url
stringlengths
37
166
headline
stringlengths
1
136
content
sequence
https://www.melakahariini.my/hepa-utem-anjur-15-program-berimpak-sepanjang-ramadan/
HEPA UTeM anjur 15 program berimpak sepanjang Ramadan
[ "DURIAN TUNGGAL 17 April – Sepanjang Ramadan ini, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah melaksanakan 15 program berimpak tinggi khususnya untuk pelajar.", "Penganjuran program-program itu berkonsepkan kepada menjaga kebajikan, membentuk kemahiran kepimpinan, penglibatan Alumni bersama universiti dan program-program menghidupkan Ramadan seperti iftar, moreh, tadarus dan sebagainya.", "Penganjuran program-program itu adalah inisiatif Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (TNC HEPA) yang turut mendapat kerjasama yang hebat daripada agensi-agensi kerajaan dan pihak swasta terlibat membantu pelajar khususnya yang kurang berkemampuan dari golongan B40.", "Naib Canselor UTeM, Prof. Ts. Dr. Massila Kamalrudin berkata, program-program yang diatur oleh pihak TNC (HEPA) UTeM itu sangat relevan dan bermanfaat terutama dalam bulan Ramadan bagi membantu pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan di bawah garis kemiskinan.", "“Lebih menarik tahun ini hampir kesemua kafeteria di UTeM telah bergabung untuk berkongsi rezeki untuk menyediakan juadah berbuka kepada hampir 2000 pelajar termasuk pelajar yang bukan beragama islam.", "“Selain itu, penganjuran program-program yang berimpak seperti ini bukan sahaja membantu dari segi kos sara hidup para pelajar di kampus terutama di bulan Ramadan tetapi turut memberi impak dalam memperkayakan sahsiah pelajar terutama memantapkan jati diri pelajar dalam aspek-aspek kemahiran kepimpinan, kemahiran berfikir, pengurusan dan banyak lagi.", "“Tanpa sokongan dan dokongan pihak-pihak ini tidak mungkin program-program yang dianjurkan ini akan mencapai objektif program seperti yang telah disasarkan,” katanya.", "Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) Prof. Madya Datuk Dr. Sabri Mohamad Sharif berkata, antara program berimpak dianjurkan ialah seperti Inspirasi Qaseh Ramadan & Raya YaPEIM melibatkan 650 pelajar, Program Kepimpinan Altruistik, Serahan Sumbangan Pelajar B40 dan Berbuka Puasa anjuran bersama dengan Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) melibatkan 500 pelajar.", "Selain itu, program lain yang dianjurkan ialah Bual Bicara Membina Generasi Pemimpin dan Usahawan Wanita: Strategi untuk Kemajuan dan Kejayaan anjuran bersama Women Leadership Foundation melibatkan 400 pelajar; Sumbangan ‘Travelling Bag’ oleh Mydin MITC yang akan bermanfaat kepada 900 pelajar; Program Komuniti Moreh anjuran bersama Alumni UTeM (AUTeM) dan Mcdonalds melibatkan 600 pelajar dan Majlis Iftar Bersama Tun Canselor yang dianjurkan secara bersama oleh Yayasan Bank Rakyat dan Malik Stream Corporation yang melibatkan 600 pelajar.", "Menurutnya lagi, tiada istilah untuk ‘tidak produktif’ atau mengurangkan penganjuran program-program di bulan Ramadan malahan ia diperhebatkan secara rancak program-program berimpak yang melibatkan hampir keseluruhan penyertaan pelajar di UTeM.", "Selain itu, beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada agensi-agensi kerajaan dan swasta yang memainkan peranan besar terutama pemberian sumbangan yang besar dalam membantu pihak HEPA bagi menjayakan kesemua program yang dianjurkan sepanjang bulan Ramadan pada tahun ini.", "“Keberhasilan daripada penganjuran program-program berimpak ini akan menghasilkan impak positif dalam memperkasakan mahasiswa UTeM sebagaimana yang telah dihasratkan oleh Menteri Pengajian Tinggi.", "“Secara lazimnya, pihak TNC (HEPA) UTeM sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik demi kebajikan dan kebaikan pelajar terutamanya dalam membangunkan personaliti unggul pelajar.", "“Melalui penganjuran-penganjuran program berimpak yang dilaksanakan sepanjang Ramadan ini, secara tidak langsung dapat menggembleng penglibatan mahasiswa dan mahasiswi dalam membangunkan potensi diri dan bakat masing-masing,” katanya." ]
https://www.melakahariini.my/petronas-rakan-kongsi-utama-pavilion-malaysia-di-ekspo-2020-dubai/
Petronas rakan kongsi utama Pavilion Malaysia di Ekspo 2020 Dubai
[ "KUALA LUMPUR, 5 Sept – Pavilion Malaysia bagi Ekspo 2020 Dubai pada Ahad mengumumkan Petronas sebagai rakan kongsi utamanya untuk Ekspo Dunia itu, yang akan berlangsung dari 1 Okt, 2021 hingga 31 Mac, 2022.", "Dalam kenyataan, Pusat Perubahan Iklim dan Teknologi Hijau Malaysia (MGTC) menjelaskan dengan aspirasi untuk menjadi rakan bersama tenaga dan penyelesaian progresif, penyertaan syarikat minyak dan gas nasional ini adalah selari dengan tema ‘Memperkasa Kemampanan’ yang dibawa Pavilion Malaysia di ekspo ini.", "Memandangkan perubahan iklim menjadi antara isu utama bagi komuniti global, Ekspo 2020 Dubai adalah platform yang unik bagi Petronas untuk mempamerkan aspirasi kemampanan dan hala tujunya ke arah mencapai Pelepasan Karbon Sifar Bersih menjelang 2050, menurutnya.", "Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz berkata kerjasama dengan Pavilion Malaysia memberikan peluang untuk pihaknya mempamerkan komitmen Petronas dalam pendekatan holistik terhadap kelestarian.", "“Kami mendokong usaha untuk mengorak laluan yang lebih mampan menuju ke hadapan, dan memacu kematangan amalan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) kami serta merealisasikan aspirasi Pelepasan Karbon Sifar Bersih kami menjelang 2050,” katanya dalam kenyataan yang sama.", "Ekspo Dunia di Dubai, Emiriah Arab Bersatu yang mengangkat tema ‘Connecting Minds, Creating the Future’ itu akan disertai oleh 192 negara dan organisasi.", "Acara mega yang diadakan setiap lima tahun ini bertujuan menggalakkan kerjasama global, inovasi, pembangunan teknologi, kemajuan dan pendidikan manusia, selain buat julung kalinya akan diadakan di rantau Timur Tengah, Afrika dan Asia Selatan.", "Menurut MGTC, Petronas akan mengambil bahagian dalam beberapa perbincangan panel dan mesyuarat perniagaan dengan individu terkemuka luar negara serta pemimpin perniagaan antarabangsa di Pavilion Malaysia, selain menyertai forum-forum kepimpinan pemikiran.", "Ketua Pegawai Eksekutif MGTC, Shamsul Bahar Mohd Nor berkata pencapaian Petronas selama ini dan komitmennya untuk membantu membentuk tindakan iklim melangkaui bidang pengaruhnya akan meningkatkan lagi kewibawaan negara dalam bidang kemampanan.", "“Di samping menyediakan ruang kepada syarikat untuk turut serta dalam perbincangan mengenai isu-isu, kami juga mempunyai matlamat untuk meletakkan Malaysia sebagai hab pelaburan mampan dan bersedia untuk masa depan, serta komited untuk menambah baik cara kita menjalankan perniagaan,” katanya." ]
https://www.melakahariini.my/kkm-lulus-cansino-sebagai-dos-penggalak/
KKM lulus CanSino sebagai dos penggalak
[ "KUALA LUMPUR, 22 Mac – Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini meluluskan penggunaan vaksin COVID-19 Convidecia CanSino Bio (CanSino) untuk digunakan sebagai dos penggalak heterologus (pemvaksinan secara campuran).", "KKM dalam satu kenyataan di laman sesawangnya hari ini memaklumkan permohonan untuk dos penggalak jenis CanSino akan dibuka di MySejahtera tidak lama lagi.", "Dalam kenyataan sama, KKM menyatakan mereka yang mengambil vaksin primer Sinovac atau Cansino Bio sesuai untuk mengambil vaksin ini sebagai dos penggalak.", "Sementara itu, Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan Solution Group Bhd (SGB) Datuk Dr Mohd Nazlee Kamal berkata kelulusan KKM itu memberi rakyat Malaysia lebih banyak pilihan vaksin untuk suntikan dos penggalak.", "Mohd Nazlee berkata kelulusan itu juga bermakna Convidecia kini membantu usaha kerajaan untuk pemberian dos penggalak dalam memerangi varian Omicron terutamanya kumpulan berisiko.", "“Penggunaan dos penggalak daripada vaksin berbeza dengan vaksin yang diberikan sebelum ini juga lebih berkesan dengan tindak balas imun lebih tinggi berbanding menggunakan vaksin sama untuk suntikan dos penggalak,” katanya.- BERNAMA" ]
https://www.melakahariini.my/isu-teknologi-5g-penggunaan-mata-wang-kripto-antara-tumpuan-dewan-rakyat-hari-ini/
Isu teknologi 5G, penggunaan mata wang kripto antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
[ "KUALA LUMPUR, 15 Dis – Persoalan berkenaan pembekal, kontraktor dan syarikat yang terlibat dalam implementasi 5G serta kos keseluruhan pelaksanaan teknologi itu dijangka menjadi tumpuan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.", "Menurut Aturan Urusan Mesyuarat dalam laman sesawang Parlimen, perkara itu dibangkitkan Datuk Dr A. Xavier Jayakumar (Bebas-Kuala Langat) yang mengemukakan soalan kepada Menteri Kewangan pada sesi soal jawab.", "Menteri Kewangan juga dijadualkan menjawab pertanyaan Lukanisman Awang Sauni (GPS-Sibuti) yang ingin tahu mengenai strategi kerajaan untuk memastikan rakyat terutamanya golongan belia tidak ketinggalan dalam memahami teknologi blok rantai.", "Lukanisman turut meminta penjelasan berhubung pendirian kerajaan berkenaan penggunaan mata wang kripto dalam urus niaga harian serta inisiatif untuk mengolah mata wang kripto sendiri iaitu stablecoin.", "Selain itu, Menteri Tenaga dan Sumber Asli pula diminta menyatakan langkah serta-merta kementerian berkenaan untuk menghentikan penggunaan bahan api fosil serta merangsang penjanaan tenaga boleh diperbaharui.", "Soalan tersebut dikemukakan Charles Anthony Santiago (PH-Klang) yang juga ingin tahu rancangan kementerian dalam mengurangkan pengeluaran karbon untuk mencapai neutral karbon sebelum 2050.", "Antara tumpuan lain, Dr Maszlee Malik (PH-Simpang Renggam) mengajukan soalan kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya mengenai usaha dan insentif memajukan industri taman tema hiburan keluarga di Malaysia yang semakin malap dan menanggung kerugian besar akibat COVID-19." ]
https://www.melakahariini.my/thailand-cadang-mansuh-saringan-covid-19-mulai-mei/
Thailand cadang mansuh saringan COVID-19 mulai Mei
[ "BANGKOK, 8 April – Thailand bercadang membatalkan ujian saringan RT-PCR yang diwajibkan ke atas ketibaan antarabangsa, bermula Mei, dalam usaha negara ini untuk memulihkan industri pelancongan.", "Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Dr Taweesin Visanuyothin berkata di bawah cadangan itu, pengembara yang telah menerima vaksin COVID-19 tidak lagi perlu menjalani saringan RT-PCT dan menempah hotel yang ditetapkan pihak berkuasa.", "Pada masa ini, di bawah program ‘Test & Go’ tanpa kuarantin, pengembara perlu menempah hotel yang ditetapkan lebih awal, serta melakukan saringan RT-PCR pada hari pertama ketibaan dan ujian ATK pada hari kelima.", "Taweesin berkata CCSA turut bersetuju dengan cadangan untuk mengurangkan perlindungan insurans kesihatan serta mengurangkan jumlah dokumen yang diperlukan semasa mendaftar untuk Pas Thailand.", "Sementara itu, Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha berkata mulai Mei juga kerajaan akan melonggarkan lagi sekatan perjalanan bagi ketibaan pelancong yang menggunakan laluan darat dan udara." ]
https://www.melakahariini.my/pembinaan-mawilla-4-di-bintulu-dibentang-pada-sidang-mkn-dalam-masa-terdekat/
Pembinaan Mawilla 4 di Bintulu dibentang pada sidang MKN dalam masa terdekat
[ "KUALA LUMPUR, 28 Mac – Keperluan kritikal untuk mewujudkan Markas Wilayah Laut 4 (Mawilla 4) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Bintulu, Sarawak akan dibentang pada sidang Majlis Keselamatan Negara dalam masa terdekat.", "Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata pada masa sama Kementerian Pertahanan akan mendaftar permohonan peruntukan bagi perolehan tanah di Kawasan Perindustrian Samalaju, Tanjung Borkam, Bintulu dalam Pelan Pelaksanaan ketiga 2023, di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).", "“Surat permohonan bagi tapak Mawilla 4 telah dimajukan kepada Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Gajian Negeri Sarawak pada 9 Feb lepas.", "“Dengan perancangan teliti, Kementerian Pertahanan menjangkakan tiada permasalah bagi projek ini dilaksanakan dalam RMK-12,” katanya ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Negara hari ini.", "Mengenai pembinaan pangkalan operasi berkala (bare base) TUDM di Bintulu, Ikmal Hisham berkata status projek itu kini dalam prapembinaan iaitu TUDM dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya dalam proses pemurnian akhir skop kajian penyiasatan tapak projek dan proses awal konsep reka bentuk.", "“Sehingga kini, tiada permasalahan yang dihadapi dan dikenal pasti melibatkan projek itu. Projek ini akan melalui penilaian makmal pengurusan nilai bersama dengan pihak Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri yang akan dilaksanakan pada 6 hingga 10 Jun ini." ]
https://www.melakahariini.my/kes-baharu-mingguan-covid-19-turun-14-2-peratus-kp-kesihatan/
Kes baharu mingguan COVID-19 turun 14.2 peratus – KP Kesihatan
[ "KUALA LUMPUR, 9 Jan – Kes baharu COVID-19 di seluruh negara turun 14.2 peratus kepada 3,231 kes pada Minggu Epidemiologi 1 (ME 1/2023) iaitu dari 1 hingga 7 Jan, berbanding 3,767 kes pada ME sebelumnya.", "Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata bilangan kes tempatan turun 14 peratus daripada 3,735 kes kepada 3,213 kes bagi ME1/2023 dan kes import juga turun 43.8 peratus daripada 32 kes kepada 18 kes.", "“Bilangan kes sembuh pada ME 1/2023 menurun 35.6 peratus (5,869 kes kepada 3,781 kes). Bilangan kes kematian pada ME 1/2023 menurun 4.5 peratus (22 kes kepada 21 kes),” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Menurutnya secara kumulatif, 5,029,908 kes baharu COVID-19 direkodkan sejak 25 Jan 2020 (ME 4/2020) hingga 7 Jan lepas sementara 4,981,975 kes sembuh dan 36,874 kes kematian dicatatkan bagi tempoh sama.", "Mengenai kemasukan pesakit ke hospital dan Pusat Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) bagi setiap 100,000 penduduk, beliau berkata secara keseluruhannya ia turun dua peratus.", "Turut menunjukkan trend penurunan adalah jumlah kemasukan ke hospital awam bagi kategori satu (tidak bergejala) dan dua (bergejala) dengan penurunan 15.4 peratus, manakala bagi kategori tiga (mempunyai radang paru-paru), empat (perlu bantuan oksigen) serta lima (perlu alat bantuan pernafasan) turun 7.7 peratus.", "Selain itu, beliau berkata peratus pengisian katil fasiliti termasuk katil bukan kritikal dan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) serta kes positif COVID-19 yang dipantau Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di seluruh negara turut menunjukkan penurunan." ]
https://www.melakahariini.my/bantuan-khas-aidilfitri-kepada-semua-penjawat-awam-termasuk-yang-tidak-dapat-dos-vaksin-lengkap-pm/
Bantuan khas Aidilfitri kepada semua penjawat awam termasuk yang tidak dapat dos vaksin lengkap – PM
[ "KUALA LUMPUR, 11 April – Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2022 yang diumumkan oleh kerajaan pada 5 April lepas adalah untuk semua penjawat awam dan pesara yang layak, termasuk mereka yang tidak mendapat dos imunisasi COVID-19 lengkap.", "Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan pengumuman beliau sebelum ini tidak pernah menyatakan sebarang pengecualian bayaran kepada mana-mana penjawat awam mengikut status vaksinasi.", "“Ini bagi memastikan bahawa tidak ada penjawat awam atau pesara yang layak menerima bantuan ini daripada tercicir,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Susulan itu beliau telah mengarahkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah supaya membatalkan Perkara 6 (VI) dalam pekeliling Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2022 bertarikh 8 April 2022.", "Pada 5 April lepas, Ismail Sabri mengumumkan kerajaan bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah serta bantuan khas RM250 kepada pesara kerajaan.", "Perdana Menteri juga menyeru kepada seluruh Keluarga Malaysia untuk melengkapkan dos suntikan imunisasi COVID-19 demi kesejahteraan bersama meskipun ia tidak diwajibkan.- BERNAMA" ]
https://www.melakahariini.my/apmm-gagalkan-cubaan-seludup-1-tan-daun-ketum-ke-thailand/
APMM gagalkan cubaan seludup 1 tan daun ketum ke Thailand
[ "ALOR SETAR 11 Julai – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Zon Maritim Kuala Kedah mematahkan cubaan menyeludup keluar daun ketum seberat satu tan ke negara jiran melalui jalan laut di perairan Kuala Kerpan, Jerlun, Jumaat lalu.", "Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Mohd Zawawi Abdullah berkata rampasan pada jam 1.30 pagi itu dilakukan berdasarkan maklumat risikan berhubung aktiviti penyeludupan daun ketum di kawasan itu.", "“Sebuah bot ronda Maritim Malaysia telah diatur gerak ke lokasi berkenaan untuk melakukan serbuan dan mengesan sebuah bot fiber tanpa nombor pendaftaran yang bergerak dalam keadaan mencurigakan menuju keluar dari Kuala Kerpan.", "“Sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa, suspek bertindak menukar arah dengan memecut laju menuju ke pesisir pantai berdekatan bagi meloloskan diri dan meninggalkan bot serta muatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.", "Menurut beliau pasukan serbuan telah menemukan 100 bungkusan plastik berwarna hitam mengandungi daun ketum di atas bot berkenaan dengan berat keseluruhan sekitar satu tan yang dianggarkan bernilai RM180,000.", "Mohd Zawawi berkata, daun ketum tersebut dipercayai cuba diseludup ke Thailand melalui jalan laut berikutan permintaan tinggi di sana dengan harga pasaran sekitar RM180 sekilogram berbanding RM40 sekilogram di negara ini.", "“Semua hasil rampasan berserta bot fiber dan enjin yang dianggar bernilai RM235,000 dibawa ke jeti Zon Maritim Kuala Kedah dan kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952,” katanya.", "Menurut Mohd Zawawi rampasan membabitkan daum ketum itu adalah yang ketujuh dilakukan pihaknya pada tahun ini dengan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM734,600." ]
https://www.melakahariini.my/gangguan-bekalan-elektrik-di-terengganu-ambil-masa-untuk-dipulihkan-tnb/
Gangguan bekalan elektrik di Terengganu ambil masa untuk dipulihkan – TNB
[ "KUALA TERENGGANU, 27 Feb – Gangguan bekalan elektrik yang berlaku di beberapa lokasi di Terengganu akibat hujan lebat dan ribut dijangka mengambil masa yang agak lama untuk dipulihkan.", "Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam satu kenyataan memaklumkan tempoh masa yang panjang diperlukan kerana banyak pokok tumbang dan menghempap tiang serta talian TNB." ]
https://www.melakahariini.my/perbanyakkan-kempen-kesedaran-mengenai-tindakan-undang-undang-jika-abai-anak/
Perbanyakkan kempen kesedaran mengenai tindakan undang-undang jika abai anak
[ "KUALA LUMPUR, 19 April – Agensi kerajaan dicadang bekerjasama dengan badan bukan kerajaan bagi mengadakan lebih banyak kempen kesedaran kepada ibu bapa dan penjaga berhubung tindakan undang-undang boleh dikenakan terhadap mereka yang cuai dan meninggalkan anak-anak tanpa pengawasan sewajarnya.", "Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat Tan Sri Lee Lam Thye berkata golongan berkenaan perlu diberi banyak pendedahan berkaitan kesalahan itu yang boleh didakwa di bawah Seksyen 33 Akta Kanak-kanak 2001, kerana masih ramai tidak cakna akan kewujudan akta berkenaan.", "“Sebagai contoh di negara barat, jika ibu bapa didapati bersalah mendedahkan anak mereka kepada risiko akibat pengabaian mereka sudah pasti dipenjarakan.", "“Malaysia perlu melihat sejauh manakah keberkesanan akta berkenaan yang dikuatkuasakan memandangkan kemalangan melibatkan kanak-kanak atau remaja bawah umur ini seakan tiada noktahnya,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.", "Lee berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai ibu bapa dan penjaga yang tidak mengawasi pergerakan anak-anak mereka sehingga terlibat kemalangan seperti tersepit bahagian anggota badan di eskalator dan basikal lajak.", "Sementara itu, penganalisis jenayah Kamal Affendi Hashim berkata kegagalan ibu bapa memantau pergerakan anak-anak dan tidak peka dengan keadaan anak mereka adalah tragedi sebenar yang perlu diberi perhatian.", "“Ibu bapa sewajarnya perlu sentiasa memegang tangan anak kecil mereka sewaktu menggunakan eskalator namun sebaliknya masing-masing sibuk dengan urusan sendiri terutamanya leka menggunakan telefon bimbit.", "“Ibu bapa perlu pantau pergerakan anak-anak mereka dan lihat aktiviti yang mereka buat. Ini semua membantu mengurangkan risiko anak terlibat dengan aktiviti luar jangka sekali gus menjaga keselamatan mereka,” katanya.- BERNAMA" ]
https://www.melakahariini.my/tangan-emas-baser-hasilkan-replika-rumah-tanpa-lakaran/
Tangan emas Baser, hasilkan replika rumah tanpa lakaran
[ "BANDAR MELAKA 7 November – Siapa sangka sentuhan seni halus mengubah kepingan kayu menjadi replika rumah mini menjadi sumber rezeki buat penduduk generasi ketiga Kampung Morten.", "Baser Ali, 59, berkata, walaupun pada asalnya dia tidak begitu meminati seni pembuatan arca dan replika, namun berkat tunjuk ajar dan semangat yang diberikan arwah abangnya, dia mencuba nasib dan sama sekali tidak menyangka karya seninya mendapat perhatian umum.", "Menurut Baser, sebelum ini dia bekerja sebagai jurukimpal sehinggalah beralih bidang pembuatan replika pada usia 46 tahun hasil perkongsian ilmu daripada arwah abangnya.", "Tangan yang dimilikinya dianggap satu anugerah sejak dari lahir kerana dia dia dikatakan bukan sahaja cepat belajar, bahkan mampu membuat replika tanpa lakaran kertas.", "“Saya lahir sahaja memang berseni, itu ungkapan ibu saya dahulu. Arwah abang saya dahulu pembuat kraf, bukan membuat replika, arwah yang mengajar saya untuk membuat rumah-rumah replika.", "“Kata arwah, saya berseni, dan sehingga hari ini saya mencari makan dengan menjual hasil seni saya ini dan anak lelaki saya yang membantu untuk menjualnya menggunakan pelbagai platform seiring teknologi terkini seperti Facebook dan pelbagai lagi.", "“Sejak 2010, sehingga kini lebih 3,000 replika rumah telah dihasilkan dan kebanyakan adalah rumah-rumah tradisional seperti Rumah Melaka, Rumah Perak, Rumah Johor dan kebanyakan pelancong sukakan Rumah Iban (Sarawak),” katanya.", "“Semua rumah yang saya hasilkan, saya teliti dalam penghasilan rumah itu, ia termasuk tiang yang lengkap, tangga yang sempurna, papan pemanis, ukiran yang terperinci pada tingkap dan atap seperti rumah asal.", "“Semua rumah yang saya hasilkan itu juga, memang wujud, saya perlu melihat rumah asal untuk hasilkan replika, seperti rumah negeri-negeri lain, saya akan cari di internet, atau pelanggan hantar gambar untuk rujukan,” ujarnya.", "“Saya mementingkan kualiti, ukuran standard itu sahaja saya akan buat, kecil lagi daripada itu saya tidak dapat laksanakan, lebih-lebih lagi jika rumah itu adalah rumah tradisional yang memerlukan ukiran pada kayu pemanis rumah dan kerisi,” jelasnya.", "Jelas Baser, dia gemar menggunakan kayu-kayu yang tidak berbulu seperti kayu Seraya Merah, Mendamar dan Cengal untuk menghasilkan replika rumah mini tersebut.", "“Kayu-kayu ini mudah digunakan dalam mengubah suai papan manis atau bahasa lain papan pele, papan gendeng, papan gigi jawa dengan ukiran kerawang dalam memaniskan pandangan mata di setiap rumah-rumah replika tradisional.", "“Setiap kesenian yang dihasilkan ini boleh dicantum dan dibuka untuk melihat hasil dalaman (mengikut kehendak pelanggan, ada pelanggan inginkan hiasan dalaman rumah),” katanya.", "Disebabkan kerja-kerja yang agak rumit, selain dia hanya bekerja seorang diri, rumah-rumah mini yang dihasilkannya dijual pada harga bermula RM 1,200.", "Menurut Baser, jauh disudut hatinya berharap anaknya akan mewarisi seni tersebut dan mengikut jejak langkahnya suatu hari nanti, walaupun ketika ini anaknya dilihat lebih cenderung ke arah bidang lain.", "Bagaimanapun, Baser tidak menolak untuk berkongsi ilmu sekiranya ada anak muda di luar sana yang berminat untuk menjadi pelapis pembuat kraf replika mini.", "“Kerja seni yang saya lakukan ini adalah rezeki saya ‘cari makan’, saya tidak menolak jika ada yang ingin berguru dengan saya, tetapi saya akan mengenakan bayaran setimpal dengan ilmu yang saya akan curah." ]
https://www.melakahariini.my/kes-bunuh-pengasas-ambank-mahkamah-persekutuan-kekal-hukuman-mati-bekas-pemandu-trak-tunda/
Kes bunuh pengasas Ambank: Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati bekas pemandu trak tunda
[ "Panel tiga hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Rohana Yusuf turut mengekalkan hukuman penjara 18 tahun yang dijatuhkan ke atas Koong Swee Kwan bagi kesalahan cuba membunuh isteri Najadi iaitu Cheong Mei Kuen.", "Peguam Hisyam Teh Poh Teik, yang mewakili Koong, berkata jalan terakhir anak guamnya untuk mendapatkan kebebasan ialah dengan mengemukakan rayuan kepada Lembaga Pengampunan.", "Koong, 52, yang dikenali sebagai Sei Ngan Chai, telah dijatuhi hukuman mati pada 27 Oktober 2017 kerana membunuh Najadi, 75, selepas kes itu dibicarakan semula.", "Lelaki itu dituduh melakukan kedua-dua kesalahan di kawasan parkir Kuil Kuan Yin di Lorong Ceylon antara 1.30 tengah hari dan 2 petang pada 29 Julai 2013.", "Pada 5 September 2014, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Azman Husin telah menjatuhkan hukuman mati ke atas Koong kerana membunuh Najadi dan penjara 18 tahun bagi kesalahan cuba membunuh Cheong.", "Bagaimanapun, pada 14 Disember 2016, panel lima hakim Mahkamah Persekutuan mengenepikan sabitan terhadapnya dan mengarahkan kes itu dibicarakan semula di Mahkamah Tinggi selepas memutuskan Mohd Azman mungkin berprasangka memandangkan beliau telah mendengar rayuan seorang pemandu teksi, Chew Siang Chee, yang berdepan pertuduhan memiliki pistol dan peluru.", "Dia telah disabitkan kesalahan dan dihukum penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen atas pertuduhan memiliki pistol serta peluru hidup. Bagaimanapun, dia telah dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan pada 2015.", "Terdahulu, Hisyam berhujah bahawa pembelaan anak guamnya tidak dinilai secara adil oleh hakim yang mendengar perbicaraan kes itu seperti dikehendaki undang-undang.", "Timbalan Pendakwa Raya Tetralina Ahmed Fauzi pula berhujah bahawa sabitan terhadap Koong adalah selamat kerana terdapat bukti yang kukuh serta meyakinkan untuk menyokongnya.", "Beliau berkata hakim Mahkamah Tinggi telah mematuhi Seksyen 182 Kanun Tatacara Jenayah ketika memutuskan bahawa pendakwaan telah berjaya membuktikan kes itu melampaui keraguan yang munasabah." ]
https://www.melakahariini.my/kekalkan-sop-tinggi-agar-sektor-pelancongan-melaka-tidak-mudarat/
Kekalkan SOP tinggi agar sektor pelancongan Melaka tidak ‘mudarat’
[ "ALOR GAJAH 24 Feb- “Belum ada lagi kluster pelancongan di Melaka, kerana kita amal prosedur operasi standard (SOP) yang cukup ketat,” kata EXCO Pelancongan Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Muhamad Jailani Khamis.", "“Kita di bahagian pelancongan telah mengamalkan SOP yang sangat ketat dan apa diharapkan untuk negeri yang ekonominya berasaskan pelancongan ini, kita memerlukan pelancong untuk datang tanpa rasa takut.", "Mengulas lanjut, Muhamad Jailani berkata, bermula Isnin (28 Feb) depan, semua premis pelancongan yang diarah tutup bagi proses sanitasi telah dibuka semula kepada pelancong domestik.", "“Minggu hadapan cuti sekolah, walaupun kes dicatatkan tinggi, namun kita mematuhi SOP dan mengalu-alukan pelancong untuk datang dan tetap patuh SOP untuk keselamatan bersama,” katanya.", "Berkongsi mengenai perkembangan sektor pelancongan negeri beliau berkata, pihaknya seramai 2.665 juta pelawat datang ke Melaka sepanjang tahun lalu dan angka itu melepasi sasaran 1.5 juta orang.", "Menurutnya, bagi 2022 pihak mensasarkan seramai 5.6 juta pelawat akan datang ke Melaka berdasarkan kepada pelbagai perancangan diatur seperti misi ke 15 negeri termasuk 2 wilayah persekutuan." ]
https://www.melakahariini.my/aktiviti-luar-bilik-darjah-bergantung-kepada-pihak-sekolah-exco/
Aktiviti luar bilik darjah bergantung kepada pihak sekolah – Exco
[ "AYER MOLEK 4 Mei – Segala aktiviti luar bilik darjah termasuk kokurikulum dan penganjuran sukan tahunan boleh diteruskan namun bergantung kepada keadaan cuaca semasa.", "Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata pihaknya mengambil maklum mengenai garis panduan yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).", "Katanya, suhu di Negeri Melaka masih terkawal dengan rekod setakat dicatatkan pada hari ini adalah 31 darjah celcius dan kerap berlaku hujan lebat pada sebelah petang.", "“Berhubung isu ini, kita memang mengikut rapat keputusan KPM dan semalam Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying menggesa pihak sekolah menghentikan segala aktiviti luar bilik darjah ekoran fenomena cuaca terlalu panas.", "“Bagi Negeri Melaka, suhu masih terkawal, namun untuk keselamatan murid dan pelajar kita minta pengetua atau guru besar untuk membuat pertimbangan sama ada teruskan aktiviti atau tunda.", "“Jika mahu teruskan saya minta aktiviti tersebut dianjakkan masa ke waktu pagi dan masa di luar bilik darjah juga disingkatkan,” katanya.", "Majlis berlangsung dari jam 2 hingga 6 petang itu turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam dan Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh." ]
https://www.melakahariini.my/menteri-kabinet-hormati-hak-prerogatif-pm/
Menteri Kabinet: Hormati hak prerogatif PM
[ "DENGKIL, 27 Mei – Semua pihak perlu menghormati hak prerogatif Perdana Menteri dalam melantik menteri Kabinet seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.", "Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah seorang yang sangat konsultatif terutama dalam urusan pelantikan sebagai menteri Kabinet.", "“Kita biarkan perkara itu kepada beliau, dia ada kebijaksanaan sendiri dan bayangkan, beliau satu-satunya Perdana Menteri yang berjaya wujudkan memorandum kerjasama (MoU) yang tidak pernah terjadi sebelum ini,” katanya ketika ditanya pemberita berhubung pelantikan menteri Kabinet susulan Datuk Zuraida Kamaruddin yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, mengumumkan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).", "Beliau berkata demikian selepas Majlis Pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) kepada LBS Bina Group Berhad (LBS) di sini, hari ini.", "Semalam, Ahli Parlimen Ampang itu mengumumkan menyertai PBM dan beliau akan berjumpa  Ismail Sabri dalam masa terdekat, untuk membincangkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.", "Susulan itu, Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata parti itu akan mengemukakan satu nama baharu kepada Perdana Menteri dalam masa terdekat, untuk dilantik sebagai anggota Kabinet bagi menggantikan Zuraida yang mengumumkan keluar parti berkenaan.", "Pada majlis itu, Reezal Merican menyaksikan penyerahan sijil MBOR iaitu Syarikat Pemaju Yang Mempunyai Bilangan Rumah Contoh Terbanyak Di Dalam Galeri Jualan untuk Projek Perumahan kepada LBS Bina Group Berhad.", "Sijil MBOR itu diserahkan Ketua Pegawai Operasi MBOR Christopher Wong kepada Pengerusi Eksekutif LBS Bina Group Berhad Tan Sri Lim Hock San." ]
https://www.melakahariini.my/al-jazeera-4-individu-dipanggil-beri-keterangan-bukit-aman/
Al Jazeera : 4 individu dipanggil beri keterangan – Bukit Aman
[ "KUALA LUMPUR 10 Julai – Empat individu termasuk petugas agensi berita antarabangsa Al Jazeera dipanggil ke Bukit Aman hari ini bagi memberi keterangan berhubung sebuah dokumentari mengenai cara Malaysia menangani pendatang tanpa izin ketika penularan wabak COVID-19.", "Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman DCP Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi Bernama berkata antara yang dipanggil ialah pengendali dan wartawan Al Jazeera bagi membantu siasatan itu.", "Kes berkenaan disiasat menurut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana menyiarkan berita fitnah, serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menyalahgunakan rangkaian perkhidmatan secara tidak wajar.", "Pada Rabu lepas, Bernama melaporkan sebanyak lima laporan polis dibuat oleh beberapa pihak termasuk Jabatan Imigresen Malaysia berhubung dokumentari yang disiarkan agensi berita itu dan polis mengenal pasti beberapa individu untuk dipanggil bagi membantu siasatan kes.", "Al Jazeera sebelum ini menyiarkan dokumentari bertajuk ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ berdurasi 25 minit 50 saat yang mengecam layanan terhadap pendatang tanpa izin ketika Malaysia melaksanakan langkah menangani COVID-19." ]
https://www.melakahariini.my/wad-isolasi-di-hospital-melaka/
Wad isolasi di Hospital Melaka
[ "MERLIMAU 29 Ogos – Hospital Melaka bakal dilengkapi kemudahan wad isolasi khusus untuk merawat mana-mana individu menghidap penyakit berjangkit seperti COVID-19.", "Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata pembinaan wad dilengkapi 50 katil itu membabitkan kos RM1.3 juta.", "“Kita sudah mendapat kelulusan daripada Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia) yang bekerjasama dengan Hospital Melaka untuk pembinaan wad khusus ini.", "“Peruntukan sudah ada RM1 juta, cuma sekarang kita perlu cari RM300,000 lagi dan kita jangka hujung tahun ini sasaran peruntukan itu mampu dicapai.", "“Wad sementara ini terletak di kawasan parkir bersebelahan lobi Hospital Melaka, mana-mana pesakit suspek COVID-19 mereka boleh datang terus tanpa perlu ke wad kecemasan,” katanya.", "Dr Muhamad Akmal berkata, pembinaan wad isolasi itu sebagai langkah pencegahan bagi penyakit berjangkit supaya tidak merebak kepada pesakit lain datang mendapatkan rawatan di Hospital Melaka.", "“Wad ini seperti jabatan kecemasan tetapi khusus untuk penyakit berjangkit, sebab itu kita harap pembinaan wad ini dapat diselesaikan pada tahun ini,” katanya." ]
https://www.melakahariini.my/pindaan-bukan-untuk-selamatkan-zahid-hamidi/
‘Pindaan bukan untuk selamatkan Zahid Hamidi’
[ "KUALA LUMPUR 15 Mei – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan pindaan Perlembagaan UMNO yang bakal dilaksanakan pada Perhimpunan Agung Khas di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) bukanlah untuk menyelamatkan dirinya.", "Katanya, dakwaan sumbang sedemikian adalah tidak berasas memandangkan pindaan berkenaan merupakan manifestasi akar umbi UMNO itu sendiri yang telah diangkat ke Perhimpunan Agung UMNO dua bulan lalu dan dipersetujui.", "“Dangkallah jika ada di kalangan kita, termasuk saf kepimpinan tertinggi parti, berpandangan dan berfikiran sempit sedemikian. Jangan kita buat-buat lupa, gesaan agar pemilihan parti diadakan selepas pilihan raya umum adalah usul daripada majoriti Bahagian-Bahagian yang telah mengadakan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian masing-masing.", "“Keputusan di peringkat akar umbi, dan seterusnya diangkat ke Perhimpunan Agung dua bulan lalu telah pun dipersetujui dan diluluskan. Pindaan ini adalah manifestasi suara akar umbi. Saya yakin saudara saudari sekalian hendak melihat parti kita kukuh dan berpadu.", "“Adat memimpin, apa pun yang datang, bahtera perlu diselamatkan. Walau diri terkorban, namun bahtera jangan dibiarkan karam,” katanya ketika berucap Perhimpunan Agung Khas UMNO, hari ini.", "Ahmad Zahid turut menegaskan pindaan Perlembagaan kali ini akan memberi ruang kepada pasukan kepimpinan Pusat, Bahagian dan Cawangan, bagi setiap penggal pemilihan, untuk memfokuskan gerak kerja menghadapi pilihan raya umum akan datang.", "“Dengan mengabsahkan pindaan hari ini, saudara-saudari sekalian adalah pasukan yang akan membawa parti menghadapi PRU ke-15. Inilah pasukan yang setelah jatuh bangkit dengan keazaman.", "“Inilah pasukan yang meskipun tewas PRU ke-14 tetapi kekal berpaksikan kesetiaan; Inilah pasukan yang menggalas tanggungjawab parti dan mengharungi setiap cabaran;\nInilah pasukan yang tidak lari ketika bertempur di medan.", "“Inilah pasukan yang tidak tunduk kepada ugutan; Inilah pasukan yang telah disiapsiagakan untuk menghadapi peperangan; Inilah pasukan yang kekal istiqamah dalam perjuangan dan inilah pasukan dalam siri pilihanraya kecil dan pilihanraya negeri yang telah menjana kemenangan,” katanya." ]
https://www.melakahariini.my/bapa-ditahan-kelar-leher-anak-sampai-mati-polis/
Bapa ditahan kelar leher anak sampai mati – Polis
[ "KUALA LUMPUR, 4 Nov – Seorang bapa sanggup mengelar leher anak lelakinya sehingga mati di kediaman mereka di Jalan Kemudi, Bernam Jaya, Hulu Bernam, dekat sini, semalam selepas bertengkar akibat menukar siaran televisyen.", "Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Arsad Kamaruddin berkata lelaki berusia 71 tahun itu, mengelar leher anaknya yang berumur 37 tahun sebanyak tiga kali menggunakan pisau yang diambil di dapur, selepas menolak mangsa sehingga jatuh semasa pertengkaran itu.", "Katanya selepas kejadian tersebut suspek membuat laporan polis pada 12.55 tengah hari itu, mendakwa anaknya ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri serta berlumuran darah akibat luka di leher di ruang tamu rumah mereka, selepas pulang dari kedai.", "Beliau berkata siasatan polis mendapati terdapat kesan kelar yang dalam pada leher mangsa yang dilakukan pihak ketiga dan bukannya bunuh diri.", "“Suspek kemudian mengaku telah mengelar mangsa serta ditahan untuk siasatan, selain polis turut merampas sebilah pisau, sehelai baju dan seluar yang dipakai suspek.", "“Sewaktu kejadian itu berlaku, hanya suspek dan mangsa berada di dalam rumah, manakala ujian saringan air kencing terhadap suspek adalah negatif malah suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau,” katanya menerusi kenyataan semalam.", "Arsad berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan suspek direman sehingga Rabu depan untuk siasatan lanjut.- BERNAMA" ]
https://www.melakahariini.my/menteri-perwakilan-asing-merafak-sembah-ucapan-tahniah-sempena-hari-keputeraan-agong/
Menteri, perwakilan asing merafak sembah ucapan tahniah sempena Hari Keputeraan Agong
[ "Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad menerusi ciapan di Twitter rasminya memanjatkan doa agar Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bersama putera, puteri serta seluruh Kerabat Diraja berada dalam lindungan dan rahmat Allah.", "“Merafak sembah dan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 6 Jun 2022,” katanya.", "Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi turut merafak sembah serta mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan Dirgahayu kepada Seri Paduka.", "Sementara itu, Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein serta seluruh warga kementeriannya turut mendoakan kesejahteraan Seri Paduka menerusi Twitter rasminya.", "“Patik serta seluruh warga @MINDEFMalaysia dan ATM (Angkatan Tentera Malaysia) doakan semoga Seri Paduka Baginda yang juga Pemerintah Tertinggi ATM sentiasa didampingi kerahmatan, dipayungi keberkatan, diiringi perlindungan dari segala musibah serta dilanjutkan usia,” katanya menerusi Twitter.", "“Patik dan seluruh warga Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi mendoakan semoga Allah SWT melimpahkan segala kurniaNya dan rahmatNya kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong serta diberikan kesihatan dan keafiatan yang berpanjangan,” katanya.", "Selain itu, Duta Besar Jepun ke Malaysia Takahashi Katsuhiko, turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong menerusi Twitter rasmi beliau.", "“Patik ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sempena Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda hari ini,” katanya.", "“Setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda dari Kedutaan Perancis di Malaysia,” menurut akaun Twitter Kedutaan Perancis di Malaysia.", "“Daripada kami semua di Suruhanjaya Tinggi, setinggi-tinggi tahniah diucapkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sempena Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda hari ini,” katanya." ]
https://www.melakahariini.my/tiga-maut-empat-cedera-nahas-tiga-kenderaan-di-rompin/
Tiga maut, empat cedera nahas tiga kenderaan di Rompin
[ "KUANTAN, 5 Ogos – Tiga lelaki maut manakala empat cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 126 Jalan Kuantan-Segamat di Rompin, dekat sini malam tadi.", "Ketua Polis Daerah Rompin DSP Mohd Azahari Mukhtar berkata kemalangan pada pukul 8.50 malam itu melibatkan sebuah treler, kereta Proton Iswara dan Perodua Axia.", "“Mangsa yang maut ialah kelindan treler Abdul Raziz Mohdal, 40, dari Segamat, Johor; pemandu Iswara Mohd Khairol Md Tahir, 36, dan penumpang belakang kereta itu Zairulzaimy Jambi, 18, dengan kedua-duanya beralamat di Pekan, dekat sini,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.", "Menurut beliau kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dipandu Mohd Khairol dari arah Segamat terbabas ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan treler, menyebabkan kenderaan tersebut hilang kawalan dan melanggar kereta Axia yang juga dari arah Segamat.", "“Impak kemalangan menyebabkan treler tersebut jatuh ke cerun di sebelah kanan jalan. Mangsa yang cedera termasuk pemandu treler, dua penumpang Iswara dan pemandu Axia,” katanya.", "Mohd Azahari berkata kesemua mangsa dibawa ke Hospital Muadzam Shah, Rompin untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987." ]
https://www.melakahariini.my/tiada-rakyat-singapura-terlibat-nahas-penerbangan-mu5735-mga-singapura/
Tiada rakyat Singapura terlibat nahas penerbangan MU5735: MGA Singapura
[ "SINGAPURA, 22 Mac – Tiada laporan rakyat Singapura terlibat dalam nahas pesawat MU5735 China Eastern Airlines yang terhempas di Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang China, setakat ini, menurut kenyataan Kementerian Luar (MFA) republik itu.", "“Pihak kami turut menghubungi warga Singapura di Yunnan dan Guangzhou yang telah mendaftar dengan MFA,” kata jurucakap kementerian itu pada Selasa.", "Pesawat Boeing 737 China Eastern Airlines itu terhempas di kawasan pergunungan berhampiran perkampungan Molang di daerah Tengxian bandar Wuzhou pada 2.38 petang Isnin." ]
https://www.melakahariini.my/kadmdi-sasar-5000-belia-ceburi-bidang-usahawan/
KADMDI sasar 5,000 belia ceburi bidang usahawan
[ "AYER KEROH 18 Mac – Kolej Antarabangsa Dunia Melayu Dunia Islam (KADMDI) menyasarkan 5,000 belia bakal menceburi bidang perniagaan secara atas talian menerusi program berbentuk ‘e-commerce’ atau perdagangan elektronik di negeri ini.", "Pengerusi KADMDI, Mohd Ridhwan Mohd Ali berkata, ia secara tidak langsung memberi peluang kepada golongan belia di negeri ini mempelajari bagaimana untuk menjadi usahawan yang berjaya.", "“Dengan kerjasama Lazada Malaysia dan MyProdigdy Global kita dapat membantu mereka terutama graduan lepasan universiti untuk mempersiapkan diri dengan pengetahuan dalam bidang ‘online’.", "“Di peringkat kolej, kita lihat ada beberapa segmen antaranya lepasan universiti dan kita juga segmen bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya.", "Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Persefahaman Bersama KADMDI, Lazada Malaysia dan Myprodigy Global di Bilik Mesyuarat DMDI Kota Cemerlang, hari ini.", "“Usahawan yang kita latih melalui platform atas talian dengan bantuan pemain industri seperti Lazada Malaysia dan MyProdigy Global ini, sudah pasti boleh menembusi negara luar menerusi DMDI.", "“Jadi, sasaran kita dalam Negeri Melaka ini seramai 5,000 belia bakal memanfaatkan platform ini seperti perbincangan bersama pemain industri tempoh hari,” katanya lagi.", "Hadir sama, Rektor KADMDI, Prof (Adj) Datuk Wira Mohd Jamil Mukmin; Pengurus Besar Yayasan DMDI, Datuk Wira Zainal Hussin; Pengasas MyProdigy Global, Senator Jaziri Alkaf A. Suffian dan wakil Lazada Malaysia (Hal Ehwal Kerajaan), Afiq Redzuan." ]
https://www.melakahariini.my/kkm-terima-93-permohonan-bantuan-khas-kewangan-kesan-mudarat-vaksin-covid-19-khairy/
KKM terima 93 permohonan bantuan khas kewangan kesan mudarat vaksin COVID-19 – Khairy
[ "KUALA LUMPUR 26 Nov – Kementerian Kesihatan (KKM) telah menerima 93 permohonan Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin COVID-19 bagi kes kesan tindak balas vaksinasi (AEFI), setakat semalam.", "Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata daripada jumlah itu, lapan permohonan diluluskan Jawatankuasa Induk KKM dan dalam proses pembayaran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) melibatkan jumlah RM132,500.", "“Sebanyak 78 permohonan masih dalam penilaian, daripada jumlah ini, 56 permohonan dalam penilaian Jawatankuasa Farmakovigilans Khas Vaksin COVID-19 (JFK), manakala 22 permohonan dalam penilaian Jawatankuasa Teknikal Perubatan (JTP).", "“Tujuh lagi permohonan telah ditolak kerana tidak dikategorikan sebagai AEFI serius,” katanya pada sidang media yang disiarkan secara maya di Facebook KKM hari ini.", "Menjelas lanjut, Khairy berkata bantuan berkenaan akan dipertimbangkan berdasarkan kriteria yang perlu dipenuhi antaranya AEFI yang berlaku dalam tempoh tiga bulan daripada menerima suntikan vaksin COVID-19.", "“Dikategorikan sebagai serius berdasarkan laporan penilaian oleh JFK dan laporan AEFI hendaklah dihantar kepada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) oleh anggota kesihatan yang merawat pesakit,” katanya.", "Menurutnya, bagi nilai bantuan kepada individu yang terkesan AEFI ditentu berdasarkan perakuan JTP, dan diputuskan oleh Jawatankuasa Induk Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin COVID-19.", "Khairy berkata nilai bantuan telah ditetapkan tidak melebihi RM50,000 jika berlaku kesan sampingan serius kepada penerima vaksin COVID-19 yang memerlukan rawatan berpanjangan di hospital, dan tidak melebihi RM500,000 sekiranya hilang upaya kekal atau kematian disebabkan vaksin COVID-19.", "Mengenai polisi lawatan untuk penjaga dan pelawat hospital KKM, beliau berkata hanya beberapa kategori pesakit boleh ditemani penjaga atau pelawat iaitu pesakit yang menghidap penyakit kritikal, memerlukan penjagaan palliatif, tenat, kurang upaya, warga emas, memerlukan bantuan komunikasi, kanak-kanak dan wanita dalam proses bersalin.", "“Ini bertujuan untuk mengurangkan risiko penularan COVID-19 di hospital serta memutuskan rantaian jangkitan wabak secara berterusan. Ia penting bagi melindungi pesakit, pelawat dan petugas kesihatan daripada jangkitan COVID-19, serta memastikan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berterusan,” katanya.", "Khairy berkata mereka yang dibenarkan melawat dan menjaga pesakit mestilah antaranya lengkap vaksinasi COVID-19, tidak tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan COVID-19 dan tidak disyaki menghidapi COVID-19.", "Katanya, penjaga perlu menjalani ujian saringan COVID-19 iaitu RT-PCR atau RTK Antigen dalam 72 jam sebelum masuk ke hospital dan disahkan negatif.", "“Bagaimanapun, dalam keadaan tertentu di mana risiko penularan COVID-19 adalah tinggi seperti berlakunya wabak COVID-19 di hospital, pihak hospital boleh melakukan beberapa pengubahsuaian kepada polisi yang sedia ada bagi menjamin kesihatan dan keselamatan semua pihak,” katanya.- BERNAMA" ]
https://www.melakahariini.my/malaysia-seru-pemimpin-dunia-tangani-keganasan-di-tengah-tengah-pandemik-covid-19/
Malaysia seru pemimpin dunia tangani keganasan
[ "KUALA LUMPUR 15 Nov. – Malaysia hari ini menyeru pemimpin global meningkatkan usaha mengekang keganasan daripada terus berleluasa, di tengah-tengah pandemik COVID-19 dan menjadikan dunia kembali aman, stabil serta selamat.", "Berucap pada Sidang Kemuncak ASEAN-Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-11, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tatkala dunia berjuang meratakan lengkung COVID-19, serangan di Eropah baru-baru ini membuktikan bahawa keganasan kian merebak.", "“Mengenai pelucutan senjata dan pengawalan senjata nuklear, kita seharusnya tidak terlepas pandang berhubung pelanggaran terhadap usaha itu, walaupun selepas COVID-19 melanda.", "“Saya bagi pihak kerajaan Malaysia merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang bersatu menyokong kenyataan Setiausaha Agung PBB mengenai Gencatan Senjata Global di tengah-tengah pandemik COVID-19.", "“Pada masa sama, kita harus menggalakkan sikap saling menghormati, keharmonian dan keamanan bersama, di samping menentang sebarang bentuk penganiayaan, provokasi, prasangka dan kebencian terhadap agama mahupun kaum.", "“Malaysia menyambut baik Pelan Tindakan Setiausaha Agung PBB untuk Mencegah Ekstremisme Melampau (PVE) yang menumpukan elemen pencegahan, pendekatan yang sudah dipraktikkan Malaysia,” katanya." ]
https://www.melakahariini.my/anggota-pga-dua-rakan-dituduh-seludup-lima-migrain-thailand/
Anggota PGA, dua rakan dituduh seludup lima migrain Thailand
[ "PASIR MAS 2 Nov – Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) berpangkat koperal bersama dua rakannya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini  atas pertuduhan menyeludup masuk lima migran warga Thailand.", "Muhd Nor Hafifi Md Khanapiah, 33, bersama Mohd Azhar Mohamad, 28, dan Muhammad Rahmat Muhammad, 33, yang bekerja sendiri hanya mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Badrul Munir Mohd Hamdy.", "Tiada pengakuan direkodkan daripada ketiga-tiga tertuduh kerana kes itu merupakan kesalahan keselamatan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas 2012) yang  akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi", "Muhd Nor Hafifi, Mohd Azhar dan Muhammad Rahmat didakwa bersama-sama melakukan perbuatan itu di sekatan jalan raya (SJR) Ladang Pepuyu, Tanah Merah, pada 10 malam 6 Okt lepas.", "Pertuduhan mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan merupakan kesalahan di bawah SOSMA yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 15 tahun, dan boleh juga didenda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.", "Timbalan Pendakwa Raya Abu Arsalnaa Zainal Abidin memaklumkan bahawa kes itu akan dibawa ke Mahkamah Tinggi untuk dibicarakan dan memohon supaya ketiga-tiga tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin." ]
https://www.melakahariini.my/pasang-cctv-di-japerun-ayer-limau/
Pasang CCTV di Japerun Ayer Limau
[ "AYER LIMAU 9 September – Kompleks Japerun Ayer Limau bakal dilengkapi sistem pengawasan kamera litar tertutup (CCTV) sebagai langkah keselamatan tambahan.", "Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Limau, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, sistem keselamatan itu bertujuan untuk memantau pergerakan keluar masuk orang awam di kompleks terbabit.", "“Sebenarnya pada hari kejadian, pegawai Japerun menyedari kehadiran Perodua Kancil berkenaan, namun beliau menyangka kenderaan itu adalah milik guru Tadika Kemas yang juga berada dalam kawasan Kompleks,” katanya ketika dihubungi, hari ini." ]
https://www.melakahariini.my/tarikh-lihat-anak-bulan-ramadan-22-mac/
Tarikh lihat anak bulan Ramadan 22 Mac
[ "KUALA LUMPUR, 15 Mac – Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan tarikh permulaan puasa bagi umat Islam di Malaysia tahun ini ialah pada petang Rabu, 22 Mac bersamaan 29 Syaaban 1444 Hijriah.", "Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini, tarikh permulaan puasa akan diisytiharkan pada malam itu melalui radio dan televisyen.", "Kenyataan itu menyebut jawatankuasa-jawatankuasa berkenaan telah diperkenankan melihat anak bulan Ramadan pada petang hari tersebut di 29 lokasi di seluruh negara iaitu Pontian Kecil, Johor dan Kompleks Falak Al-Khawarizmi Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka.", "Jawatankuasa-jawatankuasa berkenaan juga diperkenankan melihat anak bulan di Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson di Negeri Sembilan serta Bukit Melawati, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat dan Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam di Selangor.", "Di Perak, lokasi melihat anak bulan adalah di Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru di Manjung; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh di Pulau Pinang serta Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda; Pemandangan Indah, Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar, Alor Setar di Kedah.", "Lokasi lain Bukit Besar, Kuala Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut dan Balai Cerap Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA), Mukim Merang, Setiu di Terengganu serta Bukit Peraksi, Pasir Puteh; Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai dan Menara Bangunan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (SEDC), Kota Bharu di Kelantan.", "Selain itu, Pusat Falak Miri, Teluk Bandung, Kuching serta Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan (Sabah); Bukit Tanjong Batu di Nenasi, Gunung Berinchang di Cameron Highlands dan Bukit Pelindong di Kuantan (Pahang).", "Turut menjadi lokasi melihat anak bulan Ramadan ialah Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan, Menara Kuala Lumpur, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya serta Menara Pandang, Masjid Al-Hussain Kuala Perlis, Perlis." ]
https://www.melakahariini.my/skop-kelayakan-perantisiswa-diperluas-agihan-fasa-pertama-bermula-bulan-ini-annuar/
Skop kelayakan PerantiSiswa diperluas, agihan fasa pertama bermula bulan ini – Annuar
[ "KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) memperluaskan skop kelayakan pemberian tablet program PerantiSiswa kepada empat lagi kategori pelajar B40, tambahan kepada kategori sebelum ini.", "Menteri Komunikasi dan Multimedia (MenKomm) Tan Sri Annuar Musa berkata empat kategori itu ialah pelajar program asasi di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), pelajar program matrikulasi di bawah Kementerian Pendidikan (KPM), pelajar semester 1 dan 2 sekolah menengah (Tingkatan 6) di bawah KPM dan pelajar yang mengikuti program di Kolej Vokasional yang menawarkan pengajian diploma.", "“Semua kategori ini boleh membuat permohonan mulai hari ini sehingga 30 Sept,“ katanya pada sesi soal jawab di persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.", "Beliau menjawab soalan Lukanisman Awang Sauni (GPS-Sibuti) mengenai status pemberian tablet oleh K-KOMM melalui program PerantiSiswa dan jumlah tablet yang bakal diagihkan kepada pelajar daripada golongan B40 setakat ini.", "Sebelum ini, pelajar golongan B40 yang layak memohon program berkenaan ialah mereka yang mengikuti program sepenuh masa diploma, diploma lanjutan, ijazah sarjana muda di IPTA dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta di bawah kendalian KPT, pelajar politeknik dan kolej komuniti di bawah KPM, pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) di bawah KPM dan pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). -BERNAMA" ]
https://www.melakahariini.my/kerajaan-komited-perkasa-ekonomi-500000-pekebun-kecil-risda/
Kerajaan komited perkasa ekonomi 500,000 pekebun kecil Risda
[ "KUALA LUMPUR 16 Jun –  Kerajaan komited dalam memastikan Program Pembangunan Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) mampu mengangkat ekonomi 500,000 pekebun kecil di seluruh negara, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Dr Abd Latiff Ahmad.", "“Antara program utama yang dilaksanakan adalah pembangunan kawasan tanam semula dengan peruntukan RM261 juta, peningkatan produktiviti dan pembangunan pekebun kecil RM38.2 juta dan pembangunan semula hasil baharu dengan peruntukan RM20 juta,” katanya dalam kenyataan malam tadi.", "Abd Latiff berkata Risda turut meneruskan program mempelbagaikan pendapatan dengan menyalurkan bantuan keusahawanan kepada pekebun kecil melalui aktiviti ekonomi tambahan dengan peruntukan RM50.3 juta.", "Dr Abd Latiff berkata bantuan khas Hari Raya Aidilfitri 2020 COVID-19 bernilai RM300 turut diberi secara one-off  kepada 291,904 pekebun kecil Risda yang terjejas pendapatan akibat penularan wabak COVID-19.", "Risda juga membuat bayaran dividen sebanyak RM42.7 juta kepada 31,436 orang pekebun kecil yang layak dan sebanyak RM12.8 juta daripada jumlah itu dibayar kepada 16,080 peserta Rancangan Tanaman Baharu Berkelompok (RTBB) dan RM29.9 juta dibayar kepada 15,356 orang peserta Tanam Semula Komersial (TSK).", "Selain itu, Risda juga menyalurkan Bantuan Musim Tengkujuh 2019 berjumlah RM164.7 juta dan bantuan yang sama akan disalurkan kepada 274,639 orang pekebun kecil pada tahun ini.", "Sementara itu, Abd Latiff turut mengumumkan pelantikan Ketua Pengarah Risda yang baharu,  Abdullah Zainal @ Deraman yang berkuat kuasa Rabu, menggantikan Datuk Wan Ahmad Shabri Zainuddin Wan Mohamad yang menamatkan kontrak perkhidmatannya esok." ]
https://www.melakahariini.my/kewangan-halangan-utama-ibu-bapa-miliki-ramai-anak/
Kewangan halangan utama ibu bapa miliki ramai anak
[ "Beliau berkata walaupun secara purata para ibu bapa di negara ini menginginkan empat anak, namun hakikatnya kebanyakan mereka hanya mampu mempunyai antara dua dan tiga orang sahaja kerana kos untuk seorang anak yang tinggi.", "“Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Kelima (KPKM-5) mendapati sebanyak 65 peratus daripada penduduk berkahwin menyatakan bahawa mereka ingin mempunyai lebih ramai anak sekiranya isu kewangan bukan suatu halangan,” katanya kepada Bernama.", "Jelasnya, antara kos-kos yang yang dilihat membebankan ibu bapa adalah pembelian peralatan dan makanan bayi yang mahal seperti susu dan lampin pakai buang serta upah pengasuh serta yuran taska yang tinggi.", "Faktor lain yang menghalang keluarga di negara ini daripada mencapai saiz keluarga yang mereka inginkan adalah perkahwinan lewat, kesukaran mencari pasangan hidup dan masalah kesuburan, katanya.", "“Kita memberi cadangan kepada kerajaan agar insentif tambahan diberikan kepada ibu bapa seperti kemudahan taska, bonus untuk setiap kelahiran bayi serta membantu menampung kos harga susu yang secara langsung akan membantu ibu bapa mengurangkan kos sara hidup keluarga mereka,” katanya.", "Dalam pada itu, Abdul Shukur berkata jika dibandingkan dengan kadar kesuburan dengan negara-negara ASEAN yang lain, kadar kesuburan negara pada ketika ini berada pada tangga ketiga terendah iaitu 1.9 orang anak bagi setiap wanita berumur antara 15 hingga 49 tahun pada 2016 selepas Singapura (1.2) dan Thailand (1.5).", "“Kajian pada 2018 juga mendapati kadar kesuburan negara juga menurun dengan cepat iaitu kepada 1.8 orang, situasi ini akan menpercepatkan proses penuaan negara dan berkemungkinan negara akan mencapai status negara tua sebelum 2030,” katanya.", "Jelas beliau, sekiranya kadar kesuburan terus menurun dan tiada intervensi diambil untuk menangani keadaan ini, Malaysia dijangka akan mengalami pengucupan penduduk buat pertama kalinya pada 2072, seterusnya akan memberi implikasi ke atas ekonomi kerana pengucupan tenaga pekerja di negara ini." ]
https://www.melakahariini.my/3-lokasi-wajib-singgah-tahun-baharu-cina/
3 lokasi ‘wajib’ singgah Tahun Baharu Cina
[ "MACHAP JAYA 18 Januari – Mei Hua Walk, Kampung Baru Machap Umboo dan Tokong Chee Leong Keng, Selandar, di sini, menjadi lokasi wajib singgah kepada pelawat berkunjung ke Negeri Melaka sepanjang musim perayaan Tahun Baharu Cina 2023.", "Sesuai dengan semangat perpaduan ketiga-tiga lokasi berkenaan yang juga dikenali sebagai ‘Little Beijing’ bukan khusus untuk masyarakat Tionghua semata-mata, sebaliknya semua pelawat tanpa mengira latar belakang dialu-alukan untuk singgah.", "Bagi yang singgah ke Mei Hua Walk, selain dapat melihat keindahan hiasan lampu, pengunjung juga turut disajikan dengan persembahan tarian tradisional.", "Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap Jaya Ngwe Hee Sem berkata, ianya bagai satu kepuasan dan kegembiraan buat penduduk setempat apabila hasil kerja mereka ini dihargai serta mendapat sambutan.", "Katanya, kesepakatan jawatankuasa dan penduduk setempat yang bersatu hati meneruskan hiasan ini sejak belasan tahun lalu setiap kali menjelang Tahun Baharu Cina adalah sesuatu yang membanggakan.", "“Pada kebiasaan apabila menjelang sambutan Tahun Baharu Cina orang ramai akan datang ke sini untuk merasai suasana dan bergambar bersama keluarga. Orang Melayu dan India antara yang tertinggi singgah,” katanya ketika ditemui 17 Januari lalu.", "Beliau yang juga Exco Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna negeri kedatangan pelawat turut memberikan tempias kepada pengusaha restoran berhampiran." ]
https://www.melakahariini.my/shadan-dilantik-presiden-mala-yang-baharu/
Shadan dilantik Presiden MALA yang baharu
[ "BANDA HILIR 25 Jun – Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Shadan Othman dilantik sebagai Presiden Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) berkuat kuasa serta merta menggantikan mantannya, Datuk Ir. P.A. Rajendran.", "“Kita mahu tunjuk dengan PBT lain bahawa Melaka boleh dijadikan destinasi contoh sama ada terbersih ataupun apa jua inovasi dipertandingkan yang boleh dijadikan contoh kepada PBT lain.", "“MALA ditubuhkan untuk pastikan kebajikan PBT itu sendiri, kedua mempromosi kebaikan atau kelebihan yang ada antara PBT untuk diaplikasikan kepada negeri lain,” katanya.", "Shadan berkata, walaupun terdapat lebih 50 PBT yang masih belum mendaftar sebagai ahli MALA, namun pendaftaran ahli baharu persatuan meningkat setiap tahun.", "“Sebenarnya mereka tahu ada kebaikan jadi ahli MALA, cuma acuh tidak acuh. Bagaimanapun graf pendaftaran meningkat setiap tahun, maknanya kesedaran itu akan meningkat setiap tahun." ]
https://www.melakahariini.my/sukma-2020-diteruskan-untuk-kesinambungan-latihan-atlet-pelapis/
Sukma 2020 diteruskan untuk kesinambungan latihan atlet pelapis
[ "KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) – Langkah meneruskan penganjuran temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2020 dan Sukan Para Sukma pada Mac dan April tahun depan adalah bagi memastikan kesinambungan latihan kepada atlet pelapis negara.", "Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata walaupun terdapat kebimbangan terhadap pandemik COVID-19, temasya sukan dwitahunan tempatan itu adalah platfom pendedahan terbaik buat atlet muda sebelum menyertai kejohanan lebih besar seperti Sukan Olimpik.", "“Maka, sebab itulah kejohanan itu masih lagi diteruskan kerana kami melihat bahawa perlu adanya latihan di peringkat negeri-negeri membabitkan atlet pelapis,” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Negara hari ini.", "Beliau menjawab soalan tambahan Senator Alan Ling Sie Kiong mengenai perancangan kementeriannya dalam memastikan pelapis atau bakat muda dapat dicungkil dan diserap ke pasukan kebangsaan susulan pandemik COVID-19 yang menyukarkan sesuatu latihan dijalankan.", "“Contohnya, acara terjun, walaupun tidak boleh ke luar negara, tidak dapat penyertaan atlet luar negara ke negara kita, tetapi kita telah usaha untuk lakukan kejohanan terjun secara dalam talian yang disertai oleh beberapa atlet negara luar, dan lakukan terjunan yang dinilai oleh juri dari negara-negara lain.", "“Secara tidak langsung, ini adalah satu daripada usaha untuk mengekalkan daya saing atlet tersebut dan atlet dapat keupayaan untuk mencapai prestasi puncak dalam sukan RTT (Road To Tokyo) atau Sukan Olimpik Tokyo 2020 nanti,” katanya." ]
https://www.melakahariini.my/ikan-pari-tambak-klebang-bawa-tuah-menang-rm25000/
Ikan pari Tambak Klebang bawa tuah menang RM25,000
[ "KLEBANG 28 Ogos – Tewas sekali bukan bermakna tewas selama-lamanya. Itu yang berjaya dibuktikan seorang pemancing Azren Hussin, 47, yang berjaya membuktikan usaha dan semangat tidak mengenal erti kalah mampu membuahkan hasil.", "Ia selepas pemancing dari Port Dickson, Negeri Sembilan itu dinobat johan Pertandingan Memancing Surfcasting Ambang Merdeka 2022 di Pantai Tambak Klebang, di sini, hari ini.", "Azren berkata, dia yang berkampung selama dua hari di Melaka tidak menyangka pelaburannya menyertai dua pertandingan memancing akan berakhir dengan kejayaan apabila salah satunya berjaya menjadikannya juara untuk memenangi hadiah utama RM25,000.", "Kata pekerja swasta itu, selepas tewas pada pertandingan memancing di Kuala Sungai Baru semalam, dia bersama tujuh rakan nekad untuk meneruskan perjuangan di Klebang dalam misi memburu kejuaraan.", "Misi itu nyata berjaya direalisasikan apabila umpan udang hidup yang dilabuhkannya disambar ikan pari beting seberat 6.015 kilogram (kg) kira-kira jam 9.40 pagi, sekali gus muncul ikan terberat menewaskan hampir 1,200 pemancing lain.", "“Alhamdulillah ia menjadi ikan terberat pertandingan dan rezeki untuk saya dan rakan-rakan yang berpanas selama dua hari untuk menyertai pertandingan memancing.", "“Sebelum ini saya pernah memenangi pertandingan memancing di Bagan Pinang pada tahun 2011 dan memenangi hadiah RM10,000, tetapi kali ini ia merupakan hadiah kemenangan terbesar pernah saya terima dan menjadi kenangan manis untuk saya,” katanya kepada pemberita selepas tamat pertandingan.", "Kejayaan itu melayakkannya memenangi hadiah wang tunai RM25,000 berserta iringan yang disampaikan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tangga Batu, Samsuddin Johari dan Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Abdul Jameel Abdul Jabar.", "Tempat kedua pula dimenangi Mohd Khairil Abdul Kadir, 31, dari Jitra Kedah yang menaikkan ikan pari seberat 5.970kg, manakala tempat ketiga milik Mohd Noor, 57, dari Kuala Lumpur juga dengan spesis sama seberat 5.340kg.", "Pertandingan anjuran Wak Jali Event Management dan disokong Tourism Malaysia bersama UMNO Bahagian Tangga Batu menyaksikan hampir 600 ekor ikan daripada pelbagai spesies berjaya dinaikkan peserta." ]
https://www.melakahariini.my/rentetan-dakwaan-disuntik-vaksin-kosong-akan-diberi-suntikan-dos-baharu/
Rentetan dakwaan disuntik vaksin kosong, akan diberi suntikan dos baharu
[ "KUALA LUMPUR 20 Julai – Mana-mana individu yang terbukti diberikan vaksin kosong akan dipanggil semula untuk menerima suntikan dos baharu, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, memetik laporan portal Berita Harian sebentar tadi.", "Beliau mengulas mengenai dakwaan beberapa individu mereka diberi suntikan vaksin kosong di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang menjadi tular di media sosial.", "Kes didakwa berlaku Sabtu lalu di PPV pandu lalu di Kem Lapangan Terbang Sungai Petani, Kedah di mana PPV itu dikhaskan kepada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan ahli keluarga mereka sahaja.", "Terdapat dua lagi dakwaan mengenai suntikan vaksin kosong iaitu di PPV Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), yang didakwa berlaku pada Sabtu lalu dan orang awam terbabit sudah membuat laporan polis.", "Di PPV Bangi Avenue Convention Centre (BACC) pula dakwaan mengenai suntikan palsu ini dibuat pada Ahad dan laporan polis dibuat oleh penyedia perkhidmatan kesihatan (HCO) terbabit.", "Sebelum ini, Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) pihaknya menjelaskan memandang serius beberapa dakwaan berkenaan termasuk bekerjasama dengan pihak berkuasa, termasuk Polis Diraja Malaysia dan ATM yang menjalankan siasatan terhadap perkara ini." ]
https://www.melakahariini.my/saifuddin-minta-ketua-polis-negara-timbang-cadangan-adakan-semula-sidang-media-berkala/
Saifuddin minta Ketua Polis Negara timbang cadangan adakan semula sidang media berkala
[ "PUTRAJAYA, 16 Feb – Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail meminta Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, untuk mempertimbangkan cadangan mengadakan semula sidang media secara berkala kepada pihak media.", "Saifuddin Nasution berkata beliau menerima banyak maklum balas daripada rakan-rakan media mengenai ketiadaan sidang media berkala, sehingga menyukarkan mereka mendapatkan perkembangan terbaharu berkenaan sesuatu kes yang disiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM).", "“Saya beri dia (Ketua Polis Negara) peluang untuk mempertimbangkan cadang itu dan berharap ia dapat dilaksanakan dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita selepas program sesi libat urus media bersama Menteri Dalam Negeri hari ini.", "Saifuddin Nasution berkata melalui cara itu, beliau berharap ia dapat merapatkan hubungan antara PDRM dan media sebagai rakan strategik agensi itu.", "“Apabila penggunaan kamera badan dilaksanakan, anggota polis akan mengguna pakai gajet berkenaan. Saya percaya penggunaan kamera badan akan meningkatkan integriti PDRM, (membantu) mengumpul bukti dan sebagai peringatan kepada mereka (anggota), bahawa mereka diawasi,” katanya.", "Mengenai isu pakaian orang awam ketika datang ke pejabat atau balai polis, Saifuddin Nasution berkata perkara berkenaan telah selesai dan tiada isu berbangkit.", "“Saya tidak bersetuju dengan tindakan anggota polis yang menghalang orang awam membuat laporan polis dan pada masa sama masyarakat awam perlu ada elemen kesopanan ketika berurusan rasmi dengan PDRM." ]
https://www.melakahariini.my/raja-raja-melayu-bincang-pandangan-pemimpin-politik-hari-ini/
Raja-Raja Melayu bincang pandangan pemimpin politik hari ini.
[ "KUALA LUMPUR 16 Jun – Pandangan yang dikemukakan pemimpin politik ketika sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong sejak Rabu lepas hingga semalam akan disembah maklum kepada Raja-Raja Melayu dalam satu perbincangan khas di Istana Negara hari ini.", "Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata beberapa pakar dari agensi kerajaan turut dijadual memberi sembah taklimat mengenai hal-hal berkaitan kesihatan, keselamatan, politik dan ekonomi negara pada Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu, yang dijadual berlangsung pada 2.30 petang.", "Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap seramai 18 pemimpin parti politik dalam sesi yang berlangsung secara bersemuka dan maya di Istana Negara dan mendengar pandangan mereka mengenai pelbagai isu.", "“Perlu diperjelaskan di sini bahawa sesi-sesi menghadap para pemimpin parti politik adalah atas inisiatif serta keprihatinan tinggi Seri Paduka dan berkaitan usaha memerangi penularan wabak COVID-19 serta pelaksanaannya semasa tempoh darurat,” menurutnya dalam satu kenyataan.", "Pada 12 Jan lalu, Al-Sultan Abdullah mengisytiharkan agar Proklamasi Darurat dilaksanakan di seluruh negara hingga 1 Ogos 2021 atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal sebagai langkah proaktif untuk membendung pandemik COVID-19.", "Ini merupakan kali kedua Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu diadakan di Istana Negara sejak Al-Sultan Abdullah menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Januari 2019 selepas yang pertama pada 25 Okt tahun lalu." ]
https://www.melakahariini.my/covid-20-sekolah-di-pulau-pinang-ditutup-dua-hari/
COVID: 20 sekolah di Pulau Pinang ditutup dua hari
[ "GEORGE TOWN 26 April. – Sebanyak 20 sekolah di Pulau Pinang ditutup dua hari bermula hari ini susulan terdapat kes COVID-19 di sekolah terlibat, kata Pengarah Jabatan Pendidikan Pulau Pinang Abdul Rashid Abdul Samad.", "“Semua sekolah terlibat ditutup selama dua hari bagi proses sanitasi. Pihak sekolah akan menilai semula sebelum sebarang tindakan lanjut dibuat (membuka atau meneruskan penutupan sekolah).", "“Bagi sekolah yang ditutup, sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) berjalan mengikut jadual persekolahan seperti biasa,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini." ]
https://www.melakahariini.my/tindakan-segera-tegas-kepada-sekolah-sembunyi-kes-buli-kpm/
Tindakan segera, tegas kepada sekolah sembunyi kes buli – KPM
[ "KUALA LUMPUR, 14 Dis – Tindakan segera dan tegas akan dikenakan kepada mana-mana sekolah di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) yang cuba menyembunyikan kes buli di sekolah masing-masing.", "Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata ia berikutan kemungkinan terdapat kes buli tertentu yang ‘disenyapkan’ bagi mengelak diketahui pihak luar.", "“Sebab itu kita telah mewujudkan sistem pelaporan, maknanya pihak sekolah boleh melaporkan apa sahaja kes buli yang berlaku di dalam sistem tersebut dan daripada itu kita mendapat maklumat berkaitan kes buli yang berlaku serta tindakan yang patut diambil,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.", "Beliau menjawab soalan tambahan Che Alias Hamid (PAS-Kemaman) mengenai pendirian KPM tentang perlunya tindakan tegas terhadap pengurusan atau pentadbir institusi pendidikan yang cuba menyembunyikan kes buli sehingga mendatangkan kecederaan terhadap mangsa.", "Terdahulu, menjawab soalan asal Che Alias mengenai usaha kerajaan dalam menangani masalah buli di sekolah termasuk dalam kalangan pelajar asrama, Radzi berkata KPM telah merangka satu kerangka menyeluruh bagi membanteras buli di sekolah termasuk di asrama.", "Beliau berkata kerangka baharu itu melibatkan pengukuhan dan penambahbaikan kepada pendekatan sedia ada dengan tumpuan kepada empat komponen utama iaitu penyedaran, pelaporan, penghukuman dan pemantauan.", "Dalam konteks penyedaran, katanya, KPM akan memperkenalkan konsep Sekolahku Sejahtera yang bertujuan memupuk dan menerapkan nilai penting kehidupan dalam kalangan warga sekolah termasuk murid oleh guru secara langsung atau tidak langsung menerusi aktiviti kurikulum dan kokurikulum.", "Bagi pelaporan pula, saluran pelaporan telah disediakan KPM bagi membolehkan sekolah melaporkan kes buli kepada KPM, selain menyediakan Garis Panduan Mencegah dan Menangani Perbuatan Buli Dalam Kalangan Murid di Sekolah dan Buku Panduan Pengurusan Menangani Buli Di Sekolah sebagai panduan.", "“Berhubung dengan penghukuman di peringkat sekolah, KPM telah mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bil. 8/2010 yang menyentuh tentang hukuman terhadap pelaku buli di sekolah atau di asrama.", "“Bagi aspek pemantauan pula, pada masa ini pemantauan di sekolah dilaksanakan oleh pentadbir, guru dan warden yang terdiri daripada kalangan guru,” katanya.- BERNAMA" ]
https://www.melakahariini.my/polis-siasat-kes-cubaan-culik-murid-di-ipoh/
Polis siasat kes cubaan culik murid di Ipoh
[ "IPOH, 26 September – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan cubaan culik seorang murid di hadapan Sekolah Kebangsaan Pengkalan, Taman Pinji Mewah di sini Jumaat lepas, yang tular menerusi media sosial.", "Ketua Polis Perak Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut daripada ibu kanak-kanak itu pada pukul 9 malam hari sama.", "“Polis telah menubuhkan satu pasukan siasatan khas bagi menyiasat kes ini dari pelbagai sudut di samping bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan negeri serta pihak sekolah dalam mempertingkatkan langkah pencegahan dan keselamatan di sekolah.", "“Ibu bapa diminta menghantar dan mengambil murid mengikut waktu ditetapkan dan memaklumkan kepada pihak sekolah jika mempunyai sebarang masalah mengenai urusan mengambil dan menghantar murid ke sekolah,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Mohd Yusri berkata pihak sekolah juga diingatkan supaya memastikan urusan menghantar dan mengambil murid hanya dilakukan oleh ibu bapa dan penjaga yang sah sahaja.", "Kes berkenaan tular menerusi Facebook selepas bapa kanak-kanak berkenaan memuat naik satu hantaran mendakwa anaknya hampir menjadi mangsa penculikan namun berjaya menyelamatkan diri ketika berada di hadapan sekolah tersebut." ]
https://www.melakahariini.my/dr-husaini-dilantik-pengerusi-lembaga-pengarah-utem-berkuatkuasa-1-jun/
Dr. Husaini dilantik Pengerusi Lembaga Pengarah UTeM berkuatkuasa 1 Jun
[ "AYER KEROH 2 Jun – Mantan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Dr. Husaini Omar dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang baharu menggantikan Datuk Seri Dr. Hasim Hasan, berkuatkuasa 1 Jun (semalam).", "Menurut kenyataan media UTeM, pelantikan bagi tempoh tiga tahun itu dipersetujui Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, selaras dengan peruntukan 17(1) (a) Perlembagaan Universiti.", "Husaini Omar, 60, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Geologi) dari Universiti Malaya (UM), beliau seterusnya memperoleh Ijazah Sarjana Kejuruteraan Geologi dari University of Leeds, United Kingdom dan Doktor Falsafah Kejuteraan (Kejuruteraan Sistem) dari Universiti Putra Malaysia (UPM).", "Beliau mempunyai pengalaman industri selama lapan tahun sebagai Jurutera Geologi sebelum memulakan karier sebagai pensyarah di Fakulti Kejuruteraan UPM pada 1996.", "Hasil kejayaan akademik dan pentadbirannya, beliau dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPM pada 15 Februari 2017 sebelum memegang jawatan Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) pada 1 Januari 2018 hingga 6 Januari 2019.", "Seterusnya beliau dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi di Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) pada 1 Februari 2021 sehingga 9 Mac 2023.", "Pada masa sama, UTeM turut merakamkan penghargaan kepada Dr. Hasim Hasan atas jasa dan sumbangan hebat diberikan kepada universiti berkenaan sepanjang perkhidmatan beliau di UTeM sehingga 18 Mei 2023." ]
https://www.melakahariini.my/tempoh-percubaan-pelaksanaan-rfid-adalah-kritikal-sebelum-diperluaskan-fadillah/
Tempoh percubaan pelaksanaan RFID adalah kritikal sebelum diperluaskan – Fadillah
[ "KUALA LUMPUR, 23 Mac – Pelaksanaan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) di Plaza Tol Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) buat masa ini adalah bagi memastikan keberkesanan sistem itu sebelum ia diperluaskan.", "Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata tempoh percubaan yang dilaksanakan oleh PLUS itu bagi membuktikan teknologi berkenaan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi di lebuh raya.", "“Sebab itu tempoh percubaan ini adalah kritikal untuk kita mengenal pasti daripada segi teknologi, pentadbiran, perundangan serta kelancaran ataupun efisiensi sistem yang ada itu dan tidak akan membebankan rakyat dan pengguna lebuh raya itu sendiri.", "“Itulah yang sedang kita lihat dan perincikan di peringkat Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Kementerian Kerja Raya,” katanya semasa sesi soal jawab pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.", "Beliau menjawab soalan tambahan Senator Datuk Razali Idris yang ingin tahu sama ada Kementerian Kerja Raya akan mempertimbangkan untuk sistem SmartTag dan RFID disatukan dalam lorong yang sama bagi pembayaran tol memandangkan kedua-dua sistem itu diletakkan di lorong berasingan.", "Fadillah berkata pembekal perkhidmatan bagi kedua-dua sistem pembayaran tol itu adalah berbeza maka teknologi serta ‘reader’ (pengesan tekonologi) juga tidak sama.", "“Sekiranya diletakkan dalam satu lorong, ia akan menyebabkan kecelaruan untuk mengenal pasti sistem tag yang digunakan maka disebabkan itu, mereka mengasingkannya,” katanya.", "Mengenai harga RFID, Fadillah berkata nilai RM35 itu merangkumi kos tag, pemasangan tag, sistem dan pengoperasian, namun kerajaan telah meminta supaya pihak Touch ‘n Go Sdn Bhd untuk mengkaji semula kos itu bagi tujuan mengurangkan harga jualan.", "Fadillah menjawab soalan asal Senator Muhammad Zahid Md Arip yang ingin tahu asas perundangan LLM bagi mewajibkan penggunaan RFID berharga RM35 sedangkan sistem kad Touch ‘n Go (TnG) hanya melibatkan kos RM10.", "“Pelaksanaan sistem kutipan tol dengan menggunakan teknologi RFID pada masa ini merupakan pilihan pengguna di samping pihak lebuh raya masih mengekalkan mod pembayaran lain seperti kad Touch ‘n Go dan SmartTag.", "“Kementerian sentiasa mengkaji dan meneliti pilihan yang sesuai bagi memastikan kemudahan pengguna dalam melaksanakan transaksi tol di lebuh raya diutamakan,” katanya menambah pengenalan RFID selaras hasrat kerajaan untuk beralih kepada sistem kutipan tol secara Sistem Laluan Terus Pelbagai Lorong (MLFF) menjelang 2025.- BERNAMA" ]
https://www.melakahariini.my/kwsp-lancar-i-sayang-tingkat-kesejahteraan-rakyat/
KWSP lancar i-Sayang tingkat kesejahteraan rakyat
[ "KUALA LUMPUR 23 Nov – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan melancarkan kemudahan i-Sayang pada suku pertama 2022, sebagai sebahagian daripada usaha berterusannya untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat.", "Pengerusi Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir berkata kemudahan itu akan membolehkan pemindahan sukarela 2.0 peratus caruman KWSP daripada akaun suami ke akaun isteri.", "Satu lagi kemudahan dana persaraan yang akan dilancarkan ialah i-Lindung, yang membenarkan pengeluaran daripada Akaun 2 untuk membeli insurans hayat dan penyakit kritikal melalui platform KWSP.", "“Inisiatif lain yang kami tinjau termasuk pendekatan berperingkat ke arah mewajibkan perlindungan KWSP yang sah kepada pekerja sektor tidak formal bukan pertanian.", "“Kami juga akan menyokong skim caruman lebihan sukarela yang mana ahli-ahli boleh memaksa  majikan untuk meningkatkan caruman KWSP mereka kepada lebih daripada 11 peratus kadar berkanun,” katanya ketika berucap di majlis perasmian Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa (ISWC) 2021 yang diadakan secara maya dan fizikal hari ini.", "“Bersama-sama, kami percaya bahawa rangka kerja perlindungan sosial yang lebih baik boleh membantu kami dalam meminimumkan, jika tidak membasmi, kesan negatifnya kepada manusia,” kata beliau.", "Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dalam ucapan awalnya berkata antara perkara yang paling membimbangkan akibat daripada pandemik ini ialah peningkatan isu ketaksamaan.", "“Isu ketaksamaan ini telah wujud awal sebelum berlakunya pandemik. Walaupun banyak negara telah cuba mengurangkan impak COVID-19 dengan menggerakkan pelbagai sumber secara intensif dan berjangka pendek, usaha-usaha ini hanyalah untuk sementara waktu dan tidak memberikan penyelesaian jangka panjang yang berupaya memelihara hayat dan kehidupan masyarakat.", "“Oleh itu, ISWC tahun ini telah dinaik taraf, menyaksikan para penganjur yang merupakan kuasa- kuasa berpengaruh dalam negara, telah berkumpul bersama-sama barisan penceramah yang ternama bagi menyelami isu-isu berkaitan ketaksamaan, termasuk dari aspek ekonomi, penjagaan kesihatan, dan pendidikan,” tambah Amir Hamzah.", "ISWC 2021 ini dianjurkan secara bersama oleh KWSP, Kementerian Kewangan, Unit Penyelarasan Pelaksanaan di bawah Jabatan Perdana Menteri dan Persatuan Keselamatan Sosial Antarabangsa (ISSA)." ]
https://www.melakahariini.my/shebby-singh-meninggal-dunia/
Shebby Singh meninggal dunia
[ "JOHOR BAHRU 12 Jan – Bekas pemain bola sepak negara, Serbegeth Singh atau lebih dikenali sebagai Shebby Singh meninggal dunia, petang tadi." ]
https://www.melakahariini.my/agong-perkenan-isytihar-darurat-bendung-pandemik-covid-19/
Agong perkenan isytihar darurat bendung pandemik COVID-19
[ "KUALA LUMPUR 12 Jan – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos sebagai langkah proaktif membendung wabak COVID-19 di Malaysia.", "Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan Istana Negara memaklumkan Seri Paduka memberi perkenan tempoh pelaksanaan darurat itu atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif COVID-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.", "Al-Sultan Abdullah turut berkenan dengan cadangan kerajaan bagi pembentukan satu Jawatankuasa Bebas yang akan dianggotai oleh Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang serta pakar-pakar kesihatan dan yang berkaitan." ]
https://www.melakahariini.my/56638-2/
37 calon wanita bertanding PRN Johor
[ "JOHOR BAHRU 26 Feb – Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menyaksikan peningkatan jumlah calon wanita yang bertanding berbanding sewaktu Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018.", "Calon BN Nor Rashidah Ramli dan Rashidah Ismail adalah antara calon wanita yang diketengahkan BN untuk mempertahankan kerusi yang dimenangi mereka berdua pada 2018 masing-masing bagi kerusi DUN Parit Raja dan Pasir Raja.", "Pakatan Harapan (PH) pula memberi amanah kepada lapan calon wanita untuk memenangi kembali kerusi DUN bagi pakatan tersebut setelah berlakunya polemik politik yang menyaksikan runtuhnya kerajaan PH pada Februari 2020.", "Selain itu, Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) yang pertama kali bertanding dalam pilihan raya meletakkan Setiausaha Agung parti itu Amira Aisya Abd Aziz  sebagai calon di DUN Puteri Wangsa serta Nur Afiqah M. Zulkifli sebagai calon di DUN Bukit Kepong." ]
https://www.melakahariini.my/akaun-twitter-rasmi-sprm-alami-masalah-teknikal/
Akaun twitter rasmi SPRM alami masalah teknikal
[ "KUALA LUMPUR, 27 Mei  — Akaun Twitter rasmi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) iaitu @SPRMalaysia mengalami masalah teknikal dan bukannya dinyahaktifkan seperti yang didakwa.", "SPRM dalam kenyataan hari ini menyatakan akaun Twitter SPRM mengalami masalah sejak semalam dan SPRM telah membuat laporan kepada pihak Twitter pada hari yang sama.", "“Isu berkenaan kini dalam proses pemulihan dan penambahbaikan. Oleh yang demikian, dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan SPRM menutup akaun rasmi Twitter SPRM ini adalah tidak benar,” menurut kenyataan itu.", "SPRM berterima kasih atas keprihatinan semua pihak namun berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi terutamanya melibatkan imej dan integriti SPRM." ]
https://www.melakahariini.my/pn-kena-kompaun-rm20000-penganjur-program-najib-dikompaun-rm4000/
PN kena kompaun RM20,000, penganjur program Najib dikompaun RM4,000
[ "Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan dua kompaun berjumlah RM20,000 dan RM4,000 kepada penganjur program yang melibatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Najib Tun Razak.", "Dalam satu kenyataan, KKM memaklumkan kedua-dua kompaun itu dikeluarkan berikutan kegagalan penganjur memastikan pematuhan penjarakan fizikal oleh orang ramai yang hadir ke program tersebut.", "Bagaimanapun, kata kenyataan itu, hasil siasatan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, tiada aktiviti perhimpunan dikesan dalam dua program itu, sebaliknya ia lebih berbentuk sesi ‘walkabout’.", "“Tawaran kompaun telah dikeluarkan di bawah Peraturan 16 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021.", "“Manakala satu lagi tawaran kompaun bernilai RM4,000 dikeluarkan kepada individu yang bertindak sebagai penganjur program yang dihadiri Najib,” kata kenyataan itu.", "Dalam pada itu, KKM turut menegaskan pihaknya dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus membuat pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) khususnya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.", "“KKM tidak akan teragak-agak mengeluarkan kompaun kepada mana-mana individu atau pertubuhan perbadanan yang melanggar SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN) Pelan Pemulihan Negara (PPN).", "“KKM menasihati agar masyarakat terus patuh kepada SOP dan menjalankan peranan masing-masing dengan penuh tanggungjawab dalam memerangi pandemik COVID-19 di Malaysia,” tegasnya.", "Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin sebelum ini memaklumkan sebarang aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial berkaitan pilihan raya tidak dibenarkan berkuat kuasa 25 Okt hingga 27 Nov." ]
https://www.melakahariini.my/ramadan-waktu-mengumpul-pahala-berganda/
Ramadan waktu mengumpul pahala berganda
[ "Ramadan adalah bulan istimewa bagi umat Islam di seluruh dunia. Pada bulan ini, Allah SWT telah menjanjikan ganjaran yang besar kepada hamba-Nya yang melakukan amal ibadah. Bulan Ramadan menawarkan banyak kelebihan kepada umat Islam seluruhnya.", "Umat Islam sudah pastinya berlumba-lumba mengerjakan amal kebaikan untuk mendapatkan keredaan dan mengumpul ganjaran daripada Allah SWT. Hal ini kerana, Allah SWT menggandakan pahala amalan yang dilakukan oleh hamba-Nya di dalam bulan Ramadan. Allah SWT berfirman yang bermaksud:", "“Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah SWT, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah SWT melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah SWT Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah ayat 261).", "Puasa bukan sahaja menahan diri daripada lapar dan dahaga, bahkan juga menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT antaranya muntah dengan sengaja, murtad, bersetubuh di siang hari, berkata perkara negatif dan sebagainya. Pada bulan Ramadan, syaitan dirantai, pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup. Orang-orang yang berpuasa terlepas daripada bisikan syaitan dan tidak berkeinginan untuk melakukan perkara-perkara mungkar.", "Ramadan juga dikenali sebagai bulan amal. Umat Islam digalakkan untuk memberi kepada mereka yang memerlukan dan melakukan kebajikan. Hal ini dapat mendidik hati menjadi pemurah dan mewujudkan sifat belas kasihan pada orang lain. Bulan puasa Ramadan ini mempunyai hubungkait dengan ibadah zakat yang wajib ditunaikan iaitu Zakat Fitrah.", "Zakat Fitrah merupakan amalan yang banyak memberi manfaat kepada masyarakat Islam sepanjang bulan Ramadan yang mulia, bahkan Zakat Harta juga umat Islam mengambil peluang menunaikannya demi tuntutan agama dan memperolehi pahala yang berganda sekaligus membersihkan harta dan menyucikan jiwa.", "Ini bertepatan dengan firman Allah SWT dalam surah at-Taubah ayat 103 yang bermaksud: “Ambillah sebahagian dari harta mereka sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan menyucikan mereka (dari akhlak yang keji)”.", "Untuk rekod, Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka Bil. 04/2022 yang bersidang pada 16 November 2022 (Rabu) telah berbincang dan bersetuju dengan kadar Zakat Fitrah bagi negeri Melaka tahun 1444H/2023M mempunyai tiga (3) kadar iaitu RM 7.00 bagi pengguna beras Super Spesial Tempatan / Super Tempatan, RM 14.00 bagi pengguna beras Super Import, Thai atau Siam, Wangi seumpamanya dan RM 21.00 bagi beras Basmathi yang dimakan oleh setiap individu Islam di negeri Melaka.", "Allah SWT telah menganugerahkan malam Lailatul Qadar, malam yang lebih baik daripada seribu bulan pada bulan Ramadan. Malam Lailatul Qadar mempunyai kelebihan kerana hanya boleh ditemui setahun sekali sahaja iaitu pada 10 malam terakhir Ramadan. Rasulullah SAW menganjurkan umatnya agar mencari dan mendapatkan malam Lailatul Qadar.", "Justeru, rebut peluang keemasan dengan memperbanyakkan amalan di bulan yang penuh keberkatan ini. Manfaatkan sebaiknya bulan Ramadan, dan dalam masa yang sama jauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang Allah SWT. Semoga Ramadan tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun yang lalu. Insya-Allah.", "Sebarang pertanyaan dan pembayaran zakat bolehlah layari www.izakat.com atau menghubungi di talian 1-300-88-0233 di Zakat Melaka atau tinggalkan mesej di talian whatsapp 011-58583885 untuk info lebih lanjut." ]
https://www.melakahariini.my/klip-tolak-hasrat-kapal-rusia-untuk-berlabuh-mot/
KLIP tolak hasrat kapal Rusia untuk berlabuh – MOT
[ "KUALA LUMPUR 2 Mac – Pengendali Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi (KLIP) telah menolak hasrat sebuah kapal yang membawa bekalan minyak mentah dari Rusia yang kini dalam pelayaran ke Malaysia untuk berlabuh di pelabuhan itu.", "Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dalam kenyataan hari ini memaklumkan tindakan menolak hasrat kapal itu yang dijangka berlabuh pada Sabtu (5 Mac) dibuat supaya tidak melanggar sebarang sekatan antarabangsa sebagaimana yang menjadi prerogatif KLIP.", "“Memetik laporan media, kapal yang didaftarkan dengan nama Linda atau dikenali sebagai Lady M ini didakwa turut disenaraikan dalam sekatan antarabangsa.", "MOT akan terus memantau situasi dari semasa ke semasa untuk tindakan susulan yang mungkin diambil bersandarkan kepada dasar kerajaan,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA" ]
https://www.melakahariini.my/skmm-gesa-penyedia-platform-media-sosial-agresif-banteras-akaun-palsu/
SKMM gesa penyedia platform media sosial agresif banteras akaun palsu
[ "KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kesal dengan penyedia perkhidmatan media sosial kerana gagal mengambil tindakan pantas terhadap laporan mengenai akaun palsu yang dikemukakan suruhanjaya berkenaan.", "MCMC yang meluahkan kekecewaan itu dalam satu kenyataan menegaskan pihak penyedia platform seperti Facebook, Twitter, Instagram, WhatsApp dan Telegram lambat bertindak terhadap akaun palsu terutama bagi tujuan penipuan.", "“Kelewatan tindakan berhubung perkara ini dibimbangi akan merencatkan usaha MCMC dalam melindungi pengguna media sosial daripada akaun-akaun palsu terutamanya yang menyamar dan menyalahgunakan identiti individu dan entiti lain, yang boleh menyebabkan kerugian wang ringgit kepada pengguna,” kata MCMC.", "Dalam kenyataan sama, MCMC menegaskan oleh kerana platform sedemikian yang tidak dilesenkan kerana beroperasi di luar Malaysia, MCMC amat bergantung kepada tindakan yang dibuat oleh pihak penyedia platform dalam menangani isu tersebut.", "Justeru, MCMC menggesa pihak penyedia platform untuk lebih bertanggungjawab, responsif dan bertindak pantas terhadap setiap laporan yang dikemukakan oleh suruhanjaya tersebut.", "MCMC secara tegas menyatakan pihak penyedia platform secara langsung mempunyai tanggungjawab bagi memastikan platform yang dihoskan pihak mereka adalah selamat kepada pengguna.", "Dalam pada itu, MCMC sekali menasihatkan pengguna supaya berwaspada, kekal selamat dan menjadi seorang pengguna bertanggungjawab yang mengamalkan penggunaan internet secara berhemah serta mengelak menjadi mangsa kepada akaun palsu yang menyalahgunakan rangkaian media sosial." ]
https://www.melakahariini.my/banjir-258-mangsa-di-jasin-belum-pulang-ke-rumah/
Banjir: 258 mangsa di Jasin belum pulang ke rumah
[ "JASIN 10 Jan – Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah ini pagi ini berkurangan kepada 258 mangsa berbanding 305 orang pada jam 8 malam tadi.", "Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka Lt Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata terdapat empat kawasan di daerah itu masih terjejas banjir.", "“Jumlah mangsa yang ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Rambai merekodkan angka paling tinggi iaitu seramai 186 mangsa membabitkan 55 keluarga.", "“PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Penghulu menempatkan 55 mangsa daripada 11 keluarga manakala PPS SK Seri Mendapat terdiri daripada 20 mangsa membabitkan enam keluarga,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini." ]
https://www.melakahariini.my/operasi-pusat-kawalan-trafik-udara-kl-dipindah-ke-sepang/
Operasi Pusat Kawalan Trafik Udara KL dipindah ke Sepang
[ "PUTRAJAYA 2 Sept – Pemindahan operasi Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) ke Sepang dari Subang semalam melakar sejarah yang tersendiri buat industri penerbangan negara, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.", "Beliau berkata langkah itu menyaksikan penstrukturan semula ruang udara negara daripada tujuh kepada 14 sektor yang dilengkapi dengan penambahan laluan udara baharu serta pelepasan dan ketibaan yang menepati piawaian ditetapkan.", "Wee berkata pemindahan itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) untuk menyeragam dan mematuhi piawaian Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dalam reka bentuk Maklumat Penerbangan Ruang Udara Kuala Lumpur (KL FIR).", "“Pembinaan KL FIR baharu ini akan membolehkan lebih banyak pesawat mendarat pada waktu puncak atau slot premium, seterusnya meningkatkan kapasiti pendaratan di KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur) daripada 78 kepada 108 pesawat sejam, iaitu antara yang tertinggi di dunia,” katanya.", "Beliau juga berkata reka bentuk semula ruang udara itu juga akan membolehkan lebih banyak pergerakan pesawat setiap jam dengan memanfaatkan sepenuhnya tiga landasan yang sedia ada di KLIA secara serentak." ]
https://www.melakahariini.my/pkp-3-0-disambung-pm/
PKP 3.0 disambung-PM
[ "Menurut laporan Bernama Perdana Menteri berkata, sebaliknya fasa pertama PKP berterusan sehingga tiga indikator termasuk nilai ambang kurang dari 4,000 kes positif COVID-19 sehari.", "Sekatan penuh COVID -19 Fasa 1 yang bermula 1 Jun lalu dijadual tamat esok namun kriteria sasaran untuk beralih ke fasa berikutnya masih belum dipenuhi.", "Pada 15 Jun lalu, Perdana menteri sewaktu mengumumkan Pelan Pemulihan Negara: Peralihan Fasa PKP secara berperingkat berkata, tiga indikator  ditetapkan terhadap Fasa Pertama PPN mesti dicapai sebelum beralih kepada Fasa Kedua PPN.", "Indikator pertama adalah, purata kes harian COVID-19 menurun di bawah 4,000 kes; sistem kesihatan awam tidak lagi berada di peringkat kritikal termasuk kadar penggunaan katil di ICU pulih ke paras sederhana; dan 10 peratus populasi telah menerima 2 dos suntikan vaksin." ]
https://www.melakahariini.my/pekerjaan-kalam-communicating-literatures-across-the-archipelago/
Pekerjaan Kalam: Communicating literatures across the Archipelago
[ "THE nation’s leading periodical on Literature is being distributed gratis beginning some years ago. Dewan Sastera is not sold in the market. It is placed (more of neglected) at the check-out counter at the Dewan Bahasa dan Pustaka bookshop (or Anjung DBP), for anyone to pick one.", "This misplaced gesture only snubs the pekerjaan kalam of the most valuable part of Malay cultural heritage. The monthly which began in 1971, during the vibrant years of national literature “always in search for artistic discoveries and dynamic new thinking” (Sentiasa mencari serta menemukan hasil kesenian dan pemikiran baru yang dinamik), as stated in its portal, has tragically been trivialized (diremehkan).", "When asked, the standard response was that Dewan Sastera “Tiada sambutan dari pembaca” (No response from readers). Tragic is an understatement. There are infinite ways to promote national literature to the nation, and throughout the region. I would delve more into this in a future column.", "I am not a great fan of literature. But I know when I see a literary piece worth its salt. My schooling years at Penang Free School first got me reading the Sejarah Melayu and Hikayat Hang Tuah; also Arenawati’s Sandera, and Pramoedya Ananta Toer’s Ateis The genius of Malay literature is just lost due to our apathy and ambivalence. The year 2004 saw the release of a much awaited work brilliantly examining concepts of literary creativity, poetics and aesthetics in traditional Malay literature. It is by London University’s School of Oriental and African Studies scholar Vladimir Braginsky.", "His book titled A Historical Survey of Genres, Writings and Literary Views: The Heritage of Traditional Malay Literature (2004) is a landmark in the scholarship. Braginsky, who earlier conceived and wrote its initial version in Russian, opens his Introduction on traditional Malay literature as pekerjaan kalam (the deed of the reed pen). That is the most valuable part of the cultural heritage of the Malays. By Malays, Braginsky refers to inhabitants of the Malay Peninsula, East Sumatra some areas of Kalimantan (Borneo) and other islands of the Malay Archipelago. He cites that the earliest vestiges of Malay literature are preserved in inscriptions carved on stone steles with characters of South Indian origin, and later works, mostly anonymous, in some 8,000 to 10,000 manuscripts in Jawi.", "Braginsky significantly compares this with “their Javanese neighbours.” Having assimilated Hinduism and Buddhism, the Javanese created magnificent architectural and sculptural monuments, and remarkable bas-reliefs. We can vividly see (and experience) this on the Borobudur. The Malays are also familiar with religious doctrines from India. According to Braginsky, unlike the Javanese, Malays in those areas mentioned can boast of modest achievements in the visual arts.", "If in Javanese culture, “at the height of its fame the whole universe, and even literature itself, was understood as a beautiful temple,” Malay culture “saw the Universe as a book, a work of literature.” Malay cosmology came into being with the Sublime Pen on the Guarded Tablet. Malay authors like to quote Ibn al-‘Arabi: “We were Lofty Letters yet unmoved/Attached to our Abode in the Highest Peaks.” To the Malay worldview, literature is not just the creation of a scribe, but was “itself a scribe imprinting words on the ‘sheet of memory,’ thereby shaping human personality.”", "The foundation of Malay culture is literature. If Bahasa Melayu, which for centuries have been both the means of communication within the Malay Archipelago, and a vehicle of trade, culture and religious communication among the linguistically varied population in the region, the literature created in the Bahasa Melayu served as a medium through which literatures of the Archipelago could ‘communicate.’ It provided access to the Malay literary experience, as well as to other literatures, in particular Indian and Arabico-Persian. These connected Malay society with other “worlds of letters.”", "The role of the Archipelago in international and inter-insular trade, at least from the fifteenth century, allows us to assume that traditional Malay literature have been bifunctional, ethnic and inter-ethnic at the same time, as early as the Hindu-Buddhist period. Later, with Malay becoming one of the international languages of Islam, works in Malay were written from Acheh to the Maluku. Foreigners and sojourners also contributed to Malay literature. These were by Muslim missionaries and preachers.", "As a result, traditional Malay literature (and Bahasa Melayu), became a common heritage of the peoples of modern Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, and the Malay areas of the northern Malay peninsula/Southern Thailand. Braginsky resurrects it from having been ‘buried’ twice – first by German Malayist Hans Overbeck (1920s), than by British colonial administrator Richard Winstedt (1939), who spoke for the modern Malay that “…his old literature…has become dead as the leather puppets of the shadow-play when the lights of the theatre have been extinguished,” Instead, Malay literature remains vibrant and vigorous.", "The custodians of DBP must read Braginsky if they have not. If they have, re-read him in a new, vigorous perspective. Malay literature, if we to measure by the state of Dewan Sastera is not dead. It is always polysemic – ready to reveal to the reader a new facet of its meaning, hidden or unnoticed before, and to resume a dialogue with his/her persona. Traditional Malay literature is a living heritage, mirroring all aspects of Malay life – ideals, national characters, budi and beliefs.", "We have to keep it alive by a variety of perspectives. Traditional Malay literature, and national literature is for all; and certainly not only for “penyelidik, pensyarah univeriti dan maktab, mahasiswa, calon gurue, pelajar menenfgah tinggi dan peminat” (researchers, university and college lectures, teacher candidate, higher secondary school students and those interested), so says the portal. Dewan Sastera, in purveying and curating traditional and national literature, must strive its readership for every Malaysian citizen.", "Literature is the production and the consumption of the pekerjaan kalam. The custodians of more than a millennium of Malay letters must progress, not regress, in embracing national literature as integral to modern life and nationhood." ]
https://www.melakahariini.my/skuad-harimau-malaya-akan-bangkit-berdepan-bangladesh/
Skuad Harimau Malaya akan bangkit berdepan Bangladesh
[ "KUALA LUMPUR, 12 Jun – Kekalahan 1-2 kepada Bahrain dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2023, malam tadi tidak menjejaskan fokus Skuad Harimau Malaya menjelang perlawanan terakhir Kumpulan E bertemu Bangladesh di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa depan.", "Penyerang negara Muhammad Syafiq Ahmad berkata sebagai pemain profesional, kekalahan itu perlu segera dilupakan kerana fokus kini adalah memburu kemenangan pada perlawanan terakhir itu bagi membolehkan pasukan negara layak ke pusingan akhir Piala Asia 2023.", "“Walaupun mendahului, kita belum tentu boleh menang selagi wisel penamat belum dibunyikan, itulah bola sepak, yang paling penting untuk perlawanan terakhir kita kena menang, tiada alasan.", "“Berdepan Bangladesh, sesiapa pun yang main saya tak peduli… yang penting kita menang untuk layak ke pusingan seterusnya (pusingan akhir Piala Asia 2023),” katanya ketika ditemui selepas perlawanan menentang Bahrain di Stadium Nasional, malam tadi.", "Pemain tengah Mohamed Syamer Kutty Abba pula berkata Malaysia sepatutnya memenangi perlawanan menentang Bahrain dan prestasi baik yang ditunjukkan dalam perlawanan itu mesti diteruskan ketika menentang Bangladesh.", "“Saya bangga dengan rakan sepasukan kerana kami bertarung hingga 90 minit walaupun kami tahu keadaan padang sukar untuk kami bermain tetapi kami berjuang dan memberikan segala-galanya di dalam padang. Kami perlu bangkit dan bermain dengan baik ketika berdepan Bangladesh.", "“Seperti kita maklum, Turkmenistan juga baru menang 2-1 ke atas Bangladesh, setiap perlawanan dalam bola sepak sekarang bukanlah permainan yang mudah kerana semua orang tahu bagaimana untuk bertahan dan bagaimana untuk bermain, jadi kami perlu sangat fokus,” katanya.", "Pemain pertahanan Matthew Davies berkata: “Kami perlu memenangi perlawanan akhir mungkin dengan sedikit kelebihan untuk memastikan kami selamat. Ia adalah aksi ‘hidup atau mati’ untuk perlawanan terakhir dan kami akan memberikan segala-galanya untuk cuba merealisasikannya.", "Pada aksi kedua kumpulan menentang Bahrain disaksikan lebih 63,000 penonton di Stadium Nasional malam tadi, pemain naturalisasi Mohamadou Sumareh meletakkan pasukan negara di hadapan pada minit ke-55, namun Ali Abdulla Haram pantas menyamakan kedudukan untuk Bahrain dua minit kemudian.", "Gol kemenangan Bahrain hadir menerusi sepakan penalti disempurnakan pemain gantian Abdulla Yusuf Helal pada minit ke-81 selepas penjaga gol Mohd Farizal Marlias dipersalahkan kerana menjatuhkan Ali Jaafar Madan dalam usaha menyelamatkan keadaan selepas dia terlepas menangkap bola di udara.", "Kekalahan itu menyaksikan skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon berdepan misi wajib menang ke atas Bangladesh bagi mencerahkan peluang menamatkan penantian selama 15 tahun untuk layak ke Piala Asia.", "Selepas dua perlawanan, Bahrain kini di tangga teratas Kumpulan E dengan enam mata manakala Malaysia dan Turkmenistan masing-masing mengutip tiga mata di tempat kedua dan ketiga manakala Bangladesh tercorot tanpa mata." ]
https://www.melakahariini.my/liga-melaka-bachanglona-fc-rizq-fc-buat-perhitungan-di-pentas-akhir/
Liga Melaka: Bachanglona FC, Rizq FC buat perhitungan di pentas akhir
[ "PAYA RUMPUT 22 Julai – Bachanglona FC dan Rizq FC akan membuat perhitungan bagi merebut piala Liga Melaka 2022 Divisyen 3 pada perlawanan akhir yang akan berlangsung Ahad ini.", "Naib Presiden Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) merangkap Pengerusi Liga Melaka 2022 Datuk Khairi Anuar Ahmad berkata, pertembungan dua pasukan itu akan berlangsung di Stadium Hang Tuah.", "Katanya, kedua-dua pasukan itu merupakan pasukan yang membuat kemunculan pertama dalam aksi Liga Melaka dan berjaya menewaskan enam pasukan lain dalam Divisyen 3 mengikut kumpulan.", "“Kita harapkan dalam pentas akhir Divisyen 3 Liga Melaka 2022 ini akan menjadi acara kemuncak dalam mengetengahkan pemain-pemain berbakat yang bakal menjadi pelapis kepada sukan bola sepak negeri ini.", "“Lebih dua tahun tanpa penganjuran Liga Melaka, dan kali ini Liga Melaka kembali berprestij menerusi pembabitan bekas pemain-pemain kebangsaan dan pemain baharu.", "“Kita janjikan saingan-saingan yang terbaik dalam perlawanan Liga Melaka 2022 Divisyen 3 ini meskipun baru pertama kali menjejak kaki ke liga berprestij ini,” katanya ketika ditemui di Wisma MUSA hari ini.", "Sementara itu, Kapten Pasukan Bachanglona FC, Khairil Izra Riwayat memberi jaminan pasukannya akan memberi yang terbaik dalam perlawanan akhir itu nanti.", "“Berbaki kurang dua hari lagi, hanya latihan kecergasan serta memastikan tiada kecederaan dalam kalangan pemain sahaja yang penting, dan kami yakin dapat menandingi pasukan lawan di atas padang nanti,” katanya.", "Dia yang juga bekas pemain Melaka edisi 2016 bersama rakan sepasukan yang lain sudah bersedia sebelum pandemik COVID-19 lagi dan sememangnya mengimpikan untuk menjulang Piala Liga Melaka 2022 itu.", "“Dari segi persiapan, kita sudah bersedia lebih 100 peratus dengan gabungan pemain lama dan baharu, kita yakin dapat menyaingi pasukan Bachanglona FC dalam pertembungan di pentas akhir Liga Melaka 2022 Divisyen 3 Ahad ini,” katanya." ]
https://www.melakahariini.my/the-hispanized-malay-the-philippines-in-the-malay-world/
The Hispanized Malay: The Philippines in the Malay World
[ "TO this day, the Filipino is still seeking his identity. The ghost of the Spanish colonial order lingers on. I have encountered colleagues and acquaintances from the Philippines over the years. Many still wonder on their roots. Some like Joan Valenzuela, a colleague from a previous university was ambivalent. He (yes, Joan is a ‘he’) delved into the discourse on indigenization, of the Pantayong Pananaw – translated as “from us-to-us perspective” in Philippine historiography. But he stopped short of his Malay origins. But to Dr. Fernando A. Santiago, Jr, associate professor of History at the De La Salle University in Manila, and vice-president of the Philippine Historical Association, the story is different.", "I first met Fernando at a conference in Manila some years ago. In 2019, he spoke at the conference on the history and culture of the Malay Archipelago, co-organized by the International Institute of Islamic Thought and Civilization, International Islamic University, Malaysia (ISTAC-IIUM), and the national historical societies of Malaysia, Indonesia and the Philippines in Kuala Lumpur.  Fernando’s paper was titled “Spanish Colonialism and the Emergence of the ‘Hispanized Malay’ in the Philippines.” And his deliberation that day in September reflected an honest commitment to his Malayness and the Malay origins of the Filipino.", "Subsequently the paper was revised and published as “Historicising Malayness: Spanish Colonialism and the Emergence of the ‘Hispanized Malay,’ in the book Colonialism in the Malay Archipelago: Civilisational Encounters, co-edited by Osman Bakar, Ahmad Murad Merican and Wan Ali Wan Mamat (2020).", "Filipinos today, it has been stated, have a deep-seated and popular belief about their being Malay. Fernando did not hesitate to say that the Filipinos belong to “the Malay race”, following Jose Rizal who described himself as the “Great Malayan” or even the “Pride of the Malay Race.” But generally Filipinos are unaware of their marginal status in the Dunia Melayu. Moreover, not all scholars agree to the classification of the Philippines as Malay. Mainstream scholarship, even in Malaysia, excludes the Filipinos from the Malay world, thus casting a marginal tone to their claim to Malayness.", "Historian Zeus Salazar, who theorized and popularized Pantayong Pananaw in Filipino historiography reminded that historically, that his ancestors played an active part in the Malay World.  Political, economic, socio-cultural and religious developments also hinted the growing influence of the “Malayan ecumene.” The arrival of the European interrupted that natural course.  There was no loss of “Malayness” when the Malays were ruled from Spain via Mexico City.  But it created a synthesis of Malay and Hispanic traditions, and the creation of that unique identity of what Fernando termed as the “Hispanised Malays.”", "The Malay heirs to the Hispanic legacy is lost in discourse. It was Jose Rizal, the shaper of the Filipino national character, who in 1888, recovered a forgotten past. It was in London.  Rizal wanted to prove that his ancestors were not naked savages rescued by “Spanish soldiers and friars from utter barbarism.”   After more than three centuries, the Spaniard’s civilizing influence was ingrained in the Filipino mind. This began in the sixteenth century when the Spaniards declared “pagan artifacts as visible symbols of the devil’s domain that had to be destroyed.”", "In London, Rizal visited the British Museum. There, at the Reading Room, he found Antonio de Morga’s Sucesos de las Islas Filipinas (In English Events in the Philippine Islands). The book was published in Mexico City in 1609, within 50 years of Spanish arrival. Sucesos gave Rizal a glimpse of his past, and collectively of the Filipinos – of the past he described as “erased from memory.”", "Subsequently, de Morga’s book was reprinted with Rizal’s own annotations, and  published in Paris in 1890. In his forward to the book, Rizal expressed the angst of not knowing the past, nor neither having the capacity nor authority to speak on “what we have never witnessed or studied.” Fernando quoted Salazar as describing Sucesos as “where the culture and environment of the ancient Filipinos, considered as ‘naturale Malayos’ are described with sympathy and objectivity.”", "Sucesos in the public domain.  There one sees Filipino culture and behavior in its proper context. It represents a picture of pre-Hispanic society.  The rediscovery of the forgotten past brought in the recognition of the Filipinos’ Malay identity.  Rizal’s “Malay turn” saw his reference to himself and his countrymen as “the unfortunate Malays of the Philippines.”  This Malay turn became the quintessence of the struggle of the ilustrados – a group of educated Filipinos enlightened by liberalism.", "The ilustrados was instrumental in the search for a new identity, a national one, according to Salazar, within the colonial frame. Rizal was one of them. They were not only referring to the past, but a vision into the future. The Malay turn led to the formation of a secret organization – the Redención de los Malayos or the “Redemption of the Malay Race.”", "To this, Rizal’s biographer, Austin Coates, the organization represented a pledge to liberate the Malay peoples from colonial rule, to be made good first in the Philippines, and later to be extended to the inhabitants of Borneo, Indonesia and Malaya.  A stream of other ideas during the colonial era appeared to have affected Rizal.", "One was from Multatuli’s satirical novel Max Havelaar (1860). Multatuli was the pen name for Eduard Douwes Dekker (1820 – 1887), a Dutch writer who denounced colonialism in the Dutch East Indies. Multa tuli is from the Latin “I have suffered much.”", "Prof. Dato’ Dr. Ahmad Murad Merican is Professor of Social and Intellectual History with the International Institute of Islamic Tho  ught and Civilization, International Islamic University (ISTACIIUM). He is a Senior Fellow with the Southeast Asia Research Centre and Hub at De La Salle University, Manila, the Philippines." ]
https://www.melakahariini.my/tiada-laporan-peniaga-sorok-barang/
Tiada laporan peniaga sorok barang
[ "KUALA LUMPUR, 8 Mac – Tiada laporan pengeluar atau peniaga ‘menyorok’ barang sehingga menyebabkan kenaikan harga barang keperluan di pasaran, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.", "Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid berkata sebaliknya, kenaikan harga barangan disebabkan oleh impak pandemik COVID-19, banjir dan kenaikan kos bahan mentah.", "“Kita ada lebih 2,000 penguat kuasa termasuk pemantau harga di seluruh negara yang memantau keberadaan barang ertinya mengesan barang-barang daripada pengeluar sampai kepada pengguna, berapa yang keluar, berapa yang masih ada (dalam stok),” katanya pada sesi soal jawab di sini hari ini.", "Beliau menjawab soalan tambahan Abdul Latif Abdul Rahman (PAS-Kuala Krai) yang mahu tahu apakah langkah yang diambil oleh kementerian bagi mengelak kerisauan peniaga sehingga terpaksa menyorok barang kerana kawalan harga oleh kerajaan.", "Menjawab soalan tambahan Datuk Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) mengenai import ayam bagi mengimbangi harga dan memastikan keperluan negara mencukupi, Rosol berkata sehingga kini, sebanyak 29 permit telah dikeluarkan kepada pengimport.", "“Setakat ini kita hanya bawa masuk ayam dari Thailand, tiada dari China atau Brazil, saya difahamkan sebanyak dua atau tiga kontena telah dibawa masuk untuk permulaan,” katanya.", "Sementara itu, menjawab soalan asal Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PH-Pandan) berkenaan langkah yang telah diambil oleh Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) bagi memastikan kawalan harga munasabah ke atas barang keperluan, Rosol berkata dua mesyuarat NACCOL telah diadakan pada 9 Dis 2021 dan 31 Jan tahun ini.", "Hasil mesyuarat tersebut, beberapa langkah jangka pendek telah diambil antaranya Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM): Program Mekanisme Kawalan Harga Minyak Masak dan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) dilanjutkan hingga 5 Jun ini.", "Langkah lain ialah harga runcit ayam standard di bawah SHMKM diturunkan kepada RM8.90; harga telur ayam bagi gred A, B dan C telah diturunkan semasa pelaksanaan SHMKM hingga Februari lepas, dikekalkan hingga Jun ini serta subsidi kepada penternak ayam dan telur ayam. – BERNAMA" ]
https://www.melakahariini.my/penipuan-jual-beli-dalam-talian-semakin-membimbangkan/
Penipuan jual beli dalam talian semakin membimbangkan
[ "AYER KEROH 2 April – Penipuan transaksi dalam talian menjadi aduan paling kerap diterima Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) daripada pengguna di seluruh negara sejak akhir-akhir ini.", "Timbalan Menterinya Datuk Rosol Wahid berkata, tahun lalu sahaja 33.2 peratus atau 11,510 aduan berkaitan transaksi secara dalam talian diterima, mengatasi aduan harga barangan, 27.6 peratus (9,589 aduan).", "“Antara faktor yang menyumbang peningkatan aduan kes transaksi dalam talian mungkin disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikenakan tahun lalu dan awal tahun ini yang mana orang ramai lebih selesa membeli secara dalam talian.", "“Kebiasaannya aduan yang kita terima adalah membabitkan barangan yang tidak sama seperti yang ditunjuk dalam gambar serta barangan yang dibeli tidak sampai kepada pengguna.", "“Justeru, kita menasihatkan pengguna agar lebih berhati-hati membabitkan apa jua pembelian secara dalam talian untuk mengelakkan menjadi mangsa penipuan,” katanya ketika ditemui dalam lawatan ke kilang pembuatan makanan industri kecil dan sederhana (IKS) di sini, hari ini.", "Rosol berkata, sesiapa sahaja yang berdepan masalah sedemikian boleh melaporkan kepada KPDNHEP dengan menyertakan bukti atau transaksi pembelian untuk pihaknya mengambil tindakan berdasarkan undang-undang yang termaktub." ]
https://www.melakahariini.my/penjawat-awam-rugi-hampir-setengah-juta-ringgit-akibat-macau-scam/
Penjawat awam rugi hampir setengah juta ringgit akibat Macau Scam
[ "BATU PAHAT, 7 Oktober – Seorang penjawat awam terpaksa berputih mata selepas kerugian  RM468,000 akibat diperdaya sindiket Macau Scam, di sini, sejak Ogos lepas.", "Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Ismail Dollah berkata wanita berusia 38 tahun itu terpedaya setelah menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang mendakwa dirinya pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah pada 4 Ogos lepas.", "“Melalui panggilan yang dibuat oleh individu berkenaan, dia menyatakan mangsa terlibat dalam jenayah pengubahan wang haram dan dalam masa yang sama menawarkan bantuan untuk menyelesaikan kes terbabit.", "“Antara syarat untuk menyelesaikan kes itu, mangsa perlu membuat pembayaran ke dalam akaun bank yang diberikan dan mangsa percaya dengan membuat pembayaran sejumlah RM70,000,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.", "“Kami nasihatkan orang ramai lebih berhati-hati apabila menerima panggilan dari nombor yang tidak dikenali, selain membuat semakan dengan pihak berkuasa terlebih dahulu,” kata Ismail." ]
https://www.melakahariini.my/malaysia-masih-tunggu-keputusan-rayuan-kuota-haji-tambahan-idris/
Malaysia masih tunggu keputusan rayuan kuota haji tambahan – Idris
[ "BANGI, 23 Mei – Malaysia masih menunggu keputusan kerajaan Arab Saudi berhubung rayuan negara ini untuk diberi kuota tambahan 5,000 jemaah bagi menunaikan haji musim 2022, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad.", "“Setakat ini belum ada jawapan lagi. Kita doalah moga Allah permudahkan,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Bersama Ketua-Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Korporat Malaysia dan Wakil Tetap Sekretariat Dakwah Korporat (SDK) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), di sini hari ini.", "Pada 16 Mei lepas, Idris dilapor berkata pihaknya telah mengemukakan rayuan itu semasa menghadiri Persidangan Majlis Komuniti Islam Sedunia di Abu Dhabi.", "Arab Saudi menetapkan kuota haji seramai satu juta jemaah bagi musim 2022 dengan 85 peratus diperuntukkan kepada jemaah luar negara dan Malaysia pada musim ini diberi kuota 14,306 iaitu 45 peratus daripada kuota tahunan yang biasa diterima dan peratusan sama terpakai kepada semua negara.", "Ditanya mengenai surat tawaran bagi kumpulan kedua jemaah haji musim 2022, Idris berkata Lembaga Tabung Haji sudah mengeluarkan surat tawaran itu pada 10 Mei lepas dan mereka yang menerima surat itu diberi masa 10 hari untuk memberikan jawapan.", "Dalam perkembangan lain, Idris berkata sehingga hari ini, JAKIM belum dihubungi individu bukan rakyat Malaysia yang mendedahkan berlaku pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) keselamatan makanan, kebersihan dan piawaian halal di sebuah loji penyembelihan di Australia.", "“Siasatan sedang berjalan, kita sedang mencari banyak lagi bukti. Kalau ada maklumat loji lain silakan, dan kita akan ambil tindakan,” katanya.", "Sementara itu, semasa berucap pada majlis hari ini, Idris berkata pendekatan dakwah pada masa kini mestilah ringkas, padat, berfakta dan interaktif, seiring dengan peredaran zaman.", "Katanya, badan-badan dakwah mesti mengadaptasi suasana semasa termasuk dalam kerja-kerja dakwah manakala uslub (cara) dakwah mesti sentiasa segar, interaktif dan relevan kerana adakalanya pendekatan lima tahun lepas sudah tidak relevan dengan konteks dakwah hari ini." ]
https://www.melakahariini.my/covid-19819-kes-baharu-hari-ini-tertinggi-sejak-pandemik-melanda-negara-kp-kesihatan/
COVID: 19,819 kes baharu hari ini, tertinggi sejak pandemik melanda negara- KP Kesihatan
[ "KUALA LUMPUR 4 Ogos – Kes baharu COVID-19 melonjak kepada 19,819 kes dalam tempoh 24 jam lepas, tertinggi sejak pandemik itu melanda negara, Februari tahun lalu.", "Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian di laman Facebook berkata, perangkaan itu menunjukkan peningkatan sebanyak 2,714 kes berbanding 17,105 kes direkodkan semalam.", "Dr Noor Hisham berkata Selangor kekal merekodkan kes harian tertinggi sebanyak 8,377 kes diikuti Kuala Lumpur (2,467); Kedah (1,371); Johor (1,162); Kelantan (1,003) dan Sabah (949).", "Pulau Pinang pula mencatat 867 kes, diikuti Negeri Sembilan (800); Perak (662); Pahang (558); Sarawak (552); Melaka (508); Terengganu (481); Putrajaya (46); Perlis (11) dan Labuan (lima)." ]
https://www.melakahariini.my/malaysia-hilang-dua-tonggak-pertahanan-berdepan-indonesia/
Malaysia hilang dua tonggak pertahanan berdepan Indonesia
[ "KUALA LUMPUR, 14 Dis – Malaysia menerima tamparan apabila kehilangan khidmat ketua pasukan Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak dan Shahrul Mohd Saad bagi aksi menentang Indonesia pada perlawanan terakhir Kumpulan B Kejuaraan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2020.", "Perkembangan itu dimaklumkan ketua jurulatih Tan Cheng Hoe sambil mengharapkan pemain berdarah kacukan Dion Cools yang dijangka menyertai pasukan di Singapura, Khamis ini serta Dominic Tan, yang menjadi pilihan mengisi dua kekosongan di bahagian pertahanan dapat menggalas tanggungjawab dengan baik.", "“Memang kita rasa kehilangan Aidil dan Shahrul memberi kesan yang besar kepada pasukan kerana mereka sudah jadi tonggak pertahanan skuad kebangsaan dalam beberapa aksi kebelakangan ini. Sudah tentu (kini) kita harapkan Dion (Cools) dan Dominic dapat hasilkan kombinasi yang baik.", "“Kita harap Cools memang bagi ‘cool’ kepada pasukan, dengan pengalaman beliau kita nampak boleh bantu pasukan di setiap sudut tapi dalam keadaan kita kehilangan ramai pemain, saya harap sesiapa diturunkan bersedia dengan apa situasi sekalipun,” katanya pada sidang media skuad kebangsaan secara maya di Singapura, hari ini.", "Malaysia dijadual menentang Indonesia dalam perlawanan dianggap sebagai ‘hidup mati’ dalam misi kedua-dua pasukan layak ke peringkat separuh akhir di Stadium Nasional Singapura, Ahad ini.", "Cheng Hoe pada masa sama tidak bimbang menghadapi cabaran skuad Garuda yang kini menerajui saingan kumpulan tanpa Mohamad Aidil dan Shahrul yang dijangka memerlukan tempoh seminggu paling lama untuk kembali pulih.", "“Dalam bola sepak kita percaya pemain yang kita bawa dan kita harus beri keyakinan kepada mereka, kalau kita selalu menunjukkan kebimbangan di luar dan dalam padang sudah tentu ia akan terbawa-bawa dalam perlawanan,” kata pengendali berusia 53 tahun itu.", "Namun, beliau berharap dapat menurunkan pemain sayap Muhammad Faisal Abdul Halim yang kembali menyertai pasukan selepas bebas daripada jangkitan COVID-19 bagi aksi menentang Indonesia jika kecergasan pemain Terengganu FC itu berada pada tahap terbaik.", "Sementara itu, mengulas mengenai pasukan Indonesia, Cheng Hoe mengakui skuad Garuda itu telah melalui perubahan taktikal permainan yang positif di bawah kendalian jurulatih dari Korea Selatan Shin Tae-yong selain memiliki beberapa pemain muda berpotensi.", "“Tae-yong telah bawa generasi baharu untuk skuad mereka, pemain lebih muda dan bertenaga, kita dapat lihat kelajuan setiap pemain dan kita berharap tidak terperangkap dalam gerakan mereka. Dari segi persiapan juga mereka melalui fasa persediaan terbaik.", "“Kalau kita lihat dalam dua perlawanan awal mereka nampak begitu bertenaga serta semangat dan mereka boleh mencipta banyak peluang menjaringkan gol, jadi kita kena berwaspada terhadap serangan-serangan mereka,” kata Cheng Hoe.", "Selepas tiga aksi, skuad kebangsaan kini di kedudukan ketiga, berkongsi enam mata bersama Indonesia dan Vietnam yang masing-masing bermain kurang satu perlawanan, manakala Kemboja dan Laos di tempat tercorot tanpa sebarang mata.- BERNAMA" ]
https://www.melakahariini.my/tiket-bas-balik-raya-habis/
Tiket bas balik raya habis!
[ "BANDARAYA MELAKA 12 April – Perantau di Melaka yang ingin pulang ke Pantai Timur dan Utara Semenanjung Malaysia pada Aidilfitri ini dengan menaiki bas ekspres mungkin boleh melupakan hasrat tersebut.", "Tinjauan Melaka Hari Ini di Melaka Sentral mendapati notis pemakluman bertulis ‘tiket habis’ sudah mula dipasang di kaunter-kaunter yang terdapat di kawasan itu.", "Menurut kakitangan Melaka Sentral Wan Mohd Firdous Wan Ngah, buat masa ini tiket bas bagi perjalanan ke Pantai Timur membabitkan negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang bermula 27 April dan ke atas sudah habis sejak minggu lalu.", "“Difahamkan, tiada perancangan daripada syarikat bas ekspres untuk menambah bas lagi bagi perjalanan ke Pantai Timur dan Utara buat masa ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.", "Hasil pemerhatian sekitar 12 tengah hari tadi mendapati suasana di Melaka Sentral kelihatan terkawal dengan tidak ramai orang beratur bagi mendapatkan tiket pulang beraya.", "Difahamkan, ia disebabkan orang sudah bersedia lebih awal sebaik kerajaan mengumumkan peralihan ke fasa endemik bermula 1 April lalu yang menyaksikan lebih banyak kelonggaran diberikan.", "Malah, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut beberapa kali memberi jaminan bahawa rakyat boleh pulang ke kampung menyambut hari raya, meskipun situasi COVID-19 dalam negara masih berada di tahap berjaga-jaga." ]
https://www.melakahariini.my/hujan-berterusan-dijangka-masih-landa-melaka-lima-negeri-sehingga-esok/
Hujan berterusan dijangka masih landa Melaka, lima negeri sehingga esok
[ "AYER KEROH 3 Jan – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) hari ini memberi amaran hujan berterusan diramal akan berlaku sehingga esok (4 Jan).", "Ketua Pengarah MET Malaysia Muhammad Helmi Abdullah memberitahu antara negeri yang terlibat dengan amaran tersebut ialah Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Johor, Terengganu dan Sabah.", "Ramalan cuaca signifikan itu adalah berdasarkan analisis model MET Malaysia Weather Research and Forecasting Model (MMD-WRF), European Centre for Medium-Range Weather Forecasts (ECMWF) dan Global Forecast System (GFS).", "“Pembentukan awan hujan aktif di Laut China Selatan dan Laut Sulu masih berpotensi menyebabkan hujan berterusan di Utara Sabah, Pantai Timur dan Semenanjung." ]
https://www.melakahariini.my/elak-guna-ejen-nikah-siam-ahmad-marzuk/
Elak guna ejen nikah siam – Ahmad Marzuk
[ "Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata pasangan yang menggunakan khidmat sindiket atau ejen perkahwinan di negara jiran, akan berhadapan dengan pelbagai masalah dalam jangka masa panjang.", "“Gunalah saluran yang betul dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan (Malaysia), kerana kita telah mempunyai prosedur operasi standard (SOP) perkahwinan lengkap, tidak perlu mencari sindiket perkahwinan di negara jiran,” katanya selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Seragam Sekolah di Dataran Lemang, Manik Urai, di sini hari ini.", "Sebelum ini akhbar melaporkan selepas Majlis Pemulihan Negara (MPN) mengesyorkan kerajaan membuka semula sempadan negara bermula 1 Mac ini, ejen-ejen nikah Siam tidak menang tangan menerima tempahan pasangan yang mahu berkahwin di Thailand.", "“Perlu juga fikir dari sudut berpanjangan contoh daripada aspek pendaftaran anak dan sebagainya sekiranya perkahwinan itu tidak sah apabila menggunakan ejen atau sindiket perkahwinan. Gunalah jurunikah yang dilantik oleh pihak berkuasa agama negeri dan wilayah,” katanya. – BERNAMA" ]
https://www.melakahariini.my/undi-18-beri-masa-kepada-spr-takiyuddin/
Undi 18: Beri masa kepada SPR- Takiyuddin
[ "PENDANG 28 Mac – Semua pihak diminta memberikan masa serta ruang kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung pelaksanaan kelayakan mengundi pada usia 18 tahun.", "Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pelbagai prosedur perlu dilalui sebelum perkara itu dapat dilaksanakan, termasuk melibatkan urusan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).", "“Bukan mudah (nak laksana undi 18) banyak perkara kena diambil kira… antara masalah dihadapi SPR alamat dah selesai belum, itu kena tanya JPN, selagi tak selesai alamat lengkap takut ada yang tidak boleh mengundi sebab tak tahu nak mengundi kat mana.", "“Berdasarkan alamat dalam kad pengenalan, SPR akan menentukan di mana dia (pengundi) akan mengundi, Dewan Undangan Negeri (DUN) mana, Parlimen mana,” katanya kepada pemberita selepas Program Malaysia Prihatin di Maktab Rendah Sains MARA Pendang, di sini hari ini.", "Beliau berkata SPR merupakan satu badan bebas yang tidak terikat dengan pihak kerajaan, justeru setiap keputusan yang dibuat tidak menyebelahi mana-mana pihak.", "Takiyuddin berkata ketika isu undi 18 mula dibangkitkan, pada masa itu tempoh mengundi masih jauh dan SPR mungkin menjangkakan mereka ada masa yang cukup untuk melaksanakan perkara tersebut.", "“Kami dulu pembangkang, kami pun sokong undi 18, tapi dengan syarat pendaftaran mestilah secara automatik, kalau tidak jumlah individu layak mengundi tidak mendaftar akan bertambah sebab umur 21 pun empat juta tak mendaftar,” katanya.", "Khamis lepas, Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh dilaporkan berkata pendaftaran pemilih automatik dan kelayakan mengundi pada usia 18 tahun dijangka hanya mampu dilaksanakan selepas 1 September tahun depan." ]
https://www.melakahariini.my/aliran-trafik-di-lebuh-raya-utama-perlahan-petang-ini/
Aliran trafik di lebuh raya utama perlahan petang ini
[ "Jurucakap PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi berkata aliran trafik dari utara dilapor perlahan bermula dari Sungai Petani, Kedah ke Bertam, Pulau Pinang dan Juru ke Bukit Tambun.", "“Keadaan trafik turut dilapor perlahan dari Bidor ke Sungkai, Tambun ke Gua Tempurung, dan Nilai ke kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban,” katanya.", "Selain itu, aliran trafik juga didapati perlahan dari selatan melibatkan Yong Peng ke Pagoh, Bukit Gambir ke Tangkak dan Ayer Keroh menuju Port Dickson berikutan aliran trafik yang meningkat.", "Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata trafik bergerak perlahan dari Plaza Tol Bentong ke Bukit Tinggi dan Hentian Sebelah Gombak ke Plaza Tol Gombak.", "Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.  – BERNAMA" ]
https://www.melakahariini.my/melaka-bawa-rombongan-ke-riau-naik-feri/
Melaka bawa ‘rombongan’ ke Riau naik feri
[ "AYER KEROH 23 Mei – Satu rombongan terdiri daripada 200 pemain industri pelancongan Melaka akan berangkat ke Riau, Indonesia pada 5 Jun depan.", "EXCO Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Muhamad Jailani Khamis berkata, rombongan tersebut akan menaiki feri dari Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) ke Riau.", "“Kita akan adakan rombongan terbesar pada tahun ini untuk mengembangkan lagi pelancongan Melaka bagi menarik lebih ramai pelancong dari Pekan Baru dan Dumai menerusi provinsi Riau.", "“Rombongan ini berkemungkinan akan diketuai oleh Ketua Menteri, Datuk Seri utama Sulaiman Md Ali dan kita bawakan delegasi terdiri daripada pemain industri pelancongan Melaka untuk jalin hubungan intensif bersama pemain industri pelancongan Provinsi Riau", "“Di Provinsi Riau, penduduknya secara rasmi mempunyai seramai 6.5 juta dan untuk jumlah tidak rasminya adalah seramai 9 juta, jadi kita adakan hubungan secara intensif dari segi pelancongan,” katanya kepada Melaka Hari Ini (MHI).", "Mengulas lanjut, katanya delegasi itu akan menetap di Provinsi Riau selama lima hari empat malam atau enam hari lima malam bagi menjalankan misi pelancongan Melaka itu." ]
https://www.melakahariini.my/hab-keusahawanan-morten-walk-persis-eropah-di-sungai-melaka/
Hab Keusahawanan Morten Walk persis Eropah di Sungai Melaka
[ "BANDARAYA MELAKA 20 Mac – Pembangunan pusat perniagaan baharu berkonsep moden persis di Eropah yang dikenali sebagai Hab Keusahawanan Morten Walk di Kampung Morten, di sini, dijangka bukan sahaja dapat memperkasakan sektor keusahawanan bahkan memberi nilai tambah kepada sumber ekonomi di negeri ini.", "Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pembangunan hab keusahawanan oleh UDA Holdings Berhad (UDA) dilihat mempunyai potensi besar di dalam pelbagai sudut memandangkan ia dibangunkan di kawasan bandar yang mempunyai lokasi strategik di tepian sungai.", "Secara tidak langsung, jelasnya ia turut memberikan impak positif kepada sektor pelancongan Melaka yang sebelum ini sudah cukup terkenal sebagai negeri tarikan pelancong yang mempunyai nilai sejarah dan warisannya.", "“Bagi saya, reka bentuk yang akan diperkenalkan itu sendiri sudah cukup menarik, ia kelihatan santai dan berada di tengah bandar serta tepi sungai yang mana rakyat zaman sekarang gemarkan lokasi seperti ini bagi tujuan bersantai dan lepak.", "“Ia seolah-olah sama seperti di Eropah yang mana masyarakatnya gemarkan tempat yang santai dan mempunyai anjung dan kerusi-kerusi serta parasol di tepi sungai.", "“Sudah tentu ia akan meningkatkan tarikan pelancong kepada Melaka dan memberi nilai tambah kepada segala usaha pelancongan yang sebelum ini terkesan dengan pandemik COVID-19,” katanya.", "Hadir sama, Timbalannya, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin, Ketua Setiausaha MEDAC Datuk Suriani Ahmad dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) Datuk Salhah Salleh.", "Hab keusahawanan bernilai RM8 juta itu dibangunkan di atas tanah berkeluasan 1.67 hektar dan projek pembinaannya sudah dibuka sekarang dan dijangka akan mula beroperasi pada Oktober depan.", "Ia menawarkan 100 ruang sewaan untuk usahawan meliputi lot berbentuk kabin dan lot promosi untuk perniagaan makanan, minuman, fesyen, aksesori, kedai pelbagai dan kedai teknologi maklumat (IT) selain dilengkapi sebuah dewan serba guna berkapasiti 500 orang dan 11 kemudahan tambahan seperti ruang seni dan kebudayaan serta pusat riadah kanak-kanak.", "Sementara itu, Pengerusi UDA Datuk Seri Jalaluddin Alias dalam ucapannya memaklumkan pihaknya selaku pemilik tanah dan penyedia ruang niaga, sedia menawarkan pelbagai bentuk bantuan kepada usahawan yang berminat.", "Katanya, antara bantuan itu termasuk kadar sewaan di bawah harga pasaran serta insentif berupa kos pengurusan atau rebat sewaan dan manfaat fasiliti bagi menggalakkan usahawan tempatan berniaga di hab keusahawanan itu.", "“Semoga ia dapat menjadi pemangkin dalam melahirkan lebih ramai usahawan di seluruh Malaysia selari dengan prinsip perniagaan UDA iaitu memperkasa gaya hidup lestari,” katanya." ]
https://www.melakahariini.my/dron-sonar-bantu-kesan-komando-hilang/
Dron, sonar bantu kesan komando hilang
[ "SERKAM 10 Februari – Sistem sonar dan dron dua aset baharu digunakan pasukan penyelamat dalam usaha mengesan anggota komando, Lans Koperal Edrin Baitim, 25, dikhuatiri lemas di perairan Pulau Undan.", "Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, penggunaan peralatan itu adalah antara usaha terbaharu pasukan penyelamat selepas misi pencarian yang memasuki hari keempat gagal membuahkan hasil.", "“Aset baharu yang kita usahakan hari ini adalah melalui kaedah sonar kerana melalui ini kita dapat melihat radius tertentu di kawaaan latihan.", "“Kita akan meneruskan pencarian beberapa hari lagi dan berharap ia akan membuahkan hasil,” katanya pada sidang media di Jeti Anjung Batu, selepas meninjau aktiviti mencari dan menyelamat (SAR) turut disertai Panglima 21 Grup Gerak Khas (GGK) Mejar jeneral Nubli Hashim, di sini, hari ini.", "“Bagi aset udara penarian adalah hingga ke Batu Pahat, Johor untuk kawasan selatan manakala utara hingga ke Port Dickson, Negeri Sembilan,” katanya." ]
https://www.melakahariini.my/bilangan-penganggur-malaysia-menurun-pada-februari-2022/
Bilangan penganggur Malaysia menurun pada Februari 2022
[ "PUTRAJAYA, 8 April – Bilangan penganggur di Malaysia pada Februari 2022 menurun 1.3 peratus selepas mencatatkan 671,000 orang berbanding 680,400 orang pada Januari 2022, demikian menurut Statistik Tenaga Buruh Malaysia, Februari 2022.", "Bilangan penduduk bekerja pada Februari tahun ini pula meningkat 0.3 peratus bulan-ke-bulan kepada 15.73 juta orang berbanding 15.69 juta orang yang dicatatkan pada Januari, manakala bilangan tenaga buruh pula naik 0.2 peratus kepada 16.40 juta orang pada Februari 2022 berbanding 16.37 juta orang bulan sebelumnya.", "Mengulas statistik tersebut, Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam kenyataan hari ini berkata kedudukan tenaga buruh terus kukuh pada Februari tahun ini didorong oleh operasi berterusan semua aktiviti ekonomi dan sosial pada bulan tersebut.", "“Februari menyaksikan peningkatan berterusan dalam penduduk bekerja berikutan lebih banyak permintaan buruh oleh perniagaan serta pewujudan peluang pekerjaan dalam pasaran untuk mengekalkan perniagaan.", "Mengenai situasi pengangguran pada Februari itu, Mohd Uzir berkata penganggur aktif atau mereka yang bersedia untuk bekerja dan aktif mencari pekerjaan merangkumi 83.7 peratus daripada jumlah penganggur.", "Daripada jumlah penganggur aktif itu, mereka yang menganggur kurang daripada tiga bulan meliputi 56.7 peratus, manakala mereka yang berada dalam pengangguran jangka panjang melebihi setahun adalah 7.3 peratus.", "Bilangan penganggur belia bagi umur 15 hingga 24 tahun berkurangan 2.1 peratus pada Feb 2022 dengan merekodkan 356,900 orang berbanding 364,500 orang pada Jan 2022.", "Mengenai situasi guna tenaga, Mohd Uzir berkata kategori pekerja secara konsisten membentuk komposisi terbesar dalam penduduk bekerja merangkumi sebanyak 76.6 peratus, dan kategori itu juga mencatatkan peningkatan 0.1 peratus kepada 12.05 juta orang pada Feb 2022 berbanding 12.03 juta orang pada Januari.", "Berdasarkan sektor ekonomi, beliau berkata peningkatan berterusan dalam bilangan penduduk bekerja bagi sektor perkhidmatan sebahagian besarnya disumbangkan oleh aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman, perdagangan borong dan runcit; serta pengangkutan dan penyimpanan.", "Mohd Uzir berkata kedudukan ekonomi yang semakin pulih pada dua bulan pertama 2022 membolehkan aktiviti ekonomi dan perniagaan untuk terus beroperasi, lantas mendorong lebih banyak permintaan buruh dalam pasaran bagi memenuhi keperluan operasi perniagaan.", "“Situasi ini memberi isyarat positif terhadap pasaran buruh, justeru menggalakkan lebih banyak penyertaan dalam pasaran buruh, sekali gus mendorong pasaran buruh untuk kekal kukuh bagi bulan-bulan yang akan datang,” katanya.- BERNAMA" ]
https://www.melakahariini.my/50-kediaman-di-kuala-linggi-terjejas-banjir-kilat/
50 kediaman di Kuala Linggi terjejas banjir kilat
[ "KUALA LINGGI 2 September – Lebih 50 kediaman di beberapa kampung sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi terjejas akibat kejadian banjir kilat susulan hujan lebat awal pagi tadi.", "Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Linggi Rosli Abdullah berkata, antara lokasi terjejas adalah Kampung Guan, Kampung Baru dan Kampung Telok Gong.", "“Saya bersama penghulu dan wakil daripada Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) sudah melawat lokasi untuk melihat sendiri keadaan mangsa yang terjejas.", "“Mangsa terjejas dinasihatkan untuk membuat laporan polis, mengepilkan salinan kad pengenalan, bil utiliti dan gambar kediaman mereka yang dinaiki air bagi tindakan selanjutnya,” katanya.", "Beliau berkata, borang bencana boleh diisi di Pejabat Japerun Kuala Linggi dan bagi sebarang pertanyaan orang ramai boleh menghubungi talian 06-3876428." ]
https://www.melakahariini.my/peniaga-ayam-telur-dikompaun-rm256800-sejak-5-feb-rosol/
Peniaga ayam, telur dikompaun RM256,800 sejak 5 Feb – Rosol
[ "Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid berkata ia melibatkan 1,034 kes merangkumi pelbagai kesalahan termasuk menjual melebihi harga siling, tidak meletakkan tanda harga dan gagal meletakkan tanda harga khas seperti diarahkan.", "“Sehingga semalam kita telah melakukan pemeriksaan di 66,375 premis termasuk  peruncit, kedai borong dan pengeluar di ladang,” katanya ketika ditemui pada Majlis Jamuan Aidilfitri di Pejabat KPDNHEP di sini hari ini.", "Menurutnya, daripada jumlah itu sebanyak 41 kes dikenakan tindakan atas kesalahan tidak mempamerkan tanda harga, menjual melebihi harga siling (111 kes) dan tidak meletakkan tanda harga khas (882 kes).", "“Kita lihat memang trend iaitu dalam tempoh seminggu dua sebelum berakhirnya skim kawalan,  harga ayam atau makanan akan naik dan ia perlu dikawal,” katanya sambil memberi jaminan tidak berlaku kekurangan bekalan makanan pada musim Hari Raya Aidiladha akan datang. – BERNAMA" ]
https://www.melakahariini.my/suri-rumah-cuba-bidang-baharu-jana-pendapatan/
Suri rumah cuba bidang baharu, jana pendapatan
[ "AYER KEROH 3 Jun – “Semoga penyertaan dalam kursus urutan ini dapat membantu saya menjana pendapatan sendiri,” kata peserta Kursus Urutan Selepas Bersalin Norfinas Mohd Nor.", "Menurut Norfinas, 48, sebelum ini dia tiada langsung pengalaman dalam bidang urutan namun dengan kursus yang dihadiri boleh membantunya mencuba sesuatu yang baharu.", "Ibu kepada tiga anak itu ditemui selepas Majlis Penutup Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) 2022 -Kursus Urutan Selepas Bersalin (Postnatal) Dan Kursus Jahitan Kreatif, di Ayer Keroh, di sini, hari ini.", "Majlis perasmian itu disempurnakan Timbalan Menteri Perumahan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Ismail Abd Muttalib dan turut dihadiri Setiausaha Bahagian Kesejahteraan Komuniti KPKT Datuk Muhamad Musa.", "Hadir sama Pengerusi Persatuan Pusat Bertauliah Sistem Latihan (SLDN) Malaysia Datuk Joyah Abd Rashid, EXCO Hal Ehwal Wanita Datuk Kalsom Noordin dan Setiausaha Kerja DMDI Malaysia, Datuk Abdul Rahim Abu.", "Terdahulu, kursus selama tujuh hari itu yang dianjurkan bersama Persatuan Pusat Bertauliah Sistem Latihan (SLDN) Malaysia dan DMDI itu membabitkan 80 perserta dari Zon Selatan iaitu Melaka dan Johor." ]
https://www.melakahariini.my/warga-jkr-melaka-beraya-sakan/
Warga JKR Melaka beraya sakan
[ "KOTA LAKSAMANA 17 Mei – Meskipun Syawal semakin hampir ke penghujung Sambutan Hari Raya Perdana Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka 2023 tetap berlangsung dalam suasana meriah.", "Kakitangan JKR Melaka diketuai pengarahnya Datuk Ir. Ismail Abd Rahman, bersama ahli keluarga masing-masing hadir ke majlis itu dengan menggayakan baju raya.", "Katanya, dalam bergembira menyambut Aidilfitri, sambutan diadakan juga dapat menguatkan ukhwah dan muhibah sesama warga JKR serta Kerajaan Negeri selaras dengan konsep Malaysia Madani.", "“Disamping itu ia dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan semangat muhibah antara satu sama lain,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Hari Raya Perdana JKR Melaka, di sini, semalam.", "Majlis sambutan turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam, Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Zaidi Johari.", "Turut sama adalah barisan Exco Kerajaan Negeri antaranya Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer; Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Allex Seah Shoo Chin dan juga Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Mohd Noor Helmy Abd Halem.", "“Untuk kali ini kita anggarkan tetamu seramai kira-kira 800 yang terdiri daripada kakitangan JKR, barisan Exco Kerajaan Negeri, ketua jabatan dan agensi,” katanya." ]
https://www.melakahariini.my/bantuan-tunai-rakyat-fasa-1-diawalkan-januari-ini-pm/
Bantuan tunai rakyat Fasa 1 diawalkan Januari ini – PM
[ "Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan berkata ia termasuk Bantuan Tunai Rakyat yang akan diteruskan dengan pembayaran Fasa 1 mula disalurkan pada Januari 2023 berbanding Mac sebelum ini.", "“Bayaran Fasa 1 ini akan memanfaatkan hampir 9 juta penerima dengan peruntukan RM2 bilion melibatkan kadar RM300 bagi setiap isi rumah dan RM100 ringgit untuk penerima bujang.", "“Saya berharap, penyaluran awal ini dapat membantu meringankan beban yang ditanggung rakyat pada waktu ini,” katanya ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 pada Persidangan Penggal Pertama, Parlimen ke-15 di sini hari ini.", "Selain itu, kerajaan juga akan meneruskan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 kepada semua murid pada Januari ini, tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa, selain Bantuan Kebajikan Masyarakat kepada isi rumah miskin, warga emas dan OKU juga diteruskan.", "Sementara itu, dalam memastikan kebajikan para pekebun kecil dan getah semasa musim tengkujuh, Anwar berkata kerajaan bercadang untuk menyalurkan bantuan tambahan sebanyak RM200 kepada pekebun kecil getah bagi Januari 2023.", "“Setakat ini, Kerajaan telah pun menyalurkan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) bagi November dan Disember dengan bantuan keseluruhan RM600 ringgit kepada hampir 320,000 pekebun kecil getah,” katanya.", "Dalam perkembangan lain, kerajaan akan meneliti rancangan untuk menambah peruntukan dalam pengurusan bencana dan banjir berikutan keadaan banjir yang dialami dilihat lebih parah daripada jangkaan awal.", "Menurut Perdana Menteri, peruntukan sebanyak RM400 juta telah disalurkan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebelum ini sebagai kesiapsiagaan awal di kawasan-kawasan banjir dan memberi jaminan akan menyediakan sumber kewangan tambahan sekiranya perlu." ]
https://www.melakahariini.my/guru-besar-didakwa-kemuka-tuntutan-palsu/
Guru besar didakwa kemuka tuntutan palsu
[ "Dia didakwa mengemukakan dokumen Set Tuntutan Bayaran Pembekalan Makanan untuk Program Klinik Sukan Prasekolah bertarikh 21 Nov 2017, namun pembekalan makanan itu tidak dilakukan.", "Lee dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah sekolah di Raub, pada 6 Dis 2017 mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.", "Pegawai Pendakwa SPRM Kamariah Seman mencadangkan jaminan RM10,000, bagaimanapun peguam Chuah Shyue Chien yang mewakili tertuduh memohon jumlah jaminan itu dikurangkan atas alasan tertuduh tidak berisiko untuk melarikan diri.", "“Tertuduh masih bergelar penjawat awam dan telah memberikan kerjasama sejak siasatan bermula pada tahun lepas. Tertuduh mempunyai dua anak dan menjaga ibunya yang uzur,” kata peguam.", "Mahkamah membenarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin, serta syarat tambahan tertuduh melaporkan diri ke pejabat SPRM setiap bulan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai dan sebutan semula kes ditetapkan 15 Sept." ]
https://www.melakahariini.my/dewan-serbaguna-taman-seri-kemendor-berwajah-baru/
DUN Rim: Dewan Serbaguna Taman Seri Kemendor berwajah baru
[ "RIM 12 April – Kemudahan Dewan Serbaguna Taman Seri Kemendor yang siap dibaik pulih diharap mampu meniup semangat dalam kalangan penduduk sekitar untuk menganjurkan pelbagai lagi program dan aktiviti berfaedah.", "Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim, Datuk Khaidhirah Abu Zahar berkata, dewan berkenaan juga membolehkan pelbagai aktiviti penduduk dijalankan dalam keadaan lebih selesa." ]
https://www.melakahariini.my/exco-kesihatan-kedah-positif-covid-19-jalani-kuarantin-di-rumah/
Exco kesihatan Kedah positif COVID-19, jalani kuarantin di rumah
[ "Menurut laporan Sinar Harian, beliau mengalami gejala batuk dan demam selepas menyertai misi bantuan di kawasan tragedi banjir kepala air di kaki Gunung Jerai, Yan, Kedah minggu lalu.", "“Saya tidak pasti sama ada dijangkiti dari kawasan Yan kerana selepas pulang dari program pada Sabtu, saya mulai batuk dan demam keesokannya (Ahad).", "Dr Mohd Hayati berkata, ketika menyertai misi itu segala prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi dengan baik selain sentiasa memakai pelitup muka sepanjang masa, malah makan di tempat berasingan.", "“Saya berada pada kategori dua dan menjalani kuarantin di rumah, namun akan hadir ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) untuk tindakan selanjutnya.", "Justeru beliau mengingatkan semua pihak yang berada di lokasi bencana di Yan atau Merbok terutama pasukan yang menjalankan misi bantuan supaya sentiasa mematuhi SOP bagi mencegah sebarang perkara tidak diingini." ]
https://www.melakahariini.my/tambak-johor-dan-laluan-kedua-akan-dibuka-serentak-tarikh-pembukaan-sempadan-negara/
Tambak Johor dan Laluan Kedua akan dibuka serentak tarikh pembukaan sempadan negara
[ "JOHOR BAHRU, 7 Mac – Laluan darat Malaysia ke Singapura melalui Tambak Johor dan Laluan Kedua akan dibuka serentak dengan tarikh pembukaan sempadan negara, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri.", "Nancy berkata ia membolehkan rakyat dari republik berkenaan melancong ke negara ini sekali gus merancakkan kembali sektor pelancongan negara yang terjejas akibat pandemik COVID-19.", "“Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya bersiap sedia dan sentiasa bersedia (menerima pelancong dari luar negara). Semua kita akan buka sekali,” katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan bersama penggiat industri di sini hari ini.", "Laluan sempadan darat sangat sinonim dengan Johor dan Singapura kerana pelancong dari republik itu lebih memilih melalui jalan darat kerana sudah terbiasa selain jarak yang dekat dan mudah.", "Sabtu lepas, Perdana Menteri dilaporkan mengesahkan bahawa sempadan negara akan dibuka semula tidak lama lagi dan langkah ini membolehkan ahli Keluarga Malaysia yang sudah lama tidak bersua muka dapat pulang terutama ketika Aidilfitri pada Mei nanti.", "Sebelum ini, pelaksanaan Laluan Perjalanan Vaksin (VTL) darat melalui Tambak Johor dan Laluan Kedua dibuka serentak dengan VTL udara antara Lapangan Terbang Changi dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 29 Nov tahun lepas.", "Perjalanan darat antara Singapura dan Johor Bahru hanya merangkumi pemegang pas jangka panjang bagi mereka yang bekerja di Singapura dan Johor Bahru.", "Mengulas mengenai perjumpaan hari ini, Nancy berkata program berkenaan merupakan inisiatif kementerian dalam mendekatkan diri dengan penggiat industri pelancongan, seni dan budaya di Johor.", "Pada majlis tersebut, beliau turut melancarkan Kempen Jom Balik Kampung Homestay Malaysia anjuran Tourism Malaysia, selaras dengan pelancaran portal jomhomestay.com yang telah disempurnakan pada 27 Nov tahun lepas.", "Katanya kempen itu bertujuan memperluaskan promosi dalam kalangan rakyat Malaysia untuk memilih inap desa sebagai destinasi pelancongan serta penginapan alternatif selain hotel.", "Kempen itu juga katanya dapat membantu pengusaha inap desa termasuk golongan belia dalam menghasilkan pakej-pakej menarik serta mengetengahkan produk-produk tempatan sekali gus meningkatkan pendapatan para pengusaha inap desa yang terjejas akibat pandemik COVID-19. – BERNAMA" ]
https://www.melakahariini.my/mahasiswa-disaran-aktif-misi-sukarelawan-bencana/
Mahasiswa disaran aktif misi sukarelawan bencana
[ "KUALA LINGGI 2 Disember – Mahasiswa institusi pengajian tinggi (IPT) di Melaka dipelawa untuk menyertai pertubuhan sukarelawan bencana terutama dalam membantu mangsa banjir atau bencana lain berlaku di negeri ini.", "Katanya, meskipun baru ditubuhkan tahun lalu Badan Bukan Kerajaan (NGO) itu aktif dalam misi sukarelawan dan membantu mangsa bencana di seluruh negara.", "“Jika mahu menimba pengalaman sebagai sukarelawan mahasiswa dipelawa untuk menyertai kami. Selain membantu mangsa bencana kami juga kerap menganjurkan kursus menyelamat dan bantuan kecemasan dengan kerjasama agensi berkenaan.", "“Meskipun banjir melanda Melaka tidak serius berbanding beberapa negeri lain, tetapi kebajikan mangsa terjejas tetap menjadi fokus utama kami,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Pelancaran Logo, Lagu Rasmi dan Penyerahan Peranti Siswa di Universiti Melaka (UNIMEL), di sini, semalam.", "Menurutnya setakat ini NGO itu mempunyai 107 orang ahli dan dilengkapi dengan peralatan sesuai untuk melakukan misi membantu mangsa bencana seperti jaket keselamatan, peti kecemasan serta tujuh buat bot penyelamat." ]
https://www.melakahariini.my/perjuangan-jentera-bn-tidak-pernah-luntur/
Perjuangan jentera BN tidak pernah luntur
[ "AYER KEROH 16 Nov – Keyakinan Barisan Nasional (BN) tidak pernah luntur walaupun ada cubaan melemahkan jentera parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.", "Pengerusi BN Datuk Seri Zahid Hamidi berkata, pihaknya dimaklumkan jentera BN di Melaka kini sedang giat berkempen tidak kira malam atau siang, hujan mahupun panas.", "“Ketahuilah bahawa seluruh jentera BN yang terlibat pada PRN Melaka kali ini akan tercatat dalam sejarah sebagai pemangkin kepada kebangkitan semula BN,” katanya menerusi hantaran Laman Facebooknya.", "Menurut beliau, walaupun dari kejauhan, dirinya sentiasa mendoakan kesejahteraan seluruh jentera BN yang bertungkus lumus memenangkan calon BN tanpa mengenal erti penat lelah.", "“Bukan sahaja kepada Melaka, malah seluruh rakyat Malaysia tidak sabar untuk menyaksikan langkah pertama BN mengembalikan kestabilan demi kemakmuran bermula di Melaka, Insya-Allah.", "“Semoga sentiasa dalam perlindungan Yang Maha Agung tidak kira di mana merek berada di Melaka, demi sebuah perjuangan yang murni dan penuh bermakna,” katanya.", "Ujar Zahid lagi, kebangkitan BN untuk kembali sebagai parti teras mentadbir negara dan negeri-negeri seperti kegemilangan masa lalu yang sangat dirindui rakyat Malaysia.", "“Yakinilah bahawa perjuangan itu jangka masa pendek dan jangka masa panjang yang tulen bagi menegakkan kebenaran demi masa depan rakyat dan negara,” katanya." ]
https://www.melakahariini.my/malaysia-perlu-keluar-produk-kritikal-pm/
Malaysia perlu keluar produk kritikal – PM
[ "Beliau berkata ia merangkumi sektor makanan dan minuman, peranti perubatan, ubat-ubatan, petrokimia serta peralatan perlindungan peribadi seperti sarung tangan dan pelitup muka.", "“Apabila negara mempunyai keupayaan tersebut, maka kita mampu mengurangkan aliran keluar mata wang Malaysia dan seterusnya meningkatkan eksport barangan tempatan,” katanya ketika melancarkan Program Jualan Mega dan Kempen Beli Barangan Malaysia peringkat kebangsaan di Suria KLCC di sini, hari ini.", "Justeru, katanya kerajaan sedang mengkaji dan menilai semula dasar sedia ada untuk mengurangkan kebergantungan pada produk import dan memberikan keutamaan kepada pembinaan keupayaan industri tempatan mengeluarkan produk buatan Malaysia." ]
https://www.melakahariini.my/peniaga-dipenjara-13-tahun-sebabkan-kematian-kekasih-ibu/
Peniaga dipenjara 13 tahun sebabkan kematian kekasih ibu
[ "SHAH ALAM, 25 Mac – Seorang peniaga yang sebelum ini menghadapi tuduhan membunuh kekasih ibunya dihukum penjara 13 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah menyebabkan kematian lelaki warga Pakistan itu.", "Hakim  Datuk Abd Halim Aman menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohamad Shah Izwan Mohamad Zaki, 27, selepas meminda pertuduhan membunuh kepada menyebabkan kematian tanpa niat terhadap mangsa, Muhammad Kashid.", "Hakim Abd Halim dalam penghakiman ringkasnya berkata berdasarkan keterangan menunjukkan bahawa tiada perancangan awal di pihak tertuduh untuk melakukan pergaduhan, apatah lagi melakukan pembunuhan.", "“Punca pergaduhan hingga membawa kepada kematian si mati bermula daripada bibit-bibit provokasi yang berjangkit sebelumnya. Peristiwa terjadi sebenarnya berpunca daripada perbuatan si mati sendiri yang tidak menghormati adat susila serta budaya ketimuran masyarakat di sini.", "“Dengan tidak terbendung perasaan amarah disertai dengan apa yang dilihat di hadapan matanya, telah membawa kepada insiden kes ini. Tidak dinafikan, apa yang dialami oleh tertuduh di ketika dan di saat itu, pasti akan melakukan sesuatu, demi maruah diri serta keluarganya serta demi keselamatan adik-adiknya,” katanya.", "Hakim Abd Halim berkata berdasarkan kepada keterangan yang telah disampaikan, tidak wajar untuk mengatakan yang pembunuhan itu adalah sesuatu yang dirancang dan tindak tanduknya jelas menunjukkan tertuduh tidak mempunyai mens rea (niat) untuk membunuh si mati.", "“Antaranya, tertuduh telah menghubungi pihak polis untuk memaklumkan kejadian tersebut, dia jugalah yang menunggu di bawah rumah ibunya menanti kehadiran pihak polis dan dia jugalah yang melambai-lambai memanggil polis semasa polis tiba,” katanya.", "“Berpandukan kepada situasi tersebut, tindakan tertuduh ini adalah terjumlah kepada membunuh tanpa niat yang boleh dihukum di bawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan. Oleh itu berdasarkan keterangan, hanya kesalahan terhadap (membunuh tanpa niat) itu sahaja yang berjaya dibuktikan pihak pendakwaan terhadap tertuduh.", "“Lantas pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dipinda dan diperturunkan kepada suatu pertuduhan pindaan di bawah Seksyen 304(a) kanun sama,” katanya.", "Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh seorang lelaki warga Pakistan, Muhammad Kashid di rumahnya pada 28 Mac 2019 antara 4 pagi dan 5.15 pagi dan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati.", "Seramai 20 saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan iaitu tertuduh sendiri dipanggil sepanjang perbicaraan kes tersebut yang berlangsung pada 7 Dis 2020 hingga 15 Feb 2022." ]
https://www.melakahariini.my/kajian-menyeluruh-projek-rintis-jkmpay-selepas-setahun-pelaksanaan-rina/
Kajian menyeluruh projek rintis JKMPay selepas setahun pelaksanaan – Rina
[ "KUALA LUMPUR, 3 Mac – Kajian menyeluruh mengenai hala tuju dan keberkesanan Projek Rintis Pembayaran Bantuan Bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Tanpa Tunai atau JKMPay akan dibuat selepas setahun pelaksanaannya.", "Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Harun memberitahu Dewan Rakyat hari ini, projek rintis yang dilaksanakan bermula Februari 2021 ini hanya melibatkan Kedah, Perlis, Melaka, Terengganu, Kelantan dan Selangor serta pelaksanaan JKMPay di negeri lain akan ditangguhkan sehingga laporan kajian berkenaan dibentangkan.", "“Projek ini projek rintis, satu kajian (keberkesanan) akan dibuat. Kita sudah buat kajian sebelum ini (selepas enam bulan pelaksanaan JKMPay) bagaimana untuk menambah baik setiap program ini sebelum dilaksanakan.", "“Kita juga buat konsultasi dengan penerima-penerima (terlibat projek rintis JKMPay) termasuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU)… projek rintis ini masih ada lagi ruang untuk penambahbaikan, nama pun projek rintis belum lagi dijadikan dasar dan polisi,” katanya ketika sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri persidangan Dewan Rakyat di sini.", "Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan P. Kasthuriraani (PH-Batu Kawan) yang bertanyakan sama ada wujud konsultasi dengan golongan OKU berhubung JKMPay dan status pelaksanaan program ini.", "Berdasarkan kajian melibatkan 1,066 peserta JKMPay yang dikeluarkan pada Oktober 2021, Rina berkata sebanyak 76 peratus bersetuju kaedah tanpa tunai memudahkan, 80 peratus bersetuju kaedah tanpa tunai lebih selamat berbanding tunai dan 80 peratus menyatakan kawalan perbelanjaan lebih baik melalui kaedah tanpa tunai.", "Beliau berkata JKMPay antara lain bertujuan membantu penerima untuk mengurus dan mengawal pembelanjaan wang bantuan secara berhemah serta memastikan penerima memenuhi keperluan asas harian.", "Sistem bayaran elektronik JKMPay itu bukan sahaja digunakan oleh golongan OKU tetapi juga penerima bantuan di bawah JKM, katanya semasa menjawab soalan tambahan Datuk Seri Salim Sharif (BN-Jempol) yang ingin tahu sama ada terdapat salah guna bantuan dan memohon statistik penyalahgunaan sistem itu.", "“Elaun bantuan JKM ini telah dinaikkan pada tahun lepas seperti contoh pesakit terlantar elaun bulanan RM350 dinaikkan ke RM500 dan tujuan kenaikan ini adalah untuk membantu mereka mendapatkan barangan keperluan asas (barangan harian dan ubat-ubatan).", "“Kita inginkan agar bantuan ini digunakan dengan sebaik-baiknya, jadi yang kita sekat adalah pembelian rokok dan juga arak sekali gus untuk menjaga kebajikan mereka (penerima bantuan),” katanya.- BERNAMA" ]
https://www.melakahariini.my/sesi-persekolahan-menengah-bermula-4-april/
Sesi persekolahan menengah bermula 4 April
[ "KUALA LUMPUR 19 Feb. – Tarikh kemasukan Sekolah Menengah di negara ini akan bermula pada 4 April ini sejurus selepas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tamat.", "Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, bagaimanapun tarikh tersebut hanya buat sekolah kumpulan 1 di negara ini membabitkan negeri Johor, Kelantan, Terengganu dan Kedah.", "“Manakala bagi negeri bukan Kumpulan 1 ia akan mendaftar menjelang 5 April ini,” katanya pada siaran langsung Sidang Media Kementerian Pendidikan Malaysia petang ini." ]
https://www.melakahariini.my/kerjasama-erat-persekutuan-negeri-bantu-kejayaan-pemulihan-ekonomi-kestabilan-politik-pm/
Kerjasama erat persekutuan-negeri bantu kejayaan pemulihan ekonomi, kestabilan politik – PM
[ "Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerjasama erat itu adalah bagi memastikan tiada sesiapapun yang tertinggal, seterusnya menangani jurang pendapatan dan membasmi kemiskinan.", "“Pandemik COVID-19 telah membawa impak yang besar ke atas kehidupan seharian Keluarga Malaysia, dan Kerajaan tidak pernah alpa dalam menyediakan bantuan daripada segi kewangan, sosial mahupun peluang pekerjaan,” katanya.", "Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) di Dataran Angsana di sini hari ini, yang turut dihadiri Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad.", "Dalam usaha membantu Keluarga Malaysia, Perdana Menteri berkata kerajaan telah melakukan pelbagai inisiatif, antaranya menerusi Baucar Perlindungan Tenang, Satu Keluarga Satu Rumah, Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti (SBST), selain penyediaan Rumah Mampu Milik dan jalur lebar tanpa wayar.", "Selain SBST yang dijangka memberi manfaat kepada 6.4 juta penumpang setahun, Perdana Menteri berkata kerajaan memperuntukkan RM150 juta untuk pelaksanaan perkhidmatan myBAS.", "Merujuk perkhidmatan pengangkutan awam di Johor, Ismail Sabri berkata sebanyak 128 myBAS kini dilaksanakan di Johor mulai Mac, melibatkan 19 laluan di lima koridor iaitu Kota Tinggi, Masai, Kulai, Gelang Patah dan Pontian, dengan jajaran perkhidmatan sejauh 1,052 kilometer.", "Kerajaan turut menawarkan rebat 50 peratus atau RM150 bagi pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak Keluarga Malaysia (MyCRS), untuk kereta persendirian golongan B40.", "Menyedari kepentingan pendigitalan dalam memudahkan urusan seharian Keluarga Malaysia, beberapa strategi dan inisiatif telah dirangka dan sedang dilaksanakan di beberapa kementerian, misalnya Pembangunan Sistem Janji Temu Klinik (SJTK) di klinik-klinik kesihatan.", "Perdana Menteri berkata sistem itu bertujuan memberi peluang kepada rakyat untuk memilih slot janji temu yang bersesuaian, tanpa perlu hadir ke premis kesihatan.", "Menyedari kepentingan jaringan capaian Internet, Ismail Sabri berkata kerajaan komited meningkatkan perkhidmatan Jalur Lebar Tanpa Wayar, dengan melaksanakan inisiatif penyediaan 5G bagi akses lebih pantas dan berkualiti dan membantu komunikasi dalam talian.", "“Bagi memperhebatkan kualiti perkhidmatan internet, Kementerian Komunikasi dan Multimedia turut mengambil inisiatif memantau kualiti perkhidmatan Jalur Lebar Tanpa Wayar di seluruh negara, dalam tempoh enam bulan dan projek rintis ini akan dimulakan di Johor melibatkan 3,000 lokasi,” katanya.", "Dalam hal ekonomi, Ismail Sabri berkata kerajaan akan memastikan agensi-agensi berkaitan Pelaburan Langsung Asing (FDI) melaksanakan program bagi memudahkan operasi perniagaan di negara ini.", "Menyingkap kejadian bencana banjir yang melanda beberapa kawasan di Malaysia termasuk Johor awal tahun ini, beliau berkata kerajaan memperuntukkan lebih RM1.4 bilion untuk meringankan beban mangsa banjir, dengan mengekalkan bantuan sehingga RM10,000 bagi setiap ketua isi rumah melalui Bantuan Banjir Keluarga Malaysia.", "Perdana Menteri turut menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Johor diterajui Hasni, yang memberikan bantuan tambahan RM500 bagi setiap keluarga terkesan dengan bencana itu.", "Ismail Sabri berkata pelbagai inisiatif diambil bagi membantu Keluarga Malaysia yang terkesan akibat pandemik COVID-19, antaranya Program Subsidi Upah, Insentif Pengambilan Kerja atau PenjanaKerjaya, portal MyFutureJobs, Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia (SULUNG), Young Employable Student (YES!), Inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia dan Semarak Niaga Keluarga Malaysia (SemarakNiaga) bernilai RM40 bilion untuk membantu sektor perniagaan bangkit semula.", "“Inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia yang dilancarkan kerajaan baru-baru ini bermatlamat untuk mengurangkan kadar pengangguran ke paras bawah 4.2 peratus, melalui penyediaan 600,000 peluang pekerjaan yang membabitkan peruntukan RM4.8 bilion, selaras dengan ‘Penciptaan Peluang Pekerjaan’ sebagai satu teras utama Bajet 2022,” katanya.", "Jelajah AKM merupakan kesinambungan daripada kejayaan penganjuran program 100 Hari AKM yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Disember lepas, berkonsepkan perkhidmatan secara langsung kepada rakyat.", "Jelajah AKM di Johor bermula Khamis dan berakhir hari ini merangkumi pelbagai aktiviti, antaranya Program Jamin Kerja Keluarga Malaysia, Jualan Keluarga Malaysia, gerai usahawan, Citarasa Keluarga Malaysia, program sukan seperti e-sukan dan sukan rakyat. – BERNAMA" ]
https://www.melakahariini.my/empat-wanita-antara-lima-ditahan-berhubung-kes-bunuh-rakan-sekerja/
Empat wanita antara lima ditahan berhubung kes bunuh rakan sekerja
[ "KUALA LUMPUR, 4 Feb – Polis menahan lima individu termasuk empat wanita kerana dipercayai terlibat dalam kejadian bunuh seorang lelaki warga India yang mayatnya ditemukan ditanam di kawasan lereng bukit, di belakang sebuah banglo, di Subang Jaya, Khamis lepas.", "Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata kesemua suspek yang berumur dalam lingkungan 25 hingga 35 tahun itu, terdiri daripada dua wanita warga tempatan, seorang wanita warga Indonesia dan India serta seorang lelaki warga India.", "Katanya, mereka yang merupakan pekerja sebuah pusat jagaan orang tua, ditahan pada Khamis lepas dan semalam di sekitar kawasan Subang Jaya.", "“Kes ini terbongkar selepas seorang lelaki warga India mengaku telah membunuh seorang lelaki rakan senegaranya Mei tahun lepas dan telah menanam mayat mangsa di belakang sebuah banglo yang dijadikan pusat jagaan orang tua di Subang Jaya. Pengakuan dibuat di Ampang Jaya.", "“Ekoran pengakuan itu, polis dari IPD Ampang Jaya telah menahan suspek serta seorang wanita warga India yang merupakan isteri mangsa. Hasil soal siasat yang dijalankan, suspek itu telah menunjukkan lokasi pembunuhan serta tempat mayat ditanam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.", "Menurutnya, hasil pemeriksaan di tempat kejadian, polis telah menemukan satu bungkusan plastik yang dipercayai digunakan untuk membalut tubuh mangsa yang berusia 25 tahun yang dibunuh dengan cara dikelar lehernya.", "“Mayat dihantar ke Forensik Hospital Serdang untuk dibedah siasat dan polis masih meneruskan siasatan bagi mencari senjata yang digunakan dalam kes itu,” katanya.", "Beliau berkata kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah diminta tampil memberikan maklumat melalui talian 03-78627100 (Pusat Kawalan Daerah, Subang Jaya). " ]
https://www.melakahariini.my/dr-noor-hisham-turun-padang-jadi-vaccinator/
Dr Noor Hisham turun padang, jadi ‘vaccinator’
[ "Dalam lawatan kerja bersama Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad ke projek rintis program vaksinasi bergerak di sekitar Parit Sulong, Batu Pahat di Johor, hari ini, beliau sempat menyuntik vaksin kepada beberapa individu termasuk pesakit yang terlantar di rumah.", "“Sehari bersama pasukan bergerak kami memberikan khidmat vaksinasi ke pasakit yang sukar untuk keluar ataupun terlantar di rumah,” katanya dalam catatan dan perkongsian beberapa keping gambar lawatan itu, di Facebooknya.", "Projek rintis itu adalah program kerjasama pelbagai pihak iaitu Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), pusat pemberian vaksin (PPV) Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) Persekutuan dan Jabatan Kesihatan Johor.", "Dr Noor Hisham berkata, projek yang bermula sejak 14 Jun itu, merupakan usaha institut pengajian tinggi tempatan untuk membantu kerajaan, dalam meningkatkan liputan vaksinasi COVID-19 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).", "“Menerusi projek itu, proses vaksinasi dilaksanakan dengan tiga kaedah penyampaian, iaitu pusat pemberian vaksin satelit di dewan Maktab Rendah Sains MARA Batu Pahat, bagi individu yang stabil dan perkhidmatan ‘outreach’ vaksin berpusat.", "“Selain itu, lawatan rumah ke rumah dibuat bagi pesakit yang terlantar di rumah atau warga emas atau OKU yang tiada kemampuan fizikal atau mental untuk hadir ke PPV,” katanya.", "Beliau berkata garis panduan bagi pelaksanaan pemberian vaksin rumah ke rumah, disediakan Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga Kementerian Kesihatan, demi menjaga keselamatan penerima vaksin dan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi." ]
https://www.melakahariini.my/45000-sukarelawan-abc-19-dekati-komuniti-kekang-penularan-covid-19/
45,000 sukarelawan ABC-19 dekati komuniti kekang penularan COVID-19
[ "KUALA LUMPUR 27 Feb. – Seramai 45,000 sukarelawan Agen Basmi COVID-19 (ABC-19) daripada 605 lokaliti seluruh negara turut serta memberi pendidikan kepada masyarakat setempat untuk membantu mengekang penularan pandemik COVID-19.", "Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Persediaan Bencana), Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) Jamil Derus Ahmad berkata, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) akan membantu pergerakan sukarelawan yang terdiri daripada pemimpin setempat dan anggota masyarakat.", "Menurutnya, peranan ABC-19 ini sebagai ejen perubahan dalam tingkah laku masyarakat dilihat lebih berkesan dalam memberi nasihat kepada komuniti setempat dengan melibatkan individu dikenali.", "“Ini tugasan baharu ABC-19 kerana selain memberi kesedaran, ejen ini juga akan memastikan anggota komuniti mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) dan penjelasan mengenai pengambilan suntikan vaksin,” katanya ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama TV di sini, malam tadi.", "Agen ABC-19 merupakan inisiatif terkini kerajaan dalam memastikan masyarakat di negara ini terhindar daripada jangkitan COVID-19 serta turut memberi penerangan mengenai suntikan vaksin.", "Jamil Derus berkata pihaknya optimis program itu akan memberi kesan yang lebih efektif susulan pendekatan yang digunakan menjurus kepada menyedarkan masyarakat mengenai tanggungjawab menjaga keselamatan dan kesihatan dalam komuniti." ]
https://www.melakahariini.my/zahid-puji-kepimpinan-sulaiman/
Zahid puji kepimpinan Sulaiman
[ "KUALA LUMPUR 27 Okt – Kepimpinan Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri Melaka mendapat pujian Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.", "Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) menyifatkan keperibadian Sulaiman bukan sahaja disayangi rakyat bahkan turut disenangi masyarakat berbilang kaum.", "“Dengan berketua menterikan Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, beliau mempunyai pendekatan yang hampir dengan Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam, teruskan Datuk Seri Sulaiman dengan pendekatan itu.", "“Rakyat Melaka sayangkan Datuk Seri Sulaiman, saya dapat feedback, bukan sahaja orang Melayu sayangkan Datuk Seri Sulaiman, Orang Cina, India juga sayangkan Datuk Seri Sulaiman…teruskan,” katanya.", "Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera BN Pilihan Raya Melaka 2021 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini, malam ini" ]
https://www.melakahariini.my/wanita-teman-lelaki-disyaki-hina-islam-didakwa-esok/
Wanita, teman lelaki, disyaki hina Islam didakwa esok
[ "KUALA LUMPUR, 12 Julai – Wanita yang didakwa menghina agama Islam di sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail, di sini, akan didakwa di Mahkamah Sesyen Siber, di sini, esok.", "Setiausaha Polis Diraja Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin, berkata kertas siasatan berhubung kes itu telah dirujuk kepada pejabat Peguam Negara hari ini.", "“Polis mendapat arahan untuk menuduh wanita itu mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan (atas alasan agama menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci-membenci atau niat jahat).", "Turut didakwa esok adalah teman lelaki wanita itu yang akan dituduh mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan rangkaian.", "Terdahulu, sebuah video berdurasi 54 saat tular di media sosial, minggu lepas, wanita itu mendakwa dirinya beragama Islam serta telah menghafaz 15 juzuk al-Quran lalu menanggalkan baju kurung dan tudungnya hingga mendedahkan aurat." ]
https://www.melakahariini.my/mayat-dipercayai-dibunuh-ditemukan-dalam-keadaan-terbakar/
Mayat dipercayai dibunuh ditemukan dalam keadaan terbakar
[ "IPOH, 1 Jun – Satu mayat dipercayai dibunuh ditemukan dalam keadaan terbakar di tepi Sungai Kuala Kangsar, Kampung Talang Hulu, Kuala Kangsar semalam.", "Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai penemuan itu pada kira-kira 3.05 petang.", "“Unit Forensik dan Unit Anjing Pengesan (K9) Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak turut tiba di lokasi kejadian bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini.", "Beliau berkata hasil pemeriksaan awal, mangsa yang disyaki seorang perempuan daripada penelitian berdasarkan fizikal itu dipercayai telah mati dibunuh dan dibakar di tempat yang sama.", "Bagaimanapun, Mior Faridalathrash berkata identiti sebenar mangsa masih belum dikenal pasti dan mayat itu telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Kangsar untuk dibedah siasat bagi mencari punca kematian.", "Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan sesiapa yang mempunyai maklumat kejadian atau kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat ASP Mohd Subkey Alias menerusi talian 013-9285436." ]
https://www.melakahariini.my/kedai-kopi-hipster-ceruk-kampung/
Kedai kopi ‘hipster’ ceruk kampung
[ "DURIAN TUNGGAL 27 Okt – Siapa sangka di sebalik sebuah rumah di Kampung Belimbing Dalam, di sini, wujudnya warung yang menjual kopi premium setaraf kafe ‘hipster’ di luar sana.", "Menurut pengurus dan pemiliknya, Zainal Abidin Omar, warung yang diusahakannya di halaman rumah bersama keluarga itu pada awalnya hanya menjual makanan citarasa tempatan seperti sate dan roti john.", "“Pada asalnya ia merupakan minat saya sendiri untuk menghasilkan minuman kopi seperti ini dan dengan galakan keluarga, disamping ilmu yang diperoleh daripada sepupu saya telah memulakan cabang baharu ini pada awal 2020,” katanya kepada Melaka Hari ini.", "Menurut Zainal Abidin, antara cabaran yang dihadapi sejak awal pembabitannya dalam dunia kopi ialah terpaksa berhabis ribuan Ringgit semata-mata membeli mesin kopi berteknologi tinggi.", "Katanya, teknologi mesin, selain biji kopi yang dipilih memainkan peranan cukup penting kerana ia mampu memberi tekstur rasa yang berbeza dalam minuman yang dihasilkan.", "“Selain itu pemilihan kopi juga perlu dititikberatkan yang mana kebanyakan kopi akan saya bawa masuk dari pelbagai negara seperti Brazil, Ethiopia, Venezuela, Indonesia.", "Dengan secawan kopi berharga serendah RM6, ujarnya, para pelanggan boleh menikmati minuman kopi yang dipanggang dan dibru segar dengan tambahan hiasan ‘seni latte’ di atasnya, persis layanan buat golongan kayangan.", "“Bagi saya asalnya warung ini untuk masyarakat kampung kerana mereka juga ada niat nak rasa kopi mahal seperti di restoran dan kafe mewah.", "“Cuma mereka tidak ada kesempatan untuk mengunjunginya mungkin kerana malu dan tidak faham untuk memesan nama jenis-jenis minuman kopi, disamping harganya yang mahal.", "“Namun, saya bersyukur kerana bukan sahaja penduduk kampung, bahkan warung ini ada peminatnya tersendiri sehinggakan ada juga pelanggan yang datang dari jauh seperti Johor dan Kelantan semata-mata menikmati kopi premium dengan harga ekonomi ini,” katanya.", "Dalam pada itu, Zainal Abidin turut menyuarakan harapan agar perniagaan yang diusahakan itu dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai usahawan di luar sana.", "Bagi orang ramai yang ingin merasai pengalaman menghirup kopi ‘hipster’ dengan harga ekonomi, bolehlah berkunjung ke Zenia Coffee yang dibuka bermula 5.30 petang hingga 9.30 malam.", "Antara minuman kopi premium yang dijual di sini termasuklah Espresso, Black Coffee, Cappuccino, Caffe Latte, Mocha, Hazelnut Latte, Flat White dan pelbagai lagi." ]
https://www.melakahariini.my/martabat-busana-melayu/
Martabat busana Melayu
[ "DUYONG 23 Julai – Dalam misi memartabatkan busana Melayu, Institut Warisan Melaka (INSWA) telah mengadakan satu Bengkel Pemakaian Busana Melayu bertempat di Balai Adat Perkampungan Hang Tuah, di sini, 19 Julai lalu.", "Pengurus Besar INSWA, Nurman Mohd Baroldin berkata, program itu diadakan bertujuan bertujuan untuk memelihara dan menanamkan semangat cintakan seni budaya warisan bangsa dalam kalangan penjawat awam dan orang ramai.", "Katanya lagi, melalui bengkel itu juga peserta dapat membina jati diri, selain didedahkan cara mengangkat nilai seni budaya Melayu melalui pemeliharaan khazanah Melayu dengan pemakaian busana.", "“Pemakaian busana Melayu ini adalah warisan seni budaya Melayu yang unggul dan juga bertanggungjawab untuk menunjukkan satu budaya hidup yang berlandaskan serta bertemakan budaya adat Melayu kepada rakyat Malaysia.", "“Ini sangat penting kerana budaya adat Melayu boleh memainkan peranan yang tersendiri di dalam membantu kerajaan Malaysia menyemarakkan pembangunan masyarakat dan pelapis seiring dengan aspirasi pembangunan masyarakat maju dan berdaya tahan serta luhur yang ingin kita bentuk menjelang tahun 2035 nanti,” katanya.", "Bengkel anjuran INSWA bersama Melaka World Heritage itu telah disertai seramai 110 orang peserta dalam kalangan penjawat awam, orang awam dan penggiat busana sekitar Melaka." ]
https://www.melakahariini.my/ketua-parti-diminta-tentukan-kehadiran-dalam-dewan-speaker/
Ketua parti diminta tentukan kehadiran dalam dewan- Speaker
[ "KUALA LUMPUR 26 Julai – Mesyuarat Khas Dewan Rakyat pagi ini dimulakan dengan pemashyuran Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun yang meminta semua ketua parti menentukan kehadiran Ahli Parlimen masing-masing di dalam dewan, walaupun pada masa ini tiada had kehadiran dalam dewan.", "Beliau berkata keputusan itu dibuat pada mesyuarat Jawatankuasa Parlimen Jumaat lepas dan turut memaklumkan masih mempertimbangkan jumlah kehadiran dan masa persidangan.", "Pada masa sama, Azhar mengesahkan terdapat dua Ahli Parlimen yang positif COVID-19, selain sekurang-kurangnya lima yang lain dikuarantin kerana menjadi kontak rapat.", "Terdahulu, Azhar berkata beliau mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Bagi Urusan Berkaitan Mesyuarat Khas Dewan Rakyat pagi ini bagi membincangkan perkara berkenaan penyelarasan urusan Dewan Rakyat sepanjang Mesyuarat Khas itu.", "Beliau berkata mesyuarat itu bagi meminta pandangan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengenai keadaan COVID-19 selain kaedah yang boleh dilaksanakan pada persidangan khas itu.", "Persidangan Khas lima hari mulai hari ini dilaksanakan secara bersemuka dengan kehadiran semua Ahli Parlimen di dalam dewan, namun dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.", "Penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka selain menjalani ujian saringan COVID-19 adalah antara perkara yang wajib dipatuhi oleh Ahli Dewan Rakyat, petugas Parlimen dan media.", "Pada Jun lalu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan pandangan supaya persidangan Parlimen diadakan secepat mungkin bagi membolehkan Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan pelaksanaan Ordinan Darurat 2021 dibahas Ahli-Ahli Dewan Rakyat.", "Pada 5 Julai, kerajaan bersetuju untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya persidangan khas Dewan Rakyat bagi penggal ketiga diadakan selama lima hari pada 26, 27, 28 dan 29 Julai serta 2 Ogos." ]