url
stringlengths 35
183
| title
stringlengths 31
148
| body
stringlengths 196
6.8k
|
---|---|---|
https://jurnal-malaysia.com/derita-nur-iman-dapat-perhatian-yayasan-ikhlas/ | Derita Nur Iman Dapat Perhatian Yayasan Ikhlas | Kempen Bantu Pesakit Sihat (BPS) diusahakan Yayasan Ikhlas sejak lebih dua tahun lalu kini diteruskan lagi termasuk bantuan diberikan kepada adikNur Iman Mohamad Sabriyang menetap di Terengganu.Nur Iman mengalami keadaan hampir sama seperti kes kanser mulut adik Ainul Mardhiah yang selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan mulut di hospital London dengan bantuan Dr Nur Amalina Che Bakri selepas mendapat perhatian meluas rakyat Malaysia.Bagaimanapun kes Nur Iman lebih serius membabitkan ketumbuhan besar pada mulutnya menutup seluruh hidung dan mulut dipanggil Benigh Epignathus Teratoma hingga menyukarnya makan serta bernafas.Untuk rekod, sejak dilahirkan hingga ke hari ini, Nur Iman (setahun 10 bulan) sudah menjalani empat kali pembedahan membuang ketumbuhan selain pembentukan struktur rahang serta lidah.Namun, rawatan khusus masih perlu dilakukan untuk Nur Iman dengan keperluan anggaran kos sebanyak RM400,000 bagi menjalani empat lagi siri pembedahan selain bantuan lain sehingga umur Nur Iman genap 12 tahun.Menurut doktor yang merawatnya, Prof Shaifulizan Abdul Rahman dari Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan, pelbagai pembedahan perlu dilakukan ke atas Nur Iman.“Ketumbuhan berkenaan berjaya dibuang pada pembedahan kali pertama. Namun, dia terpaksa terlantar di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama tujuh bulan. Tanpa diduga bentuk kepalanya bertukar menjadi leper dan berkudis akibat terlalu lama terbaring serta tiada pergerakan.“Justeru, dijangka ada lagi empat pembedahan yang perlu dibuat untuk membetulkan lelangit, gusi, bibir, membuang cecair di kepala. Tak ketinggalan pembedahan membina gusi.“Selain itu, kos dan dana diperlukan juga merangkumi bantuan bulanan untuk keperluan menjaga rapinya. Termasuklah belian susu khas, ubat, keperluan harian, peralatan khas, rawatan hospital dan wang tunai sekitar RM4,000 sebulan,” kata Prof ShaifulizanProf Shaifulizan Abdul Rahman ketika ditemuramah.Prof Shaifulizan menambah ibu bapa Nur Iman juga bergelut meneruskan kehidupan.“Ibunya tidak bekerja. Bapanya pula hanya mengambil upah kerja kampung selain membantu menjaga Nur Iman. Mereka mempunyai dua anak yang bersekolah di asrama dan paling berusia lima tahun,” kata Prof Shaifulizan .Sementara itu, Yayasan Ikhlas menerusi Pengerusinya, Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin berkata pihaknya terus komited untuk meringankan beban dan menyampaikan bantuan selama setahun kepada Nur Iman sebagai permulaan.“Besar harapan kami dalam memastikan Nur Iman dapat kembali sihat dan sekurang-kurangnya bantuan ini dapat meringankan beban ibu bapanya.“Ini kerana sumbangan itu tidak hanya digunakan untuk memenuhi keperluan asas bagi yang memerlukan. Ia juga untuk digunakan sebagai kos pengurusan dan inisiatif lain yang memberikan impak positif yang lebih luas.“Bagi yang mahu turut menyumbang boleh ke pautanwww.bantuiman.com. Boleh juga lihathttps://vt.tiktok.com/ZSNkgckEY/untuk lebih lanjut,” kata Prof Dr Zainur.Yayasan Ikhlas ditubuhkan pada 5 Mac 2009 dan merupakan sebuah badan tidak berasaskan keuntungan (non-profit) yang berdaftar di bawah Jabatan Perdana Menteri.Yayasan Ikhlas sudah menjalankan projek kebajikan di peringkat setempat dan antarabangsa serta mobilisasi sukarelawan. Yayasan ini juga mempunyai kelulusan Pengecualian Cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Sebarang sumbangan yang dibuat layak untuk menerima resit pengecualian cukai. – JURNAL |
https://jurnal-malaysia.com/zionis-dakwa-sudah-kepung-gaza-tetapi-disekat-pejuang-hamas/ | Zionis Dakwa Sudah Kepung Gaza, Tetapi Disekat Pejuang Hamas | Tentera Israel, semalam mendakwa sudah mengepung Bandar Gaza di Semenanjung Gaza, susulan serangan balas mereka ke atas Palestin selepas serangan Hamas pada 7 Oktober lalu.Kemaraan tentera Israel ke Bandar Gaza bagaimanapun dapat disekat pejuang Hamas melalui serangan hendap dari rangkaian terowong bawah tanah di wilayah itu.Bandar di utara Semenanjung Gaza itu menjadi tumpuan Israel dalam melancarkan serangan habis-habisan bagi mencapai misi memusnahkan markas pentadbiran Hamas, selepas mengarahkan orang awam melarikan diri ke selatan.Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, berkata rejim itu kini berada di puncak pertempuran dan tidak akan berhenti sehingga ‘Hamas musnah sama sekali’.“Kami mencapai kejayaan yang mengagumkan dan berjaya melepasi pinggir bandar Gaza. Kami sedang maju ke depan,” katanya dalam kenyataan tanpa memberikan butiran lanjut.Jurucakap tentera Israel, Daniel Hagari, berkata pasukannya sudah menyelesaikan tindakan mengepung Kota Gaza yang menjadi pusat tumpuan pertubuhan Hamas.Ketua jurutera tentera Israel, Brigedier Jeneral Iddo Mizrahi, pula berkata anggota rejim itu masih berdepan risiko membabitkan serangan periuk api dan jerangkap samar.“Hamas nampaknya sudah melakukan persiapan dengan baik,” katanya.Sebelum ini, Israel menyatakan sudah kehilangan 18 askar dan membunuh puluhan pejuang Hamas sejak operasi darat diperluaskan bermula Jumaat lalu.Sementara itu, jurucakap sayap bersenjata Hamas, Abu Ubaida, berkata jumlah kematian Israel di Gaza adalah jauh lebih tinggi daripada yang diumumkan tentera.“Tentera Israel hanya akan kembali ke wilayah haram mereka dalam beg mayat hitam,” katanya. – JURNAL |
https://jurnal-malaysia.com/influencer-rumaisyah-yahya-curi-brokoli-penyangkut-baju-dan-barang-keperluan-lebih-rm100-didenda-rm400/ | Influencer Rumaisyah Yahya Curi Brokoli, Penyangkut Baju Dan Barang Keperluan Lebih RM100 Didenda RM400 | Seorang pempengaruh media sosial dipenjara sehari dan didenda RM400 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Khamis kerana mencuri beberapa barangan bernilai lebih RM100 di sebuah pasar raya, pada Rabu.Majistret Nurul Izzah Shaharuddin menjatuhkan hukuman itu terhadapRumaisyah Yahya, 31, yang mengaku bersalah mencuri barangan antaranya penyangkut baju, ubat gigi dan minuman keseluruhannya berjumlah RM108.18 di sebuah pasar raya di pusat beli-belah Suria KLCC, Jalan Ampang di sini, pada jam4.30 petang, 1 November (semalam).Pertuduhan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun serta boleh dikenakan denda dan bagi kesalahan kedua boleh dihukum penjara serta dikenakan denda atau sebat.Mahkamah turut memerintahkan wanita itu dipenjara tiga hari sekiranya gagal membayar denda.Mengikut fakta kes, tertuduh yang bekerja sebagai pengajar yoga telah mengambil beberapa barang lalu memasukkannya ke dalam beg yang dibawa, namun dia tidak membuat pembayaran bagi barangan tersebut sebelum berjalan ke bahagian lain dan terus keluar dari pasar raya itu.Tertuduh kemudian ditahan oleh pengawal keselamatan dan pemeriksaan mendapati beg yang dibawa mempunyai barangan milik pasar raya tersebut dan dia gagal mengemukakan resit pembelian.Timbalan Pendakwa Raya Sheryn Yong Shi Yee memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh, namun peguam Muhammad Rhastdan Abdul Wahab, mewakili tertuduh memohon hukuman berbentuk denda minimum atas alasan anak guamnya tidak mempunyai pendapatan tetap dan menyara ibu berusia 65 tahun yang merupakan pesakit darah tinggi.“Ini merupakan kesalahan pertama tertuduh dan barang yang diambil hanyalah barang keperluan asas sahaja. Anak guam telah insaf dan mohon diberikan peluang kedua,” kata Muhammad Rhastdan. – JURNALSumber:BERNAMA |
https://jurnal-malaysia.com/si-genius-matematik-adi-putra-kini-bergelar-suami/ | Si ‘Genius Matematik’ Adi Putra, Kini Bergelar Suami! | ‘Si Genius Matematik’,Adi Putra Abdul Ghanimenamatkan zaman bujangnya bersama gadis pilihan, Siti Sarah Zurkanain pada Khamis.Difahamkan, majlis pernikahan berlangsung di kediaman pengantin perempuan di Lundang di Kota Bharu, Kelantan.Adi memberikan wang hantaran berjumlah RM9,999.99 kepasa Siti Sarah.Bapa Adi, Abdul Ghani, berkata, majlis perkahwinan anaknya berjalan dengan lancar dan Adi selamat bergelar suami kepada Siti Sarah dengan sekali lafaz.“Sahlah Adi Putra sebagai raja sehari di Lundang, Kota Bharu.“Berkat doa daripada tuan, puan, sahabat dan muridnya dengan sekali lafaz nikah sahaja.“Kenduri kahwin berjalan lancar. Alhamdulillah cuaca pun baik di Kota Bharu hari ini,” katanya pada Khamis.Sebelum ini, Adi Putra pernah menggemparkan negara selepas digelar genius matematik khususnya algebra, trigonometri dan darab.Anak kelahiran Bagan Serai, Perak itu telah mendapat tawaran melanjutkan pengajian di dua universiti terkemuka dunia iaitu Universiti Oxford dan Universiti Harvard sewaktu berusia enam tahun. – JURNAL |
https://jurnal-malaysia.com/hanya-yang-lahir-pada-2007-sahaja-akan-ke-plkn-3-0/ | Hanya Yang Lahir Pada 2007 Sahaja Akan Ke PLKN 3.0 | Hanya remaja yang lahir pada 2007 akan dipanggil menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 sekiranya ia dilaksanakan tahun hadapan.Kementerian Pertahanan (Mindef) dalam satu kenyataan berkata, pelatih program itu akan dipilih mengikut tahun kelahiran dan ada garis permulaan tahun kelahiran tertentu bagi pelatih untuk memulakan PLKN 3.0.“Sekiranya pelatih yang dipilih tidak dapat menyertai latihan khidmat negara atas sebab yang dibenarkan, mereka boleh memohon penangguhan. Had maksimum untuk menjadi pelatih adalah sehingga berusia 35 tahun.“Mindef turut berharap penjelasan ini dapat menyelesaikan kekeliruan dan kegusaran orang awam mengenai penetapan umur pelatih PLKN3.0,” katanya.Terdahulu, Mindef memaklumkan dalam kenyataan itu bahawa Kerajaan bersetuju untuk memperkenalkan semula PLKN dengan kaedah baharu selaras dengan Akta Latihan Khidmat Negara 2003 (Akta 628).Baru-baru ini, tular di media sosial apabila ada pihak membuat ciapan dengan mendakwa peserta yang akan dipilih menyertai PLKN untuk fasa baharu adalah individu dalam kalangan belia berusia 16 hingga 35 tahun.Harian Metro sebelum ini melaporkan, pelaksanaan semula PLKN yang dimansuhkan pada 2018 akan membabitkan dua fasa.Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan, dilaporkan berkata, Fasa 1 membabitkan pelajar Tingkatan Empat melalui silibus Kementerian Pendidikan (KPM) yang mengandungi silibus kokurikulum seperti kadet polis, bomba dan pengakap akan diperkasakan pada peringkat itu.Mohamad dilaporkan berkata, pelajar Tingkatan Lima yang dikecualikan untuk menjalankan latihan di Fasa 1 bagi memberi laluan kepada mereka melakukan persediaan menempuhi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pula, akan menyertai Fasa 2 di kem latihan tentera wataniah sedia ada. – JURNAL |
https://jurnal-malaysia.com/keadilan-bukan-ahli-liberal-international-fahmi-fadzil/ | Keadilan Bukan Ahli Liberal International – Fahmi Fadzil | Ketua Penerangan Keadilan,Fahmi Fadzilmenegaskan parti tersebut bukan ahli liberal international seperti yang sedang tular di media sosial.Fahmi yang juga Menteri Komunikasi dan Digital menerusi sebuah kenyataan berkata, Keadilan tidak pernah menjadi ahli atau anggota Liberal International seperti didakwa.“Kebelakangan ini, terdapat percubaan terancang untuk mengaitkan KEADILAN dengan satu pertubuhan gabungan parti-parti iaitu Liberal International.“Saya mengesahkan bahawa KEADILAN bukan dan tidak pernah menjadi ahli tau anggota Liberal International.“KEADILAN bersolidariti sepenuhnya dengan rakyat Palestin serta mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman rejim Zionis Israel yang terus menzalimi, menekan dan membunuh rakyat Palestin,” katanya.Terdahulu tular di media sosial mengenai parti Keadilan yang ditunjangi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu kononnya dibiayai Israel. – JURNALKEADILAN BUKAN AHLI LIBERAL INTERNATIONALKebelakangan ini, terdapat percubaan terancang untuk mengaitkan KEADILAN dengan satu pertubuhan gabungan parti-parti iaitu Liberal International.Saya mengesahkan bahawa KEADILAN bukan dan tidak pernah menjadi ahli atau anggota Liberal…pic.twitter.com/0gvrGjVEhv— Fahmi Fadzil 🇲🇾 (@fahmi_fadzil)November 3, 2023 |
https://jurnal-malaysia.com/pegawai-pbb-letak-jawatan-protes-israel-dr-zulkifli-berjaya-bida-jam-anak-menteri-seleweng-minyak-masak/ | Pegawai PBB Letak Jawatan Protes Israel | Dr Zulkifli Berjaya Bida Jam | Anak Menteri Seleweng Minyak Masak | SOROTAN MENARIK KHAMIS 02/11/20231.Lesen ASL MYAirline Digantung Serta Merta – Mavcom2.Najib Positif Covid-19, Kini Dirawat Di HKL3.Anak Menteri Gagal Batal Pertuduhan Seleweng Minyak Masak4.‘Hamba Allah’ Dari Pasir Gudang Pemilik Rolex Dr Zulkifli, Bida Dengan Nilai RM135,0005.Pengarah Hak Asasi Manusia PBB Letak Jawatan Tanda Protes Perang Berterusan Israel Di Gaza6.Pelajar Malaysia Harum Nama Negara, Sapu Bersih Hadiah Grand Prix Di Folkhore International Festival And Competition ‘Etoiles De Paris’ 20237.Yana Samsudin Mahu Bantu Kaum Wanita Jana Pendapatan Dengan ‘Bagoos’8.Menteri Kesihatan Sahkan Najib Dirawat Di HKL |
https://jurnal-malaysia.com/menteri-kesihatan-sahkan-najib-dirawat-di-hkl/ | Menteri Kesihatan Sahkan Najib Dirawat Di HKL | Menteri Kesihatan,Dr Zaliha Mustafamengesahkan Datuk Seri Najib Razak dimasukkan ke hospital.Begitupun, beliau tidak boleh berkongsi maklumat berkaitan penyakit dan rawatan yang sedang diberikan kepada bekas Perdana Menteri itu.“Saya hanya boleh mengesahkan kemasukan beliau ke hospital tapi rawatan, penyakit dan sebagainya, itu adalah sulit.“Itu sahaja yang boleh saya maklumkan,” katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media di bangunan Parlimen pada Khamis.Media pada Rabu melaporkan bekas Ahli Parlimen Pekan itu dimasukkan ke hospital kerana dijangkiti Covid-19.Dalam satu kenyataan, pegawai khasnya, Muhamad Mukhlis Maghribi memaklumkan Najib dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Selasa selepas beliau mengadu demam.“Setelah pemeriksaan dilakukan doktor pakar, beliau didapati positif Covid-19,” katanya.Najib dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan sedang menjalani kuarantin serta rawatan lanjut di HKL. – JURNALSumber:AWANI |
https://jurnal-malaysia.com/yana-samsudin-mahu-bantu-kaum-wanita-jana-pendapatan-dengan-bagoos/ | Yana Samsudin Mahu Bantu Kaum Wanita Jana Pendapatan Dengan ‘Bagoos’ | Pelakon dan personalitiYana Samsudinbaru-baru ini telah melancarkan produk minuman terbaharu jenama sendiri iaitu ‘Minuman Susu Oat Bagoos’.Yana berkata, selain objektif utamanya untuk mengajak orang ramai menukar gaya hidup ke arah yang lebih sihat, dia juga mahu mengajak orang ramai menjana pendapatan bersama, khususnya kaum wanita dan para ibu.“Saya ingin membantu wanita di Malaysia menjana pendapatan sendiri sehingga menjadi usahawan bersama saya.“Sekarang ini pun sudah semakin ramai wanita menjalankan bisnes sendiri. Sudah tiba masa golongan suri rumah ada punca duit sendiri.“Saya alu-alukan kehadiran para wanita semua untuk menjana pendapatan bermula RM500 sehingga RM5,000 sebulan,” katanya positif.Oleh itu, Yana menjemput golongan suri di Malaysia untuk menjana pendapatan melalui dropship dan agen Minuman Susu Oat Bagoos.Mengulas mengenai produk terbaharunya itu, Yana berkata, segalanya bermula apabila beliau mula memikirkan tentang gaya hidup yang lebih baik, apatah lagi ketika usia semakin meningkat dan dalam masa sama boleh dimanfaatkan seisi keluarga termasuk anak-anak.“Sebagai seorang isteri dan ibu, sudah tentu saya mahukan yang terbaik buat keluarga. Salah satu caranya ialah dengan menjaga pengambilan makanan mereka seperti makan berkhasiat, makan mengikut waktu, dan cepat untuk disediakan.“Tetapi saya sedar kadang kala kekangan masa itu membataskan dan saya percaya para ibu di luar sana turut melalui pengalaman sama. Jadi saya terfikir, mengapa tidak saya hasilkan sesuatu yang bermanfaat kepada keluarga, peminat saya.“Saya tau kesihatan itu lebih mahal dari segalanya. Jadi mengahasilkan sesuatu yang bermanfaat adalah pilihan tepat.“Tambahan juga saya adalah seorang yang cerewet dalam pemilihan makanan atau apa sahaja yang masuk ke dalam perut saya dan saya siapkan hidangan untuk keluarga saya.“Contohnya, kalau orang lain nampak makanan itu adalah makanan, tapi saya nampak makanan itu seperti sains makanan, saya akan mengira portion seperti serat, protein dan karbohidrat serta jumlah kandungan kalori yang saya ambil. Dan begitu juga jika menghidangkan makanan untuk keluarga saya.“Secara ringkasnya saya fikir, mengapa tidak saya kongsikan dengan semua apa yang menjadi amalan saya dan keluarga selama ini.“Sebelum ini pun ketika saya keluarkan jenama tudung sendiri, saya pakai dahulu baru saya hasilkan dan pasarkan. Samalah juga apabila saya keluarkan produk minuman ini, bermakna saya sendiri sudah mencubanya,” katanya.Tambah Yana, untuk menghasilkan minuman susu oat Bagoos, beliau telah melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) produk selama hampir setahun.Katanya, minuman ini merupakan produk tanpa tenusu dan krimer serta sangat bersesuaian untuk semua lapisan masyarakat termasuk mereka yang mempunyai penyakit ekzema.“Saya telah menjalankan R&D selama hampir setahun untuk pastikan rasanya dapat diterima oleh pelbagai lapisan umur, jantina dan pastinya ahli keluarga dan teman-teman terdekat saya telah menjadi testimoni terawal di peringkat R&D .“Produk minuman tanpa krimer dan tenusu ini juga sangat dekat dengan diri saya, sebab saya ada ekzema. Jadi saya elak menggunakan bahan pengawet dan pewarna dalam minuman harian pati oat ini.“Tiada GMO dan mengandungi beta glucan yang dapat menjaga jantung dan membantu merendahkan kolestrol,” katanya.Minuman susu oat Bagoos mempunyai lima pilihan perisa yang enak tetapi buat masa ini Yana memilih untuk mengeluarkan tiga perisa terlebih dahulu iaitu MINUMAN SUSU OAT BAGOOS OATMILK DRINK CHOCOLATE, MINUMAN SUSU OAT BAGOOS OATMILK DRINK DATES dan MINUMAN SUSU OAT BAGOOS OATMILK DRINK WITH OAT & CHIA SEEDS.Setiap kotak mengandungi 12 sachet/peket yang boleh diminum segera dengan sekali bancuhan. Semua nya diperbuat dari bahan premium.Untuk maklumat lanjut layari laman sesawanghttps://t.me/bagoosMy– JURNAL |
https://jurnal-malaysia.com/pelajar-malaysia-harum-nama-negara-sapu-bersih-hadiah-grand-prix-di-folkhore-international-festival-and-competition-etoiles-de-paris-2023/ | Pelajar Malaysia Harum Nama Negara, Sapu Bersih Hadiah Grand Prix Di Folkhore International Festival And Competition ‘Etoiles De Paris’ 2023 | Kontinjen Malaysia yang terdiri daripada 31 pelajar sekolah menengah dan rendah mengharumkan nama negara di persada dunia apabila berjaya meraih tiga hadiah utama di27th Folkhore International Festival & Competition ‘Etoiles De Paris’ 2023.Pertandingan yang berlangsung pada Rabu itu menyaksikan kontinjen negara cemerlang dalam setiap kategori dipertandingkan.Tiga kategori yang disertai kontinjen Malaysia ialah Children yang disertai pelajar sekolah rendah berusia 8 hingga 12 tahun iaitu, 10 penari dan tujuh pemuzik (live traditional intrumens.Kategori Junior 1 pula terdiri daripada pelajar sekolah menengah berusia di antara 13 hingga 15 tahun merangkumi 8 orang penari dan lagu minus one.Sementara itu kategori Junior 2 melibatkan pelajar sekolah memengah berusia 16 hingga 18 tahun, terdiri daripada enam orang penari dan lagu minus one.Menerusi tiga kategori ini, kontinjen negara berjaya menunjukkan persembahan cemerlang menerusi tarian Live Music dan Tarian Pelanduk, Tarian Piring dan Tarian Masri.Lebih membanggakan, para pelajar sekolah rendah dan menengah yang mewakili negara ini berjaya menewaskan peserta-peserta dari negara Eropah dan Asia.Sebanyak 126 penyertaan diterima pada tahun ini, yang majoriti penyertaan adalah daripada Eropah, tiga pasukan Indonesia dan satu dari Malaysia mengikut kategori berasingan.Koreografer yang terlibat ialah, Johari Ibrahim (SK Kota Perdana Pahang, Tarian Pelanduk), Mohamed Hanafi Wahab (SK Kampung Medan, Tarian Piring) dan Mohd Zulhafiz Mohd Zubir (SK Bukit Jelutong, Taman Masri).Selain itu, Jurulatih Muzik yang bertanggungjawab ialah Mohd Ridzal Saari (SK Pandan Perdana) dan tenaga pengajar yang terlibat dalam bahagian Teknikal, Busana dan Tatarias pula ialah Onn Ismail Abd Rani (SK Tengku Bendahara Azman 1), Norhaslinda Ahmad (SMK Seksyen 16, Shah Alam) Hazrian Hamzah (SMK Abd Jalil) dan Norhazwani (SK Bukit Jelutong).Para pelajar Malaysia yang terlibat adalah dari SMK dan SK Bukit Jelutong, SK Kampung Medan, SK Tengku Bendahara Azman 1, SK Setia Alam, SMK Seksyen 16, SMK Shah Alam, SMK Abdul Jalil, SM Sains Kuala Selangor, SAM Muhamadiah Sabak Bernam, SK Kota Perdana, SMK Tengku Panglima Perang Tengku Muhamad , SMK Teluk Cempedak, SMK Abdul Rahman Talib, SSeM Kl, SSeM Johor dan TKC.Kesemua pelajar adalah di bawah bimbingan Cemara Seni Selangor Education Dance Shah Alam dan Pahang Esucation Culture Group dengan sokongan Kementerian Pendidikan Malaysia.Kontinjen Malaysia diketuai Rosmonaliza Ahmad Unit Pembangunan Bakat Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan Mohd Zulhafiz Mohd Zubir bertindak sebagai Pegawai Penyelaras. – JURNAL |
https://jurnal-malaysia.com/pengarah-hak-asasi-manusia-pbb-letak-jawatan-tanda-protes-perang-berterusan-israel-di-gaza/ | Pengarah Hak Asasi Manusia PBB Letak Jawatan Tanda Protes Perang Berterusan Israel Di Gaza | Pengarah pejabat Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York telah meletak jawatan sebagai protes terhadap perang berterusan Israel di Gaza, dengan menggelarnya sebagai ‘kes jelas pembunuhan beramai-ramai’.Craig Mokhibermenghantar surat peletakan jawatannya kepada Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia, Volker Turk, pada minggu lalu.Dalam surat berkenaan, Mokhiber menyifatkan PBB tidak berdaya dan gagal menghentikan pembunuhan beramai-ramai yang berlaku di hadapan mata.“Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK) dan kebanyakan negara Eropah bukan sahaja enggan mematuhi kewajiban perjanjian di bawah Konvensyen Geneva, malah mengukuhkan serangan Israel serta menyediakan perlindungan diplomatik dan politik.“Kita mesti mengakui bahawa AS dan kuasa barat lain sebenarnya bukanlah pengantara yang boleh dipercayai, tetapi pihak sebenar dalam konflik yang bersubahat dengan Israel dalam pencabulan hak Palestin,” tulis Mokhiber dalam suratnya.Mokhiber dalam pada itu juga menyeru agar kezaliman Israel dihentikan.Surat peletakan jawatan oleh Mokhiber dihantar selepas PBB menuntut gencatan senjata kemanusiaan antara Israel dan Hamas, di tengah-tengah peningkatan serangan oleh Israel ke atas Gaza.Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York pada Jumaat menerima resolusi bertajuk ‘Protection of Civilians and Upholding Legal and Humanitarian Obligations’ dengan 120 undi menyokong, 14 membantah manakala 45 berkecuali.Israel dan AS telah menolak gesaan untuk gencatan senjata, menambah bahawa tindakan itu bermakna mereka menyerah kalah yang akan membawa kemenangan kepada Hamas. – JURNALSumber: MSTAR/DAILYMAIL |
https://jurnal-malaysia.com/hamba-allah-dari-pasir-gudang-pemilik-rolex-dr-zulkifli-bida-dengan-nilai-rm135000/ | ‘Hamba Allah’ Dari Pasir Gudang Pemilik Rolex Dr Zulkifli, Bida Dengan Nilai RM135,000 | Seorang lelaki dari Pasir Gudang kini menjadi pemilik baru jam tangan mewah berjenama Rolex yang dibuka untuk bidaan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, pada Isnin lalu.Berita tersebut dikhabarkan Zulkifli yang juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu menerusi laman sosial X pada Rabu.SEUTAS ROLEX UNTUK PALESTIN BERTUKAR PEMILIKAlhamdulillah, telah sempurna penyerahan jam Rolex saya yang merupakan derma kurnia Raja Arab Saudi, DYMM Al-Malik Salman bin Abdulaziz Alsaud hafizahullahu ta’ala kepada pemilik baharunya, seorang “Hamba Allah” daripada Pasir Gudang,…pic.twitter.com/7degR9hzwC— Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri)November 1, 2023Menurut Zulkifli, lelaki tersebut telah membida jam tangan pemberian Raja Saudi itu dengan harga RM135,000.“Alhamdulillah, telah sempurna penyerahan jam Rolex saya yang merupakan derma kurnia Raja Arab Saudi, DYMM Al-Malik Salman bin Abdulaziz Alsaud hafizahullahu ta’ala kepada pemilik baharunya, seorang Hamba Allah daripada Pasir Gudang, Johor.“Saya tanya kepada beliau: ‘Mengapa terdetik untuk membida dengan nilai RM135,000 pada 7 minit terakhir sebelum ditutup pada jam 12 tengah malam semalam?’“Pembida ini sebak dan kemudiannya menangis. Jawapannya kerana ia adalah derma kurnia Raja Arab Saudi, milik saya, dan demi Palestin,” kata Dr Zul.Melanjutkan perkongsian, Dr Zul yang dalam perjalanan ke Abu Dhabi bagi menghadiri mesyuarat tahunan bersama Syeikhul Azhar bakal singgah sebentar ke Jordan untuk menyerahkan sendiri wang berjumlah RM100,000 kepada pelarian Palestin di Amman, melalui Muslim Care Malaysia.“Baki RM35,000 akan diserahkan bermula esok kepada 8 NGO terpilih iaitu MERCY Malaysia, Global Peace Malaysia, Cinta Gaza, Aqsa Syarif, PAS Relief, MAPIM, Aman Palestin dan MyFundAction,” katanya lagi.Terdahulu, Zulkifli menerusi hantaran di FB dan IG menceritakan kisah di sebalik jam berkenaan yang dihadiahkan oleh Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz.Menurut Zulkifli, jam itu dihadiahkan sebagai cenderamata buatnya.Katanya, kotak jam itu hanya dibuka selepas meletak jawatan sebagai Menteri pada 2021. – JURNAL |
https://jurnal-malaysia.com/anak-menteri-gagal-batal-pertuduhan-seleweng-minyak-masak/ | Anak Menteri Gagal Batal Pertuduhan Seleweng Minyak Masak | Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak representasi yang dikemukakan anak seorang bekas menteri bagi menggugurkan pertuduhan penyelewengan berkaitan minyak masak bersubsidi.Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Nor Alimah Mohd Sanusi memaklumkan keputusan representasi olehMuhammad Faisal Hamzah, 39, semasa sebutan kes itu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Mazni Nawi, pada Rabu.Terdahulu, peguam Nasuha Badruldin dan Indran Kumaraguru yang mewakili Muhammad Faisal berkata, pihaknya telah menghantar representasi kepada AGC pada 28 Jun lepas.Mahkamah kemudiannya menetapkan perbicaraan kes selama 10 hari iaitu 5 Jun dan 3, 10, 17, 24, 31 Julai serta 7, 14, 21, 28 Ogos tahun depan.Pendakwaan memaklumkan pihaknya akan memanggil 15 saksi. Pada prosiding itu peguam Hasnan Hamzah mewakili seorang lagi tertuduh Azizul Abdul Halim, 55.Pada 5 April lepas, Muhammad Faisal dan rakan perniagaannya Azizul, mengaku tidak bersalah atas sembilan pertuduhan mengemukakan dokumen palsu dan memiliki barang kawalan minyak masak melebihi had dibenarkan.Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh sebagai pengarah syarikat Rimba Merpati Sdn Bhd dan pemegang lesen borong barang kawalan berjadual memberikan maklumat palsu kepada KPDN semasa mengemukakan maklumat dalam borang arahan yang berada dalam simpanan berkaitan barang kawalan di bawah Seksyen 8 Akta Kawalan Bekalan 1961 berhubung Dokumen/Invoice Penjualan Minyak Masak kepada Pasar Segar Din Maju.Perbuatan itu didakwa dilakukan di pejabat KPDN negeri kira-kira pukul 5 petang pada 12 Ogos tahun lepas mengikut Seksyen 8 (4) (b) Akta Kawalan Bekalan 1961 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 22 (2) akta sama.Sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan kali kedua dan seterusnya, didenda maksimum RM3 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya. – JURNALSumber:BERNAMA |
https://jurnal-malaysia.com/najib-positif-covid-19-kini-dirawat-di-hkl/ | Najib Positif Covid-19, Kini Dirawat Di HKL | Bekas Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Razakdilaporkan dijangkiti Covid-19 pada Rabu.Dalam satu kenyataan, pegawai khasnya, Muhamad Mukhlis Maghribi memaklumkan, Najib Razak dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur pada Selasa selepas beliau mengadu demam.Setelah pemeriksaan dilakukan doktor pakar, beliau didapati positif Covid-19.Dalam pada itu, Najib dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan sedang menjalani kuarantin dan rawatan di Hospital Kuala Lumpur.Sementara itu, Mukhlis mewakili keluarga Najib Razak berterima kasih kepada pihak penjara khasnya Penjara Kajang dan Hospital Kuala Lumpur di atas tindakan pantas memberi rawatan.Pada 23 Ogos tahun lalu, buat pertama kalinya dalam catatan sejarah negara, Najib menjadi bekas perdana menteri pertama dipenjarakan selama 12 tahun selepas didapati bersalah atas tuduhan kes menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd. – JURNALSumber:AWANI |
https://jurnal-malaysia.com/lesen-asl-myairline-digantung-serta-merta-mavcom/ | Lesen ASL MYAirline Digantung Serta Merta – Mavcom | Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) menggantung Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) syarikat penerbangan tambang murah, MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) yang berkuat kuasa serta-merta selaras dengan seksyen 43(1) Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 [Akta 771].Pengerusi Eksekutifnya,Datuk Seri Saripuddin Kasimberkata, walaupun pembatalan ASL tersebut boleh dibuat, namun ia akan memberi kesan terhadap syarikat penerbangan itu yang sedang berusaha melakukan bayaran semula kepada penumpang terjejas.Menurutnya, MYAirline perlu bertanggungjawab membuat bayaran balik terhadap penumpang yang terjejas mengikut Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016 (MACPC), walaupun lesen udara syarikat berkenaan telah digantung.“Kami telah membuat keputusan ini dengan tujuan untuk melindungi kepentingan para penumpang dan pekerja terjejas disebabkan oleh penggantungan operasi MYAirline serta mengambil kira cabaran dihadapi oleh industri penerbangan pasca pandemik Covid-19.“Lebih 117,000 penumpang terjejas akibat penggantungan operasi dengan nilai jualan keseluruhan berjumlah lebih RM22 juta dan penerbangan berjadual bermula 12 Oktober 2023 hingga 31 Mac 2024.“Sebahagian besar jualan adalah daripada agensi pelancongan sebanyak 58 peratus bersamaan RM12.8 juta diikuti 41.8 peratus dengan nilai RM9.2 juta daripada pembayaran kad kredit atau debit,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Sinar Harian sebelum ini melaporkan pada 26 Oktober lalu, Mavcom telah membuka siasatan terhadap MYAirline dan mengeluarkan surat tunjuk sebab pada 13 Oktober.Setelah mengkaji penjelasan bertulis tersebut, Mavcom telah memutuskan untuk menggantung ASL MYAirline kerana penjelasan yang diberikan oleh syarikat penerbangan tersebut tidak memuaskan.Mengulas lanjut, Saripuddin berkata, pasukan petugas suruhanjaya tersebut akan melihat isu bayaran balik penumpang terjejas dan akan memberikan cadangan termasuk penyelarasan mekanisme perlindungan pengguna penerbangan.Jelasnya, Mavcom akan terus bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia bagi mencari penyelesaian buat penumpang terjejas untuk mendapatkan wang mereka kembali.“Keputusan ini selaras dengan fungsi Mavcom termasuklah menyediakan mekanisme perlindungan penumpang dan menggalakkan pelaburan yang tepat pada masanya dalam industri penerbangan awam bagi memenuhi peningkatan permintaan serta keperluan pembangunan.“Kami ingin memastikan keseimbangan antara aktiviti komersial untuk mempromosikan kelestarian dan kemajuan industri serta memastikan penumpang terus dilindungi,” ujarnya. – JURNALSumber:SINAR HARIAN |
https://jurnal-malaysia.com/malaysia-terima-tiga-notis-daripada-as-nasi-lemak-babi-pemilik-gerai-dikecam-abdul-hadi-hubungi-ketua-biro-politik-hamas/ | Malaysia Terima Tiga Notis Daripada AS | Nasi Lemak ‘Babi’: Pemilik Gerai Dikecam | Abdul Hadi Hubungi Ketua Biro Politik Hamas | SOROTAN MENARIK SELASA 31/10/20231.Enggan Anggap Hamas Sebagai Pengganas, Malaysia Terima Tiga Notis Daripada AS2.Messi Menang Ballon d’Or Kali Kelapan, Ketepikan Haaland3.Dikecam Kerana Nasi Lemak Dan Nasi Kandar ‘Babi’ Ini Reaksi Pemilik Gerai – “Saya Daftar Pun Di Bawah Makanan Non-Halal…”4.Malaysia Kutuk Segala Bentuk Keganasan – PM5.Abdul Hadi Hubungi Ketua Biro Politik Hamas, Nyatakan Sokongan Terhadap Rakyat Palestin6.Bidaan Jam Rolex Dr Zulkifli Cecah RM131,000 |
https://jurnal-malaysia.com/bidaan-jam-rolex-dr-zulkifli-cecah-rm131000/ | Bidaan Jam Rolex Dr Zulkifli Cecah RM131,000 | Nilai bidaan jam tangan Rolex kesayangan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakrikini mencecah RM131,000.Zulkifli berkongsi nilai terkini bidaan itu menerusi hantaran di Facebook (Fb) dan ruangan Instagram (IG) Story miliknya jam 9.25 pagi hari ini.Angka itu masih tidak berganjak sejak hampir sembilan jam lalu.Bidaan masih dibuka dengan kenaikan RM100 ke atas dan akan ditutup jam 12 tengah malam ini.Peluang masih terbuka untuk yang berminat membeli jam berkenaan dan bidaan boleh dibuat dengan menulis harga ditawarkan di ruangan komen.Setakat ini, rata-rata pengikut Zulkifli menyambut baik inisiatifnya melelong jam berkenaan.Tambahan pula, hasil jualan nanti akan didermakan sepenuhnya untuk kebajikan rakyat yang menderita di Palestin.Semalam, Zulkifli menerusi hantaran di Fb dan IG menceritakan kisah di sebalik jam berkenaan yang dihadiahkan oleh Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz.BACA:Bekas Mufti Wilayah Dr Zulkifli Al-Bakri Lelong Rolex Untuk Bantu PalestinMenurut Zulkifli, jam itu dihadiahkan sebagai cenderamata buatnya.Katanya, kotak jam itu hanya dibuka selepas meletak jawatan sebagai Menteri pada 2021. – JURNALSumber: HARIAN METRO |
https://jurnal-malaysia.com/abdul-hadi-hubungi-ketua-biro-politik-hamas-nyatakan-sokongan-terhadap-rakyat-palestin/ | Abdul Hadi Hubungi Ketua Biro Politik Hamas, Nyatakan Sokongan Terhadap Rakyat Palestin | Presiden Pas,Tan Sri Abdul Hadi Awangmenghubungi Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh bagi menyatakan sokongan terhadap rakyat Palestin yang kini berdepan situasi sukar.Abdul Hadi menekankan, apa yang sedang berlaku ketika ini merupakan bibit-bibit permulaan kepada sebuah kemenangan besar untuk umat Islam.Katanya lagi, Malaysia secara keseluruhannya berpihak kepada Palestin dan menegaskan, rejim Zionis sedang melakukan pembunuhan besar-besaran di Gaza.“Ismail Haniyeh menghargai sokongan kuat dari Pas dan Malaysia yang secara rasmi dan terbuka menyokong hak rakyat Palestin mempertahankan tanah kediaman mereka dan melancarkan kempen sumbangan untuk rakyat Palestin.“Beliau menyeru kepada media-media agar terus menyokong Palestin, mendedahkan jenayah perang Zionis, menafikan naratif mereka,” katanya menerusi hantaran di Facebook, Pas Pusat, pada Selasa.Pas sebelum ini melancarkan kutipan dana #Aid4Palestine 2.0 di Terengganu sebagai usaha membantu rakyat di negara itu yang ditindas negara tidak diiktiraf Israel.Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar Pas Pusat, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, usaha itu sebagai tanda solidariti dalam menyokong bantahan terhadap kekejaman dilakukan rejim Zionis kepada Palestin.“Ia merupakan satu platform untuk mengumpulkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan ia terbuka kepada semua NGO tanpa mengira parti untuk sama-sama membantu rakyat Palestin,” katanya. – JURNAL |
https://jurnal-malaysia.com/malaysia-kutuk-segala-bentuk-keganasan-pm/ | Malaysia Kutuk Segala Bentuk Keganasan – PM | Malaysia menolak sekeras-kerasnya segala bentuk keganasan dan mengutuk tindakan membunuh insan tidak berdosa serta menjadikan wanita dan kanak-kanak sebagai tebusan di Palestin, kata Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim.Bercakap dalam bahasa Inggeris untuk khalayak antarabangsa pada persidangan Dewan Rakyat dengan kebenaran Yang Dipertua dewan hari ini, Anwar berkata, Malaysia juga mengutuk tindakan pengeboman terhadap orang awam, kediaman dan hospital serta pembunuhan beramai-ramai insan yang tidak berdosa, kanak-kanak, wanita dan lelaki yang dilakukan siang dan malam oleh tentera Israel.“Biar semua jelas, negara Zionis Israel adalah kuasa penjajah dan oleh itu ia tertakluk di bawah undang-undang antarabangsa… perbuatan jenayah ini jelas melanggar norma undang-undang antarabangsa. Tindakan Israel, pemotongan bekalan makanan, air, bantuan kemanusiaan dan elektrik adalah melanggar undang-undang antarabangsa,” ujarnya.Anwar berkata, situasi di Palestin adalah suatu peringatan bahawa perjuangan untuk keadilan tidak mengenal sempadan dan Malaysia mesti bersatu dalam solidariti dengan semua rakyat yang tertindas.Perdana Menteri berkata, kredibiliti sistem antarabangsa itu sendiri dipertaruhkan dan Malaysia mesti menyuarakan pendapatnya dan menggalakkan orang lain berbuat demikian bagi memelihara sistem itu yang bertujuan untuk menegakkan keamanan dunia.“Adalah suatu yang bodoh untuk berfikir bahawa Malaysia tidak terjejas dengan apa yang berlaku di dunia. Kita adalah negara perdagangan yang terlibat secara aktif dalam aktiviti komersial dan ekonomi serantau dan antarabangsa, secara proaktif menarik FDI (pelaburan langsung asing) untuk memacu kemajuan ekonomi kita. Jadi, Malaysia terikat dengan apa yang berlaku di mana-mana di dunia.“Kita telah memulakan tugas yang sukar, yang telah lama diabaikan, jadi biar saya jelaskan, kita akan kekal sebagai negara yang sangat bebas dan terus menyatakan hak dan pendirian kita dalam isu keadilan dan kebebasan tanpa rasa takut atau pilih kasih,” kata beliau.Anwar berkata, perang itu bukan sahaja memberi kesan kepada umat Islam tetapi juga Kristian di Palestin, tetapi media Barat jarang menampilkan wajah masyarakat dan cenderung untuk menyampaikan imej mereka sebagai penonton di negara itu.Beliau berkata, ini salah kerana orang Kristian Palestin telah menjadi mangsa sama seperti saudara Islam mereka, dan mereka juga telah dihalau keluar dari bandar bersejarah mereka dalam jumlah yang besar.Anwar berkata, punca asas adalah pendudukan haram Israel serta dasar apartheid dan dalam sejarah keji ini dan kisah kekejaman, penindasan dan pembunuhan beramai-ramai yang berterusan, komuniti Islam dan Kristian Palestin sama-sama menjadi mangsa.“Bagi mereka yang terus berfikir atau mencadangkan bahawa kekejaman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin hanya memberi kesan kepada umat Islam, hendaklah diingatkan bahawa komuniti Kristian paling lama di dunia menetap di Palestin, berjumlah 47,000, berdasarkan bancian yang dijalankan pada 2017.“Perkara yang saya ingin nyatakan di sini ialah terdapat hubungan sosiobudaya dan rohani yang kuat antara masyarakat Islam dan Kristian yang memberikan identiti kolektif rakyat Palestin yang unik.“Bagaimanapun, kerajaan Zionis Israel bersungguh-sungguh menegakkan konsep yang memberi tanggapan negara Yahudi terkepung oleh populasi penduduk Islam yang mengancam kewujudan mereka,” kata beliau. – JURNALSumber:BERNAMA |
https://jurnal-malaysia.com/dikecam-kerana-nasi-lemak-dan-nasi-kandar-babi-ini-reaksi-pemilik-gerai-saya-daftar-pun-di-bawah-makanan-non-halal/ | Dikecam Kerana Nasi Lemak Dan Nasi Kandar ‘Babi’ Ini Reaksi Pemilik Gerai – “Saya Daftar Pun Di Bawah Makanan Non-Halal…” | Pemilik gerai Nasi Lemak dan Nasi Kandar ‘Non Halal’,Suresh G, 38, menjelaskan tidak pernah mengelirukan sesiapa dengan perniagaannya.Menurut Suresh, perniagaannya juga memang didaftarkan di bawah perniagaan ‘non-halal’.“Saya bukan nak kelirukan sesiapa. Saya hanya berniaga kecil-kecilan di kedai yang memang jelas ‘non halal’.“Logo perniagaan pun dah tunjuk gambar binatang tu. Jadi takkan ada orang yang keliru. Saya daftar pun di bawah jenis perniagaan ‘non halal’.“Jadi, saya berasa memang tak buat salah. Bukan nak menghina atau memalukan mana-mana pihak. Tak ada niat nak sentuh mana-mana sensitiviti dan menyinggung perasaan pihak lain. Tidak sama sekali.“Saya bukan orang pertama buat, dah banyak di kawasan KL dan PJ. Nasi lemak daging babi misalnya bukan baru. Saya pun hairan, saya yang pertama kali buat, tapi kena kecam. Semalam siap ada hubungi dan cakap nak datang jumpa,” katanya.Terdahulu tular video dimuat naik seorang pempengaruh wanita yang mempromosikan perniagaan itu di TikTok yang berkongsi juadah nasi kandar dengan lauk babi.Menerusi video itu turut diletakkan keterangan ‘The only stall in Malaysia to sell Indian style pork nasi kandar and nasi lemak’.View this post on InstagramA post shared by JURNAL (@jurnal.malaysia)Video itu mendapat reaksi Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) yang kesal dengan promosi makanan itu selain menganggap ia bentuk penghinaan kepada industri nasi kandar di Malaysia yang diketahui dipelopori pengusaha restoran Muslim sejak puluhan tahun lalu. – JURNALSumber:HARIAN METRO |
https://jurnal-malaysia.com/messi-menang-ballon-dor-kali-kelapan-ketepikan-haaland/ | Messi Menang Ballon d’Or Kali Kelapan, Ketepikan Haaland | Bintang Inter Miami CF,Lionel Messimemenangi Ballon d’Or untuk kali kelapan sekali gus menepis saingan penyerang Manchester City, Erling Haaland selepas membawa Argentina ke Piala Dunia tahun lalu.Messi, 36, menjadi pemain pertama yang berpangkalan di MLS untuk meraih hadiah yang diidam-idamkan, walaupun kemenangan itu sebahagian besarnya berpunca daripada kempen bersama Argentina di Piala Dunia Qatar.Bekas pemain Manchester United dan pemilik bersama Inter Miami, David Beckham menyerahkan anugerah berprestij itu kepada Messi di Paris. Haaland, yang menjaringkan 52 gol musim lalu ketika City memenangi Treble pada 2022-23, menduduki tempat kedua dalam undian dan memenangi Trofi Gerd Muller yang diberikan kepada penyerang terbaik tahun ini.“Saya tidak dapat bayangkan mempunyai kerjaya yang saya miliki. Semua yang saya telah capai,” kata Messi selepas mendapat anugerahnya.“Kekayaan anugerah yang saya miliki bermain untuk pasukan terbaik di dunia, pasukan terbaik dalam sejarah. Seronok memenangi trofi individu ini.“Untuk memenangi Copa America dan kemudian Piala Dunia, untuk menyelesaikannya adalah menakjubkan. Kesemua anugerah Ballon d’Or adalah istimewa atas sebab yang berbeza,” katanya.Sebelum Messi menerima anugerahnya, pemain tengah Barcelona dan Sepanyol Aitana Bonmatí memenangi Ballon d’Or Féminin selepas tahun yang memecahkan rekod bersama kelab dan negara.Dia membantu Barça memenangi Liga F dan Liga Juara-Juara musim lalu, sebelum membawa Sepanyol menjulang Piala Dunia pada musim panas.Dalam anugerah lain yang diserahkan pada Isnin, rakan sepasukan Messi di Argentina, Emiliano Martinez memenangi Trofi Yashin untuk penjaga gol terbaik dan pemain tengah England dan Real Madrid, Jude Bellingham telah diserahkan Trofi Kopa sebagai pemain terbaik dunia di bawah umur 21 tahun.Semasa ucapan penerimaannya, Messi mengucapkan selamat hari lahir kepada rakan senegara Argentina Diego Maradona.Pemenang Piala Dunia 1986, yang meninggal dunia pada 22 November 2020, berusia 63 tahun, pada Isnin.Malah sebelum majlis itu di Paris, tiada pemain yang memenangi Ballon d’Or lebih banyak daripada Messi, yang pertama kali memenanginya pada 2009 dan kemudian sekali lagi pada 2010, 2011, 2012, 2015, 2019 dan 2021.Cristiano Ronaldo telah memenanginya lima kali, manakala Michel Platini, Johan Cruyff dan Marco van Basten semuanya memenangi tiga kali.Messi menjaringkan 21 gol dalam 41 penampilan musim lalu ketika Paris Saint-Germain mengekalkan kejuaraan Ligue 1 sebelum berpindah ke Inter Miami awal tahun ini.Sejak berpindah ke A.S, beliau telah menjaringkan 11 gol dalam 14 perlawanan untuk Miami, membantu francais itu memenangi piala pertamanya, Piala Liga.Bagaimanapun, dia terlepas beberapa perlawanan akibat kecederaan pada penghujung musim MLS ketika pasukan Gerardo “Tata” Martino gagal dalam usaha mereka untuk merebut tempat playoff.Ia adalah persembahan Messi di Piala Dunia pada penghujung 2022 yang telah memberikannya Ballon d’Or kelapan, ketika Argentina menamatkan penantian selama 36 tahun untuk dinobatkan sebagai juara dunia buat kali ketiga.Messi, sebagai kapten, memainkan peranan penting dalam kejayaan Argentina di Qatar, menjaringkan tujuh gol dan membantu tiga lagi ketika dia dinamakan sebagai Pemain Kejohanan.Pada usia 36 tahun empat bulan, beliau juga menjadi pemain kedua tertua pernah memenangi Ballon d’Or, menggantikan pemenang tahun lalu, Karim Benzema.Hanya pemenang sulung, Stanley Matthews pada tahun 1956, lebih tua apabila dia memenanginya pada usia 41 tahun.Enam Ballon d’Or pertama Messi dimenangi semasa beliau bermain untuk Barcelona.Beliau adalah penjaring gol dan pemegang penampilan rekod kelab itu, manakala beliau memenanginya buat kali ketujuh sejurus selepas menyertai PSG pada 2021 berikutan kejayaan Copa America bersama Argentina. – JURNALSumber:AWANI |
https://jurnal-malaysia.com/enggan-anggap-hamas-sebagai-pengganas-malaysia-terima-tiga-notis-daripada-as/ | Enggan Anggap Hamas Sebagai Pengganas, Malaysia Terima Tiga Notis Daripada AS | Datuk Seri Anwar Ibrahimmendedahkan Malaysia menerima tiga notis tata tindak daripada Kedutaan Amerika Syarikat (AS) kerana keengganan negara menganggap Hamas sebagai kumpulan pengganas.Perdana Menteri berkata, dua notis yang dipanggil demarche itu diterima Kementerian Luar masing-masing pada 13 dan 30 Oktober lalu, manakala satu notis lagi tidak dinyatakan tariknya.“Oleh kerana keengganan kita membantah tindakan Hamas dan tidak menganggap Hamas sebagai pengganas, saya mendapat maklumat melalui Kementerian Luar sudah menerima demarche iaitu tata tindak daripada Kedutaan AS sebanyak tiga kali.“Ia disebabkan pendirian kita terutama keengganan kita menganggap Hamas itu sebagai badan pengganas.“Saya sudah menjawab dalam majlis (solidariti Palestin) di stadium baru-baru ini, saya tegaskan bahawa Malaysia kekal dengan pendirian bebas kita dengan pertimbangan kemanusiaan dan menganggap pencerobohan itu (salah) dari segi undang-undang dan kaedah antarabangsa kerana perkara ini sudah berlarutan berdekad sejak 1948,” katanya.Beliau berkata demikian pada Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMTQ) di Dewan Rakyat hari ini. – JURNALSumber:BH ONLINE |
https://jurnal-malaysia.com/daging-katak-nsk-mohon-maaf-subsidi-ayam-tamat-rabu-ini-bantu-palestin-bekas-mufti-wilayah-lelong-rolex/ | Daging Katak: NSK Mohon Maaf | Subsidi Ayam Tamat Rabu Ini | Bantu Palestin, Bekas Mufti Wilayah Lelong Rolex | SOROTAN MENARIK ISNIN 30/10/20231.Letak Daging Katak Sebelah Ikan, NSK Mohon Maaf2.Israel Mahu Halang Usaha Elon Musk Beri Akses Internet Kepada Gaza3.Hasrat Jumpa Bomoh Nak Buang Santau, Tetapi Dirogol Ketika Berubat…Remaja 15 Tahun Hamil4.Karnival Kedah Best Sasar 20,000 Pengunjung, Bell Ngasri Turun Padang Sebagai Duta Wangian Sky5.[V] Penunjuk Perasaan Anti-Israel Di Rusia, Serbu Lapangan Terbang Halang Pendatang Dari Tel Aviv6.Subsidi Ayam Tamat Rabu Ini, Subsidi Telur Diteruskan – Mat Sabu7.Bekas Mufti Wilayah Dr Zulkifli Al-Bakri Lelong Rolex Untuk Bantu Palestin |
https://jurnal-malaysia.com/bekas-mufti-wilayah-dr-zulkifli-al-bakri-lelong-rolex-untuk-bantu-palestin/ | Bekas Mufti Wilayah Dr Zulkifli Al-Bakri Lelong Rolex Untuk Bantu Palestin | Bekas Mufti Wilayah Persekutuan,Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakrimelelong seutas jam tangan mewah miliknya dengan harga tapak RM40,000.Kata Zulkifli, keseluruhan hasil jualan jam tangan Rolex yang merupakan hadiah daripada Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud itu akan didermakan kepada rakyat Palestin.“Dengan menjunjung titah dan meraikan kesungguhan kerajaan Arab Saudi menyalurkan sumbangan bilion dollar kepada Palestin saban tahun, saya ingin membuka bidaan jam Rolex kesayangan ini.“Hasil bidaan akan didermakan sepenuhnya untuk kebajikan rakyat Palestin yang sedang menderita di sana. Saya buka kepada yang berminat, untuk membida di ruang komen. Kenaikan bermula RM100 ke atas,” tulisnya di laman X pada Isnin.Menjelaskan lanjut tentang jam berkenaan, beliau yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama berkata aksesori mewah itu merupakan pemberian cenderamata kiriman Raja Salman Abdulaziz pada 2017 ketika berkunjung ke Malaysia.JAM ROLEX UNTUK PALESTINلَنْ تَنَالُوا الْبِرَّ حَتّٰى تُنْفِقُوْا مِمَّا تُحِبُّوْنَ ۗوَمَا تُنْفِقُوْا مِنْ شَيْءٍ فَاِنَّ اللّٰهَ بِهٖ عَلِيْمٌMaksudnya: “Kamu tidak akan memperoleh kebajikan, sebelum kamu menginfakkan sebagian harta yang kamu cintai. Dan apa pun yang kamu…pic.twitter.com/V8dvu6gbGv— Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri)October 30, 2023Namun dia hanya membuka kotak hadiah berkenaan selepas melepaskan jawatan menteri pada 2021.“Apabila saya meletakkan jawatan sebagai menteri pada 2021, kotak tersebut dipindahkan ke pejabat peribadi saya.“Di sana, barulah saya membukanya dan memakainya sebagai tanda penghargaan atas derma kurnia daripada Raja Saudi.Sehingga berita ini disiarkan, bidaan jam tersebut sudah mencecah angka RM95,000.Difahamkan, beliau akan menutup bidaan pada Selasa. – JURNAL |
https://jurnal-malaysia.com/subsidi-ayam-tamat-rabu-ini-subsidi-telur-diteruskan-mat-sabu/ | Subsidi Ayam Tamat Rabu Ini, Subsidi Telur Diteruskan – Mat Sabu | Kerajaan menamatkan sepenuhnya pemberian subsidi dan harga kawalan bagi ayam bermula 1 November ini, manakala melanjutkan pemberian subsidi dan harga kawalan telur gred A, B dan C mengikut mekanisme sedia ada.Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan,Datuk Seri Mohamad Sabuberkata, penamatan subsidi secara pukal itu adalah untuk mengurangkan ketirisan subsidi yang ketika ini ia turut dinikmati warga asing dan berpendapatan tinggi.Menurutnya, penamatan harga kawalan ayam juga menyokong kemampanan industri pengeluaran ayam tempatan di samping dapat meningkatkan pelbagai inisiatif sosial-ekonomi dan kebajikan rakyat termasuk bantuan tunai.“Penamatan subsidi ayam mengambil kira situasi dan trend semasa bekalan serta harga ladang dan kos pengeluaran ayam yang sudah mula stabil yang menyumbang kepada harga pasaran semasa kini berada di bawah harga siling.“Kerajaan akan memastikan harga jualan ayam yang akan diapungkan terus berada pada kadar munasabah selain akan meluaskan akses kepada bekalan ayam melalui Jualan Agro Madani dan Jualan Rahmah secara berterusan di seluruh negara.“Ia bagi memberi pilihan serta jaminan kepada rakyat untuk mendapatkan bekalan ayam berpatutan dan di bawah harga siling semasa,” katanya pada sidang media khas di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), hari ini.Sejak Februari 2022, kerajaan menanggung RM3.8 billion untuk subsidi telur dan ayam, justeru penamatan subsidi dan kawalan harga ayam itu, dijangka dapat menjimatkan kira-kira RM100 juta sebulan yang diperuntukan untuk subsidi bahan mentah itu.Mohamad berkata, kerajaan sudah mendapatkan komitmen daripada pemain industri supaya harga ayam di ladang yang dikeluarkan tidak mencatatkan kenaikan ketara hingga akan membebankan pengguna.Menurutnya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) juga akan melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan melalui Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 (AKHAP 2011).Katanya, ia bagi memastikan tiada aktiviti pengambilan untung berlebihan dan manipulasi harga oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab di peringkat runcit.“Kita (masih) tak boleh dapat agak berapa (peningkatan harga apabila harga ayam diapungkan) tetapi kita yakin ia terkawal dan di bawah harga siling. Pihak kita berdialog dengan pihak pembekal dan mereka kata harga dijual murah pada harga siling, maka harga akan stabil apabila diapungkan nanti.“Kita yakin harga tidak akan naik mendadak, jika naik kita akan siasat kerana bekalannya mencukupi. Beli ikut kegunaan biasa jangan dua tiga hari ini beli untuk bekalan (beli dalam jumlah banyak) itu yang berlaku ketidakcukupan, jangan buat pembelian panik,” katanya.Mengulas lanjut, Mohamad berkata, kerajaan juga bersedia mendapatkan bekalan tambahan daripada sumber luar jika terdapat kekurangan bekalan menyebabkan harga naik secara mendadak.Katanya, selain itu kerajaan akan meneruskan kerjasama dengan semua pihak untuk memastikan status bekalan dan harga ayam di ladang stabil dan tidak membebankan rakyat serta tiada sebarang aktiviti pencatutan sepanjang rantaian bekalan berkenaan.“Kerajaan akan terus memberi penumpuan untuk perkasakan industri penternakan ayan melalui insentif pembiayaan dana pusingan kepada penternak kecil dan sederhana serta skim mikro kredit sebagai bantuan modal pusingan kepada penternak komuniti serta program transformasi reban ayam terbuka kepada tertutup,” katanya.Sementara itu, beliau berkata, kerajaan masih meneruskan pemberian subsidi dan kawalan harga telur bagi mengelakkan kenaikan harga bahan mentah itu yang dijangka ia boleh naik RM0.10 sebiji.Sebelum ini, mesyuarat Jemaah Menteri pada 17 Februari lalu membuat keputusan untuk meneruskan pemberian subsidi ayam dan telur bermula 1 Januari hingga 30 Jun ini.Pada Jun pula, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju untuk meneruskan pemberian subsidi ayam dan telur bermula 1 Julai lalu. – JURNALSumber:HARIAN METRO |
https://jurnal-malaysia.com/v-penunjuk-perasaan-anti-israel-di-rusia-serbu-lapangan-terbang-halang-pendatang-dari-tel-aviv/ | [V] Penunjuk Perasaan Anti-Israel Di Rusia, Serbu Lapangan Terbang Halang Pendatang Dari Tel Aviv | Sekumpulan penunjuk perasaan anti-Israel menyerbu sebuah lapangan terbang di republik Caucasus Utara Dagestan, Rusia pada Ahad malam berikutan gesaan di media sosial untuk menghalang penerbangan dari Tel Aviv daripada mendarat di wilayah majoriti Muslim.Video tular di laman media memaparkan ratusan orang berkumpul di luar Lapangan Terbang Antarabangsa Makhachkala dengan penunjuk perasaan dilihat mengibarkan bendera Palestin dan menjerit laungan anti-Israel.‘Pembunuh kanak-kanak tidak mempunyai tempat di Dagestan’ dan ‘Kami menentang pelarian Yahudi’ antara tulisan yang dipaparkan pada papan tanda yang dibawa penunjuk perasaan tersebut.Difahamkan, gerakan demonstrasi itu didorong kuat oleh panggilan yang tersebar di laman media pada Ahad lalu yang menyeru orang ramai untuk menyekat pesawat yang kononnya membawa pelarian dari Israel ke Tel Aviv.View this post on InstagramA post shared by JURNAL (@jurnal.malaysia)Menurut media tempatan di Dagestan, beberapa penunjuk perasaan bertindak menghalang kenderaan di luar lapangan terbang untuk memeriksa dokumen pengenalan diri pemandu dan penumpang pemegang pasport Israel.Situasi kian meruncing apabila sekumpulan lelaki menyerbu dan melompat masuk ke dalam pesawat berkenaan sebelum polis tiba di lokasi kejadian.Namun, kesemua individu terbabit telah diusir dari lapangan terbang tersebut tanpa sebarang tahanan mahupun tangkapan dilakukan oleh pihak polis.Situasi itu walau bagaimanapun berterusan di luar lapangan apabila penunjuk perasaan terbabit bertindak membaling batu dan objek ke arah polis.Jawatankuasa Siasatan Rusia cawangan Dagestan berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan atas dakwaan menganjurkan rusuhan besar-besaran dan jenayah yang boleh dihukum penjara sehingga 15 tahun.Sementara itu, Pejabat Perdana Menteri Israel dan Kementerian Luar berkata, mereka memantau keadaan di Dagestan dan menjelaskan bahawa tiada warga Israel yang berada dalam penerbangan tersebut.Untuk rekod, beberapa kawasan di seluruh Caucasus Utara, terutamanya Dagestan telah menyaksikan beberapa siri gerakan penunjuk perasaan anti-Israel dalam beberapa minggu lalu sejak Israel melancarkan pengeboman tanpa henti di Semenanjung Gaza. — JURNALSumber: AGENSI, MAJORITI |
https://jurnal-malaysia.com/karnival-kedah-best-sasar-20000-pengunjung-bell-ngasri-turun-padang-sebagai-duta-wangian-sky/ | Karnival Kedah Best Sasar 20,000 Pengunjung, Bell Ngasri Turun Padang Sebagai Duta Wangian Sky | Selepas acara pada 2020 mendapat sambutan positif orang ramai, Karnival Kedah Best kembali lagi.Kali ini karnival akan berlangsung di Tasek Darul Aman Park, Jitra Kedah pada 23 Disember depan.Penganjur yang juga Pengarah Urusan, Iconic Sky Entertainment, Muhammad Danial Ismail berkata, karnival itu mensasarkan seramai 20,000 pengunjung.“Kami yakin untuk edisi kedua ini, Karnival Kedah Best dapat menarik ramai pengunjung dengan pelbagai acara menarik seperti pertandingan emancing, perhimpunan Motor, jualan t-shirt serta booth jualan makanan.“Pengunjung yang hadir boleh menyertai cabutan bertuan dan berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM500,000 antaranya Nissan GTR, Yamaha 135LC, gelang emas dan
wang tunai dengan setiap pembelian.“Kesemua pembelian wangian dan baju akan mendapat satu kupon cabutan bertuah,” kata pada sidang media karnival itu di Shook, Hotel JW Marriot, Bukit Bintang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.Pengarah Urusan, Iconic Sky Entertainment, Muhammad Danial IsmailTurut hadir pelawak yang juga Bintang Paling Popular, Bell Ngasri yang juga diumumkan sebagai duta wangian Sky, Bell Edition keluaran Iconic Sky Entertainment.Pada masa sama, Bell juga akan turun pada Karnival Kedah Best untuk bertemu peminat selain aktiviti jelajah promosi bagi memperkenalkan wangian Sky itu.Mengulas lanjut, Muhammad Danial turut menetapkan sasaran sebanyak r0,000 unit produk Sky akan terjual sehingga akhir tahun ini.Kata beliau, ini kerana produk itu hanya dijual sebagai edisi terhad sempena Karnival Kedah Best sahaja yangbertepatan dengan visi syarikat untuk memperkenalkan jenama terbabit kepada pasaran tempatan.“ni merupakan wangian pertama keluaran Iconic Sky Entertainment yang diberi nama Sky. Untuk edisi pertama Sky, kami tampil dengan kolaborasi bersama Bell Ngasri dan kami datang dengan tiga variasi.“Sebagai pemain baharu dalam industri ini, besar harapan kami untuk memperkenalkan wangian Sky kepada peminat wangian tempatan seterusnya memikat hati orang ramai.“Kami juga percaya Bell mempunyai potensi besar untuk membawa jenama Sky dengan lebih meluas kerana nama beliau yang besar dan bergelar bintang paling popular sebelum ini,” kata Danial.Menerusi wangian Bell Edition, ia tampil dengan tiga variasi iaitu Bell Eau De Parfum for Him, Bell Eau De Parfum for Her dan Bell Freshener. – JURNAL |
https://jurnal-malaysia.com/hasrat-jumpa-bomoh-nak-buang-santau-tetapi-dirogol-ketika-berubatremaja-15-tahun-hamil/ | Hasrat Jumpa Bomoh Nak Buang Santau, Tetapi Dirogol Ketika Berubat…Remaja 15 Tahun Hamil | Hasrat mendapatkan rawatan bagi membuang santau, menyebabkan seorang remaja melalui mimpi ngeri apabila mendakwa dirogol seorang bomoh hingga hamil dalam kejadian di rumahnya, lokasi terpencil Muar, pada akhir tahun lalu dan tahun ini.Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata kejadian menimpa mangsa berusia 15 tahun itu, berlaku pada November 2022 dan April lalu.Beliau berkata, semua kejadian berlaku ketika mangsa mendapatkan rawatan dengan suspek berusia 50 tahun.“Pelajar berkenaan memaklumkan dia dirogol ketika proses perubatan dilakukan. Pada 27 Oktober lalu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar menerima satu laporan kejadian itu.“Mengikut keluarganya, mereka mahu mendapatkan rawatan kerana mangsa dan sekeluarga sering sakit dipercayai terkena santau.“Mangsa mengetahui dirogol apabila mendengar sesi ceramah jenayah seksual di sekolah pada September lalu, selain tidak didatangi haid,” katanya.Katanya lagi, mangsa memberitahu kejadian itu pada ibunya dan membawa pemeriksaan kesihatan sebelum disahkan mengandung.“Polis menjalankan siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya. – JURNALSumber:BH ONLINE |
https://jurnal-malaysia.com/israel-mahu-halang-usaha-elon-musk-beri-akses-internet-kepada-gaza/ | Israel Mahu Halang Usaha Elon Musk Beri Akses Internet Kepada Gaza | Israel berikar menghalang niatElon Muskyang mahu menyediakan akses internet kepada agensi bantuan antarabangsa selepas rangkaian telekomunikasi di Genting Gaza lumpuh sepenuhnya pada Jumaat.Menteri Komunikasi, Shlomo Karhi berkata, tindakan Musk itu hanya memberikan keuntungan kepada pejuang Hamas dan mendakwa ia bakal menyukarkan lagi usaha pembebasan tebusan Israel yang ditahan di Gaza.“Musk sepatutnya menyalurkan sokongan dan bantuan untuk pembebasan bayi, anak-anak dan warga emas yang diculik,” katanya.Musk sebelum ini berkata perkhidmatan peranti satelit miliknya, Starlink akan menyokong akses internet untuk agensi bantuan di Gaza.Pemilik syarikat SpaceX itu mengumumkan ‘bantuan’ tersebut sebagai maklum balas kepada kenyataan ahli Kongres Amerika Syarikat (AS), Alexandria Ocasio-Cortez bahawa pengeboman ganas Israel telah menyebabkan seluruh komunikasi terputus dan tidak boleh diterima.Wartawan AFP di Gaza mengesahkan bahawa mereka hanya boleh berkomunikasi di kawasan terhad, yang mana mereka hanya boleh berhubung dengan rangkaian Israel merentasi sempadan.Malah, sejumlah agensi antarabangsa dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terputus hubungan dengan kakitangan mereka di wilayah yang dikepung Israel itu.Kumpulan hak asasi manusia, Human Rights Watch (HRW) yang berpangkalan di Britain menyifatkan, pemadaman rangkaian telekomunikasi di Gaza membuka ruang lebih luas kepada Israel melakukan keganasan di wilayah yang dikepung itu.Penyelidik kanan HRW, Deborah Brown berkata, ketiadaan perkhidmatan internet menyukarkan orang awam dan kumpulan hak asasi manusia menyiarkan bukti kekejaman dilakukan Israel di platform media sosial. – JURNALSumber: AGENSI,SINAR HARIAN |
https://jurnal-malaysia.com/letak-daging-katak-sebelah-ikan-nsk-mohon-maaf/ | Letak Daging Katak Sebelah Ikan, NSK Mohon Maaf | Syarikat NSK Trade City Sdn Bhd (NSK) membuat permohonan maaf secara terbuka selepas salah satu pasar raya mereka didapati menjual daging didakwa daging katak.NSK dalam satu kenyataan memaklumkan syarikat berkenaan sedar isu tersebut adalah sangat serius dan tindakan sudah diambil bagi memastikan kejadian sama tidak berulang.“Kami memohon maaf atas insiden yang berlaku pada 24 Oktober lalu. “Kami faham tahap keseriusan isu ini dan tindakan telah diambil serta-merta. Amaran keras juga telah diberikan kepada pekerja yang terlibat,” menurut kenyataan itu.Sebelum itu, tular di media sosial mengenai daging dipercayai adalah daging katak yang dijual bersama barang lain di pasar raya NSK di Selayang.Difahamkan siasatan lanjut dibuat NSK mendapati pengedar menghantar barangan terbabit bersama tempahan lain dan diletak di bahagian jualan barang basah.Pekerja yang menguruskan bahagian tersebut membuka dan mempamerkan daging berkenaan tanpa mengetahui ia adalah daging katak.Selepas ia dimaklumkan kepada pekerja pasar raya berkenaan, daging itu kemudiannya dialihkan dari meja jualan.Tambah kenyataan itu lagi, pihaknya akan memastikan tidak ada lagi kejadian seumpama itu berulang.“Kami memohon maaf akan memastikan sebaik-baiknya tidak berlaku lagi kesilapan tersebut,” katanya. – JURNAL |
https://jurnal-malaysia.com/sultan-johor-dipilih-ydpa-ke-17-takut-kena-marah-remaja-tipu-kena-culik-bnm-bagi-amaran-hackers-israel/ | Sultan Johor Dipilih YDPA Ke-17 | Takut Kena Marah, Remaja Tipu Kena Culik | BNM Bagi Amaran Hackers Israel | SOROTAN MENARIK HUJUNG MINGGU1.Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja Hari Ini Bagi Memilih Yang di-Pertuan Agong Ke-172.Remaja 13 Tahun Buat Laporan Palsu Kena Culik Gara-gara Takut Dimarahi Bapa3.Israel Bawa Masuk Kereta Kebal Ke Gaza4.Rundingan WHO CA+, IHR 2005: Kedaulatan Negara Diutamakan – Menteri Kesihatan5.Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar YDPA Ke-176.Bank Negara Malaysia Keluar Notis Ancaman Serangan Siber Terhadap Institusi Kewangan Negara Oleh Penggodam Pro-Israel |
https://jurnal-malaysia.com/bank-negara-malaysia-keluar-notis-ancaman-serangan-siber-terhadap-institusi-kewangan-negara-oleh-penggodam-pro-israel/ | Bank Negara Malaysia Keluar Notis Ancaman Serangan Siber Terhadap Institusi Kewangan Negara Oleh Penggodam Pro-Israel | Bank Negara Malaysia (BNM) melalui platform Risikan Ancaman Siber Sektor Kewangan (FinTIP) mengeluarkan amaran kemungkinan serangan siber terhadap institusi kewangan dalam negara.BNM dalam satu kenyataan berkata, notis dikeluarkan membolehkan organisasi kewangan mengambil langkah pencegahan yang sewajarnya.Menurutnya, ia bagi melindungi sistem dan mengelakkan sebarang kemungkinan gangguan perkhidmatan.“BNM dan industri kewangan sentiasa berkongsi maklumat mengenai kemungkinan ancaman yang berlaku dalam ruang siber.“FinTIP sentiasa memantau landskap siber dan akan memaklumkan tentang kemungkinan ancaman baharu termasuk peningkatan aktiviti penggodaman,” katanya pada Jumaat.BNM mengulas mengenai notis Financial Sector Cyber Threat Intelligence Platform (FinTIP) yang tersebar menerusi media sosial berhubung perkara tersebut.Dalam notis yang tular itu, terdapat 10 kumpulan penggodam pro-Israel yang dikesan berkemungkinan melakukan serangan balas dendam susulan tindakan penggodam Malaysia, DragonForce melancarkan Operasi Badai Al-Aqsa baru-baru ini.Kumpulan berkenaan ialah Team UCC Operations or Unknown Cyber Cult, Kerala Cyber Xtractor, SilentOne, Indian Cyber Force dan Garuna Ops.Selain itu, Israel Cyber Defence, Termux Israel, Anonymiss, Gaza Parking Lot Crew dan Silencer of Evil.Tambah BNM, notis FinTIP merupakan pemberitahuan untuk berjaga-jaga yang dikeluarkan secara rutin kepada institusi kewangan dan rakan kerjasama mereka yang berkaitan. – JURNALSumber: SINAR HARIAN |
https://jurnal-malaysia.com/sultan-johor-sultan-ibrahim-sultan-iskandar-ydpa-ke-17/ | Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar YDPA Ke-17 | Sultan JohorSultan Ibrahim Sultan Iskandardipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 berkuat kuasa 31 Januari 2024.Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pula dipilih sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.Menurut Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khas hari ini bersetuju memilih Sultan Ibrahim menjadi Agong ke-17.Baginda akan menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dari Pahang, yang penggalnya akan tamat pada 30 Januari tahun depan. – JURNAL |
https://jurnal-malaysia.com/rundingan-who-ca-ihr-2005-kedaulatan-negara-diutamakan-menteri-kesihatan/ | Rundingan WHO CA+, IHR 2005: Kedaulatan Negara Diutamakan – Menteri Kesihatan | Kerajaan akan memastikan kedaulatan negara sentiasa menjadi keutamaan dalam rundingan Triti Pandemik Perjanjian Konvensyen Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO CA+) dan pindaan Peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR 2005).Menteri KesihatanDr Zaliha Mustafaberkata beliau mendengar kebimbangan rakyat terkait isu WHO CA+ dan pindaan IHR 2005 berkenaan.“Penglibatan kita penting untuk memastikan suara kita didengari dan sebarang keputusan yang akan dibuat di peringkat WHO ini tidak bercanggah dengan prinsip kita khususnya perkara-perkara yang menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia.“Tiada keputusan akan diberikan sehingga segala-galanya dipersetujui. Saya memberi komitmen bahawa kedaulatan negara akan sentiasa menjadi keutamaan dalam rundingan ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook malam tadi.Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sebelum ini dilaporkan menuntut kerajaan membantah rundingan WHO CA+ dan pindaan IHR 2005 kerana dikhuatiri akan mengancam kedaulatan negara. – JURNALSumber:BERNAMA |
https://jurnal-malaysia.com/israel-bawa-masuk-kereta-kebal-ke-gaza/ | Israel Bawa Masuk Kereta Kebal Ke Gaza | Kepulan asap hitam menjulang ke langit selepas satu letupan berlaku sebagaimana rakaman dikeluarkan tentera beberapa jam selepas membuat kenyataan mengenai persiapan perang darat.Menurut tentera, perang hari ke-20 di Gaza yang paling membunuh di Israel, mengakibatkan beribu-ribu orang terkorban.Pihak tentera mendakwa berjaya memusnahkan banyak sel pejuang, infrastruktur dan pos pelancaran peluru berpandu anti-kereta kebal.Kata tentera, operasi di utara Gaza digempurkan sebagai persediaan peringkat pertempuran seterusnya.Beberapa jam sebelum itu, Netanyahu menyampaikan ucapan yang disiarkan secara langsung kepada rakyat Israel yang masih berduka dan marah selepas serangan berdarah Hamas pada 7 Oktober lalu dan memberitahu kerajaan berada di tengah-tengah kempen untuk melancarkan perang tanpa henti.Serangan mengejut itu yang paling teruk dalam sejarah Israel, menyaksikan lebih 1,400 orang kebanyakan orang awam terbunuh selain ratusan kes penculikan.Israel membalas dengan serangan bertubi-tubi yang dikatakan Kementerian Kesihatan Gaza, membunuh lebih 7,000 orang awam.Angka itu dijangka meningkat ketara jika tentera Israel, yang berkumpul berhampiran Gaza, bergerak masuk dan membuat serangan darat.Senario itu meningkatkan lagi kebimbangan antarabangsa apabila skala perang dan penderitaan manusia semakin meningkat di dalam wilayah yang dikepung, di mana Israel memotong bekalan air, makanan, bahan api dan bekalan asas lain.Seluruh kawasan kejiranan dimusnahkan, pakar bedah beroperasi tanpa ubat bius, melawat mangsa cedera dan trak ais krim menjadi bilik mayat sementara.Keadaan begitu teruk ketika ini di Gaza sehingga penyelaras kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk wilayah Plestin, Lynne Hastings membuat kesimpulan, tiada tempat selamat di wilayah itu. – JURNALSumber:AWANI |
https://jurnal-malaysia.com/remaja-13-tahun-buat-laporan-palsu-kena-culik-gara-gara-takut-dimarahi-bapa/ | Remaja 13 Tahun Buat Laporan Palsu Kena Culik Gara-gara Takut Dimarahi Bapa | Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun sanggup membuat laporan polis palsu kononnya diculik di hadapan sebuah sekolah di Lenggeng, Nilai semalam kerana takut dimarahi bapanya selepas terleka bermain dan pulang lewat ke rumah.“Seorang lelaki tempatan berusia 13 tahun menyatakan pada pukul 2.15 petang semalam semasa dia berada di perhentian bas di hadapan salah sebuah sekolah di Lenggeng, Nilai di sini telah datang sebuah kereta jenis Honda City berwarna putih berhenti dan menghampirinya.“Dia memaklumkan suspek seorang lelaki telah menariknya masuk ke dalam kereta dan mengikat tangan dan mulutnya,” katanya kepada pemberita pada Khamis.Abdul Malik berkata, remaja lelaki itu kemudian mendakwa suspek membawanya ke lokasi yang tidak diketahui dan telah berjaya melarikan diri daripada suspek.“Hasil siasatan mendapati kejadian culik itu tidak berlaku dan remaja itu sengaja mereka cerita kerana bimbang akan dimarahi oleh bapanya kerana terleka bermain di rumah rakannya dan telah lewat untuk pulang ke rumah,” katanya lagi.Terdahulu, tular di WhatsApp satu laporan polis berhubung kejadian culik itu kononnya mangsa telah dibawa keluar dari lokasi yang tidak diketahui dan mendengar suspek akan membawanya ke Lapangan Terbang Antarbangsa Kuala Lumpur (KLIA).Mangsa mendakwa kemudian telah cuba membuka pintu bahagian belakang kereta yang tidak berkunci ketika suspek memberhentikan kenderaan di tepi Jalan Besar Lenggeng, Nilai di sini dan melarikan diri sebelum dibantu oleh seorang wanita.Jelas Abdul Malik, pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai mengesahkan keselamatan di daerah ini dalam keadaan baik dan orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi sehingga menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.Ketua Polis Daerah Nilai, Superitenden Abdul Malik Hasim berkata, laporan polis itu dibuat oleh remaja berkenaan ditemani bapanya pada pukul 9.26 malam di kaunter aduan Balai Polis Lenggeng. – JURNALSumber:UTUSAN |
https://jurnal-malaysia.com/mesyuarat-khas-majlis-raja-raja-hari-ini-bagi-memilih-yang-di-pertuan-agong-ke-17/ | Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja Hari Ini Bagi Memilih Yang di-Pertuan Agong Ke-17 | Mesyuarat khas itu yang dijadual bermula pada 10 pagi di Istana Negara akan menyaksikan pengundian oleh sembilan Raja-Raja Melayu bagi memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang baharu.Persidangan khas itu diadakan susulan tempoh lima tahun penggal pemerintahan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, bakal tamat pada 30 Januari tahun depan.Al-Sultan Abdullah melafaz sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Januari 2019 setelah dipilih pada Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja pada 24 Januari tahun sama.Menurut Seksyen 2, Bahagian I, Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan, Majlis Raja-Raja hendaklah menawarkan jawatan Yang di-Pertuan Agong kepada Raja yang layak dipilih, yang negerinya ialah yang pertama dalam senarai pemilihan.Jika Raja yang berjaya tidak menerima tawaran, maka proses pengundian semula akan dijalankan, iaitu dengan mencalonkan nama Raja yang kedua dalam senarai kekananan yang layak dipilih untuk diundi.Susunan penggiliran pertama bermula pada 1957 (bagi pelantikan Yang di-Pertuan Agong) sehingga 1994, dilakukan atas persetujuan Raja negeri-negeri mengikut kekananan dari segi tempoh pemerintahan yang dimulakan dengan Negeri Sembilan, diikuti Selangor, Perlis, Terengganu, Kedah, Kelantan, Pahang, Johor dan Perak.Malaysia adalah sebuah daripada 43 negara di dunia yang mengamalkan sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan dan satu-satunya negara yang mengamalkan sistem penggiliran dalam kalangan sembilan Raja Melayu. – JURNALSumber:BERNAMA |
https://jurnal-malaysia.com/israel-sedia-lancar-serangan-darat-ke-gaza-pendakwaan-halang-muhyiddin-dapatkan-pasport-orang-islam-boleh-kahwinkan-orang-bukan-islam/ | Israel Sedia Lancar Serangan Darat Ke Gaza | Pendakwaan Halang Muhyiddin Dapatkan Pasport | Orang Islam Boleh Kahwinkan Orang Bukan Islam | SOROTAN MENARIK KHAMIS 26/10/20231.Israel Siap Siaga Lancar Serangan Darat Ke Gaza – Netanyahu2.Anugerah Berprestij IDEA Award 2023: Mengiktiraf Keunggulan Dan Kaliber Usahawan Muslim Terbilang3.Pendakwaan Bantah Permohonan Muhyiddin Dapatkan Pasport Untuk Bercuti4.Orang Islam Boleh Kahwinkan Orang Bukan Islam, Asalkan …. – Dr. Maza |
https://jurnal-malaysia.com/orang-islam-boleh-kahwinkan-orang-bukan-islam-asalkan-dr-maza/ | Orang Islam Boleh Kahwinkan Orang Bukan Islam, Asalkan …. – Dr. Maza | Orang Islam boleh menikahkan orang bukan Islam selagi tiada kemungkaran dalam perkahwinan itu.Mufti Perlis,Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidinberkata, perkahwinan merupakan satu perkara baik yang dituntut oleh setiap agama kerana ia menjauhi perbuatan maksiat.Menurutnya, sesebuah ikatan suami isteri yang bukan Islam tidak diiktiraf apabila mereka berkahwin dengan individu yang haram untuk dikahwini.“Perkahwinan yang tidak boleh diiktiraf apabila ia melibatkan pernikahan antara ayah, ibu dengan anak, sesama adik beradik atau isteri orang.“Perkara itu bertentangan tetapi kalau mereka kahwin dengan golongan selain itu maka ia diiktiraf,” katanya menerusi satu rakaman yang dimuat naik dalam aplikasi, Youtube.Tambah Mohd Asri atau lebih dikenali sebagai Dr Maza, orang Islam boleh menikahkan orang bukan Islam jika sewaktu akad tidak menyebut nama mana-mana tuhan.Dr Maza berkata, sebahagian ulama berpendapat sebarang lafaz yang menunjukkan perkahwinan di sisi masyarakat maka ia sah.“Aku millikan wanita itu kepada engkau. Kalau perkataan itu dianggap nikah di sisi masyarakat, maka ia nikah.“Tetapi kalau dia kata sebelum nak akad itu perlu sebut, ‘in the name of Jesus’ maka ia tidak boleh,” katanya.Dalam pada itu, beliau memberitahu tiada keperluan pasangan bukan Islam untuk bernikah semula jika mereka masuk Islam.Jelasnya, pernikahan yang diadakan sewaktu mereka kafir itu diterima oleh majoriti para ulama.Tambah Dr Maza, Islam mengiktiraf perkahwinan semasa kafir maka anak mereka boleh berbinkan nama si ayah. – JURNAL |
https://jurnal-malaysia.com/pendakwaan-bantah-permohonan-muhyiddin-dapatkan-pasport-untuk-bercuti/ | Pendakwaan Bantah Permohonan Muhyiddin Dapatkan Pasport Untuk Bercuti | Pihak pendakwaan membantah permohonanTan Sri Muhyiddin Yassinbagi mendapatkan kembali pasportnya dari Mahkamah Sesyen.Bekas Perdana Menteri sebelum ini membuat permohonan berenaan dengan mengemukakan beberapa alasan, termasuk sudah membuat perancangan untuk bercuti bersama keluarga di luar negara.Timbalan Pendakwa Raya, Nor Asma Ahmad, berkata pihaknya memerlukan masa untuk memfailkan afidavit jawapan berhubung permohonan berkenaan.“Pihak pendakwaan menerima notis permohonan itu pada 17 Oktober lalu dan kami membantahnya.“Oleh itu, kami memohon satu tarikh untuk memfailkan afidavit jawapan dalam tempoh dua minggu dari hari ini,” katanya di hadapan Hakim Azura Alwi.Sementara itu, peguam mewakili Muhyiddin, Datuk K Kumaraendran, berkata pihaknya memerlukan masa untuk memfailkan afidavit balas dan memohon supaya tarikh pendengaran bagi pelepasan pasport itu ditetapkan 23 November ini.Azura bersetuju dengan tarikh pendengaran itu, selain memerintahkan afidavit jawapan pihak pendakwaan difailkan pada atau sebelum 8 November, manakala afidavit balasan pemohon difailkan sebelum atau pada 17 November.“Mahkamah juga menetapkan 21 November bagi pihak pendakwaan dan pembelaan memfailkan penghujahan bertulis secara serentak sebelum tarikh pendengaran itu,” katanya.Pada 16 Oktober lalu, Muhyiddin, 76, yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dan Presiden BERSATU, memfailkan notis permohonan bagi mendapatkan kembali pasport tanpa syarat.Bekas Perdana Menteri dilaporkan berkata, perancangan untuk bercuti tahun ini tidak terkecuali dan ingin membawa keluarganya ke London, United Kingdom (UK) pada akhir tahun.Katanya, percutian itu penting bagi membolehkan masa diluangkan bersama kerana dirinya dan keluarga amat tertekan pada tahun ini.Selain itu, Muhyiddin menyatakan hasrat untuk ke Singapura bagi menjalani pemeriksaan kesihatan.Pada 2 Oktober lalu, Muhyiddin memohon supaya dilepas tanpa dibebaskan daripada tiga lagi tuduhan jenayah yang dihadapinya, iaitu menerima wang hasil aktiviti haram yang kesemuanya berjumlah RM200 juta.Pengerusi PN itu membuat permohonan berkenaan dengan alasan beliau sudah dilepas dan dibebaskan untuk kesalahan predikat di bawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia oleh Mahkamah Tinggi.Beliau berkata, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa pertuduhan di Mahkamah Sesyen adalah tidak berasas kerana tidak mendedahkan suatu kesalahan yang diperuntukkan di bawah undang-undang.Pada 15 Ogos lalu, Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan Ahli Parlimen Pagoh itu selepas membenarkan permohonan beliau untuk membatalkan empat tuduhan menggunakan kedudukannya untuk rasuah berjumlah RM232.5 juta bagi BERSATU. – JURNALSumber:BH ONLINE |
https://jurnal-malaysia.com/anugerah-berprestij-idea-award-2023-mengiktiraf-keunggulan-dan-kaliber-usahawan-muslim-terbilang/ | Anugerah Berprestij IDEA Award 2023: Mengiktiraf Keunggulan Dan Kaliber Usahawan Muslim Terbilang | Dewan Perniagaan Muslim Insiders dengan bangganya bakal menganjurkan penganugerahan berprestij‘Islamic Distinguished Entrepreneur’ (IDEA Award 2023)pada 3 November depan di Hotel St Regis Kuala Lumpur.IDEA Award 2023 adalah bertujuan untuk mengiktiraf dan memberi penghargaan kepada usahawan Muslim yang telah mencapai tahap keunggulan luar biasa dalam pelbagai sektor ekonomi.Tak ketinggalan juga meraikan pemilik perniagaan bukan Islam yang mengamalkan ciri-ciri‘Muslim-friendly businesses’.Acara yang bakal menjadi sorotan tahunan ini akan dihadiri dan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kewangan 1, Yang Berbahagia Datuk Seri Ahmad Maslan sebagai tetamu kehormat serta barisan pemimpin konglomerat yang turut sama meraikan para usahawan Muslim terbilang.Anugerah berprestij ini turut akan memberikan peluang kepada usahawan terbaik untuk menerima pengiktirafan yang mereka layak, dan pada masa yang sama, memperkukuhkan komuniti perniagaan Malaysia Madani.Waqaf An-Nur, selaku peneraju institusi wakaf korporat yang bertindak sebagai pemangkin pembangunan industri kewangan sosial Islam turut sama bersinergi sebagai penerima wakaf manfaat dalam majlis penganugerahan berprestij ini.Presiden Muslim Insiders, Profesor (Adj) Haji Adam Richman berkata anugerah ini cukup unik.“Ini kerana ia tidak hanya mengiktiraf pencapaian dalam bidang perniagaan yang meliputi inovasi, kelestarian perniagaan, impak sosial, dan kepelbagaian, tetapi juga menilai kesediaan usahawan terbilang untuk mengabdikan dirinya kepada Allah SWT melalui perniagaan.“Sekali gus dalam usaha memenuhi tuntutan fardhu kifayah dengan menyediakan perkhidmatan serta manfaat kepada seluruh masyarakat,” katanya.Tambahnya lagi, panel juri terdiri daripada dua insan berkaliber.“Mereka ialah Prof. Madya Dato’ Dr Izhar Ariff Mohd Kashim selaku panel syariah dan Datuk Wan Azmir Wan Majid ( panel perundangan).“Kedua mereka menilai pencalonan dengan teliti. Tak ketinggalan malam kemuncak itu nanti bakal diserikan Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah dan kumpulan nasyid otai, Hijjaz,” katanya.Untuk rekod, penerima anugerah akan menerima trofi dengan ukiran khat ‘Mari Menuju Kejayaan’ pada puncak trofinya sebagai simbolik pencapaian cemerlang mereka dalam jatuh bangun perniagaan.Katanya lagi, anugerah ini menjadi platform yang luar biasa untuk mengiktiraf usaha cemerlang usahawan Muslim di Malaysia.“Kami percaya bahawa usaha ini tidak hanya memberi manfaat kepada perniagaan mereka, tetapi juga masyarakat dan ekonomi Malaysia Madani. Anugerah ini adalah satu langkah penting untuk menyokong pertumbuhan perniagaan komuniti Muslim yang cemerlang dan berdaya saing,” katanya.Pencalonan untuk anugerqh ini masih dibuka dan calon yang layak dijemput untuk menghantar pencalonan mereka melalui pautan linkhttps://ideaaward.com.my/form/Anugerah ini dijangka akan menjadi sebuah acara berprestij yang akan dihadiri oleh tokoh penting dalam dunia perniagaan dan politik, serta membuka peluang kepada usahawan untuk berkongsi pengalaman dan wawasan mereka.Untuk maklumat lanjut mengenai IDEA Award 2023, sila layari laman web rasmiwww.musliminsiders.com.Anugerah ini turut dikoordinasikan oleh Eventopedia dan KNKV Group sebagai rakan strategik. – JURNAL |
https://jurnal-malaysia.com/israel-siap-siaga-lancar-serangan-darat-ke-gaza-netanyahu/ | Israel Siap Siaga Lancar Serangan Darat Ke Gaza – Netanyahu | Tentera Israel sedang giat membuat persiapan untuk melancarkan serangan darat ke atas Semenanjung Gaza, dedah Benjamin Netanyahu.Bagaimanapun, tegas Perdana Menteri Israel itu, beliau tidak dapat berkongsi mengenai masa atau maklumat lanjut mengenai operasi yang dikritik banyak pihak itu.Menurut Netanyahu, keputusan bila masanya untuk melancarkan serangan darat ke atas wilayah Palestin yang ingin ditakluki Israel itu akan dibuat oleh Kabinet Perang Israel.“Kami telah membunuh ribuan pengganas dan ini hanya permulaan,” kata Netanyahu dalam kenyataan yang disiarkan secara langsung di televisyen.“Saya tidak akan menjelaskan persiapan yang kami lakukan, yang sebahagian besar tidak diketahui masyarakat dan memang begitu seharusnya,” tegas beliau.Israel telah melakukan pengeboman intensif di Semenanjung Gaza susulan serangan Hamas pada 7 Oktober lalu ke atas negara zionis itu sehingga menyebabkan 1,400 rakyat Israel terkorban.Serangan balas Israel melalui udara ke atas Hamas pula telah mengorbankan lebih 6,500 rakyat Palestin. – JURNALSumber:AGENSI/AWANI |
https://jurnal-malaysia.com/pm-minta-jangan-layan-surat-bukan-bahasa-melayu-kanak-kanak-malaysia-solidariti-palestin-di-roblox-pm-diugut-kerana-bela-palestin/ | PM Minta Jangan Layan Surat Bukan Bahasa Melayu | Kanak-Kanak Malaysia Solidariti Palestin Di Roblox | PM Diugut Kerana Bela Palestin | SOROTAN MENARIK RABU 25/10/20231.PM Akui Terima Ugutan, Teguran Kerana Pertahan Palestin2.[V] Comel…Tapi Impaknya Besar! Solidariti Kanak-kanak Malaysia Kepada Palestin Menerusi Roblox!3.DXN Tanam Herba Sendiri Jamin Kualiti Dan Kebersihan Produk4.Nampaknya Ramai Belum Tahu ‘Hidden Gems’ Di Pulau Pinang Ini…Siap Ada Glamping Lagi Tu!5.“Jabatan Kerajaan Tak Perlu Layan Surat Bukan Dalam Bahasa Melayu, Pulangkan Balik…” – PM |
https://jurnal-malaysia.com/jabatan-kerajaan-tak-perlu-layan-surat-bukan-dalam-bahasa-melayu-pulangkan-balik-pm/ | “Jabatan Kerajaan Tak Perlu Layan Surat Bukan Dalam Bahasa Melayu, Pulangkan Balik…” – PM | Perdana MenteriDatuk Seri Anwar Ibrahimhari ini mengingatkan jabatan kerajaan untuk tidak melayan atau memulangkan sahaja mana-mana surat yang menggunakan selain bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu.Berucap merasmikan Karnival Dekad Bahasa Kebangsaan dan Dekad Membaca Kebangsaan di sini, beliau menyedari terdapat sikap yang dirasakan “terlajak” atau “terpesong” oleh beberapa pihak yang sering kali cuba meninggalkan asas Perlembagaan Persekutuan untuk berhubung dengan jabatan kerajaan dalam bahasa kebangsaan.“Jadi saya ingatkan hal ini, kalau dalam kalangan syarikat tempatan dan universiti tempatan termasuk swasta, arahannya ialah siapa sahaja menulis dalam bahasa lain selain bahasa kebangsaan, surat itu akan dipulangkan.“Pemerkasaan budaya, bahasa dan sastera itu sesuatu yang integral dalam pembinaan bangsa, jadi jangan kita cuba meremehkan.“Dan, saya harap peringatan ini diambil kira. Arahan yang jelas, KPPA (Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Dr Zulkapli Mohamed) pun ada … tidak akan melayani sebarang surat yang disampaikan rakyat atau syarikat tempatan selain daripada bahasa kebangsaan,” katanya.Anwar berkata tindakan sedemikian tidak akan menjadikan Malaysia “sempit” kerana kerajaan juga tidak meremehkan penguasaan bahasa Inggeris.“Ini tidak menjadikan kita sempit, kerana saya sering kali mengingatkan rakan-rakan bahawa saya tidak mungkin diminta mengajar di Georgetown University, Washington DC kalau tidak dapat menguasai bahasa Inggeris. Saya tidak remehkan (penguasaan bahasa Inggeris),” katanya. – JURNALSumber:BERNAMA |
https://jurnal-malaysia.com/nampaknya-ramai-belum-tahu-hidden-gems-di-pulau-pinang-inisiap-ada-glamping-lagi-tu/ | Nampaknya Ramai Belum Tahu ‘Hidden Gems’ Di Pulau Pinang Ini…Siap Ada Glamping Lagi Tu! | Selain terkenal dengan nasi kandar, Pulau Pinang memiliki ‘hidden gems’ yang semakin popular iaitu Boulder Valley Glamping yang terletak di Teluk Bahang, Balik Pulau.Lokasi yang diselimuti kehijauan alam semula jadi itu adalah destinasi percutian yang sesuai untuk mereka yang ingin beristirehat daripada hiruk-pikuk kota dan mencari ketenangan atau lebih popular dengan istilah terkini ‘healing’.Biarpun bilik yang ditawarkan berkonsep kanopi, tetapi Boulder Valley Glamping tidak berkompromi soal keselesaan pengunjung. Tidak keterlaluan jika dikatakan anda seolah-olah berada di hotel lima bintang, namun dikelilingi alam semula jadi.Saat kaki melangkah masuk ke Boulder Valley Glamping, anda disambut dengan alunan bunyi cengkerik dan aroma hutan yang cukup mendamaikan.Menurut Pengurus Boulder Valley Glamping, Eugene Hoe, terdapat tiga jenis bilik yang ditawarkan kepada pengunjung iaitu Safari Tent, Tented Villa dan Chalet Room yang harganya bermula daripada RM300 sehingga RM800.Sungguhpun konsep seperti perkhemahan, kelengkapan asas disediakan antaranya seperti, pengering rambut, ketuhar gelombang mikro, soket elektrik untuk memudahkan pengunjung menggunakan barangan elektronik dan juga bilik mandi serta tandas di dalam setiap bilik.“Jika pengunjung mahu rasa seperti tinggal di dalam khemah sebenar mereka boleh mengambil Safari Tent yang dikelilingi kanvas, bezanya kelengkapan asas semua ada di dalam bilik termasuk mempunyai perkhidmatan ‘room service’ untuk tempahan makanan.“Tempat ini juga sering disewa untuk pelbagai acara seperti perkahwinan, fotografi, yoga, Zumba, kem bina semangat (team building) syarikat dan jabatan kerajaan serta pelbagai lagi.“Biasanya pihak kami akan berbincang dengan pelanggan dan sebolehnya cuba memenuhi permintaan mereka mengikut kesesuaian bajet masing-masing,” ujar Eugene.Lebih menariknya, sayuran dan ulaman yang dihidangkan dalam makanan di kafe Boulder Valley Glamping ditanam secara organik oleh kakitangannya.“Disini sememangnya kita mahukan pengunjung menikmati alam semaksima yang mungkin. Tidak hanya pemandangan yang indah, tetapi makanan terutama sayuran dan ulaman yang dihidangkan turut dihasilkan di sini.“Mungkin sebab itu Boulder Valley Glamping adalah destinasi popular buat pengamal diet sayuran dan vegan kerana kami turut mempunyai menu untuk mereka,” terang Eugene.Boulder Valley Glamping mula dibuka pada 2014, tetapi kini pengurusannya telah diambil alih oleh DXN Holdings Berhad sejak 2019.Buat mereka yang ingin merasai sendiri pengalaman bersama alam semulajadi di sini boleh membuat tempahan menerusi laman web, https://bouldervalleyglamping.com.my – JURNAL |
https://jurnal-malaysia.com/v-comeltapi-impaknya-besar-solidariti-kanak-kanak-malaysia-kepada-palestin-menerusi-roblox/ | [V] Comel…Tapi Impaknya Besar! Solidariti Kanak-kanak Malaysia Kepada Palestin Menerusi Roblox! | Disaat seluruh dunia sedang menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada rakyat Palestin yang sedang mempertahankan tanah air dan nyawa mereka, mungkin ramai terlepas pandang bahawa kanak-kanak juga memahami apa yang sedang dilalui sahabat mereka di negara bergolak itu.Buktinya, di laman sosial TikTok sedang tular solidariti kanak-kanak negara ini kepada Palestin menerusi permainan video popular, Roblox.Mungkin kelihatan comel tetapi impaknya sangat besar. Siapa sangka kanak-kanak generasi baharu turut memahami tentang penindasan dilakukan rejim zionis Israel.View this post on InstagramA post shared by JURNAL (@jurnal.malaysia)Tambahan lagi, permainan Roblox ini dimainkan oleh kanak-kanak seawal usia 5 tahun.Menerusi beberapa video tular, dapat dilihat karakter kanak-kanak ini mengibarkan bendera Palestin sambil melaungkan takbir Allahu-Akbar.Mereka turut menulis tulisan mengutuk Israel dan menuntut Palestin dibebaskan. – JURNAL |
https://jurnal-malaysia.com/pm-akui-terima-ugutan-teguran-kerana-pertahan-palestin/ | PM Akui Terima Ugutan, Teguran Kerana Pertahan Palestin | Perdana MenteriDatuk Seri Anwar Ibrahimmengakui mula mendapat ‘teguran’ dan ugutan apabila bersuara mengenai kekejaman rejim zionis Israel.Bagaimanapun beliau menegaskan tidak akan gentar atau ‘tunduk’ kepada negara yang cuba ‘mengajar’ Malaysia mengenai erti sebenar hak asasi, kebebasan dan demokrasi.Tegas Anwar lagi, beliau akan terus konsisten memperjuangkan nasib rakyat Palestin yang dianiaya rejim zionis Israel.Dengan kemunafikkan yang dipamerkan negara Barat, beliau mempersoalkan pendirian dan ‘perjuangan’ berkait soal hak asasi, kebebasan dan demokrasi yang seringkali dimainkan negara rantau berkenaan, namun dalam isu tertumpu Palestin mereka bagai membutakan mata, membisukan mulut dan memekakkan telinga.Justeru, Anwar tidak menolak keadaan Gaza akan bertukar lebih buruk apabila tentera Israel akan terus ‘menggila’ dengan melakukan pencerobohan secara semberono terhadap tanah milik Palestin itu dengan sokongan negara blok terbabit.“Kemungkinan Israel memasuki Gaza adalah kuat dan sudah pasti. Masa depan bagi mereka sangat malap. Kemungkinan tentera Israel akan tetap menceroboh ke Gaza. Apa pun, kita sebagai orang Islam yakin dengan pertolongan Allah.“Kita juga harus terima kenyataan keadaan sekarang akan lebih parah bagi rakyat Gaza kerana keangkuhan dan kezaliman Israel yang disokong negara Barat.“Di Gaza ada juga agama lain seperti Kristian. Tetapi sebab kita bukan orang kulit putih sehingga tidak ada sebab munasabah untuk mereka (perjuangkan isu Palestin).“Dalam beberapa minggu (lagi) akan berduka, parah dengan kematian ramai (orang Palestin) dan bayi akan habis dibawah tangah ganas Israel. Tentera Amerika Syarikat (AS) penuh di Timur Tengah, tentera Inggeris, Perancis pula sedia memberi laluan mudah kepada Israel.“Ini saya katakan sudah sampai ke tahap kegilaan untuk membenarkan orang disembelih, dibunuh, hospital dibom dan sekolah dimusnahkan. Ia adalah tindakan barbaric (ganas). Jadi kita hanya mampu beri semangat dan kekuatan kepada (negara) jiran-jiran kita. Apa keputusan, kita runding bersama.“Saya dikritik sekarang dan mula diserang dalam kalangan Eropah, AS dan tentunya Israel. Kita harus waspada. Saya beritahu selagi saya diberi mandat oleh rakyat, saya tidak terima ugutan itu.“Kita lawan tetap lawan. Malaysia sebuah negara yang kita sendiri tentukan apa betul dan kita faham apa itu kebebasan serta bersama dalam perjuangan Palestin selama-lamanya,” katanya.View this post on InstagramA post shared by Anwar Ibrahim (@anwaribrahim_my)Beliau berkata demikian ketika menyampaikan pidato ketika menghadiri `Himpunan Malaysia Bersama Palestin’ di Axiata Arena Bukit Jalil, malam tadi.Dianggarkan lebih 16,000 orang hadir mewakili pelbagai agama, kaum dan negara bagi menunjukkan solidariti kepada Palestin.Di pentas sama, Perdana Menteri turut berkongsi hasil kunjungan ke beberapa negara Arab baru-baru ini. Antara negara yang beliau lawati adalah Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Qatar, Mesir dan Turkiye.Anwar berkata perbincangan dengan pemimpin tertinggi negara berkenaan sudah pasti berkisar soal Palestin yang mana masing-masing menunjukkan komitmen sama untuk membantu negara berkenaan dari penindasan Israel.Katanya, antara perkara yang dipersetujui adalah sokongan untuk menyalurkan bantuan ke Palestin menerusi jalan darat dan udara termasuk kesepakatan negara Islam dalam menyokong isu membabitkan Palestin.“Dari Istanbul, dari meja perbincangan dengan Presiden (Turkiye) Recep Tayyip Erdogan saya terus ke Kaherah (Mesir) jumpa Presiden Abdel Fattah El-Sisi kerana Mesir mempunyai peranan yang kritikal, kerana sempadan Rafah di tangan Mesir dan Israel.“Saya nak jelaskan saya lihat sendiri, dari keterangan Pertubuhan Bulan Sabit Merah Mesir, bincang hati ke hati dengan Presiden Mesir. Dia kata kalau 200 kontena dibwah masuk ke Gaza, dia izinkan sekarang juga.“Tetapi dia tidak mahu sempadan itu dijadikan alasan Israel untuk hambat keluar orang Palestin. Sebab itu, dia cuba benarkan 20 kontena setiap hari. Namun yang diperlukan adalah 200 kontena sehari kerana ia tak cukup, susu tak cukup, bekalan elektrik terputus, air minum tidak ada.“Pada 2023, masih ada manusia bercakap soal ketamadunan, kemanusiaan, hak asasi dan membiarkan manusia kebuluran. Itu pendirian.“Saya nyatakan kepada Presiden Mesir bahawa Malaysia ambil keputusan untuk sokong pendirian Mesir beri laluan penuh kepada sesiapa saja.“Ia termasuk negara mana saja sama ada Turkiye, Arab Saudi, UAE, banyak lagi negara lain termasuk Malaysia untuk hantar dengan kapal terbang, kapal bahkan apa saja… Mesir akan terima dan bantu mengirim masuk (bantuan) ke Gaza,” katanya. – JURNAL |
https://jurnal-malaysia.com/sprm-siasat-aman-palestin-pm-ajak-kutuk-zionis-duda-dera-anak-kekasih-sampai-mati/ | SPRM Siasat Aman Palestin | PM Ajak Kutuk Zionis | Duda Dera Anak Kekasih Sampai Mati | SOROTAN MENARIK SELASA 24/10/20231.Ayuh Malaysia, Kutuk Zionis Israel! Jumpa Malam Nanti! – PM Anwar2.SPRM Ambil Dokumen Daripada Aman Palestin, Lakukan Siatan Awal3.“Kalau Buat Dasar Hapuskan Kereta Lama, Ia Akan Beri Kesusahan Kepada Rakyat” – Anthony Loke4.Dera Anak Kekasih Hingga Mati, Duda Dihadap Ke Mahkamah5.Cuba Matikan Enjin Pesawat Ketika Penerbangan, Juruterbang Ditahan6.SME Corporation Malaysia Beri Sijil Kepada 100 Usahawan Mikro KRU MasterClass |
https://jurnal-malaysia.com/dxn-tanam-herba-sendiri-jamin-kualiti-dan-kebersihan-produk/ | DXN Tanam Herba Sendiri Jamin Kualiti Dan Kebersihan Produk | DXN Holdings Bhd (DXN), sebuah syarikat jualan langsung berorientasikan kesihatan dan kesejahteraan global berada pada kelas tersendiri dalam menjamin kualiti dan kebersihan produk menerusi komitmen mereka menghasilkan sendiri herba yang digunakan dalam produk keluarannya iaitu ganoderma dan spirulina di ladang milik syarikat itu, di Bukit Wang, Jitra, Kedah.Lebih menarik, suasana itu dilihat sendiri oleh beberapa ahli yang berkunjung ke ladang seluas 30 ekar yang turut menempatkan sebuah kilang dengan keluasan 28,000 kaki persegi, sempena lawatan santai baru-baru ini.Kilang DXN Pharmaceutical yang berstatus Good Manufacturing Practice (GMP) secara rasminya dibuka pada 9 Jun 2001 dilengkapi mesin serta prasarana terbaik di dunia.Dalam kunjungan itu, ahli berkenaan melihat sendiri bagaimana proses penanaman ganoderma dari langkah awal sehingga tempoh matang sekitar tiga bulan.Begitu juga dengan kolam tanaman spirulina yang dibina khas termasuk membabitkan penggalian tanah dan penyediaan air masin oleh syarikat itu sendiri secara semua jadi.Bagi Datin Hajah Khairunaniza, peluang melihat sendiri kesemua proses berkenaan membuka matanya betapa DXN sebuah syarikat bertaraf antarabangsa yang boleh diyakini dalam aspek kebersihan, kualiti dan keselamatan dalam penyediaan produk mereka.“Saya memang teruja apabila berpeluang melihat sendiri ladang dan kilang DXN termasuk alatan yang digunakan serta proses penyediaan produk yang sangat bersih dan tanpa ragu-ragu.“Sebagai seorang yang sudah berpeluang ke luar negara dan melihat produk lain di sana, DXN berada dalam liga tersendiri dan tidak keterlaluan kalau saya kata ia terbaik,” katanya.Bagi Norsham Ibrahim yang baharu beberapa bulan menyertai DXN, peluang berkunjung dan melihat sendiri ladang serta kilang berkenaan menyuntik keyakinan lebih tinggi buatnya menggunakan produk yang dihasilkan.“Puas dan seronok sebab dapat tengok sendiri cendawan gano malah saya juga berpeluang merasai spirulina yang dihasilkan di kawasan kilang.“Bila kita tahu DXN yang keluarkan sendiri bahan untuk produk, rasa yakin dan lega itu datang dengan sendiri dan tidak risau tentang apa yang kita makan serta gunakan,” katanya yang bekerja sebagai tukang urut serta mula menggunakan produk DXN Gano Oil.Kesemua ahli yang menyertai lawatan santai itu, turut dibawa ke Kafe DXN di Bandar Stargate, Alor Setar dan menikmati sendiri pelbagai menu yang ditawarkan.Pastinya sajian salad segar dan cendawan goreng tepung menjadi pilihan kerana kesegaran yang dirasaikan serta pilihan air produk keluaran DXN yang sihat serta segar. – JURNAL |
https://jurnal-malaysia.com/sme-corporation-malaysia-beri-sijil-kepada-100-usahawan-mikro-kru-masterclass/ | SME Corporation Malaysia Beri Sijil Kepada 100 Usahawan Mikro KRU MasterClass | Seramai 100 usahawan mikro telah dianugerahkan sijilMicro Connector 2.0oleh SME Corporation Malaysia selepas tamat program bersama KRU MasterClass, Social Commerce, baru-baru ini.Majlis penyampaian sijil kepada semua peserta telah berlangsung di Dewan Seri Melati, Kompleks Perbadanan Putrajaya.Ketua Pegawai Eksekutif SME Corporation Malaysia, Rizal Nainy berkata, program tersebut merupakan inisiatif berterusan kerajaan menerusi SME Corporation Malaysia bagi membantu perusahaan mikro untuk memperoleh kemahiran baharu agar terus berdaya saing.“Diharap 100 usahawan mikro yang menyertai program ini mendapat manfaat sepenuhnya dan memperoleh kemahiran baharu agar terus berdaya saing dan mampu meningkatkan pendapatan menerusi aktiviti keusahawanan.“Program Social Commerce yang dilaksanakan ini adalah bertepatan dengan trend dalam dunia perniagaan sekarang kerana ia mampu mengubah untung nasib bagi sesebuah perniagaan, terutamanya dalam menghadapi persaingan yang hebat dari dalam dan luar negara,” katanya.Tambah beliau lagi, SME Corporation Malaysia menyediakan pembiayaan berjumlah 80% kepada perusahaan mikro menerusi mekanisma pelaksanaan Program Micro Connector 2.0 untuk melatih perusahaan mikro yang layak menyertai program Social Commerce Micro Connector 2.0.Justeru, KRU MasterClass telah dilantik oleh SME Corp Malaysia selaku Rakan Pelaksana program MasterClass Social Commerce Micro Connector 2.0 untuk membantu usahawan mikro mempelajari kemahiran asas seperti mencari pelanggan baharu dalam talian, mengkonseptualisasikan idea perniagaan baharu dan menambah baik idea sedia ada berdasarkan perkembangan semasa.Latihan yang dijalankan pula adalah gabungan teknik pembelajaran secara dalam talian dan fizikal (hibrid) selama 20 hari.Selain daripada tenaga pengajar yang berpengalaman, KRU MasterClass berkolaborasi dengan golongan profesional industri untuk memastikan hasil pembelajaran terus relevan dengan permintaan pasaran.Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat KRU, Datuk Norman Abdul Halim berkata, sebanyak 60% peserta yang menyertai program latihan ini terdiri daripada syarikat milikan wanita.Jumlah tersebut juga melebihi sasaran 30% yang ditetapkan oleh SME Corporation Malaysia.“Para peserta akan menerima sesi bimbingan dan pemantauan selama enam bulan selepas tamat latihan, sebagai nilai tambah program.“Di kesempatan kni saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan strategik kami, iaitu Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), UDA Holdings Berhad dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) atas kerjasama dan sokongan untuk menjayakan program ini termasuk Perbadanan Putrajaya yang turut menaja 20% yuran penyertaan,” katanya.Tambah Norman, kewujudan e-marketplace telah meningkatkan persaingan secara global, oleh yang demikian perusahaan mikro harus menggunakan strategi pemasaran digital untuk bersaing dan kekal relevan di pasaran.Taktik pemasaran digital yang menarik dan kreatif telah terbukti sebagai kaedah yang sangat efektif untuk menarik minat pelanggan sehinggakan sesetengah perniagaan sanggup membuat pelaburan yang besar untuk mempromosikan perniagaan mereka secara dalam talian.Dalam perkembangan lain, Rizal Nainy turut memaklumkan kerajaan telah melancarkan Program Pengukuhan Mikro Madani dengan dana berjumlah RM100 juta pada 20 September lalu.Program Mikro Madani menyediakan bantuan kewangan kepada perusahaan mikro menerusi lima inisiatif utama dalam bentuk geran, pembiayaan dan baucar untuk pendaftaran Status Perusahaan Mikro Kecil Sederhana (PMKS).Maklumat lanjut boleh diperolehi menerusi laman sesawang www.smecorp.gov.my.Dalam majlis baru-baru ini, turut hadir ialah, Timbalan Ketua Eksekutif SME Corp. Malaysia Mohd Rithaudden Makip, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Komuniti dan Sukan, Jabatan Perkhidmatan Bandar Perbadanan Putrajaya, Mohd Ali Jusoh, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif KRU MasterClass, Noor Hafeez Noor Hashim serta para pegawai pengurusan SME Corporation Malaysia, Perbadanan Putrajaya & KRU MasterClass. – JURNAL |
https://jurnal-malaysia.com/cuba-matikan-enjin-pesawat-ketika-penerbangan-juruterbang-ditahan/ | Cuba Matikan Enjin Pesawat Ketika Penerbangan, Juruterbang Ditahan | Penerbangan Alaska Airlines yang dalam perjalanan ke San Francisco, Amerika Syarikat (AS) terpaksa dilencongkan ke Oregon selepas juruterbangnya yang ketika kejadian tidak bertugas tetapi berada di dalam kokpit, cuba mematikan enjin pesawat berkenaan.Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) memberitahu syarikat penerbangan AS dalam notis yang dilihat oleh Reuters bahawa juruterbang terbabit Joseph David Emerson berada di dalam kokpit sebagai ‘penumpang sah’.Suspek dilapor cuba melumpuhkan enjin jet berkembar Embraer 175 itu dengan mengaktifkan sistem pencegah kebakaran enjin ketika pesawat berada pada ketinggian ‘cruise’.“Kru berjaya menggagalkan tindakan suspek dan dia dikeluarkan dari kokpit,” kata notis FAA.Suspek ditahan Ahad lalu dan didakwa atas 83 cubaan membunuh, 83 tuduhan membahayakan orang lain secara melulu dan satu pertuduhan mendatangkan bahaya terhadap pesawat, menurut pejabat pendakwa raya yang dipetik The Straits Times.Pendakwaan rasmi ke atas Emerson, 44, dijangka difailkan pada Isnin di mahkamah daerah Multnomah di Portland, kata jurucakap pejabat berkenaan.Sementara itu, Kumpulan Alaska Air, subsidiari bagi Horizon Air berkata, pesawat Alaska Airlines 2059 yang berlepas dari Everett, Washington pada Ahad, sepatutnya mendarat di San Francisco tetapi dilencongkan ke Portland kerana ancaman keselamatan.Menurutnya, Emerson menyertai Alaska Air sebagai pegawai pertama Horizon pada Ogos 2001 dan pada 2012, beliau meninggalkan Horizon untuk menyertai Virgin America sebagai juruterbang.Emerson kemudian menjadi pegawai pertama Alaska Airlines selepas pemerolehan Virgin America oleh Alaska Air pada 2016 dan menjadi kapten Alaska Airlines pada 2019.“Tidak ada satu pun pensijilan beliau dinafikan, digantung atau dibatalkan,” kata Alaska Air. – JURNALSumber:BULETIN TV3 |
https://jurnal-malaysia.com/dera-anak-kekasih-hingga-mati-duda-dihadap-ke-mahkamah/ | Dera Anak Kekasih Hingga Mati, Duda Dihadap Ke Mahkamah | Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Parit Buntar pada Selasa atas tuduhan membunuh kanak-kanak lelaki yang juga anak kekasihnya berusia 2 tahun, dua minggu lalu.Tertuduh,Muhammad Haziq Mustapa, 26, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Syaiful Akmal Mohamad Razi.Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan dalam prosiding berkenaan.Berdasarkan pertuduhan, duda yang bekerja sebagai pekerja kontrak itu didakwa melakukan kesalahan membunuh dengan menyebabkan kematian ke atas Ayyash Aulian Muhammad Faizul.Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Taman Serai Permai, Bagan Serai dalam daerah Kerian antara 11 Oktober hingga 13 Oktober 2023.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor M Saravanan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.Mahkamah kemudiannya menetapkan 30 Januari depan sebagai sebutan semula kes bagi serahan laporan kimia dan hasil bedah siasat.Pada 14 Oktober lepas, Sinar Harian melaporkan seorang kanak-kanak lelaki meninggal dunia dengan kesan kecederaan seluruh badan dipercayai akibat didera.Keadaan mangsa disedari ibu bapa tertuduh berusia 62 dan 57 tahun yang menemui kanak-kanak itu dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum menghantarnya mendapatkan rawatan di hospital.Hasil bedah siasat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh mendapati punca kematian mangsa disebabkan pendarahan di kepala akibat hentakan objek tumpul selain melecur akibat objek panas dan kecederaan pada lubang dubur.Siasatan polis mendapati, tertuduh telah mengambil kanak-kanak itu dari rumahnya yang terletak di kawasan perumahan sama untuk dijaga sementara. – JURNALSumber:SINAR HARIAN |
https://jurnal-malaysia.com/kalau-buat-dasar-hapuskan-kereta-lama-ia-akan-beri-kesusahan-kepada-rakyat-anthony-loke/ | “Kalau Buat Dasar Hapuskan Kereta Lama, Ia Akan Beri Kesusahan Kepada Rakyat” – Anthony Loke | Menteri Pengangkutan,Anthony Lokeberkata Malaysia tidak akan melaksanakan dasar untuk menamatkan hayat kenderaan lama keraba memandangkan langkah itu tidak praktikal.Bagaimanapun kata beliau, kerajaan sentiasa menggalakkan rakyat untuk memilki kenderaan elektrik (EV) atau menggunakan pengangkutan awam.Mengulas mengenai dasar menghapus kereta lama, Loke berkata, ia tidak boleh dilaksanakan kerana ia mengambil kira keadaan sosioekonomi negara dan keperluan hidup rakyat terhadap pergantungan kepada kenderaan persendirian.“Kita tidak mempunyai dasar untuk menamatkan hayat kenderaan seperti beberapa negara (lain). Kalau buat satu dasar untuk scrap (menghapuskan) kereta lama, ia akan beri kesusahan kepada rakyat.“Data penjualan kereta juga meningkat, sekali gus menunjukkan keadaan ekonomi yang baik. Itu (ialah) indikator (yang menunjukkan) bahawa kita masih bergantung kepada penggunaan kenderaan persendirian, belum ada dasar menghalang pemilikan kenderaan (lama),” katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media di luar Forum Pengangkutan Lestari Alam Sekitar Serantau Peringkat Tinggi ke-15 di Asia hari ini.Bagi mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) ke arah negara bebas pelepasan karbon menjelang 2030, Loke berkata kerajaan akan terus membangunkan dan melabur dalam sistem pengangkutan awam untuk menjadikan perkhidmatan itu lebih baik.“Dari segi nisbah pengangkutan awam kepada kenderaan persendirian, penggunaan sistem pengangkutan awam masih sangat rendah iaitu kira-kira kurang daripada 20 peratus.“Kami berharap dapat meningkatkan penggunaan sistem pengangkutan awam, tetapi sudah pasti ia memerlukan banyak usaha dan masa serta pelaburan daripada kerajaan,” katanya dan menambah usaha sedang diambil untuk menggalakkan industri EV di Malaysia.Anthony berkata ,15 juta daripada 30 juta kenderaan di Malaysia ialah motosikal yang menyumbang kepada pelepasan karbon yang besar, justeru sebagai permulaan, kerajaan akan memberikan rebat hingga RM2,400 untuk pembelian motosikal elektrik seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2024 baru-baru ini. – JURNALSumber: BERNAMA |
https://jurnal-malaysia.com/sprm-ambil-dokumen-daripada-aman-palestin-lakukan-siatan-awal/ | SPRM Ambil Dokumen Daripada Aman Palestin, Lakukan Siatan Awal | Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mendapatkan dokumen-dokumen berkaitan daripada pihak Aman Palestin Berhad (Aman Palestin) bagi menjalankan siasatan lanjut.Ketua Pesuruhjayanya,Tan Sri Azam Bakiberkata, selain memerlukan beberapa dokumen penting daripada Aman Palestin, pihaknya juga perlu mendapatkan penyata serta perincian kewangan pertubuhan amal itu daripada pihak perbankan.Menurutnya, perkara itu perlu diperoleh bagi membolehkan pihaknya melakukan siasatan ekoran terdapat dakwaan pertubuhan amal terbabit menyalahgunakan wang sumbangan orang ramai.“Kita sedang mendapatkan dokumen daripada Aman Palestin dan pihak bank kerana siasatan akan dilakukan daripada segi pungutan wang dan bagaimana wang itu dibelanjakan.“Ia ekoran terdapat tohmahan serta laporan berita mendakwa wang yang diperoleh Aman Palestin telah disalahguna,” katanya dalam sidang akhbar pada Selasa.Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Persidangan Antarabangsa The Anti-Bribery Anti-Corruption (ABAC) 2023.Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ABAC Center, Zafar Anjum dan Presiden Pertubuhan Anti Korupsi Malaysia, Datuk Seri Shamsun Baharin Mohd Jamil.Mengulas lanjut, Azam berkata, dalam melakukan siasatan terbabit, pihaknya perlu melihat secara teliti daripada mula pungutan wang itu dibuat dan ke mana wang dibelanjakan.Tegasnya, Aman Palestin perlu mengikut peraturan dan undang-undang semasa membelanjakan wang berkenaan.Ditanya sama ada SPRM sudah memanggil pihak pengurusan kanan pertubuhan amal terbabit, Azam berkata, pihaknya masih belum memanggil sesiapa lagi daripada pihak Aman Palestin bagi memberi keterangan.Begitupun katanya, kerjasama yang baik telah diberikan daripada pihak Aman Palestin dan pengarah syarikat berkenaan berhubung pengumpulan maklumat.“Pada masa ini kita menumpukan terhadap dokumen yang perlu dikaji dan boleh dikatakan kami perlu membuat forensik akaun.“SPRM masih belum mengambil sebarang keterangan daripada pihak Aman Palestin, namun telah menemuduga saksi terlebih dahulu.“Saksi ini membabitkan pihak yang terlibat dalam perbelanjaan dan pengurusan penyata kewangan,” ujarnya.Menurut beliau, terdapat tohmahan dan laporan media tempatan yang mempersoalkan perbelanjaan dibuat oleh Aman Palestin sama ada ia benar-benar untuk kebajikan rakyat Palestin atau sebaliknya.Katanya, siasatan awal telah dilakukan SPRM sejak minggu lalu apabila terdapat aduan dan perkara itu juga telah dilaporkan oleh pihak media tempatan.“Saya ingin mengesahkan bahawa SPRM mengambil tindakan proaktif untuk menyiasat perkara ini.“Ia satu perkara penting kerana ia melibatkan kepentingan awam apabila dana pertubuhan amal itu melibatkan wang daripada orang ramai, maka SPRM perlu siasat dakwaan tersebut,” ujarnya.Sementara itu, diminta mengulas isu pencetakan buku buku J-Qaf membabitkan Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin, Azam berkata, pihaknya masih belum memanggil bekas Menteri Pendidikan itu berhubung kes terbabit.“Siasatan masih berjalan dan saya serahkannya kepada pegawai penyiasat SPRM menjalankan tugas,” jelasnya.Pada September, SPRM dilaporkan telah menahan dua individu berhubung siasatan membabitkan percetakan buku J-Qaf untuk prasekolah bernilai kira-kira RM80 juta membabitkan sebuah kementerian secara rundingan terus. – JURNALSumber:SINAR HARIAN |
https://jurnal-malaysia.com/ayuh-malaysia-kutuk-zionis-israel-jumpa-malam-nanti-pm-anwar/ | Ayuh Malaysia, Kutuk Zionis Israel! Jumpa Malam Nanti! – PM Anwar | Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahimmenggesa rakyat Malaysia untuk sama-sama menyatakan pendirian tegas mengutuk kekejaman Zionis Israel terhadap Palestin.“Mari bersama nyatakan pendirian tegas mengutuk pembantaian Zionis Israel ke atas Palestin malam ini sebagai satu pasukan yang berpadu dan utuh.“Kita tuntut gencatan senjata, hentikan serangan, mudahkan bantuan kemanusiaan, noktahkan kezaliman, kesengsaraan dan penderitaan yang telah dialami selama ini.“Jumpa malam nanti!,” seru beliau di laman sosial X.Mari bersama nyatakan pendirian tegas mengutuk pembantaian Zionis Israel ke atas Palestin malam ini sebagai satu pasukan yang berpadu dan utuh.Kita tuntut gencatan senjata, hentikan serangan, mudahkan bantuan kemanusiaan, noktahkan kezaliman, kesengsaraan dan penderitaan yang…pic.twitter.com/fUiNi6zZ6q— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim)October 24, 2023Pada Isnin lalu, Anwar yang baharu pulang daripada lawatan kerja ke Arab Saudi, Turki dan Mesir mengajak rakyat Malaysia menyertai Perhimpunan Malaysia Bersama Palestin di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil sebagai tanda solidariti negara bersama rakyat Palestin.Menerusi poster dikongsi dalam hantaran itu, perhimpunan itu dijadualkan berlangsung mulai jam 7.30 malam hingga 10.30 malam ini. – JURNAL |
https://jurnal-malaysia.com/siaran-awesome-tv-di-platform-mytv-digantung-disebabkan-isu-pembayaran-fi-akses/ | Siaran Awesome TV Di Platform MYTV Digantung Disebabkan Isu Pembayaran Fi Akses | MYTV Broadcasting Sdn Bhd (MYTV) menggantung penyiaran saluran televisyen swasta, Awesome TV di platformnya berkuat kuasa 2 November ini.MYTV menerusi kenyataan hari ini memaklumkan, penggantungan itu terpaksa dilakukan disebabkan isu pembayaran fi akses.“Keputusan penggantungan berkuat kuasa 2 November 2023 dicapai disebabkan isu komersial berterusan di antara MYTV dan Awesome TV walaupun pelbagai usaha dilakukan di antara kedua-dua pihak untuk menyelesaikannya.“Penggantungan Awesome TV ini amat dikesali dan kami dengan ikhlas memohon maaf kepada semua penonton,” katanya.Menurut kenyataan itu lagi, MYTV komited menyampaikan kandungan yang berkualiti menerusi platformnya.Katanya, MYTV juga akan terus menawarkan akses kepada pelbagai program menarik untuk penonton.“Kami menghargai sokongan penonton ketika ini dan memberi jaminan kami sedang berusaha mencari jalan penyelesaian untuk semua pihak,” katanya.Mei lalu, Awesome TV dipanggil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) kerana menerbitkan kandungan berita yang melanggar undang-undang.Saluran TV itu yang disiarkan di MYTV dan Astro, didakwa menerbitkan kandungan berita yang melanggar peraturan sebanyak enam kali, termasuk fitnah terhadap kerajaan. – JURNAL |
https://jurnal-malaysia.com/v-banjir-kilat-di-zoo-negara-oyen-capybara-dan-haiwan-lain-selamat/ | [V] Banjir Kilat Di Zoo Negara: Oyen, Capybara Dan Haiwan Lain Selamat | Kucing Oyen yang menjadi‘Star of Zoo Negara’bersama haiwan lain dilapor selamat daripada kejadian banjir kilat yang melanda kawasan itu pada petang Rabu.Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosly @ Rahmat Ahmat Lana berkata, kejadian yang berlaku ekoran hujan lebat berterusan itu tidak seteruk yang pernah berlaku sebelum ini.“Sewaktu kejadian pada jam 5 petang, kakitangan zoo belum balik lagi dan mereka sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.“Semua haiwan dalam keadaan selamat kecuali seekor capybara terlepas keluar dari kawasannya, namun dapat diselamatkan dan dimasukkan semula oleh kakitangan.“Begitu juga dengan kucing ‘Oyen’ yang ditemui di kawasan tinggi berhampiran kandang capybara. Kami percaya ketika kejadian, Oyen menyelamatkan diri dengan memanjat tempat selamat,” katanya.View this post on InstagramA post shared by JURNAL (@jurnal.malaysia)Rosly berkata, kerja-kerja pembersihan di kawasan terjejas telah dilakukan oleh kakitangan zoo dengan kerjasama daripada Balai Bomba Sukarela Gombak serta Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).“Proses pembersihan telah dilaksanakan sehingga jam 11.30 malam. Terima kasih kepada pihak yang terlibat membantu Zoo Negara. Tanpa mereka kerja-kerja pembersihan itu tidak akan dapat siap.“Untuk pengetahuan, zoo juga dibuka seperti biasa hari ini,” katanya.Sebelum ini kisah Oyen yang bersahat baik dengan tikus gergasi capybara telah melonjakkan kedatangan pengunjung ke Zoo Negara hingga melebihi 3,000 orang pada hujung minggu.‘Star of Zoo Negara’ itu mempunyai populariti luar biasa susulan keunikan persahabatannya dengan capybara sejak tiga tahun lalu. – JURNALSumber:SINAR HARIAN |
https://jurnal-malaysia.com/v-salah-rayu-bantuan-segera-dihantar-ke-gaza-kekejaman-terhadap-rakyat-palestin-ditamatkan/ | [V] Salah Rayu Bantuan Segera Dihantar Ke Gaza, Kekejaman Terhadap Rakyat Palestin Ditamatkan | Bintang bola sepak Liverpool dan Mesir,Mohamed Salahmenggesa bantuan kemanusiaan dibenarkan masuk ke Semenanjung Gaza dengan segera.Salah turut merayu supaya “pembunuhan beramai-ramai” dalam konflik antara Israel dan kumpulan militan Palestin, Hamas ditamatkan.Pemenang Liga Juara-Juara dan Liga Perdana Inggeris bersama Liverpool, kapten Mesir Salah, 31, adalah salah seorang atlet paling popular di dunia Arab.View this post on InstagramA post shared by Mohamed Salah (@mosalah)“Bukan mudah sebenarnya untuk bercakap dalam masa seperti ini. Terdapat terlalu banyak keganasan dan terlalu banyak kesedihan serta kekejaman.“Peningkatan (serangan) dalam beberapa minggu kebelakangan ini amat berat untuk disaksikan. Setiap nyawa adalah suci dan mesti dilindungi. Pembunuhan beramai-ramai perlu dihentikan, keluarga sedang berpecah-belah.“Apa yang jelas sekarang bantuan kemanusiaan ke Gaza mesti dibenarkan serta-merta. Penduduk di sana dalam keadaan yang amat teruk.“Keadaan di hospital malam tadi amat mengerikan. Penduduk Gaza memerlukan makanan, air dan bantuan perubatan segera.“Saya menyeru pemimpin dunia untuk bersama-sama mencegah pembunuhan jiwa yang tidak bersalah – kemanusiaan mesti diutamakan,” kata Salah dalam video yang disiarkan kepada 62.7 juta pengikutnya di laman Instagram.Sehingga kini, penduduk Gaza menghadapi kekurangan bekalan dan bantuan kerana wilayah itu ditutup berikutan serangan pada 7 Oktober oleh militan Hamas ke atas komuniti Israel dan pos tentera.Kelmarin, serangan roket maut diarahkan ke hospital Gaza yang dipersalahkan Hamas ke atas Israel.Bagaimanapun Israel menafikan bertanggungjawab, mendakwa serangan itu disebabkan oleh roket sesat yang dilepaskan oleh militan Palestin.Selepas lawatan Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden ke Tel Aviv semalam, Israel berkata ia bersetuju dengan permintaan beliau untuk membenarkan bantuan ke Gaza yang terkepung melalui Mesir berikutan kebimbangan yang semakin meningkat mengenai bekalan yang semakin berkurangan dan amaran mengenai bencana kemanusiaan. – JURNAL |
https://jurnal-malaysia.com/israel-benarkan-bantuan-kemanusian-masuk-gaza-melalui-mesir/ | Israel Benarkan Bantuan Kemanusian Masuk Gaza Melalui Mesir | Israel akan membenarkan bantuan kemanusiaan memasuki Semenanjung Gaza dari negara jiran Mesir, sambil mengekalkan pengepungan di wilayah Palestin.Kesan buruk daripada sekatan Israel dan pengeboman berterusan ke atas Gaza, yang menempatkan 2.4 juta orang, menjadi kebimbangan utama dalam kalangan sekutu negara itu dan menjadi bahan perbincangan utama ketika lawatan Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden ke Israel selama beberapa jam semalam.“Berdasarkan permintaan Presiden Biden, Israel tidak akan menggagalkan bekalan bantuan kemanusiaan melalui Mesir,” kata pejabat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, mengumumkan keputusan Kabinet.Kenyataan itu menyatakan bantuan kepada orang awam di selatan Gaza akan dibenarkan “selagi bekalan ini tidak sampai ke Hamas”, yang memerintah wilayah itu.Tiada jadual waktu penghantaran diberikan, tetapi pengumuman itu disambut baik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).“Banyak nyawa bergantung pada perkembangan ini,” ketua WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus menulis di X, sebelum ini Twitter.Penduduk Gaza berdepan kekurangan yang teruk kerana wilayah itu disekat sepenuhnya berikutan serangan 7 Oktober oleh pejuang Hamas ke atas komuniti dan pos tentera Israel.Peperangan sejak 7 Oktober lalu meragut kira-kira 1,400 nyawa di Israel dan 3,478 di Gaza, menurut pegawai kedua-dua pihak.Sebelum ini Israel memberi amaran ia tidak akan membenarkan bantuan ke Gaza sehingga tebusan dibebaskan.Pengumuman Israel itu dibuat ketika Biden menamatkan lawatannya, yang mana beliau mengumumkan bantuan AS$100 juta (RM474.45 juta) kepada rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat yang diduduki.“Rakyat Gaza memerlukan makanan, air, ubat-ubatan dan tempat tinggal,” kata Biden kepada pemberita pada akhir lawatannya.Presiden AS itu mengakui bantuan Gaza akan menghadapi “pemeriksaan” dan perlu dijauhkan daripada Hamas, tanpa menyatakan sama ada yang beliau maksudkan adalah sayap bersenjata, pemimpin politik, atau kementerian kerajaan yang dikendalikan oleh kumpulan itu.Biden juga berjanji bantuan ketenteraan untuk membantu Israel mengekalkan sistem pertahanan udara Iron Dome dan berkata beliau akan meminta Kongres AS minggu ini untuk pakej sokongan pertahanan yang “belum pernah berlaku sebelum ini” untuk Israel.Bagaimanapun di sebalik mesej solidariti Biden yang kuat kepada Israel, pemimpin AS itu juga mengingatkan supaya tidak bertindak terlalu jauh dalam menuntut pembalasan.“Keadilan mesti dilakukan. Tetapi saya mengingatkan bahawa ketika anda merasakan kemarahan itu, jangan termakan olehnya,” katanya, mengakui kesilapan dilakukan AS selepas serangan 11 September 2001 oleh Al-Qaeda. – JURNALSumber: BH ONLINE |
https://jurnal-malaysia.com/v-nurul-ain-terkilan-ada-yang-telefon-mahu-dengar-bunyi-bom-tolong-ini-bukan-perkara-main-main/ | [V] Nurul Ain Terkilan Ada Yang Telefon Mahu Dengar Bunyi Bom – “Tolong, Ini Bukan Perkara Main-Main…” | Rakyat Malaysia,Nurul Ain Haronyang kini berada di di Semenanjung Gaza meluahkan rasa terkilan terhadap segelintir wargamaya yang tidak sensitif dengan apa yang sedang berlaku.Nurul Ain berkata, ada segelintir warganet yang menghantar mesej (DM) dan mahu menelefonnya hanya kerana mahu mendengar bunyi bom.“Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Dekat sini saya nak mintak tolong sikit, sikit sangat-sangat…Boleh tak korang jangan telefon saya dan minta nak dengar bom.“Boleh tak sensitif sikit dengan perkara ni? Korang ingat benda tu main-main ke? Nak dengar bom? So korang doakan kitaorang kena bom ke?“Saya tak faham dengan orang-orang macam ni, keadaan sangat susah dan genting di sini dan korang boleh minta saya nak dengar bom? Astaghfirullahal-azim…,” luahnya dalam nada kecewa.Hantaran tersebut dibuat Nurul Ain menerusi sebuah video yang dimuat naik di Facebook miliknya.Nurul Ain berkata, keadaan di Gaza sangat genting dan dia juga terpaksa berpatah balik dan menangguhkan hasrat untuk mengagihkan barang bantuan kerana terdengar bunyi letupan bom.View this post on InstagramA post shared by JURNAL (@jurnal.malaysia)Diruangan komen, rata-rata warganet turut menyelar tindakan individu tidak bertanggung jawab tersebut.Mereka turut mendoakan Nurul Ain dan suami sentiasa berada dalam lindungan Allah dan tidak melayan perkara-perkara negatif seumpama itu.Terdahulu, Nurul Ain dan suaminya, Mohamed Adan Shaat tidak sempat meninggalkan kawasan bergolak di Sempadan Gaza apabila Israel mungkir janji untuk tidak menyerang sempadan Rafah.Nurul Ain dan suami kini berlindung di rumah mentua, Khan Younis selepas tiba di negara itu pada 1 Oktober lalu.Menurutnya yang berasal dari Keramat, itu kali pertama dia pulang ke kampung halaman suami di Gaza selepas enam tahun berkahwin. – JURNAL |
https://jurnal-malaysia.com/zionis-bom-hospital-pm-berang-sifatkan-tindakan-israel-gila-muhyiddin-nafi-terlibat-dengan-myairlines/ | Zionis Bom Hospital | PM Berang Sifatkan Tindakan Israel Gila | Muhyiddin Nafi Terlibat Dengan MYAirlines | SOROTAN MENARIK RABU 18/10/20231.Rejim Zionis Semakin Melampau! Serang Hospital Gaza, 500 Rakyat Palestin Terbunuh2.Pengasas Bersama Syarikat Penerbangan Bergelar Datuk Ditahan, Bantu Siasatan Pengubahan Wang Haram3.“Keterlaluan, Gila!” – PM Sifatkan Israel Hilang Perikemanusiaan Bom Hospital Di Gaza4.Muhyiddin Nafi Ada Kaitan Dengan MYAirlines, Mohon Hentikan Politik Murahan |
https://jurnal-malaysia.com/muhyiddin-nafi-ada-kaitan-dengan-myairlines-mohon-hentikan-politik-murahan/ | Muhyiddin Nafi Ada Kaitan Dengan MYAirlines, Mohon Hentikan Politik Murahan | Bekas Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassinmenafikan beliau ada kaitan dengan syarikat penerbangan yang digantung operasi, MYAirline, atau mana-mana pemegang saham syarikat tersebut.Dalam satu kenyataan di laman sosial Facebook beliau pada Rabu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata, beliau juga tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenai latar belakang syarikat tersebut.Muhyiddin berkata, kenyataan itu dilakukan susulan ada pihak yang cuba mengaitkan dirinya dengan kemelut yang melanda MYAirline.“Carian saya menunjukkan bahawa syarikat ini mendapat kelulusan bersyarat lesen perkhidmatan udara pada 22 Disember 2021 iaitu semasa saya tidak lagi menjadi Perdana Menteri.“Penglibatan firma guaman Rosli Dahlan Saravana Partnership (RDS) sebagai peguam bagi pihak pemegang saham syarikat MYAirlines tidak boleh dikaitkan dengan saya. RDS sebagai sebuah firma guaman berhak untuk mewakili sesiapa sahaja yang memerlukan khidmat guamannya,” katanya lagi.Muhyiddin berkata beliau percaya ada pihak-pihak tertentu yang cuba mencemarkan nama baiknya dengan tuduhan jahat, kononnya beliau terbabit dengan syarikat tersebut, dan meminta pihak berkaitan untuk menghentikan politik murahan itu.Pada 12 Oktober lepas, MYAirline mengumumkan penggantungan operasinya, dan tempoh tersebut akan berlanjutan sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.Menurutnya, tekanan kewangan menjadi punca keputusan sukar itu terpaksa dibuat selain menunggu penstrukturan semula pemegang saham dan penjanaan semula modal syarikat itu. – JURNAL |
https://jurnal-malaysia.com/keterlaluan-gila-pm-sifatkan-israel-hilang-perikemanusiaan-bom-hospital-di-gaza/ | “Keterlaluan, Gila!” – PM Sifatkan Israel Hilang Perikemanusiaan Bom Hospital Di Gaza | Datuk Seri Anwar Ibrahimmenyifatkan Israel sebagai gila dan hilang perikemanusiaan apabila mengebom hospital di Gaza sehingga mengorbankan 500 nyawa.Perdana Menteri turut menyuarakan rasa kesalnya terhadap negara Barat yang berat sebelah dalam hal itu.“Perkembangan terkini mengenai serangan Israel itu agak keterlaluan, saya juga turut mengulangi beberapa kenyataan yang telah dibuat mendukung beberapa kenyataan sesetengah pimpinan negara luar yang menyatakan kesal dan mengecam pengeboman hospital Gaza.“Apa pun yang dituduh siapa pun maknanya ini kesan dari serangan dan perang, sebab itu kita katakan sebaiknya hentikan.“Ini masa untuk kita redakan keadaan dan hentikan, kalau teruskan ini, mangsanya wanita, anak-anak, pesakit ini sudah sampai ke tahap gila dan hilang perikemanusiaan.“Dan yang paling dikesalkan ialah negara Barat yang bercakap soal hak kemanusiaan ini rupanya ada kategori, ada manusia kelas satu, ada manusia kelas hamba dan ini kita bantah sekeras-kerasnya,” katanya.Beliau berkata demikian kepada media selepas menyampaikan ucapan pembukaan dan merasmikan Simposiun Laluan Ke Arah Kesejahteraan Lebih Baik Untuk Malaysia, hari ini.Menurut laporan saluran televisyen Al Jazeera hari ini, sebuah hospital di tengah Gaza yang sarat dengan pesakit dan pelarian Palestin dibom askar Zionis, menyebabkan lebih 500 orang terbunuh.Pihak berkuasa mengesahkan angka kematian itu adalah tertinggi membabitkan serangan tentera Israel dalam masa sehari sejak 2008.Mengulas lanjut Anwar berkata, beliau akan ke Riyadh, Arab Saudi esok bagi menghadiri persidangan tetap di antara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan ASEAN, dengan mengadakan perbincangan khusus mengenai tindakan yang perlu diambil terhadap kezaliman Israel ke atas rakyat Palestin.“Selepas GCC, Perdana Menteri, Putera Mahkota Mohammed bin Salman meminta saya hadir untuk lawatan sehari untuk berbincang.“Saya akan fikirkan keperluan untuk berbincang dengan beberapa kepemimpinan sama ada saya perlu jelajah ke beberapa negeri atau melalui telefon saja,” katanya.Ditanya mengenai status pasukan pengaman Malaysia di Lubnan, Anwar berkata, keputusan untuk mengekalkan pasukan pengaman itu adalah keputusan bersama dibuat dengan Pertububan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).“Kalau keadaan keselamatan itu dapat terjamin kita akan teruskan kalau tidak kita akan bawa pulang,” katanya. |
https://jurnal-malaysia.com/pengasas-bersama-syarikat-penerbangan-bergelar-datuk-ditahan-bantu-siasatan-pengubahan-wang-haram/ | Pengasas Bersama Syarikat Penerbangan Bergelar Datuk Ditahan, Bantu Siasatan Pengubahan Wang Haram | Polis menahan seorang pengasas bersama dan pemegang saham sebuah syarikat penerbangan bergelar ‘Datuk’ serta isteri dan anak lelakinya pada petang Selasa.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata mereka ditahan bagi membantu siasatan bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.“Datuk berkenaan yang berusia 57 tahun bersama isteri, 55, dan anaknya, 26, ditahan di rumah mereka di Shah Alam pada jam 5.30 petang,” katanya.Beliau berkata, polis akan membuat permohonan reman hari ini (Rabu). – JURNALSumber: BERNAMA |
https://jurnal-malaysia.com/rejim-zionis-semakin-melampau-serang-hospital-gaza-500-rakyat-palestin-terbunuh/ | Rejim Zionis Semakin Melampau! Serang Hospital Gaza, 500 Rakyat Palestin Terbunuh | Kira-kira 500 rakyat Palestin terbunuh dalam satu letupan di hospital Gaza semalam yang menurut pihak berkuasa kesihatan Palestin berpunca daripada serangan udara Israel.Letupan itu adalah insiden paling berdarah di Gaza sejak Israel melancarkan kempen pengeboman tanpa henti terhadap wilayah berpenduduk padat sebagai tindakan balas terhadap serangan Hamas merentas sempadan ke selatan Israel pada 7 Oktober.Ia berlaku pada malam sebelum lawatan Presiden Amerika Syarikat, (AS) Joe Biden ke Israel bagi menunjukkan sokongan kepada rejim Zionis itu dalam peperangan dengan Hamas, kumpulan Islam yang memerintah Semenanjung Gaza, dan untuk mendengar bagaimana Israel merancang meminimumkan korban awam.Sehingga kini Reuters tidak dapat mengesahkan secara bebas pihak yang bertanggungjawab terhadap letupan itu.Menteri Kesihatan dalam kerajaan Gaza yang dikendalikan Hamas, Mai Alkaila, menuduh Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai.Seorang ketua pertahanan awam Gaza berkata 300 orang terbunuh dan seorang pegawai Kementerian Kesihatan berkata 500 orang terbunuh.Bagaimanapun, tentera Israel menafikan bertanggungjawab ke atas letupan di hospital Al-Ahli al-Arabi di Gaza City, mencadangkan hospital itu terkena pelancaran roket yang gagal oleh kumpulan tentera Jihad Islam Palestin di kawasan itu.“Analisis sistem operasi IDF menunjukkan bahawa sebaris roket telah dilepaskan oleh pengganas di Gaza, berdekatan dengan hospital Al Ahli di Gaza pada masa ia terkena,” kata jurucakap Angkatan Pertahanan Israel.“Risikan daripada pelbagai sumber yang kami ada di tangan kami menunjukkan Jihad Islam bertanggungjawab atas kegagalan pelancaran roket yang melanda hospital di Gaza,” tambah jurucakap itu.Daoud Shehab, jurucakap Jihad Islam, memberitahu Reuters: “Ini adalah pembohongan dan rekaan, ia sama sekali tidak betul. Pendudukan cuba menutupi jenayah ngeri dan pembunuhan beramai-ramai yang mereka lakukan terhadap orang awam.”Di bandar Ramallah, Tebing Barat yang diduduki, pasukan keselamatan Palestin melepaskan gas pemedih mata dan bom tangan untuk menyuraikan penunjuk perasaan yang membaling batu dan melaungkan menentang Presiden Mahmoud Abbas ketika kemarahan rakyat memuncak selepas letupan itu.Pertempuran dengan pasukan keselamatan Palestin tercetus di beberapa bandar lain di Tebing Barat, yang diperintah oleh Pihak Berkuasa Palestin Abbas, lewat semalam, kata saksi. – JURNALSumber: BH ONLINE |
https://jurnal-malaysia.com/pelajar-malaysia-maut-dibedil-zionis-budak-didera-bapa-kandung-dan-kekasih-solidariti-palestin-kpm-tarik-diri-pesta-buku-frankfurt-2023/ | Pelajar Malaysia Maut Dibedil Zionis | Budak Didera Bapa Kandung Dan Kekasih | Solidariti Palestin, KPM Tarik Diri Pesta Buku Frankfurt 2023 | SOROTAN MENARIK SELASA 17/10/20231.Penganjur Pro Israel, Kementerian Pendidikan, DBP Tarik Diri Pesta Buku Frankfurt 20232.Kanak-kanak Lelaki Enam Tahun Ditemui Mati Dalam Mesin Basuh3.Azizulhasni Awang Dedah Penyertaan Hampir Dibatalkan Dalam Kejohanan Besar Di Eropah Kerana Papar Mesej ‘Save Gaza’4.Tak Sempat Pulang Ke Malaysia, Pelajar Albukhary International University Maut Dibedil Zionis5.“Pengapungan Harga Ayam Dan Telur Untuk Pastikan Rakyat Yang Berhak Nikmati Subsidi, Bukan Golongan Maha Kaya” – PM Anwar6.Budak Lelaki 8 Tahun Mangsa Dera Ibu Dan Kekasih, Hanya Seberat 29kg Ketika Diselamatkan…Badan Ada Kesan Lebam, Terbakar |
https://jurnal-malaysia.com/budak-lelaki-8-tahun-mangsa-dera-ibu-dan-kekasih-hanya-seberat-29kg-ketika-diselamatkanbadan-ada-kesan-lebam-terbakar/ | Budak Lelaki 8 Tahun Mangsa Dera Ibu Dan Kekasih, Hanya Seberat 29kg Ketika Diselamatkan…Badan Ada Kesan Lebam, Terbakar | Penderitaan seorang kanak-kanak yang didera bapa kandung dan teman wanita lelaki itu sejak enam bulan lalu berakhir apabila disedari jiran sebelum diselamatkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada Jumaat.Pengasas Pertubuhan Kebajikan Komuniti Johor, M Caren Nantheny, 46, berkata, budak lelaki berusia lapan tahun itu tinggal bersama bapa kandung dan teman wanitanya masing-masing berusia 43 tahun bersama anak wanita itu yang berusia tiga tahun.“Mangsa tinggal bersama mereka di rumah flat di Taman Pulai Jaya, Skudai di sini sejak bapa kanak-kanak ini berpisah dengan ibu kandungnya pada 2021.Ibu bapa kandung budak ini berasal dari Klang, Selangor dan bapanya yang berkerja sebagai pemandu van kilang melarikan mangsa ke Johor Bahru selepas bercerai.“Kejadian dera terhadapnya terbongkar selepas seorang warga asing datang ke rumah mangsa pada malam Khamis untuk menumpang barang basah di peti ais mereka.“Pada masa itu warga asing itu ternampak mangsa dalam keadaan bogel, menggigil dan tidak bermaya dalam bilik air.“Melihat seperti ada yang tidak kena, warga asing tersebut memaklumkan apa yang dilihatnya kepada jiran sebelum jiran terbabit menghubungi kami,” katanya ketika ditemui selepas melawat kanak-kanak berkenaan yang kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini pada Selasa.Beliau berkata, susulan itu jiran berkenaan atas saranan pihaknya dan Persatuan Penduduk India Kangkar Pulai membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri pada Jumaat sebelum pasangan tersebut diberkas pada hari yang sama.Katanya, kanak-kanak berkenaan kemudian dihantar ke HSA pada Jumaat untuk pemeriksaan kesihatan dan masih dirawat sehingga kini.Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penduduk India Kangkar Pulai, N Bathmarajan, 55, berkata, semasa menerima aduan, pihaknya pergi ke rumah kanak-kanak itu untuk melihat keadaannya tetapi gagal sebelum menghubungi polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).Menurutnya, siasatan pihak polis mendapati terdapat kesan lebam dan terbakar termasuk parut lama pada tubuh mangsa.“Semasa diselamatkan dalam keadaan bogel, terdapat kesan luka serta tapak kakinya cedera hingga sukar bergerak.“Kita percaya berdasarkan cerita kanak-kanak terbabit, dia sudah didera lebih daripada enam bulan. Dia beritahu ibu kandungnya selepas diselamatkan, dia tidak sanggup lagi didera.Kanak-kanak itu mendakwa sering dikurung kerana selalu keluar rumah dan nakal,” katanya.Bathmarajan berkata, sebelum diselamatkan, jiran mendakwa sering mendengar mangsa menjerit.“Mangsa juga dibiarkan tidak bersekolah. Apabila ditahan polis, bapa dan kekasihnya saling tuduh-menuduh.“Berat badan mangsa juga susut mendadak daripada 55 kilogram (kg) kira-kira enam bulan lalu dan semasa diselamatkan hanya seberat 29 kg,” katanya.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut dan dua individu terbabit sudah direman bagi membantu siasatan. – JURNALSumber:SINAR HARIAN |
https://jurnal-malaysia.com/pengapungan-harga-ayam-dan-telur-untuk-pastikan-rakyat-yang-berhak-nikmati-subsidi-bukan-golongan-maha-kaya-pm-anwar/ | “Pengapungan Harga Ayam Dan Telur Untuk Pastikan Rakyat Yang Berhak Nikmati Subsidi, Bukan Golongan Maha Kaya” – PM Anwar | Langkah kerajaan membuat pengapungan harga ayam dan telur di pasaran antara lain bagi memastikan manfaat subsidi yang diberikan sebelum ini hanya dinikmati rakyat yang berhak, bukannya warga asing dan golongan maha kaya, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau berkata, ini memandangkan sejak 2022, kerajaan telah mengeluarkan subsidi keseluruhan sebanyak RM3.7 bilion bagi menampung kos ayam dan telur.Langkah itu turut membolehkan 3.5 juta warga asing menikmati subsidi berkenaan, selain 10 peratus golongan ‘maha kaya’ dalam negara.“Melihat keadaan harga pasaran sekarang, bila harga itu kurang daripada harga siling seperti sekarang dan harga ayam dan telur di Thailand lebih rendah daripada Malaysia, maka tiba masanya kita apungkan.“Kalau benar ada kekurangan kita akan cambahkan daripada stok, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mempunyai 30 peratus stok ayam dan telur dan saya telah beritahu menteri untuk membeli dari Thailand andai kata ada keperluan,” kata beliau pada sesi Waktu-waktu Pertanyaan Menteri, di Dewan Rakyat pada Selasa.Beliau menjawab soalan Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) yang meminta Perdana Menteri menyatakan jaminan kerajaan bahawa langkah mengapungkan harga ayam dan telur tidak akan membebankan rakyat yang sedang berhadapan dengan kos sara hidup yang tinggi.Semasa pembentangan Belanjawan 2024 pada Jumaat lepas, Perdana Menteri berkata, kerajaan akan mempertimbang harga ayam dan telur di pasaran diapungkan berdasar harga yang lebih rendah daripada harga apungan pasaran.Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, langkah pengapungan berkenaan dibuat selepas kerajaan mendapati bekalan kedua-dua sumber makanan itu kini stabil. – JURNALSumber:SINAR HARIAN |
https://jurnal-malaysia.com/tak-sempat-pulang-ke-malaysia-pelajar-albukhary-international-university-maut-dibedil-zionis/ | Tak Sempat Pulang Ke Malaysia, Pelajar Albukhary International University Maut Dibedil Zionis | Gara-gara berada berdekatan sempadan Gaza dan kawasan yang dikawal ketat oleh tentera Israel, seorang pelajar lelaki maut ditembak oleh rejim Zionis pada 7 Oktober lalu.Sulaiman J. S. Abuanza, pelajar jurusan Sains Komputer tahun dua di Albukhary International University (AIU), Kedah dikatakan pulang ke Gaza untuk melawat keluarganya dan melakukan pembedahan lasik.Lebih menyayat hati, dia difahamkan akan pulang ke Malaysia dengan melalui jalan di Gaza dan beberapa lokasi di Mesir beberapa hari yang lalu.Dikenali sebagai seorang individu yang rajin dan baik hati, sebelum ini dia pernah melaksanakan program kesedaran mengenai isu konflik yang berlaku di Palestin di kampus universitinya. – JURNALSumber:KOSMO! |
https://jurnal-malaysia.com/azizulhasni-awang-dedah-penyertaan-hampir-dibatalkan-dalam-kejohanan-besar-di-eropah-kerana-papar-mesej-save-gaza/ | Azizulhasni Awang Dedah Penyertaan Hampir Dibatalkan Dalam Kejohanan Besar Di Eropah Kerana Papar Mesej ‘Save Gaza’ | Jaguh berbasikal trek negara,Datuk Azizulhasni Awangmendedahkan penyertaan beliau dalam sebuah kejohanan besar di Eropah hampir dibatalkan gara-gara memaparkan mesej ‘Save Gaza’ di atas glove yang dipakai.Imbas kembali kejadian pada Julai 2014 itu, Azizulhasni berkata dia turut diberi amaran untuk keluar dari perkampungan sukan.Menurut Azizulhasni, ‘kekecohan’ berlaku apabila dia mengangkat kedua belah tangan untuk menyampaikan mesej kepada seluruh dunia sebaik sahaja memenangi perlumbaan dengan peserta dari England.[1/7]Pada Julai 2014, saya hampir di tendang keluar dari perkampungan sukan dan penyertaan saya di satu kejohanan besar di Eropah hampir dibatalkan.Semuanya gara-gara kerana saya memaparkan mesej Save Gaza di atas glove yang saya pakai. Ketika itu saya berlumba denganpic.twitter.com/4ub118hn4E— Azizulhasni Awang (@AzizulAWANG)October 17, 2023“Ketika sepanjang kejohanan tersebut, Gaza teruk bertalu-talu di bom oleh tentera laknatullah. Ramai yang menjadi mangsa dan terkorban termasuk wanita, anak-anak kecil dan bayi. Lagi memburukkan keadaan ketika itu adalah di bulan Ramadhan. Bulan suci umat Islam.“Alasan yang diberikan untuk membatalkan penyertaan saya adalah kerana saya menyampaikan mesej politik di pentas sukan. Niat saya ketika itu hanyalah untuk menyampaikan mesej kemanusiaan bagi seluruh dunia tahu keadaan di Gaza.“Lihat betapa hipokritnya mereka, pelbagai cara mereka lakukan untuk menutup mulut, telinga dan mata dunia. Namun, apabila giliran mereka semuanya boleh pula.“Sebagai contoh peperangan antara dua negara sebelum ini, mereka satu dunia menyatakan sokongan kepada satu negara tersebut secara terbuka dan ianya dikatakan oleh mereka sebagai freedom of speech dan juga humanitarian support,” katanya menerusi hantaran di laman sosial X.Selain itu jaguh negara itu turut menyeru orang ramai supaya terus memberikan sokongan kepada umat Islam di Palestin, khususnya yang sedang bertarung nyawa di Gaza.“Teruskan memberi sokongan kepada saudara-saudara kita di Palestin. Ada pelbagai cara dan pelbagai ruang untuk membantu mereka disana.“Bantulah mereka mengikut kemampuan diri kita tetapi yang paling penting adalah sekurang-kurangnya kita melakukan sesuatu.“Jangan pernah ragu dengan segala ketetapan Allah kerana janji Allah itu adalah pasti,” katanya. – JURNAL |
https://jurnal-malaysia.com/kanak-kanak-lelaki-enam-tahun-ditemui-mati-dalam-mesin-basuh/ | Kanak-kanak Lelaki Enam Tahun Ditemui Mati Dalam Mesin Basuh | Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun ditemukan maut di dalam sebuah mesin basuh di sebuah rumah di Kampung Sungai Tapah Tambahan, Ipoh, pada Isnin.Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, satu laporan telah diterima jam 11.44 pagi tadi mengenai insiden itu.“Siasatan awal mendapati tempat kejadian adalah di sebuah rumah lot dan semasa kejadian, mangsa bersama ahli keluarga berada di dalam rumah tersebut.“Jam lebih kurang 9.30 pagi, mangsa telah dijumpai oleh neneknya dalam keadaan tidak sedar diri di dalam mesin basuh pakaian,” katanya dalam satu kenyataan, malam Isnin.Beliau berkata, mangsa kemudian telah dihantar ke hospital dengan ambulans dan disahkan meninggal dunia pada jam 11.02 pagi.Menerusi bedah siasat dilakukan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini mendapati punca kematian mangsa adalah kecederaan di bahagian kepala akibat objek tumpul dan kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (a), Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611), katanya.Yahaya menasihati dan memberi peringatan khususnya kepada ibu bapa atau penjaga supaya tidak membiarkan kanak-kanak bawah jagaan masing-masing tinggal tanpa pengawasan untuk mengelakkan berlakunya sebarang tragedi tidak diingini. – JURNALSumber: BERNAMA |
https://jurnal-malaysia.com/penganjur-pro-israel-kementerian-pendidikan-dbp-tarik-diri-pesta-buku-frankfurt-2023/ | Penganjur Pro Israel, Kementerian Pendidikan, DBP Tarik Diri Pesta Buku Frankfurt 2023 | Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil keputusan untuk menarik diri daripada menyertai Pesta Buku Frankfurt 2023 yang dijadualkan berlangsung di Frankfurt, Jerman.Menerusi hantaran di laman sosial X, Menteri Pendidikan,Fadhlina Sidekberkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira sikap pro-Israel serta sokongan terbuka daripada pihak penganjur terhadap Israel.Menurutnya, KPM tidak akan sesekali berkompromi terhadap keganasan Israel di Palestin.Beliau juga menegaskan tindakan Israel jelas bertentangan dengan undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia.Tambah Fadhlina, keputusan diambil KPM adalah selari dengan pendirian kerajaan untuk sentiasa bersolidariti dan memberi sokongan penuh kepada Palestin.Selain KPM, Dewan Bahasa dan Pustaka juga mengambil keputusan sama, tidak menyertai pesta buku tersebut.DBP menegaskan keputusan itu adalah selaras dengan pendirian Kerajaan Persekutuan.“Selaras dengan pendirian kerajaan dalam konflik Palestin – Israel pada ketika ini, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) memutuskan untuk menarik diri daripada menyertai Pesta Buku Frankfurt 2023,” katanya. – JURNAL |
https://jurnal-malaysia.com/lesen-myairline-digantung-malaysia-akan-lakukan-apa-sahaja-bantu-gaza-ayah-acu-pisau-anak-tak-nak-solat/ | Lesen MYAirline Digantung | Malaysia Akan Lakukan Apa Sahaja Bantu Gaza | Ayah Acu Pisau Anak Tak Nak Solat | SOROTAN MENARIK ISNIN 16/10/20231.Bantuan Awal Persekolahan Disalur Bermula Januari 20242.[V] Bayi Dua Bulan Maut Di Taska, Ibu Cerita Kronologi Tragis – “Aulia Diletak Meniarap Satu Jam…”3.Acu Pisau Sebab Nak Suruh Anak Solat, Bapa Dihukum Penjara 12 Bulan4.Sijil AOC MYAirline Digantung Sementara – CAAM5.Hotel Hard Rock Terbesar Di Asia Akan Dibuka Di Genting Highlands6.[V] Malaysia Akan Lakukan Apa Saja Untuk Tamatkan Kezaliman Israel Terhadap Palestin – PM Anwar |
https://jurnal-malaysia.com/v-malaysia-akan-lakukan-apa-saja-untuk-tamatkan-kezaliman-israel-terhadap-palestin-pm-anwar/ | [V] Malaysia Akan Lakukan Apa Saja Untuk Tamatkan Kezaliman Israel Terhadap Palestin – PM Anwar | Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahimmenegaskan sudah tiba masa untuk kerajaan Malaysia melakukan apa sahaja yang perlu untuk menamatkan kezaliman rejim Israel terhadap rakyat Palestin.Menurut Anwar, tindakan tegas dan segera perlu dilakukan kerana jika dunia tidak berupaya melakukan apa-apa, bermakna dunia mengizinkan pembunuhan beramai-ramai rakyat Gaza di Palestin.“Saya harap Tan Sri Yang di-Pertua (Dewan Rakyat) faham apa dimaksudkan dalam perbincangan-perbincangan kita ini dengan wakil-wakil negara (lain).“Kita nampak keresahan dan nampak sudah ada jalan buntu kerana Israel diberi dokongan penuh oleh Amerika Syarikat (AS) dan Eropah,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.Anwar berkata, beliau akan mengadakan perbincangan dengan negara-negara Islam mengenai tindakan yang perlu diambil terhadap kezaliman Israel ke atas rakyat Palestin.Menurutnya, beliau akan ke Riyadh, Arab Saudi pada Khamis ini bagi menghadiri persidangan tetap di antara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan ASEAN dengan mengadakan perbincangan khusus mengenai tindakan yang perlu diambil.Kata beliau, manakala Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir akan berangkat ke Jeddah malam ini atas undangan Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Salman dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bagi sidang berkenaan.“Putera Mohammed menelefon saya beberapa hari lalu, meminta saya sambung sehari lagi pada 21 Oktober supaya diadakan perbincangan dan acara rasmi di Arab Saudi.“Saya akan berbincang dengan teman lain, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Qatar, Mesir dan Turkiye, sama ada perlu untuk mengadakan beberapa pertemuan lain dengan pemimpin negara lain.“Sesuatu lebih segera harus dilakukan. Barat dan Eropah mengambil sikap kepura-puraan dan hipokrit, keras terhadap Rusia dalam isu Ukraine dan mengizinkan kezaliman berterusan,” katanya.Dalam pada itu, Anwar membidas pihak tertentu dalam negara yang mendakwa kerajaan Malaysia enggan menghantar pasukan tentera ke Palestin.View this post on InstagramA post shared by JURNAL (@jurnal.malaysia)“Pimpinan tentera minta saya sampaikan adalah tidak adil mana-mana dalam kalangan… dalam penyampaian mesej, dalam tazkirah mereka untuk menyinggung hal ini.“Ini bukan keputusan kita boleh hantar dengan mudah mahu hantar tentera termasuk pendamai, keamanan atau koridor kemanusian. Itu mesti disepakati negara-negara jiran, kalau tidak pesawat kita tidak boleh mendarat. Jadi saya minta jangan dikelirukan rakyat,” katanya. – JURNALSumber: KOSMO! ONLINE |
https://jurnal-malaysia.com/hotel-hard-rock-terbesar-di-asia-akan-dibuka-di-genting-highlands/ | Hotel Hard Rock Terbesar Di Asia Akan Dibuka Di Genting Highlands | King’s Park, pembangunan bersepadu pelbagai guna di Genting Highlands akan membuka hotelHard Rockterbesar di Asia dipanggilHard Rock Genting Highlandspada 2027.King’s Park Development Sdn Bhd dalam satu kenyataan berkata, Hard Rock Genting Highlands setinggi 45 tingkat akan menampilkan 371 bilik dan 630 suite, menjadikan keseluruhan 1,001 bilik dan suite, 200 meter persegi ruang runcit dipanggil ‘Rock Shop’, selain kolam renang panas, ruang makan, spa selain lounge dan bar.Ia juga sebahagian daripada fasa ketiga pembangunan King’s Park, kata kenyataan itu.Dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM10 bilion, King’s Park akan dibangunkan dalam lima fasa, merangkumi komponen kediaman, komersial dan hiburan.Sementara itu, perjanjian bagi pembangunan Hard Rock Genting Highlands dimeterai Sabtu lalu oleh Naib Presiden Kanan dan Ketua Pembangunan Perniagaan Global Hard Rock International, Todd Hricko bersama Pengerusi HR Resort & Residences Sdn Bhd, Lim Kim Chai.HR Resort & Residences adalah pemilik dan pembina Hard Rock Genting Highlands, manakala Hard Rock International adalah operator hotel berkenaan.Perjanjian disaksikan oleh Naib Presiden Kanan dan Ketua Pembangunan Perniagaan Hotel Asia Pasifik Hard Rock International, Edward Chan; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengasas Bersama King’s Park Development, Datuk Jayandren Subramaniam serta Naib Presiden Eksekutifnya, Sean Chen.Selain hotel itu, King’s Park juga akan menyaksikan pembangunan taman tema, hartanah kediaman dan kemudahan perubatan.Keseluruhan pembangunan dijangka siap dalam tempoh kira-kira 10 tahun. – JURNAL |
https://jurnal-malaysia.com/sijil-aoc-myairline-digantung-sementara-caam/ | Sijil AOC MYAirline Digantung Sementara – CAAM | Sijil Perakuan Pengendali Udara (AOC) syarikat penerbanganMYAirline Sdn Bhd (MYAirline)digantung sementara berkuat kuasa hari ini bagi membolehkan audit terperinci dijalankan terhadap syarikat itu, menurutPihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).Ketua Pegawai Eksekutif CAAM,Datuk Norazman Mahmudberkata penggantungan sijil berkenaan di bawah Peraturan 193(3) Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016 adalah selama 90 hari sementara menunggu siasatan lanjut oleh CAAM.“Audit keselamatan terperinci akan dijalankan terhadap MYAirline semasa penggantungan sementara ini untuk menilai semula keupayaan syarikat penerbangan itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.MYAirline mengumumkan penggantungan operasinya pada 12 Okt lepas sehingga diberitahu kelak berikutan tekanan kewangan ketara yang menyebabkan operasi perlu digantung, sementara menunggu penstrukturan dan permodalan semula oleh pemegang saham syarikat penerbangan itu.AOC dikeluarkan bagi memberi kelulusan kepada pengendali operasi udara untuk terlibat dalam pengoperasian pesawat tertentu.Norazman berkata antara aspek utama dinilai untuk pemberian dan pembaharuan AOC ialah kemampuan pihak pengendali operasi udara untuk menjalankan pengoperasian yang selamat dan selaras dengan peruntukan spesifikasi operasi.“CAAM menjalankan audit keselamatan terperinci untuk menilai keupayaan dan kecekapan pengendali operasi udara dalam bidang pengangkutan udara komersial, operasi dan airworthiness (kelayakan terbang),” katanya.Norazman berkata audit keselamatan telah dijalankan terhadap MYAirline dari 29 Mei hingga 1 Jun lepas bagi pembaharuan AOC dan pada masa itu, tiada penemuan yang menunjukkan terdapat masalah kewangan.“Elemen senarai semak penunjuk kewangan seperti dalam Dokumen 8335 Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) juga dimasukkan dalam proses audit keselamatan.“Sebagai sebahagian daripada proses audit keselamatan, pemegang AOC perlu menyediakan bukti kemampuan kewangan kepada CAAM. Ini bagi memastikan pengendali operasi udara mempunyai sumber kewangan untuk menjalankan operasi yang dirancang,” katanya.“Sekiranya timbul isu kewangan, pemberitahuan bertulis perlu diberikan segera kepada CAAM bagi memastikan tiada sebarang kompromi terhadap keselamatan operasi, namun sehingga hari ini, MYAirline tidak menghantar sebarang notis pemberitahuan kepada CAAM,” katanya.Norazman berkata penggantungan sementara operasi MYAirline pada 12 Okt lepas tanpa pemakluman awal kepada pihaknya telah menimbulkan kebimbangan serius terhadap keselamatan awam dan integriti keseluruhan operasi penerbangan awam di Malaysia.“CAAM mengingatkan semua pemegang lesen untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan di samping memastikan pematuhan yang ketat,” katanya.Sebarang pelanggaran peraturan oleh pemegang AOC akan diuruskan mengikut Peraturan Penerbangan Awam 2016 dan Arahan Penerbangan Awam (CAD), kata beliau. – JURNALSumber: BERNAMA |
https://jurnal-malaysia.com/acu-pisau-sebab-nak-suruh-anak-solat-bapa-dihukum-penjara-12-bulan/ | Acu Pisau Sebab Nak Suruh Anak Solat, Bapa Dihukum Penjara 12 Bulan | Seorang bapa dihukum penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret hari ini selepas mengaku bersalah melakukan ugutan jenayah terhadap anak lelakinya, Ogos lalu.Majistret, Don Stiwin Malanjum, memutuskan hukuman itu selepas menerima pengakuan bersalah daripada tertuduh,Ardi Aris, 32, mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan ugutan jenayah dengan niat mendatangkan ketakutan terhadap anak lelakinya,Zack Azroy, 13, dengan mengacukan sebilah pisau di rumah keluarga mereka di Batu 8 Jalan Tiku, dekat sini jam 9 pagi, 4 Ogos lalu.Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa, Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau, Asisten Superintenden Nur Intan Jamrin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.Berdasarkan fakta kes, kejadian berlaku semasa tertuduh datang ke rumah bekas iparnya, secara tiba-tiba meluru ke dapur dan mengambil sebilah pisau lalu mendatangi mangsa sambil mengacu serta mengarahkannya supaya menunaikan solat.Mangsa yang dalam ketakutan bagaimanapun bertindak menuruti arahan bapanya itu, sebelum ibu saudaranya menghubungi pihak polis.Tertuduh yang bekerja di sebuah premis mencuci kereta dan sudah bercerai dengan isterinya itu juga sebelum ini pernah dirujuk ke Hospital Mesra Bukit Padang, Kota Kinabalu kerana disyaki mengalami masalah mental.Tertuduh dalam rayuannya bagaimanapun memohon kepada Mahkamah supaya hukuman diringankan dengan alasan sudah insaf selain menyesal atas perbuatannya itu.Mahkamah kemudiannya memerintahkan hukuman pemenjaraan berkuat kuasa dari tarikh tangkapan iaitu pada 4 Ogos 2023. – JURNALSumber: BH ONLINE |
https://jurnal-malaysia.com/v-bayi-dua-bulan-maut-di-taska-ibu-cerita-kronologi-tragis-aulia-diletak-meniarap-satu-jam/ | [V] Bayi Dua Bulan Maut Di Taska, Ibu Cerita Kronologi Tragis – “Aulia Diletak Meniarap Satu Jam…” | Ibu malang dikenali sebagaiAsha Rosliyang kehilangan bayinya,Qaseh Aulia Faizul, baru berusia 2 bulan, menceritakan kronologi insiden menyayat hati yang meragut nyawa puteri keduanya itu.Asha Rosli berkata, kejadian meragut nyawa tersebut berlaku pada hari kedua Qaseh Aulia dihantar ke rumah pengasuh.Menurut Asha, pada 10 Oktober lalu Qaseh Aulia dihantar ke rumah pengasuh dalam keadaan sihat dan ceria.Bagaimanapun, keadaan tersebut hanya selama empat jam kerana Qaseh Aulia akhirnya bertemu sang pencipta.Asha mendedahkan, rekod menerusi rakaman litar tertutup memaparkan bayi yang baru berusia dua bulan itu diletakkan dalam posisi meniarap selama satu jam tanpa pengawasan.Punca kematian adalah disebabkan kesukaran bernafas (lemas).View this post on InstagramA post shared by JURNAL (@jurnal.malaysia)Perkongsian Asha itu mengundang simpati warganet yang rata-rata mahukan hukuman setimpal dikenakan kepada pengasuh yang cuai dan mengabaikan Qaseh Aulia.Sementara itu, media melaporkan pengasuh Qaseh Aulia sudah ditahan polis bagi membantu siasatan.Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, wanita berusia 40-an ditahan selepas dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.Katanya, pengasuh warga asing yang berkahwin dengan warga tempatan itu dibebaskan dengan jaminan polis.“Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana membabitkan penganiayaan, pengabaian dan pembuangan atau pendedahan kanak-kanak.“Kita masih menunggu laporan penuh hasil bedah siasat yang dijalankan terhadap bayi berkenaan,” ujarnya.Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai memberikan ruang kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan lanjut. – JURNAL |
https://jurnal-malaysia.com/bantuan-awal-persekolahan-disalur-bermula-januari-2024/ | Bantuan Awal Persekolahan Disalur Bermula Januari 2024 | Bantuan Awal Persekolahan (BAP)akan disalurkan kepada sekolah bermula bulan Januari 2024, kata Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).Menerusi kenyataan pada Isnin, KPM berkata, bayaran itu akan diagihkan kepada murid secara tunai atau kredit ke akaun masing-masing.Kredit foto: Kosmo“KPM percaya BAP dapat membantu meringankan beban perbelanjaan ibu bapa dan penjaga dalam menyediakan kelengkapan anak-anak bagi menghadapi sesi persekolahan yang akan datang,” kata kementerian itu.Belanjawan 2024 memperuntukkan RM788,130,000 khusus untuk BAP dan diberikan RM150 kepada setiap murid secara sekali bayar.Ia akan memberi manfaat kepada seramai 5,254,200 orang murid di seluruh negara. – JURNAL |
https://jurnal-malaysia.com/israel-arah-penduduk-palestin-pindah-beg-batik-pm-jadi-perhatian-pm-ahli-politik-islam-paling-berpengaruh/ | Israel Arah Penduduk Palestin Pindah | Beg Batik PM Jadi Perhatian | PM Ahli Politik Islam Paling Berpengaruh | SOROTAN HUJUNG MINGGU1.PM Anwar Tersenarai Ahli Politik Islam Paling Berpengaruh Di Dunia2.Israel Beri Amaran Pindahkan Penduduk Palestin Ke Selatan Gaza Dalam Tempoh 24 Jam3.[V] Bentang Belanjawan 2024, Beg Batik PM Jadi Perhatian4.Ahli Parlimen Pembangkang Pakai Baju Melayu Putih Hadir Pembetangan Belanjawan 2024, Tanda Solidariti Bersama Palestin5.Belanjawan 2024: Sumbangan Tunai Rahmah Ditingkatkan Kepada RM10 Bilion |
https://jurnal-malaysia.com/belanjawan-2024-sumbangan-tunai-rahmah-ditingkatkan-kepada-rm10-bilion/ | Belanjawan 2024: Sumbangan Tunai Rahmah Ditingkatkan Kepada RM10 Bilion | Kerajaan akan meningkatkan peruntukan bantuan tunai melaluiSumbangan Tunai Rahmahdaripada RM8 bilion kepada RM10 bilion.Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahimberkata, peningkatan tersebut dijangka dapat memanfaatkan sekitar sembilan juta rakyat yang layak di negara ini.Jelas beliau, perkembangan positif itu hasil penjimatan subsidi, yang kemudian akan disalurkan kepada rakyat.“Sekalipun barangan bersubsidi membantu rakyat dalam meminimumkan kos sara hidup, tetapi hakikatnya subsidi lebih memanfaatkan golongan kaya dan harga yang murah pula telah meningkatkan ketirisan dan penyeludupan ke luar negara. Malah, subsidi turut dihirup oleh lebih 3.5 juta orang asing.Kredit foto: The Star“Maka, mulai tahun hadapan, pendekatan penyasaran semula subsidi akan dilaksanakan secara berfasa. Hasil penjimatan subsidi ini sebahagiannya akan disalurkan terus untuk meningkatkan peruntukan bantuan tunai melalui Sumbangan Tunai Rahmah daripada RM8 bilion kepada RM10 bilion,” kata Perdana Menteri ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (2024) di Dewan Rakyat hari ini.Belanjawan 2024 merupakan Belanjawan MADANI Kedua sebagai kesinambungan dasar yang menelusuri Kerangka Ekonomi MADANI melibatkan tiga tumpuan utama iaitu; Tatakelola Terbaik Demi Ketangkasan Perkhidmatan; Penstrukturan Semula Ekonomi Bagi Melonjak Pertumbuhan; Peningkatan Darjat Hidup Rakyat. – JURNALSumber: ASTRO AWANI |
https://jurnal-malaysia.com/ahli-parlimen-pembangkang-pakai-baju-melayu-putih-hadir-pembetangan-belanjawan-2024-tanda-solidariti-bersama-palestin/ | Ahli Parlimen Pembangkang Pakai Baju Melayu Putih Hadir Pembetangan Belanjawan 2024, Tanda Solidariti Bersama Palestin | Ahli Parlimen pembangkang hari ini, mengenakan baju Melayu putih ketika menghadiri pembentangan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat.Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, berkata mereka semua sepakat untuk mengenakan pakaian itu bagi menyokong dan bersolidariti bersama rakyat Palestin.“Ini demi kebebasan Palestin,” katanya.Hari ini, pemimpin politik kerajaan dan pembangkang duduk sepentas bagi menyatakan sokongan dan solidariti terhadap Palestin pada Himpunan Solidariti Bersama Gaza di Masjid Negara.Himpunan bermula jam 2 petang itu dihadiri lebih 5,000 individu termasuk Ahli Parlimen dari kerajaan, pembangkang, pemimpin politik pelbagai parti dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan.Media melaporkan, Semenanjung Gaza, yang dihuni kira-kira 2.3 juta orang, dikepung oleh Israel yang menyerang sasaran Hamas di kawasan itu dan membunuh lebih 1,500 rakyat Palestin dalam serangan balas sejak pencerobohan bermula Sabtu lalu. – JURNALSumber: BH ONLINE |
https://jurnal-malaysia.com/v-bentang-belanjawan-2024-beg-batik-pm-jadi-perhatian/ | [V] Bentang Belanjawan 2024, Beg Batik PM Jadi Perhatian | Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahimmenggunakan beg fail warna hitam bermotifkan corak ‘Arabesque’ untuk membawa dokumen Belanjawan 2024 yang dibentangkan di Parlimen hari ini.Beg itu adalah hasil buatan tangan sepenuhnya oleh pengusaha batik tempatan berasal dari Kelantan,Khairul Aznan, yang meneruskan legasi batik tiga generasi keluarganya.View this post on InstagramA post shared by JURNAL (@jurnal.malaysia)Anwar, yang memakai sepersalinan baju Melayu berwarna ungu tiba pada jam 4 petang diiringi oleh dua Timbalan Menteri Kewangan iaitu Datuk Seri Ahmad Maslan dan Steven Sim Chee Keong.Ahli Parlimen Tambun itu turut beramah mesra bersama media sebelum membentangkan Belanjawan 2024.Pembentangan belanjawan kali ini bertemakan ‘Belanjawan 2024: Reformasi Ekonomi, Memperkasa Rakyat’ dan ia pembentangan kedua oleh Anwar. – JURNALSumber: BH ONLINE |
https://jurnal-malaysia.com/israel-beri-amaran-pindahkan-penduduk-palestin-ke-selatan-gaza-dalam-tempoh-24-jam/ | Israel Beri Amaran Pindahkan Penduduk Palestin Ke Selatan Gaza Dalam Tempoh 24 Jam | Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)mendedahkan pihaknya dimaklumkan oleh tenteraIsrael, lewat malam tadi, bahawa kira-kira 1.1 juta rakyat Palestin di utara Gaza harus dipindahkan ke bahagian selatan kawasan itu dalam tempoh 24 jam seterusnya.Ia dikhuatiri berkemungkinan petanda ambang pelancaran serangan darat yang dirancang oleh rejim Zionis, dalam ketegangan semakin memuncak selepas kumpulan pejuang Hamas bertindak balas melancarkan serangan mengejut ke atas Israel pada Sabtu minggu lalu.“Pegawai PBB di Gaza diberitahu pegawai perhubungan mereka dalam tentera Israel bahawa seluruh populasi di utara Wadi Gaza harus dipindahkan ke selatan Gaza dalam tempoh 24 jam. Ia bakal membabitkan kira-kira 1.1 juta penduduk.“PBB merayu sungguh-sungguh agar sebarang arahan sedemikian, jika sah, dibatalkan bagi mengelakkan tragedi memang sedia ada kini berubah menjadi situasi malapetaka,” kata jurucakap PBB,Stephane Dujarric, dalam satu kenyataan di New York.Jumlah penduduk terbabit meliputi hampir separuh daripada keseluruhan 2.3 juta populasi Gaza, manakala kawasan utara Wadi Gaza pula termasuk bandar terbesar di enklaf itu, Gaza City.Dujarric berkata, PBB menganggap mustahil untuk pergerakan seumpama itu berlaku tanpa akibat yang memusnahkan kemanusiaan.Jurucakap PBB, Stephane Dujarric.Beliau berkata, arahan oleh tentera Israel itu turut meliputi semua kakitangan PBB dan mereka yang berlindung di kemudahan agensi antarabangsa berkenaan, termasuk sekolah, pusat kesihatan serta klinik.Tentera rejim Zionis tidak memberi komen mengenai amaran itu, setakat ini, ketika Israel mengerahkan kereta kebalnya ke lokasi berhampiran sempadan Gaza sambil berterusan membedil Gaza dengan serangan udara.Namun, Duta Israel ke PBB, Gilad Erdan dilihat seolah-olah mengesahkan amaran itu dengan berkata: “Respons PBB terhadap amaran awal Israel kepada penduduk Gaza adalah memalukan.”Erdan mendakwa, PBB sepatutnya memfokus mengutuk Hamas dan menyokong hak Israel untuk mempertahankan diri.Ketua pejabat media kerajaan Hamas, Salama Marouf bagaimanapun menyifatkan amaran berpindah itu sebagai cubaan Israel untuk ‘menghebah dan menyebarkan propaganda palsu, bertujuan menyemai kekeliruan dalam kalangan penduduk serta merosakkan perpaduan dalaman mereka.’“Kami menggesa rakyat kami supaya tidak terpengaruh dengan cubaan itu,” katanya. – JURNALSumber: BH ONLINE |
https://jurnal-malaysia.com/pm-anwar-tersenarai-ahli-politik-islam-paling-berpengaruh-di-dunia/ | PM Anwar Tersenarai Ahli Politik Islam Paling Berpengaruh Di Dunia | Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahimtersenarai sebagai pemimpin dan ahli politik Islam paling berpengaruh di dunia.Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berada di kedudukan ke-11 bagi kategori pemerintah dan ahli politik seperti tersenarai dalam penerbitan edisi terbaru The Muslim 500: The World’s 500 Most Influential Muslim 2024.Perdana Menteri Malaysia ke-10 itu berada di belakang Presiden Indonesia, Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi yang berada di tangga kesembilan dalam senarai terbabit.Kredit foto: BERNAMAMengimbau pencapaian Anwar pada tahun lalu, Presiden PKR itu berada di kedudukan ke-22 dalam kategori sama.Mengikut penerbitan berkenaan, pemilihan dibuat berlandaskan pelbagai aspek termasuk budaya, pemikiran, kewangan dan politik.Aspek lain diambil kira termasuk melakukan perubahan yang memberi kesan terhadap dunia Islam dan penganutnya. – JURNALSumber: BERNAMA |
https://jurnal-malaysia.com/myairline-henti-operasi-mengejut-pertimbang-keluar-kwsp-sekali-lagi-myairline-kena-bayar-balik-tiket-pelanggan/ | MYAirline Henti Operasi Mengejut | Pertimbang Keluar KWSP Sekali Lagi | MYAirline Kena Bayar Balik Tiket Pelanggan | SOROTAN MENARIK KHAMIS 12/10/20231.Syarikat Penerbangan MYAirline Gantung Operasi Kerana Masalah Kewangan2.Pesta Bola Merdeka, Perkhidmatan LRT Dilanjut Sehingga 12.30 Malam Sabtu3.MYAirlines Perlu Bayar Balik Duit Tiket Penumpang – MACVOM4.Pematuhan Operasi TikTok Terhadap Undang-undang Malaysia Tidak Memuaskan – Fahmi Fadzil5.Pembangkang Gesa Kerajaan Pertimbang Sekali Lagi Pengeluaran KWSP6.Anthony Loke Bidas MYAirlines – “Tidak Bertanggungjawab, Jejas Imej Negara!” |
https://jurnal-malaysia.com/anthony-loke-bidas-myairlines-tidak-bertanggungjawab-jejas-imej-negara/ | Anthony Loke Bidas MYAirlines – “Tidak Bertanggungjawab, Jejas Imej Negara!” | Menteri Pengangkutan,Anthony Lokemembidas tindakan syarikat penerbangan tambang murah,MYAirline Sdn Bhdyang menggantung operasi serta-merta tanpa notis awal pada Khamis.Beliau menyifatkan tindakan itu sebagai tidak bertanggungjawab apatah lagi pada waktu operasinya digantung, MYAirline seolah-olah terus ‘menghilangkan diri’.Menurutnya, bukan hanya kapal terbang tidak beroperasi malah kakitangan mereka juga tiada di lapangan terbang untuk memaklumkan situasi semasa kepada pelanggan.“Saya amat kesal dengan apa yang berlaku dan ia menjejaskan, bukan sahaja nama syarikat itu tapi menjejaskan imej negara sebagai sebuah destinasi pelancongan.“Sudah tentu ada juga penumpang antarabangsa terjejas, bukan sahaja penumpang domestik yang membeli tiket kapal terbang untuk ke destinasi domestik.“Saya tidak tahu berapa jumlahnya tapi saya pasti ada penumpang antarabangsa yang terjejas juga,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen pada Khamis.Rentetan itu, seramai 10,000 ribu penumpang daripada 39 penerbangan terjejas akibat penggantungan operasi MYAirline.Angka berkenaan melibatkan jadual penerbangan sehingga hari ini (12 Oktober). Perkara berkenaan dimaklumkan Malaysia Airports menerusi satu kenyataan pada Khamis.MyAirline mengumumkan penggantungan operasinya berkuat kuasa hari ini, 12 Oktober 2023.Menerusi satu kenyataan, syarikat itu berkata, penggantungan tersebut akan berlanjutan sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.Menurutnya, tekanan kewangan menjadi punca keputusan itu terpaksa dibuat selain menunggu penstrukturan semula pemegang saham dan penjanaan semula modal syarikat itu. – JURNALSumber: ASTRO AWANI |
https://jurnal-malaysia.com/pembangkang-gesa-kerajaan-pertimbang-sekali-lagi-pengeluaran-kwsp/ | Pembangkang Gesa Kerajaan Pertimbang Sekali Lagi Pengeluaran KWSP | Pembangkang hari ini menggesa kerajaan membenarkan pengeluaran sekali lagi danaKumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)kepada pencarum yang benar-benar memerlukan.Ahli Parlimen Tasek Gelugor,Datuk Wan Saiful Wan Janberkata, permintaan itu hadir susulan memorandum yang diterima Perikatan Nasional (PN) daripada Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) yang mana isu pengeluaran KWSP antara 10 permintaan yang dikemukakan.“Mereka (PGIRM) meminta kerajaan membenarkan pengeluaran KWSP secara bersasar.“Mereka menjalankan tinjauan kepada 99,335 pencarum yang menyatakan mereka terdesak dan berada dalam kesusahan yang amat memerlukan pengeluaran KWSP secara bersasar dengan tujuan kecemasan.“Kita harap kerajaan ambil tindakan segera. Tolong benarkan KWSP secara bersasar,” katanya ketika sidang media di Parlimen hari ini.Mengulas lanjut, Wan Saiful berkata PGIRM melalui memorandum sama meminta kerajaan memudah cara individu yang kehilangan pekerjaan disebabkan pandemik COVID-19 untuk kembali ke alam pekerjaan.“Lanjutan krisis dan masalah ekonomi negara, ramai rakyat dibuang kerja. Sehingga hari ini, mereka tak dapat kerja semula.“Jadi permintaan rakyat ini supaya kerajaan menjalankan proses memudahkan mereka yang dibuang kerja, ada pengalaman kerja tetapi sampai sekarang tak dapat pekerjaan.Kredit foto: Harian Metro“Kita minta kerajaan mudahkan urusan mereka mendapatkan kembali pekerjaan supaya boleh menjalani kehidupan secara bermaruah dan tidak perlu meminta secara berterusan,” katanya.Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim ketika sidang media sama menyarankan kerajaan memberi keutamaan untuk membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada warga tempatan biarpun terdapat industri mahu mendapatkan khidmat pekerja asing.Beliau juga menyifatkan keputusan mesyuarat Jemaah Menteri sebelum ini yang memutuskan untuk membuka 7,500 kuota pekerja asing bagi pengambilan subsektor perkhidmatan tukang gunting rambut, tekstil dan tukang emas, bukan satu perkara mendesak.“Saya menyarankan bagi pihak PN supaya keperluan 7,500 pekerja asing seperti diumumkan Menteri Sumber Manusia itu tidak terlalu mendesak dan ia boleh dipenuhi dengan mengambil warga tempatan yang berkemahiran untuk mengisi keperluan sektor terbabit termasuk dalam bidang kesihatan,” katanya.Kredit foto: XTRAAwang berkata, negara juga pada masa ini mempunyai lepasan pelajar dalam bidang jururawat yang boleh memberi menampung keperluan tenaga kerja tempatan.“Kita ada lambakan jururawat yang masih lagi dalam status kontrak, tetapkan (bagi jawatan tetap) mereka ini dan bila kita lihat dibukanya untuk mengisi jawatan (kepada pekerja asing) ketika banyak jururawat kita yang terlatih.“Jadi tumpulah kepada anak tempatan sebelum kita mahu membuka kepada warga asing ini,” katanya.Kredit foto: Malaysia KiniSebelum ini, Menteri Kesihatan,Dr Zaliha Mustafamengumumkan kelonggaran bersyarat secara sementara kepada kemudahan kesihatan swasta untuk mengambil jururawat terlatih warga asing bagi tempoh 12 bulan mulai 1 Oktober.Beliau berkata, kekurangan tenaga kerja jururawat di sektor awam dan swasta memberi kesan besar terhadap penyampaian perkhidmatan kesihatan secara efektif di negara ini dan perkara itu sudah lama dibangkitkan pelbagai persatuan dalam rangkaian industri perubatan swasta dan ia harus segera diatasi. – JURNALSumber: BH ONLINE |
https://jurnal-malaysia.com/pematuhan-operasi-tiktok-terhadap-undang-undang-malaysia-tidak-memuaskan-fahmi-fadzil/ | Pematuhan Operasi TikTok Terhadap Undang-undang Malaysia Tidak Memuaskan – Fahmi Fadzil | Pematuhan operasi TikTok terhadap undang-undang Malaysia masih tidak memuaskan dan mesti diperbetul segera, kata Menteri Komunikasi dan Digital,Fahmi Fadzil.Katanya beliau menegaskan perkara itu pada pertemuan dengan pengurusan tertinggi TikTok diketuai oleh Naib Presiden Global TikTok,Helena Lersch,semalam.Fahmi berkata selain perlu beroperasi mengikut garis panduan dan undang-undang Malaysia, TikTok juga mesti lebih proaktif mengekang penularan berita palsu dan bahan berbaur fitnah yang disebarkan di platform itu, termasuk penularan yang bersifat Coordinated Inauthentic Behaviour (CIB).“Pihak TikTok mengakui terdapat kelemahan dalam respons mereka berikutan ketiadaan wakil di Malaysia pada ketika ini,” katanya dalam catatan di Facebooknya hari ini.Fahmi berkata pertemuan itu bertujuan mendapatkan penjelasan berhubung beberapa isu berbangkit susulan peningkatan penyebaran berita palsu di platform media sosial tersebut serta operasi TikTok Shop di Malaysia.Pada masa sama, Fahmi berkata TikTok juga diingatkan supaya mencari solusi kepada isu pembelian iklan dan sebaran kandungan di platform terbabit.Katanya kerajaan tegas dalam hal itu berikutan ada aduan daripada gedung perniagaan, orang awam dan agensi media yang sangat terkesan oleh iklan yang ditempah terus dengan platform media sosial berkenaan.“TikTok telah memberi jaminan akan meningkatkan kerjasama dengan Kerajaan Malaysia. Sehubungan itu, mereka memberi komitmen untuk mengadakan pertemuan lanjut pada kadar segera bagi menyelesaikan isu-isu ini,” katanya.Pada Sabtu lepas, Fahmi dilaporkan berkata kementeriannya akan memanggil pengendali aplikasi TikTok bagi memberi penjelasan berhubung beberapa isu berkaitan iklan dan kandungan di platform terbabit. – JURNAL |
https://jurnal-malaysia.com/myairlines-perlu-bayar-balik-duit-tiket-penumpang-macvom/ | MYAirlines Perlu Bayar Balik Duit Tiket Penumpang – MACVOM | Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MACVOM)menegaskan operasi syarikat penerbangan tambang murah, MYAirline Sdn. Bhd. (MYAirline) bertanggungjawab untuk membuat bayaran balik kepada pengguna yang terkesan.MAVCOM berkata,MYAirlineperlu membayar ganti rugi kepada pembeli tiket yang terkesan dengan pergantungan operasi syarikat tersebut sehingga mereka tidak dapat meneruskan penerbangan.“MAVCOM telah mengarahkan MYAirline untuk segera membantu para pengguna terjejas antara lainnya termasuk, dengan memaklumkan kepada mereka mengenai penggantungan operasi tersebut dan menerbitkan pengumuman mengenai penggantungan tersebut melalui saluran-saluran komunikasi syarikat penerbangan yang tersedia.“MYAirline juga telah diarahkan oleh Suruhanjaya untuk segera menghentikan penjualan dan tempahan tiket penerbangan di semua platform tempahan sehingga notis lanjut diberikan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.Terdahulu, MYAirline mengumumkan penggantungan operasinya berkuat kuasa hari ini sehingga suatu tarikh yang diberitahu kelak.Ahli Lembaga Pengarah syarikat itu berkata, keputusan penggantungan tersebut dibuat kerana tekanan kewangan yang menyebabkan operasi perlu digantung sementara menunggu penstrukturan semula pemegang saham dan permodalan semula syarikat.MAVCOM berkata, pihaknya juga menjalankan siasatan ke atas MYAirline berdasarkan pelaksanaan semakan dalaman dan aduan yang diterima berkenaan pembayaran statutori yang tidak dijelaskan kepada para pekerja syarikat tersebut.“MAVCOM akan memaklumkan sebarang perkembangan lanjut mengenai operasi MYAirline dalam masa terdekat,” katanya.Sementara itu, MAVCOM turut menyediakan talian dan saluran khusus untuk membantu pengguna yang terkesan dengan penggantungan operasi MYAirline.Jelasnya, langkah tersebut diambil bagi membantu pengguna yang terjejas dengan penggantungan secara mengejut tersebut.“MAVCOM menggesa para pengguna terjejas yang telah membeli tiket penerbangan MYAirline bagi tarikh penerbangan dari 12 Oktober 2023 dan selanjutnya.Kredit foto: BERNAMA“Untuk menghubungi saluran aduan khas syarikat penerbangan tersebut iaitu [email protected] bagi sebarang pertanyaan dan bantuan berhubung tempahan mereka,” katanya.Pengguna boleh menghubungi MAVCOM melalui Hotline pengguna iaitu1800-18-6966dan03-7651 2777bagi pengguna di luar negara, selain itu turut boleh menghantar emel pada mereka iaitu [email protected] juga boleh mengisi boring aduan FlySmart iaitu https://flysmart.my/buat-aduan/ dan menggunakan aplikasi mudah alih FlySmart. – JURNAL |
https://jurnal-malaysia.com/pesta-bola-merdeka-perkhidmatan-lrt-dilanjut-sehingga-12-30-malam-sabtu/ | Pesta Bola Merdeka, Perkhidmatan LRT Dilanjut Sehingga 12.30 Malam Sabtu | Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) hari ini mengumumkan pelanjutan waktu operasiSistem Transit Aliran Ringan (LRT)Laluan Ampang / Sri Petaling di Stesen LRT Bukit Jalil sehingga jam 12.30 tengah malam Sabtu.Dalam satu kenyataan, ia berkata, pelanjutan waktu operasi tersebut adalah bagi menyemarakkan lagi semangat sokongan kepada pasukan Harimau Malaya dalam perlawananPesta Bola Merdeka 2023yang bakal berlangsung pada Jumaat, 13 Oktober 2023.Sehubungan itu, ia berkata, waktu operasi bagi stesen-stesen integrasi juga akan dilanjutkan, manakala stesen-stesen lain akan menamatkan operasi seperti biasa. Katanya, penumpang boleh keluar di stesen-stesen tersebut bagi meneruskan perjalanan ke destinasi akhir.“Rapid KL menasihatkan agar para penyokong menggunakan kad Touch ‘n Go (TnG) dan memastikan baki pada kad adalah mencukupi atau membeli token perjalanan pulang lebih awal bagi kelancaran perjalanan pergi dan balik.“Penyokong disaran agar menggunakan fasiliti ‘Park N Ride’ di stesen-stesen rel terpilih bagi memudahkan perjalanan tanpa perlu menempuh kesesakan trafik serta kesulitan dalam mencari parkir di kawasan stadium. Sila gunakan kad TnG yang sama bagi mendapatkan kadar rata bagi bayaran parkir,” menurut kenyataan itu lagi.Rapid Rail berkata, inisiatif lanjutan perkhidmatan tersebut adalah sebagai tanda sokongan Rapid KL terhadap pasukan negara serta para penyokong Harimau Malaya dalam memastikan kemudahan pengangkutan awam tersedia bagi mengurangkan kesesakan kenderaan di sekitar kawasan stadium pada hari perlawanan nanti.“Sila layari Twitter dan Facebook MyRapidKL atau layari laman web www.myrapid.com.my untuk maklumat lebih lanjut,” katanya lagi. – JURNAL |
https://jurnal-malaysia.com/syarikat-penerbangan-myairline-gantung-operasi-kerana-masalah-kewangan/ | Syarikat Penerbangan MYAirline Gantung Operasi Kerana Masalah Kewangan | Syarikat penerbangan tambang murahMYAirlinemengumumkan penggantungan operasinya berkuat kuasa hari ini, 12 Oktober 2023.Menerusi satu kenyataan, syarikat itu berkata, penggantungan tersebut akan berlanjutan sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.Menurutnya, tekanan kewangan menjadi punca keputusan sukar itu terpaksa dibuat selain menunggu penstrukturan semula pemegang saham dan penjanaan semula modal syarikat itu.Kredit foto: BERNAMA“Kami amat kesal dan memohon maaf kerana terpaksa membuat keputusan ini kerana kami memahami kesannya terhadap penumpang setia kami, pekerja yang berdedikasi dan rakan kongsi.“Kami telah bekerja tanpa jemu untuk meneroka pelbagai pilihan perkongsian dan penjanaan modal untuk mengelakkan penggantungan ini.“Malangnya, kekangan masa menyebabkan kami tiada pilihan selain mengambil keputusan ini,” kata Ahli Lembaga Pengarah MYAirline dalam kenyataan tersebut.Sementara itu, MYAirline turut menasihati penumpang yang terjejas supaya tidak ke lapangan terbang selain perlu mencari alternatif lain untuk ke destinasi mereka.“Lembaga Pengarah, pemegang saham dan semua kakitangan MYAirline akan bekerja tanpa jemu untuk menyambung semula operasi secepat mungkin tetapi pada peringkat ini kami tidak dapat komited pada sebarang garis masa.“Kami mengulangi permohonan maaf yang setulus-tulusnya atas sebarang kesulitan yang timbul daripada penggantungan ini dan akan melakukan yang terbaik untuk memaklumkan sebarang kemas kini sekiranya ada,” memetik kenyataan itu.Pelanggan yang berdepan sebarang masalah boleh menghubungi [email protected] untuk mendapatkan bantuan sokongan. – JURNAL |
https://jurnal-malaysia.com/israel-mahu-rakyat-palestin-mati-kebuluran-ebit-lew-dapat-perintah-injuksi-interim-kes-rogol-fitnah-ebit-lew-dirujuk-ke-agc/ | Israel Mahu Rakyat Palestin Mati Kebuluran | Ebit Lew Dapat Perintah Injuksi Interim | Kes Rogol, Fitnah Ebit Lew Dirujuk Ke AGC | SOROTAN MENARIK RABU 11/10/20231.Sekat Bekalan Elektrik, Makanan Israel Mahu Rakyat Palestin Mati Kebuluran2.Sah! Turkiye Tarik Diri…UK, Ireland Penganjur Bersama Euro 20283.Bekalan Air Di Hulu Selangor Pulih Sepenuhnya, Enam Daerah Lain 72.8 Peratus4.Bekas Tentera Tikam Dada Isteri Berdepan Hukuman Gantung Sampai Mati5.Ebit Lew Dapat Perintah Injuksi Interim Halang Caprice, Mondy Tatto Keluar Kenyataan Cemar Reputasi6.Kertas Siasatan Dakwaan Kes Rogol Ebit Lew Telah Dirujuk Kepada Jabatan Peguam Negara |
https://jurnal-malaysia.com/kertas-siasatan-dakwaan-kes-rogol-ebit-lew-telah-dirujuk-kepada-jabatan-peguam-negara/ | Kertas Siasatan Dakwaan Kes Rogol Ebit Lew Telah Dirujuk Kepada Jabatan Peguam Negara | Dua kertas siasatan membabitkan kes pendakwah terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau lebih dikenali Ebit Lew telah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC), minggu lalu.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman,Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zainberkata, kertas siasatan itu berkaitan dakwaan merogol dan dakwaan fitnah terhadap Ebit Lew.“Kedua-dua kertas siasatan itu telah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara minggu lalu.“Saya tidak boleh mengulas lanjut kerana Ebit Lew sedang menghadapi kes mahkamah di Sabah,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, hari ini.Terdahulu, media melaporkan pempengaruh daripada Indonesia, The Mondy Tatto membuat laporan polis menyatakan dirinya telah dirogol oleh pendakwah tersebut.Mohd Shuhaily dilaporkan berkata, Ebit Lew juga telah membuat laporan polis berkaitan dakwaan fitnah terhadapnya dan satu lagi laporan polis bagi menafikan kes rogol.20 September lalu, polis telah merakam percakapan penyanyi rap, Caprice dan Mondy berhubung laporan yang dibuat Ebit Lew.Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintenden Mohd Fairus Jaafar dilaporkan berkata, rakaman percakapan tersebut telah diambil di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor bagi siasatan lanjut. – JURNALSumber:KOSMO! ONLINE. |
https://jurnal-malaysia.com/ebit-lew-dapat-perintah-injuksi-interim-halang-caprice-mondy-tatto-keluar-kenyataan-cemar-reputasi/ | Ebit Lew Dapat Perintah Injuksi Interim Halang Caprice, Mondy Tatto Keluar Kenyataan Cemar Reputasi | Ebit Irawan Ibrahim Lew atau dikenali Ebit Lew memperoleh perintah injunksi interim bagi menghalang penyanyi rap,Capricedan pempengaruh media sosial,Mondy Tattodaripada mengeluarkan kenyataan mencemarkan reputasi dan berbentuk ugutan terhadap pendakwah terkenal itu.Perintah itu dikeluarkan Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 5 Oktober lalu, terhadap Caprice atau Ariz Ramli serta pempengaruh media sosial terbabit atau nama sebenarnya, Dita Restu Amanda yang berasal dari Indonesia.Mahkamah juga mengarahkan kedua-dua individu berkenaan untuk memadam satu rakaman di laman YouTube Nustix.com The Podcast Show serta lima video di Instagram penyanyi rap itu dalam tempoh 24 jam selepas perintah injunksi sementara dikeluarkan.Menurut penyataan tuntutan difailkan sebelum ini, Ebit Lew selaku plaintif memaklumkan mula mengenali Mondy ketika menjalankan aktiviti kemanusiaan di Jakarta, Indonesia, 7 Jun lalu.Ketika itu, wanita berkenaan sebagai defendan kedua memperkenalkan diri sebagai ibu tunggal dan gelandangan kepada Ebit Lew.Pada 12 Jun lalu, Mondy berkunjung ke Malaysia bagi mempelajari dan mendalami agama Islam di Ma’ahad Ad-Dirasaatil Islamiyyah, Sri Petaling, Shah Alam.Bagaimanapun, pendakwah terkenal itu difahamkan bahawa Mondy mengambil keputusan untuk tidak meneruskan pembelajarannya dan pulang ke Indonesia pada Julai lalu.Pada 15 September lalu, Caprice memuat naik rakaman video yang mana pempengaruh media sosial itu dijadikan sebagai tetamu jemputan.Rakaman itu antara lain membawa maksud bahawa plaintif melakukan gangguan seksual dan mengambil kesempatan terhadap Mondy, selain seorang yang tidak bertanggungjawab serta penunggang agama.Plaintif mendakwa, Caprice selaku defendan pertama secara jahat menerbitkan video berkenaan tanpa membuat sebarang pengesahan fakta daripadanya atau peguam.Banyak komen negatif, cacian dan makian didakwa dikeluarkan oleh pengikut akaun YouTube Caprice akibat penerbitan video itu.Plaintif turut mendakwa, kenyataan berbaur fitnah dikeluarkan Caprice dan Mondy menyebabkan dirinya dikecam, diejek dan diaibkan.Pada 29 September lalu, polis dilaporkan akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan dakwaan kes gangguan seksual dan fitnah membabitkan Ebit Lew, Mondy Tatto serta Caprice.Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, dilaporkan berkata pihaknya sudah mengambil 10 keterangan termasuk daripada tiga individu berkenaan.Sebelum ini, Mondy dan Caprice membuat laporan polis berhubung gangguan seksual yang didakwa dilakukan seorang pendakwah bebas terhadap wanita itu.Ebit Lew kemudian membuat laporan penafian berserta laporan fitnah di Balai Polis USJ 8, Subang Jaya. – JURNALSumber:BH ONLINE |
https://jurnal-malaysia.com/bekas-tentera-tikam-dada-isteri-berdepan-hukuman-gantung-sampai-mati/ | Bekas Tentera Tikam Dada Isteri Berdepan Hukuman Gantung Sampai Mati | Seorang bekas tentera berdepan hukuman gantung sampai mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Kangar hari ini atas pertuduhan membunuh isterinya yang juga seorang jururawat Hospital Tuanku Fauziah, Kangar di sebuah rumah di Jalan Padang Nyu, Arau pada 30 September lalu.Tertuduh,Indera Zailan Mohamad Sani, 38 dari Gerik, Perak hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Nor Haliza Md Ali.Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati membunuh Munirah Abu Bakar, 31, di sebuah rumah di Batu 3/4 Jalan Padang Nyu, Arau.Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu pada 29 September sekitar jam 10 malam hingga 6.55 pagi pada 30 September lalu.Tertuduh didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.Jika sabit kesalahan boleh digantung sampai mati atau penjara tidak lebih 40 tahun dan sebatan tidak kurang daripada 12 sebatan.Pendakwaan dilaksananakan oleh Timbalan Pendakwa Raya negeri, Muhamad Asyraf Md Kamal dan Mohd Izham Ali manakala tertuduh diwakili peguam, Hari Prassaad Rao.Mahkamah kemudian menetapkan 17 November hadapan bagi sebutan semula kes di mahkamah yang sama sebelum dipindahkan ke Mahkamah Tinggi selain menunggu laporan kimia dan laporan bedah siasat kes berkenaan.Dalam kejadian pada 30 September lalu, Indera Zailani membunuh Munirah dengan menikam mangsa di bahagian kiri dada dengan sebilah pisau di kediaman pasangan terbabit di Jalan Padang Nyu, Arau.Kejadian jam 6 pagi itu dipercayai bermula dengan pergaduhan antara suspek dengan mangsa di ruang tamu rumah itu ketika mangsa sedang bersiap untuk ke tempat kerja.Indera Zailan yang berang selepas itu secara tiba-tiba mengambil pisau dan menikam dada mangsa.Selepas membunuh mangsanya, suspek dikatakan membawa wanita berkenaan ke dalam bilik utama dan menutup mayat mangsa dengan selimut tebal.Suspek kemudian bertindak memandu kereta dan menghantar dua anak mereka berusia lapan dan 10 tahun ke rumah pengasuh di Kampung Kubang Gajah, Arau yang terletak sekitar tiga kilometer dari tempat kejadian.Selepas itu, suspek menyerah diri dengan memaklumkan kejadian berkenaan di pondok pengawal Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis sekitar jam 10 pagi sebelum polis ke tempat kejadian.Semakan ujian air kencing terhadap suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine.Manakala, hasil bedah siasat mangsa di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar mendapati Allahyarham Munirah maut akibat luka tikaman hingga ke hati serta bahagian pembuluh darah. – JURNALSumber:ASTRO AWANI |
https://jurnal-malaysia.com/bekalan-air-di-hulu-selangor-pulih-sepenuhnya-enam-daerah-lain-72-8-peratus/ | Bekalan Air Di Hulu Selangor Pulih Sepenuhnya, Enam Daerah Lain 72.8 Peratus | Bekalan air di Hulu Selangor telah pulih sepenuhnya sementara tahap pemulihan di enam daerah lain mencapai 72.8 peratus.Air Selangor memaklumkan, peratusan pemulihan mengikut kawasan adalah Petaling dengan 85.3 peratus, Kuala Lumpur (18.6 peratus), Gombak (56.2 peratus), Shah Alam (82.9 peratus), Klang (80.2 peratus) dan Kuala Selangor 97.9 peratus.Menurutnya, bekalan air akan diterima secara berperingkat dan dijangka pulih sepenuhnya pada jam 12 tengah malam Khamis.“Antara kawasan yang belum pulih di Kuala Selangor (Bukit Kerayong, Jeram Estate, Jeram), Shah Alam (Seksyen 15, Seksyen 12-Kampung Kebun Bunga, Seksyen 29, Seksyen 30, Seksyen 32, Seksyen 34, Seksyen 35, Taman Kandis Permai, Taman Sentosa-Jalan Hulubalang, Taman Subang Mas).“Bagi Klang (Armada Putera, Bandar Baru Bukit Raja, Bandar Putera 2, Bukit Kapar, Jalan Samarinda, Kampung Cherakah, Kampung Johan Setia, Kampung Kastam, Kampung Raja Uda, Kampung Teluk Gong, Kampung Pulau Indah, Meru, Perindustrian Pulau Indah Fasa 1, Taman Klang Jaya, Taman Sentosa, Taman Sri Andalas, Westport),” menurut perkongsian di Facebook Air Selangor.Pada Selasa Air Selangor memaklumkan loji rawatan air Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), SSP2, SSP3 dan Rantau Panjang dihenti tugas sementara susulan pencemaran bau dikesan di Sungai Selangor.Bagaimanapun, bekalan air kembali disambung kepada pengguna jam 4 pagi selepas masalah pencemaran itu berjaya diatasi.Dalam pada itu, Air Selangor menyarankan pengguna yang telah atau akan mendapat bekalan air untuk membiarkan pili air mengalir sehingga air jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian.“Pengguna yang telah mendapat bekalan air disaran menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar,” ujar Kenyataan itu.Pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual ini daripada semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor di talian 15300 atau layarihttps://www.airselangor.com/. – JURNAL |
https://jurnal-malaysia.com/sah-turkiye-tarik-diriuk-ireland-penganjur-bersama-euro-2028/ | Sah! Turkiye Tarik Diri…UK, Ireland Penganjur Bersama Euro 2028 | Bidaan United Kingdom (UK) dan Republik Ireland untuk menjadi tuan rumah Euro 2028 kini diluluskan secara rasmi, demikian diumumkan Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA).10 stadium daripada lima negara itu akan menganjurkan perlawanan tertinggi peringkat Eropah pada lima tahun depan dan ia dijangka akan meningkatkan ekonomi negara-negara penganjur berkenaan.Bidaan itu diterima selepas Turkiye menarik diri bagi memberikan fokus terhadap penganjuran bersama Itali bagi edisi 2032 dan perkara itu disahkan Jawatankuasa Eksekutif UEFA malam tadi.10 stadium berkenaan disenaraikan UK dan Ireland dalam bidaan mereka pada April lalu, di mana enam daripada venue itu merupakan stadium di England serta masing-masing satu di Ireland Utara, Republik Ireland, Scotland dan Wales.Enam venue di England ialah Stadium Wembley, Stadium Tottenham Hotspur, Stadium Etihad, St James’ Park, Villa Park dan stadium baru Everton di Bramley-Moore Dock.Casement Park di Belfast, Stadium Aviva di Dublin, Hampden Park di Glasgow dan Stadium Principality di Cardiff pula melengkapkan senarai itu. – JURNALSumber:STADIUM ASTRO |
End of preview. Expand
in Dataset Viewer.
- website: jurnal-malaysia
- Number of pages scraped: 20
- Number of posts scraped: 1938
- Link to dataset on Huggingface
- Downloads last month
- 32