/penganjur-perhimpunan-di-sogo-sabtu-ini-berdepan-tindakan-undang-undang-jika-tiada-permohonan-ayob-khan/
“Penganjur Perhimpunan Di Sogo Sabtu Ini Berdepan Tindakan Undang-Undang Jika Tiada Permohonan” – Ayob Khan
Penganjur dan peserta Himpunan Gerakan Selamatkan Malaysia yang dirancang diadakan di hadapan Kompleks Sogo di ibu negara, pada Sabtu mungkin berhadapan tindakan undang-undang.Timbalan Ketua Polis Negara,Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata ini kerana penganjur perhimpunan berkenaan sehingga kini tidak membuat sebarang permohonan.Katanya, mana-mana pihak yang ingin menganjurkan sebarang perhimpunan perlu membuat permohonan mengikut prosedur di bawah Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012 dalam tempoh lima hari sebelum acara.“Saya harap mereka (penganjur) buat (anjurkan perhimpunan itu) ikut prosedur, kalau tidak ikut prosedur, kita akan ambil tindakan.“Hari terakhir untuk mereka buat permohonan adalah hari ini iaitu lima hari sebelum hari penganjuran acara tersebut,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan Hari Ulang Tahun Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ke-44 di Pangkalan Latihan PGU, pada Isnin.Hadir sama, Pengarah Jabatan logistik dan Teknologi Bukit Aman, Datuk Seri Sahabudin Abd. Manan serta Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kasim Karim.Dalam pada itu, Ayob Khan menegaskan selain polis, penganjur juga turut perlu mendapatkan kebenaran daripada pemilik premis dan pihak berkuasa tempatan (PBT).“Dalam konteks ini, saya difahamkan perhimpunan itu akan diadakan di kawasan Sogo, oleh itu mereka perlu mendapatkan kebenaran daripada Sogo dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).“Selain itu, mestilah tiada bantahan daripada masyarakat sekitar seperti pemilik-pemilik kedai atau Sogo sendiri yang akan buat bantahan dalam tempoh 48 jam. Itu syarat yang perlu dipenuhi oleh mana-pihak yang ingin membuat perhimpunan” katanya.Pada Ahad, media melaporkan Pemuda Perikatan Nasional (PN) bersama gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bakal mengadakan Himpunan Gerakan Selamatkan Malaysia di hadapan Sogo, Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur Sabtu ini.Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari dilaporkan berkata, kempen dijadual bermula pukul 2 petang itu bertujuan membuka mata rakyat berkenaan isu semasa termasuk kes pelepasan pertuduhan 47 kes rasuah dan pengubahan wang haram Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. – JURNALSumber: ASTRO AWANI
https://jurnal-malaysia.com/pemuda-bakar-tahfiz-di-datuk-keramat-dan-bunuh-23-penghuni-kekal-dihukum-penjara/
Pemuda Bakar Tahfiz Di Datuk Keramat Dan Bunuh 23 Penghuni, Kekal Dihukum Penjara
Seorang pemuda berusia 22 tahun yang didakwa atas 23 pertuduhan membunuh 23 penghuni tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah enam tahun lalu, kekal dihukum penjara selama diperkenan Yang-di-Pertuan Agong oleh Mahkamah Rayuan, pada Isnin.Keputusan sebulat suara itu diputuskan panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Datuk Abu Bakar Jais (kini Hakim Mahkamah Persekutuan) selepas menolak rayuan lelaki itu selaku perayu pertama untuk dibebaskan daripada kes tersebut.Turut bersidang ialah Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk See Mee Chun. Ketika membaca keputusan penghakiman, Che Mohd Ruzima berkata, tiada sebab untuk mengusik keputusan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mendapati perayu bersalah atas semua pertuduhan berkenaan.“Dapatan itu adalah selamat dan harus dikekalkan, maka rayuan perayu ditolak. Hukuman yang dijatuhi juga dikekalkan,” katanya.Pada 17 Ogos 2020, tertuduh telah disabitkan oleh Mahkamah Tinggi dengan kesalahan membunuh dan diperintahkan supaya ditahan di penjara selama diperkenankan Yang-di-Pertuan Agong.Pada tarikh sama, Mahkamah TInggi membebas dan melepaskan seorang lagi remaja berumur 22 tahun bagi pertuduhan yang sama tanpa perlu memanggil dia untuk membela diri.Mengikut pertuduhan, kedua-dua remaja berusia 16 tahun itu ketika kejadian, bersama seorang lagi individu tidak dikenali, didakwa membunuh dan menyebabkan kematian 23 orang yang menghuni pusat tahfiz di Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, Wangsa Maju di sini, antara 4.15 pagi dan 6.45 pagi pada 14 September 2017. – JURNALSumber:SINAR HARIAN
https://jurnal-malaysia.com/kembara-kenali-borneo-agong-raja-permaisuri-teruskan-perjalanan-ke-sibu/
Kembara Kenali Borneo: Agong, Raja Permaisuri Teruskan Perjalanan Ke Sibu
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shahyang berkenan mengetuai Kembara Kenali Borneo, meneruskan perjalanan ke daerah Sibu yang melibatkan perjalanan kira-kira 213 kilometer (km), hari ini.Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berkenan berangkat dalam kembara berkenaan yang memasuki hari kesembilan itu.Pada hari ini, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah dijadualkan berangkat ke dua lokasi persinggahan di daerah Bintulu antaranya mengadakan kunjungan di Rumah Panjang Raymond Plen, Ulu Sebauh.Rumah panjang yang terletak 44 km dari sini, menganjurkan beberapa acara sambutan meraikan keberangkatan tiba Seri Paduka berdua antaranya program memasak dan santapan tengah hari bersama komuniti, memancing serta pengurniaan bantuan kepada golongan asnaf.Usai berangkat ke rumah panjang berkenaan hingga 12.30 tengah hari, Seri Paduka berdua dijadualkan berkenan menunaikan solat di Masjid Darul Ibadah, Tatau, sebelum meneruskan perjalanan ke Sibu.Dalam perjalanan itu, pasangan diraja berkenaan turut dijadualkan mengadakan persinggahan di luar Tokong Yu Lung San Tian En Si, sebuah tokong Cina terkenal yang terletak di pinggir bandar Sibu sebelum menuju ke hotel penginapan.Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah juga dijadualkan berkenan bersantapan bersama rakyat di Dewan MUC, Kampung Bandung, Sibu, malam ini.Berangkat sama dalam Kembara Kenali Borneo di Sarawak ialah anakanda Seri Paduka berdua iaitu Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Tengku Panglima Raja Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah.Kembara Kenali Borneo untuk merealisasikan impian Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah mendekati rakyat di Sabah dan Sarawak, mengakhiri pengembaraan di Sabah, pada 7 Sept lepas sebelum memasuki Sarawak melalui Brunei.Penjelajahan sejak 3 hingga 13 Sept itu, bermula dari Tawau, Sabah dan akan berakhir di Telok Melano di selatan Sarawak, melibatkan perjalanan jarak sejauh 2,154 km menelusuri Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei. – JURNALSumber: BERNAMA
https://jurnal-malaysia.com/syed-saddiq-tarik-diri-sokong-kerajaan-perpaduan-prk-parlimen-pulai-dun-simpang-jeram-ph-tapau-pm-tak-masuk-campur-kes-zahid/
Syed Saddiq Tarik Diri Sokong Kerajaan Perpaduan | PRK Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram : PH Tapau | PM Tak Masuk Campur Kes Zahid
SOROTAN MENARIK HUJUNG MINGGU1.Remaja 15 Tahun Yang Hilang, Sudah Ditemui Dengan Selamat Di Ayer Hitam2.Bekas Raja Permaisuri Agong Ke-10, Tunku Ampuan Najihah Mangkat3.Azmin Sindir Anwar – “Sanggup Korbankan Prinsip Dan Perjuangan, Angkat Perasuah Jadi Timbalan…”4.PRK: Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram Bakal Terima Wakil Rakyat Baharu Esok5.“Keputusan Mahkamah Bukti Pelepasan Zahid Daripada Kezaliman Yang Amat Dahsyat” – Ahmad Maslan6.“Keputusan Peguam Negara Bukan Arahan Saya” – Anwar Tegas Tidak Pernah Campur Tangan Kes Mahkamah7.Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Tawan Kilimanjaro8.PRK Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram: PH Tapau 2-09.ISM Bakal Lahirkan 300 Pemimpin Dan Usahawan Muda Setiap Tahun10.Syed Saddiq Tarik Diri Daripada Menyokong Kerajaan Perpaduan Berkuatkuasa Serta Merta
https://jurnal-malaysia.com/syed-saddiq-tarik-diri-daripada-menyokong-kerajaan-perpaduan-berkuatkuasa-serta-merta/
Syed Saddiq Tarik Diri Daripada Menyokong Kerajaan Perpaduan Berkuatkuasa Serta Merta
Ahli Parlimen Muar,Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, secara rasmi menarik diri daripada menyokong Kerajaan Perpaduan berkuat kuasa serta-merta dan menjadi pembangkang kuasa ketiga.Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dalam satu kenyataan hari ini, berkata antara sebab tindakan Syed Saddiq itu adalah keputusan Peguam Negara yang mendorong keputusan mahkamah melepaskan tanpa membebas Datuk Seri Zahid Hamidi daripada 47 kes pertuduhan.Kata kenyataan itu, tindakan itu yang dibuat tanpa penjelasan yang menyakinkan telah menimbulkan banyak tanda tanya kepada rakyat secara umum.“Ini kerana keputusan Peguam Negara melepas tanpa membebaskan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap 47 kes pertuduhan membabitkan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram tanpa sebarang penjelasan yang menyakin telah menimbulkan pelbagai tanda tanya kepada rakyat.“Sesungguhnya, ini melanggar prinsip kerajaan MADANI yang ingin melawan rasuah,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Ahad.Mengulas lanjut, MUDA berkata, parti itu berpegang teguh kepada prinsip Kedaulatan Undang-Undang dan beberapa keputusan yang dilakukan oleh kerajaan baru-baru ini bertentangan dengan prinsip dan nilai tersebut.“(Selain itu, ia berkaitan) isu integriti dan budaya rasuah. Sehubungan keputusan tersebut, MUDA percaya bahawa institusi perundangan negara ini telah dicemari dan kerajaan Perpaduan seolah-olah telah menormalisasikan budaya rasuah,” ujar beliau.Menurutnya, janji-janji reformasi yang ditaburkan sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 diabaikan dengan pelbagai alasan oleh kerajaan hari ini.Namun demikian, beliau memberitahu, meskipun MUDA berada di blok pembangkang sebagai kuasa ketiga, parti itu akan terus komited untuk menyokong usaha kerajaan dalam agenda pembangunan negara progresif yang memerlukan undi dua per tiga dewan seperti agenda reformasi institusi.Kata kenyataan itu lagi, Syed Saddiq telah memaklumkan keputusan itu kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul melalui surat rasmi untuk memberi pertimbangan di bawah Peraturan Mesyuarat 2(2) Peraturan-Peraturan Majlis Dewan Rakyat. – JURNALSumber: ASTRO AWANI
https://jurnal-malaysia.com/ism-bakal-lahirkan-300-pemimpin-dan-usahawan-muda-setiap-tahun/
ISM Bakal Lahirkan 300 Pemimpin Dan Usahawan Muda Setiap Tahun
Seramai 300 usahawan muda dan pemimpin organisasi bakal dilahirkan melalui inisiatif Innovative School of Management (ISM) dengan ilmu, kemahiran dan pengalaman yang diperlukan untuk memimpin.Menurut Presidennya,Amir Faisal Ahamed Latfi, program Usahawan Jutawan Muda yang diperkenalkan hari ini memenuhi kehendak semasa dan dalam masa sama dapat membantu usaha kerajaan memastikan tiada pelajar tercicir dalam pembelajaran akademik ditambah dengan penerapan aspek kepimpinan.Presiden ISM, Amir Faisal Ahamed Latfi.“Melalui program Usahawan Jutawan Muda, kami dapat membantu anak-anak muda ini terutama dalam aspek pembangunan jati diri, kepimpinan dan pengurusan yang merupakan elemen penting bagi sesebuah perniagaan berkembang termasuk dalam sesebuah organisasi jika mereka bekerja nanti.“ISM mensasarkan untuk melahirkan 300 usahawan muda bermula tahun ini yang direka bentuk untuk memberi inspirasi dan memperkasakan pelajar dengan menerapkan semangat keusahawanan dalam membangunkan generasi pemimpin sesebuah organisasi yang berdaya saing dan berkaliber di masa akan datang.“Mereka ini bukan sahaja mempelajari teori sebaliknya secara praktikal melalui perniagaan di mana setiap pelajar bukan saja ada pensijilan akademik nanti bahkan ada perniagaan masing-masing ketika belajar di sini. Ia memastikan pelajar bersedia mengharungi cabaran dunia alam kerjaya sebenar sama ada sebagai usahawan mahupun pemimpin sesebuah organisasi,” katanya ketika pelancaran program Usahawan Jutawan Muda oleh ISM, pada Sabtu.ISM sebagai institusi pendidikan yang inovatif yang berbeza daripada yang lain, bukan sahaja menyampaikan pengetahuan akademik tetapi juga menyediakan pelajar-pelajar dengan pengalaman dan kemahiran sebenar sebagai seorang pemimpin masa depan.Pengerusi Innovative University College, Kapten  (Bersara)  Dato’  Professor  Emeritus, Dr.  Hashim  Yaacob mengetuk gong sebagai simbolik pelancaran Program Usahawan Jutawan Muda sambil disaksikan Ahli Lembaga Pengarah Innovative Capital Berhad, Shahawati Umar dan Presiden ISM, Amir Faisal Ahamed Latfi di pejabat ISM hari ini.“Landskap ekonomi yang turun naik, polikrisis dunia memerlukan penyelesaian inovatif dan program ini dapat memperkasa usahawan muda menyumbang idea transformatif yang boleh memacu pertumbuhan dan kemakmuran ekonomi.“Selaras dasar Malaysia untuk mewujudkan lebih ramai usahawan, kami juga mengguna pakai dunia digitalisasi dan teknologi terkini supaya kekal berdaya saing dalam ekonomi global,” jelasnya.Presiden ISM, Amir Faisal Ahamed Latfi (dua dari kanan) bersama Ahli Lembaga Pengarah Innovative Capital Berhad, Shahawati Umar (dua dari kiri), Naib Canselor Innovative University College, Prof. Dr. Mohd Zaher Mohd Zain (kiri) dan General Manager Perdana University, Associate Professor Dr. Fairol Halim ketika sidang media selepas pelancaran Program Usahawan Jutawan Muda di pejabat ISM hari ini.Dalam pada itu, Amir Faisal memberitahu, antara objektif teras Usahawan Jutawan Muda ialah membantu diri, keluarga dan masyarakat dengan melahirkan pelajar dengan nilai kepimpinan sebenar, integriti termasuk amalan kemampanan, alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).“Program ini juga bertujuan untuk mewujudkan impak positif kepada keluarga dan komuniti serta menyediakan laluan untuk kemajuan sosioekonomi dan mobiliti,” ujarnya.Sementara itu, Amir Faisal menyatakan program Usahawan Jutawan Muda itu sebenarnya terinspirasi daripada RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) yang berpengalaman dalam 15 tahun melahirkan usahawan jutawan dan berjaya di negara [email protected] SCHOOL OF MANAGEMENT PART 2♬ original sound – ISM OfficialJelasnya, daripada situ kami membangunkan suatu model yang komprehensif dalam usaha membangunkan pelajar-pelajar yang berkompetensi dan bersedia untuk memimpin bila tamat pengajian.Program Usahawan Jutawan Muda kini menerima permohonan daripada pelajar yang bersemangat dan bercita-cita untuk menjadi usahawan mahupun bakal pemimpin masa depan. Untuk maklumat lanjut, layari https://myism.my/. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/prk-parlimen-pulai-dun-simpang-jeram-ph-tapau-2-0/
PRK Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram: PH Tapau 2-0
Pakatan Harapan (PH) berjaya mengekalkan penguasaan di Parlimen Pulai apabila calonnya,Suhaizan Kayat, disahkan menang di kerusi berkenaan dengan majoriti lebih 18,000.Keputusan rasmi itu diumumkan Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya bagi PRK P161 Parlimen Pulai, Miswan Yunus.Suhaizan yang juga bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Johor meraih 48,283 undi menewaskan Zulkifli Jaafar daripada Perikatan Nasional (PN) dengan 29,642 undi, manakala Samsudin Mohamad Fauzi yang bertanding sebagai calon Bebas pula meraih 528.Suhaizan meraih kemenangan dengan majoriti 18,641. Peratus keluar mengundi pula berjumlah 47.37 peratus.Bagaimanapun Suhaizan menang dengan majoriti lebih rendah berbanding majoriti besar 33,174 undi diraih Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) lalu.Kemenangan Suhaizan yang juga Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor itu mencatat sejarah peribadi kepadanya selepas tewas enam kali dalam pilihan raya yang pernah ditandinginya sebelum ini.Cubaan kali ketujuh Suhaizan yang juga Ketua Amanah Bahagian Pulai itu akhirnya berjaya menghadiahkan kemenangan kepadanya.Pada PRU-15 November lalu, Salahuddin menang kerusi Parlimen Pulai dengan 64,900 undi, menewaskan Datuk Nur Jazlan Mohamed daripada Barisan Nasional (BN) yang meraih 31,726 manakala Loh Kah Yong dari PN meraih 20,677.Terdahulu, PH turut mengekalkan kerusi Dun Simpang Jeram apabila menewaskan PN, pada Pilihan Raya Kecil (PRK), hari ini, dengan majoriti 3,514 undi.Bekas juruteraNazri Abdul Rahmandaripada PH meraih 13,844 undi menewaskan pakar bedah, Dr Mohd Mazri Yahya yang mendapat 10,330 undi manakala S Jegananthan mewakili Bebas hanya meraih 311 undi.Keputusan rasmi berkenaan bagi Dun Simpang Jeram itu diumumkan Pegawai Pengurus PRK Dun Simpang Jeram Jamil Hasni Abdullah pada 9.10 malam di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Muar.Pada PRU-15, Allahyarham Salahuddin memperoleh sebanyak 8,749 undi dengan majoriti undi sebanyak 2,399 undi.Ketika itu Salahuddin menewaskan Zaril Salleh daripada PN dengan 6,360 undi; Datuk Lokman Md Don daripada Barisan Nasional (BN) pula meraih 6,062 undi manakala Mahaizal Mahmor daripada Pejuang hanya mendapat 208 undi. – JURNALSumber:HARIAN METRO
https://jurnal-malaysia.com/raja-muda-selangor-tengku-amir-shah-tawan-kilimanjaro/
Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Tawan Kilimanjaro
Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shahhari ini berjaya menamatkan misi pendakian dan menakluk puncak Gunung Kilimanjaro di Tanzania.Ekspedisi yang dicetuskan sendiri oleh DYTM Tengku Amir Shah ini adalah bagi mengumpul dana untuk menubuhkan sebuah pusat penjagaan bagi kanak-kanak-kanak yang berdepan masalah pendengaran dan bantuan pertuturan di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam.Pendakian Baginda ke puncak Gunung Kilimanjaro setinggi 5,895 meter ini, diringi oleh sepupu Baginda, YDM Engku Panglima Setia Diraja Dato’ Syed Haizam Jamalullail; kekanda ipar Baginda, YBhg. Dato’ Setia Aubry Rahim Mennesson; Orang Besar Istana, YM Tengku Ezrique Ezzuddean dan rakan Baginda, Keong Yeen Keoh.View this post on InstagramA post shared by Selangor Royal Official (@selangorroyalofficial)Antara penggerak utama misi meraih dana menerusi ekspedisi ini yang bermula pada 31 Ogos 2023 lalu, adalah berpunca daripada kos rawatan yang tinggi yang terpaksa dihadapi oleh keluarga kanak-kanak yang berdepan masalah pendengaran dan pertuturan.Ini termasuk anak perempuan kepada Dato’ Sved Haizam yang menghidapi masalah sama sejak usia 3 tahun.Pada tahun 2012, ekspedisi hampir serupa pendakian ke Gunung Kinabalu, Sabah turut disertai DYTM Tengku Amir bersama 23 kanak-kanak OKU dari Cheshire Home.Kepada yang ingin membantu menyumbang kepada misi dana ini boleh melakukannya dihttps://www.simplygiving.com/speech-and-hearing-aid-centre-yprtu– JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/keputusan-peguam-negara-bukan-arahan-saya-anwar-tegas-tidak-pernah-campur-tangan-kes-mahkamah/
“Keputusan Peguam Negara Bukan Arahan Saya” – Anwar Tegas Tidak Pernah Campur Tangan Kes Mahkamah
Perdana MenteriDatuk Seri Anwar Ibrahimsekali lagi menegaskan, beliau tidak pernah campur tangan dalam kes mahkamah melibatkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.Malah Anwar juga menegaskan beliau tidak memberi arahan kepada bekas Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, berkaitan permohonan menghentikan prosiding yang mendorong kepada keputusan mahkamah melepas tanpa membebaskan (DNAA) terhadap Ahmad Zahid daripada 47 pertuduhan.“Saya nak jelaskan, tidak ada arahan (kepada) peguam negara masa itu, Tan Sri Idrus. Dia terlibat dalam meneruskan pendakwaan, kemudian dia baca (teliti) dokumen bocor yang ditulis oleh Jabatan Peguam Negara yang menyatakan tak bersetuju dengan pendakwaan.“Dia juga lihat beberapa fakta baharu (representasi Ahmad Zahid) 200 halaman yang dikemukakan. Dia juga lihat percanggahan.“Tentunya saya sebagai perdana menteri tahu kesan dan tuduhan yang dilemparkan (susulan pihak pendakwaan dan mahkamah berkaitan kes Ahmad Zahid). Saya terpaksa tanya panjang kepada Peguam Negara kenapa keputusannya begitu, mengapa sekarang.“Jadi kalau tanya saya… kalau saya ada kuasa… saya nak tangguh. Sebab apa? Saya nak lepaskan semua pilihan raya ini (untuk elak tuduhan kepada kerajaan)… kemudian Peguam Negara jalankanlah (mohon henti prosiding) tetapi Peguam Negara tak bersetuju.“Peguam Negara kata tarikh awal mahkamah ialah 4 dan 5 September… hari akhir beliau (tamat kontrak).“Jadi beliau jalankan tanggungjawab. Dia tak mahu lepaskan tanggungjawab yang dia uruskan kepada yang lain. Saya tak boleh halang dan saya baca kenyataan… sebahagiannya benar, sebahagiannya (saya) lahirkan rasa kesangsian dan minta penjelasan lanjut,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas solat Jumaat di Masjid Jamek Sri Petaling.Anwar menjelaskan, adalah tidak adil untuk mana-mana pihak yang mempunyai kuasa menjatuhkan hukuman semata-mata kerana tidak suka kepada seseorang ahli politik.Ujar beliau, banyak kes sebelum ini yang terlepas daripada hukuman sama ada sebelum perbicaraan atau selepas perbicaraan.Anwar juga menjelaskan, walaupun Badan Kehakiman tertakluk kepada kertas pendakwaan, namun hakim masih ada budi bicara.“Seperti mana yang saya sebutkan berulang kali, boleh semak Peguam Negara yang dulu dan sekarang, boleh semak Ketua Hakim Negara… dalam kes apa yang saya campur? Tapi bila kena tokoh yang tertentu, ia jadi isu.“Jadi saya nak nasihatkan, rakyat umumnya berhak bertanya, berhak ambil tahu dan jawapannya… perlu membaca kenyataan sepenuhnya. Tetapi janganlah fitnah. Janganlah kata ini arahan perdana menteri dan sebagainya,” katanya. – JURNALSumber: ASTRO AWANI
https://jurnal-malaysia.com/keputusan-mahkamah-bukti-pelepasan-zahid-daripada-kezaliman-yang-amat-dahsyat-ahmad-maslan/
“Keputusan Mahkamah Bukti Pelepasan Zahid Daripada Kezaliman Yang Amat Dahsyat” – Ahmad Maslan
Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas tanpa membebaskan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi, adalah bukti pelepasan daripada kezaliman yang amat dahsyat.Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO,Datuk Seri Ahmad Maslanberkata, keputusan berkenaan juga tidak menjejaskan perjalanan kempen Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) yang sedang berlangsung ketika ini.Malahan kebenaran yang berjaya ditegakkan itu secara tidak langsung dilihat mampu menambah nilai sokongan pengundi kepada Kerajaan Perpaduan pada PRK di Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, Sabtu ini.“Kes Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ini memberi kesan yang amat positif kerana akhirnya kebenaran dapat ditegakkan dan saya tahu pihak yang tidak suka mesti melihat ianya dari sudut negatif.“Siapa yang melihat dari sudut yang berbeza bererti, betulkanlah pandangan mereka bahawa ini adalah pelepasan daripada kezaliman yang amat dahsyat,” katanya.Mengulas lanjut katanya, keputusan itu juga tidak perlu diperjelaskan memandangkan Jabatan Peguam Negara sudah mengeluarkan kenyataan yang cukup jelas berhubung keputusan itu.“Ada pihak yang minta penjelasan Peguam Negara (dan) saya nak beritahu mereka Jabatan Peguam Negara telah menyatakan 11 alasan berhubung perkara itu.“Kemudian ada lagi siaran akhbar yang ringkas daripada Jabatan Peguam Negara menyatakan apa yang mereka buat itu diperakui oleh Hakim, jadi itulah (keputusannya),” tambahnya.Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini melepaskan tanpa membebaskan Timbalan Perdana Menteri itu daripada 47 tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi yang diasaskannya.Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah, melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar, yang memaklumkan bahawa Jabatan Peguam Negara ingin memberhentikan semua prosiding terhadap Ahmad Zahid pada peringkat ini. Pihak pendakwaan mengemukakan 11 alasan ketika memohon kepada mahkamah.Jabatan Peguam Negara menerusi kenyataan kemudiannya memaklumkan keputusan itu dibuat berdasarkan alasan yang dikemuka dan diterima oleh mahkamah. Kenyataan itu memaklumkan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah, yang membuat keputusan terbabit sudah menyatakan alasan dikemuka pihak pendakwaan adalah kukuh. – JURNALSumber:ASTRO AWANI
https://jurnal-malaysia.com/prk-parlimen-pulai-dun-simpang-jeram-bakal-terima-wakil-rakyat-baharu-esok/
PRK: Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram Bakal Terima Wakil Rakyat Baharu Esok
Selepas 14 hari tempoh berkempen yang berakhir pada tengah malam ini, seramai 206,073 pengundi berdaftar layak menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, esok.Seramai 165,700 pemilih berdaftar akan mengundi bagi Parlimen Pulai, sementara bagi DUN Simpang Jeram melibatkan 40,373 pengundi akan memilih wakil rakyat baharu untuk menggantikan penyandangnya Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub.PRK di kedua-dua kerusi itu diadakan susulan kekosongan luar jangka berikutan kematian Salahuddin yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai lepas. PRK Pulai dan Simpang Jeram menyaksikan saingan tiga penjuru di dua kerusi itu, melibatkan pertembungan antara calon Pakatan Harapan (PH) dengan Perikatan Nasional (PN) dan calon Bebas.Pada Selasa lepas, seramai 927 pengundi awal melibatkan pegawai dan anggota polis selesai menunaikan tanggungjawab masing-masing bagi Parlimen Pulai, manakala tiada pengundi awal di Simpang Jeram.Bagi proses pengundian yang bermula pada pukul 8 pagi sehingga 5 petang esok, sebanyak 47 pusat mengundi melibatkan 294 saluran disediakan di Parlimen Pulai, manakala 14 pusat mengundi dengan 68 saluran dibuka bagi DUN Simpang Jeram.Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seramai 2,674 petugas SPR dan anggota keselamatan ditugaskan bagi proses pengundian di Pulai, manakala 675 petugas di Simpang Jeram.Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh yang ditemui selepas meninjau persiapan petugas SPR di Dewan Kenanga Majlis Bandaraya Johor Bahru hari ini berkata suruhanjaya itu menjangkakan peratusan keluar mengundi bagi kedua-dua PRK itu sekitar 70 peratus.Dalam pada itu, Penganalisis Kenegaraan dan Kesejahteraan Sosial, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor Prof Madya Dr Mohd Azhar Abd Hamid menjangkakan peratusan keluar mengundi esok bakal menjadi penentu kepada jumlah majoriti yang akan diperoleh pemenang di kerusi parlimen dan DUN itu.Beliau berkata misalnya Parlimen Pulai yang menjadi kubu kuat PH selama dua penggal boleh mendapat majoriti yang lebih selesa jika semua pengundi PH dan BN keluar mengundi esok.“Sekiranya jumlah pengundi keluar esok sangat tinggi, ini akan menjadi penentu kepada peratusan jumlah majoriti kepada calon yang menang dan jika gabungan PH-BN menang ini menterjemahkan sokongan serta penerimaan rakyat terhadap ganbungan itu,” katanya.Sementara itu semakan di portal Jabatan Metrologi Malaysia setakat 11 pagi hari ini, bagi daerah Johor Bahru dan Muar diramalkan berlaku ribut petir di satu dua tempat pada sebelah pagi hingga petang esok.Berbaki kurang 15 jam tempoh berkempen sehingga 11.59 malam ini, kesemua enam calon bertanding bagi PRK Pulai dan Simpang Jeram terus melaksanakan pecutan saat akhir kempen bagi memenangi hati pengundi sebelum ‘menyerahkan nasib’ mereka kepada rakyat.Berdasarkan jadual kempen calon-calon, hampir kesemua parti bertanding mengadakan ceramah ‘grand finale’ malam ini,yang turut dihadiri pemimpin tertinggi parti masing-masing.Pada Pilihan Raya Umum ke-15 lepas, Salahuddin yang memperoleh 64,900 undi di kerusi Parlimen Pulai menang dengan majoriti undi 33,174, manakala bagi DUN Simpang Jeram beliau mendapat 8,749 undi dengan majoriti undi sebanyak 2,399. – JURNALSumber:BERNAMA
https://jurnal-malaysia.com/azmin-sindir-anwar-sanggup-korbankan-prinsip-dan-perjuangan-angkat-perasuah-jadi-timbalan/
Azmin Sindir Anwar – “Sanggup Korbankan Prinsip Dan Perjuangan, Angkat Perasuah Jadi Timbalan…”
Datuk Seri Azmin Alimenyelar tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwanya sanggup mengorbankan prinsip perjuangan sebelum ini apabila bersekongkol dengan pemimpin UMNO yang dikaitkan dengan rasuah.Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) itu mendakwa tindakan itu adalah bertentangan dengan apa yang diperjuangkan Anwar ketika sebelum menjadi Perdana Menteri.Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu turut mempersoalkan mengapa penyokong dan pemimpin Pakatan Harapan (PH) kini masih membisu dengan perkembangan semasa terutama kalangan pemimpin UMNO yang didakwa terbabit rasuah dibebaskan mahkamah.“Mana penyokong-penyokong PH, mana Lim Guan Eng, mana Mat Sabu, dia sedang sibuk naik lembu, orang naik kuda dia naik lembu.“Dalam prinsip perjuangan mesti ada prinsip yang berpegang kepada penolakan rasuah, tolak perompak dan tolak perasuah tetapi kerana aku ingin menjadi Perdana Menteri, aku sanggup korbankan prinsip dan perjuangan, aku angkat perasuah jadi Timbalan aku,” katanya menyindir tindakan Anwar memilih Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai timbalannya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program Grand Finale Perikatan Nasional N13 Simpang Jeram di BJ Ballroom, Kampung Parit Keroma Darat, malam tadi.Turut hadir Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man; Menteri Besar Kelantan, Datuk Nassuruddin Daud dan Pengerusi Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa.Isnin lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas tanpa membebaskan (DNAA) Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri atas 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan penggubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.Terbaru, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, melepas dan membebaskan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad daripada tiga pertuduhan rasuah RM2.8 juta.BACA:Tiada Bukti Bung Moktar Terima Rasuah RM2.8 Juta Melalui Zizie Izette – PeguamJelas Azmin, Anwar kini bukan sahaja tidak lagi seperti dahulu sebaliknya kini sanggup berpeluk dengan perasuah semata-mata mahu menjadi Perdana Menteri.“Anwar sebelum ini ajar kita lawan dengan rasuah, hari ini berdakap dengan perasuah. Dia janji dengan Bangsa Johor, dia janji dengan rakyat Johor dan dia ajak kita pergi jalanan lawan kleptokrat dan lawan perasuah.“Hari ini beliau berdakap dan berpeluk dengan perasuah, (kita akan) pasti lawan Anwar Ibrahim,” katanya. – JURNALSumber:BH ONLINE
https://jurnal-malaysia.com/bekas-raja-permaisuri-agong-ke-10-tunku-ampuan-najihah-mangkat/
Bekas Raja Permaisuri Agong Ke-10, Tunku Ampuan Najihah Mangkat
Bekas Tunku Ampuan Negeri Sembilan,Tunku Ampuan Najihah Almarhum Tunku Besar Burhanuddinmangkat pada jam 6.53 pagi tadi di Hospital Cardiac Vascular Sentral di sini.Almarhumah yang merupakan bekas Raja Permaisuri Agong yang ke-10 dari tahun 1994 hingga 1999, baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran ke-100 pada 1 Sept lalu.Perkhabaran kemangkatan itu dimaklumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Mohd Zafir Ibrahim menerusi satu kenyataan sebentar tadi.“Jenazah akan disemayamkan di Istana Besar Seri Menanti dan dimakamkan di Makam Diraja Seri Menanti pada hari ini, 8 Sept 2023 bersamaan dengan 22 Safar 1445H selepas waktu Asar.“Tempoh perkabungan bagi kemangkatan Almarhumah Yang Maha Mulia Bekas Tunku Ampuan Negeri Sembilan adalah selama satu hari iaitu pada hari ini, Jumaat, bersamaan dengan 8 Sept 2023,” menurut kenyataan tersebut.Mohd Zafir memaklumkan, semua bendera hendaklah dikibarkan separuh tiang di seluruh Negeri Sembilan hari ini sepanjang tempoh perkabungan yang ditetapkan.Selain itu, semua masjid dan surau di Negeri Sembilan digalakkan mengadakan majlis tahlil dan doa. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/remaja-15-tahun-yang-hilang-sudah-ditemui-dengan-selamat-di-ayer-hitam/
Remaja 15 Tahun Yang Hilang, Sudah Ditemui Dengan Selamat Di Ayer Hitam
Dinna Ismalaily Suhaidiatau Lily, remaja berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang sejak 25 Ogos lalu, sudah ditemui dengan selamat di perhentian bas Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor, jam 9.26 malam tadi.Perkara tersebut disahkan kakak kepada Lily, iaitu, Dialiesa Irdina, 18.Menurut Dialiesa adiknya itu dijumpai oleh orang awam sebelum menghubungi keluarganya.“Alhamdulillah, adik saya sudah dijumpai. Dia ditinggalkan seorang diri dalam keadaan lemah. Apabila ditanya, dia tak ingat apa-apa.“Dia juga masih memakai pakaian yang sama seperti kali terakhir dilihat sebelum dilaporkan hilang.Apabila mak sampai dan cuba bercakap dengannya, dia menjadi takut,” katanya.Menurutnya, dia sekeluarga bersyukur kerana Lily akhirnya ditemui juga dalam keadaan selamat.“Dapat saja panggilan dan gambar Lily, kami terus bergegas ke sana. Memang tak fikir apa dah. Syukur sangat. Buat masa sekarang keadaan mak saya sedikit lemah.“Apa pun, terima kasih kepada semua pihak yang sudah membantu menghebahkan berita kehilangan adik saya. Hanya Allah yang dapat membalas jasa anda,” katanya.Menurutnya, Lily akan dibawa ke hospital berhampiran untuk pemeriksaan lanjut sebelum dibawa pulang ke rumah.Anak kelima daripada sembilan beradik itu sebelum ini didakwa meninggalkan rumah mereka di Kampung Ilham di Kahang Timur, Kluang jam 1.22 pagi, 25 Ogos lalu.Sejak itu, ibunya Norhayati Bakri, 45, aktif berkongsi maklumat mengenai anaknya di media sosial selain video TikTok dimuat naik kakak Lily yang mengundang pilu masyarakat.Video itu memaparkan kesungguhan Norhayati dan suami mencari Lily tanpa kenal erti penat lelah sehingga  sanggup berulang-alik dari satu bandar ke bandar untuk mengesan anak mereka. – JURNALSumber: BULETIN TV3
https://jurnal-malaysia.com/bung-zizie-lepas-tuduhan-rasuah-ydpa-terharu-sambutan-rakyat-sabah-rosmah-minta-dilepaskan/
Bung Zizie Lepas Tuduhan Rasuah | YDPA Terharu Sambutan Rakyat Sabah | Rosmah Minta Dilepaskan
SOROTAN MENARIK KHAMIS 07/09/20231.Rosmah Mohon Batal 12 Kes Gubah Wang Haram, 5 Pertuduhan Elak Cukai2.[V] Remaja 15 Tahun Dirayu Pulang Ke Rumah – “Mama Risau, Baliklah…Tak Ada Siapa Marah Kakak”3.[V] “Ada Yang Panggil Gong-Gong, Pakcik Agong, Abang Agong…Rakyat Sabah Kekal Di Hati Selamanya” – YDPA4.Tiada Bukti Bung Moktar Terima Rasuah RM2.8 Juta Melalui Zizie Izette – Peguam5.Syarikat Penyedia Perkhidmatan Umrah Dan Pelancongan Nafi Taja Abang Tesla6.‘Deep Sea Treasures’: Megalodon, Spesis Marin Pra Sejarah Tarikan Baharu Wetland Studios7.10XBBB Inisiatif Bantu Usahawan, Melaka Lokasi Pertama Luar Lembah Klang
https://jurnal-malaysia.com/10xbbb-inisiatif-bantu-usahawan-melaka-lokasi-pertama-luar-lembah-klang/
10XBBB Inisiatif Bantu Usahawan, Melaka Lokasi Pertama Luar Lembah Klang
Melaka menjadi lokasi pertama penganjuran program 10X Bina Bisnes Berjaya (10XBBB) di luar Lembah Klang dengan tema Bangkit Usahawan Melaka pada penghujung bulan ini.Menurut Pengasas RichWorks International Sdn. Bhd.,Datuk Wira Dr. Azizan Osman, program tersebut dianjurkan kami bersama Kerajaan Negeri dan Media Prima Berhad.Katanya, inisiatif itu bagi menyokong terus usahawan-usahawan di negeri mereka yang kini berdepan pelbagai cabaran antaranya ekoran polikrisis dan Melaka menjadi lokasi pertama.“Program 10XBBB yang buat julung-julung kalinya kami adakan bersama Kerajaan Negeri Melaka.“Kita adakannya secara percuma khas untuk mereka sudah berniaga dan juga buat yang komited mahu membina perniagaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.10XBBB ini akan diadakan di MITC Ayer Keroh, Melaka pada 30 September dan 1 Oktober selepas dianjurkan di Shah Alam , 2 dan 3 September lalu.Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman bersama Ketua Pegawai Operasi Media Prima Omnia, Datuk Mohd Efendi Omar dan lebih 3,000 peserta 10X Bina Bisnes Berjaya di Shah Alam, baru-baru ini.Perkara itu diumumkan sendiri oleh Mentor Usahawan yang juga Pengasas RichWorks, Datuk Wira Dr. Azizan Osman menerusi program bual bicara Wira Usahawan setiap Rabu malam yang disiarkan secara langsung di platform media sosial Azizan Osman Official.Tambahnya, program 10XBBB ditaja sepenuhnya khusus buat usahawan yang serius ingin berjaya dalam bidang perniagaan yang diceburi.“Alhamdulillah, program ini juga mendapat sokongan Jabatan Mufti Negeri Melaka bagi membantu usahawan daripada golongan muallaf dan asnaf untuk keluar daripada kepompong kemiskinan dan menjadi inspirasi kepada orang lain.“Bagaimanapun, bilangan tempat yang ada agak terhad dan saya mencadangkan agar para usahawan terus memohon segera kerana ada pembaharuan model yang akan dibawakan untuk 10XBBB edisi kali ini,” jelasnya.View this post on InstagramA post shared by RichWorks (@richworks_official)Dalam pada itu, program juga mendapat sokongan Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Melaka, Allex Seah Shoo Chin.“Ini merupakan suatu insiatif yang dapat membantu para usahawan di Melaka. Oleh itu, mereka disarankan untuk mendaftar segera sebelum permohonan ditutup,” ujarnya yang dimuat naik dalam laman Facebook Kerajaan Negeri Melaka.Terdahulu, program 10XBBB yang pertama tahun ini baru sahaja diadakan di IDCC, Shah Alam pada 2 dan 3 September yang lalu.Bagi usahawan di sekitar Melaka yang berminat, anda dijemput untuk memohon menerusi laman sesawang www.binabisnesberjaya.com.
https://jurnal-malaysia.com/deep-sea-treasures-megalodon-spesis-marin-pra-sejarah-tarikan-baharu-wetland-studios/
‘Deep Sea Treasures’: Megalodon, Spesis Marin Pra Sejarah Tarikan Baharu Wetland Studios
Wetland Studios Putrajaya, taman tema didik hibur yang popular di Malaysia secara rasminya membuka aras bawah tanah kompleks tersebut yang dinamakan sebagai “Deep Sea Treasures”.Dengan tarikan terbaru ini, maka lengkapkan pengalaman “immersive” para pengunjung dengan pameran-pameran spesis hidupan di laut, darat dan udara.“Deep Sea Treasures” terbahagi kepada tiga zon pameran iaitu “Marine Monsters”, “Sam’s Water World” dan “Ocean Jewels” di mana pengunjung dapat menyelami khazanah dan mendalami ilmu mengenai spesis lautan yang menakjubkan!“Di laut dalam, terdapat dunia yang penuh dengan spesis hidupan yang luar biasa. Namun, kadangkala kita secara tidak sengaja memudaratkan mereka.“Justeru adalah penting bagi kita mempelajari cara menjaga air di tanah lembap, sungai dan laut.“Dengan pelancaran ‘Deep Sea Treasures’, naratif kami kini lengkap untuk berkongsi maklumat melalui pengalaman unik untuk mendapatkan penglibatan pelbagai pihak dalam mempromosikan pemuliharaan alam sekitar dan perlindungan hidupan liar,” ujar Datuk Norman Abdul Halim, Pengerusi Eksekutif, Wetland Studios Sdn Bhd.Tarikan utama di ‘Deep Sea Treasures’ adalah ‘Titan of The Deep’ yang pertama di Malaysia dan juga pameran Megalodon terbesar di Asia Tenggara, haiwan pemangsa yang telah pupus serta spesis-spesis lautan pra-sejarah seperti Mosasaurus, Ichthyosaur, Plesiosaurus, dan Dunkleosteus; kisah penceritaan seekor penyu bernama Sam tentang peranan air dalam eko- sistem kehidupan serta pameran hidupan marin yang dihablurkan yang pasti akan menimbulkan keterujaan pelbagai lapisan masyarakat.Sementara itu Pengarah Urusan Wetland Studios Sdn Bhd, Datuk Yong Lam Woei berkata, pengunjung ditawarkan dengan teknologi IR 4.0 untuk pengalaman yang lebih mengujakan.“Kelebihan utama kami adalah menawarkan pengalaman pengunjung melalui pembangunan kandungan didik hibur immersive dengan teknologi IR 4.0, digabungkan dengan perkhidmatan cemerlang dari Rangers, kru hospitaliti kami.‘Deep Sea Treasures, mempamerkan spesies marin prasejarah dan masa kini dalam bentuk animatronik dan replika dengan maklumat yang disampaikan secara menghiburkan oleh watak animasi melalui sistem audio dan video kami.Sejak pelancaran fasa pertama Wetland Studios pada 26 Mei 2023, kami telah menerima kunjungan lebih 4,000 murid pra-sekolah dan sekolah rendah dari serata tanahair.Melangkah ke hadapan, kami menyasarkan untuk menjadi peneraju ‘Edutourism’ dan hospitaliti di Malaysia.Wetland Studios Putrajaya dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi sehingga 7 malam setiap hujung minggu, cuti awam dan cuti persekolahan; dan dari pukul 10 pagi sehingga 6 petang bagi hari bekerja.Untuk maklumat lanjut mengenai Wetland Studios Putrajaya, sila layari www.wetlandstudios.com dan ikuti akaun-akaun media sosial wetlandstudios.putrajaya. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/syarikat-penyedia-perkhidmatan-umrah-dan-pelancongan-nafi-taja-abang-tesla/
Syarikat Penyedia Perkhidmatan Umrah Dan Pelancongan Nafi Taja Abang Tesla
Syarikat penyedia perkhidmatan umrah, Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd menafikan pihaknya menaja umrah Abang Tesla atau nama sebenarMohammad Khaliltizam Yusridan dua isterinya.Pengurusan tertinggi dalam sebuah kenyataan berkata, Abang Tesla dan keluarganya membayar sepenuhnya kos percutian dan umrah (Pakej Umrah Ziarah Istanbul Bursa) mereka sendiri.“Merujuk kepada laporan yang tular di media sosial.“Syarikat Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd sebagai penyedia perkhidmatan umrah ingin menafikan dakwaan bahawa kami telah menaja umrah Abang Tesla dan rombongannya.“Dakwaan ini adalah tidak benar. Abang Tesla dan keluarganya membayar sepenuhnya kos percutian & umrah (Pakej Umrah Ziarah Istanbul Bursa) mereka sendiri.“Kami hanya menyediakan perkhidmatan pakej umrah ziarah kepada pelanggan kami yang ingin menunaikan umrah.Kami berharap dakwaan ini akan dapat dihentikan dan kami memohonmaaf atas sebarang kekeliruan yang telah timbul,” menurut kenyataan terbabit.Dalam pada itu, syarikat tersebut turut memohon orang ramai menghormati serta memberi ruang kepada Abang Tesla mengerjakan ibadah umrah.“Kami mohon agar semua pihak dapat menghormati serta memberi ruang kepada Abang Tesla dan kedua-dua isterinya menjalani perjalanan umrah dan ziarah Istanbul mereka bersama dengan tenang dan penuh kasih sayang.“Kami juga memohon agar semua warga netizen sama-sama mendoakan mereka memperoleh umrah yang mabrur dan doa-doa yang maqbul, Insya-Allah.“Kami juga berharap melalui notis pengesahan dari pihak pengurusan tertinggi Andalusia Travel ini, semua kata-kata cemuhan yang kurang enak didengari di dalam sosial media akan dapat dihentikan serta merta,” kata syarikat berkenaan lagi.Terdahulu, Abang Tesla memuat naik gambar bersama dua isterinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, bersama bagasi mereka menerusi hantaran di Instagram (IG), semalam.Berdasarkan kapsyen pada gambar itu, Abang Tesla menyatakan mereka akan bercuti di Turkiye dan menunaikan umrah bersama buat kali pertama, selain mengucapkan terima kasih kepada Syarikat Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd.Bagaimanapun kapsyen tersebut telah disunting semula selepas timbul kekeliruan. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/tiada-bukti-bung-moktar-terima-rasuah-rm2-8-juta-melalui-zizie-izette-peguam/
Tiada Bukti Bung Moktar Terima Rasuah RM2.8 Juta Melalui Zizie Izette – Peguam
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu, tiada bukti menunjukkan Ahli Parlimen Kinabatangan,Datuk Seri Bung Moktar Radinmenerima rasuah berjumlah RM2.8 juta daripada dua ejen pelaburan unit amanah Public Mutual, melalui Datin Seri Zizie Izette A. Samad.Beliau berhujah, kedua-dua ejen pelaburan iaitu Madhi Abdul Hamid dan Norhaili Ahmad Mokhtar ketika memberi keterangan sebagai saksi pendakwaan, tidak pernah menyatakan mereka memberi wang tersebut bagi pihak Bung Moktar.Sehubungan itu, Athimulan menghujahkan, tiada bukti secara rekod atau berdokumen bahawa Bung Moktar menerima suapan mahupun Zizie Izette menyerahkan wang itu kepada suaminya, seperti yang dinyatakan dalam pertuduhan.Justeru Athimulan memohon agar keputusan Mahkamah Sesyen memanggil Bung Moktar dan isterinya membela diri, disemak dan diketepikan.Sehubungan itu, Bung dan Zizie dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi hari ini atas tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta membabitkan pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual Berhad.Hakim, Datuk Azhar Abdul Hamid membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Bung Moktar dan Zizie untuk menyemak keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkan mereka membela diri pada 2 September tahun lalu.Bung Moktar, 65, dan Zizie Izette, 45, merayu terhadap keputusan Azhar pada 9 Disember tahun lalu yang menolak permohonan pasangan itu untuk menyemak keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkan mereka membela diri atas tiga pertuduhan rasuah.Pada 2 September 2022, Rozina memerintahkan pasangan itu membela diri atas tiga pertuduhan rasuah selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap mereka.Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar didakwa atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan mendapatkan kelulusan Felcra untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.Bung Moktar dituduh menerima rasuah daripada ejen Public Mutual, Madhi Abdul Hamid, menerusi Zizie Izette di Public Bank Cawangan Taman Melawati di sini antara 12.30 tengah hari dan 5 petang 12 Jun 2015.Beliau juga didakwa menerima suapan wang tunai RM337,500 daripada perunding Unit Amanah, Norhaili Ahmad Mokhtar di bawah nama Zizie Izette atas sebab sama dan di tempat sama pada 19 Jun 2015 manakala Zizie Izette berdepan tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara itu di tempat, tarikh dan masa yang sama. – JURNALSumber:UTUSAN,HARIAN METRO
https://jurnal-malaysia.com/v-ada-yang-panggil-gong-gong-pakcik-agong-abang-agongrakyat-sabah-kekal-di-hati-selamanya-ydpa/
[V] “Ada Yang Panggil Gong-Gong, Pakcik Agong, Abang Agong…Rakyat Sabah Kekal Di Hati Selamanya” – YDPA
Yang di-Pertuan AgongAl-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bertitah, baginda tidak akan melupakan perjalanannya sepanjang program Kembara Kenali Borneo di negeri Sabah.Program yang bermula dari Tawau, Sabah dan bakal berakhir di Telok Melano, Sarawak sudah pun berlangsung sejak 3 September lalu dan dijadualkan berakhir pada hingga 13 September ini.Baginda dibawa merentasi Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei.Sementara itu, Yang di-Pertuan Agong bertitah Kembara Kenali Borneo merealisasikan hasrat baginda untuk mengenali dengan lebih rapat lagi rakyat di Sabah dan Sarawak terutama yang tinggal di kawasan pedalaman.“Saya dijemput selalu di Kota Kinabalu dan Kuching, tetapi di luar ini tidak pernah jejak, jadi saya fikir umur pun dah meningkat saya cuba melihat dan kenal rakyat pelosok Sabah.“Saya jumpa, salam rakyat hulur tangan tanpa mengira latar belakang kerana bagi saya semua sama, kita rakyat Malaysia.“Saya dapat realisasikan di Sabah. Saya sudah memandu sendiri 759 kilometer, alhamdulillah pinggang saya masih kuat lagi.“Saya tak nak mengadu jalan raya di sini. Harap dapat akhiri (keseluruhan) 985 kilometer di Sabah. Saya terharu dengan layanan mesra orang Sabah,” titah Seri Paduka.View this post on InstagramA post shared by JURNAL (@jurnal.malaysia)Al-Sultan Abdullah turut berkongsi cerita lucu sepanjang kembara itu apabila ada rakyat yang memanggil Seri Paduka dengan nama ‘pakcik Agong’, dan ‘abang Agong’, malah memanggil Tunku Azizah sebagai ‘Datin Permaisuri’.“Ada juga panggil saya Gong-Gong, ini semua hiburkan hati saya juga. Ada puji isteri saya (Tunku Azizah) cantik. Ini semua tidak dapat saya lupakan dan rakyat Sabah akan kekal berada dalam hati saya untuk selamanya,” titah Seri Paduka.Al-Sultan Abdullah bertitah sepanjang Kembara Kenali Borneo, Seri Paduka mendengar pelbagai suara daripada rakyat Sabah terutama membabitkan kemajuan negeri, malah berseloroh dengan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam perjalanan itu untuk menjadi ‘tukang catit’ apa disuarakan rakyat negeri ini.“Kecantikan bukit ini, ladang ini semua ada dalam buku kita (dicatit) ada juga aduan yang kita tulis. Ada juga bukan aduan.“Mudah-mudahan pandangan saya mengenai jalan raya, bekalan air dan elektrik juga pandangan lain di Sabah dapat diusahakan.“Saya ketengahkan, bila jumpa PM (Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim) saya suarakan apa yang patut disuarakan,” titah Seri Paduka pada Majlis Santapan Malam Kerajaan Negeri Sabah Sempena Kembara Kenali Borneo di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di sini malam ini.View this post on InstagramA post shared by JURNAL (@jurnal.malaysia)Turut berangkat pada majlis itu Tunku Azizah. Turut hadir Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Kadzim Haji M Yahya.Al-Sultan Abdullah juga meminta pihak terlibat supaya melihat kepada isu jambatan di kawasan Sungai Liwagu yang menurut Seri Paduka mempunyai kawasan cantik tetapi jambatan ‘pecah dua’ yang menyukarkan penduduk kampung untuk melintas.Seri Paduka bertitah Kembara Kenali Borneo juga memberi peluang untuk Seri Paduka meninjau sendiri pembangunan Lebuhraya Pan Borneo yang mampu memberi manfaat kepada rakyat Sabah selain membuka peluang lebih banyak kemajuan projek infrastruktur impak tinggi di sepanjang laluan.“Kerajaan beri tumpuan (Lebuhraya Pan Borneo) jadi ‘game changer’ (pengubah keadaan) di Sabah. Kesejahteraan mereka di kawasan pedalaman dapat diberikan dan dapat dimajukan dengan lebih pantas,” titah Seri Paduka.Titah Sabah memerlukan kestabilan politik dan perpaduan yang kukuh dalam kalangan rakyat bagi memastikan negeri ini maju, titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.Seri Paduka bertitah Sabah adalah sebuah negeri yang amat besar, justeru kestabilan politik dan perpaduan rakyat adalah acuan penting untuk negeri itu dimajukan dengan sebaiknya dan tanpa semua itu, usaha memajukan Sabah tidak akan dapat direalisasikan. – JURNALSumber:HARIAN METRO
https://jurnal-malaysia.com/v-remaja-15-tahun-dirayu-pulang-ke-rumah-mama-risau-baliklahtak-ada-siapa-marah-kakak/
[V] Remaja 15 Tahun Dirayu Pulang Ke Rumah – “Mama Risau, Baliklah…Tak Ada Siapa Marah Kakak”
Seorang remaja berusia 15 tahun dikenali sebagaiDinna Ismalaily Suhaidi, 15, atau Lily dirayu pulang ke rumah selepas keluar dari kediaman keluarganya sejak dua minggu lalu.Ibu kepada remaja terbabit, Norhayati Bakri, turut berkongsi mengenai kehilangan anaknya itu menerusi platform media sosial Facebook, Instagram dan TikTok.View this post on InstagramA post shared by KLUANG HARI INI (@kluanghariini)Wanita itu merayu anaknya, Lily, supaya pulang ke rumah mereka di Kampung Ilham, Jalan Kahang Timur, Kluang, Johor.“Baliklah kak Lily. Mama papa risau. Tak tahu kakak duduk mana… makan apa. Tiada siapa pun yang marahkan kakak,” rayunya.Difahamkan, kali terakhir remaja itu dilihat di sebuah stesen minyak di Renggam Jaya, Simpang Renggam dan sejak 27 Ogos lalu, Norhayati aktif berkongsi maklumat mengenai anaknya di media sosial.Perkongsiannya di Facebook dan Instagram Kluang Hari Ini turut tular, selain video TikTok dimuat naik kakak Lily, Dliesa Irdnaa yang mengundang pilu masyarakat.@ceokicap_#fypシ#allahuakbar#fypシ゚viral#wavehitam🖤🔥#makayahtersayang♬ bunyi asal – CEO KICAPVideo itu memaparkan kesungguhan ibu bapanya mencari Lily tanpa kenal erti penat lelah, malah sanggup berulang-alik dari satu bandar ke bandar untuk mengesan remaja itu.“Pada 31 Ogos lalu genap seminggu kau (Lily) hilangkan diri dari rumah. Masih tiada khabar berita, tiada jawapan dan petunjuk yang masih samar. Laman Simpang Renggam jadi saksi betapa gilanya mama papa cari kau tanpa ada kata putus asa sekalipun.“Bermula pagi hingga malam, dari Kluang ke Simpang Renggam. Kami sekeluarga ulang-alik tiada arah tujuan cari kau Lily. Kami rela berpanas hujan, berlapar hanya untuk cari kau saja Lily.“Rela lupakan mengenai kehidupan kami, semata untuk kau balik ke rumah dalam keadaan selamat. Baliklah Lily, mama papa tak pernah putus dia supaya kau balik dalam keadaan selamat,” kongsi Dliesa Irdnaa.Menurutnya, ibu bapanya sanggup berulang-alik dari Kluang ke Simpang Renggam selain menjejaki ladang kelapa sawit di Kulai semata-mata untuk mencari Lily.Dalam perkongsian lain, Dliesa turut menunjukkan bagaimana dia bersama kedua ibu bapanya mencari Lily hanya berpandukan maklumat diberikan orang awam.“Kami sanggup dari Kluang ke Kulai dengan hanya menaiki motosikal untuk mencari Lily. Dapat info orang awam terus gerak tanpa cakap banyak, sebab kami tidak tidak punya sebarang petunjuk.“Tak dapat cari di Kulai, kami patah semula ke Simpang Renggam untuk pastikan keberadaan Lily. Mama insan yang paling setia menunggu Lily pulang. Semoga Allah gerakkan hati Lily untuk balik. Kasihanlah pada mama dan papa.“Pada malam Merdeka mama dan Papa sanggup tunggu sampai jam 4 pagi di Laman Simpang Renggam semata-mata untuk Lily. Sanggup tahan mengantuk, lapar untuk Lily,” katanya.Menurutnya, sudah tiga laporan polis dibuat namun tiada perkembangan lanjut.Keluarga itu berharap orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Lily supaya menghubungi ahli keluarga di talian 019-3188075. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/rosmah-mohon-batal-12-kes-gubah-wang-haram-5-pertuduhan-elak-cukai/
Rosmah Mohon Batal 12 Kes Gubah Wang Haram, 5 Pertuduhan Elak Cukai
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 13 Disember ini untuk mendengar permohonanDatin Seri Rosmah Mansorbagi membatalkan 12 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM7,097,750 dan lima pertuduhan gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).Hakim K. Muniandy menetapkan tarikh tersebut pada pengurusan kes hari ini selepas peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin yang mewakili Rosmah memaklumkan pihaknya memfailkan permohonan itu semalam.Isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu memfailkan notis usul tersebut, memohon agar beliau dilepas dan dibebaskan daripada kesemua 17 pertuduhan yang dikenakan terhadapnya pada 4 Okt 2020.Menerusi afidavit sokongan yang difailkan bersama notis usul itu, Rosmah mendakwa pertuduhan dikenakan ke atasnya adalah tanpa asas, defektif selain tidak mendedahkan sebarang kesalahan dalam undang-undang.“Kesemua pertuduhan tersebut secara asasnya adalah berlandaskan bahawa saya kononnya gagal untuk memfailkan pulangan diperlukan di bawah Seksyen 77 (1) Akta Cukai Pendapatan, 1967 (Akta 53) yang bertentangan dengan Seksyen 112 Akta Cukai Pendapatan 1967.“Pada masa material, Ketua Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak pernah menyerahkan kepada saya sebarang taksiran, permintaan dan tuntutan seperti diperuntukkan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 tersebut yang menjadikan jumlah itu boleh dikenakan bayaran,” dakwanya.Dakwa Rosmah, hanya Suruhanjaya Khas Cukai Pendapatan (SCIT) yang mempunyai hak untuk menentukan sekiranya jumlah tersebut adalah tertakluk kepada pembayaran cukai dan bukannya mahkamah.“Jika mahkamah jenayah meneruskan dengan penentuan tersebut (iaitu sama ada jumlah tersebut perlu pembayaran cukai) maka ia akan mengambil alih fungsi SCIT yang merupakan satu badan diberi kuasa melalui undang-undang bertulis.“Saya mempunyai hak substantif dan hak perlembagaan untuk dilayan secara saksama dan mempunyai hak perundangan substantif di bawah Bahagian VI Akta Cukai Pendapatan 1967 untuk mengemukakan rayuan terhadap apa-apa taksiran dilakukan pihak LHDN yang jelas dinafikan kepada saya dalam kes ini,” katanya.Rosmah, 71, berdepan 12 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM7,097,750 dan lima pertuduhan gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada LHDN.Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang di Kuala Lumpur antara 4 Dis 2013 dan 8 Jun 2017 serta di LHDN, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di Kuala Lumpur dari 1 Mei 2014 hingga 1 Mei 2018.Perbicaraan bagi kes ini bermula pada 24 Ogos lepas dan dua saksi telah dipanggil memberi keterangan. – JURNALSumber:BERNAMA
https://jurnal-malaysia.com/polis-siasat-fatwa-politik-muhyiddin-sprm-teruskan-siasatan-terhadap-dana-libat-yayasan-akalbudi-mam-tidak-iktiraf-perlumbaan-drag-ragut-nyawa/
Polis Siasat ‘Fatwa Politik’ Muhyiddin | SPRM Teruskan Siasatan Terhadap Dana Libat Yayasan Akalbudi | MAM Tidak Iktiraf Perlumbaan Drag Ragut Nyawa
SOROTAN MENARIK RABU 06/09/20231.Ahmad Terrirudin Mula Tugas Rasmi Sebagai Peguam Negara Hari Ini2.PRK Pulai: Dakwa Undi Calon PH Haram, Polis Siasat Fatwa Politik Muhyiddin3.Perlumbaan Drag Disertai Allahyarham Hattem Tidak Diiktiraf – MAM4.SPRM Siasat Lanjut Kes Pecah Amanah, Rasuah, Penggubahan Haram Berkaitan Yayasan Akalbudi5.Spectre, Rolls-Royce Elektrik Sepenuhnya Kini Di Malaysia…Harga Bermula RM2 Juta6.Pesta Kopi Extended Kembali, Janji Kepuasan Kepada Peminat Kopi
https://jurnal-malaysia.com/pesta-kopi-extended-kembali-janji-kepuasan-kepada-peminat-kopi/
Pesta Kopi Extended Kembali, Janji Kepuasan Kepada Peminat Kopi
Edisi tahunan Pesta Kopi anjuran Pesta Kopi Ventures yang menghimpunkan komuniti peminat kopi daripada segenap industri, kini kembali.Muncul dengan siri terbaharu menerusi sokongan Tourism Malaysia, edisi kali ini diberi nama Miss SHOPhia GO Pesta Kopi Extended 2023.Acara kali ini bakal diadakan selama tiga hari bermula 29 September sehingga 1 Oktober ini bertempat di Pavilion Bukit Jalil.Selain Tourism Malaysia sebagai rakan strategik utama, program kali ini turut mendapat kerjasama Pavilion Bukit Jalil selaku rakan strategik lokasi dan Mister Coffee selaku rakan strategik acara.Objektif utama penganjuran bukan sahaja untuk menyerlahkan kopi sebagai trend gaya hidup semasa, malahan memperlihatkan seni penyediaan kopi artisan sebagai salah satu peluang perniagaan yang kian menjadi pilihan ramai anak muda sekali gus mempromosikan industri kopi di Malaysia.Mengekalkan konsep asal Pesta Kopi seperti tahun terdahulu, penganjuran Miss SHOPhia Go Pesta Kopi Extended 2023 akan menghimpunkan 40 usahawan kopi dari Cameron Highlands, Johor Bahru, Kota Bharu, Melaka, Alor Setar, Selangor dan Kuala Lumpur yang bakal memperkenalkan produk serta menunjukkan cara dan seni penyediaan kopi masing-masing.Tourism Malaysia dengan kerjasama Sabah Tourism Board dan Sarawak Tourism Board pula akan membawakan kopi khas dari Borneo bagi memperkenalkannya kepada para pengunjung dari dalam dan luar negara.Secara ringkasnya, Miss SHOPhia Go Pesta Kopi Extended 2023 terbahagi kepada 3 komponen utama seperti berikut:(i) Usahawan kopi jalanan (street vendor).(ii) Pembekal peralatan dan bahan penyediaan kopi untuk pengunjung yang memiliki cita-cita untuk menjadi usahawan kopi.(iii) Perkongsian pengetahuan tentang proses penghasilan biji kopi serta penyediaan kopi terbaik.Dalam meraikan “coffee culture” oleh komuniti peminat dan pengusaha kopi, pengunjung bukan sahaja dapat menikmati pelbagai produk kopi yang dijual, malahan mereka juga dapat melihat sendiri pelbagai cara penyediaan kopi termasuk peralatan-peralatan mampu milik yang digunakan serta boleh dipraktikkan sendiri di rumah.Bukan itu sahaja, pengunjung turut berpeluang mendapatkan penerangan berkaitan cara memilih dan menilai biji kopi.Selain itu, Pertandingan Barista Terpantas yang memasuki edisi kedua pada tahun ini, akan dianjurkan oleh Mister Coffee dan bakal disertai oleh para pembuat kopi dari seluruh negara.Cabaran penyediaan kopi ini menilai kebolehan para peserta untuk menghasilkan kopi dengan cara yang betul mengikut kuantiti yang ditetapkan tanpa menjejaskan rasa dan isi setiap cawan.Pada tahun lalu, pertandingan ini telah dimenangi oleh seorang pembuat kopi dari Kuching, Sarawak.Bersempena dengan penganjuran pesta kali ini, Tourism Malaysia juga akan memperkenalkan pakej pelancongan berasaskan kopi terbaru yang diberi nama Miss SHOPhia Coffee Experience bagi mempromosikan industri kopi di Malaysia dalam kalangan pelancong domestik dan antarabangsa.Pengenalan pakej terbaru ini merupakan suatu kesinambungan kepada pakej “Northern Malaysia Coffee Experience” yang telah dilancarkan pada tahun lalu melibatkan penawaran pakej di negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.Bagi membantu usahawan-usahawan kopi di Malaysia, Tourism Malaysia akan bekerjasama dengan penyedia laman sesawang “petakopi.my” dalam penyenaraian kedai kopi dan kafe yang terlibat dalam kempen ini.Setakat ini, lebih 2,000 kedai kopi di seluruh Malaysia telah tersenarai di laman sesawang tersebut dan Tourism Malaysia berharap dapat mempromosikan “coffee mapping” ini sehingga ke peringkat antarabangsa. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/spectre-rolls-royce-elektrik-sepenuhnya-kini-di-malaysiaharga-bermula-rm2-juta/
Spectre, Rolls-Royce Elektrik Sepenuhnya Kini Di Malaysia…Harga Bermula RM2 Juta
Spectre, modelRolls-Royceelektrik sepenuhnya yang pertama, membuat kemunculan di Malaysia pada 5 September.Model  super coupé elektrik ultra-mewah pertama di dunia ini memulakan era baharu untuk Rolls-Royce dalam segmen kenderaan elektrik (EV).Minat dan permintaan untuk Spectre di seluruh dunia amat tinggi dengan tempahannya kini sehingga 2024.Malaysia disenaraikan antara 10 negara teratas di dunia dengan kadar pertumbuhan terpantas dalam individu yang sangat berjaya dalam beberapa tahun akan datang.“Kami amat berbesar hati untuk meraikan penampilan pertama Rolls-Royce Spectre di Malaysia model yang dijangkakan dalam sejarah marque kami. Malaysia kekal sebagai pasaran utama bagi rantau kita dan telah menarik imaginasi ramai.“Dengan reka bentuk yang sangat kontemporari dan dalaman Bespoke yang menarik, digabungkan dengan bahan kejuruteraan dan inovasi yang benar, tidak ada keraguan bahawa Spectre adalah benar-beanr Rolls Royce,” kata  Pengarah Serantau Asia-Pasifik, Rolls-Royce Motor Cars, Irene Nikkein.Sementara itu, Pengarah Eksekutif, Rolls-Royce Motor Cars Kuala Lumpur, Anas Zawawi Khalid berkata, Malaysia terus menjadi hab penting untuk kemewahan, dengan peningkatan populasi yang tinggi individu berjaya yang terdiri daripada generasi usahawan baharu.“Spectre tiba pada masa yang tepat. Super-coupé serba elektrik Rolls-Royce berada di kemuncaknya pasaran mewah. Saya gembira kerana berpeluang mempamerkan kereta yang luar biasa ini di Malaysia dan untuk memudahkan era elektrik baharu bagi jenama itu,” katanya.Pada 2021, Rolls-Royce Motor Cars mengisytiharkan komitmennya terhadap teknologi elektrik dengan mengumumkan Spectre, sebuah kereta elektrik sepenuhnya dengan penghantaran pelanggan pertama di suku keempat 2023, dan menjelang akhir tahun 2030, keseluruhan portfolio marque akan berasaskan elekytik sepenuhnya.Sejak detik penting dalam sejarah Rolls-Royce ini, Spectre telah melalui perjalanan yang luar biasa, termasuk menyelesaikan program ujian yang sangat terperinci, menjangkau 2.5 juta kilometer.Oktober lalu, Spectre telah diperkenalkan kepada dunia di Home of Rolls-Royce di West Sussex, England, dan sambutan dari seluruh dunia sangat positif.Kini, menjelang penghantaran pelanggan pertama akhir tahun ini, Spectre membuat penampilan pertamanya di Malaysia pada 5 September di Kuala Lumpur.Super coupé elektrik ultra-mewah pertama di dunia ini kini sedang dipertontonkan kepada pelanggan dan media, memberikan gambaran masa hadapan kenderaan elektrik Rolls-Royce.Spectre menandakan permulaan lembaran baharu yang menarik untuk kereta Motor Rolls-Royce dan permulaan era serba elektrik marque.Spectre menunjukkan betapa sempurnanya Rolls-Royce sesuai untuknya elektrifikasi. Menjelang akhir tahun 2030, keseluruhan portfolio produknya akan berasaskan elektrik sepenuhnya.Harga di Malaysia bermula dari* RM2 juta (tidak termasuk pilihan dan cukai). – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/sprm-siasat-lanjut-kes-pecah-amanah-rasuah-penggubahan-haram-berkaitan-yayasan-akalbudi/
SPRM Siasat Lanjut Kes Pecah Amanah, Rasuah, Penggubahan Haram Berkaitan Yayasan Akalbudi
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)Tan Sri Azam Bakiberkata beliau menyerahkan kepada pegawai penyiasat SPRM untuk menyiasat lanjut kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram yang berkaitan dengan dana Yayasan Akalbudi.“Saya serahkan kepada pegawai penyiasat saya untuk menyiasat perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Penyelidikan Governans, Integriti dan Antirasuah Peringkat Kebangsaan, hari ini.Pada Isnin lepas, Mahkamah Tinggi memutuskan untuk melepas tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada semua 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas mendengar 11 alasan yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohd Dusuki Mokhtar untuk menghentikan prosiding kes berkenaan.Semalam, Jabatan Peguam Negara (AGC) memaklumkan permohonan pihak pendakwaan untuk melepas tanpa membebaskan (DNAA) Ahmad Zahid daripada semua 47 pertuduhan dibuat berdasarkan alasan dikemukakan dan diterima oleh mahkamah.Hakim Sequerah yang membuat keputusan tersebut, menyatakan alasan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan adalah kukuh (cogent). – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/perlumbaan-drag-disertai-allahyarham-hattem-tidak-diiktiraf-mam/
Perlumbaan Drag Disertai Allahyarham Hattem Tidak Diiktiraf – MAM
Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM) mengesahkan perlumbaan drag,‘Malaysia Drag Bike National ET Record Championship 2023 Road Tour 2023’di litar Pekan, Pahang, pada Ahad lepas yang meragut nyawa, tidak diiktiraf dan tidak mendapat kelulusan persatuan berkenaan.MAM dalam satu kenyataan memaklumkan sukan permotoran merupakan sukan yang berbahaya dan mana-mana pihak yang ingin menyertainya sama ada penganjur, pemilik litar atau pelumba, wajib mematuhi peraturan serta protokol ketat yang ditetapkan.“Ia demi memastikan tahap keselamatan yang tertinggi, meningkatkan persaingan dan akhirnya memberi peluang kepada pelumba dan penonton menikmati acara perlumbaan tersebut.“Acara yang diiktiraf MAM dijalankan dengan mematuhi garis panduan am dan teknikal ditetapkan pihak Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) dan Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM) berkaitan penganjur, kemudahan, peserta dan kenderaan,” menurut kenyataan itu.Justeru, menurut kenyataan itu pihak MAM tidak menyokong acara yang tidak mematuhi aspek keselamatan yang ditetapkan termasuk keselamatan pegawai, pelumba, penonton dan penganjur.Menurutnya Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pesuruhjaya Sukan (PJS) dan MAM telah mengadakan perbincangan bagi mengemas kini pentadbiran dan undang-undang acara sukan permotoran supaya ia lebih teratur serta tersusun.“Pihak MAM amat berharap agar semua pihak yang berkenaan dapat memberi kerjasama untuk memastikan bahawa penganjuran yang tidak diiktiraf seperti ini dapat dihalang demi mengelakkan kejadian sedemikian berulang,” menurut MAM.Menurut laporan media, pelumba drag Hattem Rashdi meninggal dunia semalam selepas 12 jam bertarung nyawa akibat kemalangan di litar lumba pada Ahad ketika menyertai Malaysia Drag Bike National ET Record Championship 2023 Road Tour 2023.MAM juga menyatakan rasa dukacita atas pemergian Hattem dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga arwah. – JURNALSumber:BERNAMA
https://jurnal-malaysia.com/prk-pulai-dakwa-undi-calon-ph-haram-polis-siasat-fatwa-politik-muhyiddin/
PRK Pulai: Dakwa Undi Calon PH Haram, Polis Siasat Fatwa Politik Muhyiddin
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menjalankan siasatan berhubung isu “fatwa” politik yang dikeluarkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN)Tan Sri Muhyiddin Yassinsewaktu berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai, Johor, baru-baru ini.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata kenyataan berbaur 3R (kaum, agama dan raja) itu dibuat Muhyiddin pada Sabtu lepas (2 Sept).“PDRM mengesahkan menjalankan siasatan terhadap Muhyiddin yang menyifatkan tindakan mengundi bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Johor, Suhaizan Kayat sebagai haram.Setakat ini, dua laporan polis telah diterima berhubung kenyataan itu.“Temu janji rakaman percakapan dengan beliau mengikut Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah ditetapkan pada 11 Sept ini di pejabatnya di Bangunan MIDA di ibu negara oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman,” menurutnya dalam kenyataan malam tadi.Terdahulu, sewaktu berucap pada ceramah PN di Kempas, Johor Bahru, Presiden Bersatu itu telah “menjatuhkan” hukum haram untuk mengundi Suhaizan yang juga calon Pakatan Harapan (PH) dalam PRK itu, Sabtu ini.Sementara itu, Mohd Shuhaily berkata siasatan terhadap Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menyentuh institusi diraja dengan mempertikai kuasa lembaga pengampunan telah lengkap.“Kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara selari dengan peruntukan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan dalam tempoh terdekat,” katanya.Beliau berkata kertas siasatan berkaitan isu 3R terhadap Abdul Hadi adalah satu-satunya yang dibuka pihaknya sepanjang tempoh berkempen mulai 28 Ogos hingga Selasa.Mohd Shuhaily turut menasihati orang ramai agar menjadi pengguna media sosial yang bijak dan tidak menggunakan platform itu sehingga menyalahi undang-undang.Katanya, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang bertindak dalam apa jua cara sehingga boleh menjejaskan ketenteraman awam dan keselamatan negara. – JURNALSumber: BERNAMA
https://jurnal-malaysia.com/ahmad-terrirudin-mula-tugas-rasmi-sebagai-peguam-negara-hari-ini/
Ahmad Terrirudin Mula Tugas Rasmi Sebagai Peguam Negara Hari Ini
Insya-Allah saya akan tunaikan amanah ini sebaik mungkin,” kata Peguam Negara yang baharu dilantik,Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh.Terdahulu, beliau memulakan tugas rasminya pada pagi Rabu dengan melakukan daftar masuk kehadiran menerusi sistem dalam talian sebaik tiba jam 8.15 pagi.Kehadirannya disambut oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Almalena Sharmila Johan serta ketua-ketua bahagian Jabatan Peguam Negara (AGC). Ahmad Terrirudin, 55, dalam pada itu menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan dan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kerana memperkenankan lantikannya.Pelantikan Ahmad Terrirudin dibuat bagi menggantikan Tan Sri Idrus Harun selaras Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.Ia sekali gus mengembalikan kedudukan lantikan jawatan itu dalam kalangan pegawai jabatan tersebut.Sebelum ini tiga penyandang terdiri daripada orang luar bermula Tan Sri Mohamed Apandi Ali, Tan Sri Tommy Thomas dan Tan Sri Idrus Harun yang masing-masing adalah bekas Hakim Mahkamah Persekutuan dan peguam.Kali terakhir Peguam Negara dalam kalangan pegawai kanan agensi itu adalah Tan Sri Abdul Gani Patail yang memegang jawatan tertinggi itu antara 2002 dan 2015. – JURNALSumber:SINAR HARIAN
https://jurnal-malaysia.com/hattem-rashid-maut-kemalangan-di-litar-kj-perli-tengku-zafrul-muhyiddin-persoal-kredibiliti-peguam-negara/
Hattem Rashid Maut Kemalangan Di Litar | KJ Perli Tengku Zafrul? | Muhyiddin Persoal Kredibiliti Peguam Negara
SOROTAN MENARIK SELASA 05/09/20231.Mohd Amar Dilantik Speaker DUN Kelantan2.“Kes Zahid, Idrus Harun Diminta Beri Penjelasan Terbuka Kepada Rakyat” – Anthony Loke3.Nik Abduh Dilantik Sebagai Senator Negeri Kelantan4.Pelumba Drag, Hattem Rashid Meninggal Dunia Kemalangan Di Litar Lumba5.Kes Zahid: Muhyiddin Persoal Tindakan Peguam Negara – “Adakah Ada Arahan Daripada Pihak Atasan Gugurkan Kes Ini…”6.Tengku Zafrul Syukur Zahid Dilepaskan Tanpa Dibebaskan – KJ: “Kena Paksa Tulis Ke?”
https://jurnal-malaysia.com/tengku-zafrul-syukur-zahid-dilepaskan-tanpa-dibebaskan-kj-kena-paksa-tulis-ke/
Tengku Zafrul Syukur Zahid Dilepaskan Tanpa Dibebaskan – KJ: “Kena Paksa Tulis Ke?”
Komen balas bekas Menteri Kesihatan,Khairy Jamaluddinkepada Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri,Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, mencuri perhatian ramai.Tengku Zafrul menerusi hantaran di Instagram, meluahkan rasa syukur selepas Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi, dilepaskan tanpa dibebaskan daripada 47 kes tuduhan rasuah yang dikenakan terhadapnya.“Alhamdulillah, Presiden UMNO YAB Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah dilepaskan tapa dibebaskan daripada 47 tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi yang diasaskannya.“Ini berikutan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohd. Dusuki Mokhtar melepas tapa membebaskan YAB Datuk Seri Ahmad Zahid,” tulis beliau.Menerusi hantaran sama, Tengku Zafrul turut menulis beberapa fakta mengenai kes tersebut termasuk kuasa pihak pendakwa raya untuk memulakan dan menghentikan pertuduhan.“Bagi UMNO, ini peluang yang sangat baik untuk terus memandang ke hadapan sebagai sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan, dan terus fokus meningkatkan ekonomi negara dan kemakmuran rakyat.“Alhamdulillah, Malaysia semakin dilamar pelabur, sama ada dari luar mahupun dalam negara, dan in mencerminkan keyakinan berdasarkan kestabilan politik negara,” tulis beliau lagi.Bagaimanapun KJ telah meninggalkan komen sarkastik kepada Tengku Zafrul, merujuk kepada hantaran tersebut.“I’m going to assume you were coerced into writing this. If so, just blink twice (Saya beranggapan awak dipaksa untuk menulis ini. Jika betul, kelipkan mata dua kali),” katanya.Tulisan KJ telah menarik pengguna laman sosial untuk turut sama memberikan komen.“Next level sarcasm ni…”“Steady KJ, I like!”“Lu memang lejen, KJ!”Terdahulu, Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah, melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid, 70 yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar, yang memaklumkan bahawa Jabatan Peguam Negara ingin memberhentikan semua prosiding terhadap Ahmad Zahid. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/kes-zahid-muhyiddin-persoal-tindakan-peguam-negara-adakah-ada-arahan-daripada-pihak-atasan-gugurkan-kes-ini/
Kes Zahid: Muhyiddin Persoal Tindakan Peguam Negara – “Adakah Ada Arahan Daripada Pihak Atasan Gugurkan Kes Ini…”
Tindakan Peguam Negara,Tan Sri Idrus Harunmenggunakan kuasanya di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan untuk tidak meneruskan prosiding terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung 47 pertuduhan kes jenayah pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram adalah tidak bermoral.Bekas Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassinberkata, dalam kes tersebut Ahmad Zahid telah didakwa di mahkamah dan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie dengan mengemukakan keterangan berdokumen dan 99 orang saksi.“Ini bermakna mahkamah telah berpuas hati bahawa terdapat bukti-bukti yang berasas tentang perlakuan jenayah tersebut oleh Zahid dan mengarahkan beliau untuk membela diri.“Peliknya pihak pendakwaan yang telah berjaya membuktikan kes prima facie memohon kepada mahkamah untuk menggugurkan pertuduhan. Ini amatlah tidak munasabah.“Adakah ini bermakna pihak pendakwaan mengakui bahawa bukti-bukti yang dikemukakan oleh mereka di mahkamah tidak boleh dipakai? Atau ada arahan daripada pihak atasan bahawa kes ini mesti digugurkan walau dengan apa cara sekalipun,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Pada Isnin, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepaskan Ahmad Zahid tanpa membebaskan daripada 47 tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi yang diasaskannya.BACA:Zahid Dilepas Tanpa Bebas 47 Tuduhan Rasuah, Pecah Amanah Yayasan Akal BudiHakim Datuk Collin Lawrence Sequerah, melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar, yang memaklumkan Jabatan Peguam Negara ingin memberhentikan semua prosiding terhadap beliau pada peringkat ini.Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) turut mendakwa, sekiranya benar terdapat arahan menggugurkan kes tersebut, pengguguran pertuduhan ke atas Ahmad Zahid selepas diarahkan membela diri di mahkamah merupakan titik hitam dalam sistem keadilan di negara ini.“Hal ini tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia yang merdeka sebelum ini,” ujar beliau.Tambahnya lagi, keputusan itu tersebut juga memberi kesan kepada keyakinan pelabur terhadap sistem keadilan di negara ini.“Sudahlah seorang yang berhadapan tuduhan jenayah rasuah dilantik ke jawatan nombor dua tertinggi negara, malah pertuduhan ke atasnya juga digugurkan.“Sudah tiba masanya rakyat menilai semula keabsahan kerajaan perpaduan ini yang sepatutnya mendukung kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/pelumba-drag-hattem-rashid-meninggal-dunia-kemalangan-di-litar-lumba/
Pelumba Drag, Hattem Rashid Meninggal Dunia Kemalangan Di Litar Lumba
Pelumba drag,Hattem Rashidmeninggal dunia selepas 12 jam bertarung nyawa akibat kemalangan di litar lumba pada Ahad ketika menyertai Malaysia Drag Bike National ET Record Championship 2023 Road Tour 2023.Berita pemergian Hattem disampaikan oleh kakaknya dalam cerita Instagram di akaun (Hattem).“Assalamualaikum, saya ingin memaklumkan bahawa Hattem Rashdi telah meninggal dunia pada jam 2.29 petang, hari ini (Isnin). “Mereka yang mengenalinya boleh menghadiri pengebumiannya pada pukul 9 pagi esok (Selasa). Terima kasih. Al-Fatihah,” tulis kakaknya.Difahamkan, ini merupakan acara kedua anjuran MUSC Motorsport yang melibatkan kematian.Sebelum ini, MUSC juga pernah menjadi penganjur acara Battle of The King (BOTK) 2022 di Trek Lumba Terengganu di Gong Badak dan salah seorang pesertanya maut dalam kemalangan ketika perlumbaan, tahun lalu.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Mohd Zaidi Mat Zin mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu pada Isnin. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/nik-abduh-dilantik-sebagai-senator-negeri-kelantan/
Nik Abduh Dilantik Sebagai Senator Negeri Kelantan
Bekas Ahli Parlimen Bachok,Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Azizatau Nik Abduh dilantik sebagai Ahli Dewan Negara bagi mewakili negeri Kelantan.Cadangan pelantikan Nik Abduh itu dikemukakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan ia mendapat sokongan dari Timbalannya, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan.Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah kemudian membawa cadangan itu untuk mendapat undian dari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).ADUN Kelantan secara mojoriti menerima cadangan tersebut.Pemilihan Nik Abduh itu bagi menggantikan Mohamad Affandi Mohamad yang tamat tempoh sebagai Ahli Dewan Negara pada 7 Julai lalu. – JURNALSumber:SINAR HARIAN
https://jurnal-malaysia.com/kes-zahid-idrus-harun-diminta-beri-penjelasan-terbuka-kepada-rakyat-anthony-loke/
“Kes Zahid, Idrus Harun Diminta Beri Penjelasan Terbuka Kepada Rakyat” – Anthony Loke
Peguam Negara,Tan Sri Idrus Harundiminta untuk memberikan penjelasan terbuka kepada rakyat berkenaan faktor yang mendorong kepada keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas tanpa membebaskan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.Menurut Setiausaha Agung DAP,Anthony Loke, parti itu menghormati proses dan keputusan mahkamah, namun demi prinsip keadilan dan akauntabiliti penjelasan itu perlu dilakukan.Katanya, DAP mengambil maklum pandangan kritikal daripada pelbagai pihak dan orang ramai terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk melepas tanpa membebaskan (DNAA) 47 kes yang melibatkan Ahmad Zahid.“Penjelasan ini adalah penting untuk memastikan keyakinan orang ramai dan masyarakat antarabangsa terhadap sistem perundangan negara sentiasa terpelihara.“DAP juga akan sentiasa menjunjung prinsip pengasingan kuasa di antara cabang kehakiman, eksekutif dan legislatif serta memastikan tidak ada campur tangan eksekutif dalam sebarang kes mahkamah,” katanya dalam satu kenyataan, pada awal pagi Selasa.Pada Isnin, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepaskan Ahmad Zahid tanpa membebaskan daripada 47 tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi yang diasaskannya.Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah, melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar, yang memaklumkan Jabatan Peguam Negara ingin memberhentikan semua prosiding terhadap beliau pada peringkat ini. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/mohd-amar-dilantik-speaker-dun-kelantan/
Mohd Amar Dilantik Speaker DUN Kelantan
Bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan,Datuk Mohd. Amar Nik Abdullahdilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan bagi penggal ke-15 berkuatkuasa hari ini.Mohd. Amar yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panchor mengangkat sumpah pada Majlis Mengangkat Sumpah ADUN Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.“Saya, Mohd. Amar yang dilantik sebagai Speaker atas sifat saya dalam jawatan demikian. Saya bersumpah dengan setianya akan menunaikan kewajipan dengan sedaya upaya.“Saya akan setiawan, bertaat setia dengan negeri Kelantan akan menjaga dan mempertahankan negeri kelantan.“Saya juga akan setiawan dan bertaat setia dengan Sultan Kelantan dan waris-waris gantinya menurut undang-undang,” katanya semasa mengangkat sumpah jawatan Speaker DUN Kelantan hari ini.Sementara itu, ADUN Kok Lanas, Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dilantik sebagai Timbalan Speaker.Pada penggal lalu, ADUN Pasir Pekan yang juga bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Abdullah Yaakob dilantik sebagai Speaker DUN Kelantan. – JURNALSumber:KOSMO! ONLINE.
https://jurnal-malaysia.com/zahid-dilepas-tanpa-dibebaskan-47-tuduhan-rasuah-hadis-40-pm-seru-henti-polemik-perkauman-fahami-maksud-dilepas-tanpa-dibebaskan/
Zahid Dilepas Tanpa Dibebaskan 47 Tuduhan Rasuah | Hadis 40: PM Seru Henti Polemik Perkauman | Fahami Maksud Dilepas Tanpa Dibebaskan
SOROTAN MENARIK ISNIN 04/09/20231.[V] Pengasas Syarikat Umrah Mahu Taja Abdul Rahman – “Saya Mahu Dia Berdoa Depan Kaabah…”2.PTTI Cipta Rekod Pelajar Straight A Paling Ramai Dalam Malaysia Book of Records (MBOR)3.Zahid Dilepas Tanpa Bebas 47 Tuduhan Rasuah, Pecah Amanah Yayasan Akal Budi4.Ramai Salah Faham Istilah ‘Dilepas Tanpa Dibebaskan’ Oleh Mahkamah, Ini Maksud Sebenar…5.SME Corp. Malaysia, KRU MasterClass Jalin Kerjasama Tingkatkan Penjenamaan Dan Pemasaran Digital Perusahaan Mikro6.Modul Hadis 40 Imam Nawawi: PM Seru Hentikan Polemik Perkauman, Biar Murid Islam Belajar Hadis
https://jurnal-malaysia.com/modul-hadis-40-imam-nawawi-pm-seru-hentikan-polemik-perkauman-biar-murid-islam-belajar-hadis/
Modul Hadis 40 Imam Nawawi: PM Seru Hentikan Polemik Perkauman, Biar Murid Islam Belajar Hadis
Perdana MenteriDatuk Seri Anwar Ibrahimmahu semua pihak menghentikan polemik perkauman kerana semua rakyat dijamin hak sama rata dan keadilan.Merujuk modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi yang dilancarkan Kementerian Pendidikan pada 19 Ogos lepas, Anwar berkata ia hanya disasarkan kepada murid beragama Islam dan tiada paksaan bagi bukan Islam untuk mempelajarinya.“Mata pelajaran ini untuk anak-anak Islam dalam Pendidikan Islam. Tanyalah dulu, jangan marah dulu.“Kalau hari ini saya datang ke Little India, pelampau-pelampau ini akan kata Anwar jaga India saja.“Bila soal Melayu, termasuk teks anak-anak Islam baca hadis, kata Anwar ni jaga Islam saja. Semua tak kena,” kata beliau.Perdana Menteri berkata demikian ketika melancarkan Program Lestari Niaga@Kuala Lumpur D’Medan Selera Madani di Kompleks Tun Sambanthan, hari ini yang turut dihadiri Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar dan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Saraswathy Kandasami.Anwar berkata adalah menjadi tanggungjawabnya sebagai pemimpin untuk memastikan Islam dihayati dan difahami dengan betul.Modul hadis itu bertujuan memupuk penghayatan hadis bermula di peringkat sekolah, antara lain untuk memupuk semangat kasih sayang, selain menerapkan kefahaman agama khususnya dalam kalangan pelajar serta guru beragama Islam.Program rintis modul itu akan dilaksanakan di 61 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan 228 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) seluruh negara.Sebelum ini, terdapat beberapa pertikaian mengenai pelaksanaan modul itu antaranya daripada Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taois yang membantah perkara itu dan mendakwa ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan serta hak kebebasan beragama.Bagaimanapun Kementerian Pendidikan menjelaskan modul itu hanya diajar kepada murid beragama Islam. – JURNALSumber: BERNAMA
https://jurnal-malaysia.com/sme-corp-malaysia-kru-masterclass-jalin-kerjasama-tingkatkan-penjenamaan-dan-pemasaran-digital-perusahaan-mikro/
SME Corp. Malaysia, KRU MasterClass Jalin Kerjasama Tingkatkan Penjenamaan Dan Pemasaran Digital Perusahaan Mikro
KRU MasterClassmenerusi program di bawahSME Corp. Malaysiakini sedang giat merealisasikan program latihan Social Commerce Micro Connector 2.0.Program latihan ini direka khas bagi perusahaan mikro untuk mempelajari kemahiran asas penerbitan kandungan kreatif dan memperkasa penguasaan ilmu digital baharu serta menambah baik idea sedia ada berdasarkan perkembangan semasa.Program latihan ini diadakan khusus buat 100 peserta perusahaan mikro yang berpotensi tinggi serta memenuhi syarat dan kriteria yang ditetapkan oleh pihak SME Corp. Malaysia.Latihan yang dijalankan adalah gabungan secara dalam talian dan fizikal (hibrid) selama 20 hari.Selain daripada tenaga pengajar yang berpengalaman, KRU MasterClass akan berkolaborasi dengan ikon industri untuk memastikan hasil pembelajaran relevan dengan perkembangan perniagaan semasa.Ini sebagai salah satu inisiatif berterusan dari Kerajaan menerusi SME Corp. Malaysia bagi membantu perusahaan mikro untuk memperolehi kemahiran baharu agar terus berdaya saing dan meningkatkan pendapatan menerusi aktiviti keusahawanan.SME Corp. Malaysia menyediakan pembiayaan berjumlah 80% kepada perusahaan mikro menerusi mekanisma pelaksanaan Program Micro Connector 2.0 bagi tahun 2023 dengan melantik KRU MasterClass Sdn Bhd sebagai Rakan Pelaksana untuk melatih perusahaan mikro yang layak menyertai program Social Commerce Micro Connector 2.0.KRU MasterClass akan menyediakan sesi bimbingan dan pemantauan selepas tamat latihan sebagai memenuhi syarat program.Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat KRU, Datuk Norman Abd Halim, berkata, inisiatif ini dengan sokongan SME Corp. Malaysia membantu perusahaan mikro dari sudut latihan serta bimbingan mendapatkan kemahiran baharu bagi penghasilan content creation dan peserta akan terus dipantau setelah enam bulan tamat program.Pihak KRU juga turut menyediakan kempen pengiklanan bagi jenama-jenama produk perusahaan mikro yang terlibat sebagai nilai tambah bertujuan untuk membantu meningkatkan jualan mereka.Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat KRU, Datuk Norman Abd Halim“Setinggi-tinggi penghargaan kepada SME Corp. Malaysia atas pembiayaan program latihan ini dan syabas KRU MasterClass sebagai Rakan Pelaksana.“Terima kasih juga kepada rakan strategik iaitu Unit Keusahawanan, Bahagian Perancangan Strategik Kementerian Pendidikan Tinggi, UDA Holdings Berhad, Perbadanan Putrajaya, TVET MARA, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia dan Majlis Belia Malaysia atas kerjasama dan sokongan untuk program latihan ini,” katanya.Sedang berlangsung kini ialah latihan bagi Kumpulan 1 dan Kumpulan 2 yang merangkumi modul Pemasaran Media Sosial dan Penjenamaan.Seterusnya peserta akan didedahkan dengan pengetahuan teknikal menerusi modul Penerbitan Siaran Langsung, Reka Bentuk Grafik dan Penyuntingan Video yang akan melengkapkan keseluruhan program.Antara latar belakang bidang perniagaan para peserta adalah dari industri kesihatan, kecantikan, fesyen, makanan, minuman, elektrik, pelancongan dan lain-lain. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/ramai-salah-faham-istilah-dilepas-tanpa-dibebaskan-oleh-mahkamah-ini-maksud-sebenar/
Ramai Salah Faham Istilah ‘Dilepas Tanpa Dibebaskan’ Oleh Mahkamah, Ini Maksud Sebenar…
Istilah dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) yang digunakan di mahkamah ketika proses pendakwaan kes jenayah rasuah sering kali disalah tafsir ramai terutamanya dalam kalangan yang tidak mempunyai latar belakang bidang perundangan, kata pakar undang-undangHaidar Dziyauddin.Beliau berkata, keadaan ini mencetuskan spekulasi dan mengakibatkan persepsi negatif terhadap pihak berkuasa serta badan kehakiman negara apabila maksud DNAA tidak difahami dengan betul dan tujuan di sebalik perundangan itu diwujudkan.Haidar yang juga penasihat undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkata, perkara ini sering timbul apabila pihak media membuat liputan mengenai pendakwaan kes di mahkamah sebelum melaporkan keputusan DNAA oleh hakim.Keadaan bertambah buruk apabila ia melibatkan individu berprofil tinggi, contohnya dalam kes pendakwaan Riza Aziz anak tiri kepada bekas perdana menteri, Najib Razak yang dilepaskan tanpa dibebaskan daripada pertuduhan pengubahan wang haram AS$248 juta (RM1.25 bilion) yang dikaitkan dengan dana 1MDB pada tahun 2020.“Apabila diumumkan keputusan DNAA, automatik ramai akan membuat tuduhan kononnya mahkamah atau pihak berkuasa seperti SPRM sudah bersepakat dengan ‘penjenayah’,” katanya.Haidar berkata, kemarahan dalam kalangan masyarakat mengenai keputusan DNAA sering kali berlaku kerana ia disalah tafsir sebagai DNA (dilepaskan dan dibebaskan) sedangkan kedua-dua keputusan itu adalah dua perkara yang berbeza.Menjelaskan perbezaannya, Haidar berkata, menerusi DNAA, orang kena tuduh (OKT) memang akan dilepaskan daripada pertuduhan yang sedang dihadapi ketika itu, bagaimanapun, individu itu pada bila-bila masa boleh dihadapkan di mahkamah atas pertuduhan yang sama.Katanya, terdapat pelbagai situasi yang boleh mendorong kepada keputusan DNAA termasuk isu teknikal dan ramai tidak tahu bahawa ia sebenarnya memanfaatkan kedua-dua pihak sama ada pendakwaan atau defendan.“DNAA membolehkan pendakwaan semula dengan bukti yang lebih kukuh, dan ini akan mendorong kepada pendakwaan yang tidak dapat dicabar pihak defendan,” katanya.Antara kes terbesar yang diumum sebagai DNAA namun berjaya dijatuhkan hukuman adalah pertuduhan terhadap Najib apabila beliau pada 7 Februari 2019, dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi daripada tiga tuduhan tambahan pengubahan wang haram berjumlah RM47 juta.Bagaimanapun, pada keesokan harinya, ahli Parlimen pekan itu didakwa semula atas pertuduhan sama di Mahkamah Sesyen sebelum kes itu ditamatkan apabila Najib didapati bersalah bersama empat pertuduhan lain di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai 2020.Empat pertuduhan lain itu ialah tiga pertuduhan pecah amanah jenayah dan satu pertuduhan menyalahgunakan kuasa dana SRC, bekas anak syarikat 1MDB.Menurut Haidar, selain DNAA, antara strategi pihak pendakwaan untuk menumpaskan sesebuah sindiket jenayah termasuk kes rasuah secara menyeluruh adalah melaksanakan kompaun yang mana tindakan ini tidak akan mengklasifikasikan individu tersebut sebagai “bersalah”, namun ia mempercepatkan proses mendapatkan semula wang atau aset yang diperoleh secara haram.“Ini membolehkan pihak berkuasa kita melumpuhkan sindiket jenayah dengan skala yang lebih besar.“Ia ibarat strategi melepaskan ‘ikan bilis’ dalam usaha menangkap ‘jerung’ atau ikan yang lebih besar,” katanya.Haidar berpendapat, ramai dalam kalangan masyarakat suka membuat kesimpulan yang salah berhubung keputusan DNAA dan kompaun kerana tidak betul-betul memahami betapa kompleksnya pihak berkuasa menyiasat kes melibatkan rasuah dan pengubahan wang haram.“Kes rasuah melibatkan sekurang-kurangnya dua orang. Justeru, jika individu yang terlibat adalah ramai dan ia membabitkan dana yang begitu banyak, sudah tentu SPRM memerlukan masa untuk menyiasat sebelum dapat lakukan tangkapan untuk menumpaskan sindiket tersebut.“Di Malaysia, pelaksanaan DNAA tidak mempunyai had masa untuk individu tersebut didakwa semula atas pertuduhan sama, jadi ini membolehkan pihak berkuasa mengambil masa mereka untuk melakukan siasatan terperinci,” katanya. – JURNALSumber:MALAYSIANOW
https://jurnal-malaysia.com/zahid-dilepas-tanpa-bebas-47-tuduhan-rasuah-pecah-amanah-yayasan-akal-budi/
Zahid Dilepas Tanpa Bebas 47 Tuduhan Rasuah, Pecah Amanah Yayasan Akal Budi
Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, hari ini dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi daripada 47 tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi yang diasaskannya.Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah, melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid, 70 yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar, yang memaklumkan bahawa Jabatan Peguam Negara ingin memberhentikan semua prosiding terhadap Ahmad Zahid pada peringkat ini.Bagaimanapun, peguam bela Datuk Hisyam Teh Poh Teik memohon supaya Ahmad Zahid dibebaskan daripada semua tuduhan kerana ia tidak adil kepada anak guamnya berikutan tuduhan ke atasnya ‘tergantung’ tanpa ada kepastian.Katanya, oleh kerana pendakwaan sudah memutuskan untuk tidak meneruskan prosiding terhadap Ahmad Zahid, anak guamnya dengan itu hendaklah dibebaskan oleh mahkamah.Pada 24 Ogos lalu, peguam bela Datuk Hisham Teh Poh Teik, Datuk Ahmad Zaidi Zainal dan Hamidi Mohd Noh, dalam satu kenyataan media, memohon keputusan representasi yang dihantar pada 8 Disember 2022 dan 25 Januari 2023 disegerakan sebelum pihak pembelaan memanggil lebih ramai saksi dalam perbicaraan kes itu.Permohonan representasi setebal 200 muka surat itu turut dikepilkan surat daripada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, bertarikh 20 Februari lalu yang menyatakan agensi itu menjalankan siasatan lanjut berhubung bukti baharu dikemukakan oleh pembelaan.Ahmad Zahid didakwa dengan 47 pertuduhan iaitu lapan rasuah, 12 pecah amanah dan 27 pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi.Bagi tuduhan pecah amanah, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu didakwa menggunakan dana yayasan untuk membuat enam pembayaran bagi kad kredit persendirian, polisi insurans serta lesen kenderaan persendirian, kiriman wang kepada sebuah firma guaman dan sumbangan kepada persatuan bola sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM).Beliau juga dituduh menerima suapan daripada syarikat Mastoro Kenny IT Consultant & Services, Data Sonic Group Berhad dan Profound Radiance Sdn Bhd sebagai dorongan kepadanya atas kapasiti Menteri Dalam Negeri ketika itu untuk membantu syarikat terbabit mendapatkan projek MyEG, membekalkan cip pasport serta menyediakan perkhidmatan pusat sehenti di Pakistan dan Nepal.Bagi 27 pertuduhan pengubahan wang haram, Ahmad Zahid didakwa membabitkan diri dalam transaksi secara langsung membabitkan pendapatan daripada aktiviti haram antara 26 Mac 2016 dan 11 April 2018. – JURNALSumber:ASTRO AWANI
https://jurnal-malaysia.com/v-pengasas-syarikat-umrah-mahu-taja-abdul-rahman-saya-mahu-dia-berdoa-depan-kaabah/
[V] Pengasas Syarikat Umrah Mahu Taja Abdul Rahman – “Saya Mahu Dia Berdoa Depan Kaabah…”
“Niat saya memang nak taja adik Abdul Rahman menunaikan umrah supaya dia boleh berdoa depan Kaabah, Makkah dan Raudhah di Madinah supaya adiknya yang masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Segamat segera sembuh.”Demikian kata pengasas syarikat umrah dan haji, Jay Ibrahim Travel & Tours Sdh Bhd iaituJay Ibrahimyang bakal menaja Abdur Rahman Amir Ruddin, 19.Abdur Rahmah adalah anak sulung pasangan Amir Ruddin Ismail, 46, dan Norahimah Noor Muhamad, 43, yang terbunuh bersama empat lagi adiknya, Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5, dalam kemalangan di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan, kelmarin.View this post on InstagramA post shared by JURNAL (@jurnal.malaysia)Jay Ibrahim berkata, dia sudah berjumpa Abdur Rahman di kediaman remaja itu di Muar, Johor.“Alhamdulillah, hasil bantuan rakan-rakan di Facebook, saya dapat berhubung dan berjumpa Abdur Rahman hari ini.“Saya menyatakan hasrat untuk menajanya menunaikan umrah dan dia terima. Cuma, dia mahu adiknya yang kini masih di ICU dapat pergi bersama.“Saya cakap, kalau adik dia diizinkan hidup, saya memang akan bawa juga. Tapi, saya pelawa untuk pergi awal supaya dia dapat mendoakan kesihatan adiknya di sana.Jay Ibrahim (Kiri)“Seperti yang kita tahu, depan Kaabah antara tempat mustajab berdoa.“Dia beritahu tak ada passport, tapi saya cakap akan bantu uruskan semuanya. Bila-bila saja dia nak pergi pun boleh.“Kebetulan saya memang duduk di sana. Kalau dia nak pergi minggu depan, kakitangan saya akan bantu,” katanya.Selain menerima Pakej Umrah Premium Menara Jam Makkah, Abdul Rahman turut menerima beberapa sumbangan berupa wang tunai, kain ihram, sejadah dan sebotol air Zam Zam 5 liter.“Insya-Allah, di sana Abdur Rahman boleh merawat jiwa di depan Kaabah. Semoga dia diberi kekuatan.“Niat saya ini lebih pada tanggungjawab sebagi orang Islam untuk membantu mereka yang susah. Saya bersimpati atas apa yang berlaku.“Doakan usaha kecil kami ini dipermudahkan dan dapat memberi manfaat kepada adik Abdul Rahman dan keluarga serta mendapat keberkatan Allah,” katanya.Difahamkan adiknya, Abdullah yang masih ditempatkan di ICU dalam keadaan kritikal. – JURNALSumber: HARIAN METRO
https://jurnal-malaysia.com/ptti-cipta-rekod-pelajar-straight-a-paling-ramai-dalam-malaysia-book-of-records-mbor/
PTTI Cipta Rekod Pelajar Straight A Paling Ramai Dalam Malaysia Book of Records (MBOR)
Pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), PTTI diiktiraf oleh Malaysia Book Of Records (MBOR) apabila berjaya mencatat jumlah pelajar mendapat semua A pada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022.Ketua Pegawai Operasi PTTI Group Sdn. Bhd,Muhd Habibunajjar Sazaliberkata, seramai 123 pelajar berjaya mendapat semua A pada SPM lalu, termasuk seorang pelajarnya yang mendapat 11 A+.“Ini adalah satu pengiktirafan besar daripada pihak MBOR kepada PTTI yang sudah bertapak di negara ini sejak 2015.“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada MBOR kerana mengiktiraf pencapaian kami. Kami akan terus bekerja keras untuk memastikan sebanyak mungkin pelajar kami mendapat keputusan cemerlang dalam SPM tahun ini,” katanya selepas majlis menerima sijil pengiktirafan daripada MBOR di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) baru-baru ini.Sijil itu diserahkan oleh dua wakil MBOR, Siti Hajar Johor dan Jeska Seah dalam satu majlis ringkas.Berkongsi lanjut, Habibunajjar berkata, pihaknya meletakkan sasaran sekurang-kurangnya 1,000 pelajar daripada keseluruhan lebih 10,000 pelajarnya untuk mendapat keputusan semua A dalam SPM tahun ini.“Kami sedia maklum mengenai keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang dalam proses untuk mengembalikan takwin SPM seperti sebelum pandemik Covid-19.“Kami kini sedang menyusun semula program tuisyen PTTI bagi menyesuaikan dengan pelaksaan peperiksaan berkenaan,” katanya. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/bunuh-rakan-sebab-cemburu-sambutan-kemerdekaan-2023-agong-puji-kerajaan-perpaduan-anwar-masih-pm-cerai-isteri-talak-3/
Bunuh Rakan Sebab Cemburu | Sambutan Kemerdekaan 2023, Agong Puji Kerajaan Perpaduan | Anwar Masih PM, Cerai Isteri Talak 3
SOROTAN MENARIK HUJUNG MINGGU1.Kerana Cemburu Buta, Remaja Bunuh Rakan Sendiri2.100,000 Banjiri Dataran Putrajaya Sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2023, PM Zahir Penghargaan3.[V] Adik Ammara Curi Tumpuan, Agong Mencemar Duli Turun Dari Kenderaan Rasmi Perkenan Bergambar4.Sambutan Luar Biasa Hari Kebangsaan 2023, Agong Zahir Ucapan Tahniah Kepada Kerajaan Perpaduan5.PRK Pulai: “Johor Tak Pernah Didik Undi Sesuatu Parti Adalah Jalan Ke Syurga” – Ahmad Maslan6.“Lafaz Taklik Nak Ceraikan Isteri Talak Tiga, Jika Anwar Masih PM, Tak Boleh Tarik Balik “- Menteri Agama
https://jurnal-malaysia.com/lafaz-taklik-nak-ceraikan-isteri-talak-tiga-jika-anwar-masih-pm-tak-boleh-tarik-balik-menteri-agama/
“Lafaz Taklik Nak Ceraikan Isteri Talak Tiga, Jika Anwar Masih PM, Tak Boleh Tarik Balik “- Menteri Agama
Lafaz taklik seorang individu yang mahu menceraikan isterinya talak tiga sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Perpaduan masih bertahan hingga Ogos tidak boleh ditarik balik.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),Datuk Mohd Na’im Mokhtarberkata, dari sudut hukum, apa-apa pun taklik tidak boleh ditarik balik apabila telah dilafazkan.Katanya, di bawah peruntukan undang-undang jelas menggariskan bahawa mana-mana permohonan untuk mengesahkan taklik perlu difailkan di mahkamah syariah kerana ia diperuntukkan dalam enakmen semua negeri.“Jadi dinasihatkan kepada isteri atau suami terbabit untuk memfailkan permohonan di mahkamah bagi mengesahkan penceraian tersebut.“Hanya hakim syarie di mana pasangan terbabit bermastautin sahaja yang boleh menentukan sama ada taklik tersebut jatuh ataupun tidak,” katanya menerusi rakaman video yang dimuat naik di Facebook beliau pada Jumaat.Mohd Na’im berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perbuatan seorang lelaki pada Februari lalu yang memaklumkan dia bertaklik menceraikan isterinya talak tiga jika Perdana Menteri dan kerajaan tidak bertukar pada Ogos.Isu itu tular di media sosial dan menjadi persoalan ramai sama ada sama ada talak jatuh atau sebaliknya selepas berakhirnya bulan Ogos.Mengulas lanjut, beliau menjelaskan, apabila taklik dikaitkan dengan penceraian dengan talak tiga kepada seorang isteri, ia perkara yang amat tidak bertanggungjawab kerana isteri tidak boleh dijadikan objek atau pertukaran kepada sesuatu taklik.“Isteri sepatutnya dinaikkan martabat. Islam sendiri telah menaikkan taraf seorang isteri dan wanita,” tambahnya.Sehubungan itu, Mohd Na’im menasihatkan agar golongan suami perlu bertanggungjawab dengan tidak melibatkan maruah isteri dalam lafaz jika melafazkan taklik.“Yang kedua, kalau nak mengesahkan sesuatu lafaz sama ada jatuh atau tidak jangan rujuk kepada pihak yang ketiga.“Yang boleh menentukan sama ada lafaz itu jatuh atau tidak adalah hakim mahkamah syariah di mana pasangan itu bermastautin,” ujarnya. – JURNALSumber: SINAR HARIAN
https://jurnal-malaysia.com/prk-pulai-johor-tak-pernah-didik-undi-sesuatu-parti-adalah-jalan-ke-syurga-ahmad-maslan/
PRK Pulai: “Johor Tak Pernah Didik Undi Sesuatu Parti Adalah Jalan Ke Syurga” – Ahmad Maslan
Angin perubahan khususnya sokongan pengundi Melayu yang dilihat beralih kepada Perikatan Nasional (PN) semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri pada 12 Ogos lalu, diyakini tidak berlaku dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Pulai dan Simpang Jeram.Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor,Datuk Seri Ahmad Maslanberkata, para pengundi di Johor tidak sama seperti di tiga negeri di bawah PN iaitu Kelantan, Kedah serta Terengganu yang disifatkan ‘lebih biasa’ dengan Pas.“Tapi kita (Johor) tidak biasa dengan Pas. “Kita ada pendidikan agama Darjah 1 sampai Darjah 6, kemudian ada darjah khas untuk majoriti rakyat negeri Johor, dan kita tidak pernah dididik bahawa mengundi sesuatu parti maka, ia adalah jalan ke syurga,” katanya ketika ditemui selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Johor Bahru, hari ini.Mengulas lanjut, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu berkata para pengundi di Johor juga tidak mudah diselewengkan dengan fakta Islam yang dimainkan oleh parti pembangkang.Ini kerana katanya, Kerajaan Negeri sentiasa mengutamakan pendidikan Islam dalam kalangan rakyat Johor termasuk melalui peruntukan belanjawan.“Orang Johor mempunyai pendidikan Islam yang teratur dan kita ada sekolah-sekolah agama, tajaan Kerajaan Negeri, yang mana pada ketika bajet ia adalah ‘top 5’ Kerajaan Negeri mengenai pendidikan Islam,” tambah Ahmad.Justeru, beliau yang juga Timbalan Menteri Kewangan yakin bahawa calon Pakatan Harapan (PH) mampu mengekalkan kemenangan di kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pada 9 September depan.Begitupun, Ahmad berharap jentera pilihan raya perlu memperkasakan gerak kerja kempen termasuk mendidik pengundi dalam kumpulan berusia bagi memangkah calon PH.“Saya mengharapkan agar jentera kita mengajar terutama orang-orang veteran dan lama, kertas undi replika, iaitu kertas undi semacam kertas undi sebenar untuk mereka memangkah di sebelah nombor dua (Suhaizan Kayat) kerana mereka yang biasa dengan beberapa kali pilihan raya tetapi tidak ada lambang ‘dacing’ (BN), dan itu agak mencabar untuk kita berikan penjelasan,” katanya.Ujarnya lagi, mandat yang diberikan kepada calon PH akan memastikan agenda untuk membangunkan kawasan tersebut dapat terus dilaksanakan, selari dengan hasrat Kerajaan Perpaduan.PRK Parlimen Pulai menyaksikan saingan tiga penjuru antara Suhaizan, calon PN, Zulkifli Jaafar serta Samsudin Mohamad Fauzi yang bertanding sebagai calon Bebas. – JURNALSumber:ASTRO AWANI
https://jurnal-malaysia.com/sambutan-luar-biasa-hari-kebangsaan-2023-agong-zahir-ucapan-tahniah-kepada-kerajaan-perpaduan/
Sambutan Luar Biasa Hari Kebangsaan 2023, Agong Zahir Ucapan Tahniah Kepada Kerajaan Perpaduan
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shahmenzahirkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Kerajaan Perpaduan bagi penganjuran sambutan Hari Kebangsaan 2023 yang meriah dan luar biasa di Putrajaya, semalam.Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Mej Jen Datuk Zahari Mohd Ariffin berkata Seri Paduka turut menzahirkan rasa sukacita dan kagum dengan sambutan itu yang dijayakan dengan penglibatan jabatan dan agensi kerajaan serta pihak swasta.Al-Sultan Abdullah bertitah sambutan Hari Kebangsaan tahun ini amat besar maknanya buat baginda dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang menyambutnya buat kali terakhir selaku Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.“Sambutan ini menjadi kenangan manis yang akan sentiasa dalam ingatan buat Seri Paduka Baginda berdua,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.Menurutnya, Al-Sultan Abdullah menzahirkan rasa terharu dan terima kasih kepada rakyat pelbagai kaum yang telah datang menyertai dan memberi sokongan untuk meraikan sambutan hari yang bersejarah itu.Zahari berkata Seri Paduka amat kagum menyaksikan persembahan yang ditunjukkan oleh kesemua kontinjen serta peserta daripada pelbagai peringkat umur yang mempamerkan semangat kenegaraan dan cintakan negara.Al-Sultan Abdullah turut bertitah semangat perpaduan dan patriotisme yang dipamerkan dalam setiap acara dan majlis yang dianjurkan di seluruh negara sangat membanggakan dan sewajarnya dipuji.Baginda berharap semangat yang secara langsung mencerminkan keakraban rakyat pelbagai kaum itu dapat memperkukuh lagi keharmonian negara.Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah mengajak seluruh rakyat untuk bersama-sama mendoakan agar kedaulatan Malaysia terus dipelihara dan dilimpahi dengan segala keberkatan dan keamanan yang berkekalan.Lebih 100,000 orang membanjiri Dataran Putrajaya semalam bagi menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan 2023 yang melibatkan 17,262 peserta, 67 kontinjen, 36 kumpulan pancaragam, 534 aset darat dan aset udara serta 100 ekor haiwan dalam perkhidmatan.Sambutan itu turut disiarkan dan diikuti jutaan rakyat Malaysia secara langsung menerusi televisyen dan laman media sosial serta diraikan secara serentak di seluruh negara bermula pukul 7 pagi. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/v-adik-ammara-curi-tumpuan-agong-mencemar-duli-turun-dari-kenderaan-rasmi-perkenan-bergambar/
[V] Adik Ammara Curi Tumpuan, Agong Mencemar Duli Turun Dari Kenderaan Rasmi Perkenan Bergambar
Kanak-kanak yang penah tular sebelum ini, dikenali sebagaiAmmarasekali lagi mencuri tumpuan warganet apabila dapat bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.Bagaimanapun momen kali ini mungkin antara yang paling berharga buat Ammara keraba YDPA mencemar duli turun dari kenderaan rasmi miliknya untuk menyapanya.View this post on InstagramA post shared by JURNAL (@jurnal.malaysia)Selain itu, YDPA turut perkenan untuk mengambil gambar kenang-kenangan bersama Ammara yang anggun mengenakan busana khas untuk acara sambutan Hari Kemerdekaan ke-66, di Putrajaya semalam.Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, Al-Sultan Abdullah dipercayai mahu berangkat pulang usai acara tersebut selesai.Seri Paduka kemudian turun dari kenderaannya selepas melihat kanak-kanak tersebut melambaikan tangannya di sisi bahu jalan.Sebelum ini, kisah Ammara pernah tular di media sosial apabila dia telah dimarahi oleh gurunya di sekolah ketika sambutan Hari Kemerdekaan.BACA:[V] Guru Diselar Padam Solekan Anak Murid Ketika Sambutan Hari Kebangsaan Di SekolahDifahamkan, Ammara dimarahi kerana mengenakan solekan ketika hadir ke sekolah.Bukan itu sahaja, guru tersebut turut bertindak memadam solekan pada wajahnya menggunakan kain.Malah, bapa kepada Ammara yang dikenali sebagai Shazliey mendakwa guru terbabit telah mengeluarkan kata-kata yang kurang enak kepada anaknya yang masih di tahun dua itu.Susulan itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas menyifatkan momen Ammara bertemu dengan Seri Paduka sebagai ganti kepada kesedihannya.Dalam masa sama, wargamaya turut menumpang gembira melihat wajah ceria yang ditunjukkan Ammara. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/100000-banjiri-dataran-putrajaya-sempena-sambutan-hari-kebangsaan-2023-pm-zahir-penghargaan/
100,000 Banjiri Dataran Putrajaya Sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2023, PM Zahir Penghargaan
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahimmenzahirkan penghargaan buat semua yang terlibat dalam Sambutan Hari Kebangsaan 2023 termasuk mereka yang membanjiri Dataran Putrajaya, pada Khamis.Menerusi catatan di laman Facebook, Anwar berharap semangat merdeka rakyat itu akan terus diperkukuh dan tersemat jitu di setiap sanubari segenap lapisan masyarakat.“Penghargaan saya buat semua yang membanjiri Dataran Putrajaya untuk sama-sama meraikan hari besar buat Malaysia dan kesatupaduan yang dipaculkan hari ini ternyata nilai Malaysia yang sebenar,” menurut catatan itu.Menyifatkan sambutan kali ini cukup luar biasa, Perdana Menteri dalam catatan berbeza turut menghargai mereka yang terlibat dalam sesi perbarisan, pertunjukan udara dan persembahan sepanjang sambutan berkenaan.“Semangat perpaduan seperti ini yang kita dambakan untuk Malaysia terus melangkah ke hadapan sebagai sebuah negara yang hebat. Hargailah kemerdekaan serta kedaulatan negara ini,” katanya.Lebih 100,000 orang membanjiri Dataran Putrajaya bagi menyaksikan Sambutan Hari Kebangsaan 2023 yang melibatkan 17,262 peserta, 67 kontinjen, 36 kumpulan pancaragam, 534 aset darat dan aset udara serta 100 ekor haiwan dalam perkhidmatan.Sambutan itu turut disiarkan dan diikuti jutaan rakyat Malaysia secara langsung melalui kaca televisyen dan laman media sosial serta diraikan secara serentak di seluruh negara bermula jam 7 pagi. – JURNALSumber: BERNAMA
https://jurnal-malaysia.com/kerana-cemburu-buta-remaja-bunuh-rakan-sendiri/
Kerana Cemburu Buta, Remaja Bunuh Rakan Sendiri
Seorang remaja lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan membunuh rakannya hanya kerana cemburu buta, bulan lalu.Tertuduh berumur 17 tahun yang hadir ke mahkamah berbaju kelabu hitam dan berseluar denim biru itu mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Intan Nurul Farena Zainal Abidin.Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana pertuduhan membunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.Tertuduh yang tidak bersekolah didakwa membunuh P Hariaran, 21, di tepi Jalan Pasir Kampung Sungai Payung Baroh, Selekoh, Bagan Datuk antara jam 6 petang hingga jam 8.30 malam pada 20 Ogos lalu.Susulan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang dari 30 hingga 40 tahun.Jika tidak dihukum mati, suspek boleh dikenakan hukuman sebat tidak kurang dari 12 sebatan, jika sabit kesalahan.Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Cheah Shuh Yuan, manakala tertuduh diwakili peguam Charanjit Singh.Mahkamah menetapkan 5 Oktober ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia.Pada 23 Ogos lalu, mayat mangsa yang sudah mereput ditemui orang awam di dalam parit kebun kelapa sawit di Jalan Pasir Kampung Sungai Payung Baroh, Bagan Datuk.Media kemudiannya melaporkan polis menahan suspek di kawasan Hutan Melintang, Bagan Datuk pada 26 Ogos lalu dan hasil soal siasatan mendapati motif bunuh adalah kerana suspek cemburu terhadap mangsa yang mengganggu teman wanitanya. – JURNALSumber:BH ONLINE
https://jurnal-malaysia.com/tun-m-dakwa-anwar-kuku-besi-individu-mengaku-bawa-pelajar-tahfiz-ke-konsert-x-kembali-benarkan-iklan-politik/
Tun M Dakwa Anwar Kuku Besi | Individu Mengaku Bawa Pelajar Tahfiz Ke Konsert | ‘X’ Kembali Benarkan Iklan Politik
SOROTAN MENARIK RABU 30/08/20231.Isu 3R: Mahathir Dakwa PM Rampas Hak Rakyat, Parti Politik Bercakap2.Platform X Kini Kembali Terima Iklan Politik3.Individu Mengaku Bawa Pelajar Tahfiz Ke Konsert – “Mereka Anak Pelarian Rohingya”4.3,000 Jemaah Hadir Imarahkan #QuranHour Sempena Sambutan Hari Kebangsaan 20235.PM Ajak Rakyat Maknai Kemerdekaan Dengan Semangat, Malaysia Milik Semua Kaum6.Peristiwa: Hari Ini 13 Tahun Lalu, Majlis Pecah Tanah KLIA 2 Oleh Najib Tun Razak7.Teroka Cabang Perniagaan Baharu, KRU Perkenal ‘Malaya’, Jenama Sukan Sendiri
https://jurnal-malaysia.com/teroka-cabang-perniagaan-baharu-kru-perkenal-malaya-jenama-sukan-sendiri/
Teroka Cabang Perniagaan Baharu, KRU Perkenal ‘Malaya’, Jenama Sukan Sendiri
Selepas meneroka pelbagai cabang bermula dengan industri muzik, pengiklanan, perfileman, pendidikan dan pelancongan, KRU kini melebarkan sayap perniagaan ke dalam industri sukan.Serentak dengan itu, KRU kini tampil memperkenalkan ‘Malaya’, jenama sukan mereka sendiri dan memilih bulan kemerdekaan untuk melancarkan produk terbaharu tersebut.Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KRU,Datuk Norman Abdul Halim, berkata, selepas lebih 30 tahun terlibat dalam industri muzik dan hiburan serta meneroka pelbagai bidang perniagaan, sudah tiba masanya mereka terus mengembangkannya.Menurut Norman idea untuk melibatkan diri di dalam perniagaan melibatkan sukan ini bermula sejak beberapa tahun lalu, namun disebabkan beberapa kekangan termasuk COVID-19, ia terpaksa ditangguhkan.Bagaimanapun kata Norman, bulan kemerdekaan ini dirasakan waktu yang amat bersesuaian untuk melancarkan ‘Malaya’.“Sebenarnya sudah lama kami rancang untuk mencuba bidang ini tetapi tetapi masa tidak mengizinkan kerana Covid-19 dan sebagainya.“Bagaimanapun selepas melakukan perbincangan, kami memilih bulan kemerdekaan untuk memperkenalkan ‘Malaya’ kepada segenap lapisan masyarakat.“Menariknya lagi bersempena bulan bersejarah ini kami turut menawarkan potongan harga sehingga 10 peratus kepada semua pembeli yang membuat pra-pesanan di kedai atas talian kami www.kru2u.com,” katanya.View this post on InstagramA post shared by BOOM! (@boom.malaysia)Mengulas mengenai ‘Malaya’, Norman berkata pelancaran jenama tersebut juga berkait dengan aktiviti-aktiviti yang bakal dianjurkan KRU kelak.“Selepas ini ada banyak aktiviti berkonsepkan sukan, seperti marathon dan sebagainya yang bakal kami jalankan.“Sebelum ini pun kami pernah menganjurkan pertandingan ‘celebrity cup’ melibatkan para artis bertanding dalam kejuaraan bola sepak.“Mungkin ramai tidak tahu, asal usul KRU pun terkait rapat dengan sukan, kami pernah buat lagu untuk pasukan bola sepak sebelum dikenali sebagai artis.“Dan selepas menjadi artis bersama EMI kami buat juga lagu tema untuk kempen sukan Komanwel pada tahun 1998. Pada tahun 2017, kita keluarkan lagu Kuasa Juara iaitu lagu tema bagi kontinjen Malaysia untuk sukan Sea di Singapura.“Jadi selepas ini, nantikan acara-acara melibatkan kesukanan daripada kami. Kami mahu semua orang menjalani gaya hidup sihat dan selalu bersukan,” katanya teruja.View this post on InstagramA post shared by Malaya Originals (@malaya.originals)Ditanya tentang harga, Norman berkata KRU mengekalkan harga mampu milik di bawah RM80 supaya semua mampu menyarung ‘Malaya’ yang didatangkan dengan kualiti dan desain terbaik.Di peringkat permulaan ini, Malaya juga bakal mengeluarkan desain berbeza setiap bulan.“Untuk mereka yang suka bersukan seperti futsal, bola sepak, bola keranjang satu persatu kita akan lancarkan…Kami nak kekalkan harga di bawah RM80 bersesuaian dengan desain dan kualitinya.“Desain berbeza akan dikeluarkan setiap bulan, tetapi ini masih di peringkat permulaan dan kami memulakan pre-order di KRU2U terlebih dahulu.“Kebaikan pre-order ialah boleh kostum saiz, ada special request jika diorder dalam jumlah yang banyak,” katanya.Dalam perancangan lain, ‘Malaya’ juga akan turut dibekalkan di sekolah-sekolah dengan harga yang lebih murah.“Untuk sekolah-sekolah akan ada pakej khas yang diberikan. Apa yang penting bagi kami adalah keselesaan dan kepuasan buat semua.“Kami berharap usaha kami ini mendapat sokongan ramai. Jika ramai yang puas hati, bagi reviu yang baik, itu petanda baik untuk jenama kami.“Saya harap sentiasa dapat maklum balas positif daripada pengguna kerana itu adalah semangat bagi kami,” katanya. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/peristiwa-hari-ini-13-tahun-lalu-majlis-pecah-tanah-klia-2-oleh-najib-tun-razak/
Peristiwa: Hari Ini 13 Tahun Lalu, Majlis Pecah Tanah KLIA 2 Oleh Najib Tun Razak
Pada hari ini dalam tahun 2010, Majlis Pecah Tanah Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 2 disempurnakan olehYAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri.Majlis tersebut berlangsung di Tapak Projek Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT) Baharu, KLIA, Kuala Lumpur.Terminal KLIA2, yang mempunyai kapasiti mengendalikan 45 juta penumpang setahun, menggantikan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT).Ia juga merupakan terminal tambang murah terbesar dunia, memulakan operasi secara rasmi dengan ketibaan pesawat Malindo Air OD1027 dari Kota Kinabalu, Sabah, pada 12.05 tengah malam, 2 Mei 2014.Peristiwa yang membuka lembaran baharu dalam sejarah pengangkutan udara negara itu turut disaksikan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi dan Pengerusi Malaysia Airports Holding Bhd (MAHB), Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah.Turut hadir Pengarah Urusan MAHB, Tan Sri Bashir Ahmad dan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharudin Abdul Rahman. – JURNALSumber: ARKIB NEGARA, AWANI
https://jurnal-malaysia.com/pm-ajak-rakyat-maknai-kemerdekaan-dengan-semangat-malaysia-milik-semua-kaum/
PM Ajak Rakyat Maknai Kemerdekaan Dengan Semangat, Malaysia Milik Semua Kaum
Perdana MenteriDatuk Seri Anwar Ibrahimmengajak semua rakyat untuk memaknai kemerdekaan dengan semangat bahawa negara ini milik semua kaum.Ketika menyampaikan Amanat Perdana sempena Hari Kebangsaan 2023 Anwar berkata, Malaysia boleh menjadi hebat dan gagah jika setiap rakyat mempunyai semangat tersebut.“Saya yakin kalau semangat ini ada dalam kalangan rakyat Malaysia akan muncul sebagai negara yang hebat, gagah di Asia Tenggara ini.“Syaratnya semangat yang telah diperkukuhkan oleh bapa-bapa kita iaitu persatuan, perpaduan dan menerima kenyataan bahawa kita merdeka dengan suku kaum induk Melayu dan bumiputera.“Dengan penyertaan rakan-rakan lain. Cina, India, orang asli. Penyertaan Melanau, Dusun, Dayak, Khadzan, Bajau, Sulu semuanya masuk dalam keluarga dan kita kena pertahankan semnangat bahawa negara ini adalah negara milik semua rakyat Malaysia,” kata Anwar.Katanya, kesatuan dan perpaduan yang telah dipupuk bagi menjadi masa depan negara melalui dasar dan pelaksanaan yang dilakukan.Anwar turut menegaskan bahawa Malaysia Madani dibawah kepimpinan Kerajaan Perpaduan akan terus mempertahan dan menegakkan hak setiap rakyat.“Kesatuan dan perpaduan yang kita pupuk ini untuk apa? Untuk dijamin masa depannya melalui dasar dan pelaksanaan sekarang, sebab itu saya kata dalam menyonsong ke depan, isu yang kadang-kadang sangat tidak disenangi sebahagian kecil kita, tentang pengurusan dan tata kelola, jangan gunakan kuasa untuk memunggah kekayaan untuk diri dan keluarga atau kroni.“Masalah di negara kita bukan masalah perbezaan kaum, budaya atau agama. Allah jadikan perbezaan untuk kenal dan hormat di antara satu sama lain dan kita mesti terima kenyataan itu, tidak siapa mempertikai peruntukan-peruntukan mutlak, kukuh dalam perlembagaan negara kita.“Soal Bahasa Melayu, soal Islam agama Persekutuan, soal hak keistimewaan Melayu bumiputera dan kedaulatan negara,” katanya.Anwar turut menegaskan merdeka bermaksud daripada kepimpinan tertinggi sehingga rakyat harus sedar bahawa bumi bertuah Malaysia ini merupakan satu amanah yang perlu dipertanggungjawabkan.Mereka juga tidak harus menjadi alat oleh kumpulan elit untuk mengaut keuntungan.“Dari pimpinan tertinggi sehingga rakyat harus tahu bahawa negara ini adalah suatu amanah dan segala kuasa yang ada di peringkat kecil, di kampung, penghulu, pejabat daerah sehinggalah di Jabatan Perdana Menteri (JPM) mesti melahirkan manusia yang jiwanya merdeka, yang tidak sanggup negara ini dijadikan perkakas untuk memperolehi habuan untuk golongan elit.“Usaha memastikan jiwa merdeka itu harus saling berterusan, memaknai merdeka maknanya segala khazanah, kekuatan dan usaha adalah untuk mengembalikan hak kepada rakyat dan mengangkat martabat negara ini,” katanya.Kira-kira 6,000 orang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat iaitu penjawat awam, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pelajar sekolah, belia, komuniti, anggota beruniform
termasuk para usahawan di peringkat Persekutuan dan Negeri. hadir pada majlis tersebut. – JURNALSumber:MALAYSIAGAZETTE
https://jurnal-malaysia.com/3000-jemaah-hadir-imarahkan-quranhour-sempena-sambutan-hari-kebangsaan-2023/
3,000 Jemaah Hadir Imarahkan #QuranHour Sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2023
Kira-kira 3,000 jemaah hadir bagi mengimarahkan program Malaysia#QuranHourdi Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini yang diadakan bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan 2023.Selain Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, program #QuranHour turut diadakan secara serentak di 200 lokasi seluruh negara dan tiga lokasi di luar negara iaitu Bangkok, Thailand; New South Wales, Australia; dan Washington, AS.Program yang bermula pada 12 tengah hari itu dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, Al-Baqarah ayat satu hingga lima, diikuti Surah Al-lnsan dan Surah Al-Asr. Malaysia #QuranHour kali ini diberi pengisian bacaan al-Quran yang dibimbing lima qari iaitu Abdul Qowiy Abd Rashit, Tilmiz Afif, Amir Naufal Rifqi, Faris Hadi Taufik dan Yusuf Kassim.Ia diselang-seli dengan sesi tadabbur yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Penyelidik Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) Fazrul Ismail, Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) Fakulti Pengajian Quran Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia Prof Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi dan Ustaz Mujib Othman.Usai bacaan dan tadabbur ketiga-tiga surah itu, hadirin membaca ikrar al-Quran yang dipimpin Sahabah al-Quran Yusuf Azmin dan diakhiri dengan bacaan Doa Malaysia Berakhlak Mulia oleh Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Ustaz Nor Azamir Alias.Ketua Pegawai Eksekutif WUIF Marhaini Yusoff berkata pada tahun ini, surah Al-Fatihah, Al-Insan dan Al-Asr menjadi surah pilihan, bertepatan dengan tema iaitu ‘Malaysia Berakhlak Mulia: Pemuda Merdeka, Pemimpin Abrar’ dalam membentuk Malaysia MADANI, negara yang sejahtera, harmoni dan progresif.“Malaysia #QuranHour yang digerakkan sempena momentum Hari Kebangsaan yang disambut pada 31 Ogos setiap tahun, mengajak seluruh masyarakat untuk memahami intipati dan erti kemerdekaan dalam membangunkan negara yang makmur, utuh dan progresif melalui intervensi yang diformulasikan daripada prinsip-prinsip al-Quran,” katanya.Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) Datuk Hakimah Mohd Yusoff pula berkata program Malaysia #QuranHour dapat menarik lebih ramai masyarakat mencintai al-Quran dan dalam masa yang sama, mendidik masyarakat bahawa kitab suci itu bukan sahaja untuk dibaca tetapi mempraktikannya dalam kehidupan seharian.“Program ini juga satu manifestasi bahawa minat dan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan ilmu al-Quran itu bertambah baik,” katanya.Program Malaysia #QuranHour yang dilaksanakan sejak 2015 adalah program satu jam bersama al-Quran sebagai permulaan untuk melakukan perubahan minda melalui Quran, Tadabur, Tazakkur (QTT).Antara yang hadir pada program itu ialah Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli, Ahli Dewan Undangan Negeri Lembah Jaya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman (Altimet), Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Bachok Syahir Sulaiman. – JURNALSumber:BERNAMA
https://jurnal-malaysia.com/individu-mengaku-bawa-pelajar-tahfiz-ke-konsert-mereka-anak-pelarian-rohingya/
Individu Mengaku Bawa Pelajar Tahfiz Ke Konsert – “Mereka Anak Pelarian Rohingya”
Seorang individu tampil memberi penjelasan mengenai tindakannya membawa kumpulan pelajar tahfiz ke konsert KEPCI Music Fest di Stadium Malawati, Shah Alam, Sabtu lalu.Andrie Ung Han Xiangyang mengakui dia adalah individu membawa pelajar terbabit ke festival itu berkata, pihak penganjur termasuk kerajaan tidak terbabit dengan kehadiran mereka.Menurutnya, dia bersama rakan mengumpul sumbangan bagi membawa kira-kira 700 anak yatim dari 22 rumah kebajikan seluruh negara ke festival itu.“Inisiatif ini adalah sepenuhnya daripada kami yang ikhlas untuk memberi peluang kepada anak yatim yang kurang berkemampuan merasai pengalaman menghadiri festival itu.“Tujuan kami ikhlas menjemput mereka bersama memeriahkan festival yang turut menyediakan permainan kanak-kanak dan aktiviti lain serta konsert, selain boleh dihadiri semua masyarakat,” katanya dalam sebuah kenyataan.Kenyataan itu susulan tular di media sosial rakaman video menunjukkan kehadiran pelajar tahfiz menonton konsert di festival hiburan itu.Video berkenaan menerima pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.Mengulas mengenai video tular itu, Andrie berkata, pelajar memakai jubah hijau dan berserban putih adalah dari sebuah pusat tahfiz di TTDI Jaya, Selangor.Mereka adalah anak pelarian Rohingya yang hampir tidak tahu berkomunikasi dalam bahasa Melayu.Andrie berdukacita atas ketidakpuasan hati dan menyinggung perasaan pihak tertentu yang terkesan dengan isu itu. – JURNALSumber:BH ONLINE
https://jurnal-malaysia.com/platform-x-kini-kembali-terima-iklan-politik/
Platform X Kini Kembali Terima Iklan Politik
Platfrom X (Twitter)Elon Musk, kini kembali menerima iklan politik, selepas kira-kira empat tahun, lapor Agensi Berita Jerman dpa.Larangan yang diperkenalkan pada Oktober 2019 itu pada mulanya akan ditarik balik di Amerika Syarikat, menurut hantaran blog itu pada Selasa.Pada masa yang sama, platform itu akan mengenakan beberapa peraturan terhadap penyebaran mesej politik berbayar.Mesej politik dilarang mengandungi maklumat palsu atau mengelirukan. Ini termasuk gambaran salah yang bertujuan menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap kesahihan pilihan raya.Sekatan ini mungkin mengehadkan cara bekas presiden Donald Trump dan penyokongnya menggunakan X dalam kempen presiden 2024.Apa pun hakikatnya, Trump tetap mendakwa bahawa pilihan raya lepas “telah dicuri” daripadanya.Musk telah mengaktifkan semula akaun Trump yang telah lama diharamkan pada perkhidmatan itu.Setakat ini, bekas presiden itu hanya sekali menggunakannya, memuat naik gambar mugshot yang dirakam oleh polis.Trump aktif di rangkaian media sosialnya sendiri, Truth Social.Rangkaian itu kini hanya mempunyai 6.4 juta pelanggan,manakala di X beliau berjaya mendapatkan lebih 80 juta pengikut. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/isu-3r-mahathir-dakwa-pm-rampas-hak-rakyat-parti-politik-bercakap/
Isu 3R: Mahathir Dakwa PM Rampas Hak Rakyat, Parti Politik Bercakap
Bekas Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamadberpandangan, kerajaan tidak berhak untuk melarang mana-mana pihak membicarakan isu berkenaan 3R (agama, raja, kaum).Menurut Tun M menerusi ciapannya di laman X (Twitter), larangan 3R oleh kerajaan itu terlalu umum.“Ramai juga yang menyoal kenapa saya marah sangat terhadap larangan bercakap berkenaan 3R – iaitu Race (Bangsa), Religion (Agama) dan Royalty (Raja).“Bukankah Kerajaan berhak melarang sesuatu? Tidak. Kerajaan tidak boleh larang apa-apa melainkan ia ada kaitan dengan keselamatan negara,” katanya.Mahathir turut mempersoalkan bagaimana bercakap berkenaan 3R boleh mencetus bahaya terhadap negara.“Larang 3R terlalu umum. Tidak dijelas kenapa dan bagaimana bercakap berkenaan 3R boleh mencetus bahaya terhadap negara.“Apakah kalau saya kata “Saya orang Melayu” maka ia mengancam keselamatan negara. Jika saya kata “Orang Melayu menghadapi masalah” maka saya dianggap sebagai pemberontak yang polis perlu soal saya.“Saya kata saya beragama Islam, maka ini juga melanggar arahan Perdana Menteri.“Kalau saya salah maka Perlembagaan juga salah kerana Perlembagaan menyebut “Islam” sebagai agama rasmi Malaysia.“Salahkah kalau saya kata kita punyai “Raja Berperlembagaan?”, soal beliau.Bahkan kata Dr Mahathir, apa hak Perdana Menteri membuat larangan.Menurut beliau, negara ditadbir mengikut undang-undang dan setiap suatu yang hendak diperbuat oleh kerajaan ada caranya.Ujarnya, negara kita mempunyai Dewan Rakyat dan Dewan Negara.“Ada cara tertentu untuk melulus undang-undang. Perdana Menteri bukan bebas untuk membuat undang-undang.“Polis dan SPRM juga tidak bebas bertindak sesuka hati. Semua gerakan Kerajaan mempunyai cara dan undang-undang yang perlu diikuti.“Cara manakah yang dibuat oleh Perdana Menteri dengan tiba-tiba merampas hak rakyat dan hak parti-parti politik bercakap.“Cuma pemerintahan kuku besi sahaja yang memberi kuasa tanpa had kepada pemerintah. Sudahkah kita sampai ke peringkat itu?“Itu soalannya. Lebih-lebih lagi pelakunya ialah seorang reformis yang kononnya menolak cara pemerintahan kuku besi,” tegasnya. – JURNAL