url
stringlengths 37
166
| headline
stringlengths 1
136
| content
sequence |
---|---|---|
https://www.melakahariini.my/laman-variasi-lubuk-seni-keris-melayu/ |
Laman Variasi ‘lubuk’ seni keris Melayu
| [
"USAI menjamah sarapan pagi, dia mencapai cermin mata dan topi lalu melangkah ke bengkel di belakang rumah yang kini menjadi tempatnya mengabdikan diri kepada seni menempa keris.",
"Tanpa berlengah dia menyalakan api pada arang yang perlu dipastikan benar-benar berbahang untuk melembutkan besi buruk yang mahu dibentuk menjadi sebilah keris kaya dengan nilai seni dan melambangkan keagungan Melayu.",
"Itulah antara rutin Zainudin Bachik, 57, salah seorang daripada tujuh pembuat keris tradisional yang masih berjuang demi mengekalkan warisan itu di Negeri Melaka.",
"Sejak usia 27 tahun Zainudin merantau untuk mempelajari seni pembuatan keris termasuk daripada tiga guru di Bunut Susu, Kota Bharu dan di Pasir Mas, Kelantan.",
"Setakat ini dia sudah menghasilkan ratusan bilah keris di bengkel miliknya di Ramuan China Kecil, Lubok, China, Masjid Tanah, di sini.",
"Bengkel dinamakan Laman Variasi menjadi tempat dia menempa besi berkarat kepada sebilah keris dan semua itu adalah berdasarkan kreativiti dan imaginasinya.",
"Bermain bara berbahang, menempa besi seharian dianggap berbaloi kerana setiap bilah keris dihasilkan Zainudin mendapat permintaan tinggi termasuk daripada kenamaan dari seluruh Malaysia.",
"Mengekalkan nilai estetik dalam pembuatan klasik keris Melayu, Zainudin tetap dengan cara lamanya menempa besi yang digabungkan menggunakan kaedah lama persis zaman Melayu terdahulu.",
"Kayu arang menjadi bahan utama dalam pemprosesan awal pembuatan keris atau dipanggil melebur besi yang dilihat begitu rumit dan memerlukan tumpuan yang cukup mendalam.",
"Kemudian ia disusuli proses ‘kembang api siar besi’ yang menggabungkan dua keluli iaitu besi baja yang dililit bersama besi pamor kemudiannya dilebur di dalam api sebelum ditempa untuk membentuk keris yang diinginkan.",
"“Apabila sudah bersatu, kedua jenis besi itu perlu cantik dan kena pastikan tidak ada rongga-rongga angin, jika ada rongga sebilah keris itu tidak kemas, jadi tukang keris kena pastikan masalah itu dapat diselesaikan.",
"“Pembuatan keris ini perlu ikut permintaan pelanggan, ada yang minta kita gabungkan tujuh lapisan besi, lima lapisan besi dan tiga lapisan besi. Lebih banyak lapisan besi proses itu semakin rumit tapi akan menghasilkan bilah keris yang cukup cantik.",
"“Proses pembuatan keris kebiasaannya mengambil masa lama, pernah saya habiskan masa di bengkel selama sebulan. Daripada pembuatan hulunya, badan, lok keris (lekuk) dan proses memakaikan pakaian (sarung) semua saya buat sendiri,” katanya kepada Melaka Hari Ini.",
"Bapa kepada empat anak itu berkata, seseorang yang ingin mempelajari ilmu pembuatan keris perlu menguasai asas pembuatan parang terlebih dahulu dan tidak ada jalan pintas.",
"Tidak disangka, seni persenjataan Melayu itu mempunyai peminatnya tersendiri sehinggakan karya dihasilkan di Bengkel Laman Variasi itu pernah menerima tempahan dari pembesar negeri seperti dari Sungai Ujong, Negeri Sembilan.",
"Malah Zainudin berkata, setakat ini dia sedang melakukan persiapan bersama rakan-rakannya yang lain bagi menyiapkan sebilah keris untuk dijadikan cenderahati buat Perdana Menteri, Datuk Seri Utama Ismail Sabri Yaakob.",
"“Harga keris ini bergantung kepada proses pembuatan dan seni halus ukiran, kebiasannya kita menerima tempahan daripada Negeri Melaka, Selangor dan Johor.",
"“Kalau sebilah keris biasa kita boleh jual sekitar RM800 namun jika permintaan itu memerlukan seni ukiran halus harga boleh mencecah RM1,300 hingga RM1,800.",
"“Permintaan keris juga bergantung kepada jenis hulu diminta, kita boleh mengukir pelbagai jenis hulu antaranya Jawa Demam Ayam Teleng, Ulu Bugis, Ulu Jawa, Ulu Tanjung, Patah Tiga dan pelbagai lagi.",
"“Hidup berpunca, punca rahsia, tajam bukan untuk tikam lawan, lilit bukan untuk rebahkan kawan, hidup berpegang kepada Islam, Iman dan Ehsan,” itu falsafah orang lama yang menjadi pegangan Zainudin setelah diturunkan ilmu warisan itu kepadanya.",
"Sehingga kini, Zainudin menaruhkan harapan tinggi kepada anak jati Melayu negeri ini untuk terus kekal bersama menyokong dalam mewariskan seni halus Nusantara itu agar ia tidak terus dilupakan.",
"Bagi mengekalkan warisan itu, beliau bersedia dan ‘membuka pintu’ bengkelnya khususnya anak muda untuk menuntut bersamanya agar diwarisi sehingga kepada generasi yang akan datang.",
"“Warisan ini merupakan satu perkara yang kita tidak boleh elak kerana ia perlu betul-betul ada di dalam jiwa, kalau jiwa tidak ada benda itu kalau diturunkan pun ia pastinya akan separuh jalan.",
"“Pak Cik alu-alukan kepada sesiapa saja khususnya dalam negeri ini yang berminat untuk diturunkan ilmu ini kepadanya, silalah datang ke sini, saya jemput segala hormatnya…Pak Cik akan ajar apa yang Pak Cik tahu, Pak Cik tak pandai kerana Pak Cik pun masih belajar, nak cari kepuasan jangan letakkan diri kita ini pandai kerana nanti perkara itu akan rosakkan perjalanan.",
"“Kalau orang yang Pak Cik ajar itu lebih pandai dari Pak Cik lagi baik, tak semestinya yang tua itu pandai yang muda itu tidak bijak, Insya-Allah,” katanya."
] |
https://www.melakahariini.my/banjir-mayat-tiga-lelaki-ditemukan-di-taman-sri-muda/ |
Banjir: Mayat tiga lelaki ditemukan di Taman Sri Muda
| [
"Kesemua mayat lelaki itu ditemui orang awam dan bomba ketika kerja-kerja penyelamatan sedang dilakukan. Dua ditemukan pada 1 pagi manakala seorang pada 5 pagi.",
"Ketua Polis Shah Alam ACP Baharudin Mat Taib yang mengesahkan penemuan mayat itu berkata kesemua mangsa dibawa ke Hospital Shah Alam untuk tindakan lanjut.- BERNAMA"
] |
https://www.melakahariini.my/darurat-di-batu-sapi-tiada-perintah-berkurung-tiada-pemerintahan-ala-tentera-pm/ |
Darurat di Batu Sapi: Tiada perintah berkurung, tiada pemerintahan ala tentera – PM
| [
"KUALA LUMPUR 18 Nov. – Kehidupan rakyat tidak terjejas, tiada perintah berkurung atau pemerintahan ala tentera susulan pengisytiharan darurat di Parlimen Batu Sapi, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.",
"Perdana Menteri berkata pentadbiran kerajaan, kegiatan ekonomi dan aktiviti sosial dapat diteruskan tertakluk kepada amalan norma baharu dan peraturan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sedang berkuat kuasa di Sabah.",
"Kerajaan Perikatan Nasional ingin memberi jaminan bahawa apabila pandemik COVID-19 berakhir, Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi akan diadakan pada kadar segera, katanya dalam perutusan khas mengenai pengisytiharan darurat, yang disiarkan oleh televisyen tempatan dan rangkaian media sosial."
] |
https://www.melakahariini.my/provokasi-gol-minit-akhir-punca-pergaduhan-penyokong-di-stadium-hang-jebat/ |
Provokasi gol minit akhir punca pergaduhan penyokong di Stadium Hang Jebat
| [
"BELUM pun reda insiden kekecohan di Stadium Sultan Muhammad IV akibat pergaduhan penyokong, isu sama turut terpalit di Stadium Hang Jebat pada aksi Melaka United menentang Sri Pahang, malam tadi.",
"Jelasnya, insiden itu berlaku pada penghujung permainan yang menyaksikan Melaka dan Sri Pahang terikat 2-2, namun ia tidak berlarutan dan berjaya diselesaikan dengan bantuan petugas keselamatan.",
"“Nasihat saya kepada semua penyokong sentiasa menjaga adab dan tingkah laku serta saling hormat menghormati di antara satu sama lain,” katanya kepada Melaka Hari Ini.",
"Dalam pada itu, beliau turut menyeru peminat bola sepak agar menghentikan apa jua bentuk keganasan dalam sukan nombor satu negara itu.",
"“Bola sepak adalah sukan yang boleh menyatukan kita semua. Biarlah pasukan yang bersaing di atas padang, di luar padang kita tetap bersatu sebagai penyokong yang sentiasa memberikan sokongan kepada pasukan masing-masing,” katanya."
] |
https://www.melakahariini.my/prn-johor-ayuh-orang-muda-pilih-kerajaan-stabil-abdul-hakim/ |
PRN Johor: Ayuh orang muda pilih kerajaan stabil – Abdul Hakim
| [
"MAHARANI 12 Mac – Suasana Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dianggap berbeza dengan PRN Melaka pada Nov lalu yang menyaksikan Barisan Nasional menubuhkan kerajaan yang stabil.",
"Ketua Pemuda UMNO Bahagian Masjid Tanah Abdul Hakim Abdul Wahid berkata, antara perbezaan ketara bagi PRN Johor adalah peningkatan jumlah pengundi selepas pelaksanaan UNDI 18 berkuatkuasa.",
"Beliau yang juga Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, jentera UMNO Bahagian Masjid Tanah bekerja keras untuk memastikan pengundi muda memilih parti yang stabil.",
"“Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani adalah kawasan angkat UMNO Bahagian Masjid Tanah, ada dua Pusat Daerah Mengundi (PDM) dibawah seliaan Ketua Menteri.",
"“Jadi saya amat berharap mereka keluar menunaikan amanah dan membuat pilihan tepat demi memastikan kestabilan politik negeri Johor,” katanya ketika ditemui di Rumah UMNO Bahagian Masjid Tanah, Parit Keroma, Muar hari ini."
] |
https://www.melakahariini.my/harga-ayam-dijamin-kembali-stabil-menjelang-ogos/ |
Harga ayam dijamin kembali stabil menjelang Ogos
| [
"KUALA BERANG, 5 Julai – Pembekal dan penternak ayam memberi jaminan harga ayam akan kembali stabil menjelang Ogos depan, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Rosol Wahid.",
"Beliau berkata beberapa perbincangan telah diadakan bersama penternak dan pembekal di seluruh negara berkaitan bekalan dan harga ayam yang dilaporkan meningkat mendadak kebelakangan ini.",
"Katanya pembekal dan penternak memaklumkan kenaikan harga itu disebabkan pihak mereka kurang mengambil bekalan anak ayam dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan pada 18 Mac lepas bagi mengelak kerugian, sekali gus menyebabkan kekurangan bekalan ayam.",
"“Bagaimanapun mereka (penternak dan pembekal) telah memberi jaminan bekalan akan kembali pulih menjelang Ogos nanti dan harga ayam juga akan kembali stabil,” katanya kepada pemberita selepas meninjau perusahaan arang tradisional di Kampung Kuala Menjing, di sini, hari ini.",
"Beliau berkata pihaknya juga yakin harga dan bekalan ayam menjelang sambutan Aidiladha pada hujung bulan ini tidak naik dan akan kekal pada harga sekarang."
] |
https://www.melakahariini.my/chin-ann-titip-nasihat-buat-pemain-negara/ |
Chin Ann titip nasihat buat pemain negara
| [
"AYER KEROH 4 Dis – Legenda bola sepak negara, Datuk Soh Chin Ann menasihati semua pemain bola sepak agar memperkasa visi dan disiplin demi mengharumkan nama negara ke persada dunia.",
"“Buat pemain bola sepak yang ada sekarang yang penting dia mesti ada visi dan disiplin yang baik supaya pada suatu hari nanti mereka dapat bermain untuk negara atau mewakili negara.",
"“Setiap pemain mesti ada semangat yang tinggi untuk mewakili negara atau negeri yang mereka bermain di Piala Malaysia, Liga Super dan sebagainya.",
"Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka 2021 di Balai Istiadat Seri Negeri, di sini hari ini.",
"Terdahulu, bekas pemain kebangsaan itu dianugerahkan Darjah Cemerlang Seri Melaka (D.C.S.M.) sekali gus membawa gelaran sebagai Datuk Wira yang telah disampaikan Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam sempena Hari Jadinya ke-72.",
"Chin Ann yang merupakan anak jati Alor Gajah telah banyak menempa nama negara dalam sukan bola sepak negara malah tahun ini turut disenaraikan dalam FIFA Century Club sebagai pemain paling banyak mewakili skuad kebangsaan dalam perlawanan antarabangsa.",
"Dalam pencapaian itu, Chin Ann yang mewakili Malaysia dari tahun 1969 hingga 1984, telah merekodkan berada di kedudukan pertama dengan 195 penampilan (caps) sekali gus mencapai pemilik caps antarabangsa terbanyak di FIFA menewaskan Bader Almotawaa dari Kuwait yang berada di tempat kedua."
] |
https://www.melakahariini.my/kkm-kenal-pasti-empat-kluster-baharu-tiga-lagi-diisytihar-tamat/ |
KKM kenal pasti empat kluster baharu, tiga lagi diisytihar tamat
| [
"Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata tiga kluster yang tamat ialah Kluster Jambul, Kluster Surat dan Kluster Hampar.",
"Memperincikan kluster baharu itu, beliau berkata empat kluster tersebut melibatkan Kuala Lumpur, Selangor, Perak dan Johor dengan kluster pertama dikenali Kluster Bintang membabitkan pekerja di sebuah tapak pembinaan di Lembah Pantai, Kuala Lumpur.",
"‘’Kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif antara 17 Nov hingga hari ini melalui saringan bersasar yang dijalankan di kawasan berkenaan.",
"“Seramai 608 individu telah disaring dengan 95 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini, dan daripada jumlah itu, 94 merupakan bukan warganegara dan satu warganegara,’’ katanya pada sidang media mengenai perkembangan COVID-19, di sini hari ini.",
"Beliau berkata kluster kedua pula dikenali Kluster Indah Mas yang dikesan di daerah Titiwangsa dan Kepong di Kuala Lumpur serta Petaling, Selangor.",
"Kluster Teja Kasih iaitu kluster ketiga pula dikesan di daerah Kampar dan Kinta di Perak dengan kes indeks (kes ke-48,506) dilaporkan positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 16 Nov lepas, katanya.",
"Dr Noor Hisham berkata kluster terakhir dikenali sebagai Kluster Kobena dikesan di Johor Bahru, dan kes indeks (kes ke-52,599) yang merupakan kes ‘Severe Acute Respiratory Infections’ (SARI) itu dilaporkan positif pada Jumaat lepas.",
"Setakat 23 Nov (hari ini), seramai 111 individu disaring dengan 13 dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini,” katanya, menambah dengan pertambahan empat kluster baharu menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau setakat ini sebanyak 168 kluster.- BERNAMA"
] |
https://www.melakahariini.my/kplb-bincang-dengan-jpa-untuk-naikkan-gred-pengurus-pkd/ |
KPLB bincang dengan JPA untuk naikkan gred pengurus PKD
| [
"ALOR SETAR, 5 September – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan mengadakan perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berkenaan cadangan untuk menaikkan gred perkhidmatan bagi jawatan pengurus Pusat Komuniti Desa (PKD) di bawah kementerian itu.",
"Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata pada masa ini pengurus PKD diberikan Gred N19 secara kontrak selama setahun dan kementerian melihat gred itu perlu dinaikkan sesuai dengan peranan serta pengalaman mereka.",
"Beliau berkata kementerian juga mencadangkan agar pengurus PKD diberikan tempoh kontrak perkhidmatan yang lebih panjang berbanding setahun yang dinikmati ketika ini.",
"“Gred mereka ini ialah N19 maknanya kelayakan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), mungkin boleh dinaikkan kepada gred yang lebih tinggi, jadi kita akan bincang dengan JPA. Kita juga nak buat kajian bersama JPA untuk lanjut kontrak pengurus PKD.",
"“Pada masa ini kontrak mereka ini setahun, tapi selepas kontrak tamat mereka membuat permohonan semula sebab mereka sudah berpengalaman dan nak kerja semula, kemudian tanda tangan semula kontrak,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan sesi perjumpaan bersama pengurus PKD seluruh Malaysia di sini hari ini.",
"Menurutnya kontrak perkhidmatan pengurus PKD mungkin boleh dilanjutkan sehingga tiga tahun memandangkan kebanyakan mereka sudah berkhidmat lebih daripada lima tahun dan cukup berpengalaman dalam menjalankan tugas.",
"“Selepas kontrak mereka tamat, mereka buat permohonan baharu dan dinilai selepas itu diambil semula, kalau markah baik sambung lagi. Tapi setiap kali kontrak nak habis mereka akan berfikir kena cari kerja baharu jadi kesian juga kepada mereka,” katanya.",
"Menurutnya terdapat 180 pengurus PKD di seluruh negara dengan menjalankan 4,402 program yang bertujuan membantu meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan masyarakat luar bandar.",
"Dalam pada itu, Mahdzir turut berpuas hati dengan penganjuran Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Kedah yang berakhir semalam dan berjaya mencatatkan kehadiran lebih 100,000 pengunjung.",
"“Saya sangat berpuas hati dengan penganjuran Jelajah AKM, saya ucapkan terima kepada semua agensi KPLB, terima kasih kepada kerajaan negeri dan pegawai yang terlibat,” katanya."
] |
https://www.melakahariini.my/dihalang-lupus-aset-najib-mohon-ketepi-injuksi-mareva/ |
Dihalang lupus aset: Najib mohon ketepi injuksi mareva
| [
"KUALA LUMPUR, Feb 22 – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memfailkan permohonan untuk mengetepikan injunksi mareva yang diperoleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan satu daripada anak syarikatnya untuk menghalangnya daripada melupuskan atau mengurangkan nilai mana-mana asetnya di Malaysia sehingga US$681 juta.",
"Semasa prosiding di Mahkamah Tinggi semalam, Pesuruhjaya Kehakiman Atan Mustaffa Yussof Ahmad menetapkan 6 Mei untuk mendengar permohonan Ahli Parlimen Pekan itu dan melanjutkan injunksi itu sehingga perbicaraan.",
"Pada 8 Feb, Atan Mustaffa membenarkan permohonan ex-parte (sebelah pihak) bagi injunksi mareva oleh 1MDB dan Global Diversified Investment Company Limited (dahulunya dikenali sebagai 1MDB Global Investments Limited), yang masing-masing merupakan plaintif pertama dan kelima, dalam saman 1MDB terhadap Najib dan beberapa orang lagi.",
"Perintah itu juga menyatakan, Najib mesti membuat pendedahan secara bertulis kepada 1MDB dan Global Diversified berhubung asetnya sehingga pada nilai US$681 juta, sama ada di dalam atau di luar negara, sama ada di bawah namanya sendiri atau tidak, dan sama ada milikan secara tunggal atau secara bersama defendan lain.",
"Beliau dikehendaki memberikan nilai, lokasi serta segala maklumat aset dan maklumat itu perlu disahkan melalui suatu afidavit dan disampaikan kepada peguam plaintif pertama dan kelima.",
"Sekiranya keseluruhan nilai bebas daripada gadaian atau apa-apa sekuriti asetnya di negara ini melebihi US$681 juta, Najib boleh mengalihkan atau melupuskan aset itu asalkan jumlah nilai tanpa beban kekal berjumlah tidak kurang daripada US$681 juta.",
"Perintah itu juga menyatakan bahawa mana-mana individu dalam prosiding itu atau sebaliknya, yang dimaklumkan mengenai perintah berkenaan tidak seharusnya membantu atau membenarkan pelanggaran perintah, dan mereka boleh dikenakan tindakan menghina mahkamah jika berbuat demikian.",
"Dalam saman itu, 1MDB, 1MDB Energy Holdings Limited, 1MDB Energy Limited, 1MDB Energy (Langat) Limited dan Global Diversified selaku plaintif manakala Najib, Terrence Geh Choh Heng (bekas Pengarah Kewangan 1MDB), Jasmine Loo Ai Swan (bekas peguam 1MDB), Casey Tang Keng Chee (bekas Pengarah Eksekutif 1MDB), Vincent Beng, Radhi Mohamad (Ketua Pegawai Operasi 1MDB) dinamakan sebagai defendan.",
"Turut dinamakan sebagai defendan ialah Kelvin Tan Kay Jim (bekas Pengarah Pelaburan) dan Nik Faisal Ariff Kamil (bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC International Sdn Bhd).",
"Saman US$8 bilion itu adalah satu daripada 22 saman sivil yang difailkan untuk menuntut lebih US$23 bilion bagi pihak 1MDB dan bekas anak syarikatnya, SRC International terhadap beberapa individu yang didakwa terlibat dalam skandal kewangan itu.- BERNAMA"
] |
https://www.melakahariini.my/sultan-selangor-zahir-kekecewaan-terhadap-golongan-antivaksin/ |
Sultan Selangor zahir kekecewaan terhadap golongan antivaksin
| [
"SHAH ALAM 8 Jun – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa kecewa dan tidak berkenan mengenai kewujudan golongan antivaksin di Selangor dan berharap rakyat tidak mudah terpengaruh dengan pemahaman terpesong seumpamanya.",
"Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Muhamad Munir Bani dalam satu kenyataan memaklumkan baginda percaya vaksin mampu menyelamatkan nyawa masyarakat khususnya daripada wabak COVID-19.",
"“Baginda bimbang sekiranya terdapat individu ataupun masyarakat yang berdegil untuk tidak menerima suntikan vaksin COVID-19, sasaran untuk mencapai imuniti kelompok menjelang akhir tahun ini tidak akan tercapai sekali gus meletakkan negara dalam krisis wabak yang lebih meruncing dan berbahaya,” menurut kenyataan itu.",
"Baginda turut berdukacita dengan peningkatan angka harian kes positif baharu di Selangor dan jumlah kematian yang amat membimbangkan di negeri ini serta berharap agar Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJABV) mempercepat dan menambah bilangan dos vaksin untuk rakyat Selangor.",
"Sultan Sharafuddin juga menzahirkan rasa terkejut apabila dimaklumkan oleh Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) bahawa sehingga 1 Jun, Selangor hanya menerima 615,210 dos vaksin COVID-19 dan bukan 2.9 juta dos seperti yang didakwa.",
"“Adalah tidak adil apabila nisbah jumlah pemberian dos vaksin ketika ini tidak seimbang dengan populasi keseluruhan penduduk di negeri Selangor yang berjumlah 6.5 juta,” titah baginda dalam kenyataan itu.",
"Sultan Sharafuddin bertitah dalam situasi sekarang, nyawa rakyat haruslah diberi keutamaan berbanding agenda lain dan baginda mahu supaya Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Selangor ditambah khususnya di kawasan luar bandar serta berpendapat pemberian vaksin secara pandu lalu atau klinik bergerak mampu mempercepatkan proses dan meluaskan liputan vaksinasi.",
"Baginda turut memuji langkah kerajaan Selangor yang ketika ini agresif melaksanakan ujian saringan COVID-19 secara percuma untuk seluruh rakyat Selangor dan baginda menasihatkan agar rakyat yang menerima suntikan vaksin COVID-19, supaya kekal berada dalam keadaan waspada dan berhati-hati.",
"Sultan Sharafuddin merayu agar rakyat terus tekun mematuhi arahan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditetapkan oleh kerajaan termasuklah duduk di rumah jika tiada urusan yang penting dan tidak leka dalam mengamalkan Prosedur Operasi Standard (SOP).",
"Sultan Sharafuddin juga menzahirkan ucapkan terima kasih dan penghargaan kepada semua petugas barisan hadapan hospital kerajaan dan swasta serta klinik kesihatan yang masih bertungkus-lumus menjalankan tugas serta tanggungjwab dengan penuh komited dan berdedikasi untuk memastikan kesejahteraan dan kesihatan rakyat sentiasa terperlihara."
] |
https://www.melakahariini.my/th-gantung-lesen-pjh-syarikat-emraz-travel/ |
TH gantung lesen PJH Syarikat Emraz Travel
| [
"KUALA LUMPUR, 2 April – Lembaga Tabung Haji (TH) telah menggantung lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) Emraz Travel & Tours Sdn Bhd sebagai langkah awal untuk melindungi kebajikan bakal jemaah haji.",
"“Bakal haji yang memilih untuk mengerjakan haji melalui pakej swasta masih boleh memilih antara 22 lagi syarikat PJH yang dilesenkan, termasuklah anak syarikat TH iaitu TH Travel & Services Sdn Bhd,” menurut kenyataan itu. "
] |
https://www.melakahariini.my/ibu-kandung-pernah-jalani-rawatan-psikiatri/ |
Ibu kandung pernah jalani rawatan psikiatri
| [
"PENGKALAN BATU: Ibu kandung kepada kanak-kanak yang disyaki mati didera dalam kejadian di Taman Krubong Jaya, di sini, kelmarin pernah mendapatkan rawatan pakar psikiatri.",
"“Rawatan itu diterima di Hospital Melaka dan hanya rawatan biasa yang mana wanita itu tidaklah (menghidap penyakit mental) seperti didakwa,” katanya.",
"Terdahulu, MHI melaporkan pasangan suami isteri direman tujuh hari selepas dipercayai mendera anak lelaki mereka berusia tujuh tahun hingga meninggal dunia dalam kejadian di Taman Krubong Jaya petang kelmarin.",
"Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, pihak polis menerima panggilan daripada bapa tiri mangsa berusia 38 tahun, memaklumkan anaknya lemas dalam tong air setinggi 60.9 sentimeter di rumah berkenaan.",
"Hasil siasatan polis, melalui pemeriksaan fizikal, menemui kesan lebam dan kecederaan di beberapa anggota badan kanak-kanak itu sebelum mayatnya dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Melaka untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.",
"“Masyarakat perlu menilai sesuatu kes jenayah menurut kaca mata keadilan sebenar dan tidak sewenangnya membuat andaian yang menjejaskan sistem keadilan jenayah.",
"“Biarkan pihak polis menjalankan siasatan dan kita akan memastikan siasatan dibuat mengikut undang-undang serta kuasa-kuasa yang diberikan dengan telus, adil dan amanah,” katanya."
] |
https://www.melakahariini.my/lebih-2-7-juta-populasi-remaja-negara-lengkap-vaksin/ |
Lebih 2.7 juta populasi remaja negara lengkap vaksin
| [
"KUALA LUMPUR 29 Nov – Seramai 2,702,748 atau 85.9 peratus daripada populasi remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19, setakat 11.59 malam tadi.",
"Bagi populasi dewasa pula, seramai 22,659,382 individu atau 96.8 peratus telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 23,006,300 atau 98.3 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.",
"Sementara itu, bagi vaksinasi harian sebanyak 42,010 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 2,030 dos pertama, 3,214 dos lengkap serta 36,766 dos penggalak."
] |
https://www.melakahariini.my/sepak-takraw-piala-tun-ali-jadi-acara-tahunan-setiap-ogos/ |
Sepak Takraw Piala Tun Ali jadi acara tahunan setiap Ogos
| [
"BANDAR MELAKA 21 Ogos – Kejohanan Sepak Takraw Piala Tun Ali 2022 bakal menjadi acara tahunan sekali gus menjadi medan memperluaskan sukan itu ke peringkat yang lebih tinggi.",
"Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Mohd Sumali Reduan berkata, selain menampilkan pasukan negeri, pihaknya bercadang untuk menjadikan acara itu sebagai acara di peringkat antarabangsa.",
"Katanya, kejohanan itu juga akan diadakan pada bulan Ogos sempena kelahiran Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam.",
"“Pada tahun hadapan kita akan anjurkan kejohanan sama, kita akan tambah baik dari apa yang kita laksanakan dalam penganjuran sulung kali ini.",
"“Untuk tahun hadapan kita akan laksanakan persediaan awal untuk kita tambah baik dengan mencari penaja yang sesuai dan ini merupakan pembaharuan kita untuk kita cuba laksanakan ke peringkat antarabangsa,” katanya.",
"Beliau berkata demikian pada sidang media selepas hadir menyaksikan perlawanan akhir Kejohanan Sepak Takraw Piala Tun Ali 2022 di Dewan Bola Keranjang, Bukit Serindit, di sini hari ini.",
"Dalam pada itu, beliau berkata, PSM kini sedang mengorak langkah bagi memastikan sukan sepak takraw terus diangkat ke peringkat yang lebih tinggi hasil gabungan penyertaan atlet muda dan senior di negara ini.",
"“Ini gelombang baharu kita dalam negara selepas kita melihat perkembangan positif dalam kejohanan sepak takraw dan kita harap ia akan lebih maju dan cemerlang, katanya.",
"Terdahulu, pada aksi final kejohanan itu, pasukan Johor dinobatkan sebagai Johan acara regu sekali gus membawa pulang hadiah RM10,000 berserta piala iringan dan medal yang disampaikan Tun Mohd Ali.",
"Naib johan bagi kedua-dua acara disandang pasukan tuan rumah, Melaka untuk membawa pulang RM4,000 dan RM5,000 bagi acara beregu dan regu."
] |
https://www.melakahariini.my/kenal-pasti-atlet-pelapis-seawal-usia-12-tahun/ |
Kenal pasti atlet pelapis seawal usia 12 tahun
| [
"SERI NEGERI 15 Disember – Semua persatuan sukan di negeri ini perlu mengenal pasti pelapis atlet seawal usia 12 tahun supaya dimasukkan ke dalam senarai panjang (long list) sebagai persiapan menghadapi Sukan Malaysia (Sukma).",
"Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri VP Shanmugam berkata, persediaan menghadapi Sukma perlu bermula daripada akar umbi termasuk membaik pulih kemudahan serta infrastuktur sukan demi pembangunan sukan kontinjen Melaka.",
"Katanya, sekiranya kemudahan dan infrastruktur ini berada dalam keadaan baik, maka anak-anak pada usia muda seawal usia 12 tahun mampu menonjolkan bakat masing-masing menerusi penganjuran sukan berskala kecil.",
"“Apabila mereka mengambil bahagian dalam pertandingan itu, maka MSNM (Majlis Sukan Negeri Melaka) dan Jabatan Belia dan Sukan (JBS) negeri akan perhatikan kedudukan pemain, adakah mereka layak bersama dalam ‘long list’ Sukma.",
"“Ini adalah cara kita memilih atlet di negeri Melaka dan apabila mereka masuk dalam persatuan tersebut, persatuan tersebut mencungkil bakat anak-anak ini.",
"Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Persidangan Keempat (Bajet), Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Melaka Yang Kelima Belas di Dewan Undangan Negeri, hari ini.",
"Mengulas lanjut, Shanmugam turut berharap tiada lagi pelapis sukan yang berpotensi besar diimport ke negeri lain sebagaimana berlaku pada masa lalu.",
"“Saya tidak mahu seperti masa lalu, di mana jurulatih dan juga pemain atau atlet yang sebelum ini belum masuk ‘long list, telah diambil negeri lain.",
"“‘Long list’ ini boleh menyenaraikan banyak nama untuk dicungkil sebagai pemain negeri contohnya seperti sukan wushu, Melaka adalah kilang terbaik di Malaysia.",
"“Kita ada ramai pemain atau atlet yang boleh memenangi pingat, di Melaka kita sasarkan emas dan kita ambil tiga terbaik namun bakinya pada tahun 2018 kita pinjamkan ke negeri lain dan yang dipinjamkan itu menang,” katanya."
] |
https://www.melakahariini.my/laporan-penuh-anggota-tentera-ditemukan-maut-tidak-lama-lagi/ |
Laporan penuh anggota tentera ditemukan maut tidak lama lagi
| [
"TABOH NANING 17 April – Laporan penuh siasatan berhubung insiden anggota tentera ditemukan meninggal dunia di Hutan Simpan Belum dekat Gerik, Perak, akan diumumkan tidak lama lagi.",
"Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Berbuka Puasa Bersama Ahli Parlimen Alor Gajah di sebuah pusat beli-belah, di sini, semalam.",
"Mengulas lanjut, Adly berkata pihak kementerian akan menjaga kebajikan anak-anak dan balu Allahyarham Koperal Mohammad Nasri Mohd Nasib, 33, daripada Batalion Ke-25 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Seri Bentong, Pahang.",
"Terdahulu, media melaporkan hasil bedah siasat dilakukan di Hospital Permaisuri Bainun mendapati kematian Mohammad Nasri berpunca daripada kecederaan kepala dipercayai akibat terjatuh.",
"Mayatnya dijumpai pada Rabu oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat berikutan laporan kehilangannya di pedalaman Hutan Simpan Belum, dekat Gerik, sejak 7 April lepas semasa operasi penugasan di kawasan itu."
] |
https://www.melakahariini.my/semakin-ramai-anggota-komuniti-pertikai-adat-melayu/ |
Semakin ramai anggota komuniti pertikai adat Melayu
| [
"PANTAI KUNDOR 18 Feb. – Persatuan Pengamal Adat Melayu Sidang Negeri Melaka memandang serius semakin ramai anggota komuniti Melayu enggan mempraktikkan adat bangsa.",
"Yang Dipertuanya, Tok Sidang Muslihin Mohamad berkata, jumlah mereka semakin meningkat dari semasa ke semasa dengan alasan kehidupan pada zaman siber sekarang tidak memerlukan adat Melayu.",
"“Mereka kata kita tidak perlukan lagi adat yang tidak berfaedah, cukup sekadar kita ikut Islamik,” katanya ketika memberi taklimat kepada 12 Tok Sidang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor di Dewan Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Pantai Kundor, Tanjung Kling di sini hari ini.",
"Ia sempena penganugerahan tauliah kepada 12 Tok Sidang berkenaan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan.",
"Beliau berkata, sebagai contoh adat menepung tawar pengantin sekarang bukan setakat dikritik, malah dicela golongan tertentu dengan mendakwa ia membazir rezeki anugerah Allah.",
"“Beras pulut yang dilemparkan kepada pengantin itu sudah dibacakan ayat suci al-Quran bagi menghalang makhluk halus yang dihantar pihak tidak bertanggungjawab untuk memudaratkan pasangan pengantin.",
"“Segenggam beras pulut itu kalau dimakan seekor ayam pun, tidak boleh kenyang, lainlah halnya kalau beras pulut yang dilemparkan itu sampai satu atau dua kilogram,” tegasnya.",
"Sehubungan itu, beliau mengingatkan Tok Sidang berkenaan mengenai fungsi mereka sebagai ketua penyelenggara adat istiadat Melayu yang diistilahkan sebagai ‘Lubuk Ilmu, Lautan Budi.’",
"“Tok Sidang juga harus berpegang kuat pada istilah ‘Adat bersendikan hukum, Hukum bersendikan kitabullah,’ iaitu kebiasaan dalam kehidupan yang menjadi hukum,” katanya."
] |
https://www.melakahariini.my/mt-umno-putuskan-sokong-kerajaan-perpaduan-bukan-diterajui-pn/ |
MT UMNO putuskan sokong Kerajaan Perpaduan bukan diterajui PN
| [
"KUALA LUMPUR, 24 Nov – UMNO menyokong untuk menyertai Kerajaan Perpaduan seperti yang dizahirkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, namun bukan yang diterajui oleh Perikatan Nasional (PN).",
"Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan dalam kenyataannya berkata ia diputuskan dalam Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Presiden UMNO. ",
"“MT sebulat suara memutuskan untuk menyokong dan menjunjung titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong supaya Barisan Nasional mengambil bahagian dalam Kerajaan Perpaduan …bagi memastikan sebuah kerajaan yang stabil dan makmur dapat dibentuk,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat lebih tiga jam di Menara Dato Onn di sini malam tadi.",
"Beliau berkata MT juga bersetuju semua wakil-wakil parti yang memenangi kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 mematuhi dan menerima sebarang bentuk Kerajaan Perpaduan atau lain-lain bentuk kerajaan yang bakal dimasyhurkan oleh Seri Paduka Baginda.",
"Menurut Ahmad, mesyuarat MT UMNO turut memperkukuhkan sokongan terhadap Ahmad Zahid untuk terus kekal menerajui sebagai Pengerusi BN dan sebulat suara menyokong beliau sebagai Presiden UMNO. ",
"MT telah mengambil maklum dan memperhalusi segala butiran kedua-dua perbincangan yang telah dijalankan oleh Jawatankuasa Perundingan BN dengan Pakatan Harapan (PH) dan PN, katanya. ",
"Pada PRU15 baru-baru ini BN hanya memenangi 30 kerusi Parlimen, pencapaian terburuk dalam sejarah, manakala PH menang 82 kerusi, Perikatan Nasional (73), Gabungan Parti Sarawak (23), Gabungan Rakyat Sabah (enam), Parti Warisan (tiga), Bebas (dua) serta Parti Bangsa Malaysia dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat masing-masing satu kerusi."
] |
https://www.melakahariini.my/tic-mobile-ronda-satu-negara-promosi-pelancongan-melaka/ |
TIC Mobile ronda satu negara promosi pelancongan Melaka
| [
"AYER KEROH 20 April – Melaka muncul negeri pertama mewujudkan Pusat Informasi Pelancongan Bergerak (TIC Mobile) bagi memberi kemudahan kepada pelancong mendapatkan maklumat dan promosi sektor pelancongan di negeri ini.",
"Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata, inisiatif itu merupakan antara langkah awal bagi mempromosikan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).",
"Menurut beliau, TIC Mobile dijadual akan digerakkan ke seluruh negara bagi mempromosi sektor pelancongan negeri tahun ini dengan menawarkan pelbagai promosi pelancongan termasuk pakej-pakej menarik kepada orang ramai.",
"“TIC Mobile pertama dalam Malaysia ini telah diwujudkan di Melaka dan akan digerakkan ke seluruh Malaysia untuk mempromosikan pelancongan negeri ini, lebih-lebih lagi menjelang TMM2024.",
"“Terima kasih kepada Kementerian Kewangan yang memberikan kemudahan ini kepada Negeri Melaka dan Kerajaan Negeri menyambut baik kepada usaha ini bagi memberi kemudahan yang lebih tepat kepada pelancong.",
"“Kita telah menetapkan jadual untuk TIC Mobile ini pusing ke seluruh Malaysia bagi mempromosikan pelancongan Melaka dan kita harap usaha hebat ini akan memeriahkan lagi kemasukan pelancong domestik dan luar negara untuk menyambut TMM2024 akan datang,” katanya.",
"Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan TIC Mobile dan Edaran Pek Kuih Raya Kepada Pelancong di Lebuh Ayer Keroh, di sini, malam tadi.",
"Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Badaruddin Mohd Kassim; Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Zaidi Attan dan Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Melaka, Sa’ari Basiron.",
"Pada majlis itu, kira-kira 1,000 kenderaan dari Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) yang memasuki pintu masuk negeri ini diraikan dengan pemberian pek kuih raya disampaikan Abdul Razak.",
"Jelajah itu dijangka akan dimulakan di sebuah pusat beli belah di Nilai, Negeri Sembilan, selain di beberapa negeri lain seperti Selangor, Johor, Pulau Pinang dan Perak."
] |
https://www.melakahariini.my/speaker-dewan-rakyat-minta-parti-politik-kemuka-surat-akuan-berkanun/ |
Speaker Dewan Rakyat minta parti politik kemuka surat akuan berkanun
| [
"KUALA LUMPUR, 20 November – Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun meminta parti politik yang menang jumlah kerusi substantial pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), mengemukakan nama-nama parti dan ahli Parlimen bebas (sekiranya ada), yang bersetuju menganggotai gabungan yang mempunyai sekurang-kurangnya 112 kerusi, bagi menubuhkan kerajaan Persekutuan melalui surat akuan berkanun.",
"Beliau berkata perkara itu sudah beliau maklumkan kepada ketua-ketua dan setiausaha-setiausaha parti berkenaan, melalui surat yang diutuskan hari ini bagi menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.",
"“Mereka juga diminta menamakan seorang daripada ahli Dewan Rakyat dalam gabungan mereka, yang diberi kepercayaan untuk menjadi Perdana Menteri ke-10 melalui surat akuan berkanun dari setiap ahli Dewan Rakyat yang menganggotai gabungan tersebut, yang dinyatakan dengan terang dan jelas,” katanya dalam kenyataan hari ini.",
"Terdahulu, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan hari ini berkata Yang di-Pertuan Agong menerima maklum bahawa pada PRU15 semalam, tiada gabungan parti politik yang berjaya memperoleh majoriti mudah kerusi Parlimen.",
"Menurutnya, Yang di-Pertuan Agong menitahkan semua ketua parti politik dan gabungan parti politik yang mendapat jumlah kerusi yang banyak pada PRU15, memaklumkan kepada Istana Negara mengenai gabungan parti, dan menamakan calon perdana menteri yang dipersetujui untuk membentuk kerajaan baharu sebelum 2 petang, esok."
] |
https://www.melakahariini.my/fenomena-air-pasang-besar-diramal-berlaku-sehingga-khamis/ |
Fenomena air pasang besar diramal berlaku sehingga Khamis
| [
"KUALA LUMPUR, 9 Okt – Air pasang besar dijangka berlaku di beberapa kawasan bermula semalam hingga Khamis ini, menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).",
"Nadma menerusi perkongsian di laman Facebook memaklumkan Pusat Hidrografi Nasional meramalkan kawasan terlibat adalah Kuala Muda, Kedah; Bagan Datuk, Perak; Pelabuhan Klang, Selangor serta Batu Pahat dan Pontian di Johor.",
"Menurut Nadma fenomena itu berpunca daripada pengaruh daya tarikan graviti ketika kedudukan bulan dan matahari sejajar, seterusnya berkemungkinan menyebabkan limpahan air di daratan serta banjir di lokaliti kawasan rendah pesisir pantai."
] |
https://www.melakahariini.my/rtb-fasa-1-di-segamat-berjaya-kurangkan-mangsa-banjir-52-peratus/ |
RTB Fasa 1 di Segamat berjaya kurangkan mangsa banjir 52 peratus
| [
"ISKANDAR PUTERI, 19 Jun – Pelaksanaan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Fasa 1 telah berjaya mengurangkan mangsa banjir di daerah Segamat sebanyak 52 peratus kepada 11,040 orang, Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini diberitahu.",
"Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Negeri K Raven Kumar berkata sebelum RTB Fasa 1 dijalankan, mangsa banjir di daerah berkenaan adalah seramai 21,158 orang.",
"Beliau berkata kerja-kerja bagi RTB Fasa 1 yang telah siap dilaksanakan sepenuhnya antara 2011 sehingga 2016, melibatkan enam pakej antaranya menaik taraf Sungai Genuang, menaik taraf Sungai Chodan, pembinaan Jambatan Genuang dan lencongan Sungai Segamat – Sungai Genuang.",
"“Keseluruhan kos bagi RTB Fasa 1 ini adalah RM172.8 juta. Walau bagaimanapun, masih terdapat beberapa kawasan yang mengalami masalah banjir iaitu di Kampung Pogoh Tengah, Kampung Bukit Limau Manis, Kampung Sri Rahmat, Kampung Chodan dan Kampung Seberang Batu Badak melibatkan 252 mangsa banjir.",
"“Kejadian banjir yang berlaku ini disebabkan limpahan air Sungai Muar memasuki sehingga ke kawasan Pogoh,” kata beliau ketika menjawab soalan lisan pada Mesyuarat Kedua Penggal Persidangan Pertama DUN Johor ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, di sini, hari ini.",
"Raven (BN-Tenggaroh) berkata dalam masa yang sama, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah menyediakan pelan jangka panjang melalui projek RTB Segamat Fasa 2 yang akan dilaksanakan secara dua pakej.",
"“Saya percaya dengan penyediaan pelan jangka panjang melalui projek RTB Segamat Fasa 2 dengan kos keseluruhan RM650 juta, kerajaan negeri Johor komited mengurangkan jumlah mangsa banjir di daerah Segamat ini,” kata beliau.",
"Raven berkata demikian ketika menjawab soalan lisan N. Saraswati (BN-Kemelah) berhubung tindakan kerajaan negeri dalam mengelakkan banjir di daerah Segamat serta soalan tambahan Saraswati mengenai bagaimana projek RTB telah berjaya mengurangkan mangsa banjir di daerah berkenaan.",
"Segamat menjadi daerah pertama di Johor yang dilanda banjir awal tahun ini sehingga menjejaskan ribuan penduduk mengakibatkan ramai daripada mereka dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS)."
] |
https://www.melakahariini.my/melaka-antara-lokasi-pelancongan-popular-untuk-diterokai-tahun-2022/ |
Melaka antara lokasi pelancongan popular untuk diterokai tahun 2022!
| [
"Tersenarai sebagai destinasi ‘trend popular’ untuk 2022, platform ini mengangkat Melaka sebagai lokasi percutian yang bakal menjadi tumpuan ramai tahun depan, sekaligus bakal memulihkan industri pelancongan negara.",
"Tempat pertama lokasi popular 2022 ialah Atlanta, Amerika Syarikat, diikuti Taichung, Taiwan di tempat kedua dan Gramado, Brazil di tempat ketiga.",
"Manakala tempat keempat ialah Santa Domingo, Dominican Republic, kelima Brasov, Romania;Llandudno, United Kingdom (UK) lokasi keenam dan Montpellier, Frances di tangga ketujuh.",
"“Booking.com telah menyenaraikan lapan lokasi sebagai destinasi pelancongan dengan trend popular bagi tahun hadapan sekaligus mengangkat destinasi yang jarang dianggap sebagai tempat persinggahan, dilawati untuk percutian.",
"“Platform itu (Booking.com) telah memilih lokasi-lokasi bandar terpencil dan menarik dalam dunia sebagai destinasi trend popular yang perlu dilawati,” kata laporan itu."
] |
https://www.melakahariini.my/a-kedah-island-the-stolen-past-of-pulau-pinang/ |
A Kedah Island: the stolen past of Pulau Pinang
| [
"THE story of this island of Kedah is contested. The Eurocentric narrative accords Francis Light the founding status of Pulau Pinang in 1786. This has alienated another perspective. Revisiting the history of the earliest communities who inhabited this island of Kedah before 1786 remains an imperative role for the writing of Malaysian history. It must be remembered and be reminded that the history of Pulau Pinang did not begin from 1786. That year is a myth.",
"The Malay narrative is forgotten. James Low in 1849 in translating the Merong Mahawangsa (The British calls it the Kedah Annals), emphasized “It is a History of Keddah on the Malayan Peninsula; and, independently of any intrinsic value which it may possess, it is interesting to the British, since the settlement of Penang and Province Wellesley once formed an integral portion of the country of Keddah (The Journal of the Indian Archipelago and Eastern Asia, vol.3, no.1, January 1849).",
"The narrative of Pulau Pinang, together with Kedah, needs revisiting, rewriting and decolonizing. The island was believed and judged to be terra nullius (literally ‘nobody’s land’), although that belief seems to be apparently fading over the years. This is the template constructing the history of Malaysia too – from the school textbook to public history. Malaysian school history and public history unfortunately differ, and may also contradict.",
"Pulau Pinang is of course, not alone. Parallels are seen with the history and historiography of Singapura. Circumstances are different. Yet Pulau Pinang is as history-starved as her counterpart down south. I have used the term “pengemis sejarah” (beggars of history) in my work on Batu Uban: Sejarah Awal Pulau Pinang (2015). There is a stoic absence, an emptiness, on the island’s past, both by default, and by design.",
"Pulau Pinang’s past destiny echoes that of what historian K.G. Tregonning’s declaration that “Modern Singapore began in 1819. Nothing that occurred prior to this has particular relevance to an understanding of the contemporary scene; it is of an antiquarian interest only”.",
"Tregonning, Raffles Professor of History at the University of Singapore, made the declaration to a volume commemorating the 150th anniversary of Raffles in Singapore. The Tregonning remarks represented the prevailing ideology held by historians of Singapore’s past in recent times. This is the template, not only Singapura history, but that of Pulau Pinang, the rest of Malaysia, and the region. It has been argued that nothing very much appeared to have happened in Singapore before Raffles landed.",
"The history of Pulau Pinang has been framed as a positive outcome of British colonialism. Francis Light as ‘founder of Penang? Or the founder of the Port of Penang? Fact, or myth? To accept that the template as a fact of history itself falsifies the past. To be sure there are many roads to the past. The historical narrative is also an argument. Colonial archives are certainly biased. And the Arkib Negara Malaysia has remained as such. Do a word search on ‘Masjid Jamek Batu Uban’ /or ‘masjid Pulau Pinang,’ and one finds the line “Masjid Melayu Lebuh Aceh dianggap sebagai masjid yang tertua di Pulau Pinang” (The Lebuh Aceh Mosque is considered the oldest mosque in Pulau Pinang). That is a colonial narrative.",
"The colonial template is embedded in our historians, custodians of heritage and policy makers. For example, Francis Light’s statue is still displayed in its splendor (marred by the red paint vandalism early 2020). And what is Frank Athelstane Swettenham’s statue doing on the grounds of Muzium Negara in Kuala Lumpur? And the bust of King Edward VII in the same location? And this is coming to 64 years of political independence. Colonialism is never benign.",
"What happened in 1786 is the illegal occupation of Pulau Pinang. It is plunder and vandalism. The colonial past is silent on its own criminality. Light did not commit murder. Stamford Raffles did. It is the criminality of the colonial state. Should the Sultanate of Kedah, and the people Kedah and Pulau Pinang demand a public apology, and reparation from the British for distorting history, and identity? Opening a new chapter in the nation’s history renders the old narrative “dibuang habiskan” (stealing a phrase from Raffles on the Palembang Massacre).",
"Another story goes that the Sultan of Kedah gave his daughter; or was it a lady from the Kedah court in marriage to Francis Light and offered Pulau Pinang as a dowry, in return of protection by the English East India Company (EIC) against his enemies.",
"The Sultan of Kedah, Sultan Abdullah Mukarram Shah claimed that he was merely allowing the British, on certain conditions, to occupy the island while taking care of the Sultan and his Kingdom against his enemies, especially Siam. There was no agreement, no treaty of 1786. Pulau Pinang was never given away. Kedah history needs a revision."
] |
https://www.melakahariini.my/adegan-panas-zul-ariffin-conteng-arang-industri-hiburan-negara/ |
Adegan panas Zul ariffin conteng arang industri hiburan negara
| [
"KOTA LAKSAMANA 22 Mac – Penyanyi lagenda rock terkenal, Datuk Awie menyifatkan tindakan pelakon Zul Ariffin memuat naik video adegan panas sebuah drama sebagai ‘menconteng arang’ kepada industri hiburan tempatan.",
"Beliau berkata demikian sidang akhbar Wings Raikan Cinta Ramadan di LaCrista Hotel Melaka yang turut disertai Pengarah Urusan Hotel LaCrista Datuk Rosthman Ibrahim.",
"Pelakon terbabit mengundang kontroversi selepas memuat naik video yang memaparkan ‘teaser’ adegan panas sebuah drama sebelum bertindak memadam hantaran tersebut dan membuat permohonan maaf di media sosial.",
"Ekoran itu, pelakon tersebut bakal berdepan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 selepas membuat hantaran Instagram yang menyalahi undang-undang.",
"“Namun jika dibandingkan dengan era tahun 70-an, keadaannya lebih teruk cuma ketika itu tidak ada media sosial, tidak ada viral jadi tidak kecoh seperti yang berlaku sekarang.",
"Pada masa yang sama, Awie juga tidak mahu mengulas lanjut insiden itu memandangkan beliau juga pernah melalui proses demikian namun tidak melampau seperti yang timbul ketika ini.",
"“Kalau boleh selepas ini pengarah drama atau filem, seeloknya elakkan ada watak yang ada unsur fizikal seperti yang ada pada adegan drama tersebut,” katanya."
] |
https://www.melakahariini.my/pastikan-operasi-penerbangan-batik-air-ke-pulau-pinang-pekanbaru-lancar/ |
Pastikan operasi penerbangan Batik Air ke Pulau Pinang, Pekanbaru lancar
| [
"BANDA HILIR 14 Julai – Pihak berkuasa Penerbangan Awam (CAAM) dan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) sedang membuat persiapan bagi memastikan perjalanan bagi penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) yang memulakan operasi semulanya pada 12 Ogos berjalan lancar.",
"Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, persiapan itu termasuk berkaitan urusan dokumentasi ditetapkan supaya memastikan keselesaan penumpang.",
"“Ia disebabkan pandemik yang berlaku ia terhenti di situ jadi semua kelulusan dan dokumentasi perlulah bersedia sebelum menerima penerbangan masuk ke Melaka, ” katanya.",
"Beliau berkata demikian pada ucapannya di Majlis Pelancaran Pelan Strategik Jabatan Ketua Menteri Melaka 2022-2026 dan Anugerah Hari Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Melaka 2022 di Hotel Holiday Inn, di sini hari ini.",
"Mengulas lanjut, beliau berkata pesawat jenis ATR-72 Batik Air dijangka akan mendarat di LTAM dengan membawa penumpang bermula dari Pekan Baru Indonesia untuk mengambil penumpang di negeri ini sebelum memulakan perjalanan ke Pulau Pinang.",
"“Saya difahamkan kita (pernah) meminta penerbangan satu hari sekali tapi apa yang difahamkan Batik Air akan melakukan penerbangan sebanyak tiga kali seminggu,” katanya."
] |
https://www.melakahariini.my/blok-bangunan-di-resort-the-andaman-musnah-terbakar-dua-kali/ |
Blok bangunan di Resort The Andaman musnah terbakar dua kali
| [
"LANGKAWI, 13 Jan – Sebuah blok bangunan di resort lima bintang, The Andaman, a Luxury Collection Resort, di Jalan Teluk Datai, kira-kira 40 kilometer dari Bandar Kuah dekat sini musnah dalam kebakaran yang berlaku dua kali, semalam dan awal pagi tadi.",
"Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah berkata kejadian pertama berlaku, pada kira-kira 4 petang semalam sebelum kebakaran berulang di lokasi sama, pada 1.13 awal pagi tadi.",
"“Namun, pada 1.13 pagi tadi, bomba sekali lagi menerima panggilan kecemasan sebelum anggota ke lokasi sama untuk memadam kebakaran kedua,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.",
"“Setakat pagi ini, operasi pemadaman masih dilakukan. Anggota bertugas mengalami masalah bekalan air dan akses untuk melakukan pemadaman di bahagian yang terbakar.",
"“Anggota melakukan pemadaman melalui cara fire break di sayap selatan dan sayap utama bangunan tersebut menggunakan satu aliran dua pancutan 100 kaki air daripada air tangki jentera,” menurutnya dalam kenyataan itu."
] |
https://www.melakahariini.my/keputusan-model-gelembung-sukan-diketahui-minggu-depan/ |
Keputusan model gelembung sukan diketahui minggu depan
| [
"KUALA LUMPUR 17 Dis. – Keputusan mengenai model gelembung sukan yang akan dikemukakan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan diketahui selewat-lewatnya minggu depan.",
"Timbalan Menteri Belia dan Sukan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata model berkenaan akan dikemuakan kepada MKN hari ini sebagai usaha ‘menghidupkan’ semula perlawanan bola sepak di negara ini yang terpaksa ditangguhkan berikutan pandemik COVID-19.",
"“Ini adalah strategi KBS untuk mengaktifkan semula arena sukan bukan sahaja liga bola sepak malah kesemua kemudahan sukan berpandukan prosedur operasi standard (SOP) baharu iaitu model gelembung sukan.",
"“Marilah kita sama-sama mendoakan agar MKN terbuka hati menerima cadangan KBS untuk bantu hidupkan semula arena sukan negara,” katanya pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.",
"Perkara itu diumumkan Wan Ahmad Fayhsal ketika menjawab soalan tambahan Senator Datuk Wira Othman Aziz mengenai usaha kerajaan bagi memastikan pandemik COVID-19 tidak memberikan kesan berpanjangan terhadap penaja sukan negara.",
"KBS sebelum ini dilaporkan berkerjasama dengan Majlis Sukan Negara (MSN) dan pemegang taruh bagi memperhalusi model gelembung sukan untuk kelangsungan aktiviti sukan yang dibatalkan berikutan pandemik COVID-19."
] |
https://www.melakahariini.my/ziyad-zolkefli-minta-maaf/ |
Ziyad Zolkefli minta maaf
| [
"TOKYO 1 Sept – Hanya ungkapan maaf yang mampu dikeluarkan jaguh olahraga, Muhammad Ziyad Zolkefli selepas terlepas peluang mempertahankan emas Rio 2016 dalam acara lontar peluru lelaki F20 (kecacatan intelektual) di Sukan Paralimpik Tokyo, malam tadi.",
"Atlet kebangsaan Muhammad Ziyad Zolkefli yang memecahkan rekod dunia dua kali dan boleh memenangi emas dalam acara tersebut telah diklasifikasikan sebagai Did Not Start (DNS) atau tidak memulakan saingan kerana protes dilakukan terhadapnya oleh pasukan Ukraine yang mendakwa beliau lewat melapor diri di bilik menunggu sebelum pertandingan berlangsung.",
"Protes serupa juga dilakukan terhadap atlet dari Australia Todd Hodgets dan Jordi Patricio Congo Villalba dari Ecuador yang turut diklasifikasikan DNS.",
"Kontroversi melanda hari ketujuh temasya berprestij itu menyaksikan atlet Ukraine, Maksym Koval diumum sebagai pemenang emas dengan lontaran 17.34m sekali gus memecah rekod dunia milik Muhammad Ziyad.",
"Kontinjen Malaysia bersama Australia dan Ecuador yang tidak berpuas hati dengan keputusan berkenaan telah melancarkan protes sejurus keputusan akhir dikeluarkan kepada pihak jawatankuasa teknikal pertandingan.",
"Ketua kontinjennya, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin juga memberitahu akan membuat rayuan kepada Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa dan World Para Athletics (WPA) berhubung keputusan itu.",
"Namun, WPA dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan telah menolak rayuan Malaysia dan juga Australia serta Ecuador berhubung keputusan acara itu.",
"Keputusan itu berdasarkan Peraturan 5.5 Atlet Para Dunia – ‘Kegagalan Melapor Diri Di Bilik Menunggu’ yang menyatakan bahawa sekiranya atlet tidak hadir di bilik berkenaan pada waktu dinyatakan dalam jadual Bilik Menunggu, keputusan mereka akan dinyatakan sebagai DNS.",
"Terdahulu, Muhammad Ziyad mencuri tumpuan selepas ‘memecah’ rekod dunia pada lontaran pertama iaitu dengan lontaran 17.29m pada Kejohanan Olahraga Para Dunia di London pada 2017, dengan catatan 17.31m pada lontaran pertamanya.",
"Beliau kemudian terus menampilkan aksi menakjubkan apabila memperbaiki rekod dunianya dalam lontaran ketiga iaitu dengan 17.94m, jauh mengatasi pencabar lain sebelum menerima khabar buruk berhubung keputusan kontroversi itu."
] |
https://www.melakahariini.my/pasangan-suami-isteri-didakwa-bunuh-dera-anak-saudara/ |
Pasangan suami isteri didakwa bunuh, dera anak saudara
| [
"IPOH, 25 Mei – Seorang pesara tentera dan isterinya dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak perempuan yang juga anak saudara mereka dua minggu lepas.",
"Zainuddin Noh dan Norhazleyana Azreen Abdul Hamid, kedua-duanya berusia 40 tahun didakwa bersama-sama menyebabkan kematian Aisha Farhana Muhammad Khirul Azral, lapan tahun, di sebuah rumah di Jalan Desa Pengkalan Bandaraya 18, Desa Pengkalan, Lahat di sini antara 10 malam 13 Mei hingga 7 pagi 14 Mei lepas.",
"Pasangan suami isteri yang juga peniaga kecil itu mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Jesseca Daimis namun tiada pengakuan direkodkan daripada mereka kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.",
"Mereka juga menghadapi dua pertuduhan mendera kanak-kanak lelaki yang juga adik si mati dan mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Norashima Khalid.",
"Kedua-duanya didakwa bersama-sama sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap mangsa berusia tujuh tahun telah melakukan penganiayaan terhadap kanak-kanak itu dengan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal di tempat sama pada 1.30 petang dan 10.30 malam, 13 Mei lepas.",
"Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.",
"Nurul Hafizah tidak menawarkan jaminan kerana kedua-dua tertuduh telah didakwa atas pertuduhan membunuh dan mahkamah menetapkan 30 Jun untuk sebutan semula semua kes itu.",
"Pada 15 Mei lepas, polis menahan pasangan suami isteri itu susulan laporan kematian kanak-kanak perempuan berkenaan daripada pegawai perubatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini pada 3.14 pagi."
] |
https://www.melakahariini.my/konflik-perdagangan-as-china-tidak-beri-impak-besar-terhadap-prestasi-perdagangan-malaysia/ |
Konflik perdagangan AS-China tidak beri impak besar terhadap prestasi perdagangan Malaysia
| [
"KUALA LUMPUR 11 Ogos – Konflik perdagangan antara Amerika Syarikat (AS)-China yang bermula sejak awal 2018 tidak memberikan impak yang besar terhadap prestasi perdagangan Malaysia dengan kedua-dua negara tersebut.",
"Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkata jumlah perdagangan Malaysia dengan AS untuk tempoh Januari hingga Jun 2020 ialah sebanyak RM80.41 bilion, meningkat sebanyak 3.1 peratus berbanding tempoh yang sama 2019 manakala nilai eksport Malaysia ke AS meningkat pada kadar 2.4 peratus kepada RM46.15 bilion dan import pula bernilai RM34.26 bilion, meningkat 4.1 peratus.",
"Hampir 80 peratus daripada eksport Malaysia ke AS disumbang oleh produk elektrik dan elektronik, produk keluaran getah, peralatan optikal dan saintifik, produk keluaran kayu serta produk perkilangan yang lain, manakala produk yang menyumbang kepada 76 peratus daripada jumlah import dari AS adalah produk elektrik dan elektronik, produk kimia dan bahan kimia, mesin dan peralatan, peralatan optikal dan saintifik serta produk perkilangan logam.",
"Sementara itu, jumlah perdagangan Malaysia dengan China bagi tempoh Januari hingga Jun 2020 turut mencatat peningkatan sebanyak 0.3 peratus kepada RM149.16 bilion berbanding tempoh sama pada 2019.",
"Eksport Malaysia ke China pada tempoh yang sama bernilai RM69.43 bilion meningkat pada kadar 8.3 peratus disokong oleh eksport utama iaitu elektrik dan elektronik, kimia dan produk kimia, produk petroleum, pembuatan logam serta barangan perkilangan yang lain, manakala import menurun 5.8 peratus kepada RM79.73 bilion, di mana import utama merangkumi produk elektrik dan elektronik, mesin, peralatan dan bahagian, kimia dan produk kimia, produk petroleum serta pembuatan logam.",
"“Namun begitu, prestasi perdagangan Malaysia menunjukkan sedikit kemorosotan bagi tempoh Januari hingga Jun 2020 berikutan penularan pandemik COVID-19 yang bermula pada awal tahun dengan jumlah perdagangan berkurangan sebanyak tujuh peratus kepada RM833.36 bilion berbanding tempoh yang sama pada 2019.",
"“Eksport menyusut 6.8 peratus kepada RM448.99 bilion dan import berkurang 7.2 peratus kepada RM384.38 bilion. Lebihan dagangan pula bernilai RM64.61 bilion iaitu menurun 4.1 peratus berbanding tempoh yang sama tahun 2019,” kata kementerian itu dalam jawapan bertulis pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.",
"Ia bagi menjawab soalan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (BN-Bagan Datuk) yang ingin tahu mengenai kesan perang perdagangan antara AS dan China selain pandemik COVID-19 terhadap import dan eksport Malaysia bagi 2020.",
"Bagaimanapun, MITI menjelaskan terdapat peluang perniagaan bagi sektor tertentu, contohnya sektor keluaran getah iaitu eksport sarung tangan getah yang melonjak sebanyak 40.3 peratus bagi tempoh tersebut disokong permintaan tinggi dalam pasaran global berikutan pandemik tersebut.",
"Menyedari perang perdagangan AS-China dan penularan COVID-19 yang masih berterusan, MITI menerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) telah mengambil langkah-langkah proaktif bagi menangani impak perdagangan ke atas Malaysia.",
"Antaranya, dengan memberi fokus kepada penggunaan teknologi digital dalam usaha membantu syarikat mengurangkan kos promosi eksport bagi memastikan syarikat pengeksport Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa meskipun dalam situasi mencabar ini.",
"Memanfaatkan penggunaan platform digital untuk mengatur pemadanan perniagaan (eBizMatch) antara pembeli berpotensi dengan syarikat pembekal Malaysia, kementerian itu berkata, dari 1 Januari hingga 31 Julai 2020, sebanyak 576 padanan perniagaan telah diadakan iaitu 395 pembeli asing telah dipadankan dengan 538 syarikat Malaysia yang menghasilkan potensi jualan sejumlah RM461.35 juta.",
"Selain itu, menerusi satu tinjauan yang dilakukan, MATRADE telah memperluaskan skop Geran Pembangunan Pemasaran (MDG) meliputi aktiviti promosi perdagangan secara maya sejajar dengan Pakej PENJANA yang diumumkan.",
"MDG turut menampung 30 peratus kos logistik termasuk pengangkutan dan pergudangan bagi penghantaran produk ke luar negara, seiring dengan hasrat kerajaan untuk meringankan beban kewangan yang dialami syarikat pengeksport Malaysia dalam menghadapi COVID-19.",
"“Bagi tempoh 1 Januari sehingga 31 Julai 2020, sebanyak 1,427 permohonan daripada 962 syarikat telah diproses dengan geran sebanyak RM14.56 juta telah disalurkan,” kata kementerian itu.",
"Menurut MITI, MATRADE juga akan mengadakan beberapa sesi Virtual Trade Clinic (VTC) iaitu satu platform khidmat nasihat perdagangan bagi membantu syarikat mematuhi keperluan dan mengatasi cabaran eksport dalam usaha memulihkan operasi dan perancangan eksport syarikat Malaysia.",
"Sebagai permulaan, MATRADE dengan kerjasama Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) melalui Electrical and Electronics Productivity Nexus (EEPN) dan Machinery and Equipment Productivity Nexus (MEPN) menganjurkan VTC bagi syarikat elektrikal dan elektronik."
] |
https://www.melakahariini.my/langgar-sop-pkpb-di-kedai-karpet-neelofa-suami-mengaku-tidak-bersalah/ |
Langgar SOP PKPB di Kedai Karpet: Neelofa, suami mengaku tidak bersalah
| [
"SEREMBAN 20 Mei. – Usahawan dan selebriti Noor Neelofa Mohd Noor dan suami, Muhammad Haris Mohd Ismail mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sebuah kedai karpet, di Nilai, awal bulan ini.",
"Noor Neelofa atau lebih dikenali sebagai Neelofa, 32, dan Muhammad Haris atau dikenali sebagai PU Riz, 26, yang tiba di mahkamah pada 8.50 pagi, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Mahyun Yusoff.",
"Muhammad Haris didakwa atas dua kesalahan gagal mematuhi SOP PKPB dengan tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk daftar masuk atau menulis secara manual dan tidak memakai pelitup muka di Kedai Naeem Carpet Sdn Bhd, Kawasan Perindustrian Nilai 3, Nilai, pada 4 petang 2 Mei lalu.",
"Neelofa pula dituduh tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk daftar masuk di premis itu atau menulis secara manual pada masa dan tarikh sama.",
"Mahkamah membenarkan Muhammad Haris diikat jamin RM10,000 untuk kedua-dua kesalahan manakala Neelofa diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 4 Jun untuk sebutan semula kes.",
"Pasangan itu didakwa mengikut Peraturan 19, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No.4) (Pindaan) (No.12) 2021.",
"Sementara itu, Haresh berkata pihaknya membantah terhadap jaminan yang ditawarkan pendakwaan atas alasan anak guamnya hanya berdepan dengan kes saman bukan kes jenayah.",
"“Tiada peruntukan untuk jaminan kerana ia adalah kes saman tetapi mahkamah membenarkan ikat jamin iaitu RM10,000 bagi Haris dan RM5,000 terhadap Neelofa,” katanya kepada pemberita selepas prosiding itu."
] |
https://www.melakahariini.my/puteri-umno-jasin-zahir-penghargaan-kepada-pm-pastikan-kemenangan-prn-melaka/ |
Puteri UMNO Jasin zahir penghargaan kepada PM pastikan kemenangan PRN Melaka
| [
"KUALA LUMPUR, 17 Mac — Ketua Puteri UMNO Jasin Datuk Khaidhirah Abu Zahar, hari ini menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Ismail Sabri Yaakob dan seluruh jentera parti yang bekerja keras memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November lepas.",
"Khaidhirah mengakui tanpa bantuan itu, beliau tidak akan menang dengan mudah di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim yang ditandinginya sekali gus menewaskan dua lagi calon lain di kawasan tersebut.",
"“Bukan mudah jadi calon pilihan raya, nak jadi calon, persediaan jentera kena betul…bukan setakat jentera dari Puteri (UMNO) tetapi jentera (parti) seluruh negara.",
"“Kami Melaka bangga sebab (jentera parti) satu Malaysia tolong, Johor juga (menang PRN) satu Malaysia tolong…nasib ada PM (perdana menteri) dan kawan-kawan dari Presiden sampai Timbalan Presiden (UMNO) semua tolong,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri UMNO 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, di sini.",
"Pada PRN Melaka 20 Nov lepas, Barisan Nasional (BN) memenangi 21 daripada 28 kerusi DUN sekali gus meraih majoriti dua pertiga untuk membentuk kerajaan Melaka yang baharu.",
"Dalam pada itu, Khaidhirah berkata beliau turut terharu apabila kepimpinan UMNO dan BN memberi kepercayaan kepadanya menggalas tanggungjawab sebagai Timbalan Speaker DUN Melaka ke-15.",
"“Saya merupakan wanita pertama di Melaka dilantik sebagai (Timbalan) Speaker dan saya harap saya bukan yang pertama dan terakhir dilantik ke jawatan itu.",
"“Saya juga mahu lebih ramai Puteri UMNO bertanding calon ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO selepas ini,” katanya yang juga merupakan MT UMNO.",
"Sementara itu Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir turut berterima kasih dengan kepimpinan Perdana Menteri yang bertungkus lumus membantu jentera parti dalam memenangi PRN Johor baru-baru ini."
] |
https://www.melakahariini.my/tiada-paksaan-ambil-dos-penggalak-kedua-khairy/ |
Tiada paksaan ambil dos penggalak kedua – Khairy
| [
"KUALA LUMPUR, 18 April – Tiada paksaan bagi warga emas yang berisiko tinggi untuk mengambil suntikan dos penggalak kedua, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.",
"Khairy menerusi video berdurasi 2.20 minit di Twitter beliau hari ini berkata individu terlibat diberikan pilihan sama ada untuk mengambilnya atau tidak bagi menambah perlindungan terhadap gejala serius COVID-19.",
"“Ini pilihan, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesyorkan sahaja. Jangan kata saya paksa… Saya cuma nak pastikan warga emas kita dapat perlindungan yang terbaik, terutama bila anda semua balik kampung ramai-ramai nanti,” katanya.",
"Khairy berkata KKM juga telah mula menggunakan ubat antiviral Paxlovid sebagai terapeutik untuk merawat pesakit COVID-19 yang berisiko tinggi bagi melindungi pesakit berkenaan daripada gejala serius.",
"Beliau berkata antiviral berkenaan bertujuan merawat pesakit dan bukan sebagai pengganti vaksin serta memaklumkan KKM akan membeli lebih banyak ubat rawatan itu.",
"Menteri Kesihatan itu berkata pengujian yang diselia secara maya bagi RTK-Ag profesional COVID-19 kini dibenarkan untuk memudahkan orang ramai melakukan ujian berkenaan.",
"“Kalau perlukan ujian profesional RTK bolehlah buat melalui ‘live video’ sahaja, dan anda boleh dapat keputusan ujian melalui e-mel, contohnya. Pengamal perubatan boleh menawarkan perkhidmatan ini kepada orang ramai,” katanya.",
"Selain itu, beliau berkata penerima vaksin primer Sinovac dan Sinopharm serta akan mengembara ke negara yang tidak mengiktiraf vaksin tersebut boleh mendapatkan vaksin lain bagi dos penggalak kedua melalui permohonan di aplikasi MySejahtera atau datang terus (walk-in) ke pusat pemberian vaksin (PPV).",
"“Sila semak dengan doktor anda untuk maklumat mengenai dos penggalak, ini penting sebab terdapat sedikit peningkatan kes dalam kalangan remaja, jadi untuk kumpulan ini, bolehlah ambil dos penggalak untuk kekal selamat,” katanya."
] |
https://www.melakahariini.my/732-kotak-arak-dengan-pelekat-kastam-disyaki-palsu-dirampas/ |
732 kotak arak dengan pelekat Kastam disyaki palsu dirampas
| [
"AYER KEROH 20 Mei – Sebanyak 732 kotak minuman keras pelbagai jenama disyaki menggunakan pelekat Kastam palsu bernilai RM17,874 dirampas polis dalam satu serbuan di sebuah rumah kedai di Malim, semalam.",
"Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Lim Meng Seah berkata dalam serbuan tersebut dua lelaki warga tempatan berusia 24 dan 46 tahun turut ditahan.",
"“Ketika serbuan, dua lelaki tempatan bekerja sebagai penjaga stor sedang memunggah minuman keras berkenaan kedalam dalam lori. Minuman keras berkenaan adalah dipercayai untuk pasaran runcit tempatan.",
"“Hasil siasatan awal kami percaya rumah kedai berkenaan dijadikan stor penyimpanan minuman keras sejak setahun lalu,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.",
"Beliau berkata, kedua-dua suspek ditahan reman sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 135 (1) (g) Akta Kastam 1967 yang jika disabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih lima tahun dan denda tidak lebih RM50,000 atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama."
] |
https://www.melakahariini.my/pembaca-berita-sanggup-merantau-tinggalkan-kerjaya-glamor-untuk-sertai-bomba/ |
Pembaca berita sanggup merantau, tinggalkan kerjaya glamor untuk sertai bomba
| [
"PUTRAJAYA 19 Mei. – Dek kerana minatnya yang mendalam dalam bidang kebombaan, Frediana Kamilis sanggup meninggalkan kerjaya ‘glamor’ sebagai pembaca berita serta keluarga tersayang di Negeri di Bawah Bayu untuk merantau bagi membina kerjaya bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).",
"Kini bergelar Penguasa Bomba, bekas pembaca berita Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sabah itu menyertai pasukan bomba pada Julai 2017 selepas menjalani latihan intensif selama 11 bulan di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia di Kuala Kubu Bahru, Selangor dan kini ditempatkan di Bahagian Latihan, Ibu Pejabat JPBM Putrajaya.",
"Frediana, 33, berkata walaupun realiti kerjaya bomba didominasi kaum Adam, namun itu bukan penghalang untuk beliau mencurah khidmat bakti kepada negara dan menggalas tugas berat sebagai anggota bomba.",
"“Kalau ada kes kebakaran, kami juga mampu mengangkat peralatan memadam kebakaran serta memandu jentera,” kata pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan dari Universiti Malaysia Sabah itu.",
"Penguasa Kanan Bomba II Siti Farizun Naim, 33, pula berkata beliau sememangnya meminati kerjaya pasukan beruniform dan menyimpan cita-cita menyertai bomba sejak di bangku sekolah.",
"“Alhamdulillah, saya dipanggil untuk menjalani ujian fizikal termasuk beberapa fasa temu duga sebelum lulus dan diterima masuk menjalani ujian kelayakan sebelum secara rasmi menjadi anggota bomba,” kata anak kelahiran Teluk Intan, Perak itu.",
"Mengakui pada peringkat awal berkhidmat beliau tidak mengetahui secara mendalam mengenai tugas anggota bomba, selepas lapan tahun dalam JBPM, Siti Farizun mula menyedari cabaran besar dan pengorbanan pasukan itu yang sanggup menggadaikan nyawa ketika berdepan sebarang kes kecemasan bagi menyelamatkan mangsa.",
"Siti Farizun, atau lebih mesra dengan panggilan Yun, berkata pengalaman yang tidak dapat dilupakannya ialah ketika bertugas di Pangkalan Udara JBPM Subang pada 2013 hingga 2017.",
"“Perasaan takut memang tidak dinafikan tetapi berkat keyakinan serta doa ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan membantu saya mengatasi segala perasaan takut,” katanya.",
"Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Datuk Nor Hisham Mohammad pula berkata, peratusan anggota bomba wanita kini ialah 4.96 peratus daripada jumlah keseluruhan anggota iaitu 15,658.",
"“Sebagai contoh, di Amerika Syarikat mereka ada 4.0 peratus, Belanda 3.3 peratus dan Jerman 2.3 peratus. Kita boleh katakan peratusan anggota wanita dalam JBPM adalah tinggi,” katanya.",
"Ditanya mengenai syarat lantikan bagi golongan wanita, Nor Hisham berkata mereka mestilah memenuhi ukuran fizikal iaitu memiliki ketinggian sekurang-kurangnya 1.53 meter dengan berat badan sekurang-kurangnya 46 kilogram (kg).",
"Menyentuh ujian kelayakan pula, beliau berkata antara yang perlu dilalui rekrut wanita ialah ujian mengangkat beban seberat 46 kg, ‘shuttle run,’ menjulang dan menegakkan tangga serta memanjat tali setinggi 4.75 meter.",
"“Kekuatan bahu dan tulang belakang juga diambil kira sebab tugas bomba khususnya apabila ada kes kebakaran, mereka perlu angkat peralatan berat,” katanya."
] |
https://www.melakahariini.my/futsal-cermin-keharmonian-kaum/ |
DUN Taboh Naning: Futsal, cermin keharmonian kaum
| [
"TABOH NANING 1 Ogos – Pembabitan belia masyarakat Orang Asli dan India antara yang menarik perhatian pada penganjuran Pertandingan Futsal Tertutup Piala YB Zulkiflee Mohd Zin di Kompleks Japerun Taboh Naning, di sini, semalam.",
"Pertandingan membabitkan 16 pasukan sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Taboh Naning itu bukan sekadar menunjukkan semangat kesukanan tinggi dalam kalangan belia malah menggambarkan keharmonian antara kaum.",
"Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taboh Naning, Zulkiflee Mohd Zin berkata, dua pasukan mewakili masyarakat Orang Asli Bukit Payung dan lagi dua Pemuda MIC Taboh Naning manakala selebihnya belia daripada kampung serta taman perumahan.",
"“Peserta juga boleh saling mengenali antara mereka dan bagi saya ini adalah cara terbaik untuk rapatkan hubungan dalam kalangan belia, iaitu menerusi sukan,” katanya ketika ditemui pada pertadingan itu."
] |
https://www.melakahariini.my/itu-hak-prerogatif-ketua-menteri/ |
‘Itu hak prerogatif Ketua Menteri’
| [
"TANJUNG BIDARA 1 April – “Kita serahkan semuanya kepada hak prerogatif Ketua Menteri, apa yang dilantik kita akan akur,” itu kata Dr. Muhamad Akmal Saleh berhubung barisan Exco Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.",
"Terdahulu Ab Rauf mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Ke-13 semalam, memaklumkan akan membuat pemilihan Exco baharu Kerajaan Negeri dalam tempoh 48 jam.",
"Dr. Muhamad Akmal berkata, sebagai Ketua Menteri Ab Rauf mempunyai hak prerogatif untuk membariskan dan mengangkat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) sebagai barisan Exco dibawah pentadbiran beliau."
] |
https://www.melakahariini.my/tarikh-pendaftaran-baharu-kemas-kini-bkm-bermula-hari-ini-hingga-31-jan/ |
Tarikh pendaftaran baharu, kemas kini BKM bermula hari ini hingga 31 Jan
| [
"KUALA LUMPUR, 1 Jan – Tarikh pendaftaran baharu dan kemas kini Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dibuka mulai hari ini hingga 31 Jan, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.",
"Beliau berkata ia bertujuan memastikan mereka yang layak atau masih tiada dalam pangkalan data kerajaan dapat mengemukakan permohonan masing-masing dan penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat juga berpeluang membuat pengemaskinian.",
"“BKM pada 2022 akan memanfaatkan lebih 9.6 juta penerima dengan peruntukan RM8.2 bilion iaitu peningkatan berbanding 8.6 juta penerima dengan peruntukan RM7 bilion di bawah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) tahun lepas,” katanya dalam kenyataan hari ini.",
"Beliau berkata data penerima BPR 2021, penerima Bantuan Khas COVID (BKC) B40 2021 dan pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima Geran Khas Prihatin akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk disemak silang kelayakan mengikut syarat yang ditetapkan.",
"Selain itu, data agensi kerajaan lain merangkumi data e-Kasih, bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), penghuni Perumahan Awam atau Projek Perumahan Rakyat di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan turut dibawa ke dalam sistem BKM.",
"Turut akan disemak, kelayakan data Orang Asli Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), gelandangan berdaftar dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan DBKL, ibu tunggal berdaftar dengan KPWKM, penerima Skim Insurans Pekerjaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan penerima zakat atau Baitulmal di Lembah Klang."
] |
https://www.melakahariini.my/kwsp-dijangka-umum-dividen-5-2-6-0-peratus-ahli-ekonomi/ |
KWSP dijangka umum dividen 5.2-6.0 peratus – ahli ekonomi
| [
"Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata jumlah pendapatan pelaburan kasar KWSP bagi tempoh sembilan bulan pertama 2021, meningkat sebanyak 7.7 peratus tahun ke tahun kepada RM48.02 bilion berbanding tempoh sama pada 2020.",
"“Atas alasan itu, ada kemungkinan kadar dividen akan datang ini jauh lebih baik berbanding 2020. Saya berpendapat, angka tersebut mungkin sekurang-kurangnya menyamai paras 2020 atau jauh lebih tinggi,” katanya kepada Bernama.",
"Pada 2020, dana persaraan itu mengumumkan kadar dividen sebanyak 5.2 peratus yang membabitkan agihan sebanyak RM42.88 bilion bagi Simpanan Konvensional dan 4.9 peratus bagi Simpanan Syariah yang berjumlah RM4.76 bilion.",
"Malah, KWSP juga dilihat mempelbagaikan portfolionya ke pasaran luar negara dengan pendapatan daripada ekuiti asing pula memberi sumbangan besar kepada jumlah pendapatan yang diperolehnya.",
"“Oleh itu, strategi pempelbagaian portfolio KWSP terbukti membuahkan hasil dan ini boleh disalurkan dalam bentuk pemberian kadar dividen lebih mampan di masa depan,” katanya.",
"Mengulas pengeluaran khas di bawah skim i-Sinar, i-Lestari dan i-Citra dana persaraan itu, beliau berkata pengeluaran tersebut berkemungkinan besar tidak memberi impak ketara terhadap prestasi dividen tersebut.",
"Mohd Afzanizam juga percaya pada masa sama, ekonomi negara berjaya mencatat pertumbuhan pada kadar positif pada 2021 dan kadar pengangguran semakin susut kepada 4.2 peratus pada Disember 2021 daripada paras tinggi sehingga 5.3 peratus dalam pertengahan 2020.",
"Sementara itu, Profesor Ekonomi di i-CATS University College Kuching, Datuk Shazali Abu Mansor pula menjangkakan KWSP mengumumkan kadar dividen dalam lingkungan 5.5 peratus hingga 6.0 peratus bagi tahun lepas susulan prestasi pelaburan kasar yang lebih baik.",
"“Dividen sepatutnya meningkat seiring dengan (prestasi) pendapatan. Oleh itu, bagi 2021, kadar berkenaan seharusnya melebihi 5.2 peratus. Jika kurang daripada itu, ianya dilihat sebagai tidak seimbang,” katanya.",
"Ketua Ahli Ekonomi dan Penyelidik Ambank Group Anthony Dass berkata biarpun terdapat beberapa cabaran di peringkat domestik, prestasi keseluruhan pasaran modal tempatan adalah menggalakkan dan ini mungkin membawa kepada pembayaran dividen sekitar 5.45 peratus hingga 6.0 peratus.",
"“Dalam keadaan ekonomi yang mulai pulih, semakin ramai yang mendapat pekerjaan dan turut mewujudkan peluang pekerjaan daripada perniagaan baharu. Ini sekali gus dapat membantu dari segi penambahan semula simpanan KWSP.",
"“Bagaimanapun, untuk membolehkan paras simpanan itu mencecah sepertimana paras 2019, ia akan turut bergantung kepada jumlah caruman masa depan yang dimasukkan ke dalam KWSP.",
"“Selain itu, pada masa sama, aspek liputan dan jaminan perlindungan sosial terutama melibatkan kalangan yang bekerja sendiri dan mereka dalam sektor tidak formal juga perlu dipertingkat,” katanya.",
"Dalam pada itu, menyentuh prospek bagi 2022, Mohd Afzanizam berkata sebarang senario yang menyaksikan kenaikan kadar faedah akan membantu dari segi peningkatan pendapatan tetap KWSP dan instrumen pasaran wang."
] |
https://www.melakahariini.my/usaha-bantu-mangsa-banjir-di-taman-sri-muda-tanpa-henti-pm-ismail-sabri/ |
Usaha bantu mangsa banjir di Taman Sri Muda tanpa henti – PM Ismail Sabri
| [
"KUALA LUMPUR, 20 Dis – Usaha memindahkan penduduk yang masih terperangkap dalam bencana banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam, dilipatgandakan dengan penggunaan 41 bot, 16 lori dan aset lain hari ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.",
"Ismail Sabri dalam catatan di akaun Facebook beliau hari ini, berkata pemindahan lebih 500 mangsa banjir sudah bermula sejak Jumaat lepas, melibatkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dari balai JBPM Shah Alam, Subang Jaya dan Puchong.",
"“Saya memahami kebimbangan rakyat terhadap mereka yang masih terkandas dan seperti yang saya tegaskan, usaha menyelamat sedang giat dilipatgandakan. Kerja menyelamat dilaksanakan tanpa henti,” katanya.",
"Perdana Menteri berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut menyediakan makanan bermasak untuk dihantar ke rumah mangsa dan pusat pemindahan sementara (PPS).",
"Perdana Menteri turut berterima kasih kepada sukarelawan, badan bukan kerajaan dan ahli Keluarga Malaysia termasuk wakil rakyat yang menghulurkan bantuan kepada mangsa bencana. – BERNAMA"
] |
https://www.melakahariini.my/sprm-ambil-keterangan-bekas-eksekutif-kanan-stesen-televisyen-bersatelit-sekali-lagi/ |
SPRM ambil keterangan bekas eksekutif kanan stesen televisyen bersatelit sekali lagi
| [
"PUTRAJAYA, 28 Feb – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekali lagi mengambil keterangan bekas eksekutif kanan sebuah syarikat televisyen bersatelit susulan pendedahan berhubung pemberian sebuah rumah di London bernilai AS$10 juta dalam perbicaraan kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB) di Amerika Syarikat.",
"Menurut sumber, wanita itu hadir ke Ibu Pejabat SPRM di sini pada kira-kira 9 pagi dan proses mengambil keterangan beliau berlangsung selama tiga jam.",
"“SPRM ambil keterangan beliau sekali lagi hari ini bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung beberapa perkara. Terdapat beberapa dokumen yang SPRM ambil daripada beliau bagi membantu siasatan,” katanya.",
"Wanita itu telah memberi keterangan kepada SPRM Khamis lepas yang berlangsung selama sembilan jam bagi membantu siasatan berkaitan isu tersebut yang disebut dalam perbicaraan kes 1MDB di Amerika Syarikat.",
"Isu berkaitan rumah di London dan nama bekas eksekutif kanan itu disebut oleh bekas pegawai bank Goldman Sachs Group Inc Tim Leissner yang mendakwa mereka mempunyai hubungan sejak 2003 hingga 2013 dan berakhir apabila Leissner berkahwin dengan selebriti Kimora Lee."
] |
https://www.melakahariini.my/91317-pegawai-dan-anggota-pdrm-selesai-suntikan-vaksin-covid-19/ |
91,317 pegawai dan anggota PDRM selesai suntikan vaksin COVID-19
| [
"KUALA LUMPUR 8 Jun – Sebanyak 91,317 atau 79.76 peratus anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melengkapkan kedua-dua dos suntikan vaksin COVID-19 setakat Ahad lalu.",
"Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman Datuk Ramli Din berkata baki 23,179 terdiri daripada pegawai dan anggota kini dalam proses menyelesaikan vaksinasi mereka.",
"“Seramai 10,670 pegawai kanan telah menerima kedua-dua dos vaksin, 859 telah mendapat dos pertama dan sedang menunggu dos kedua, manakala 1,566 belum menerima vaksin.",
"“Sementara itu 80,647 anggota telah menerima dos pertama; 6,106 mendapat dos pertama dan masih menunggu dos kedua manakala 14,648 masih lagi belum menerima vaksin,” katanya dalam kenyataan hari ini."
] |
https://www.melakahariini.my/tajuk-tajuk-utama-akhbar-jumaat-8-julai-2022/ |
Tajuk-tajuk Utama Akhbar – Jumaat, 8 Julai 2022
| [
"Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dakwa syarikat yang meneroka, membangunkan puncak\nGunung Inas, Baling untuk penanaman pokok durian Musang King mungkin tiada Laporan Penilaian Kesan Alam\nSekeliling (EIA) dan beliau juga tidak tahu bagaimana projek itu mendapat kelulusan.",
"Bank Negara Malaysia’s decision to raise the key interest rate will result in consumers, especially housebuyers, having to pay more for their debts, on top of dealing with the rising cost of living. But banks will enjoy a higher revenue with this move, which aimed at reining in inflation.",
"With interstate travel having already started for the long weekend, health authorities are cautioning people to be vigilant for a potential spike in Covid-19 numbers. As flu and sore throat medicines are running low, health experts are advising people to get tested as soon as symptoms develop."
] |
https://www.melakahariini.my/hari-malaysia-pinjam-baju-ayah-demi-tema-60-an/ |
Hari Malaysia: Pinjam baju ayah demi tema 60-an
| [
"BANDA HILIR 16 September – Demi menyahut seruan berpakaian busana era 60-an, seorang pengunjung sanggup meminjam baju untuk dipakai ke sambutan Hari Malaysia 2022 di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, di sini, hari ini.",
"Muhammad Nur Aiman Mohammad Hisharuddin, 20 berkata, sebagai seorang generasi milenia, dia semenangnya tidak mengetahui bentuk pemakaian generasi terdahulu, namun hasil tujuk ajar bapanya yang turut meminjamkan pakaian lamanya, kehadiran dia bersama rakan-rakan mencuri perhatian pengunjung yang hadir.",
"“Saya cuba bawa tema klasik 60-an untuk sambutan ini. Sejujurnya saya kurang pasti bentuk pakaian era 60-an, tetapi saya ada buat sedikit kajian di media sosial dan memilih tema baju kemeja seperti ini.",
"“Mujurlah saya jumpa baju yang diinginkan di dalam almari ayah saya dan ayah sudi meminjamkan bajunya untuk dipakai menyaksikan sambutan yang pertama kali diadakan di Semenanjung Malaysia ini,” katanya.",
"Sementara itu, dua sahabat baik, Nurul Syafiqa Izzati Ismail dan Farhana Mukhydin, 20 sanggup memandu dari Tangkak, Johor ke Banda Hilir, Melaka demi tidak melepaskan peluang menyaksikan secara langsung sambutan Hari Malaysia tahun ini.",
"Dengan berpakaian bertemakan ‘baju opah’, mereka hanya mengeluarkan modal tidak sampai RM20 untuk mengikut tema yang ditetapkan bagi sambutan kali ini.",
"“Dari Tangkak kami bergerak dari jam 3 petang dan sampai ke tapak sambutan kira-kira jam 5 petang tadi. Kami menaiki satu kereta bersama rakan-rakan sekolah kerana ingin merasai kemeriahan sambutan kali ini.",
"Turut menambah rencah pengunjung berpakaian tema 60-an, ialah adik beradik Nor Maldiana Mazlan, 20 dan Muhammad Sabiq Mazlan, 13 yang datang bersama rakan dari Pahang Siti Hajar Ibrahim 22."
] |
https://www.melakahariini.my/mu-lupakan-zainal-risik-jurulatih-k-pop/ |
MU lupakan Zainal, risik jurulatih ‘K-pop’
| [
"AYER KEROH 26 Nov. – Nasib Zainal Abidin Hassan bersama Melaka United sudah hampir pasti menemui titik noktah apabila pihak pengurusan Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) dikhabarkan sudah memutuskan ikatan dengan bekas pemain legenda negara itu.",
"Menurut sumber dalaman MUSA, melalui mesyuarat jawatankuasa khas yang diadakan pada Selasa lalu, difahamkan sudah ada kata sepakat untuk menandatangani ketua jurulatih baharu dalam masa terdekat.",
"Sumber itu turut menyebut antara nama yang kini berada pada senarai teratas ialah seorang jurulatih dari Korea Selatan yang tidak didedahkan namanya.",
"“Buat masa ini pihak MUSA akan berunding lebih lanjut mengenai soal kontrak dan gaji yang akan ditawarkan kepada jurulatih Korea itu.",
"Difahamkan jurulatih tersebut ialah Lee Eul-yong yang juga merupakan bekas pemain kebangsaan Korea Selatan, selain pernah menjadi pengurus sementara FC Seoul pada 2018.",
"Mengulas mengenai pemilihan jurulatih ‘K-pop’ itu, kelab penyokong Demi Melaka United (DMU) memilih untuk menyerahkan segala keputusan kepada pihak pengurusan untuk menentukan hala tuju pasukan musim depan.",
"“Namun, pada masa sama kita khuatir jika keputusan itu boleh menimbulkan segala macam masalah terutama membabitkan perbelanjaan dan kewangan seperti yang berlaku sebelum ini,” katanya ketika dihubungi MHI.",
"Mohamad Odiyas berkata, antara nama jurulatih tempatan yang dilihat sesuai menyandang tugas itu ialah bekas pengendali Melaka United di pertengahan musim 2018 E. Elavarasan.",
"“Lagi pun, dengan kewangan yang terhad, pemilihan jurulatih tempatan dilihat lebih relevan, selain kebanyakan mereka tidak memerlukan masa yang lama untuk menyesuaikan diri dalam saingan Liga Malaysia,” katanya lagi."
] |
https://www.melakahariini.my/mpn-syor-kerajaan-buka-sempadan-seawal-1-mac/ |
MPN syor kerajaan buka sempadan seawal 1 Mac
| [
"PUTRAJAYA, 8 Feb – Majlis Pemulihan Negara (MPN) hari ini mengesyorkan kerajaan membuka sepenuhnya sempadan negara seawal 1 Mac ini tanpa keperluan kuarantin wajib, kata Pengerusi MPN Tan Sri Muhyiddin Yassin.",
"Beliau berkata syor itu antara yang dikemukakan dalam mesyuarat MPN di sini hari ini adalah langkah penting bagi menyokong pemulihan negara khususnya dalam sektor ekonomi dan pelancongan, serta mampu menarik pelabur asing ke negara ini.",
"“Namun pembukaan sempadan negara perlu dilaksanakan secara terancang berdasarkan penilaian risiko semasa penularan COVID-19 dalam negara,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MPN hari ini.",
"Muhyiddin berkata ujian saringan COVID-19 perlu dilakukan sebelum berlepas dan sejurus tiba di pintu sempadan berpandukan syor daripada Kementerian Kesihatan (KKM), dan KKM akan mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) berhubung perkara itu dalam masa terdekat.",
"“Dalam taklimat tadi, Menteri Kesihatan (Khairy Jamaluddin) memaklumkan varian Omicron sudah berada di seluruh dunia, jadi kita tidak boleh pilih-pilih negara,” katanya.",
"Beliau berkata syor berkenaan juga boleh dilaksanakan memandangkan sistem pengurusan kesihatan awam negara mampu mengawal penularan varian Omicron berdasarkan pengalaman lepas selain mempunyai fasiliti kesihatan yang mencukupi.",
"Muhyiddin berkata MPN mengesyorkan kerajaan melaksanakan pelarasan bagi semua jenis bantuan kewangan dalam bentuk geran dan pinjaman untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang disediakan agensi pembiaya kerajaan dan sistem perbankan negara, supaya lebih sistematik.",
"“Ia bagi meningkatkan penggunaan sumber lebih optimum, bersasar dan berlandaskan keperluan supaya tidak berlaku pertindihan, malah lebih ramai pengusaha yang terjejas dapat menerima bantuan,” katanya.",
"Muhyiddin berkata MPN turut ambil maklum industri pembinaan negara pada masa ini menghadapi isu kenaikan harga bahan binaan, kekurangan pekerja asing dan turut terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta ambil maklum bahawa industri itu penting bagi merangsang pertumbuhan ekonomi negara.",
"Sehubungan itu, katanya MPN menyokong cadangan Lembaga Pembangunan Industri Binaan (CIDB) mengenai penyelesaian segera dan jangka masa panjang berkaitan industri pembinaan.",
"Ditanya mengenai SOP Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, bekas perdana menteri itu berpandangan ia perlu dilonggarkan bagi memastikan sistem demokrasi lebih telus.",
"“Mereka yang terlibat dalam PRN mendapat peluang untuk berkempen tetapi dengan batas-batas tertentu,” kata Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional dan Presiden Bersatu.",
"Khairy juga berkata syor bagi SOP PRN Johor telah dimuktamadkan dan dikemukakan kepada Majlis Keselamatan Negara dan Suruhanjaya Pilihan Raya sebelum diumumkan tidak lama lagi.",
"Muhyiddin turut mengumumkan pelantikan Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MPN berkuat kuasa 1 Feb lepas, yang akan bertanggungjawab mengetuai pasukan dalam penggubalan hala tuju serta strategi Pelan Pemulihan Negara 2.0."
] |
https://www.melakahariini.my/pelakon-ramasundran-rengan-rama-sudah-tiada/ |
Pelakon Ramasundran Rengan@ Rama sudah tiada!
| [
"Berdasarkan kenyataan di Instagram Persatuan Seniman Malaysia memaklumkan mendiang Ramasundran, 57, yang juga dikenali sebagai Rama meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) antara jam 2 hingga 2.30 pagi tadi.",
"“Hari ini Ramasundran Rengan menghembuskan nafas terakhirnya, meninggalkan kenangan manis kepada semua sahabat. Salam takziah buat isteri Kamala dan keluarga,” menurut kenyataan itu.",
"Mendiang Ramasundran adalah pelawak berbangsa India yang sangat dikenali dalam industri hiburan tempatan termasuk membintangi sitkom Spanar Jaya dengan watak Murti.",
"Difahamkan mediang yang juga Penolong Setiausaha Yayasan Artis Veteran Malaysia turut mempunyai syarikat produksi sendiri di Jalan Genting Kelang, Kuala Lumpur."
] |
https://www.melakahariini.my/adaptasi-teknologi-ir-4-0-tingkat-kualiti-air-bersih-km/ |
Adaptasi teknologi IR 4.0 tingkat kualiti air bersih – KM
| [
"Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata usaha itu sekali gus dapat mengurangkan kos operasi, seterusnya meningkatkan kualiti perkhidmatan bekalan air bersih kepada penduduk negeri ini.",
"“Pelbagai usaha turut dilakukan menerusi Pelan Perniagaan Kelimanya yang bertemakan ‘Towards Smart Water Management’, antaranya dengan pemasangan Smart Customer Meter yang menggunakan teknologi RFID.",
"“Ini dapat dilihat dari pelbagai usaha yang dijalankan oleh SAMB dalam memastikan kesinambungan bekalan air berterusan untuk penduduk Negeri Melaka,” katanya.",
"Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Loji Rawatan Air Kompak Chin Chin 3 Jasin yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Utama Ismail Sabri Yaakob di sini, hari ini.",
"Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Zaidi Johari; Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rim, Datuk Khaidhirah Abu Zahar dan lain-lain kenamaan."
] |
https://www.melakahariini.my/muhyiddin-yakin-dapat-sokongan-ahli-dewan-rakyat-untuk-jadi-pm-ke-10/ |
Muhyiddin yakin dapat sokongan Ahli Dewan Rakyat untuk jadi PM ke-10
| [
"Muhyiddin berkata dalam pertemuan dengan Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Hajiji Noor hari ini, mereka telah menyatakan sokongan dan kepercayaan Ahli Dewan Rakyat daripada kedua-dua gabungan itu terhadap beliau.",
"Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menitahkan semua ketua parti politik dan gabungan parti politik yang mendapat jumlah kerusi yang banyak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), memaklumkan kepada Istana Negara mengenai gabungan parti dan menamakan calon perdana menteri yang dipersetujui untuk membentuk kerajaan baharu sebelum 2 petang, esok.",
"Sehubungan itu, Istana Negara telah memohon kerjasama Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun untuk meminta semua ketua parti dan gabungan parti politik terlibat mengemukakan cadangan gabungan parti-parti politik yang telah dipersetujui dan calon perdana menteri mereka kepada Istana Negara.",
"PRU15 semalam menyaksikan Pakatan Harapan (PH) memperoleh 82 kerusi Parlimen, PN (73), Barisan Nasional (30), GPS (22), GRS (enam), Parti Warisan (tiga) dan masing-masing satu kerusi untuk Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) dan Parti Bangsa Malaysia (PBM) selain dua calon Bebas yang menang."
] |
https://www.melakahariini.my/apmm-harap-terima-kapal-opv-tahun-ini/ |
APMM harap terima kapal OPV tahun ini
| [
"KUALA TERENGGANU, 7 Jun – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berharap dapat menerima sekurang-kurangnya sebuah kapal peronda luar pesisir pantai (OPV) tahun ini bagi meningkatkan rondaan di kawasan perairan negara yang kian mencabar.",
"Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) APMM Laksamana Madya (M) Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata ketika ini agensinya memiliki 70 kapal dan 190 bot di seluruh negara, namun sebahagian besarnya sudah usang dan tidak dapat berfungsi dengan baik.",
"“Dengan perkembangan terkini, Insya-Allah perkara itu sedang diatasi dan kita harapkan seperti yang dijanjikan pihak kementerian (Kementerian Dalam Negeri) kepada APMM untuk terima tahun ini sekurang-kurangnya satu kapal dahulu,” katanya selepas melancarkan Hari Kesedaran Keselamatan Maritim dan ‘World Ocean Week’ di Pantai Batu Burok.",
"Saiful Lizan berkata selain kapal OPV pihaknya juga menjangkakan menerima enam bot pemintas laju (FIC) menjelang akhir tahun ini bagi meningkatkan pemantauan dan mengawal perairan terutama daripada pencerobohan nelayan asing.",
"“Sebanyak 805 kes yang dikoordinasikan melibatkan insiden kapal dan bot; koordinasi melibatkan manusia (944 kes), bantuan aset (525 kes); khidmat nasihat perubatan (19 kes) dan khidmat bantuan sokongan dan platform logistik kepada agensi lain (207 kes),” katanya. – BERNAMA"
] |
https://www.melakahariini.my/dua-lelaki-ditahan-bantu-siasatan-pukul-pemandu-treler/ |
Dua lelaki ditahan bantu siasatan pukul pemandu treler
| [
"SHAH ALAM, 28 Mac – Polis menahan dua lelaki disyaki memukul seorang pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan maut mengorbankan seorang murid perempuan di Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang, dekat sini, Rabu lepas.",
"Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong berkata kedua-duanya yang berusia 38 tahun ditahan semalam bagi membantu siasatan susulan laporan dibuat pemandu treler berkenaan pada 8.14 malam, hari sama.",
"“Pegawai penyiasat dalam proses melengkapkan siasatan dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan.",
"Cha berkata setakat ini polis telah memanggil enam saksi bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 147 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan rusuhan serta mendatangkan kecederaan dan kesalahan khianat terhadap harta benda.",
"Beliau berkata pihaknya pada masa sama telah mengenal pasti seorang suspek iaitu Muhammad Putra Abdullah, 31, yang dipercayai terlibat dalam kes itu selain meneruskan usaha mengesan suspek lain.",
"“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan Muhammad Putra dan kejadian berkenaan diminta menyalurkannya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di talian 03-3376 2222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.",
"Pada Rabu lepas, Bernama melaporkan seorang pemandu lori treler berusia 36 tahun cedera dibelasah orang ramai susulan kemalangan maut membabitkan seorang murid perempuan yang membonceng motosikal bersama seorang wanita dan adik lelakinya di Kampung Telok Gong."
] |
https://www.melakahariini.my/tujuh-aset-baharu-tudm-mula-operasi-seawal-2024/ |
Tujuh aset baharu TUDM mula operasi seawal 2024
| [
"KUALA LUMPUR, 23 Mac – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan pasukan itu akan memperoleh secara berperingkat tujuh aset baharu termasuk pesawat pejuang, dengan pengoperasiannya dijangka seawal tahun 2024 bagi meningkatkan keupayaan pertahanan udara negara.",
"Panglima TUDM Jen Datuk Seri Mohd Asghar Khan Goriman Khan berkata aset tersebut membabitkan pesawat Fighter Lead In Trainer/Light Combat Aircraft (FLIT-LCA) yang akan beroperasi pada 2024.",
"Selain itu, katanya TUDM dalam proses perolehan pesawat Medium Altitude Long Endurance Unmanned Aerial System (MALE-UAS) dan pesawat peronda maritim (MPA) yang masing-masing dijangka beroperasi pada 2024 dan 2025.",
"“Bagi pesawat UAS, ia kini di peringkat penilaian fizikal yang telah disenarai pendek oleh Lembaga Perolehan Kementerian Pertahanan dan proses ini masih berjalan.",
"“Perolehan MPA pula masih di peringkat Kementerian Kewangan dan ada beberapa calon (syarikat pesawat) yang telah disenaraikan untuk tindakan selanjutnya,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan perintah ulung sebagai Panglima Tentera Udara (PTU) ke-20 di Wisma Pertahanan di sini, hari ini.",
"Mohd Asghar Khan berkata aset lain termasuk perolehan tiga buah sistem radar pertahanan udara jarak jauh (LORAD) (Long Range Air Defence Radar System) dan satu sistem radar pertahanan udara yang akan diterima pada 2024 melalui jalinan kerjasama pertahanan antara negara.",
"Menurutnya perolehan lain adalah aset membabitkan sistem pertahanan udara jarak sederhana (MERAD) (Medium Range Air Defence System) dan penggantian pesawat helikopter utiliti dengan proses perolehan dijangka berlaku seawal 2023.",
"Terdahulu dalam ucapan perintah ulung PTU ke-20, Mohd Asghar Khan mengumumkan enam tonggak bagi mendepani cabaran masa hadapan serta memastikan legasi kegemilangan TUDM sentiasa terpelihara.",
"Katanya enam tonggak tersebut adalah pemantapan keupayaan dan kesiagaan TUDM; keunggulan struktur dan kecemerlangan organisasi; pemerkasaan dan pengupayaan warga udara; mengoptimumkan pengurusan sumber dan meningkatkan budaya inovasi; peningkatan keupayaan TUDM melalui kolaborasi bersama industri pertahanan tempatan; dan kebajikan sosial serta kelestarian warga pasukan.",
"“Enam tonggak ini perlu dikupas setiap warga udara supaya setiap tindakan selepas ini dapat memastikan TUDM berfungsi sebagai sebuah angkatan udara yang efektif dan berwibawa,” katanya. – BERNAMA"
] |
https://www.melakahariini.my/pm-gesa-pbt-agensi-kerajaan-proaktif/ |
PM gesa PBT, agensi kerajaan proaktif
| [
"MUAR 28 Jun – Perdana Menteri menegaskan Malaysia tidak seharusnya terkebelakang berbanding negara-negara lain dalam fasa pemulihan ekonomi, terutama apabila menjadi antara negara yang diiktiraf terbaik dalam mengawal penularan wabak COVID-19.",
"Menurutnya atas kesedaran itulah, kerajaan telah mengambil keputusan yang tegas dan berani untuk membuka semula sektor ekonomi secara berperingkat bagi memastikan semua perniagaan atau industri boleh memulakan semula aktiviti, sekali gus memulihkan perniagaan mereka.",
"“Saya memperingatkan, jangan ada apa pun sekatan atau halangan tidak perlu bagi perniagaan-perniagaan yang dibenarkan beroperasi semula daripada menjalankan urusan perniagaan mereka.",
"“Kita mesti permudahkan urusan mereka. Sekiranya mereka tidak punyai lesen, permudahkan urusan permohonan dan percepatkan proses memberi kelulusan kepada mereka,” kata Ahli Parlimen Pagoh itu.",
"Muhyiddin berkata sektor ekonomi di kebanyakan negara terjejas teruk akibat penularan wabak COVID-19 dan Malaysia juga adalah antara negara yang tidak terkecuali menerima tempiasnya.",
"Terdahulu, sesi perjumpaan yang berlangsung hampir dua jam secara tertutup itu memberikan peluang kepada Perdana Menteri untuk berdialog dengan 37 wakil persatuan peniaga serta industri dalam daerah Muar di Pejabat Daerah Muar.",
"Persatuan itu adalah dari kalangan pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS), penternak, perusahaan perabot, pengusaha bas, peniaga pasar malam dan pasar awam, pusat jagaan orang tua, di samping persatuan kontraktor dan wakil Dewan Perniagaan India Muar.",
"Perjumpaan juga dihadiri oleh wakil Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Unit LAKSANA Kementerian Kewangan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.",
"Perjumpaan ini adalah penting kerana mengambil kira Muar sebagai Bandar Perabot Malaysia yang mempunyai keluasan kawasan industri seluas kira-kira 400 hektar di Bakri."
] |
https://www.melakahariini.my/kkmm-akan-bincang-dengan-kerajaan-sarawak-berkenaan-kempen-prn-menerusi-media-rasmi-kerajaan/ |
KKMM akan bincang dengan kerajaan Sarawak berkenaan kempen PRN menerusi media rasmi kerajaan
| [
"SARIKEI, 28 Nov – Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan berbincang dengan Kerajaan Negeri Sarawak bagi mendapatkan input sama ada wujud keperluan untuk calon Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 negeri itu berkempen menerusi saluran televisyen dan radio rasmi kerajaan.",
"Menterinya Tan Sri Annuar Musa berkata buat masa ini pihaknya sudah mengguna pakai konsep berkenaan dalam PRN Melaka lepas dan sedang dalam proses post mortem.",
"“Sarawak unik dan berbeza dari Melaka, jadi kita akan rujuk kerajaan negeri, tengok apa yang sesuai apa patut, yang penting apa diperlukan untuk memberikan pendedahan kepada calon-calon (PRN Sarawak).",
"“Secara konsep boleh dilaksanakan, tapi saya perlu berbincang dengan kerajaan negeri,” katanya selepas merasmikan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) di Kampung Selalang, di sini hari ini.",
"Sebelum ini Annuar berkata parti-parti kerajaan lebih bersikap terbuka dalam menghadapi PRN Melaka dengan memberi ruang sama rata kepada semua parti termasuk parti lawan dalam kempen, dan kerajaan juga membenarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan poster serta biodata calon yang bertanding pada PRN Melaka lepas."
] |
https://www.melakahariini.my/kedai-makan-restoran-dibenar-beroperasi-sehingga-10-malam-bermula-esok/ |
Kedai makan, restoran dibenar beroperasi sehingga 10 malam bermula esok
| [
"PUTRAJAYA 27 Jun – Semua premis kedai makan dan restoran seluruh negara dibenar beroperasi dari jam 6 pagi hingga 10 malam bermula esok.",
"Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju untuk menukar waktu operasi yang sebelum ini hanya dibenarkan bermula 8 pagi sehingga 8 malam.",
"“Setelah mengambil kira rayuan dan pandangan pengusaha kedai makan, sidang mesyuarat bersetuju untuk menukar waktu operasi premis yang menjual makanan bermula jam 6 pagi hingga 10 malam berkuat kuasa 28 Jun 2021 (esok),”\nkatanya dalam satu kenyataan, hari ini."
] |
https://www.melakahariini.my/menabung-demi-jalur-gemilang/ |
Menabung demi Jalur Gemilang
| [
"ASAHAN 31 Ogos – Pasangan suami isteri masyarakat Orang Asli ini tidak berkira meskipun terpaksa mengeluarkan wang sendiri, kerana bagi mereka melihat kediaman berseri dihiasi Jalur Gemilang membawa makna yang amat besar.",
"Roslina Jagung, 40, wanita masyarakat Orang Asli, suku Temuan dari Kampung Gapam Baru berkata, sambutan tahun ini juga lebih meriah kerana tidak dibatasi prosedur operasi standard (SOP) seperti sebelum ini.",
"“Nilainya tidaklah tinggi, kerana apa yang penting kami puas hati dapat hias rumah, menyemarakkan lagi semangat patriotik bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi penduduk yang lain.",
"“Kami pasang sekadar yang mampu sebagai tanda sayang dan cinta kepada negara selain penghargaan kepada pahlawan tanah air yang berjuang untuk Kemerdekaan negara,” katanya.",
"Ibu kepada seorang anak berusia 11 tahun itu ditemui selepas Program Santuni Orang Kita Sempena Bulan Kemerdekaan anjuran Persatuan Kebajikan Muslimah Melaka Dan WI Cawangan Ayer Molek, hari ini.",
"Sementara itu, seorang lagi penduduk masyarakat Orang Asli Lelawati Mawar, 25, berkata, sambutan Hari Kebangsaan tahun ini kembali meriah malah suasana itu mula dirasai sejak awal Ogos apabila Jalur Gemilang mula dipasang sekitar kampung.",
"“Sambutan hari ini juga turut meriah apabila kami dikunjungi pihak luar untuk menyambut Hari Kebangsaan, gembira rasanya dapat berkumpul ramai-ramai nyanyikan lagu patriotik,” katanya.",
"Sementara itu, Tok Batin Kampung Orang Asli Gapam Baru, Seli Tengga berkata, dia mewakili penduduk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang terbabit kerana sudi bersama-sama penduduk meraikan sambutan Merdeka bersama mereka."
] |
https://www.melakahariini.my/utem-jalin-kerjasama-strategik-bersama-wba/ |
UTeM jalin kerjasama strategik bersama WBA
| [
"AYER KEROH 11 Jun – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah menjalin kerjasama strategik bersama dengan World Business Affairs Sdn. Bhd. menerusi pemeteraian Memorandum Perjanjian (MoU), baru-baru ini.",
"Naib Canselor UTeM, Dr. Ts. Massila berkata, antara objektif MoU berkenaan adalah memantapkan pembangunan kemahiran tenaga kerja dalam negara dan penyediaan program pensijilan berkaitan.",
"Ujarnya, peningkatan kemahiran menjadi kunci untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan pada masa kini, justeru kerjasama ini dapat membuka akses kepada lebih ramai individu untuk memperoleh kemahiran baru, sekali gus memperluas peluang pekerjaan.",
"“Menerusi kerjasama strategik ini UTeM dan WBA menjadi wakil tunggal NIIT di Malaysia. NIIT merupakan syarikat latihan dan pembangunan kemahiran global diiktiraf dunia dalam pengembangan kurikulum, penyediaan sesi latihan dan penilaian kemahiran.",
"“Lebih menarik, kerjasama ini turut membuka ruang dan peluang kepada staf UTeM untuk menawarkan kepakaran mereka melalui perkhidmatan rundingan kepada pihak-pihak yang memerlukan di samping menjana pendapatan tambahan bagi universiti,” katanya menerusi satu kenyataan.",
"Pada majlis menandatangani MoU tersebut UTeM diwakili oleh Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Prof. Dr. Zulkifile Ibrahim manakala WBA pula diwakili oleh Pengarah Eksekutifnya Prof. Emeritus Datuk Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak."
] |
https://www.melakahariini.my/semak-semula-status-bintang-hotel-melaka/ |
Semak semula status bintang hotel Melaka
| [
"TELOK MAS 29 April – Kerajaan Negeri Melaka akan menyemak semula status semua taraf hotel di negeri ini dalam usaha menyediakan perkhidmatan terbaik buat pelancong.",
"Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata, ini kerana pihaknya mendapati terdapat hotel yang menyediakan perkhidmatan yang tidak wajar dengan status dimilikinya.",
"“Sebagai persiapan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024), kita sekarang dalam menyemak balik bintang, kedudukan hotel. Ini kerana ada sesetengah hotel contohnya tiga atau empat bintang tetapi perkhidmatannya tidak sampai.",
"“Saya dan agensi menyemak semula bukan hanya berpandukan pengunjung (aduan) tetapi kita mahukan Melaka ini memberikan perkhidmatan terbaik buat pelancong yang datang,” katanya.",
"Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas, di sini, malam tadi.",
"Turut hadir memeriahkan sambutan rumah terbuka itu Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam bersama isteri Toh Puan Asmah Abd Rahman; Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan isteri Datin Seri Zuriyah Abd Aziz serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari.",
"Bersama-sama meluangkan masa hadir adalah Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum, barisan Exco Kerajaan Negeri dan juga ketua-ketua agensi Kerajaan Negeri Melaka."
] |
https://www.melakahariini.my/adun-perak-didakwa-ambil-dadah/ |
ADUN Perak didakwa ambil dadah
| [
"BUKIT MERTAJAM, 20 April – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak, V.R.Terence Naidu dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengambil dadah pada Januari lepas.",
"Terence Naidu, 54, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 itu yang boleh dihukum di bawah Seksyen 15 (1) akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 39B akta sama.",
"Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun dan selepas hukuman harus menjalani pengawasan tidak kurang dua tahun atau tidak lebih tiga tahun yang ditetapkan oleh mahkamah.",
"Dia didakwa telah mengambil dadah jenis ‘3,4 – methylenedioxymethamphetamine’, yang ditetapkan di Bahagian III dari Jadual Pertama, Akta Dadah Berbahaya 1952.",
"ADUN Pasir Berdamar itu dituduh melakukan perbuatan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Daerah Seberang Perai Tengah pada kira-kira 12.13 pagi, 14 Jan lepas.",
"Peguam Ramkarpal Singh dan RSN Rayer yang mewakili Terence Naidu memohon jaminan minimum kerana tertuduh telah memberikan kerjasama kepada polis sepanjang siasatan dijalankan.",
"Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit bagaimanapun membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 17 Mei untuk sebutan semula kes.",
"Pada 14 Jan lepas, Polis Pulau Pinang telah menahan seorang ADUN dari Perak kerana positif dadah dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Perai, di Butterworth.- BERNAMA"
] |
https://www.melakahariini.my/jemaah-menteri-setuju-ruu-sumbangan-politik-wan-junaidi/ |
Jemaah Menteri setuju RUU sumbangan politik – Wan Junaidi
| [
"PUTRAJAYA, 11 September – Jemaah Menteri telah bersetuju secara prinsip penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Berkaitan Sumbangan Politik, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.",
"Wan Junaidi berkata beliau juga akan menyusul pandangan Jemaah Menteri agar kerangka perundangan yang dicadangkan bagi RUU berkenaan dikemukakan kepada Jawatankuasa Teknikal Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik untuk diperhalusi sebelum dibentangkan dalam mesyuarat Parlimen kelak.",
"“Justeru, RUU ini akan cuba dibentangkan pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen ke-14 di Dewan Rakyat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.",
"Wan Junaidi berkata beliau telah membentangkan skop dasar bagi RUU Sumbangan Politik dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 7 Sept lepas iaitu Pengawal Sumbangan Politik dijadikan sebuah entiti bebas bagi mengawal selia sumbangan politik di negara ini."
] |
https://www.melakahariini.my/pga-rampas-mercun-bernilai-lebih-rm500000-di-jb-dan-muar/ |
PGA rampas mercun bernilai lebih RM500,000 di JB dan Muar
| [
"JOHOR BAHRU, 19 April – Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam berjaya menumpaskan kegiatan pengedaran dan penjualan mercun di sekitar Kempas dan Muar, susulan penahanan empat lelaki dan rampasan pelbagai jenis mercun bernilai RM531,950, semalam.",
"Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA Supt Dimin Awang berkata suspek termasuk seorang warga Indonesia berusia antara 27 hingga 41 tahun ditahan dalam dua serbuan berasingan pada 11 pagi dan 6 petang.",
"Beliau berkata serbuan pertama di Taman Pertama Indah, Sungai Abong, Muar membawa kepada rampasan 439 kotak mengandungi pelbagai jenis mercun serta penahanan seorang lelaki tempatan dan Indonesia masing-masing berusia 27 dan 29 tahun.",
"“Anggaran keseluruhan nilai rampasan mercun adalah RM500,000 dan tangkapan dua individu itu serta rampasan mercun diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.",
"Dimin berkata dua suspek lagi berusia 37 dan 41 tahun ditahan dalam serbuan kedua di Taman Bukit Kempas pada 6 petang, serta turut merampas 39 kotak mercun bernilai RM31,950.",
"Sementara itu, Dimin berkata rampasan mercun itu adalah yang terbesar di Johor dan suspek serta bahan rampasan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar dan Johor Bahru Utara untuk siasatan mengikut Akta Bahan Letupan 1975."
] |
https://www.melakahariini.my/kekurangan-diri-tidak-halang-graduan-oku-genggam-ijazah-di-upm/ |
Kekurangan diri tidak halang graduan OKU genggam ijazah di UPM
| [
"KUALA LUMPUR, 22 Mac – Kekurangan diri bukanlah penghalang buat beberapa graduan Orang Kurang Upaya (OKU) untuk menggenggam segulung ijazah, pada Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-45, hari ini.",
"Mohamad Ridzuan Zakaria, 27, yang menghidap sindrom Kecelaruan Hiperaktif Kurang Daya Tumpuan (ADHD) sejak kecil, antara graduan berjaya memperoleh ijazah dalam program Bacelor Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu).",
"Graduan berusia 27 tahun itu berkata doktor mengesahkan beliau didiagnosis dengan ADHD, berikutan komplikasi dalam kandungan dan perkara itu menyebabkan beliau mengalami masalah daya ingatan lemah, serta sukar bergaul dengan rakan-rakan ketika di bangku sekolah.",
"“…di kampus pula ramai meragui kebolehan saya, dan ada yang mempersoalkan sekiranya saya ada masalah ADHD, nampak macam okay sahaja. Tapi saya faham, tidak ramai tahu sememangnya ada OKU ADHD di Malaysia,” katanya ketika ditemui Bernama di Dewan Pusat Kesenian dan Kebudayaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah UPM hari ini.",
"Bagi menolak persepsi masyarakat dan rakan-rakan, Ridzuan mengambil inisiatif dengan menyertai pelbagai aktiviti di kampus, seperti menjadi presiden Persatuan Silat Gayung di UPM serta memasuki pertandingan membaca puisi di peringkat kolej, walaupun keputusan yang kurang memberangsangkan.",
"Graduan OKU yang turut menerima ijazah bagi program Bacelor Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu) adalah Mior Mohd Firdaus Mior Mohd Fadzli, 25, yang mengalami kecacatan fizikal di kaki kanan, selepas terlibat dengan kemalangan motosikal pada 2012.",
"Beliau pada mulanya hanya mengalami patah kaki kanan sebelum kaki itu menjadi kehitaman dan terpaksa dipotong, menyebabkan beliau perlu memakai kaki palsu pada 2014.",
"“Terus terang saya katakan, takut dan saya tidak pernah keluar berdikari untuk guna kaki palsu di tempat orang. Alhamdulillah, akhirnya saya rasa mudah kerana ramai orang yang membantu dan ada Unit Perkhidmatan dan Sokongan OKU, yang menyediakan van serta kolej untuk pelajar-pelajar OKU,” katanya.",
"Mior Mohd Firdaus pernah menjawat jawatan setiausaha Persatuan Mahasiswa OKU UPM dan banyak terlibat dengan perbincangan bagi menambah baik perkhidmatan kepada pelajar OKU, sekali gus membela nasib golongan itu di universiti tersebut.",
"Selain graduan OKU, turut mencuri tumpuan pada Majlis Konvokesyen itu adalah graduan Bacelor Kejuruteraan Pertanian dan Biosistem (Kepujian) Kelvin Niyok, yang menjadi individu dari etnik Penan pertama dari kampung Long Meraan Baram, yang berjaya mendapat segulung ijazah di universiti awam.",
"Kelvin, 25, berkata etnik Penan merupakan suku kaum minoriti di Sarawak yang agak ketinggalan dari segi pendidikan, namun kejayaan beliau hari ini menjadi kebanggaan serta pemangkin kepada anak-anak remaja di kampung halamannya.",
"“Saya masih ingat lagi kesusahan kita (anak-anak masyarakat Penan) untuk mendapatkan pendidikan, dan terpaksa menaiki pacuan empat roda selama lima jam mengikuti jalan balak untuk ke sekolah rendah.",
"“Paling tidak dapat dilupakan pernah sekali ada satu jambatan putus, kita tidak boleh menyeberang sungai berkenaan kerana air deras dan terpaksa bermalam di tepi jalan balak, dan keesokan harinya baru dapat meneruskan perjalanan ke sekolah,” katanya.",
"Menurutnya, beliau ingin membantu dan menyumbang ilmu pertanian kepada masyarakat Penan di kampungnya, memandangkan beliau mempunyai pendidikan dalam bidang itu selain bekerja sebagai ahli agronomi di Miri, Sarawak.",
"Antara tanaman yang boleh diusahakan di kampung beliau adalah sawit, padi dan getah, selain mencari hasil hutan dan dibawa ke luar untuk dijual.- BERNAMA"
] |
https://www.melakahariini.my/maqis-p-pinang-rampas-tikus-salai-dibawa-masuk-dari-vietnam/ |
MAQIS P. Pinang rampas tikus salai dibawa masuk dari Vietnam
| [
"Pengarahnya Muhammad Ikram Abd Talib berkata tikus salai seberat 10 kilogram (kg) itu dirampas daripada seorang penumpang yang baru tiba dari Vietnam, hasil pemeriksaan dijalankan pihaknya bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang.",
"“Tikus salai itu berjaya dikesan dalam bagasi penumpang tersebut dengan bantuan mesin pengimbas JKDM dan kami merampas kesemua hasilan haiwan itu kerana tiada permit yang sah untuk mengimport. Kes disiasat menurut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).",
"“Seperti kita maklum, tikus boleh menyebabkan penyakit berjangkit secara langsung dan tidak langsung. Tindakan penguatkuasaan undang-undang akan terus diperkasa bagi memastikan kawalan penyakit haiwan dan jaminan keselamatan makanan terpelihara,” katanya dalam kenyataan hari ini.",
"Katanya MAQIS, sentiasa mengambil langkah serius bersama agensi penguatkuasaan di sempadan dalam isu melibatkan keselamatan makanan, kawalan penyakit dan risiko kemasukan perosak yang boleh mengancam sektor pertanian negara."
] |
https://www.melakahariini.my/polis-rampas-dadah-bernilai-rm1-53-juta/ |
Polis rampas dadah bernilai RM1.53 juta
| [
"Ayob Khan berkata hasil serbuan di pangsapuri tersebut, polis menjumpai dan merampas 468.8 kg dadah dipercayai ganja serta dadah disyaki syabu kira-kira 10 kg dengan anggaran nilai RM1.53 juta.",
"“Sindiket yang dipercayai baru sahaja aktif bulan ini menyeludup masuk dadah tersebut melalui utara Semenanjung Malaysia-Thailand dengan menggunakan jalan darat…mereka menyasarkan dadah tersebut bagi pasaran Lembah Klang,” katanya pada sidang media di sini hari ini.",
"“Kalau ikut trendnya, kebiasaannya pada Mac dan Oktober adalah musim menuai (ganja). Tetapi sekarang di Laos aktiviti menuai itu dijalankan sepanjang tahun, sebab itu kita lihat banyak kebelakangan ini rampasan dibuat oleh JSJN di sempadan utara negara melibatkan dadah jenis ganja,” katanya.",
"Ayob Khan berkata pihaknya telah mengambil tindakan di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) (Pelucuthakan Harta) 1988 dengan menyita pelbagai aset suspek antaranya kenderaan dan barang kemas yang dianggarkan bernilai RM88,496, menjadikan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM1.62 juta.",
"Katanya, saringan awal kedua-dua suspek didapati positif dadah jenis tetra hydrocannibol (THC) dan seorang daripada mereka mempunyai satu rekod lampau kes jenayah.",
"“Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 39B ADB 1952 dan kedua-dua suspek kini direman selama tujuh hari bermula semalam hingga 22 Mac bagi membantu siasatan,” katanya.",
"Dalam perkembangan lain, mengulas berhubung perkembangan tangkapan sembilan penguat kuasa menjual dadah yang dirampas, Ayob Khan berkata pihaknya sudah menyiapkan kertas siasatan berhubung kes tersebut termasuk seorang lagi suspek yang bekerja sebagai nelayan.",
"“Yang pasti siasatan kita sudah habis untuk 10 orang ini. Kita masih lagi menjalankan soal siasat untuk maklumat bagi mengesan saki-baki kalau ada mana-mana lagi penjawat awam yang terlibat, kita akan ambil tindakan susulan,” katanya."
] |
https://www.melakahariini.my/prn-johor-diteruskan-dengan-sop-lebih-longgar/ |
PRN Johor diteruskan dengan SOP lebih longgar
| [
"Menteri berkenaan, Khairy Jamaluddin berkata ia berdasarkan kajian daripada KKM yang mengambil kira kesan varian Omicron terhadap kesihatan awam dan liputan vaksinasi negara yang tinggi pada masa ini membolehkan SOP PRN Johor dilonggarkan sedikit.",
"“KKM dah muktamadkan (SOP PRN Johor). SOP masih lagi ketat, tapi ada perkara yang KKM tidak benarkan ada yang dibenarkan tapi lebih banyak kita benarkan. Kita tidak boleh jelaskan lagi, tunggu pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) nanti.",
"“Kita tengok dari PRN Melaka dan Sarawak sebelum ini, tiada lonjakan tidak ada kluster… dari segi kesihatan awam kita dah berjaya. Kita masih lagi yakin bahawa PRN boleh dilangsungkan sekali lagi,” katanya.",
"Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani pemeteraian kerjasama promosi kesihatan antara Wellness Hub KKM dan rakan strategik yang turut dihadiri Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan Datuk Dr Harlina Abdul Rashid di sini hari ini.",
"Bagaimanapun, beliau berkata kepatuhan SOP dalam kalangan masyarakat termasuk pemimpin politik berdepan PRN Johor itu nanti amat penting bagi mengawal penularan COVID-19.",
"SPR menetapkan 12 Mac sebagai tarikh pengundian bagi PRN Johor manakala tarikh penamaan calon bagi pilihan raya itu ditetapkan pada 26 Feb dan pengundian awal pada 8 Mac.",
"Dalam pada itu, Khairy berkata sela masa lapan minggu antara dos pertama dan kedua bagi pemberian vaksin kanak-kanak masih dikekalkan susulan keberkesanan dan perlindungannya dalam tempoh berkenaan selain mendapati kesan sampingan lebih rendah sekiranya dijarakkan masa kedua-duanya.",
"“Saya dah rujuk perkara ini dengan jawatankuasa kerja teknikal dan kita masih kekalkan lapan minggu walaupun ada gelombang Omicron, namun apa-apa kedudukan dan pendirian jawatankuasa ini boleh disemak dari masa ke masa,” katanya.",
"Mengulas permintaan doktor kontrak berhubung perjawatan tetap disertakan dengan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Khairy berkata pihaknya ketika ini menawarkan skim berpencen kepada mereka.",
"“Ia melibatkan 4,186 jawatan tetap tambahan yang akan diwujudkan di KKM menjelang Jun ini, mungkin pengambilan baharu (kakitangan) pada masa akan datang kita tawarkan KWSP,” katanya.",
"Sementara itu, beliau berkata KKM akan terus mempertingkatkan penguatkuasaan larangan merokok di tempat awam terutama di premis makanan dengan kerjasama agensi dan orang ramai. – BERNAMA"
] |
https://www.melakahariini.my/bajet-2023-tambah-baik-pengangkutan-awam-di-melaka-antara-disebut/ |
Bajet 2023: Tambah baik pengangkutan awam di Melaka antara disebut
| [
"Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, sejumlah RM180 juta diperuntukkan bagi menambah baik capaian bas awam dan menggantikan bas henti-henti di negara ini."
] |
https://www.melakahariini.my/polis-bongkar-makmal-proses-dadah-jenis-heroin-di-johor/ |
Polis bongkar makmal proses dadah jenis heroin di Johor
| [
"JOHOR BAHRU 28 Mac – Polis Johor merampas dadah bernilai RM1.08 juta hasil pembongkaran sebuah makmal pemprosesan dadah jenis heroin di Iskandar Puteri pada 23 Mac lalu.",
"Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, dalam operasi khas dijalankan di sebuah rumah sewa pada 2 petang, seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun yang bertindak sebagai ahli kimia dan ‘runner’ ditahan.",
"Beliau berkata lelaki berkenaan dipercayai dibayar gaji sebanyak RM10,000 sebulan untuk membuat dan mengedar dadah kepada pelanggan di sekitar negeri itu.",
"“Dadah yang dirampas dalam operasi ini terdiri daripada 57.83 kilogram (kg) heroin bernilai RM642,588.88; 4.53 kg heroin base bernilai RM420, 828.56 dan 77.70 kg kafein bernilai RM26,418.",
"“Selain dadah, pelbagai peralatan untuk memproses dadah turut dirampas. Polis juga menyita lima buah kenderaan, sebuah motosikal, wang tunai RM16,430, pelbagai barangan kemas, 25 utas jam tangan dan 15 akaun bank bernilai RM473,283.42,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.",
"Ayob Khan berkata susulan penahanan lelaki berkenaan, polis memberkas dua wanita tempatan berusia 34 dan 35 tahun di Temerloh, Pahang dan Batu Gajah.",
"“Kedua-dua wanita ini adalah isteri kepada dua lagi lelaki yang masih diburu polis untuk membantu siasatan bersabit Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dengan masing-masing beralamat terakhir di Taman Bestari dan Taman Perling, Iskandar Puteri,” katanya.",
"Ayob Khan berkata modus operandi sindiket ini adalah menjadikan kediaman berpagar dan berpengawal yang disewa sebagai makmal memproses dadah dan dipercayai telah beroperasi selama setahun.",
"Dalam satu lagi kes, Ayob Khan memaklumkan seorang lelaki tempatan berumur 31 tahun ditahan pada 25 Mac lalu, juga di Iskandar Puteri bersama dadah jenis syabu dan ketamin bernilai RM347,874.44.",
"“Hasil saringan urin mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan mempunyai dua rekod jenayah lampau dan satu rekod ‘wanted’ bagi kes dadah."
] |
https://www.melakahariini.my/kuim-komited-lahirkan-kebolehpasaran-graduan-logistik-pengangkutan/ |
KUIM komited lahirkan kebolehpasaran graduan logistik, pengangkutan
| [
"Naib Canselornya, Prof Dr Abdul Razak Ibrahim berkata, KUIM akan melahirkan graduan yang pakar dalam bidang terbabit dengan memperkasakan pendekatan terus dari ‘universiti ke industri’ sekali gus membuka peluang pekerjaan buat mereka.",
"Jelasnya, menerusi kerjasama Institut Logistik dan Pengangkutan Bertauliah (CILT) ia mampu membuka peluang baharu dalam bidang berkenaan menerusi jurusan di Fakulti Inovasi Perniagaan dan Teknologi KUIM.",
"“Kita akan perkembangkan di KUIM dengan ilmu dan pengajian profesional dengan penambahan kursus-kursus bagi memastikan kita boleh bawa graduan kita mencebur dalam bidang industri.",
"“Kita akan pastikan dalam dua tiga tahun akan datang kaedah universiti ke industri ini akan tercapai dengan kebolehpasaran pelajar kita ke peringkat itu.",
"“KUIM amat menggalakkan kerjasama diantara pihak industri, agensi atau mana-mana badan profesional yang boleh membantu memberi nilai tambah kepada pelajar dan pensyarah,” katanya.",
"Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas menghadiri Majlis Menandatangani LOI (Surat Niat) dan Permohonan Serahan Keahlian Korporat bersama CILT Malaysia.",
"Hadir sama,Presiden CILT Malaysia, Datuk Muhammad Muhiyuddin Abdullah, Presiden CILT Antarabangsa, Datuk Ts Abdul Radzak Abdul Malek, Dekan Fakulti Inovasi Perniagaan dan Teknologi, Sarimah Ahmad serta tetamu lain.",
"Sementara itu, Muhammad Muhiyuddin berkata, kerjasama yang dijalin itu mampu melahirkan graduan yang mempunyai sijil yang dikeluarkan CILT sebagai golongan profesional dalam bidang industri di negara ini.",
"Katanya, setakat ini lebih 50 keahlian korporat telah ditandatangani membabitkan pelbagai kerjasama dari universiti tempatan, swasta dan juga badan agensi penguatkuasa kerajaan."
] |
https://www.melakahariini.my/agong-raja-permaisuri-zahir-ucapan-takziah-kepada-keluarga-ali-hamsa/ |
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga Ali Hamsa
| [
"KUALA LUMPUR, 21 April – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Tan Sri Dr Ali Hamsa yang meninggal dunia hari ini.",
"Seri Paduka berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian bekas Ketua Setiausaha Negara itu dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Allahyarham sabar serta tabah menghadapi dugaan dan suasana sedih serta pilu ini.",
"“Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin,” menurut catatan di Facebook Istana Negara, hari ini.",
"Menerusi catatan itu, Seri Paduka berdua amat menghargai dan menyanjung tinggi khidmat bakti, jasa serta pengorbanan Allahyarham kepada perkhidmatan awam dan negara selain menyifatkan pemergiaan Ali sebagai satu kehilangan besar buat perkhidmatan awam dan negara.",
"Pemergian Ali pagi tadi di Hospital Dublin, Ireland disahkan isterinya Puan Sri Rohani Abdullah melalui satu kenyataan yang turut memaklumkan urusan pengebumian akan dilakukan di Putrajaya.",
"Ali di sepanjang kariernya telah menabur bakti di pelbagai kementerian dan jabatan kerajaan sejak memulakan khidmatnya di Perkhidmatan Tadbit dan Diplomatik pada 1981.",
"Beliau pernah berkhidmat di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri; Kementerian Pengangkutan; Unit Perancang Ekonomi dan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) selain pernah memegang jawatan sebagai pengerusi Program Perumahan 1Malaysia; ahli Jawatankuasa Pakar Pentadbiran Awam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN CEPA) dan pengerusi Institut Integriti Malaysia.- BERNAMA"
] |
https://www.melakahariini.my/kit-ujian-kendiri-covid-dijual-lebih-murah-sebelum-persekolahan/ |
Kit ujian kendiri COVID dijual lebih murah sebelum persekolahan
| [
"KUALA BERANG 25 Sept – Harga kit ujian kendiri COVID-19 akan diturunkan lebih murah menjelang akhir bulan ini untuk memudahkan ibu bapa membuat ujian saringan, sebelum anak mereka memulakan sesi persekolahan pada 3 Okt depan.",
"Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid berkata pengumuman harga terbaharu itu akan dilakukan dalam masa terdekat.",
"“Penjualannya juga tidak hanya terhad di farmasi dan klinik seperti sekarang, sebaliknya akan diperluaskan ke premis perniagaan yang lain seperti pasar raya besar dan pasar mini.",
"“Ini akan memudahkan rakyat kerana bukan sahaja harganya lebih murah, tapi ia juga mudah untuk didapati. Walaupun penurunan harga itu belum dimuktamadkan lagi, namun jumlahnya nanti mampu dimiliki dan tidak membebankan rakyat berbanding harga sekarang,” katanya.",
"Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau proses vaksinasi 327 Orang Asli di Kampung Sungai Berua yang turut dihadiri Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Kasemani Embong di sini hari ini.",
"Bermula 5 Sept, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menetapkan harga runcit maksimum bagi setiap set kit ujian kendiri COVID-19 pada harga RM19.90 manakala harga borong pula RM16.",
"Mengulas lanjut, Rosol yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu berkata pihaknya telah mengadakan perjumpaan dengan wakil beberapa persatuan pengusaha farmasi dan mereka bersetuju untuk menurunkan harga kit ujian tersebut seperti yang dihasratkan kerajaan.",
"“Jika ada lima anak, harga kit ujian kendiri yang perlu dibeli sudah mencecah RM100..harga baharu ini nanti tidak akan membebankan lagi dan yang penting buat ujian untuk pastikan anak sihat sebelum kembali ke sekolah,” katanya."
] |
https://www.melakahariini.my/sop-solat-di-masjid-surau-sentiasa-ditambah-baik-ahmad-marzuk/ |
SOP solat di masjid, surau sentiasa ditambah baik- Ahmad Marzuk
| [
"KEMAMAN 24 Sept – Prosedur operasi standard (SOP) bagi menangani penularan pandemik COVID-19 melibatkan aktiviti ibadah di surau dan masjid sentiasa ditambah baik melalui kaedah muzakarah dalam Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI).",
"Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, kaedah muzakarah yang disertai mufti dan pihak berkuasa agama negeri itu diadakan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh dua bulan bagi membincangkan isu berkaitan agama Islam termasuk solat dan sebagainya.",
"“Jadi apa sahaja SOP baharu, kita akan sentiasa kemas kini berdasarkan situasi semasa, namun tidak banyak perubahan dalam SOP sekiranya jangkitan COVID-19 masih tinggi,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Program Inspirasi Qaseh Kami: Food Bank YaPEIM 3.0 Di Kemaman di pekarangan Stesen Teksi, di sini hari ini.",
"Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kebenaran melaksanakan solat Jumaat dan solat fardu di semua masjid dan surau di Pahang kepada semua jemaah termasuk individu yang belum menerima suntikan vaksin COVID-19, tertakluk kepada syarat ditetapkan.",
"Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menerusi kenyataan semalam memaklumkan SOP itu berkuat kuasa Rabu lepas, dengan bilangan jemaah mengikut keluasan kapasiti masjid atau surau dengan mengamalkan penjarakan fizikal, kecuali di lokasi Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).",
"“Kalau mengikut SOP di peringkat Wilayah Persekutuan dan diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, (kebenaran solat) mesti melengkapkan vaksin namun ia terpulang kepada negeri lain,” katanya.",
"Sementara itu, ketika ditanya mengenai isu gangguan seksual yang dikaitkan dengan seorang pendakwah terkenal, Ahmad Marzuk berkata tiada sesiapa pun termasuk golongan agamawan terlepas daripada tindakan undang-undang sekiranya individu tersebut terbukti melakukan kesalahan.",
"Bagaimanapun beliau berkata, masyarakat seharusnya bertenang dan menyerahkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan serta tidak melakukan sebarang spekulasi."
] |
https://www.melakahariini.my/ujian-kesan-covid-19-beberapa-kumpulan-pengembara-digugurkan-khairy/ |
Ujian kesan COVID-19 beberapa kumpulan pengembara digugurkan – Khairy
| [
"KUALA LUMPUR, 1 Mei – Keperluan pengujian pengesanan COVID-19 sebelum berlepas ke Malaysia dan semasa ketibaan digugurkan bermula hari ini bagi beberapa kumpulan pengembara, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.",
"Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata ia termasuk pengembara berusia 18 tahun dan ke atas yang telah lengkap vaksinasi dan pengembara berusia 17 tahun dan ke bawah tanpa mengira status vaksinasi.",
"Selain itu, katanya pengembara yang mempunyai sejarah jangkitan COVID-19 dalam tempoh enam ke 60 hari dari tarikh sembuh sebelum berlepas ke Malaysia tanpa mengira status vaksinasi juga terkecuali.",
"Bagi pengembara berusia 18 tahun dan ke atas tanpa status vaksinasi lengkap, Khairy berkata mereka perlu melakukan ujian prapelepasan dua hari sebelum berlepas ke Malaysia menggunakan RT-PCR atau RTK-Ag profesional.",
"Menurutnya, pengembara kategori tersebut juga harus menjalani ujian pengesanan COVID-19 dalam tempoh 24 jam selepas ketibaan menggunakan RTK antigen dengan penyeliaan pengamal perubatan swasta yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) sama ada secara fizikal atau maya.",
"“Sekiranya keputusan pengujian COVID-19 adalah negatif pengembara perlu menjalani kuarantin wajib selama lima hari di tempat penginapan termasuk rumah, menjalani RT-PCR pada hari keempat atau RTK antigen dengan penyeliaan pengamal perubatan swasta yang berdaftar dengan MMC sama ada secara fizikal atau maya pada hari kelima.",
"“Pelepasan kuarantin pada hari kelima boleh diberikan jika keputusan ujian RT-PCR hari keempat atau RTK-Antigen hari kelima adalah negatif. Sekiranya keputusan ujian COVID-19 adalah positif, pengembara akan diurus mengikut pengurusan kes positif sedia ada,” katanya.",
"Sementara itu, katanya, mana-mana pengembara yang dikesan bergejala semasa berada di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) Negara akan diarahkan menjalani ujian saringan COVID-19 menggunakan RTK Antigen dengan penyeliaan pengamal perubatan sama ada secara fizikal atau maya.",
"Pada masa sama, katanya semua pengembara masih perlu mengemukakan Traveller’s Card yang dipaparkan dalam aplikasi MySejahtera semasa ketibaan di PMA.- BERNAMA"
] |
https://www.melakahariini.my/lelaki-maut-akibat-letupan-tong-gas-pada-malam-raya/ |
Lelaki maut akibat letupan tong gas pada malam raya
| [
"IPOH 13 Mei. – Seorang lelaki menemui ajal pada malam Aidilfitri apabila tong gas meletup di sebuah bengkel rumah di Jalan Parit Amerikan, Kampung Sungai Batu, Pantai Remis tengah malam tadi.",
"Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian menimpa mangsa berusia lingkungan lewat 20-an itu pada 12.01 tengah malam.",
"“Kami segera mengerahkan sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai Remis ke lokasi kejadian untuk kerja-kerja menyelamat sebaik menerima panggilan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.",
"Beliau berkata setibanya jentera bersama pasukan di tempat kejadian mendapati berlaku letupan dipercayai akibat proses memindahkan bahan dari tong besar ke tong yang lebih kecil di bengkel berkenaan.",
"Katanya, ketika kejadian mangsa berada seorang diri di bengkel itu dan disahkan maut oleh petugas Kementerian Kesihatan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.",
"“Pasukan bomba yang tiba di tempat kejadian diarahkan komander operasi supaya membuat kerja pemantauan dan menutup semua injap tabung seterusnya memastikan tiada bahan berbahaya di kawasan berkenaan dan operasi tamat pada 1.24 pagi,” katanya."
] |
https://www.melakahariini.my/kerajaan-tak-bercadang-gantikan-kelapa-sawit-dengan-buluh/ |
Kerajaan tak bercadang gantikan kelapa sawit dengan buluh
| [
"KUALA LUMPUR 14 Julai – Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi tidak berhasrat untuk menggantikan komoditi utama negara iaitu kelapa sawit dengan tanaman buluh.",
"Menterinya, Datuk Dr. Mohamad Khairuddin Aman berkata malah, kementerian sedang memperkasakan lagi industri sawit dengan kajian teknologi terkini, memperluaskan pasaran di luar negara, mempelbagaikan produk nilai tambah makanan dan meneruskan pelbagai kajian mengenai kebaikan dan manfaat sawit kepada dunia.",
"“Pada masa sama, kementerian sedang meneroka peluang buluh sebagai satu lagi komoditi masa depan di samping pelbagai lagi produk komoditi lain,” katanya semasa menjawab pertanyaan Datuk Hatta Ramli (PH-Lumut) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.",
"Katanya bagi membangunkan industri buluh, kementerian telah menyenaraikan tanaman tersebut sebagai antara tanaman hutan yang perlu dikomersialkan menerusi Program Pembangunan Ladang Hutan (PPLH) bersama-sama dengan lapan lagi spesies tanaman hutan iaitu getah TLC, Akasia, Kelampayan/Laran, Batai, Jati, Binuang, khaya dan Sentang.",
"“Baki terkini peruntukan PPLH berjumlah RM85 juta. Kementerian saya sedang dalam proses mengubah skim pinjaman ini kepada pembiayaan patuh Syariah,” katanya.",
"Bagi membangunkan lagi industri buluh, katanya kementerian melalui Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia kini dalam proses menghasilkan Pelan Tindakan Pembangunan Industri Buluh Malaysia 2021-2030.",
"“Buluh boleh digunakan untuk menghasilkan papan lapis, perabot, makanan, fabrik, kraftangan, kutleri, pembinaan, eko-pelancongan dan bahan bakar seperti pembuatan arang dan pellet.",
"Beliau juga berkata buluh mampu menjana anggaran pendapatan bersih sebanyak RM36,000 sehektar, selepas menolak kos tanaman buluh termasuk kos buruh, anak pokok, penyelenggaraan dan pengeluaran sehektar sebanyak RM28,000 sehektar."
] |
https://www.melakahariini.my/mufc-berpeluh-sebelum-seri-di-laman-sendiri/ |
MUFC ‘berpeluh’ sebelum seri di laman sendiri
| [
"KELAB Bolasepak Melaka United (MUFC) gagal memanfaatkan aksi pembukaan Liga Super 2021 di laman sendiri apabila sekadar seri 1-1 dengan Sabah FC di Stadium Hang Jebat, malam tadi.",
"Anak buah Zainal Abidin Hassan bagaimanapun terlebih dahulu tersentak dengan jaringan pemain tengah Sabah, Hamran Peter pada minit ke-46, sebelum S Kumaahran muncul penyelamat tuan rumah apabila menyumbat gol penyamaan pada minit ke-63.",
"Dalam aksi yang berlangsung dalam cuaca hujan renyai itu, tuan rumah bermula garang dengan melakukan beberapa asakan ke kubu lawan sebaik sepak mula.",
"Antara percubaan terbaik hadir seawal minit ke-2 dan 3 menerusi gandingan Sony Norde dan Alex dos Santos Goncalvez di jentera serangan, namun percubaan tersebut gagal menembusi gawang lawan.",
"Sabah yang lebih mengamalkan corak permainan bertahan dan melakukan serangan balas, bagaimanapun berhasil membuka tirai jaringan tatkala memasuki masa kecederaan separuh masa pertama.",
"Gol itu hadir menerusi lencongan cantik Bobby Gonzalez kepada Hamran di sebelah kiri pintu gol yang kemudian merembat bola menewaskan Khairul Fahmi Che Mat.",
"Peluang terbaik tuan rumah hadir pada minit ke-55 apabila pintu gol Sabah terbuka luas untuk Concalvez menjaringkan gol selepas menerima hantaran Kumaahran.",
"Gol yang dicari-cari tuan rumah akhirnya hadir pada minit ke-63 berpunca daripada hantaran cantik Norde mencari Kumaahran yang kemudiannya melakukan rembatan deras ke pintu gol.",
"Tidak lama selepas itu, Norde hampir sahaja menambah jaringan kedua buat MUFC pada minit ke-68, namun sayang, rembatan leretnya hanya sedikit tersasar di kanan pintu gol."
] |
https://www.melakahariini.my/pembentukan-kerajaan-perpaduan-di-melaka-akan-dibincangkan-ahmad-zahid/ |
Pembentukan Kerajaan Perpaduan di Melaka akan dibincangkan – Ahmad Zahid
| [
"Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan itu akan dicapai selepas perbincangan bersama Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.",
"Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Santunan Kasih Ramadan Peringkat Negeri Melaka 2023 di Masjid Jamek Ar-Rahman, Kampung Pulai, di sini, hari ini.",
"Hadir sama, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali; Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang; Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Zaidi Johari dan Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum.",
"Turut hadir, Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh; Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman; Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Serkam Datuk Zaidi Attan serta barisan Exco Kerajaan Negeri.",
"Sementara itu, Ahmad Zahid dalam ucapan perasmiannya berkata, Pilihan Raya Negeri (PRN) yang diadakan sebelum ini telah mengubah landskap politik negara.",
"“Sudah pasti landakap politik akan berubah, situasi akan bertukar, namun apa yang penting ialah nasib rakyat dan kepelbagaian agama itu perlu dijaga,” katanya."
] |
https://www.melakahariini.my/kkr-bakal-lancar-dasar-pembangunan-jalan-dan-lebuhraya-2030/ |
KKR bakal lancar Dasar Pembangunan Jalan dan Lebuhraya 2030
| [
"KUALA LUMPUR, 11 Okt – Kementerian Kerja Raya (KKR) akan melancarkan Dasar Pembangunan Jalan dan Lebuhraya 2030 selain sedang menyediakan Dasar Penyelenggaraan Infrastruktur Negara 2030, bertujuan mencapai pembangunan mampan menerusi infrastruktur jalan yang berdaya tahan.",
"Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata untuk itu semua pihak yang berkaitan perlu bekerja secara kolaboratif dan menggembleng usaha dalam membina infrastruktur yang berdaya serta mampan.",
"“Jalan yang akan dibina perlu disepadukan dengan sistem lain seperti lembangan sungai, penggunaan tanah, dan pembangunan di sekelilingnya. Oleh itu, terdapat keperluan untuk menerima pakai kriteria Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) bagi mengurangkan risiko kerosakan yang meluas kepada infrastruktur kita, sekiranya berlaku bencana alam.",
"“Justeru, saya amat berharap supaya dapatan daripada persidangan ini boleh digunakan dalam penggubalan dasar serta dokumen yang sedang dan akan disediakan pada masa akan datang,” katanya.",
"Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Persidangan dan Pameran Jalan Malaysia (MRC) Ke-11 serta Kongres Persekutuan Jalan Antarabangsa (IRF) Rantau Asia-Pasifik Ke-4 di Pusat Dagangan Dunia di sini hari ini.",
"Fadillah turut memaklumkan bahawa KKR akan memulakan persiapan untuk Pelan Pembangunan Rangkaian Lebuhraya bagi Sabah dan Sarawak yang akan dilancarkan pada 2025.",
"Pada majlis itu beliau menyampaikan Anugerah Pelajar Tahun Akhir Terbaik Presiden Pertubuhan Kejuruteraan Jalan Malaysia (REAM) 2022 kepada empat pelajar iaitu Hafizatul Ulya Harun dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Khairul Faisal Hasanuddin (Universiti Pertahanan Nasional Malaysia), Choon Yue Hua (Universiti Malaya) dan P. Dineshkumar (Universiti Teknologi Malaysia).",
"Fadillah turut menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Jalan Raya 2022 kepada Projek Jambatan Menghubungkan Kampung Lambor Kiri ke Kampung Lambor (merentasi Sungai Perak) oleh KKR menerusi Jabatan Kerja Raya sebagai agensi pelaksana.",
"Bertemakan Ke Arah Infrastruktur Jalan Raya Yang Berdaya Tahan, persidangan tiga hari bermula hari ini itu, disertai kira-kira 1,000 peserta dari 20 negara serta lebih 100 reruai pameran oleh pempamer tempatan dan luar negara."
] |
https://www.melakahariini.my/sensasi-rentapan-yu-berkepala-pari-kelong-umbai/ |
Sensasi rentapan ‘yu berkepala pari’ Kelong Umbai
| [
"SERKAM 25 November – Seorang pemancing sama sekali tidak menyangka umpan udang hidup yang dilabuhkannya ketika memancing di Kelong Umbai, di sini, disambar spesies yang tidak disangka-sangka.",
"Mohd Khairul Isnin, 37, yang memancing bersama empat lagi rakannya terkejut apabila pertarungan mendebarkan hampir 40 minit berakhir dengan tumpasnya ikan ‘yu berkepala pari’ atau nama komersialnya yu kemejan.",
"Menceritakan detik pertarungan itu, pemandu lori yang digelar Ayun Rimba Pari berkata, sebaik joran 10 kaki yang dipadankan dengan kekili bersaiz 5,000 direntap spesies pemangsa itu kira-kira jam 3.30 petang, dia dapat merasakan sesuatu yang berbeza berada di hujung kail.",
"“Saya biasa mendaratkan ikan pari, malong dan tebal pipi di sini, tetapi kali ini, saya dapat rasakan ia ikan yang berbeza.",
"“Alhamdulillah, selepas hampir 40 minit bertarung, ikan mulai lemah dan rakan kami berjaya menaikkan ikan itu ke kelong,” katanya kepada Melaka Hari Ini.",
"Mohd Khairul yang berasal dari Malim berkata, walaupun ikan seberat hampir 10 kilogram itu bukanlah ikan terbesar pernah didaratkannya, namun dia tetap menganggapnya sebagai satu trofi baharu sebagai kaki pancing.",
"“Sama seperti ikan pari, isi ikan ini juga sangat lembut dan enak dimakan,” katanya yang turut menaikkan dua lagi ikan pari seberat 18 dan 10 kilogram pada trip yang sama."
] |
https://www.melakahariini.my/pulau-besar-gelanggang-dakwah/ |
Pulau Besar ‘gelanggang’ dakwah
| [
"TELOK MAS, 5 Oktober – Pulau Besar yang cukup sinonim dengan panggilan ‘Pulau Keramat’ kini menjadi kawasan pelancongan baharu dengan potensinya sebagai pusat penyebaran dakwah.",
"Mufti Negeri Melaka, Datuk Wira Abdul Halim Tawil berkata, pihaknya menyokong usaha bagi menghidupkan kawasan itu sebagai hab pelancongan agama selari dengan subsektor pelancongan ke-14 asalkan ia tidak menyimpang daripada fahaman agama Islam.",
"“Pulau Besar ada kubur Sultan Al-Ariffin yang merupakan antara pendakwah penting dalam menyebarkan agama Islam, malah meneroka tempat ini sebagai pusat perkembangan dakwah alam Melayu.",
"“Jadi memang relevan jika dikatakan sebagai pusat penyebaran Islam sejak dahulu lagi. Justeru, saya lihat ada keperluan untuk menambah baik kawasan beribadat di sini, sekali gus dapat mengimarahkan aktiviti keagamaan.",
"“Saya yakin pihak berkenaan boleh memikirkan langkah-langkah seperti pemasangan kamera litar tertutup (CCTV), pondok keselamatan, tempat rehat untuk pengunjung, kerja-kerja penebangan pokok dan pembersihan seperti yang sedang dilakukan kini,” katanya.",
"Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini (MHI) selepas lawatannya ke Pulau Besar yang turut dihadiri Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Haji Abdul Rahman Osman, semalam.",
"Sementara itu, Abdul Rahman berkata, pulau tersebut memiliki keunikan tersendiri daripada aspek sejarahnya untuk dijadikan sebagai pusat penyebaran ilmu dan bukannya dipalitkan dengan unsur kepercayaan karut.",
"“Pulau ini sangat cantik dan antara pulau yang setanding Pulau Tioman. Apabila dikatakan ada tahfiz akan dibuka semula di tempat ini saya amat bersetuju kerana inilah masanya kita mengubah pemikiran masyarakat yang terus mengatakan ini tempat pemujaan.",
"“Syabas kepada Jabatan Mufti Negeri Melaka yang bersungguh-sungguh menjaga tempat ini. Kalau dijaga sebaiknya, tempat ini akan menjadi lokasi menyebarkan dakwah, meningkatkan ketaqwaan, seterusnya menjadi pulau kebanggaan pelancongan untuk umat Islam,” katanya."
] |
https://www.melakahariini.my/8-lokasi-pelancongan-melaka-jana-lebih-rm3-36-juta-exco/ |
8 lokasi pelancongan Melaka jana lebih RM3.36 juta – Exco
| [
"AYER KEROH – Lapan lokasi pelancongan utama Melaka berjaya merekodkan nilai kutipan tiket berjumlah lebih RM3.36 juta sejak sektor pelancongan dibuka pada 1 Okt lalu.",
"Exco Pelancongan Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, antara lokasi pelancongan paling popular ialah Zoo Melaka, Menara Taming Sari, Melaka River Cruise, AFamosa Water Theme Park dan AFamosa Safari Wonderland.",
"Selain itu, katanya tiga buah muzium iaitu Muzium Samudera, Muzium Kapal Selam dan Muzium Sejarah & Ethnografi turut mencatat kutipan tiket memberangsangkan setakat data 28 Okt lalu.",
"“Berdasarkan tinjauan tersebut, jumlah kedatangan pelancong dan jumlah kutipan tiket di lapan buah produk pelancongan yang paling popular tersebut bermula pada 1 Oktober 2021 hingga 28 Oktober 2021 direkodkan sejumlah 135,573 orang."
] |
https://www.melakahariini.my/bayaran-fasa-3-bantuan-khas-covid-rm1-2-bilion-isnin-ini-pm-ismail-sabri/ |
Bayaran Fasa 3 Bantuan Khas COVID RM1.2 bilion, Isnin ini – PM Ismail Sabri
| [
"KUALA LUMPUR, 18 Dis – Pembayaran Fasa 3 Bantuan Khas COVID-19 (BKC) sebanyak RM300 akan dibuat pada Isnin ini (20 Dis) melibatkan peruntukan berjumlah RM1.2 bilion untuk 3.8 juta penerima isi rumah kategori miskin dan B40, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.",
"Perdana menteri berkata dengan pembayaran itu, lengkaplah nilai bantuan di bawah BKC berjumlah RM4.6 bilion yang menzahirkan komitmen kerajaan dalam memastikan pembayaran BKC sedikit sebanyak meringankan beban rakyat yang masih terkesan akibat pandemik COVID-19.",
"Bayaran untuk penerima yang tidak mempunyai akaun bank (termasuk di Sabah dan Sarawak) pula akan dibuat melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan bank berkenaan akan mengeluarkan panduan prosedur operasi standard (SOP) dari semasa ke semasa.",
"Pembayaran Fasa 1 dan Fasa 2 BKC telah diselesaikan pada September dan November lepas dengan peruntukan RM3.4 bilion untuk hampir 10 juta penerima.",
"Semakan status kelulusan BKC boleh dibuat melalui Portal BKC, https://bkc.hasil.gov.my selain bagi mendapatkan maklumat lanjut termasuk kriteria penerima dan nilai bantuan yang diterima.",
"Bagi kategori B40, isi rumah akan menerima RM800, warga emas bujang/tiada pasangan (RM200) dan bujang (RM200) manakala kategori M40, isi rumah layak menerima RM250, warga emas bujang/tiada pasangan (RM100) dan bujang (RM100).- BERNAMA"
] |
https://www.melakahariini.my/56-anggota-polis-ns-dibuang-kerja-dalam-tempoh-lima-tahun/ |
56 anggota polis NS dibuang kerja dalam tempoh lima tahun
| [
"SEREMBAN, 20 Jan – Seramai 56 anggota dan pegawai polis di Negeri Sembilan telah dikenakan tindakan tatatertib dibuang kerja berikutan terlibat dengan pelbagai kesalahan jenayah dalam tempoh lima tahun sejak 2017, kata Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Mohamad Mat Yusop.",
"Beliau berkata daripada jumlah tersebut seramai 31 individu terbabit dalam jenayah termasuk berkaitan tatatertib, dadah, syariah dan rasuah manakala 25 individu dibuang kerja atas kesalahan melakukan kekerasan atau dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada orang lain.",
"Mohamad berkata pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pegawai dan anggota yang terlibat dengan jenayah atau bersekongkol dengan sindiket haram yang melanggar undang-undang yang mencemarkan imej pasukan.",
"“Statistik tersebut perlu diberi perhatian serius…lebih-lebih lagi kami merupakan ‘role model’ kepada orang ramai. Saya mahu lihat lebih banyak interaksi positif antara polis bersama masyarakat diadakan.",
"“Jadi, saya berharap semua warga PDRM Kontinjen Negeri Sembilan menjalankan tugas dengan penuh amanah dan sentiasa bekerja dengan penuh berintegriti demi menjaga nama baik pasukan,” katanya.",
"Beliau berkata dalam meningkatkan persefahaman dan mengeratkan silaturahim antara polis serta masyarakat, pelbagai pendekatan perlu dilakukan termasuk kaedah interaksi secara bersemuka dengan orang awam di peringkat akar umbi.",
"Mohamad berkata pendekatan itu juga bukan sahaja dapat membetulkan segala maklumat salah, persepsi kurang tepat selain tuduhan melulu terhadap warga PDRM, malah dapat memberi peluang kepada masyarakat untuk mengenali peranan dan tugas anggota polis secara lebih dekat.",
"“Jika kita dapat lakukan ini, maka segala tuduhan yang tidak berasas terhadap pasukan, tentunya dapat dikurangkan. Bersama-samalah kita bertindak sebagai satu pasukan, bergerak dalam satu tenaga dengan matlamat membanteras jenayah dan keganasan tanpa mengira jabatan dalam PDRM,” tambahnya.",
"Dalam pada itu, beliau berkata terdapat sebanyak 281 kekosongan jawatan daripada semua bahagian di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan ketika ini melibatkan pelbagai jawatan termasuk Inspektor dan Sarjan untuk diisi oleh individu yang berkelayakan. – BERNAMA"
] |
https://www.melakahariini.my/rais-kekal-ketua-umno-tangga-batu-presiden-umno/ |
Rais kekal Ketua UMNO Tangga Batu – Presiden UMNO
| [
"SERKAM 27 Mac – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput Datuk Rais Yasin disahkan kekal sebagai Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu.",
"Presiden UMNO, Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya mengesahkan keabsahan lantikan itu selepas dimaklumkan Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU) pusat, sebentar tadi.",
"Ia sekali gus menepis laporan mengaitkan kemenangan Rais pada pemilihan baru-baru ini dibatalkan seperti yang ditularkan pada satu surat Jawatankuasa Bantahan Pemilihan UMNO Malaysia 2023, hari ini.",
"“Dan Rais diabsahkan sebagai Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan Solat Sunat Tarawih sempena Majlis Santunan Kasih Ramadan Peringkat Negeri Melaka 2023 diadakan di Masjid Jamek Ar-Rahman, Kampung Pulai Serkam, di sini hari ini.",
"Perkara itu dimaklumkan bSetiausaha UMNO Bahagian Tangga Batu Datuk Abdul Latip Mohamad yang memaklumkan menerima surat itu daripada JPU pusat yang dikongsikan menerusi aplikasi WhatsApp pada jam 2.26 petang tadi."
] |
https://www.melakahariini.my/penipuan-kerja-di-luar-negara-168-rakyat-malaysia-terkandas/ |
Penipuan kerja di luar negara, 168 rakyat Malaysia terkandas
| [
"Katanya hasil soal siasat mendapati mangsa diperdaya menerusi iklan peluang kerjaya di Facebook sebagai pegawai khidmat pelanggan di luar negara dengan bayaran yang lumayan.",
"“Mangsa yang tertarik dengan tawaran itu akan menghubungi ejen melalui aplikasi WeChat, WhatsApp dan Messenger. Setelah mendapat persetujuan mangsa, ejen memaklumkan akan mengurus dan menanggung kos perbelanjaan perjalanan ke destinasi pekerjaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.",
"Beliau berkata mereka seterusnya dikurung dan dikawal ketat serta akhirnya dipaksa bekerja untuk sindiket perjudian online, scammer, pelaburan, love scam dan lain-lain penipuan.",
"“PDRM kini sedang bekerjasama dengan Kementerian Luar Negeri, Aseanapol (Polis Negara ASEAN), Interpol (Pertubuhan Polis Jenayah Antarabangsa) bagi mengesan dan membawa pulang mangsa yang masih terkandas.",
"“Ahli keluarga atau kenalan mangsa yang mempunyai sebarang maklumat dinasihatkan membuat laporan polis sekiranya belum berbuat demikian dan jangan berurusan terus dengan pihak sindiket atau orang yang tidak dikenali,” katanya.",
"Sementara itu, Noorsiah berkata menerusi Op Pintas ‘Daya’ pada 3 Ogos lepas, enam individu termasuk dua wanita warga tempatan telah ditahan kerana disyaki terlibat kegiatan sindiket sama.",
"“Kesemua yang ditahan berumur lingkungan 33 hingga 45 tahun bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 12 dan Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.",
"Beliau berkata operasi tersebut dijalankan dengan kerjasama Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Pasukan Petugas Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) serta Kementerian Dalam Negeri."
] |
https://www.melakahariini.my/bantuan-khas-kewangan-rm350-turut-diberi-kepada-veteran-atm-tidak-berpencen-ismail-sabri/ |
Bantuan khas kewangan RM350 turut diberi kepada Veteran ATM tidak berpencen – Ismail Sabri
| [
"KUALA LUMPUR 1 Nov – Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak RM350 secara sekali beri kepada satu juta pesara kerajaan yang diumumkan dalam pembentangan Bajet 2022 pada Jumaat lepas akan turut diberikan kepada golongan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak berpencen.",
"Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata langkah itu selaras amalan semasa kerajaan yang prihatin terhadap golongan veteran ATM tidak berpencen agar turut menerima BKK.",
"Ismail Sabri berkata Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) menganggarkan sehingga kini terdapat kira-kira 300,000 veteran ATM terdiri daripada mereka yang berpencen, penerima pencen terbitan dan tidak berpencen.",
"“Sehubungan itu, veteran ATM tidak berpencen yang belum berdaftar disarankan untuk berbuat demikian dengan JHEV agar BKK dapat disalurkan kepada mereka menjelang bulan Januari 2022,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.",
"Jumaat lepas, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat berkata seramai satu juta pesara kerajaan akan menerima Bantuan Khas Kewangan berjumlah RM350.- BERNAMA"
] |
https://www.melakahariini.my/vaksin-remaja-ikut-arahan-dan-sop-yang-ditetapkan-khairy/ |
Vaksin remaja: Ikut arahan dan SOP yang ditetapkan – Khairy
| [
"PUTRAJAYA 24 Sept. – Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengingatkan pusat pemberian vaksin (PPV), Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan Pejabat Pendidikan Daerah yang terlibat dalam pelaksanaan program vaksinasi remaja, agar tidak mengeluarkan sebarang arahan dan prosedur operasi standard (SOP) berbeza.",
"Beliau turut mengingatkan ibu bapa atau penjaga, untuk membawa remaja bersekolah ke PPV mengikut tarikh dan masa janji temu yang ditetapkan.",
"“Saya ingin mengingatkan semua PPV yang terlibat, pihak PKD dan juga PPD supaya mengikut arahan atau ketetapan yang telah diumumkan berhubung kaedah pemberian vaksin kepada remaja.",
"“Saya telah jelaskan dan timbalan menteri pun sudah menjelaskan beberapa hari lepas,” katanya dalam sidang media berkaitan perkembangan COVID-19 hari ini.",
"Khairy menasihatkan ibu bapa supaya tidak bergegas ke PPV bersama anak untuk vaksinasi, kerana jadual janji temu vaksinasi remaja dibuat dengan kerjasama PKD dan PPD terlebih awal.",
"Beliau berkata, pemberian vaksinasi remaja secara berjadual di 156 PPV Awam, Integrasi dan sekolah bermula semalam, dengan pemberian vaksinasi tanpa janji temu hanya dibenarkan untuk remaja yang tidak bersekolah, remaja sedang belajar di institusi pengajian awam dan remaja yang ‘home schooling’.",
"“Saya sendiri sudah ‘tidur’ di pasar raya kerana terlupa ‘checkout’. Kita akan lihat apakah kaedah yang terbaik untuk memastikan ciri-ciri ‘checkout’ digunakan dengan sempurna.",
"“Niat fungsi ‘checkout’ itu untuk kita ketahui di mana anda berada di sesuatu lokasi dengan lebih tepat dan tahu anda berada di lokasi itu untuk tempoh yang spesifik. Niat memang baik, tetapi pelaksanaannya perlu dimantapkan lagi,” katanya."
] |
https://www.melakahariini.my/upsi-iktiraf-usaha-cikgu-ismail-bersihkan-sungai-balun/ |
UPSI iktiraf usaha Cikgu Ismail bersihkan Sungai Balun
| [
"TANJUNG MALIM 4 Mac. – Seorang guru, Ismail Muhamad Zain yang sanggup membersihkan Sungai Balun di Slim River di sini secara sukarela Februari lepas, menerima pengiktirafan sebagai Ikon Alumni Anak Kandung Suluh Budiman (AKSB) dari Pusat Alumni Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), hari ini.",
"Beliau yang juga bekas penuntut UPSI dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak itu menerima pengiktirafan berkenaan dalam satu majlis penyampaian sijil penghargaan di Kampus Sultan Azlan Shah, di UPSI.",
"Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UPSI Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata, pengiktirafan Ismail sebagai Ikon AKSB dilihat amat tepat kerana usaha bekas pelajar tersebut telah memberi impak kepada masyarakat.",
"“Usaha cikgu Ismail yang murni perlu dijadikan contoh, ketika kita sibuk dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di kawasan masing-masing, beliau dengan rutin hariannya membersihkan Sungai Balun yang merupakan nadi dan sumber kepada kehidupan kepada masyarakat.",
"“Sehubungan itu, adalah diharapkan sijil penghargaan AKSB dapat memberi inspirasi kepada seluruh warga dan alumni UPSI di seluruh negara dan setiap mahasiswa mahupun alumni sentiasa digalakkan untuk menyumbang kepada masyarakat,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan, hari ini.",
"Sementara itu, Ismail, 40, yang juga guru Penyelaras Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan Seri Besout, Sungkai, berkata beliau berasa gembira dan syukur dengan pengiktirafan daripada pihak universiti.",
"“Alhamdulillah, langsung tidak menyangka usaha kecil saya telah mendapat perhatian ramai pihak apatah lagi sampai ke pengetahuan pihak Istana Negeri Perak.",
"“Kita semua telah dididik dan cakna terhadap kepentingan sungai dalam kehidupan seharian, maka dengan menjaga kelestariannya adalah galasan yang perlu sama-sama kita pikul,” katanya.",
"Pada 14 Februari lepas, sebuah akhbar tempatan menyiarkan kisah Ismail yang sanggup bergelumang lumpur, selut dan lintah seorang diri demi membersihkan sampah yang terperangkap di dalam Sungai Balun."
] |
https://www.melakahariini.my/kewujudan-badan-berkuasa-mutlak-rencat-pengurusan-darurat-kesihatan-marzuki/ |
Kewujudan badan berkuasa mutlak rencat pengurusan darurat kesihatan- Marzuki
| [
"KUALA LUMPUR 10 Jun- Gesaan beberapa pihak supaya Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mewujudkan sebuah badan berkuasa mutlak seperti Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) bukanlah langkah yang sesuai pada masa kini.",
"Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Dr Marzuki Mohamad berkata, cadangan itu adalah langkah ke belakang yang akan merencatkan perancangan kerajaan dan segala usaha penjawat awam, barisan hadapan, pihak industri serta rakyat untuk memulihkan negara daripada krisis kesihatan dan ekonomi.",
"“Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) ketika membuat pengumuman mengenai pelaksanaan Darurat 2021 juga menegaskan bahawa perisytiharan darurat oleh Seri Paduka bukan bermakna negara kita berada di bawah pentadbiran yang berkuasa mutlak seperti pemerintahan ala tentera.",
"“Kerajaan sivil atau a civilian government masih berfungsi dan ciri civilian government ini mesti dipertahankan sepanjang tempoh darurat berkuat kuasa,” katanya melalui perkongsian Facebook mengenai pengurusan darurat.",
"Beliau berkata keadaan yang dihadapi negara pada masa ini amat berbeza dengan situasi pada 1969 apabila darurat diisytiharkan susulan tercetus rusuhan kaum yang mengorbankan nyawa.",
"Jelasnya pada masa ini Malaysia tidak berhadapan dengan darurat keselamatan, tetapi darurat kesihatan dan negara juga mempunyai Kabinet yang sedang berfungsi.",
"Menurut beliau, Kabinet yang bersidang setiap Rabu itu membincangkan pelbagai keputusan bukan sahaja mengenai COVID-19, malah melibatkan pentadbiran negara, pengurusan ekonomi, kebajikan rakyat, kewangan, keselamatan, pertahanan, pendidikan, hubungan antarabangsa dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran negara secara keseluruhannya.",
"Marzuki turut mengingatkan bahawa kerajaan bukan sahaja sedang mengurus pandemik, tetapi turut mengurus kebajikan dan kehidupan rakyat dengan pelbagai kementerian serta jabatan sedang berfungsi untuk menyampaikan pelbagai bentuk bantuan kepada rakyat.",
"Ini termasuk melalui pakej-pakej rangsangan ekonomi dan bantuan kewangan yang telah diumumkan oleh kerajaan termasuk yang terbaharu PEMERKASA Tambahan bernilai RM40 bilion dengan suntikan fiskal berjumlah RM5 bilion.",
"“Penyampaian bantuan-bantuan itu mesti diteruskan oleh kementerian dan agensi berkaitan yang berfungsi di bawah pentadbiran sivil tanpa gangguan oleh mana-mana pihak yang berkuasa mutlak,” katanya.",
"Menurut Marzuki, kerajaan juga telah mempunyai beberapa mekanisme khusus untuk menangani pandemik COVID-19, antaranya melalui Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara Mengenai Pengurusan COVID-19 yang bersidang sekurang-kurangnya dua kali seminggu.",
"Selain itu, kerajaan juga mengadakan Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara Mengenai Darurat yang bersidang sekurang-kurangnya sekali seminggu dan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin yang bertanggungjawab merancang dan melaksanakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.",
"“Kita memang berharap agar keadaan akan kembali pulih seperti sediakala. Apabila hampir kesemua penduduk negara kita telah menerima vaksin dan kita telah mencapai herd immunity yang dijangka sebelum akhir tahun ini, insya-Allah sektor-sektor ekonomi dan sosial akan dibuka semula. Kita akan lebih selamat daripada dijangkiti COVID-19.",
"“Pada ketika itu, saya percaya aktiviti politik dan proses demokrasi juga boleh berlangsung dengan lebih rancak. We will be seeing a more vibrant political and democratic process. Bukan sahaja nak adakan sidang Parlimen, nak adakan pilihan raya pun boleh.",
"“Dengan proses vaksinasi yang sedang giat berjalan dan Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang berkuat kuasa, saya percaya kita memerlukan sedikit masa saja lagi untuk keluar daripada krisis yang sedang membelenggu kita pada masa ini,” katanya."
] |
https://www.melakahariini.my/jalani-saringan-covid-19-kedua-atau-didakwa/ |
Jalani saringan Covid-19 kedua atau didakwa
| [
"KUALA LUMPUR 25 Julai – Kerajaan memberi tempoh dua hari sehingga esok kepada 2,897 individu dikuarantin wajib di rumah yang masih gagal menjalani ujian saringan COVID-19 kali kedua pada hari ke-13 kuarantin untuk berbuat demikian.",
"Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sekiranya mereka gagal berbuat demikian dalam tempoh dua hari ini, mereka akan ditahan, direman dan dihadapkan ke mahkamah.",
"“Tiada lagi kompromi, amaran dan nasihat kerana mereka boleh membahayakan nyawa orang lain. Kalau degil juga pada Isnin polis akan tangkap dan tahan mereka…tiada kompaun, ‘charge’ (dakwa) di mahkamah terus,” katanya pada sidang media mengenai perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini hari ini.",
"Ismail Sabri berkata perkara itu dipersetujui dalam Mesyuarat Khas Menteri-menteri berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Pejabat Perdana Menteri, di Putrajaya hari ini.",
"“Kerajaan memandang serius perkara ini kerana ada kes lepas mendapati ada antara mereka (individu dikuarantin wajib di rumah) yang positif pada hari ke-13 dan kita takut mereka potong sendiri ‘wristband’. Kita nak ingatkan bahawa kita ada (maklumat) nama dan alamat mereka,” tegasnya."
] |
https://www.melakahariini.my/peningkatan-kluster-di-tempat-kerja-membimbangkan-dr-noor-hisham/ |
Peningkatan kluster di tempat kerja membimbangkan- Dr Noor Hisham
| [
"KUALA LUMPUR 28 Mei – Malaysia kini berdepan kes jangkitan COVID-19 kluster tempat kerja yang membimbangkan apabila merekodkan jumlah tertinggi selain kluster perayaan dan rentas negeri, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.",
"Dr Noor Hisham dalam kenyataan semalam berkata sejak 1 April hingga kelmarin (26 Mei), sebanyak 287 kluster tempat kerja dilaporkan melibatkan 17,087 kes dan daripada jumlah itu 233 kluster masih aktif direkodkan membabitkan 16,785 kes aktif.",
"“Tiga negeri yang direkodkan kluster tempat kerja tertinggi dalam tempoh ini ialah Selangor dengan 74 kluster (25.7 peratus), Johor 53 kluster (18.4 peratus) dan Pulau Pinang 31 kluster (10.8 peratus).",
"“Sektor pengilangan didapati penyumbang bilangan kluster tertinggi berbanding subkategori lain iaitu sebanyak 132 kluster (46 peratus) dalam tempoh sama dan ia diikuti sektor perkhidmatan yang merekodkan 57 kluster (20 peratus),” katanya.",
"Menurutnya walaupun kerajaan mengumumkan pelaksanaan PKP 3.0 bermula pada 12 Mei, trend kluster di tempat kerja masih tidak menunjukkan penurunan yang ketara.",
"Katanya sebanyak 115 kluster tempat kerja dengan 5,392 kes dilaporkan antara 12 Mei sehingga 26 Mei dengan lebih separuh daripada jumlah tersebut melibatkan sektor pengilangan (62 kluster).",
"Oleh itu, katanya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyambut baik inisiatif Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) memperkenalkan prosedur operasi standard (SOP) baharu dikenali sebagai [email protected] bagi mengimbangi kelangsungan operasi perkilangan dengan pengawalan wabak.",
"Pada masa sama KKM turut menasihatkan majikan supaya memastikan pematuhan SOP di tempat kerja seperti penyediaan tempat mencuci tangan atau ‘hand sanitizer’, pekerja mengenakan pelitup muka setiap masa dan mengelakkan pekerja berkumpul di ruang yang sempit.",
"Selain itu, mereka perlu memainkan peranan proaktif memastikan langkah pencegahan penularan COVID-19 diambil dan diikuti pekerja di tempat penginapan seperti memastikan katil atau tempat tidur disusun mengikut penjarakan sekurang-kurangya satu hingga dua meter selain mengelakkan pekerja makan beramai-ramai di ruang makan.",
"Bagi pekerja pula, beliau mengingatkan supaya sentiasa mematuhi SOP ditetapkan semasa di tempat kerja untuk keselamatan diri seperti memakai pelitup muka, tidak bersembang dekat, menjaga kebersihan tempat makan dan memantau gejala, serta memaklumkan kepada majikan dengan segera sekiranya bergejala.",
"Dr Noor Hisham berkata kerjasama semua pihak amat diperlukan bagi memastikan tempat kerja dan penginapan pekerja berada dalam keadaan kondusif dan selamat untuk digunakan."
] |
https://www.melakahariini.my/rumah-terbuka-tahun-baharu-cina-melaka-pada-23-januari/ |
Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Melaka pada 23 Januari
| [
"Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap Jaya, Ngwe Hee Sem berkata, majlis yang diadakan di di Dewan Besar Kampung Permai, Machap Umboo, itu dijangka akan dihadiri lebih 5,000 tetamu daripada berbilang kaum, agama dan bangsa.",
"“Sudah pasti, tetamu yang hadir akan disaji dan dijamukan dengan pelbagai hidangan menarik,” katanya yang juga Exco Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna negeri."
] |
https://www.melakahariini.my/tangguh-umrah-untuk-perlahankan-omicron-khairy/ |
Tangguh umrah untuk perlahankan Omicron – Khairy
| [
"Menerusi catatan di akaun Twitternya beliau berkata mengikut Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), ‘presumptive’ Omicron, telah 100 peratus disahkan Omicron melalui jujukan genom penuh.",
"“Penilaian risiko akan terus dilakukan. Buat masa ini Kementerian Kesihatan (KKM) tahu satu dos penggalak diperlukan. Lebih dari itu kita (KKM) kaji dari semasa ke semasa bila data saintifik baharu muncul. Yang penting respons kita (KKM) ikut data yang baharu. Ini yang dimaksud respons yang evidence-based,” katanya.",
"Semalam Khairy mengumumkan kerajaan memutuskan untuk menangguhkan sementara kebenaran perjalanan mengerjakan ibadah umrah bermula 8 Jan ini bagi membendung penularan varian Omicron COVID-19.",
"Penangguhan itu adalah susulan kebimbangan terhadap penularan varian berkenaan akibat ketidakpatuhan jemaah umrah kepada prosedur kuarantin kediaman masing-masing yang menyebabkan berlakunya jangkitan dalam kalangan ahli keluarga mereka.",
"Khairy berkata kebolehjangkitan Omicron adalah lebih besar berbanding varian Delta dan jika denominator kes lebih besar, sudah pasti kemasukan ke hospital dan unit rawatan rapi (ICU) lebih tinggi, dan KKM mahu mengelak sistem kesihatan negara menjadi lumpuh disebabkan varian ini, melalui strategi memperlahankan penularannya.",
"Beliau berkata justeru liputan dos penggalak yang luas; pemakaian pelitup muka; pengudaraan yang baik; TRIIS atau ‘Test, Report, Isolate, Inform, Seek’; MySJ Trace dan kawalan pintu masuk antarabangsa, merupakan antara langkah memperlahankan penularan Omicron.",
"Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi akaun Twitter beliau berkata kadar kebolehjangkitan COVID-19 berdasarkan jangkaan mengikut kes seharian pada 1 Jan untuk seluruh negara adalah 0.99. – BERNAMA"
] |
https://www.melakahariini.my/wan-zahidi-dilantik-mufti-perak-baharu-berkuat-kuasa-ogos/ |
Wan Zahidi dilantik Mufti Perak baharu berkuat kuasa Ogos
| [
"IPOH, 17 Jun – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan melantik Datuk Wan Zahidi Wan Teh sebagai Mufti Perak yang baharu untuk tempoh dua tahun berkuat kuasa 1 Ogos depan.",
"Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim berkata Wan Zahidi yang kini Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia dan berasal dari Gerik merupakan seorang tokoh pemikir Islam yang memberikan sumbangan besar kepada dunia akademik, penyelidikan, pendidikan serta pembangunan modal insan.",
"“Beliau pernah menjawat pelbagai jawatan penting seperti Pakar Perunding Yayasan Dakwah Islamiah, Rektor Kolej Islam Darul Ridzuan, Mufti Wilayah Persekutuan dan Felo Kehormat Kanan Universiti Islam Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.",
"Pada 30 Mei 2021, Tan Sri Dr Harussani Zakaria, 82, yang dilantik sebagai Mufti Perak sejak 1985 meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini semasa mendapatkan rawatan kerana jangkitan COVID-19."
] |
https://www.melakahariini.my/tyt-melaka-beri-penghormatan-terakhir-kepada-tun-rahah/ |
TYT Melaka beri penghormatan terakhir kepada Tun Rahah
| [
"MELAKA 19 Dis. – Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia (Dr.) Mohd Ali Mohd Rustam memberikan penghormatan terakhir ke atas Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah di rumahnya di Jalan Eaton, Kuala Lumpur malam tadi menurut sumber hantaran Facebook Perikatan Nasional Melaka.",
"Kenyataan rasmi Istana Melaka hari ini menyebut, Tun Mohd Ali serta isteri, Toh Puan Asmah Abdul Rahman merakamkan salam takziah buat keluarga Allahyarhamah Tun Rahah.",
"“TYT Tun dan Toh Puan serta keluarga merakamkan salam takziah kepada seluruh keluarga Allahyarhamah Tun Rahah yang telah kembali ke Rahmatullah pada 18 Disember 2020. Ucapan takziah juga kepada bekas perdana menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak atas kepulangan bonda tercinta ke Rahmatullah.",
"“Semoga seluruh keluarga Allahyarhamah sabar dan tabah menghadapi suasana sedih dan pilu ini. Didoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan dikalangan mereka yang beriman,” jelas kenyataan tersebut.",
"Difahamkan, Tun Mohd Ali semalam meluangkan masa selama hampir satu jam 30 minit selepas tiba di kediaman Tun Rahah di Jalan Eaton, Kuala Lumpur pada jam 9.45 malam.",
"Rahah, 87 yang juga balu kepada bekas Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak Hussein, dilaporkan meninggal dunia, petang semalam ketika menerima rawatan di Hospital Prince Court.",
"Sebelum itu, beberapa pemimpin negara termasuk Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta pemimpin lain turut menziarahi Allahyarhamah."
] |
https://www.melakahariini.my/pm-mahu-pendidikan-rukun-negara-dijadikan-agenda-teras-kerajaan/ |
PM mahu pendidikan rukun negara dijadikan agenda teras kerajaan
| [
"PUTRAJAYA, 9 Julai – Pendidikan Rukun Negara perlu dijadikan agenda teras kerajaan bagi memastikan Rukun Negara sentiasa menjadi amalan dalam masyarakat untuk diwarisi dari satu generasi ke satu generasi, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.",
"Beliau berkata perlu ada usaha bersungguh-sungguh oleh semua pihak untuk menyemarakkan penghayatan prinsip dan nilai yang terkandung dalam Rukun Negara terutama bagi mengeratkan perpaduan rakyat di negara ini.",
"“Kementerian Perpaduan Negara dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia boleh menerajui pelaksanaan agenda ini menerusi pelbagai program, inisiatif dan aktiviti di bawah kementerian dengan kerjasama badan-badan bukan kerajaan, swasta dan masyarakat sivil.",
"“Saya percaya usaha yang bersungguh-sungguh digembleng oleh semua pihak, kita akan berjaya menyemarakkan penghayatan prinsip dan nilai Rukun Negara demi mengeratkan perpaduan rakyat di negara ini,” katanya ketika melancarkan Sambutan Ulang Tahun ke-50 Rukun Negara di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.",
"Rukun Negara diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 oleh Yang di-Pertuan Agong Almarhum Tuanku Ismail Nasirudin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin pada 31 Ogos 1970 bagi mencapai perpaduan lebih erat antara rakyat susulan peristiwa 13 Mei 1969.",
"Ia mengandungi lima prinsip yang menjadi falsafah negara iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan, Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang dan Kesopanan dan Kesusilaan.",
"Muhyiddin berkata rakyat Malaysia yang berjiwa patriotik dan cintakan negara perlu sentiasa menjunjung prinsip Rukun Negara yang diperkenalkan sejak di bangku sekolah lagi yang bukan sahaja sentiasa disebut, malah telah sebati dalam jiwa sanubari rakyat Malaysia.",
"Jelasnya, kelima-lima prinsip itu tercatat di dalam buku-buku latihan, papan tanda, dinding sekolah dan di tempat-tempat yang mudah dibaca untuk diketahui dan diingati.",
"“Sebenarnya bukanlah sukar untuk menghayati dan mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara asalkan kita mempunyai kesedaran untuk sentiasa mengeratkan perpaduan dan memelihara keharmonian melalui prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara,” katanya.",
"Sambutan jubli emas Rukun Negara dianjurkan bersama Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Kementerian Perpaduan Negara itu disiarkan secara langsung di Bernama TV (Astro 502, myFreview 121 dan unifi TV 631), RTM, Astro Awani serta platform media sosial.- BERNAMA"
] |
https://www.melakahariini.my/pmm-peruntukkan-rm17300-bantu-pelajar/ |
PMM peruntukkan RM17,300 bantu pelajar
| [
"Pengarahnya, Norizam Sekak berkata, sumbangan itu disalurkan pihaknya menerusi Program Imarah Ramadan yang dianjurkan PMM bersama Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (iLEAD) Kementerian Belia.",
"“Kesemua pelajar ini dipilih mengikut kriteria ditetapkan dan dengan sumbangan ini diharap dapat membantu mereka untuk membuat persiapan hari raya,” katanya.",
"Menurutnya, sumbangan itu adalah hasil daripada Zakat Perniagaan Koperasi Politeknik Merlimau Melaka Berhad (KPMMB) berjumlah RM16,000 dan turut diperoleh daripada tabung kebajikan serta sumbangan perseorangan.",
"Sementara itu, Timbalan Pengarah (sokongan Akademik) PMM Mohd Hoirie Abdul Manah berkata, pada program sama juga seramai 270 pelajar PMM turut mengikuti program iLead2Youth yang diadakan oleh iLEAD.",
"“Program ini berbentuk sesi wacana bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau Dr Muhamad Akmal Saleh yang mana pelajar dapat perkongsian yang hebat daripada beliau.",
"“Kita harap program seperti ini dapat diteruskan lagi untuk masa hadapan kerana amat bermanfaat untuk pelajar secara tidak langsung dapat merapatkan ukhwah sesama insan,” katanya."
] |
https://www.melakahariini.my/al-jufferi-tiga-pesilat-negara-mara-ke-separuh-akhir/ |
Al Jufferi, tiga pesilat negara mara ke separuh akhir
| [
"AYER KEROH 29 Julai – Jaguh silat negara, Mohd Al Jufferi Jamari menepati ramalan mara ke separuh akhir Kejuaraan Pencak Silat Dunia ke-19 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).",
"Ia selepas beliau berjaya menewaskan lawannya dari Filipina, Alvin T. Campos, 59-41 pada aksi suku akhir bagi kategori Tanding Kelas F.",
"Al Jufferi ketika ditemui pemberita selepas perlawanan bagaimanapun mengakui terpaksa bergelut sebelum menang berikutan terpaksa berdepan permainan ‘minda’ pesilat Filipina itu.",
"“Saya tidak salahkan pesilat itu tetapi cara dia agak tidak menyenangkan dan serangan yang dia cuba buat, namun saya cuba mengawal amarah dan gelanggang.",
"“Dari pusingan pertama, bila saya pegang body (tubuh) dia, dia menyiku bahu saya sedangkan dalam peraturan baharu teknik kunci itu dibenarkan.",
"“Dia (Campos) tahu ‘main injury’ saya di mana dan saya pula tidak tahan perasaan lalu melepaskan pada sasaran tepat,” katanya ketika ditemui selepas tamat perlawanan.",
"Bagi menghadapi saingan di separuh akhir esok, Al Jufferi sudah mengatur strategi untuk berdepan pesilat dari Algeria, Zetout Abdelmlk yang menewaskan wakil Pakistan, Muhammad Ammar, 55-11 dalam satu lagi aksi suku akhir.",
"“Apabila sudah keluar carta siapa yang bakal menjadi lawan, kita sudah atur strategi, contoh perlawanan pertama dengan India, kita perlu main dengan penggunaan bijak, strategi yang baik.",
"“Jika lawan dengan Filipina, kita kena ubah karakter yang agak agresif namun kita tidak boleh layan sangat kerana dia (atlet Filipina) memang kelebihan dia di situ,” katanya.",
"Turut mengiringi kemaraan Al Jufferi, juara bertahan silat wanita, Siti Rahmah Mohamed Nasir yang menang mudah ke atas Sudha Chauhan apabila atlet dari India itu menarik diri selepas ketinggalan pada pusingan pertama dan kedua dengan 29-0 dan 53-1."
] |
https://www.melakahariini.my/lelaki-ditahan-bantu-siasatan-dera-isteri/ |
Lelaki ditahan bantu siasatan dera isteri
| [
"KUALA LUMPUR, 19 Nov – Seorang lelaki ditahan hari ini kerana disyaki mendera isterinya di sebuah kondominium di Batu 9, Cheras, di sini, susulan video yang tular menerusi media sosial, baru-baru ini.",
"Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata lelaki berusia 58 tahun itu ditahan di sekitar Setapak di sini pada 4.35 pagi tadi.",
"Beliau berkata hasil siasatan mendapati mangsa yang berusia 45 tahun telah dipukul oleh suspek menggunakan tangan dan kaki menyebabkan kecederaan pada tubuh badannya.",
"“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di dalam rumah mangsa di kondominium berkenaan dengan semasa kejadian, terdapat saksi yang melihat iaitu pembantu rumah, pemandu peribadi suspek dan anak perempuan mangsa yang berusia tujuh tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.",
"Mohd Zaid berkata mangsa telah mendapatkan rawatan di hospital dan disahkan mengalami kecederaan akibat dipukul di bahagian kedua belah mata, kepala, kaki dan belakang badan.",
"Beliau berkata semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau melibatkan pemerasan dan direman hingga 22 Nov ini untuk siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan/Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 2017.",
"Katanya orang awam yang mempunyai maklumat kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat Insp Ahmad Rahmat Adnan di talian 014-515 6933 atau balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.",
"Baru-baru ini, video berdurasi satu minit tujuh saat yang tular menerus aplikasi TikTok itu memaparkan lelaki berambut panjang menarik tudung wanita berkenaan sebelum mangsa diheret dan ditendang di bahagian muka serta badan berkali-kali."
] |