crawl-my-website / bullishbursa.blogspot.com.jsonl
huseinzol05's picture
Upload bullishbursa.blogspot.com.jsonl
8c8df36
{"url": "http://bullishbursa.blogspot.com/2015/02/asas-pelaburan-saham-apa-kenapa-siapa.html", "title": "Asas Pelaburan Saham: Apa, Kenapa, Siapa, Di Mana, Bagaimana, Bila?", "body": "Apa?\nPelaburan saham adalah salah satu medium untuk menjana atau menggandakan pendapatan. Merujuk kepada \nESBI Cashflow Quadrant\n\u00a0oleh Robert T Kiyosaki, terdapat empat kategori menjana pendapatan iaitu \nEmployee\n\u00a0(pekerja/makan gaji), \nSelf Employed \n(bekerja sendiri), \nBusiness Owner \n(pemilik perniagaan) dan \nInvestor \n(pelabur).\u00a0\nTerdapat pelbagai jenis pelaburan di Malaysia, antaranya\n1. Saham atau Ekuiti (melabur terus di Bursa Malaysia)\n2. Bond / Sukuk\n3. Komoditi (emas, sawit)\n4. Amanah Saham (ASB, CWA, Public Mutual)\n4. Hartanah\u00a0\n6. Dan lain-lain\nPelaburan saham merupakan aktiviti membeli sebahagian daripada saham/ekuiti syarikat-syarikat disenaraikan di Bursa Malaysia.\u00a0\nKenapa?\nTujuan utama melabur adalah untuk mendapatkan keuntungan. Dua jenis keuntungan yang berpotensi diperoleh adalah\n1. \nCapital Gain \n(untung apabila jual semula saham pada harga lebih tinggi daripada harga beli)\n2. \nDividend \n(sebahagian syarikat memberi dividen kepada pemegang saham)\nSebagai contoh, sekiranya anda ada membeli saham \nNexgram \npada 17/02/15 dengan harga RM0.075 dan menjual semula pada 27/02/15 dengan harga RM0.10, anda telahpun memperoleh keuntungan \nCapital Gain \nsebanyak 33.33% dalam masa 10 hari!\nSiapa?\nSesiapa sahaja dibenarkan melabur di Bursa Malaysia. Anda hanya perlu membuka akaun\u00a0\nCentral Depository System (CDS) \nmelalui broker yang sah di Malaysia. Sangat mudah, semudah membuka akaun bank dengan mana-mana bank di Malaysia. Apa yang diperlukan hanyalah salinan Mykad, buku bank ataupun penyata akaun yang disahkan oleh bank, bayaran RM10 (ada juga broker yang tolong bayarkan untuk anda...percuma!). Anda juga dibenarkan membuka lebih daripada satu akaun CDS.\u00a0\nDi Mana?\nAnda boleh rujuk senarai broker di http://www.bursamalaysia.com. Boleh juga buat kajian sendiri untuk menilai broker terbaik untuk anda. Antara perkara yang boleh dipertimbangkan adalah\n1. \nFees \nataupun yuran jualan/pembelian yang rendah\n2. \nTrading Platform \nyang menarik\u00a0\n3. Menyediakan kelas asas ataupun sesi \nMarket Outlook \npercuma\u00a0\nBuat masa ini saya memilih Malacca Securities kerana \nfees \nyang dikenakan hanyalah 0.08% untuk setiap transaksi di bawah RM10,000. Paling murah yang saya jumpa setakat ini.\nBagaimana?\nSetakat ini terdapat 1,734 kaunter saham yang disenaraikan di Bursa Malaysia. Terdapat pelbagai strategi ataupun kaedah untuk memilih kaunter saham yang bagus untuk dibeli. Strategi pemilihan selalunya bergantung kepada profil risiko pelabur tersebut. Terdapat 2 kategori utama iaitu\n1. \nInvestor \n(pelabur)\nKebiasannya golongan ini membuat pemilihan berdasarkan \nFundamental Analysis\u00a0\ndengan melihat kepada kekukuhan kewangan dan model perniagaan sesebuah syarikat. Kaunter seperti ini biasanya lebih stabil, risiko mengalami kerugian agak rendah dan menawarkan dividen kepada pelabur. Namun potensi mendapatkan keuntungan yang tinggi melalui Capital Gain agak terbatas. Saham biasanya dibeli dan disimpan untuk jangkamasa panjang.\n2. \nTrader/Speculator \n(pedagang/spekulator)\nGolongan ini pula lebih cenderung membuat pemilihan berdasarkan \nTechnical Analysis \nataupun dengan melihat kepada pergerakan trend, purata naik turun harga, momentum jualan dan belian, volume ataupun jumlah unit diniagakan. Pemilihan juga dibuat berdasarkan khabar angin ataupun berita yang berkaitan. Kenaikan dan penurunan harga kaunter seperti ini biasanya lebih agresif, potensi untung/rugi lebih tinggi, harga saham per unit selalunya lebih rendah. Saham biasanya dibeli dan dijual semula dalam jangkamasa singkat. Sesingkat setengah minit!\nBila?\nPasaran saham dibuka pada 9:00 pagi sehingga 5:00 petang Isnin hingga Jumaat. Pasaran ditutup untuk rehat pada 12:30 tengahari hingga 2:30 petang. Pasaran tutup pada hari cuti umum.\nBila pula waktu terbaik untuk memulakan pelaburan? Waktu terbaik adalah 20 tahun lepas, waktu kedua terbaik pula adalah hari ini :)\nIklan: Dapatkan akses Premium Screener iSaham secara percuma dengan membuka akaun CDS Malacca Securities melalui iSaham.\u00a0\nKlik sini"}
{"url": "http://bullishbursa.blogspot.com/2015/03/apple-watch-satu-keperluan.html", "title": "Apple Watch Satu Keperluan?", "body": "Beberapa jam tadi Tim Cook, CEO Apple telahpun mengumumkan maklumat lebih terperinci mengenai Apple Watch termasuklah tarikh pelancarannya. Ketika ini pasti tidak ramai yang ingin ambil tahu mengenai perkara ini. Ada juga yang mungkin mengatakan dengan yakin, saya tidak perlukan Apple Watch, jam tangan sudah ada, \nsmartphone\n juga sudah ada, kenapa perlu Apple Watch? Saya cadangkan anda berhati-hati dengan kenyataan anda. Ini kerana Apple sememangnya terkenal dengan kehebatan memastikan setiap produk keluaran mereka menjadi satu keperluan. \ufeff\n\n\n\n\nHarga: USD 349 - USD 17,000\n\n\n\nTerdapat tiga edisi Apple Watch yang akan dilancarkan\n\n\n\nApple Watch Sport - Bermula dengan USD 349 \n\nApple Watch - Bermula dengan USD 549\n\nApple Watch Edition (18-karat Gold) - Bermula dengan USD 10,000\n\n\n\n\n\n\u00a0\nAplikasi yang \ncool\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\nDijangkakan Apple Watch juga akan memiliki aplikasi yang menarik untuk pengguna. Dikatakan akan ada aplikasi yang memberi amaran jika anda duduk terlalu lama. Boleh start enjin kereta, buka kunci pintu hotel, buka kunci pagar dan pastinya banyak lagi.\n\n\n\n\nTarikh Jualan: 24 April 2015\n\n\n\nApple Watch akan mula dijual pada 24 April di USA, Australia, Canada, China, Perancis, Jerman, Hong Kong, Jepun dan UK. Masih belum ada tarikh jualan\u00a0untuk Malaysia. \n\n\n\n\n\n\nSo What?\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\nSaya bukanlah kaki gajet. Namun saya perlu ambil tahu tentang apa saja maklumat terkini\u00a0berkaitan dengan Apple. Percaya atau tidak, kuasa Apple sangat besar sehingga boleh menentukan arah trend pasaran saham USA, termasuklah Malaysia. Mulai hari ini dijangkakan pasaran akan kembali kepada bullish momentum sehingga 24 April. Apa saja yang berlaku pada 24 April sangat penting, sekiranya ada sebarang setback, jumlah jualan Apple Watch tidak seperti dijangkakan misalnya akan mempengaruhi sentimen pasaran saham. Betul atau tidak? Sama-sama kita nantikan."}
{"url": "http://bullishbursa.blogspot.com/2015/03/common-sense-investing-keluar-poket.html", "title": "Common Sense Investing: Keluar Poket Kiri, Masuk Poket Kanan", "body": "Entri kali ini tiada kaitan dengan buku \nLittle Book of Common Sense Investing by John C. Bogle\n. Kali ini saya ingin berkongsi tips mudah pemilihan kaunter saham. Mungkin lebih bermanfaat kepada pelabur jangka panjang. Entri kali ini boleh juga dianggap sambungan kepada entri\u00a0\nDouble Hedging: Kepala Makan, Ekor Pun Makan\n\u00a0Fokus kali ini lebih kepada kaunter saham yang berkait rapat dengan barang kegunaan harian kebanyakan rakyat Malaysia. Secara ringkas, sekiranya kita sering membelanjakan wang terhadap sesuatu barang, terutama sekali pembelian ulangan,, adalah lebih baik kita miliki sebahagian daripada saham syarikat tersebut. Tujuannya satu, supaya duit yang keluar dari poket kiri, akan masuk semula ke poket kanan. Eh?\n\n\n\n\n\n\n\n\nImage from Getty Images\n\n\n\n\n\n\nSmartphone\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\nBerapa kerapkah anda menukar \nsmartphone / tab\n anda? Setahun sekali? Enam bulan sekali? Sebulan sekali? Sudah menjadi kebiasaan generasi muda kebanyakannya berebut-rebut mendapatkan \nsmartphone\n terkini. Harga untuk sebuah \nsmartphone\n juga tidaklah begitu murah. Bagaimana untuk mengelakkan kita terus menerus menghabiskan wang mendapatkan \nsmartphone\n terkini, tanpa mendapat sebarang keuntungan (selain pujian tidak begitu ikhlas daripada rakan-rakan)? Caranya mudah, beli saja saham yang berkait rapat dengan pengeluar kegemaran kita. Ya betul, saham syarikat Apple dan Samsung tidak disenaraikan di Bursa Malaysia. Tapi tahukah anda, ada beberapa syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia yang mendapat manfaat daripada peningkatan jualan produk Apple ataupun Samsung? \n\n\n\n\nInari Amertron Berhad (0166)\n\n\n\n\n\n\n\n\nThe Star 6 September 2014\n\n\n\n\n\nSaya telah menggunakan Ipad Mini selama\u00a0lebih kurang 2 tahun.\u00a0Ipad Mini ini dahulunya saya beli\u00a0\u00a0dengan harga sekitar RM1,300. Pada 21/3/2013, harga satu unit saham Inari adalah RM0.285. Ya, hanya 28.5 sen seunit. Pada 20/3/2015 (Jumaat lepas), harga satu unit saham Inari adalah RM3.33\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n(RM3.33 - RM0.285) / RM0.285 x 100% = 1068%\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\nHarga saham Inari telahpun meningkat sebanyak 1068% dalam masa 2 tahun. Sekiranya jumlah yang sama seperti harga sebuah Ipad Mini saya laburkan pada saham Inari pada 20/3/2015,\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nRM1,300\n + (RM1,300 x 1068%) = \nRM15,184\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\npegangan saham saya pada hari ini meningkat kepada RM15,184\n\n\n\n\n\n\n\n\nInari (0166)\n\n\n\n\nBil Telefon / Internet\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\nSetiap bulan kita membelanjakan sejumlah wang untuk membayar bil telefon dan juga internet. Untuk memastikan setiap duit yang kita belanjakan tidak hangus begitu sahaja, baik juga kita melabur dalam syarikat \nTelco\n yang kita gunakan. Saham \nTelco\n di Malaysia lebih bersikap \ndefensive\n. Kemungkinan untuk mendapat \ncapital gain\n tinggi seperti Inari agak tipis, namun kebanyakan saham syarikat \nTelco\n di Malaysia menawarkan \ndividend yield\n \u00a0menarik.\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\nMaxis (6012): 5.56%\n\n\n\nDigi (6947): 4.11%\n\n\n\nAxiata (6888): 3.13%\n\n\n\n\nElektrik\n\n\n\n\n\nBegitu juga dengan bil elektrik. Konsep keluar poket kiri, masuk poket kanan masih boleh digunapakai. Anda mungkin boleh mempertimbangkan saham Tenaga (5347), YTLPowr (6742), ataupun Petgas (6033) \n\n\n\n\u00a0\n\n\n\nJika nak disenaraikan semua, memang terlalu banyak. Boleh dikatakan kesemua syarikat yang disenaraikan ada kaitannya secara langsung dengan kehidupan harian kita semua. Persoalannya, sampai bila kita ingin terus menjadi pengguna dan hanya mengeluarkan wang setiap masa? Mari sama-sama kita asah ilmu pelaburan, naiktaraf status kita daripada pengguna kepada pemegang saham. Lagi banyak duit keluar dari poket kiri, banyak lagi yang akan\u00a0masuk ke poket kanan. \nI Like."}
{"url": "http://bullishbursa.blogspot.com/2015/03/double-hedging-kepala-makan-ekor-pun.html", "title": "Double Hedging: Kepala Makan, Ekor Pun Makan", "body": "Cara Mudah Nak Pilih Saham\n\n\n\n\n\nApabila berbicara tentang saham, ramai yang takut nak ceburi. Antara alasan paling popular yang diberikan adalah\n\n\n\n1. Takut takut takut, mesti rugi\n\n\n\n2. Saham permainan orang ada-ada (kaya)\n\n\n\n3. Tak pandai nak pilih saham, boleh bankrap nanti\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\nHari ini saya ingin menyentuh tentang perkara ketiga. Tokoh terkenal dalam pelaburan saham seperti \nWarren Buffet\n mula melabur ketika berusia 11 tahun. \nJesse L Livermore\n, \nstock operator\n terkenal pula bermula ketika berusia 15 tahun. Bagaimana agaknya mereka boleh 'pandai' ketika masih berstatus kanak-kanak? Sebenarnya melabur di pasaran saham sangat mudah. Hanya berdasarkan pemerhatian, kita boleh buat pilihan kaunter saham mana yang ingin dibeli. Secara tidak langsung, cara yang bakal saya cadangkan ini membolehkan anda memilih Kepala dan Ekor serentak ketika syiling dibaling ke udara. Eh?\n\n\n\n\n\n\n\n\nKepala atau Ekor?\n\n\n\n\n\n\n\n\nSenario 1: Harga Minyak Naik\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\nBermula 1 Disember 2014,\u00a0Malaysia melaksanakan\u00a0sistem apungan tersurus bahan api\u00a0untuk menentukan harga bahan api seperti petrol (minyak). Secara ringkasnya harga pada 1 Disember ditetapkan berdasarkan purata harga minyak dunia sepanjang bulan sebelumnya (November). Harga pada 1 Januari pula ditentukan berdasarkan purata harga minyak dunia sepanjang bulan Disember dan begitulah seterusnya. Beberapa hari lepas kenaikan harga petrol sudahpun dijangka kerana harga minyak dunia sepanjang bulan Februari mengalami kenaikan. Ramai yang mengeluh kerana nikmat harga petrol murah terlalu singkat untuk dirasai. \n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nDalam keadaan sekarang, ada kemungkinan harga minyak dunia semakin stabil.\u00a0Maksudnya ada kemungkinan juga harga petrol di Malaysia akan meningkat. Konsep \nDouble Hedging\n ataupun pilih kepala dan ekor boleh digunakan sekiranya anda melabur di kaunter saham yang berasaskan industri minyak dan gas. Sebagai contoh UMW Oil & Gas (UMWOG), Perisai Petroleum Teknologi (PERISAI), Sapura Kencana Petroleum (SKPETRO), Scomi Energy Oilfield Services (SCOMIES) dan banyak lagi. Kepada pemegang saham kaunter-kaunter berasaskan minyak, pasti melonjak gembira dan sering berdoa harga minyak dunia akan terus naik dan naik supaya saham pegangan mereka juga turut naik dan naik. Nampak tak permainan nya di situ?\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nSenario 2: \nG to the S to the T\n, GST\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\nKurang sebulan daripada sekarang, GST akan dilaksanakan di Malaysia. Sekali lagi rakyat jelata mengeluh kerana kemungkinan besar kuasa membeli semakin kecil apabila cukai barang dan perkhidmatan mula dikenakan. Syarikat-syarikat yang memperoleh pendapatan lebih daripada RM500,000 setahun wajib mendaftarkan perniagaan mereka. Malah yang berpendapatan kurang daripada jumlah tersebut jugak digalakkan untuk mendaftar. Ini bermaksud, sepanjang beberapa bulan sebelum perlaksanaan GST, syarikat perisian yang layak membekalkan perakaunan GST sememangnya tidak menang tangan, dan sememangnya pendapatan syarikat tersebut juga melimpah ruah\u00a0disebabkan proses pendaftaran tersebut bukanlah percuma. Sebagai contoh IFCA MSC, Nova MSC, Century Software dan banyak lagi. Pelabur yang bijak memilih peluang, sekali lagi melonjak gembira. Berita mengenai GST adalah peluang untuk membuat untung.\n\n\n\n\n\n\n\n\nIFCAMSC meningkat sebanyak 205% dalam masa 5 bulan\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nSenario 3: Kejatuhan RM berbanding USD\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\nDalam situasi begini, ramai juga yang mengeluh terutama sekali \nkaki travel\n ke luar negara. Lebih banyak duit RM diperlukan ketika berkunjung ke pengurup wang berbanding sebelum ini.\u00a0Sekiranya anda seorang pelabur, syarikat eksport yang memperoleh pendapatan dalam USD boleh diberi tumpuan. Syarikat seperti KOSSAN, HOMERIZ, SYF, UNISEM\u00a0dan banyak lagi mendapat manfaat daripada kejatuhan nilai RM. Sekali lagi konsep Kepala dan Ekor boleh digunapakai.\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\nSecara tidak langsung, konsep \nDouble Hedging\n telahpun anda praktikkan. Mudah bukan? \nYes or Yes?"}
{"url": "http://bullishbursa.blogspot.com/2015/03/gst.html", "title": "GST", "body": "Esok (1 April) hari yang ditunggu-tunggu akan tiba. Buat pertama kalinya Malaysia melaksanakan GST. Transaksi saham juga akan dikenakan cukai sebanyak 6%. Jangan salah faham, bukan 6% daripada jumlah transaksi, tetapi 6% daripada fees yang sedia ada. Contoh charge biasa adalah RM8, charge tambahan hanyalah 48 sen. Bagaimana agaknya reaksi KLCI esok? Saya jangkakan tidak akan ada kesan yang drastik."}
{"url": "http://bullishbursa.blogspot.com/2015/03/how-to-make-million.html", "title": "How to make a million?", "body": "Keinginan untuk menceburi bidang pelaburan bermula lebih kurang\u00a07 tahun yang lepas. Dalam majalah \nPersonal Money\n keluaran November 2008, beberapa jutawan telah ditemuduga. Hanya satu soalan diajukan: Bagaimana anda mendapat RM 1 juta yang pertama? Dalam edisi tersebut, majoriti jutawan yang ditemuduga memperoleh RM 1 juta pertama mereka\u00a0melalui pasaran saham.\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\nTanpa sebarang pengalaman, ilmu, pengetahuan dalam bidang saham, saya terus menceburkan diri. Kaunter saham pertama yang dibeli adalah Bank Islam. Keputusan membeli dibuat\u00a0hanya berdasarkan gerak hati yang mengatakan\u00a0saham ini ada masa depan yang cerah. Antara saham yang pernah dibeli adalah AirAsia, IOI dan Myeg. Namun penglibatan dalam pasaran saham tidak lama,\u00a0cuma\u00a0beberapa bulan dan sebabnya hanya satu, semua pegangan saham dijual untuk deposit sebuah kereta! Tidak dinafikan, ini merupakan tindakan paling kurang bijak yang pernah saya lakukan.\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\nTujuan blog ini diwujudkan untuk berkongsi dengan pembaca mengenai perjalanan dunia pelaburan saya. Jangan risau, saya juga baru ingin bermula semula. Cuma kali ini sedikit berbeza. Kali ini pelaburan dilakukan bukan dengan hanya gerak hati, tetapi dengan ilmu, \ntools\n, teknik dan maklumat pasaran yang melimpah ruah di hujung jari kita semua.\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\nSekiranya anda juga mempunyai keinginan mendapatkan RM 1 juta pertama, teruskan membaca dan susuri perjalanan ini bersama dengan saya."}
{"url": "http://bullishbursa.blogspot.com/2015/03/insider-trading.html", "title": "Insider Trading", "body": "Untung Yang Pasti\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\"The most valuable commodity I know of...is information\".\n Itu adalah petikan kata-kata yang diucapkan oleh Gordon Gekko kepada Bud Fox dalam filem Wall Street. Tidak. Saya tidak maksudkan filem Wolf of Wall Street, tetapi saya merujuk kepada filem Wall Street yang dikeluarkan pada tahun 1987. Filem ini saya tonton berkali-kali tanpa jemu.\u00a0Merupakan salah satu sebab yang menambahkan minat saya terhadap pelaburan ekuiti di Bursa Malaysia. \n\n\n\n\u00a0\n\n\n\nDaripada pemerhatian saya, cara paling mudah dan pasti untuk membuat keuntungan adalah melalui \ninsider trading\n, ataupun menggunakan maklumat daripada 'orang dalam'. Dengan cara tersebut, Gordon Gekko telah diiktiraf sebagai karakter filem yang ke-empat terkaya oleh Forbes pada tahun 2008. \n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\ufeff\n\n\n\n\n\n\n\n\n\"If you're not inside..you're outside\" - Gordon Gekko\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nInsider Trading\n: Jualan atau belian sesuatu kaunter saham dilakukan oleh\u00a0individu yang memiliki maklumat \nnon-public material\n yang memberi kesan kepada harga sesuatu kaunter saham sekiranya maklumat tersebut diketahui umum\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\nAktiviti \ninsider trading\n sebenarnya merupakan suatu kesalahan di USA dan juga di Malaysia. Di bawah seksyen 188\n (Capital Markets and Services Act 2007),\n sekiranya disabitkan kesalahan, pelaku boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun dan denda tidak kurang daripada RM1 juta.\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\nSebagai contoh, syarikat A bakal dianugerahkan kontrak berjumlah RM100 juta pada 17 Mac 2015. Individu X yang memiliki maklumat mengenari perkara tersebut (mungkin yang menguruskan tender) membeli saham syarikat A\u00a0pada pagi 17 Mac 2015 sebelum berita diumumkan. Apabila berita mengenai kontrak tersebut diumumkan pada 18 Mac 2015 misalnya, saham tersebut naik 20%\u00a0dan individu X menjual saham yang dibeli lebih awal tadi\u00a0dengan keuntungan 20%.\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\nWalaupun ia merupakan satu kesalahan,\u00a0terdapat segelintir\u00a0pelabur di Malaysia yang berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan maklumat daripada orang dalam untuk mendapat keuntungan yang mudah dan pasti. \n\n\n\n\u00a0\n\n\n\nBagi pelabur \nretail\n yang tidak mempunyai akses kepada maklumat seperti itu, cara kedua terbaik adalah melalui \nTechnical Analysis\n. Dengan melihat kepada pergerakan \nchart\n, kadangkala pergerakan \ninsider trader\n dapat dilihat. Saya baru sahaja berjinak-jinak dengan \nTechnical Analysis\n. Buat masa ini hanya belajar sendiri melalui internet, buku, dan \ne-book\n. Pada yang berminat, mungkin anda boleh mula dengan membaca buku \nCharting Made Easy by John J. Murphy\n. Sebagai individu yang tidak mempunyai pendidikan rasmi dalam bidang pelaburan, perbankan mahupun kewangan, saya berpendapat \nTechnical Analysis\n tidaklah begitu kompleks untuk difahami. Sekali lagi ingin saya tekankan,\u00a0asalkan ada minat dan kesungguhan, perkara yang sukar boleh menjadi mudah. \nTechnical Analysis is damn easy to learn. Yes or yes?"}
{"url": "http://bullishbursa.blogspot.com/2015/03/klci-vs-dow-jones.html", "title": "KLCI vs Dow Jones", "body": "Cubit Paha Kanan, Paha Kiri Pun Terasa Juga\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\nFTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur \nComposite Index\n atau FBMKLCI ataupun KLCI adalah \nindex\n yang digunakan untuk mengetahui status pasaran saham di Malaysia sihat ataupun tidak. Jika berlaku kenaikan pada KLCI, menunjukkan pasaran semakin baik, jika sebaliknya berlaku menunjukkan pasaran kurang baik. Walaupun KLCI tidak mewakili keseluruhan 1700 lebih kaunter saham di Bursa Malaysia, ia adalah \nindex\n yang paling jelas boleh digunakan sebagai rujukan kerana KLCI mewakili 30 kaunter syarikat terbesar yang disenaraikan di Bursa Malaysia. \n\n\n\n\u00a0\n\n\n\nUntuk contoh yang lebih praktikal, kalau kita tonton Buletin Utama TV3 misalnya, pembaca berita sering menyebut ayat-ayat berikut:\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\"KLCI ditutup tinggi, menokok XXX mata\": Maksudnya KLCI naik pada hari tersebut. \n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\"KLCI ditutup rendah, turun\u00a0YYY mata\": Maksudnya KLCI turun pada hari tersebut.\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\"Pasaran ditutup bercampur-campur...XXX kaunter saham naik, YYY kaunter saham turun, ZZZ kaunter saham tidak diniagakan\": Menunjukkan jumlah kaunter saham yang naik, turun, dan tidak berlaku sebarang urusniaga pada hari tersebut.\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\nDow Jones \nIndustrial Average\n atau DJIA atau Dow Jones pula mewakili 30 syarikat terbesar yang disenaraikan di USA. Seperti KLCI di Malaysia, Dow Jones juga sering digunakan sebagai tanda aras untuk mengetahui status pasaran saham di USA.\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\nDisebabkan wujud perbezaan waktu antara Malaysia dan USA, pelabur di Malaysia selalunya akan\u00a0mengetahui\u00a0prestasi pasaran di USA dengan melihat\u00a0Dow Jones ditutup pada paras berapa. Pasaran USA ditutup pada 5:30 am ataupun 6:30 am waktu Malaysia (bergantung kepada \nDaylight Saving Time\n). Tapi kenapa?\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\nKebiasaannya, naik ataupun turunnya KLCI pada hari berikutnya bergantung kepada prestasi Dow Jones pada hari sebelumnya. Ada bebera kemungkinan perkara ini berlaku. Antaranya kerana sentimen pelabur kebiasaannya bersifat reaktif. Bukan sahaja di Malaysia, prestasi di negara-negara lain juga sering bergantung kepada prestasi Dow Jones. USA masih dianggap kuasa utama ekonomi dunia.\n\n\n\n\nCorrelation\n antara KLCI dan Dow Jones\n\n\n\u00a0\n\n\ufeff\n\n\n\n\n5 years correlation KLCI vs Dow Jones (source: The Wall Street Journal)\n\n\n\nKalau kita lihat carta di atas, pergerakan KLCI dan Dow Jones sepanjang 5 tahun yang lepas\u00a0bergerak selari. Cuma bermula pada tahun 2013, perbezaan sedikit diverge (mencapah), namun \npattern\n naik-turun masih lagi sama.\n\n\n\n\u00a0\u00a0\ufeff\ufeff\ufeff\ufeff\ufeff\ufeff\n\n\n\n\n1 year correlation KLCI vs Dow Jones (source: The Wall Street Journal)\n\n\n\n\n\n\n\nUntuk tempoh setahun yang lepas, pergerakan masih selari sehingga bulan November, \ndiverge \nselepas itu namun naik-turun masih tidak banyak perbezaan.\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\n3 months correlation KLCI vs Dow Jones (source: The Wall Street Journal)\n\n\n\n\n\nSepanjang 3 bulan lepas, pergerakan agak selari. Sentimen di USA dan Malaysia agak konsisten.\n\n\n\n\n\nKesimpulannya, untuk menjangka prestasi KLCI tidaklah begitu sukar, setiap pagi lihat prestasi Dow Jones, anda akan mendapat gambaran KLCI pada hari tersebut akan ditutup tinggi ataupun sebaliknya. Seperti kata pepatah, cubit paha kanan, paha kiri pun terasa juga."}
{"url": "http://bullishbursa.blogspot.com/2015/03/lembu-jantan-atau-beruang.html", "title": "Lembu Jantan atau Beruang?", "body": "Sejak kembali aktif dalam dunia pelaburan, saya sering mengikuti seminar ataupun \ntalk\n disekitar Lembah Klang mengenai \nMarket Outlook, Sector Highlight\n, Kelas Analisa Teknikal dan sebagainya. Daripada pemerhatian saya, penyertaan golongan Bumiputera masih lagi kurang, walaupun\u00a0ada sedikit peningkatan berbanding 7 tahun lepas. Atas sebab inilah blog ini ditulis dalam Bahasa Malaysia, dengan harapan lebih ramai golongan Bumiputera\u00a0\u00a0peka dan sedar, industri ini sebenarnya mudah difahami dan boleh dijadikan alternatif untuk anda mencapai apa saja matlamat kewangan jangka pendek mahupun jangka panjang. \n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nPerlu ada \nDegree in Finance\n ke nak faham saham ni?\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\nTidak perlu. Apa yang diperlukan hanyalah minat dan kesungguhan untuk memahami. Memang betul dalam pelaburan ada terminologi yang kurang biasa kita dengar. Jangan risau, dari semasa ke semasa saya akan berkongi dengan anda cara mudah untuk memahami maksud terminologi yang sering digunakan dalam pelaburan saham\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nBullish\n dan \nBearish\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\nBagaikan pusingan\u00a0roda kehidupan, pasaran saham juga ada naik dan turun. Dua perkataan ini sering digunakan untuk menggambarkan keadaan pasaran saham, sama ada dalam trend menaik atau menurun. \n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nBullish\n: Diambil daripada perkataan \nBull\n (Lembu Jantan). \nBullish\n menggambarkan pasaran sedang mencanak naik. Lembu Jantan waktu menyerang akan menyodok dan melambungkan lawannya ke atas. \n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nBearish\n: Diambil daripada perkataan \nBear \n(Beruang). \nBearish \npula menggambarkan pasaran sedang merudum. Beruang waktu menyerang akan menjatuhkan lawannya ke bawah. Beruang juga sering dikaitkan dengan sifat perlahan dan mungkin juga malas. \n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nSideways\n: Selain daripada \nBullish \ndan \nBearish\n, ada juga kemungkinan pasaran bergerak dalam keadaan mendatar ataupun sideway. \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\nBagi pelabur, pastinya \nBullish\n adalah situasi paling digemari. Untuk tahun 2015, analis berbeza pendapat mengenai halatuju pasaran saham pada tahun ini. Ini kerana pasaran saham sudah berada dalam keadaan \nBullish\n sejak tahun 2009.\u00a0Dalam\u00a0banyak-banyak pendapat yang saya baca dan dengar, saya lebih cenderung kepada \nBullish\n namun tetap mengambil langkah berhati-hati.\u00a0Sebabnya? Akan saya kongsi dalam\u00a0\nentry\n seterusnya."}
{"url": "http://bullishbursa.blogspot.com/2015/04/gst-bahagian-2.html", "title": "GST Bahagian 2", "body": "Kalau sebelum ini \ntrend\n kebanyakan rakyat Malaysia adalah memaparkan gambar makanan di Twitter, Facebook mahupun Instagram, sejak 1 April \ntimeline \nsaya lebih dipenuhi gambar resit makanan yang dimakan. Hingga hari ni kebanyakan rakan-rakan masih hangat membicarakan tentang GST. Mungkin ada baiknya jika saya berkongsi sedikit sebanyak tentang kesan GST terhadap pasaran saham Bursa Malaysia.\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\nPada 1 April saya juga sempat menambah sedikit saham dalam \nportfolio\n peribadi saya. Seperti orang lain, saya juga terpanggil untuk merasai sendiri kesan GST terhadap proses jual beli saham. Disebabkan proses jual beli saham juga merupakan satu perkhidmatan, GST tetap dikenakan. Dua servis tersebut adalah\n\n\n\n1. \nBrokerage Fee\n, RM8 + 6% (RM0.48)\n\n2. \nClearance Fee\n, RM0.48 + 6% (RM0.03)\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSecara peribadi, saya rasakan kesan ini tidaklah begitu ketara. Saya rasa pelabur-pelabur lain juga berpendapat sedemikian. Pada 1 April, FBMKLCI turun sebanyak 4.47 mata (-0.2%) dengan jumlah jualan mengatasi belian. \nVolume\n juga tidak begitu tinggi. Mungkin pada hari pertama GST dilaksanakan, ramai pelabur lebih bersifat berhati-hati dengan mengambil langkah tunggu dan lihat. Pada hari kedua, ketiga, dan keempat, KLCI berada dalam \ntrending\n menaik. Walaupun peningkatan \nvolume\n tidak begitu ketara, namun jumlah belian mengatasi jualan, pasaran dilihat lebih positif. \nLife as usual\n dan pasaran kembali normal. \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\nSemoga pasaran terus \nbullish\n untuk dua tiga minggu ini. Strategi saya, secara perlahan jual saham yang untung ketika pasaran masih \nbullish\n. Beli semula ketika \ncorrection \ndi penghujung April hingga Jun. \nGo Bull!\n\n\n\n\ufeff\n\n\n\n\ufeff"}
{"url": "http://bullishbursa.blogspot.com/2015/04/review-tool-pelaburan-bahagian-1.html", "title": "Review Tool Pelaburan Bahagian 1", "body": "Entri kali ini saya ingin kongsikan\u00a0applikasi ataupun tool\u00a0pelaburan yang sering saya gunakan.\u00a0Untuk memudahkan bacaan, review ini saya bahagikan mengikut kategori. \n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n1. Global Market News\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\nMerujuk kepada\u00a0entri \nKLCI vs Dow Jones\n, sangat penting bagi pelabur untuk mengetahui situasi\u00a0terkini pasaran Dow Jones. Setiap pagi saya akan luangkan masa sekitar 10 hingga 20minit untuk mengetahui status pasaran semasa. Applikasi kegemaran saya untuk kategori ini adalah Market Watch.\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\nMarket Watch (MW)\u00a0memaparkan berita terkini mengenai pasaran dunia, namun lebih khusus kepada pasaran USA. Anda boleh melihat index terkini untuk Dow Jones, Nasdaq, S&P 500, Global Dow, Gold, dan Oil. MW turut memaparkan berita pasaran terkini. Paparan MW sangat ringkas dan padat, mudah untuk dibaca. \n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\nSebelum ini saya menggunakan applikasi Bloomberg Business (BB). Berita pasaran yang dipaparkan memang banyak, mungkin terlalu banyak bagi saya. Salah satu sebab lain mengapa\u00a0saya beralih ke MW mungkin juga BB menggunakan warna gelap sebagai asas. Tidak sedap mata memandang.\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n2. Local Market News\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\nThe Star Mobile\u00a0(Business) memamaparkan berita pasaran antarabangsa dan tempatan. Berita yang dipaparkan ringkas dan padat. Anda juga boleh melihat status indeks tempatan terkini. Daripada FBMKLCI, FBMSCAP, FBMACE hinggalah indeks mengikut kategori.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\nSejak kebelakangan ini, saya lebih gemar membacaThe Edge Financial Daily untuk mendapatkan berita pasaran tempatan. Setiap hari Isnin hingga Jumaat\u00a0sekitar jam 12 malam hingga 5 pagi saya akan mendapat email link untuk salinan PDF Financial Daily. PDF ini saya download dan saya menggunakan applikasi iBooks untuk membaca salinan Financial Daily ini di Ipad Mini. Anda boleh melanggan secara Financial Daily secara percuma di \nwww.theedgemarkets.com\n Buat masa ini langganan ini ditaja oleh S P Setia Bhd Group.\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\u00a0\n\n\np/s: Dapatkan akses kepada screener premium iSaham secara percuma dengan membuka akaun CDS Mplus bersama iSaham \ndi sini"}
{"url": "http://bullishbursa.blogspot.com/2015/04/review-tool-pelaburan-saham-bahagian-2.html", "title": "Review Tool Pelaburan Saham Bahagian 2", "body": "Sebagai pelabur baru, saya masih mencari-cari gaya pelaburan paling baik untuk diri saya. Buat masa ini saya menggabungkan maklumat daripada\u00a0\nrumours \n(khabar angin),\u00a0\nFundamental Analysis\n dan \nTechnical Analysis\n untuk membuat keputusan pelaburan. Setakat ini, bolehlah saya simpulkan nisbah pengaruh ketiga-tiga perkara tersebut terhadap \nportfolio\n pelaburan saya adalah pada kadar 10 (\nrumors\n):30 (\nFundamental\n):60 (\nTechnical\n). Berikut saya kongsikan \ntools/platform\n yang saya gunakan untuk ketiga-tiga perkara tersebut.\n\n\n\n\n\n\n\n1. \nRumors\n / Khabar Angin\n\n\n\n\n\n\n\n(a) i3investor\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\ni3investor\n adalah forum bebas yang menyediakan platform perkongsian mengenai pelaburan saham Bursa Malaysia. Sangat tidak digalakkan untuk pelabur menggunakan maklumat daripada forum untuk membuat keputusan pelaburan. Bagi saya, cukup sekadar menggunakan maklumat dikongsikan untuk mendapat \ntrading idea\n atau mengetahui kaunter saham yang sedang \ntrending\n. Setiap idea yang diperoleh wajib diikuti dengan analisa sendiri (\nfundamental & technical analysis\n). Secara mudah, adat untuk berforum adalah \"baca boleh, percaya jangan\". Risiko membuat pelaburan menggunakan khabar angin adalah sangat tinggi. Begitu juga dengan potensi keuntungan sekiranya khabar angin tersebut adalah tepat.\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\nSebagai contoh, AZRB (7078), Ahmad Zaki Resources Berhad dikhabarkan bakal mendapat manfaat daripada projek mega Rancangan Malaysia ke 11 yang bakal diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada minggu ketiga Mei 2015. Sekiranya khabar angin ini tepat, potensi untuk AZRB melonjak lebih tinggi daripada harga sekarang (RM0.71) adalah sangat tinggi. \n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n(b) \nResearch Report from Investment Banking / Broker\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\nSaya merupakan pelanggan untuk RHB Investment dan M+\u00a0(Malacca Securities). Setiap hari saya akan mendapat email beserta Research\u00a0Insight daripada RHB Investment. Untuk M+ pula, \n\n\n\nsaya boleh dapatkan Research Report secara terus daripada M+ online website. Begitu juga dengan investment/broker house yang lain, \nResearch Report\n boleh didapatkan secara terus melalui \nemail, website\n, facebook, dan juga di akhbar utama tempatan. \nBuy/Sell call\n daripada investment/broker house adalah lebih selamat berbanding forum. Walaupun \ntarget price\n yang dinyatakan tidak semestinya tepat, sekurang-kurangnya \nBuy/Sell call\n\u00a0tersebut\u00a0dibuat oleh \nCertified Analyst\n dan lebih selamat berbanding khabar angin daripada forum. \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n2. Fundamental Analysis\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\nFundamental Analysis lebih sesuai untuk pelabur jangka masa sederhana atau panjang. Keputusan untuk melabur di sesuatu syarikat dibuat berdasarkan kekukuhan \nrevenue\n (pendapatan), \nprofit\n (keuntungan), keupayaan syarikat untuk membayar hutang, potensi pasaran akan datang dan banyak lagi. Secara ringkas, bolehlah disimpulkan Fundamental Analysis boleh digunakan untuk mengetahui \ninstrinsic value\n ataupun nilai sebenar sesatu kaunter saham. Kebiasaannya, adalah selamat sekiranya kita melabur di kaunter saham yang \nundervalued\n (harga semasa lebih rendah daripada nilai sebenar). Dalam entri akan datang saya akan kongsikan secara lebih lanjut mengenai cara yang saya gunakan untuk mengetahui intrinsic value sesuatu saham. Platform yang saya gunakan untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai status kewangan sesebuah syarikat adalah\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n(a) INSAGE by M+ Online\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\nPlatform ini diberikan secara percuma kepada pelanggan M+. Kepada pelanggan broker house lain, sila rujuk dengan broker anda mengenai platform yang disediakan untuk membuat kajian mengenai fundamental sesebuah syarikat. \n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\nDengan menggunakan INSAGE, saya boleh memperoleh maklumat seperti\n\n\n\n\n\nSnapshot ataupun overview syarikat\n\n\n\n\n\nFinancials: Income Statement, Balance Sheet, Shareholder's Equity, Cashflow Statement\n\n\n\n\n\nRatio Analysis: ROE, DPS, EPS etc.\n\n\n\n\n\nShare Buy Back\n\n\n\n\n\netc\n\n\n\n\n\n\n\n(b) KLSE Screener\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\nSekiranya anda hanya ingin mengetahui maklumat asas, \nKLSE Screener\n adalah apps yang saya gemari. Apps ini\u00a0boleh anda\u00a0\ninstall\n dan gunakan secara percuma\u00a0di smartphone anda (Apple dan Android). Maklumat seperti EPS, NTA, DPS, PE, ROE, DY boleh didapati dengan mudah di KLSE Screener. \n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nCara *mudah dan ringkas untuk menilai undervalued stocks yang memiliki \nfundamental\n yang bagus adalah\n\n\n\n\n\n\nRevenue \ndan \nProfit\n yang meningkat secara konsisten setiap tahun\n\n\n\n\n\nPE (\nPrice over earning ratio\n) yang rendah berbanding kaunter dalam kategori yang sama\n\n\n\n\n\nROE (\nReturn of Equity\n) yang tinggi\n\n\n\n\n\nEPS meningkat secara konsisten setiap tahun\n\n\n\n\n\n\n\n*cara yang lebih kompleks akan saya kongsikan dalam entri akan datang\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n3. \nTechnical Analysis\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nTechnical Analysis\n lebih sesuai untuk pelabur jangka masa pendek. Keputusan dibuat berdasarkan pergerakan \nprice \ndan \nvolume \nsesuatu saham. \nTechnical Analysis\n biasanya digunakan untuk mengetahui \n\n\n\n\n\n\nTrend\n pergerakan saham - \nUptrend, Downtrend\n ataupun \nSideways\n. \n\n\n\n\n\n\nEntry Price\n - harga paling sesuai untuk membeli sesuatu saham\n\n\n\n\n\n\nSupport\n ataupun \nCut Lose (CL) price\n - sekiranya keputusan belian adalah salah, penting untuk mengetahui \nCL price\n supaya boleh menjual saham dengan kerugian yang minimum\n\n\n\n\n\n\nResistance\n ataupun \nTarget Price\n - harga jualan yang sesuai untuk mendapat keuntungan maksimum\n\n\n\n\n\n\nStock Momentum - Volume analysis\n memberi gambaran mengenai kekuatan momentum pergerakan sesuatu kaunter saham. Juga boleh memberi gambaran sama ada\u00a0kaunter saham\u00a0tersebut berada dalam keadaan \nOverbought\n ataupun \nOversold\n\n\n\n\n\n\n\n(a) \nInteractive Chart by M+ Online\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\nBuat masa ini \nInteractive Chart\n diberikan secara percuma kepada pelanggan M+ yang melakukan transaksi sekurang-kurangnya tiga kali dalam sebulan. Setiap \nbroker house\n juga menyediakan platform masing-masing untuk pelabur melakukan \ntechnical analysis\n. \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n(b) Tradesignum\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\nSekiranya anda masih belum membuka akaun CDS dengan mana-mana \ninvestment/broker house\n, anda boleh melayari \nTradesignum TA Chart\n. Tradesignum menyediakan plat\nform Technical Analysis\n secara percuma. Walaupun tiada \nindicator\n yang compleks,\n indicator\n asas seperti\n Simple Moving Average, Exponential Moving Average, Bollinger Band\n, MACD, RSI\u00a0masih boleh didapati ti Tradesignum. \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n(c) ChartNexus\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\nKedua pilihan yang saya nyatakan tadi memerlukan \ninternet connection\n untuk anda membuat analisis. Sekiranya anda ingin melakukan \nTechnical Analysis\n secara \noffline\n, saya cadangkan untuk anda menggunakan \nChartNexus\n.\n Platform\n ini anda boleh download dan guna secara percuma. Walaubagaimanapun, ChartNexus tidak menyediakan \nreal-time data\n. Setiap hari anda perlu \nonline\n sekitar pukul 5:40pm hingga 6:00pm untuk\u00a0anda \ndownload End of Day (EOD)\n data\u00a0supaya anda boleh update harga terkini untuk hari tersebut. Untuk \nchartist\n yang melakukan analisis menggunakan \nDaily Chart\n, ChartNexus adalah adalah platform yang sesuai kerana boleh digunakan secara \noffline\n.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0 p/s: terkini saya menggunakan screener percuma yang disediakan oleh iSaham. Dapatkan akses kepada screener premium iSaham secara percuma dengan membuka akaun CDS Mplus bersama iSaham\u00a0\ndi sini\n\n\n\n\ufeff"}
{"url": "http://bullishbursa.blogspot.com/2016/06/brexit-masa-untuk-jual-bertahan-atau.html", "title": "BREXIT: Masa untuk Jual, Bertahan atau Beli?", "body": "Pada hari Jumaat sekitar jam 2 petang waktu Malaysia, keputusan undian Brexit (UK keluar daripada EU) vs Bremain (UK kekal bersama EU) telahpun secara rasminya diumumkan. Saya secara peribadi mengharapkan keputusan berpihak kepada Bremain kerana bagi saya kestabilan adalah penting untuk pasaran saham kekal positif. Namun apakan daya, majoriti pengundi memilih Brexit.\n\n\n\n\n\n\n\n\nKesan terhadap KLCI\n\n\n\n\n\n\n\n\nKLCI 24.6.2016\n\n\n\n\n\nKLCI mengalami penurunan sehingga ke paras 1611.88 sebelum ditutup pada 1634.05 (0.36%). Sekilas pandang, kesan Brexit tidak begitu ketara kepada KLCI. Walaubagaimanapun jangan terlalu cepat membuat kesimpulan. Ini kerana pada petang jumaat apabila KLCI ditutup, pasaran US masih belum dibuka dan reaksi pasaran US masih belum dapat dilihat. Perkara ini penting kerana KLCI kebiasaannya mempunyai \ncorrelation\n yang tinggi dengan pasaran US.\n\n\n\n\nLautan Merah di Seluruh Dunia\n\n\n\n\n\n\n\n\nIndex utama dunia selepas Brexit\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nDow Jones turun sebanyak lebih 600 mata. Pasaran-pasaran lain juga kebanyakannya jatuh sekitar 3% dalam masa satu hari dagangan. Penurusan pasaran dunia dilihat jauh lebih tinggi berbanding KLCI yang turun sebanyak 0.36%. Esok (Isnin) adalah hari yang sangat penting untuk melihat kesan sebenar Brexit terhadap KLCI.\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\nMasa untuk Jual, Bertahan atau Beli?\n\n\n\n\n\n\n\nPada ketika ini saya ada memegang satu saham iaitu DUFU. Tujuan asal saya adalah melabur di dalam DUFU untuk jangka masa yang panjang. Namun kehadiran Brexit memerlukan saya untuk membuat strategi baru. Esok saya akan memerhatikan pergerakan DUFU secara fokus. Sekiranya berlaku \nsell down\n dengan volume yang tinggi, dan harga DUFU turun melepasi paras RM0.585 dan seterusnya RM0.560, saya akan menjual dahulu saham ini. Ini kerana saya tidak pasti sebesar masa kesan sebenar Brexit. Adakah ia bersifat sementara ataupun ianya menjadi punca kepada berlakunya\u00a0\nmarket crash?\n\u00a0Kelebihan buat saya kerana harga belian saya adalah RM0.525. Sekiranya harga kekal di atas paras \nsupport \nRM0.56 saya akan terus memegang saham ini.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nDUFU 24.6.2016\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nUntuk pembelian saham baru, saya masih belum membuat keputusan. Pegangan yang saya ambil buat masa ini adalah tunggu dan lihat. Sekiranya benar \nmarket crash\n berlaku, sememangnya masa terbaik untuk membeli saham-saham yang memiliki \nfundamental\n yang kukuh pada harga diskaun. Saham-saham seperi SHH, HARTA dan ARANK berada dalam pemerhatian saya."}
{"url": "http://bullishbursa.blogspot.com/2016/06/man-vs-machine.html", "title": "Man vs Machine", "body": "Hari ini saya mungkin menyimpang sedikit daripada topik bursa saham. Minggu lepas saya buat keputusan untuk menyemak semula jumlah wang terkumpul dalam akaun 1 KWSP, niat dihati nak laburkan sedikit wang akaun 1 KWSP ke dalam \nunit trust\n. Kira punya kira alhamdulillah cukup. Tetapi saya tidak melakukan pelaburan melalui \nunit trust consultant\n. Saya melakukan pelaburan melalui \nFundsupermart\n.\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\nUnit Trust Consultant vs Fundsupermart\n\n\n\n\n\n\n\nSebabnya hanya satu, jimat. Melalui Fundsupermart \nfees \nyang dikenakaan tidak lebih daripada 2%. Dan sebagai pelanggan baru, sekiranya saya melakukan apa-apa pelaburan dalam masa 30 hari selepas membuka akaun, \nfees \nyang dikenakan pada bulan tersebut hanyalah 1%. Ini jauh lebih rendah sekiranya saya melakukan pelaburan melalui \nunit trust consultant\n yang kebiasaannya mengenakan \nfees \nsehingga mencecah 6% (\ncash investment\n) dan 3% (KWSP). Perbezaan peratus mungkin kelihatan tidak begitu tinggi, namun saya berpendapat sebaliknya.\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n1% setiap transaksi x 4 transaksi setahun x 20 tahun pengeluaran konsisten = 80% penjimatan\n\n\n\n\n\n\n\nBagi saya penjimatan yang hebat. Tambahan pula untuk pelaburan berisiko rendah dan potensi pulangan yang rendah seperti \nunit trust\n.\n\n\n\n\n\n\n\nSelain berasa gembira dengan penjimatan yang bakal dilakukan, saya juga terfikir mengenai evolusi yang berlaku disekeling kita sejak akhir-akhir ini. Setiap kerja yang kita lakukan, tidak kiralah sehebat mana kita rasa diri ini, satu hari nanti mungkin akan digantikan oleh \nrobot/machine/internet application.\n\n\n\n\n\n\n\n\nRemisier vs Online Trading\n\n\n\n\n\n\n\nSituasi yang sama juga telah lama berlaku untuk platform pelaburan saham. Dahulunya \ntrading \ndilakukan melalui remisier dengan fees sekitar 0.42%, minimum RM28 kini digantikan dengan online trading yang mengenakan fees sekitar 0.05% - 1% , minimum RM8-RM12.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nRobotrader?\n\n\n\n\n\n\n\nEvolusi ini tidak akan terhenti di tahap \nOnline Trading\n. Untuk pasaran saham luar negara sudah ada Robotrader yang boleh menggantikan manusia untuk membuat \nbuy/sell call\n. Dalam bidang lain juga sudah wujud tanda-tanda bahawa \nmachine\n akan menggantikan manusia dalam membuat keputusan yang lebih tepat, tanpa faktor \nhuman error\n. PillTracker yang dikatakan bakal menggugat kerjaya \npharmacist\n, Ross oleh IBM yang berpotensi memberi nasihat guaman lebih tepat berbanding peguam, Google \nself driving car,\n Da Vinci Surgical System berkemungkinan menggantikan jurubedah merupakan antara contoh kemajuan teknologi yang telah berlaku. Terima kasih kepada \nMachine Learning, Artificial Intelligent dan Big Data Analytics.\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\nNasihat saya kepada diri sendiri, \nchange or you'll be changed"}
{"url": "http://bullishbursa.blogspot.com/2016/06/projek-rm100k-dalam-masa-20-bulan.html", "title": "Projek RM100K Dalam Masa 20 Bulan Melalui Pasaran Saham", "body": "Bagi memastikan saya terus serius dalam pelaburan di pasaran saham, saya bertekad untuk meletakkan satu sasaran yang mengiurkan untuk saya capai. RM100K dalam masa 20 bulan, ataupun sehingga penghujung tahun 2017 merupakan sasaran baru yang saya tetapkan. Memandangkan modal permulaan saya kecil dan saya juga tidak setuju dengan konsep meminjam untuk melabur, cara terbaik yang dapat saya fikirkan buat masa ini adalah dengan mengasingkan sejumlah wang daripada pendapatan bulanan saya untuk dilaburkan secara konsisten.\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\nSaya bermula dengan RM1,000 pada bulan pertama (penghujung bulan Mei lepas) dan setiap bulan berikutnya saya akan menambah pelaburan sebanyak RM1,500- RM3,500 setiap bulan secara konsisten.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSekiranya saya hanya menyimpan dengan penuh disiplin mengikut perancangan di atas, sehingga penghujung 2017 saya akan dapat mengumpul simpanan sebanyak RM48,000 (\ncolumn\n D). Untuk mencapai sasaran RM100K pada Disember 2017, portfolio pelaburan saya perlu berkembang sebanyak sekurang-kurangnya 8% setiap bulan. Sekiranya situasi ini berlaku, saya akan dapat mengumpul sebanyak RM104,034 dalam tempoh waktu yang sama (\ncolumn\n E). Ya saya setuju. Sasaran 8% setiap bulan ini adalah sangat \nambitious\n. Namun secara peribadi sasaran mengiurkan sebegini akan menjadikan saya lebih teruja untuk mencapainya.\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\nColumn\n H saya sediakan khusus untuk menilai prestasi peribadi saya. Seandainya nilai portfolio semasa saya melebih ataupun sama dengan sasaran (\ncolumn \nE), kotak tersebut akan berwarna hijau. Jika sebaliknya berlaku kotak tersebut akan berwarna merah.\n\n\n\n\n\n\n\nJumlah tambahan bulanan (\ncolumn\n C) dibuat berdasarkan kira-kira kasar yang mampu saya asingkan untuk pelaburan sepanjang 20 bulan mendatang. Disebabkan situasi sebenar setiap bulan tidak dapat saya jangkakan, jumlah sebenar yang saya masukkan ke dalam \ntrust account\n untuk dilaburkan akan saya rekodkan di \ncolumn\n F. Sebagai contoh pada bulan pertama, sepatutnya saya masukkan RM1,000 tetapi saya mengelat sedikit dengan memasukkan lebih RM100 untuk memberi motivasi tambahan kepada diri.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nKaunter pertama saya beli untuk projek ini adalah Acostec pada harga 0.825 dan jual semula pada harga 0.805 pada hari yang sama, 27.5 dengan kerugian RM43.59. Kemudian saya membeli Dufu pada harga 0.525 pada 31.5 dan masih memegang saham tersebut sehingga hari ini (harga terkini 0.590).\n\n\n\n\n\n\n\nPerjalanan masih jauh. Harapan saya semoga pasaran semakin cantik untuk tempoh yang mendatang. \nBest case scenario,\n saya akan berjaya mencapai sasaran RM100K. Dari segi \nrisk tolerance\n pula, saya masih tersenyum seandainya pada penghujung 2017 saya masih dapat selamatkan sekitar 80% daripada jumlah\n capital \nyang dilaburkan. Memandangkan \nrisk tolerance\n saya tidak begitu tinggi, strategi saya pastinya lebih berhati-hati."}
{"url": "http://bullishbursa.blogspot.com/2016/06/setahun-berlalu.html", "title": "Setahun Berlalu", "body": "Saya ingin memohon maaf kepada pembaca yang mengunjungi blog ini sepanjang setahun yang lepas kerana blog ini bagaikan tidak bertuan yang dibiarkan begitu sahaja. Berhijrah kerana menerima tawaran kerja baharu dan menceburkan diri dengan hobi baharu antara sebab blog ini diabaikan. Maaf sekali lagi.\n\n\n\nBaru-baru ini beberapa orang rakan menghubungi saya untuk bertanya mengenai pelaburan saham. Tujuan asal mereka adalah untuk memberikan saya sejumlah wang untuk saya laburkan bagi pihak mereka. Permintaan mereka saya tolak. Salah dari segi undang-undang kerana saya tidak diiktiraf oleh Suruhanjaya Sekuriti untuk laburkan duit orang lain. Namun saya memohon rakan-rakan tersebut datang berjumpa saya di sebuah kedai kopi. Tujuan saya cuma satu. Adalah lebih baik saya kongsi ilmu pelaburan supaya mereka boleh membina empayar kewangan dengan tangan mereka sendiri. Lalu blog ini saya buka semula sebagai rujukan. Tutorial, perbincangan dan soal-jawab berlaku di kedai kopi tersebut. Hasilnya rakan-rakan saya kini menjadi pelabur aktif di Bursa Malaysia.\n\n\n\n\nJangan Mudah Percaya\n\n\n\nSekadar ingatan. Jangan, jangan, dan jangan walau sekalipun mempercayai rakan, saudara-mara mahupun adik-beradik dengan menyerahkan wang anda untuk dilaburkan. Buka minda, rajinkan membaca dan laburlah sendiri. Kerana caranya sangat mudah.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nKeratan akhbar hari ini mengenai syarikat menipu pelabur\n\n\n\n\n\n\nImbasan Selepas Setahun Berlalu: \nRoller Coaster\n\n\n\nSupaya tidak berasa begitu bersalah setelah membiarkan blog ini selama setahun, mungkin ada baiknya jika dalam entri ini saya kongsikan \nrecap \nataupun imbasan mengenai apa yang berlaku terhadap beberapa \nindicator\n utama sepanjang setahun lepas.\n\n\n\n\n\n\nFBMKLCI\n\n\n\nIndeks utama negara mencecah paras 1504 sekitar Ogos 2015 namun kembali rebound ke paras 1600 - 1730 dan pada hari ini indeks ditutup di atas paras EMA 9, 20 dan 50 pada kedudukan 1660.62. Secara teknikal saya melihat indeks berada dalam trend yang positif untuk jangka masa terdekat.\n\n\n\n\n\n\n\n\nFBMKLCI belum menunjukkan arah yang jelas untuk jangka masa panjang\n\n\n\n\n\n\nCrude Oil\n\n\n\n\nCrude Oil\n juga telah mencecah paras terendah sekitar USD 26.05 pada awal tahun ini. Kejatuhan harga minyak dunia dan pengukuhan USD antara punca memberi kesan terhadap prestasi FBMKLCI sepanjang setahun lepas. Jika melihat kepada carta \nCrude Oil\n di bawah, Trend menurun (\ndowntrend\n) telahpun berganti dengan trend menaik (uptrend). Secara jangka pendek, \noutlook\n untuk \nCrude Oil \njuga dilihat positif. Pengesahan lebih jelas dapat dilihat sekiranya \nCrude Oil \nberjaya mengekalkan harga di atas paras USD 50.\n\n\n\n\n\n\n\n\nCrude Oil perlu bertahan atas paras USD 50 untuk kekal positif\n\n\n\n\n\nSecara peribadi saya melihat pasaran berada dalam keadaan positif untuk jangkamasa terdekat. Walaubagaimanapun langkah berhati-hati tetap saya ambil. Sejak kebelakangan ini,\n Fundamental Analysis\n lebih banyak mempengaruhi keputusan saya dalam memilih saham untuk dibeli, dan saya juga memegang saham dengan lebih lama berbanding tahun lepas. Kekangan masa untuk melihat carta dan melakukan \nTechnical Analysis\n mungkin menjadi faktor utama membuatkan saya lebih cenderung ke arah \nFundamental Analysis\n.\n\n\n\nTak kisah lah cara apa pun. Yang penting untung!"}
{"url": "http://bullishbursa.blogspot.com/2016/06/value-investing.html", "title": "Value Investing", "body": "Value Investing\n merupakan satu strategi memilih kaunter saham yang berada di dalam kategori \nundervalued\n, ataupun harga semasa saham tersebut lebih rendah daripada \nintrinsic value.\n\n\n\nRamai pelabur-pelabur baru yang salah faham dalam menilai mahal atau murahnya harga sesuatu saham. Kesilapan paling umum adalah dengan hanya melihat kepada harga saham tersebut. Sebagai contoh saham SYF yang berharga RM0.575 berbanding SHH yang berharga RM1.91, mana satu lebih 'murah'?\n\n\n\n\nHarga vs Nilai\n\n\n\nSebagai pelabur kita tidak boleh melihat kepada harga semata-mata. Sebaliknya apa yang perlu kita ambil kira adalah \nnilai \nsebenar saham tersebut. Matlamat utama dalam \nvalue investing \nadalah mencari saham-saham yang mempunyai\u00a0\nharga terkini\n\u00a0\njauh lebih rendah\n daripada\n nilai sebenar\n saham tersebut. Dan saham-saham inilah yang sebenarnya dikatakan 'murah'. Di sinilah perlunya sedikit ilmu mengenai Fundamental Analysis.\n\n\n\nDalam menentukan nilai sebenar sesuatu saham, banyak cara ataupun teknik yang boleh digunapakai. Antara cara yang terkenal adalah Discounted Cashflow Method (DCF) and Discounted Dividend Model (DDM).\n\n\n\nSaya akui formula dan pengiraan untuk mementukan nilai sebenar saham melalui teknik-teknik yang disebutkan tadi agak kompleks. Namun sekarang kita tak perlu bersusah payah untuk melakukan kiraan sendiri, sudah ada pakar yang membuat c\noding \nberdasarkan fomula-formula tersebut, dan berkongsi hasil formula tersebut di laman web beliau.\n\n\n\n\niSaham Stock Screener\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSaya cadangkan anda layari sendiri laman web \niSaham.my.\n Yang paling saya suka mengenai iSaham adalah \nranking \n\u00a0yang disusun\u00a0mengikut keputusan analisis fundamental dan juga teknikal. Konsep ini sememangnya memudahkan pelabur untuk membuat pilihan saham mana yang sesuai dibeli mengikut selera masing-masing.\n\n\n\nKhamis lepas saya berkesempatan bertemu dengan Saudara Anas, pengasas laman web iSaham ini. Sempat juga kami berbincang mengenai cadangan saya supaya iSaham menambahkan ranking untuk \nundervalued warrant \ndan juga maklumat mengenai Enterprise Multiple (=Enterprise Value/EBITDA)\n.\n\n\n\nBerbalik kepada soalan mengenai SYF dan SHH tadi, di bawah ini saya kongsikan screenshot mengenai Fair Value untuk kedua-dua stock ini yang saya peroleh melalui iSaham.\n\n\n\n\n\n\n\n\nSYF\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSHH\n\n\n\nMelalui perbandingan di atas, harga kedua-dua SYF dan SHH sememangnya lebih rendah daripada Fair Value masing-masing. RM0.575 vs RM0.645 dan RM1.91 vs RM2.70. Kedua-duanya masih 'murah'. Namun sekiranya saya perlu memilih antara dua, sedikit analisis tambahan diperlukan.\n\n\n\n\nFundamental Analisis Pilihan Saya\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSYF\n\n\nSHH\n\n\n\n\n\n\nPrice\n\n\n0.575\n\n\n1.91\n\n\n\n\n\n\nPE Ratio\n\n\n9\n\n\n6\n\n\n\n\n\n\nDebt/Equity Ratio\n\n\n0.79\n\n\n0.21\n\n\n\n\n\n\nEarning Yield\n\n\n11.96%\n\n\n15.35%\n\n\n\n\n\n\nFCF Yield\n\n\n-10.85%\n\n\n17.07%\n\n\n\n\n\n\nROE\n\n\n14.42%\n\n\n17.04%\n\n\n\n\n\n\nROIC\n\n\n10.45%\n\n\n17%\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSebenarnya banyak cara yang boleh digunapakai untuk menilai murah atau mahalnya sesuatu saham tersebut. Cara yang paling mudah adalah dengan melihat kepada PE Ratio ataupun Price/Earning ratio. Dalam kes ini, walaupun SHH kini berharga RM1.91, namun jika dibandingkan dengan pendapatan syarikat (menggunakan PE ratio), sebenarnya jauh lebih rendah berbanding SYF.\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\nJadual di atas merupakan beberapa ratio yang saya gunakan untuk memilih saham-saham yang undervalued. Secara ringkasnya saya selalu melihat kepada saham-saham yang mempunyai\n\n\n\n\n\n\nPE Ratio yang rendah (bawah 10)\n\n\nDebt/Equity yang rendah (bawah 1.0)\n\n\nEarning Yield yang tinggi\n\n\nFCF Yield yang tinggi\n\n\nReturn of Equity, ROE yang tinggi\n\n\nReturn on Invested Capital, ROIC, ratio keuntungan yang tinggi\n\n\n\n\n\n\n\nTeruskan belajar. Saya pasti anda juga akan memiliki teknik memilih kaunter saham tersendiri.\u00a0\np/s: Dapatkan akses kepada screener premium iSaham secara percuma dengan membuka akaun CDS Mplus bersama iSaham \ndi sini"}
{"url": "http://bullishbursa.blogspot.com/2016/06/vivocom.html", "title": "Vivocom", "body": "Pagi tadi saya menghadiri Traders Travern (\nSpotting Bullish & Bearish Trading Opportunities in Ramadhan Month\n)\u00a0@ Grand Hyatt Hotel anjuran MNS Global. Dalam sesi pertama Dato Dr. Nazri Khan (DDNK) telah berkongsi tema pasaran sempena Hari Raya iaitu \nconsumer market\n. Kaunter saham seperti Padini, Kanger, Sernkou dilihat sebagai saham bertemakan konsumer yang menunjukkan pergerakan positif menjelang Hari Raya. Walaubagaimanapun dalam sesi tadi DDNK memberi lebih tumpuan kepada saham-saham luar negara.\n\n\n\n\n\n\n\nSesi kedua lebih menarik minat saya. Mr. Choo Seng Choon, Pengarah Eksekutif Vivocom Intl Holdings Bhd (Vivocom) telah menerangkan perancangan dan strategi syarikat Vivocom.\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nScreenshot maklumat\n fundamental\n Vivocom daripada laman web isaham.my\n\n\n\n\n\n\nFundamental\n\n\n\n\n\n\n\nVivocom pada Jumaat lepas ditutup pada harga 0.285. Saham tersebut telah naik dengan cemerlang daripada 0.082 sehingga mencecah 0.37 sebelum turun sedikit ke harga sekarang. Jika dilihat dari sudut \nfundamental\n, \nPE Ratio\n Vivocom agak tinggi, 22.0. Walaubagaimanapun apabila ditanya mengenai \nPE Ratio\n yang tinggi kepada Mr. Seng Choon, jawapan yang diberikan saya boleh terima. \nPE Ratio\n tersebut adalah berdasarkan laporan kewangan 2015. Untuk tahun kewangan 2016, dijangka berlaku perubahan mendadak terhadap \nrevenue\n Vivocom seperti dapat dilihat pada laporan kewangan Q1 baru-baru ini. Jika prestasi diukur mengikut Q1 lepas (\nrevenue \nRM141.5 juta), PE Ratio Vivocom terkini berada pada sekitar 9.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSouvenir \noleh Vivocom\n\n\n\n\n\nVivocom yang dahulunya dikenali sebagai Instacom bermula sebagai sebuah syarikat yang terlibat secara aktif dalam sektor insfrastruktur telekomunikasi seawal tahun 2002. Pada tahun 2013, berlaku perubahan dalam industri tersebut di mana syarikat-syarikat telekomunikasi mengurangkan\n Capital Expenditure\n sekaligus memberi impak negatif kepada syarikat-syarikat seperti Instacom. Apa yang menarik bagi saya, syarikat Instacom cepat bertindak dengan melakukan \ndownsizing\n dan meluaskan skop perniagaan ke bidang \nconstruction\n. Instacom bermula dengan membeli saham syarikat Vivocom Enterprise dan telah mengambil alih sepenuhnya syarikat tersebut pada penghujung tahun 2015. Disebabkan pada masa hadapan punca pendapatan utama syarikat dijangkakan datang daripada sektor \nconstruction\n, Instacom juga telah melakukan \nrebranding\n kepada Vivocom Intl Holdings Bhd.\n\n\n\n\n\n\n\nProspek syarikat dilihat sangat positif. Setakat ini \norder book \nsyarikat yang telah diumumkan mencecah RM 1.379 B. Bukan itu sahaja, terdapat juga RM3.798 B lagi order book yang masih belum diumumkan. Kerjasama dengan syarikat China Railway Construction Corp dan China Nuclear Huaxing menjadi kelebihan buat Vivocom. Vivocom juga dalam proses untuk disenaraikan di \nmain market \ndi bawah kategori \nconstruction\n.\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\nDari segi perbelanjaaan syarikat, Vivocom lebih menumpukan ke arah projek-projek yang boleh meningkatkan nilai syarikat. Pemberian bonus dan dividen bukan keutamaan buat masa ini.\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\nTechnical\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nDari segi teknikal Vivocom kini berada pada kedudukan \ndowntrend\n. Harga sekarang berada di bawah EMA 9, 20 dan 50.\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\nKesimpulan\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\nBagi saya, Vivocom adalah syarikat yang mempunyai potensi tinggi dari segi fundamental. Syarikat ini akan saya masukkan ke dalam \nwatchlist\n saya. Namun saya tidak akan melakukan pembelian sekarang. \nCorrection \nmungkin berterusan sehingga ke paras 0.26 - 0.27. Pada paras ini, Vivocom sememangnya memenuhi ciri-ciri saya untuk dimasukkan ke dalam portfolio saya untuk jangka masa panjang."}
{"url": "http://bullishbursa.blogspot.com/2016/07/cara-scan-kaunter-saham-untuk-dibeli.html", "title": "Cara Scan Kaunter Saham Untuk Dibeli", "body": "Terdapat lebih 1700 kaunter saham yang disenaraikan di Bursa Malaysia. Sekiranya ingin membeli kesemua saham yang disenaraikan, memang hilang akal namanya. Bagaimana agaknya teknik ataupun cara yang boleh digunakan untuk memilih beberapa kaunter saham yang berpotensi memberikan keuntungan?\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSebenarnya terdapat banyak teknik yang boleh digunakan untuk melakukan \nscan\n atau memilih kaunter saham untuk dibeli dalam waktu-waktu tertentu. Hari ini saya akan berkongsi cara saya melakukan \nscan\n. Memandangkan strategi saya buat masa ini adalah 50% \ninvest\n dan 50% \ntrading\n, saya akan kongsikan teknik yang saya gunakan untuk kedua-dua strategi tersebut.\n\n\n\n\n1. \nScan \nKaunter Saham untuk \nInvest\n\n\n\nDalam memilih kaunter saham berkualiti untuk saya \ninvest\n, saya menggunakan \nFundamental Analysis\n sebagai panduan. Saya telah kongsikan teknik yang saya gunapakai dalam entri\u00a0\nku khianati diri sendiri\n, namun hari ini saya kongsikan semula secara \nstep by step\n supaya lebih mudah dijadikan panduan oleh pelabur baru.\n\n\n\n1.1 Buka laman web\u00a0\niSaham Stock Screener\n\n\n\n1.2 Klik pada \nScreeners\n dan kemudian klik \nList all screeners\n\n\n\n1.3 Buat masa ini, anda dapat lihat 13 jenis \nscreener \ndi bawah kategori Fundamental termasuklah Value Screeners dan Dividend Screeners.\n\n\n\n\n\n\n\n1.4 iSaham telah memberikan \nscore \ndan melakukan \nranking \nterhadap kaunter saham berdasarkan formula berkaitan untuk setiap kategori. Kebiasannya saya akan lihat setiap kategori untuk memilih saham yang menarik untuk saya\n invest\n. Memang banyak masa saya luangkan untuk memilih saham terbaik untuk saya \ninvest\n. Disebabkan saya berniat untuk \ninvest \nbagi tempoh masa yang panjang, tidak salah untuk luangkan lebih masa melakukan analisis secara \nFundamental\n seperti ini.\n\n\n\n1.5 Seterusnya saya \ncheck \nsama ada saham yang saya 'jumpa' melalui \nscreening\n iSaham memenuhi 8 kriteria \nFundamental\n yang saya kongsikan dalam entri sebelum ini Sebagai contoh kita ikuti analisis untuk kaunter Jaycorp.\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0 \u00a0 1.5.1 Harga saham Jaycorp RM1.05, Fair Value RM1.75, MOS = RM1.05/RM1.75 = 60% (kurang \u00a0 \u00a0 daripada 2/3 ataupun 66.67%) \nOK\n\n\u00a0 \u00a0 1.5.2 PE Ratio 8 (kurang daripada 10) \nOK\n\n\u00a0 \u00a0 1.5.3 PEG 0.42 (kurang daripada 1) \nOK\n\n\u00a0 \u00a0 1.5.4 Harga saham RM1.05, NTA RM1.02 (harga saham melebihi NTA)\n NOT OK\n\n\u00a0 \u00a0 1.5.5 DE Ratio 0.39 (kurang daripada 1) \nOK\n\n\u00a0 \u00a0 1.5.6 Current Ratio 2.12 (lebih daripada 2) \nOK\n\n\u00a0 \u00a0 1.5.7 Dividend Yield 4.07% (lebih daripada 3%) \nOK\n\n\u00a0 \u00a0 1.5.8 EPS YOY 125.48% (tinggi berbanding tahun lepas) \nOK\n\n\n\n1.6 Berdasarkan \nguideline\n di atas, Jarcorp memenuhi 7/8 kriteria, boleh ulang semula step tadi untuk mencari kaunter saham yang memenuhi 8/8 kriteria. Untuk contoh kali ini, kita teruskan ke langkah seterusnya. Secara peribadi 7/8 sudah cukup baik bagi saya.\n\n\n\nSeterusnya saya akan buka ChartNexus dan lihat \nchart \nJaycorp untuk membuat anggaran waktu terbaik untuk membeli saham ini\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nJaycorp dilihat dalam keadaan \nsideways\n. \nSupport \npada RM1 dan \nresistance\n pada RM1.10. Dalam keadaan ini saya tidak perlu terburu-buru melakukan pembelian. Sekiranya harga Jaycop selepas ini turun, boleh tunggu di paras RM1 untuk lakukan pembelian. Pada harga ini juga, Jaycorp secara automatik akan memenuhi 8/8 kriteria yang disenaraikan tadi, kerana harga tersebut di bawah paras NTA iaitu RM1.02, maka kriteria 1.5.4 akan dipenuhi. Sekiranya Jaycorp terus menaik, harga di atas RM1.10 boleh dipertimbangkan.\n\n\n\n1.7 Untuk menjual, terpulang kepada anda. Penjualan boleh dilakukan sekiranya harga saham tersebut mencecah paras keuntungan yang \nokay\n bagi anda. Bagi saya, saya gunakan \nFair Price \nsebagai rujukan. Saya simpan saham telah dipilih sehingga saham tersebut bukan lagi dikategorikan sebagai \nundervalued\n.\n\n\n\n\n2. \nScan\n Kaunter Saham Untuk \nTrading\n\n\n\nTeknik untuk \nscan \nkaunter saham untuk tujuan \ntrading\n sangat banyak. Terlalu banyak sebenarnya. Bergantung kepada selera masing-masing. Setakat ini, teknik yang bakal saya kongsikan adalah yang paling sesuai bagi diri saya buat masa ini.\n\n\n\n2.1 Buka \ntrading platform\n masing-masing. Pada paparan Live Quotes, susun semula senarai kaunter saham mengikut turutan \nvolume \npaling tinggi berada di atas sekali. Tujuannya adalah untuk memilih kaunter saham mempunyai \nvolume \nyang tinggi ataupun aktif sebagai \nfiltering criteria \nyang pertama. Kaunter-kaunter ini kebiasannya lebih\n liquid\n, mudah untuk kita lakukan belian dan jualan. Sesuai untuk tujuan \ntrading\n.\n\n\n\n\n\n\n\n2.2 \nFilter out\n kaunter saham yang mempunyai harga di bawah paras \nrisk tolerance\n masing-masing. Sebagai contoh, saham yang berharga RM0.10 setiap kali bergerak satu bid/tick (RM0.005), harga akan berubah sebanyak (RM0.005/RM0.10) 5% untuk setiap bid/tick, dua bid/tick dah 10%. Kalau jantung anda bagaikan nak tercabut melihat pelaburan anda bergerak dengan julat sebesar ini setiap saat, tetapkan harga saham paling sesuai dengan \nrisk tolerance\n anda berdasarkan formula ringkas tadi. Untuk contoh kali ini, kita \nignore \nsaham di bawah harga RM0.30.\n\n\n\n\nFilter out\n juga kaunter call dan put warrant. Ini kerana pergerakan call/put warrant tidak bergantung kepada prinsip \nsupply and demand\n semata-mata, tetapi juga berdasarkan pergerakan \nunderlying asset\n call/put warrant tersebut. Kaunter saham yang 3 huruf terakhir bermula dengan C adalah call warrant (contoh FGV-\nC\n11), dan H adalah put warrant (contoh HSI-\nH\n39).\n\n\n\nDalam contoh kali ini, setelah kita \nfilter out\n ataupun \nignore\n kaunter-kaunter berdasarkan kriteria tadi, kaunter yang disenarai pendek adalah\n\n\n\n\n\n\nAAX (RM0.38)\n\n\nKNM (RM0.405)\n\n\nFGV (RM1.78)\n\n\nMYEG (RM1.87)\n\n\nARMADA (RM0.76)\n\n\nGADANG (RM2.48)\n\n\nAIRASIA (RM2.85)\n\n\nAWC (RM0.865)\n\n\n\n\n\n2.3 Klik pada setiap saham tersebut. \nFilter out \npula saham-saham yang mempunyai \nbuy rate \nkurang daripada 60%. Tujuannya adalah untuk menyenarai pendek kaunter saham yang mempunyai \nbuying interest\n yang tinggi. Secara teorinya apabila lebih banyak \nbuyer \nyang sanggup membeli pada harga lebih tinggi daripada harga semasa berbanding \nseller\n yang sanggup menjual pada harga lebih rendah daripada harga semasa, kaunter tersebut mempunyai \nupside momentum\n yang lebih tinggi.\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nDalam contoh kali ini. Kaunter yang mempunyai buy rate 60% dan ke atas adalah\u00a0\n\n\n\n\n\n\nMYEG (69%)\n\n\nAWC (70%)\n\n\n\n\n\n\n\n2.4 Buka ChartNexus untuk melihat \ntechnical chart \nMYEG dan AWC untuk menentukan Cut Loss/Stop Loss sekiranya kaunter ini tidak meneruskan trend menaik pada hari Isnin nanti.\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMYEG\u00a0\n\n\n\n\nCurrent Price: RM1.87\n\n\nTarget Price 1: RM1.89 (1.1%)\n\n\nTarget Price 2: RM2.00 (6.9%)\n\n\nCut Loss: RM1.72 (-8%)\n\n\n\n\nAWC\n\n\n\n\nCurrent Price: RM0.865\n\n\nTarget Price 1: RM0.89 (2.8%)\n\n\nCut Loss: RM0.785 (-9%)\n\n\n\n\n\n\n\n2.5 Boleh berhenti di langkah 2.4 ataupun tambah satu lagi kriteria untuk membuat keputusan. Langkah seterusnya adalah dengan menilai risk/reward ratio.\n\n\n\n\n\n\n\n\nMYEG risk/reward = 8%/1.1% = 7.2, 8%/6.9%\n\n\nAWC risk/reward = 9%/2.8% = 3.21\n\n\n\n\n\nDalam kes ini AWC dilihat lebih menarik kerana risiko yang perlu diambil adalah lebih rendah berbanding potensi keuntungan yang lebih tinggi. Walaubagaimanapun sekiranya anda yakin MYEG boleh menaik terus ke Target Price 2 iaitu RM2.00, risk/reward ratio untuk MYEG dalam kes ini adalah 8%/6.9% = 1.16. Menjadikan MYEG lebih \nattractive\n berbanding AWC.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBagi mendapatkan lebih banyak pilihan, anda boleh terus melakukan \nscan\n untuk lebih banyak kaunter. Paling cantik sekiranya anda temui kaunter yang pempunyai risk/reward ratio kurang daripada 1. Bermaksud kaunter tersebut mempunyai potensi keuntungan lebih tinggi berbanding risiko yang perlu diambil.\n\n\n\n\n\n\n\n\nKesimpulan\n\n\n\n\n\n\n\nWalaupun \nFundamental Analysis\n dan \nTechnical Analysis\n merupakan dua kaedah asas yang digunakan oleh \ninvestor\n mahupun \ntrader\n, kebiasannya pada ketika pembelian nak dilakukan, tiba-tiba datang satu lagi analisis yang mengatasi kesemua analisis yang dilakukan sebelum ini. Analisis ini dinamakan \nGFA\n...ataupun \nGut Feeling Analysis\n. Hasil analisis FA dan TA mengatakan tak sepatutnya beli, tiba-tiba GFA kata, boleh naik kot ni. Maka 'ter'beli lah kaunter tersebut.\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\nBagi saya tidak menjadi masalah sama ada FA, TA mahupun GFA yang menjadi pilihan anda semua. Seperti yang saya nyatakan dalam entri sebelum ini, perkara paling penting adalah untuk menjadi pelabur yang bertanggungjawab.\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\nIklan: Dapatkan akses Premium Screener iSaham secara percuma dengan membuka akaun CDS Malacca Securities melalui iSaham.\u00a0\nKlik sini"}
{"url": "http://bullishbursa.blogspot.com/2016/07/ku-khianati-diri-sendiri.html", "title": "Ku Khianati Diri Sendiri", "body": "Kesalahan Pertama\n\n\n\nEntri sebelum ini saya telah nyatakan strategi saya dalam menghadapi Brexit. Berkenaan Dufu, telah saya nyatakan bahawa saya tidak akan menjual selagi Dufu tidak jatuh melepasi paras RM0.585.\n\nWalaubagaimanapun pada petang 27 Jun terlintas ketakutan dalam diri setelah melihat Dow Jones jatuh lagi sebanyak lebih 300 mata. Lantas saya pun menjual Dufu pada harga RM0.595 walaupun tiada tanda-tanda \nmassive selling\n\u00a0berlaku pada Dufu mahupun KLCI. Keesokan harinya pada 28 Jun, Dufu akhirnya melepasi\n resistance \nRM0.615 dan terus ditutup pada harga RM0.63 pada hari tersebut. Maka pengajaran yang berharga buat diri saya. Walaupun masih untung sekitar 13% (saya beli pada harga RM0.525), tetapi saya sendiri telah menghalang diri ini untuk mendapat keuntungan yang lebih. Saya telah mengkhianati analisis yang saya lakukan sendiri. Saham yang pada awalnya saya beli untuk tujuan pelaburan jangka masa panjang, saya jual dengan sebab yang tidak munasabah.\n\n\n\n\nKesalahan Kedua\n\n\n\nPada petang 2 Julai pula, saya dengan tergesa-gesa telah membeli OKA pada harga RM1.15. \nSupport \nberada pada paras RM1.12, manakala \nresistance\n pada paras RM1.15 dan seterusnya RM1.20. Namun kesilapan ini mungkin tidak begitu besar. Setelah dikaji semula, OKA juga memiliki \nfundamental \nyang agak baik. \nFair Price \nberada pada sekitar RM1.32. Masih terdapat \npotential upside\n dalam 15%. OKA juga akan memberikan dividend tidak lama lagi (telah diumumkan namun masih memerlukan kelulusan di AGM).\n\n\n\n\nValue Investing Bahagian 2\n\n\n\nSaya baru selesai khatam buku The Intelligent Investor oleh Benjamin Graham. Buku ini boleh dikatakan 'kitab' yang menjadi rujukan kepada pelabur-pelabur jangka masa panjang. Tambahan pula pelabur terkenal seperti Warren Buffett juga menjadikan buku ini sebagai rujukan. Sejujurnya agak sukar untuk saya fahami kerana contoh-contoh yang diberikan kesemuanya berkaitan pasaran di USA termasuklah bond. Walaubagaimanapun \nmessage\n yang saya dapat tetap jelas. \nValue investing\n adalah konsep pelaburan yang terbukti berkesan untuk jangka masa panjang. \nBoring\n\u00a0tetapi berkesan.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBerikut adalah 8 kriteria yang boleh dijadikan sebagai panduan untuk membuat screening saham-saham yang berpotensi dijadikan lubuk untuk melakukan pelaburan jangka masa panjang.\n\n\n\n1. Harga saham tidak lebih daripada 2/3 nilai saham (MOS - Margin of Safety)\n\n2. PE Ratio rendah berbanding PE Ratio purata industri (saya mengunakan PE Ratio bawah 10)\n\n3. PEG bawah 1\n\n4. Harga saham tidak melebihi tangible book value (saya hanya peroleh maklumat NTA, jadi saya gunakan harga saham tidak melebihi NTA)\n\n5. DE Ratio bawah 1\n\n6. Current ratio lebih 2\n\n7. Dividend Yield tinggi (bagi saya sekitar 3% ke atas sudah ok, lebih baik daripada simpanan di bank)\n\n8. Compounded earning growth melebihi 7% setahun (sukar saya peroleh, saya menggunakan maklumat EPS YOY sebagai ganti)\n\n\n\nSaya merujuk kepada laman web\u00a0\nhttp://www.isaham.my/\n dan\u00a0\nhttp://www.malaysiastock.biz\n\u00a0untuk mendapatkan maklumat mengenai ratio disebutkan tadi.\n\n\n\nHasil kajian singkat, berikut adalah saham-saham pilihan yang saya senarai pendek untuk melakukan pelaburan jangka masa panjang\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nChinwel, Suria, Dufu memiliki \ndividend policy\n yang akan membayar\n dividend\n setiap tahun kepada pelabur. UMS dan OKA tiada \ndividend policy\n, namun telah memberi \ndividend\n setiap tahun kepada pelabur.\n\n\n\n\nBerurusniaga dengan Mr. Market\n\n\n\nMenurut Benjamin Graham, setelah anda mengenalpasti saham-saham yang mempunyai fundamental yang kukuh, berurusniaga lah dengan Mr. Market (pasaran saham). Sekiranya berlaku \npanic selling\n, Mr. Market akan menawarkan harga diskaun kepada anda, itulah waktu terbaik untuk membeli. Sekiranya pasaran saham terlebih \nbullish\n, ada potensi harga-harga saham anda melepasi paras \nintrinsic/fair value\n, itulah waktu terbaik untuk menjual saham anda kepada Mr. Market.\n\n\n\nSelamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin\nIklan: Dapatkan akses Premium Screener iSaham secara percuma dengan membuka akaun CDS Malacca Securities melalui iSaham.\u00a0\nKlik sini"}
{"url": "http://bullishbursa.blogspot.com/2016/07/telegram-messenger-fenomena-baharu.html", "title": "Telegram Messenger: Fenomena Baharu Perkongsian Tips Saham", "body": "Sejak kebelakangan ini saya banyak menyertai \ngroup\n perkongsian tips saham melalui aplikasi Telegram Messenger. Berbanding WhatsApp\u00a0\ngroup\n, Telegram kini lebih popular kerana boleh memuatkan sehingga 5000 ahli berbanding hanya 256 untuk Whatsapp.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nAntara \ngroup\n yang saya sertai adalah\n\n\n\n\n\n\nMATA Technical Division (\nhttps://telegram.me/matatechdiv\n)\n\n\nSMG\u00a0@ Short-Medium-Growth (\nhttps://telegram.me/smgpub\n)\n\n\nKyaputen (\nhttps://telegram.me/kyaputen\n)\n\n\nItchy Itchy Trader Club (\nhttps://telegram.me/itchyitchytraderclub\n)\n\n\nAnonymous TRADERS (\nhttps://telegram.me/AnonymousTRADERS\n)\n\n\n\n\n\nKebanyakan \nstock picks\n ataupun \ntips\n yang dikongsikan melalui Telegram \ngroup\n ini kebiasannya menyertakan\u00a0\n\n\n\n\n\n\nNama Saham\u00a0\n\n\nEntry Price\n (harga sesuai untuk dibeli)\u00a0\n\n\nTarget Price\n (harga sesuai untuk dijual)\u00a0\n\n\nCL/Cut Loss/SL/Stop Loss\n (harga sesuai untuk dijual sekiranya stock pick tidak menjadi)\n\n\n\n\n\n\nPositif\n\n\n\n\n\n\n\n\nPerkongsian yang diberikan dalam Telegram \ngroup\n ini dapat dijadikan sebagai \ntrading idea\n kepada pelabur.\u00a0\n\n\nPerkongsian berlaku dengan pantas dan secara \nlive\n\n\n\n\n\n\nNegatif\n\n\n\n\n\n\n\n\nAda \nstock pick\n yang tidak \ngenuine\n. \nStock pick\n dilakukan untuk mewujudkan \nbuying interest \nsupaya penyebar \ntips\n dapat menjual saham tersebut yang kemungkinan telah dibeli lebih awal dengan harga yang jauh lebih rendah\n\n\nTips\n disebarkan berdasarkan maklumat palsu untuk memerangkap pelabur\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nJadilah Pelabur Bertanggungjawab\n\n\n\n\n\n\n\nSaya secara peribadi menerima dengan positif kewujudan telegram \ngroup\n ini. Cuma nasihat saya, jangan bergantung 100% terhadap \nstock pick\n yang diberikan. Cukup sekadar menjadikannya sebagai \ntrading idea \nuntuk kita masukkan ke dalam \npersonal watchlist\n. Sebelum pembelian/jualan dilakukan, pastikan kita lakukan analisis sendiri. Mengikut cara sendiri. Tidak kiralah\n Fundamental Analysis \nmahupun Technical Analysis. Dan lakukan pembelian/jualan atas keputusan kita sendiri.\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\nSelepas pembelian/jualan dilakukan, paling penting adalah bertanggungjawab dengan keputusan yang telah dilakukan. Ada 50% kemungkinan anda betul dan ada 50% kemungkinan anda salah. Sekiranya anda betul, tahniah (untung itu milik anda), jika sebaliknya berlaku, tahniah (anda telah pelajari sesuatu yang baru).\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\nOKA dan Chinwel\n\n\n\n\n\n\n\nDalam entri sebelum ini saya kongsikan 9 kaunter saham yang saya lihat sebagai saham yang mempunyai \nFundamental\n yang baik. OKA masih saya simpan (setelah berperang dengan emosi ketika harga jatuh ke RM1.12). Hari ini OKA ditutup pada RM1.19.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nNampak ok. Support 1.15. Masih uptrend.\n\n\n\n\n\nSekitar jam 4 petang tadi koleksi dengan membeli Chinwel pada harga RM1.41. Dengan bergaya Chinwel ditutup pada harga RM1.44.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nDowntrend. Saya beli sebab FA bagus. Mungkin ada sinar untuk trend reversal\n\n\n\n\n\nNiatnya memang nak simpan lama OKA dan Chinwel ni. Tengoklah selama mana saya boleh bertahan.\n\n\n\n\n\n\n\n\nBornoil-wc\n\n\n\n\n\n\n\nPada 11.7 lepas saya membeli Bornoil-wc dengan harga RM0.11. Ya betul bornoil bukanlah satu saham yang mempunyai \nfundamental \nyang bagus. Saya beli dengan tujuan \ntrading\n. Justifikasi yang saya buat pada waktu itu, bornoil memiliki \ngold inventory \nlebih 600kg. Saya jangkakan harga emas akan meneruskan trend menaik (ketika itu USD1370), dan sekiranya jangkaan saya tepat, bornoil juga berkemungkinan akan terus naik. Tetapi sayangnya saya silap. Harga terus menurun ke USD1331 hingga ke hari ini. Dan saya ambil keputusan untuk menjual bornoil-wc dengan harga RM0.105 dan beralih ke Chinwel.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\np/s: Dapatkan akses kepada screener premium iSaham secara percuma beserta support group telegram percuma dengan membuka akaun CDS Mplus bersama iSaham \ndi sini"}
{"url": "http://bullishbursa.blogspot.com/2016/08/secrets-to-achieve-consistent-profits.html", "title": "Secrets To Achieve Consistent Profits in Stock Market - Even In An Uncertain Global Economy", "body": "Semalam saya menghadiri \n4 Hours Workshop by Adam Khoo: Secrets To Achieve Consistent Profits in Stock Market - Even In An Uncertain Global Economy\n yang telah berlangsung di Armada Hotel, Petaling Jaya. \nWorkshop \nini adalah percuma. Lebih menarik apabila \nworkhop\n ini disampaikan sendiri oleh Adam Khoo, warga Singapura yang mencapai status \nmillionaire\n pada usia 26 tahun. Saya juga pernah membaca buku yang ditulis oleh beliau, Secrets of Self-Made Millionaires. Pastinya saya tidak mahu melepaskan peluang mendengar sendiri perkongsian yang dilakukan oleh Adam Khoo.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n4 Perkara Utama Dalam Pelaburan\n\n\n\nAdam Khoo telah menggariskan 4 perkara utama yang perlu dititikberatkan dalam pelaburan. Walaupun perkongsian ini tidak dilakukan secara terperinci (workshop percuma), namun masih bermanfaat untuk dijadikan sebagai panduan.\n\n\n\n\n1. What to Buy?\u00a0\n\n\n\n\n\n\nStrongest 3% companies\n\u00a0- Fokus kepada kaunter saham yang mempunyai fundamental yang kukuh. Dalam perkara ini, saya berpendapat konsep pemilihan melalui \nFundamental Analysis \nyang saya kongsikan dalam entri sebelum ini boleh digunapakai.\u00a0\n\n\n\n\n\n\n2. \u00a0How Much to Buy?\n\n\n\n\n\n\nRisk Management/Money Management \n- Perkara ini tidak diterangkan dengan jelas. Disebabkan \nrisk tolerance \nsetiap pelabur adalah berbeza, sangat penting untuk pelabur menentukan strategi dalam \nmoney management\n. Secara peribadi, saya menetapkan \u00a020% kerugian maksimum yang saya boleh terima daripada keseluruhan modal pelaburan. Jadi saya perlu sesuaikan berapa jumlah kaunter yang saya akan pegang pada satu-satu masa, dan juga jumlah modal yang saya \nallocate\n untuk kaunter tersebut.\n\n\n\n\n\n\n3. When to Buy?\n\n\n\n\n\n\n\n\nWhen explosive uptrend start \n- Dalam perkara ini ilmu \nTechnical Analysis\n perlu digunapakai. Paling penting adalah sentiasa melabur dalam saham yang berada di dalam uptrend. Antara \ntrend following indicator \nyang boleh dipertimbangkan adalah harga berada di atas MA atau EMA, harga di atas paras 'awan' Ichimoku, harga di atas paras Parabolic SAR dan banyak lagi.\n\n\n\n\n\n\n4. When to Sell?\n\n\n\n\n\n\nWhen the uptrend ends\n - Bergantung kepada trend following indicator yang anda gunapakai, sekiranya harga cross di bawah paras indicator yang anda gunakan, waktu untuk jual telahpun tiba.\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nDisiplin, disiplin, disiplin\n\n\n\n\n\n\n\nSecara teori memang kelihatan mudah untuk dilaksanakan. Namun secara realiti, sukar untuk dilaksanakan. Halangan paling utama adalah diri sendiri. Sangat sukar untuk membentuk disiplin yang tinggi dalam pelaburan. Sebagai contoh, kaunter OKA dan Chinwel telahpun saya jual hari Khamis lepas walaupun kedua-dua kaunter tersebut masih dalam \ntrend\n menaik dan tiada tanda-tanda \nreversal \nakan berlaku. Kedua-duanya saya jual dengan keuntungan (OKA beli 1.15 jual 1.32 untung 14%, Chinwel beli 1.41 jual 1.53 untung 8%), namun sekali lagi saya melanggar \nrules\n yang saya sendiri tetapkan. Tidak dinafikan, bukan sahaja ilmu\n Fundamental Analysis\n ataupun \nTechnical Analysis\n yang perlu saya tajamkan, pembentukan disiplin dalam pelaburan juga perlu saya beri keutamaan.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\np/s: Dapatkan akses kepada screener premium iSaham secara percuma dengan membuka akaun CDS Mplus bersama iSaham \ndi sini"}
{"url": "http://bullishbursa.blogspot.com/2016/09/prediction-bilakah-market-crash-akan.html", "title": "Prediction: Bilakah Market Crash Akan Berlaku?", "body": "Pagi tadi saya berkesempatan menghadiri Financial Growth Summit KL 2016 anjuran Summit Capital yang berlangsung di Pusat Dagangan Phileo Damansara 1. Dalam entri kali ini mungkin bermanfaat sekiranya saya kongsikan \nprediction\n yang telah dilakukan oleh penceramah pertama iaitu \nMr. Daniel Loh\n,\n investment coach (equities & derivatives trading)\n dari Singapura berkenaan \nthe next Market Crash\n yang akan berlaku.\n\n\n\n\nUS Fed Interest Rates vs Market Crash\n\n\n\nSetiap kali US Federal Reserve dan Federal Open Market Committe (FOMC) bermesyuarat, pengumuman yang dinanti-nantikan adalah sama ada akan berlaku kenaikan pada US Fed Interest Rate. Walaupun secara hakikatnya tiada siapa yang dapat menjangkakan bila dan kenapa \nmarket crash\n akan berlaku, ramai beranggapan kenaikan \ninterest rate\n ini menjadi salah satu daripada tanda-tanda besar yang akan menyebabkan berlakunya \nmarket crash\n tersebut.\n\n\n\nBear Market = Low Liquidity\u00a0+ High Interest Rate\n\n\n\nBerdasarkan kajian oleh Mr. Daniel Loh mengenai \nmarket crash\n yang telah berlaku pada tahun-tahun sebelum ini, beliau mendapat wujud \ncorrelation \nyang menarik antara \ninterest rate\n dan s\ntock market crash\n. Menurut pemerhatian beliau, \nmarket crash \nhanya akan berlaku apabila \ninterest rate\n naik pada kadar sekitar 4-5 kali ganda daripada tahap terendah sebelumnya.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nJika kita lihat kembali kepada dua \nmarket crash\n yang berlaku sebelum ini, The Dot-com Bubble (sekitar tahun 2000-2002) dan Subprime Crisis (sekitar tahun 2007-2008), stock market mula turun secara mendadak setelah \ninterest rate\n berada pada tahap tertinggi berbanding tahap paling rendah sebelum itu. Situasi lebih jelas dilihat pada Subprime Crisis.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSetelah hampir 10 tahun US Fed tidak menaikkan \ninterest rate\n, kenaikan pertama dilakukan pada Disember 2015 daripada 0.25% ke 0.5%. Pada ketika itu berlaku \ncorrection\n pada DJIA namun tidak cukup untuk menyebabkan berlakunya \nmarket crash\n.\n\n\n\n\nInterest Rate Hike vs US Presidential Election\n\n\n\nTerdapat dua lagi mesyuarat US Federal Reserve dan FOMC pada tahun ini, iaitu pada penghujung September dan awal November. Menurut jangkaan Mr. Daniel Loh, kenaikan akan berlaku pada bulan September dengan mengambil kira faktor US Presidential Election yang akan berlangsung pada bulan November. Menurut beliau, apabila berlakunya kenaikan \ninterest rate\n pada bulan September, akan berlaku \ncorrection\n pada DJIA dan \nmarket \nakan \nrebound\n semula menjelang November untuk memberikan keyakinan kepada calon US President pada kali ini.\n\n\n\nSekiranya benar perkara ini berlaku, penghujung September ini adalah waktu terbaik untuk melakukan pembelian setelah \ncorrection\n terjadi.\n\n\n\n\nBerhati-hati ketika Interest Rate mencecah paras 1%-1.25%\n\n\n\nMenurut beliau lagi, \ninterest rate\n akan terus dinaikkan secara berperingkat dan langkah berjaga-jaga perlu diambil ketika \ninterest rate\n mencecah paras 1%. Ketika \ninterest rate\n naik 5 kali ganda daripada paras terendah sebelum ini (0.25% ke 1.25%), kemungkinan besar market crash akan berlaku. Beliau juga menjangkakan ia akan berlaku \nsekitar pertengahan tahun 2018\n."}
{"url": "http://bullishbursa.blogspot.com/2016/12/makcik-yellen-market-crash-dan-anda.html", "title": "Makcik Yellen, Market Crash dan Anda", "body": "Setelah sekian lama berbolak-balik mengenai keputusan menaikkan \ninterest\n, akhirnya semalam (Rabu) US Federal Reserve telah mengumumkan\n interest rate\n\u00a0dinaikkan buat pertama kalinya dalam tempoh setahun sebanyak 25 \nbasis point\n ke antara 0.5% hingga 0.75%. Janet Yellen (US Fed Chairwoman) \u00a0turut memberi bayangan bahawa tiga lagi kenaikan dijangka akan berlaku pada tahun 2017.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMerujuk kepada entri saya sebelum ini,\u00a0\nPrediction: Bilakah Market Crash Akan Berlaku?\n, pengumuman ini seakan selari dengan jangkaan bahawa \nmarket crash\n akan berlaku setelah \ninterest rate \nmencapai kadar sekitar 1%-1.25%, sekitar pertengahan tahun 2018.\n\n\n\n\nSuperbull Run Before the Crash\n\n\n\nSekiranya benar jangkaan ini, kemungkinan besar kita akan dapat melihat Super Bull Run akan berterusan selepas proses \ncorrection\n disebabkan pengumuman kenaikan \ninterest rate\n ini. President Trump mungkin memperkenalkan polisi-polisi mesra pelabur untuk merancakkan ekonomi dan pasaran saham pasti merasa tempiasnya.\n\n\n\nSaya tidak sabar untuk melihat Dow Jones melepasi paras 20,000 dan KLCI melepasi paras 2,000 dan besar kemungkinan, 2017 adalah tahunnya. Ditambah dengan ura-ura pilihanraya umum juga akan berlangsung tahun hadapan, seperti kebiasaan \nelection rally\n boleh menjadi \nbooster\n yang kuat untuk \nsuper bull \nturut beraksi di pasaran Malaysia.\n\n\n\n\nApa yang perlu saya lakukan?\n\n\n\nSebagai pelabur, teruskan melabur dengan langkah berhati-hati. Pastikan disiplin \ncut lose\n sangat kuat supaya tidak terjerumus dalam lembah kerugian yang maksimum. Dalam menyelusuri gelombang \nsuper bull\n pula, teknik \nmoving support\n boleh digunakan supaya kita berpeluang menikmati keuntungan yang maksimum.\n\n\n\nBagi yang masih belum melabur, hadamkan ilmu pelaburan sedalam-dalamnya.\n\n\n\n\nSediakan payung, baldi dan tempayan sebelum hujan\n\n\n\nSebelum hujan (\nmarket crash\n) sediakan payung sebesar-besarnya. \nCash\n yang cukup andainya terputus \nincome\n dan perlindungan insurans/takaful untuk mengelakkan risiko sudah jatuh ditimpa tangga. Sekiranya berpeluang, \ncash \nberlebihan berbaldi dan bertempayan perlu disediakan. Tujuannya mudah, untuk merebut peluang terhidang andainya \nmarket crash\n berlaku. Saham yang bagus pada harga diskaun, rumah cantik pada harga lelong, bisnes berpotensi pada harga murah yang tak munasabah dan lain-lain."}
{"url": "http://bullishbursa.blogspot.com/2017/03/digital-free-trade-zone-dan-jack-ma.html", "title": "Digital Free Trade Zone dan Jack Ma: Takkan nak tengok je?", "body": "YAB PM dan Jack Ma\n\n\n\nSepanjang minggu lepas pasaran saham Bursa Malaysia begitu aktif dengan pelibatan dana pelaburan asing. Pelabur asing telah menjadi \nnet buyer\n sepanjang 6 minggu berturut-turut dan mencatat jumlah tertinggi pada 17 Mac lepas dengan dana melebihi RM5 bilion.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSentimen positif ini ditambah lagi dengan berita pada hari Rabu lepas (22 Mac 2017) apabila Digital Free Trade Zone telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. Bukan itu sahaja, Alibaba turut mengumumkan akan membuka e-hub yang pertama di luar China dan pilihan nya adalah Malaysia. Berita ini mengejutkan banyak pihak dan dilihat sebagai perkembangan yang sangat positif untuk Malaysia.\n\n\n\n\nGood news\n ke ni?\n\n\n\nNamun bagi saya positif, hebat, besar, mega ataupun tidak sesuatu pengumuman itu, bergantung kepada siapa yang mendengarnya. Peniaga-peniaga \nonline\n merasakan berita ini pasti bagus untuk mereka. Ye la Jack Ma buka perniagaan di Malaysia kot, takkan lah tak bagus. Disebabkan ini bukan kepakaran saya, saya tinggalkan sahaja perkara ini untuk difikir dan dibahaskan oleh rakan-rakan yang aktif dalam perniagaan secara \nonline.\n\n\n\nSebagai pelabur saham, sepanjang minggu lepas pelbagai khabar angin keluar mengenai syarikat-syarikat yang akan mendapat faedah secara langsung melalui pengumuman ini. Saham-saham bertemakan teknologi, kurier dan logistik mendapat tumpuan yang hebat.\n\n\n\n\nKurier\n\n\n\nKerana berdasarkan logik akal sekiranya \ne-commerce \nberkembang pesat di Malaysia, syarikat kurier pasti tak menang tangan untuk menghantar barang-barang terus kepada pengguna dan semestinya meningkatkan pendapatan dan keuntungan syarikat tersebut. Cuba lihat POS\n\n\n\n\n\n\n\n\nPos: Uptrend sejak setahun yang lepas\n\n\n\n\n\n\nTeknologi\n\n\n\nSemakin rancak dunia\n e-commerce\n, semakin banyak juga transaksi atas talian dilakukan. Mungkin ada baiknya jika anda kaji syarikat-syarikat yang terlibat dengan sistem \ne-payment\n. GHLSYS misalnya.\n\n\n\n\n\n\n\n\nGHLSYS\n\n\n\n\nLogistik\n\n\n\nDisebabkan \ne-commerce\n dan logistik hub ini akan dibina di Aeropolis Malaysia, juga menarik untuk kita kaji kesannya kepada Malaysia Airports Holdings Berhad (non-shariah).\n\n\n\n\n\n\n\n\nAirport\n\n\n\n\n\nContoh-contoh yang saya berikan tadi bukanlah bermaksud ianya sebagai satu \nbuy call\n untuk anda terus membeli saham-saham tersebut. Apa yang saya cuba sampaikan dalam entri kali ini adalah, pelaburan saham itu sebenarnya sangat mudah. Berdasarkan pemerhatian anda juga, boleh tahu industri atau syrikat mana yang akan berkembang dengan pesat."}
{"url": "http://bullishbursa.blogspot.com/2017/03/minyak-dan-dialog.html", "title": "Minyak dan Dialog", "body": "Crude oil\n menunjukkan \ntrend \nsedikit menaik sepanjang tiga bulan lepas dan sekaligus menarik minat saya untuk mendekati saham-saham di dalam kategori minyak dan gas. Skpetro pastinya yang pertama terlintas difikiran. Skpetro telahpun naik dengan mantap dari RM1.40 pada penghujung Disember 2016 ke RM1.99 pada hari ini, membuatkan saya mencari alternatif lain.\n\n\n\n\n\n\n\n\nCrude Oil\n\n\n\n\n\nDalam mencari alternatif, saya diperkenalkan dengan saham Dialog dalam seminar iSaham yang berlangsung baru-baru ini. Apa yang menarik minat saya adalah Dialog pada ketika ini mengalami sedikit \nretracement/correction\n daripada harga RM1.70 yang dicatat pada 27 Februari 2017. Saya lihat ini sebagai satu peluang untuk membeli saham ini untuk pegangan m\nid-term\n sekiranya \ntrend crude oil\n terus menaik selepas ini.\n\n\n\n\nFundamental Analysis\n\n\n\n\n\n\n\n\nFundamental Overview untuk Dialog\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMinus point: Fair Value\n jauh lebih rendah berbanding harga terkini\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPlus point: Profit\n dan \nRevenue \ndalam trend menaik\n\n\n\n\n\n\n\nSecara umumnya \nfundamental\n Dialog tidaklah begitu cemerlang. \nMinus point \nuntuk Dialog adalah \nPE ratio\n yang agak tinggi. \nPlus point\n pula adalah \nDE ratio \nkurang daripada 1 dan ROE & ROIC yang lebih daripada 10%. EPS juga lebih baik berbanding tahun lepas. Kemungkinan disebabkan oleh harga \ncrude oil\n yang berada dalam trend menaik sepanjang tahun lepas.\n\n\n\n\n\n\n\n\nTechnical Analysis\n\n\n\n\n\n\n\n\nRetracement ke paras support RM1.65\n\n\n\nBagi mereka yang menggunapakai strategi \nbuy on dips\n, Dialog dilihat berada pada posisi terbaik pada hari ini. Harga RM1.65/RM1.66 dilihat sebagai \nsupport \nyang agak kukuh sekiranya Dialog membuat keputusan untuk meneruskan \nwave \nmenaik untuk kembali ke paras RM1.70 ataupun lebih.\n\n\n\nSeandainya percaturan ini silap, RM1.61 adalah support yang seterusnya.\n\n\n\nAdakah Dialog boleh meroket selepas T+7 pada Rabu ini? Sama-sama kita nantikan."}
{"url": "http://bullishbursa.blogspot.com/2017/04/real-steel-keluli-malaysia-vs-keluli.html", "title": "Real Steel: Keluli Malaysia vs Keluli China", "body": "Atom of Real Steel\n\n\n\nWalaupun \nmovie\n Real Steel ni memang \nbest\n, tetapi hari ini saya tidak berniat untuk bercerita tentang \nmovie\n tersebut. Apa yang lebih menarik minat saya adalah \u00a0berkenaan lambakan keluli dari China yang menyebabkan ketidakseimbangan harga keluli di negara-negara lain termasuklah di Malaysia..\n\n\n\nKetajuhan teruk pada tahun 2015 menyebabkan beberapa negara seperti India dan USA mengambil langkah menetapkan duti import untuk keluli bagi menangani masalah ini.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSekitar September 2016, Malaysia juga mengambil langkah yang serupa. Pada 26 September 2016, \n\"preliminary safeguard duties\"\n telah dilaksanakan dan sekaligus memberikan impak positif kepada saham syarikat-syarikat berkaitan keluli di Malaysia. Walaubagaimanapun, \n\"preliminary safeguard duties\"\n ini hanya valid untuk tempoh 200 hari dan sepatutnya berakhir pada 10 April (semalam).\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nThe Star 28 Mac 2017\n\n\n\n\n\nSehingga hari ini, masih tiada keputusan diumumkan sama ada \nsafeguard duties\n ini akan diteruskan ataupun tdihentikan. Seandainya diteruskan, kemungkinan ada kesan positif kepada saham-saham berkaitan, seandainya dihentikan, sebaliknya pula mungkin berlaku.\n\n\n\nBersempena dengan tema ini, mungkin menarik jika saya kongsikan dua kaunter saham berkaitan keluli yang menarik minat saya.\n\n\n\n\nMASTEEL (5098)\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMasteel dilihat berada di posisi yang agak baik. \nLong term trend \nmasih lagi \nuptrend\n, walaupun \nshort term \ndilihat agak \nsideways\n. Harga hari ini ditutup pada 0.795. \nSupport\n dilihat pada paras 0.76 (-4.4%) dan\n resistance\n pertama pada 0.825 (+3.8%). Sekiranya \nbreakout\n berlaku, \nresistance\n seterusnya adalah pada paras 0.91 (14.5%).\n\n\n\n\n\n\n\n\nMasteel: Fundamental yang baik (info from iSaham)\n\n\n\n\n\n\n\n\nLIONIND (4275)\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nLionind pula mempunyai paras\n support\n yang lebih rendah berbanding harga terikini, 0.665 (-8.9%) berbanding harga tutup hari ini 0.73. Namun begitu, \nresistance\n pula agak tinggi pada paras 0.86 (17.8%)\n\n\n\n\n\n\n\n\nLionind: Fundamental kurang cantik (info from iSaham)\n\n\n\n\n\nKaunter mana agaknya yang betul-betul kental macam Atom Real Steel?"}
{"url": "http://bullishbursa.blogspot.com/2017/05/video-konsep-asas-pelaburan-saham.html", "title": "Video: Konsep Asas Pelaburan Saham", "body": "Penyampaian alternatif untuk entri pertama blog ini mengenai konsep asas pelaburan saham. Mungkin lebih mudah difahami berbanding penyampaian dalam bentuk penulisan."}
{"url": "http://bullishbursa.blogspot.com/2017/06/pengurusan-porftfolio-percuma-di.html", "title": "Pengurusan Porftfolio Percuma di Investing.com", "body": "Bagaimanakah cara anda menilai prestasi pelaburan anda?\n\n\n\nKebanyakan platform pelaburan hanya menunjukkan prestasi semasa pelaburan. Portfolio di platform pelaburan saham juga kebiasannya hanya membandingkan prestasi harga saham semasa dan harga belian. Selepas saham itu dijual dan tiada dalam portfolio, maka hilanglah rekod tersebut dari pandangan.\n\n\n\n\nBagaimana pula jika kita ingin melihat prestasi pelaburan kita terdahulu?\n\n\n\nBaru-baru ini saya telah mencuba fungsi \nPortfolio tracking\n di\n Investing.com\n sekaligus menyelesaikan masalah yang saya hadapi. Namun ianya memerlukan sedikit kerja tambahan kerana anda perlu memasukkan maklumat seperti nama saham, tarikh belian, jumlah unit belian, harga belian dan sebagainya (add position). Maklumat yang sama juga perlu dilakukan selepas saham tersebut dijual (close position).\n\n\n\n\n\n\n\n\nKelebihan\n\n\n\nSelepas maklumat-maklumat tersebut dimasukkan, apa yang menariknya adalah anda dapat melihat prestasi semasa pelaburan anda seperti Market Value, Open P/L (\nO\npen Positions\n) dan juga prestasi pelaburan anda setelah saham-saham tersebut dijual seperti Closed P/L dan Total P/L (\nClosed Positions\n).\n\n\n\nInvesting.com dapat digunakan untuk saham-saham yang tersenarai di Bursa Malaysia. Cuma ketika melakukan carian, anda mungkin perlu mengetahui nama penuh syarikat tersebut.\n\n\n\nAnda boleh terus melihat \ntechnical chart\n dan juga \ntechnical indicator\n saham dalam portfolio anda secara terus.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nApabila anda \nclick\n ke butang \nTechnical\n, anda akan dipaparkan prestasi secara teknikal saham tersebut. Boleh pilih untuk melihat prestasi \n5 mins\n hinggalah \nmonthly\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nKekurangan\n\n\n\n\n\n\n\nBagaimanapun ada sedikit kekangan untuk kita pelabur di Malaysia. Kekangan yang pertama adalah data ini bukan live, tetapi ada sedikit delay. Bagi pelabur yang membuat penilaian secara harian atau mingguan mungkin tiada masalah. \nContra trader\n mungkin merasakan ini sebagai masalah utama.\n\n\n\n\n\n\n\nSekiranya anda sering atau berminat untuk membeli warrant, sayang seribu kali sayang \nwarrant \ntidak ada di Investing.com. Alternatif kepada masalah ini adalah selepas saham itu dijual, masukkan rekod belian dan jualan dengan menggunakan \nmother share\n (open and close position) selepas penjualan dilakukan. Sebagai contoh sekiranya anda membeli Gadang-Wb, daftarkan rekod dengan nama Gadang. Namun pastkan anda daftarkan selepas penjualan dilakukan, kalau tidak, rekod portfolio semasa anda tidak akan tepat.\u00a0\n\n\n\n\n\nSecara peribadi, walaupun terdapat kekangan untuk kita pelabur di Malaysia, namun kelebihan-kelebihan yang ada di Investing.com jauh lebih baik. Tambahan pula kesemua fungsi yang ada di \nInvesting.com\n disediakan percuma untuk anda."}
{"url": "http://bullishbursa.blogspot.com/2017/06/video-paper-trade-dengan-portfolio.html", "title": "Video: Paper Trade dengan Portfolio Investing.com", "body": "Sejak akhir-akhir ini saya sering diajukan soalan mengenai apakah platform terbaik untuk pelabur baharu melakukan Paper Trade ataupun simulasi jual beli saham tanpa menggunakan duit sebenar. Secara peribadi saya suka dengan platform Investing.com. Saksikan video ringkas ini mengenai cara-cara untuk melakukan paper trade menggunakan Investing.com"}
{"url": "http://bullishbursa.blogspot.com/2017/07/ipo-advancecon-dan-lotte-chemical-nak.html", "title": "IPO Advancecon dan Lotte Chemical Titan: Nak Jual ke Simpan?", "body": "Semalam keputusan IPO Advancecon telah diumumkan. IPO berharga RM0.63 ini mendapat permintaan yang tinggi sehingga lebih daripada 10.28 kali ganda berbanding jumlah saham yang ditawarkan. Saya sendiri hanya berjaya mendapat 45% daripada jumlah yang saya pohon. Secara peribadi saya masih berpuas hati kerana ramai juga rakan-rakan lain langsung tidak berjaya memiliki saham ini.\n\n\n\nLain pula ceritanya dengan Lotte Chemical Titan. IPO yang pada asalnya dijual pada harga RM8, terpaksa dikurangkan ke RM6.50 kerana kurangnya permintaan daripada pelabur\n retail\n. Bukan itu sahaja, jumlah saham yang ditawarkan terpaksa dikurangkan hampir 25% daripada jumlah asal (740.5 juta saham). Saya juga ada membeli IPO ini, melihat kepada situasi ini kemungkinan besar saya akan dapat keseluruhan jumlah yang dibeli.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPercaya atau tidak, ini adalah pengalaman pertama saya membeli saham waktu IPO. Selama ini saya hanya membeli saham-saham yang telah disenaraikan di Bursa Malaysia. Tak disangka pengalaman pertama mendapatkan IPO, terus dapat kedua-duanya sekali. Diibaratkan seperti hidup bujang terlalu lama, tiba-tiba kahwin sekali dua (abaikan jika hambar).\n\n\n\n\nNak Simpan atau Terus Jual?\n\n\n\nKedua-dua saham ini akan disenaraikan di Bursa Malaysia pada 10 dan 11 Julai. Disebabkan saya sudah tahu jumlah saham yang saya peroleh, sekarang timbul pula soalan yang lebih penting perlu saya jawab. Nak simpan atau terus jual saham-saham ini pada hari pertama disenaraikan nanti?\n\n\n\nSebenarnya tujuan asal saya membeli kedua-dua IPO ini adalah untuk menjadi pelabur jangka panjang di kedua-dua syarikat ini. Berikut adalah perkara-perkara yang membuatkan saya berfikir sebegitu\n\n\n\n\nAdvancecon\n\n\n\n\nLebih 50% daripada hasil jualan IPO akan digunakan untuk\n capital expenditure\n (nak beli mesin dan peralatan yang berkapasiti lebih tinggi)\n\n\nOrder book yang tinggi\u00a0 (RM572.5 juta) dan aktif dalam membida projek baharu (20 projek bernilai RM496.4 juta)\n\n\nProfit margin\n yang agak baik, sekitar 10-12%\n\n\nBercadang untuk memberi \ndividend\n sekitar 20% daripada keuntungan\n\n\n\n\n\n\nLotte Chemical Titan\n\n\n\n\nLebih 90% daripada hasil jualan IPO akan digunakan untuk membiayai pembinaan \nintegrated petrochemical facility\n di Indonesia, \npolypropylene plant\n di Johor dan naiktaraf \nnaptha cracker\n sedia ada\n\n\nBerada di dalam industri hiliran minyak dan gas yang mendapat manfaat daripada kejatuhan harga minyak\n\n\nDiminati (\noversubsribed\n oleh institusi pelaburan seperti PNB dan syarikat \nunit trust\n lain\n\n\nBercadang untuk memberi \ndividend\n sekitar 50% daripada keuntungan\n\n\n\n\n\n\n\n\nPrestasi 10 IPO Terdahulu\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nNo\n\n\nStock\n\n\nListing Date\n\n\nHarga IPO\n\n\nHarga 5/7/17\n\n\n% Beza Dengan IPO\n\n\nOpen Price on Listing\n\n\n% Beza Dengan IPO2\n\n\nCandle Listing Day\n\n\n\n\n\n\n1\n\n\n\n\nINTA\n\n\n\n\n25-May-17\n\n\n0.25\n\n\n0.315\n\n\n26%\n\n\n0.33\n\n\n8%\n\n\nblack\n\n\n\n\n\n\n2\n\n\n\n\nCABNET\n\n\n\n\n22-May-17\n\n\n0.56\n\n\n0.645\n\n\n15%\n\n\n0.68\n\n\n12%\n\n\nwhite\n\n\n\n\n\n\n3\n\n\n\n\nESAFE\n\n\n\n\n26-Apr-17\n\n\n0.36\n\n\n0.41\n\n\n14%\n\n\n0.46\n\n\n10%\n\n\nblack\n\n\n\n\n\n\n4\n\n\n\n\nEWINT\n\n\n\n\n3-Apr-17\n\n\n1.2\n\n\n1.12\n\n\n-7%\n\n\n1.31\n\n\n11%\n\n\nblack\n\n\n\n\n\n\n5\n\n\n\n\nSERBADK\n\n\n\n\n8-Feb-17\n\n\n1.5\n\n\n1.99\n\n\n33%\n\n\n1.53\n\n\n3%\n\n\nblack\n\n\n\n\n\n\n6\n\n\n\n\nKIPREIT\n\n\n\n\n6-Feb-17\n\n\n1\n\n\n0.92\n\n\n-8%\n\n\n1.04\n\n\n4%\n\n\nblack\n\n\n\n\n\n\n7\n\n\n\n\nMATANG\n\n\n\n\n17-Jan-17\n\n\n0.13\n\n\n0.105\n\n\n-19%\n\n\n0.14\n\n\n1%\n\n\n-\n\n\n\n\n\n\n8\n\n\n\n\nHLT\n\n\n\n\n10-Jan-17\n\n\n0.45\n\n\n0.435\n\n\n-3%\n\n\n0.55\n\n\n10%\n\n\nblack\n\n\n\n\n\n\n9\n\n\n\n\nFPGROUP\n\n\n\n\n29-Dec-16\n\n\n0.54\n\n\n0.875\n\n\n62%\n\n\n0.61\n\n\n7%\n\n\nwhite\n\n\n\n\n\n\n10\n\n\n\n\nRHONEMA\n\n\n\n\n19-Dec-16\n\n\n0.75\n\n\n1.28\n\n\n71%\n\n\n0.82\n\n\n7%\n\n\nwhite\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBerikut adalah pemerhatian saya berdasarkan prestasi 10 IPO yang terdahulu\n\n\n\n\n6/10 saham berada pada kedudukan lebih baik pada hari ini (5 Julai) berbanding harga IPO. Jika saya berniat untuk memegang kedua-dua IPO yang saya beli, kemungkinan untuk terus kekal untung tidak begitu meyakinkan. Malah ada IPO yang berada pada harga -19% berbanding harga IPO. Walaubagaimanapun, ada juga yang berada pada kedudukan 71% lebih tinggi berbanding harga IPO.\n\n\n10/10 saham dibuka pada harga lebih tinggi berbanding IPO. Jika dilihat kepada situasi ini, tidak hairanlah ramai juga rakan-rakan yang berebut-rebut membeli IPO dan berniat untuk terus menjual sebaik sahaja saham tersebut disenaraikan. 'Pelaburan' hanya sekitar 2 minggu, terus boleh dapat untung sekitar 1%-12%.\n\n\n6/10 saham tersebut ditutup pada harga lebih rendah berbanding harga pembukaan pada hari pertama disenaraikan (black candle on listing day). Andaikata pemegang saham terus menjual sewaktu saham disenaraikan, dan berniat untuk membeli semula saham yang sama pada harga lebih rendah pada hari tersebut, ada juga peluang untuk pemegang saham tersebut mendapat keuntungan secara contra. Ala-ala shortsell. Walaubagaimanapun, ada 3/10 saham yang ditutup lebih tinggi daripada harga pembukaan (white candle on listing day). Pelabur yang berniat nak beli semula saham yang dijual waktu opening, berkemungkinan juga terpaksa gigit jari.\u00a0\n\n\n\n\n\nKesimpulannya, memang sukar untuk membuat keputusan. Setakat ini saya lebih berat untuk terus menjual kedua-dua IPO pada pukul pada pukul 9 pagi 10 dan 11 julai ini sambal mengintai peluang untuk membeli semula kedua-dua saham tersebut pada harga yang lebih rendah pada hari yang sama untuk meneruskan niat asal saya menyimpan kedua-dua saham ini sebagai satu pelaburan jangka panjang.\n\n\n\n\n\n\n\nKalau anda pula bagaimana?"}
{"url": "http://bullishbursa.blogspot.com/2017/10/bajet-2018-intai-intai-peluang-pelaburan.html", "title": "Bajet 2018: Intai-intai Peluang Pelaburan", "body": "Bajet 2018 yang bertemakan \"Memakmur Ekonomi Yang Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi dan Ukhrawi Demi Mensejahtera Kehidupan Rakyat, Menuju Aspirasi TN50\" telah selamat dibentangkan pada 27 Oktober lepas. Sebagai pelabur di Bursa Malaysia, insyaAllah masih ada ruang dan peluang untuk menjana sedikit wang. Paling penting masih tiada lagi \nCapital Gains Tax\n dikenakan kepada keuntungan penjualan ekuiti/saham di Malaysia. Segala keuntungan, masih lagi sepenuhnya menjadi milik anda.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSecara keseluruhan saya melihat bajet kali ini masih lagi \ninvestor friendly\n walaupun \nhighlight \nutama yang diberi perhatian umum adalah perkara yang memberi impak terus kepada individu tertentu seperti Bayaran Khas RM1,500 untuk penjawat awam, penghapusan tol Sg Rasau dan Batu 3, cuti bersalin 60 dinaikkan ke 90 hari dan pengurangan cukai pendapatan sebanyak 2% bagi individu berpendapatan RM20k-RM70k setahun.\n\n\n\nUntuk coretan kali ini, saya ingin mengambil peluang untuk berkogsi pandangan peribadi mengenai\u00a0 beberapa sektor yang menarik minat saya berdasarkan bajet yang baru diumumkan.\n\n\n\n\n1. Construction/Building Materials\n\n\n\nSektor pembinaan dilihat menerima manfaat yang besar daripada RM46B belanja pembangunan yang diperuntukkan. Projek-projek seperti\n\n\n\n\nECRL\n\n\nMRT2\n\n\nHigh Speed Rail\n\n\nCentral Spine Road\n\n\nNaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Langkawi\n\n\n14 kompleks sukan\n\n\nLebuhraya Pan Borneo\n\n\n10,000 unit PPA1M PDRM\n\n\nBina semula dan naik tafar 2,000 sekolah daif\n\n\n\n\n\nSaham-saham seperti GAMUDA, IJM, SUNCON mungkin menjadi perhatian. Saya pula secara peribadi lebih berminat untuk melihat saham-saham yang bukan secara terus berpotensi menerima projek-projek ini, tetapi berpotensi untuk melakukan kerja-kerja ataupun menyediakan bahan untuk projek di atas.\n\n\n\n\n\n\n\nECONBHD misalnya menyediakan khidmat \npiling\n dan\n foundation\n, manakala OKA menyediakan \npre-cast\n dan \nreadymixed concrete\n.\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n2. Healthcare\n\n\n\nSektor perubatan juga boleh diberi perhatian. Saham seperti KPJ dan IHH berpotensi menerima manfaat daripada \nFlagship Medical Tourism\n yang diumumkan. Selain daripada itu RM500j yang diumumkan bagi tujuan pembangunan dan promosi pelancongan, mungkin juga memberi manfaat tidak langsung dalam mengetengahkan Malaysia sebagai Negara pilihan untuk menjalankan rawatan perubatan.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n3. Technology/IoT\n\n\n\n\n\n\n\nDua pengumuman yang boleh diberi perhatian adalah projek menaik taraf sistem ICT dan 1PRDMnet serta sistem komunikasi, RM270j dan RM245j geran sepadan bagi menaik taraf kemudahan \nsmart manufacturing.\n Manfaat dari segi keuntungan yang diperoleh daripada perubahan ke smart manufacturing mungkin hanya dapat dilihat dalam tempoh jangka masa panjang. Syarikat yang dijangka dapat manfaat secara terus adalah syarikat yang menyediakan perkhidmatan tersebut. Saya juga masih mencari-cari syarikat tersebut.\n\n\n\n\n\n\n\n\n4. Logistics\n\n\n\n\n\n\n\nRM100j diumumkan untuk program eRezeki, eUsahawan dan eLadang bakal meneruskan lagi kemeriahan bidang \necommerce\n di Malaysia. Seperti biasa syarikat yang menyediakan perkhidmatan \nepayment\n mahupun kurier perlu diberi perhatian.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nKongikan juga pandangan anda beserta saham pilihan anda berdasarkan pengumuman Bajet 2018 di ruangan komen"}
{"url": "http://bullishbursa.blogspot.com/2017/11/ipo-kejuruteraan-asastera-berhad-kab.html", "title": "IPO Kejuruteraan Asastera Berhad (KAB): Nak Sauk Atau Hanya Tengok?", "body": "Sebuah syarikat \nelectrical & mechanical engineering specialist\n, Kejuruteraan Asastera Berhad (KAB) melancarkan prospektus untuk IPO nya dua hari lepas. Harga IPO KAB ini adalah RM0.25. IPO ini boleh dibeli sehingga 7 November nanti. Seperti biasa persoalan utama adalah, nak sauk atau hanya tengok?\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nServis kejuruteraan elektrikal adalah focus utama syarikat ini. KAB bercadang untuk menggunakan 58% daripada hasil IPO untuk \nworking capital\n, 17% sebagai \nlisting expenses\n dan 12.5% untuk \ncapital expenditure\n.\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPrestasi IPO Terdahulu\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nNo\n\n\nNama\n\n\nListing Date\n\n\nHarga IPO\n\n\nHarga 1/11/17\n\n\n% Beza Dengan IPO\n\n\nOpen Price on Listing\n\n\n% Beza Dengan IPO2\n\n\nPrincipal Adviser\n\n\n\n\n\n\n1\n\n\nKAB\n\n\n17-Nov-17\n\n\n0.25\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMercury Securities\n\n\n\n\n\n\n2\n\n\nLCTITAN\n\n\n11-Jul-17\n\n\n6.5\n\n\n5.24\n\n\n-19%\n\n\n6.50\n\n\n0%\n\n\nMaybank Investment\n\n\n\n\n\n\n3\n\n\nADVCON\n\n\n10-Jul-17\n\n\n0.63\n\n\n1.2\n\n\n90%\n\n\n0.74\n\n\n17%\n\n\nRHB Investment\n\n\n\n\n\n\n4\n\n\nINTA\n\n\n25-May-17\n\n\n0.25\n\n\n0.375\n\n\n50%\n\n\n0.33\n\n\n32%\n\n\nM&A Securities\n\n\n\n\n\n\n5\n\n\nCABNET\n\n\n22-May-17\n\n\n0.56\n\n\n0.665\n\n\n19%\n\n\n0.68\n\n\n21%\n\n\nTA Securities\n\n\n\n\n\n\n6\n\n\nESAFE\n\n\n26-Apr-17\n\n\n0.36\n\n\n0.38\n\n\n6%\n\n\n0.46\n\n\n28%\n\n\nMercury Securities\n\n\n\n\n\n\n7\n\n\nEWINT\n\n\n03-Apr-17\n\n\n1.2\n\n\n1.04\n\n\n-13%\n\n\n1.31\n\n\n9%\n\n\nCIMB Investment/Maybank\n Investment/Hong Leong Investment\n\n\n\n\n\n\n8\n\n\nSERBADK\n\n\n08-Feb-17\n\n\n1.5\n\n\n2.65\n\n\n77%\n\n\n1.53\n\n\n2%\n\n\nRHB Investment/Affin Hwang IB\n\n\n\n\n\n\n9\n\n\nKIPREIT\n\n\n06-Feb-17\n\n\n1\n\n\n0.925\n\n\n-8%\n\n\n1.04\n\n\n4%\n\n\nCIMB Investment\n\n\n\n\n\n\n10\n\n\nMATANG\n\n\n17-Jan-17\n\n\n0.13\n\n\n0.11\n\n\n-15%\n\n\n0.14\n\n\n8%\n\n\nM&A Securities\n\n\n\n\n\n\n11\n\n\nHLT\n\n\n10-Jan-17\n\n\n0.45\n\n\n0.565\n\n\n26%\n\n\n0.55\n\n\n22%\n\n\nKAF Investment\n\n\n\n\n\n\n12\n\n\nFPGROUP\n\n\n29-Dec-16\n\n\n0.54\n\n\n0.8\n\n\n48%\n\n\n0.61\n\n\n13%\n\n\nTA Securities\n\n\n\n\n\n\n13\n\n\nRHONEMA\n\n\n19-Dec-16\n\n\n0.75\n\n\n1.01\n\n\n35%\n\n\n0.82\n\n\n9%\n\n\nPublic Investment\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBerdasarkan dua IPO terkini yang disenaraikan pada Julai lepas, ADVCON terus cemerlang, dibuka pada 17% lebih tinggi\u00a0 daripada harga IPO dan kini 90% lebih tinggi daripada harga IPO. LCTITAN pula tidak begitu, dibuka pada harga sama dengan IPO dan kini berada pada 19% lebih rendah daripada harga IPO RM6.50.\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\nJika dilihat secara keseluruhan 12 IPO terdahulu, masih ada sinar harapan kepada pelabur yang ingin mendapatkan IPO dan berhasrat untuk terus menjual sebaik sahaja saham tersebut disenaraikan.\u00a0\n\n\n\nApakah cadangan anda untuk IPO ini, terus sauk atau hanya tengok?"}
{"url": "http://bullishbursa.blogspot.com/2018/03/cara-buat-untung-melalui-ipo.html", "title": "Boleh Untung Ke Beli IPO?", "body": "Dalam Kelas Asas Saham semalam sempat juga bersembang sedikit sebanyak mengenai IPO. Saya juga ada kongsikan analisa ringkas yang telah saya buat mengenai prestasi beberapa IPO yang terkini dan salah seorang peserta memohon untuk saya kongsikan analisa tersebut.\n\n\n\nAlang-alang blog pun dah bersawang, mungkin ada baiknya saya kongsikan analisa tersebut di sini. Sedikit \ndisclaimer\n, analisa ini mungkin tidak boleh dipanggil sabagai analisa pun, kerana tidak melibatkan kajian dari segi fundamental dan sebagainya. Tetapi hanya melihat kepada\n trend \nprestasi beberapa IPO yang terdahulu.\n\n\n\n\nApa Itu IPO\n\n\n\nSedikit penerangan pada yang tak tahu mengenai IPO. IPO sebenarnya ringkasan kepada \nInitial Public Offering\n. Bagi sesebuah syarikat yang berminat menerbitkan saham dan menjualnya kepada pelabur lain, terbitan pertama tersebut digelarkan sebagai IPO.\n\n\n\nUntuk membeli IPO, sama seperti membeli saham-saham yang disenaraikan di Bursa Malaysia anda perlu membuka CDS akaun dengan mana-mana broker yang berlesen di Malaysia. Pembelian IPO pula boleh dilakukan secara online banking seperti Maybank2u, CIMB Clicks dan lain-lain, ataupun juga melalui ATM.\n\n\n\n\nUntung Ke Tak Untung Beli IPO Ni?\n\n\n\nWalaupun setiap individu melabur dalam saham dengan niat untuk membuat untung, kita perlu terima hakikat tidak ada jaminan keuntungan dalam pelaburan saham. Itu adalah perkara asas yang tidak boleh kita nafikan. Untuk membuat prediction untung atau rugi sesuatu pelaburan, penilaian yang boleh dilakukan adalah dengan melihat trend prestasi terdahulu sesuatu saham tersebut. Walaupun prestasi terdahulu tidak menjamin prestasi akan datang, sekurang-kurangnya takde la main tembak je kan.\n\n\n\n\nPrestasi IPO Terdahulu\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPrestasi IPO\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nJadual di atas saya kemaskini pada hari Jumaat lepas (9 Mac 2018). Jika dilihat pada 16 IPO yang terdahulu, kebetulan 50% daripada IPO tersebut berada pada kedudukan lebih baik dan separuh lagi berada pada kedudukan lebih rendah berbanding harga IPO. SERBADK sebagai contoh paling cemerlang yang berada pada paras 119% berbanding harga IPO. Jika anda berminat untuk membeli IPO dan terus memegang saham tersebut pada jangka masa yang panjang, memang boleh untung dan kadangkala boleh pula rugi.\n\n\n\nApa yang lebih menarik minat saya adalah kebetulan kesemua 16 IPO ini, disenaraikan pada harga lebih tinggi pada detik pertama ia disenaraikan di Bursa Malaysia. Maksudnya adalah, jika anda membeli IPO dan terus menjual pada pukul 9 pagi hari pertama IPO tersebut disenaraikan di Bursa Malaysia, peluang untuk anda mendapat keuntungan adalah tinggi.\n\n\n\nBerdasarkan 16 IPO terdahulu ni, prestasi yang paling buruk pada detik pertama disenaraikan adalah LCTITAN yang dibuka pada harga RM6.50, sama seperti harga IPO. Ya betul tu, paling buruk pun tak untung dan tak rugi (ok rugi sikit la yuran transaksi). Malah 9 daripada 16 IPO tersebut mencatat keuntungan lebih daripada 10% jika dijual pada detik pertama ia disenaraikan. Seperti INTA, 32% tu.\n\n\n\n\nJom Melabur\n\n\n\nPelaburan ni sebenarnya sangat mudah. Sesuai untuk semua orang. Hukum alam dalam pelaburan masih kekal. High Risk, High Return. Sekali lagi ingin saya ingatkan, prestasi terdahulu tidak menjamin keuntungan akan datang. Risiko juga memang tetap akan wujud. Cuma risiko ini boleh diuruskan. Uruskan dengan apa? Pastinya dengan ilmu. Jadi rajin-rajinlah belajar.\n\n\n\np/s: Kalau minat nak hadir Kelas Asas Saham yang seterusnya, rajin-rajinlah lawat facebook \niSaham\n ataupun \nSuddin Salleh\n supaya tak terlepas kapal. Kelas kitorang setakat ni yang termurah di alaf ini. Waktu artikel ini ditulis Kelas Asas Saham masih lagi pada harga RM39 seorang, dan RM30 seorang jika daftar berdua atau lebih.\n\n\n\n\n\nIklan: Dapatkan akses Premium Screener iSaham secara percuma dengan membuka akaun CDS Malacca Securities melalui iSaham.\u00a0\nKlik sini"}
{"url": "http://bullishbursa.blogspot.com/2018/03/tips-kumpulkan-modal-untuk-mula-melabur.html", "title": "Tips Kumpulkan Modal Untuk Mula Melabur", "body": "Ramai yang mula menunjukkan minat untuk menceburi dunia pelaburan untuk berusaha mencapai apa sahaja impian kewangan mereka. Antara soalan yang sering ditanya adalah berapa jumlah modal minimum untuk mula melabur dalam saham. Kalau ikutkan \nboss\n \niSaham\n, RM3k, kalau tanya saya pula, nak \ntry-try test\n tengok ok ke tidak, RM1k pun boleh juga.\n\n\n\nOk macam mana pula dengan kawan-kawan yang bukan kata RM3k, nak mula melabur RM1k pun tak ada. Jom kita tengok beberapa tips yang boleh dicadangkan untuk kawan-kawan kita ni cukupkan modal untuk mula melabur dalam saham.\n\n\n\n\nAliran Tunai Selesaikan Dulu\n\n\n\nKejap. Kalau RM1k pun tiada untuk mulakan pelaburan, kemungkinan besar pengurusan kewangan kawan-kawan kita ni pun mungkin sedang koyak. Jadi perkara ini perlu diselesaikan dahulu. Aliran tunai boleh dikatakan sihat jika\n\n\n\n1. Pendapatan setiap bulan lebih daripada perbelanjaan (gaji lebih dari belanja)\n\n2. Maksimum 60% daripada pendapatan tu digunakan untuk komitmen bulanan\n\n3. 30% daripada pendapatan tersebut disimpan atau dilaburkan\n\n4. Maksimum 10% ni kita jadikan sebagai \nbuffer\n.\n\n\n\nTips Kumpulkan Modal = Tips Betulkan Aliran Tunai\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSecara asasnya nak kumpulkan modal ataupun nak betulkan aliran tunai memang mudah. Hanya ada 2 cara utama\n\n\n\n\n1. Tambahkan Pendapatan\n\n\n\nUntuk tambah pendapatan ni rasanya di Malaysia ni memang banyak pilihan. Kalau ada peluang di tempat kerja, boleh buat \novertime\n. Boleh juga berniaga kecil-kecilan. Kalau modal agak tipis, jadi agent takaful pun boleh juga. Kalau modal langsung tiada pun boleh. Boleh sertai \ndropship\n ataupun \naffiliate\n\n\n\n\n2. Kurangkan Perbelanjaan\n\n\n\nSaya faham, bukan semua yang sanggup nak usaha lebih untuk lakukan perkara-perkara yang dicadangkan untuk tambahkan pendapatan tadi. Kalau tak sanggup, ini bermakna pilihan kedua ini lebih sesuai untuk anda. \n\n\n\nAntara contoh perbelanjaan yang boleh dikurangkan adalah\n\n\n\na. Pindah ke tempat tinggal yang lebih murah\n\nb. Tukar kenderaan yang bayaran bulanan lebih murah\n\nc. Kurangkan perbelanjaan social seperti shopping, menonton wayang dan sebagainya\n\nd. Pada yang merokok, boleh kurangkan atau tinggalkan tabiat merokok tersebut. (boleh cuba \nNomosmo\n jika serius nak tinggalkan rokok)\n\n\n\nJika anda kurangkan RM15 sehari, sebulan dah RM450 berjaya dikurangkan. Tiga bulan dah RM1,350. Boleh dah tu nak mula melabur kan. Sementara menunggu cukup tiga bulan tu, boleh gunakan masa sebaiknya untuk mendalami ilmu saham. Boleh juga lakukan \npaper trade\n untuk menguji skil pemilihan saham anda.\n\n\n\nLebih baik jika anda sanggup lakukan kedua-dua perkara ni. Tambahkan pendapatan dan kurangkan perbelanjaan dalam masa yang sama. Saya pasti lebih cepat modal tersebut dapat dikumpulkan.\n\n\n\nPandangan anda macam mana? Tambahkan Pendapatan atau Kurangkan Perbelanjaan yang lebih mudah?"}
{"url": "http://bullishbursa.blogspot.com/2020/05/bagaimana-nak-cari-kaunter-saham-yang.html", "title": "Bagaimana Nak Cari Kaunter Saham yang Boleh Untung Hingga 200%", "body": "Dua hari ni kaunter saham yang termasuk di dalam sektor \nCoronavirus\n\u00a0naik secara mendadak. Sehinggakan salah satu daripadanya, CAREPLS naik secara maksimum (limit up) pada 12 May 2020. Pada 13 May 2020 kenaikan berterusan sehingga mengampiri paras \nlimit up \nuntuk dua hari berturut-turut sebelum kembali turun pada sesi petang. Dengan ini bertebaran lah \nscreenshot \nkeuntungan masing-masing di group saham mahupun di media sosial yang lain berkongsi kegembiraan keuntungan yang banyak.\nCAREPLS 13 May 2020\n\"Boleh masuk lagi ke?\"\u00a0\n\"Boleh naik lagi ke?\"\u00a0\n\"Macamana nak \ndetect\n kaunter yang boleh naik macamni?\"\nSituasi begini kadang-kadang tanpa disedari menimbulkan perasaan FOMO ataupun \nFear of Missing Out\n terutama pada pelabur baharu. Mula tak tentu arah. Habis hilang segala teknik dan strategi yang dipelajari. Gangguan teknikal di beberapa platform saham petang tadi menambah-nambah rasa tak keruan sehingga ada yang tidak dapat memendam lagi rasa marah di hati.\nAda Teknik Rahsia?\nPercayalah sebenarnya tidak ada teknik rahsia untuk memilih kaunter yang naik sehingga 100% 200% mahupun sehingga 600%. Caranya tetap sama. Ya sama seperti teknik yang anda biasa gunakan. Tak kira lah sama ada anda gunakan Chart Pattern, MA, RSI, MACD, Ichimoku, Buy on Dip, Buy on Breakout dan lain-lain, saya percaya saham ini pernah \ntrigger\n apa sahaja signal mengikut strategi yang anda pelajari atau gunakan.\n\"Tapi saham yang saya pilih tak naik macam ni\" \"Dah beli tapi tula rugi jual awal sangat\" \"Dah tengok dah tapi tula tak tekan \nbuy\n pulak\"\nPercaya Pada Rezeki\nDi bulan Ramadhan ini saya ingatkan diri saya sendiri untuk yakin dengan rezeki. Kalau dapat untung sedikit, bersyukurlah kerana itulah rezeki yang dah ditetapkan untuk kita. Kalau kita mengalami kerugian, yakinlah ada hikmah yang boleh kita pelajari.\u00a0\nKekal tenang.\u00a0\np/s: saya beli masa saham ini keluar dalam \nscreener\n BTST\n, sepatutnya \nBuy Today Sell Tomorrow\n, tergerak hati untuk terus simpan dan \nconvert\n ke \nMid Term\n setelah harga terus naik. memang dah rezeki agaknya. syukur Alhamdulillah.\nIklan: Dapatkan akses Premium Screener iSaham secara percuma dengan membuka akaun CDS Malacca Securities melalui iSaham. \nKlik sini"}
{"url": "http://bullishbursa.blogspot.com/2020/05/cara-membuat-trading-journal.html", "title": "Cara Membuat Trading Journal Menggunakan Microsoft Excel (Video)", "body": "Sebulan ni dua ni femomena luar biasa berlaku dalam bidang saham. Jumlah dagangan di Bursa Malaysia pun dah memecahkan \nall time high\n baru-baru ni melebihi 11 bilion dagangan. Ramai juga yang dapat untung luar biasa dan \nscreenshot\n keuntungan masing-masing menyebabkan ramai juga yang berminat untuk menceburi bidang pelaburan saham. Kesannya, Youtube Channel saya yang dah 3 tahun bersawang pun ada juga yang \nsubscribe\n.\u00a0\nSebagai menghargai \nsubcriber\n baharu ni, saya \nupload\n satu video. Cara membuat \ntrading journal\n menggunakan \nMicrosoft Excel\n. Satu perkara yang mudah nak buat tetapi tak ramai yang rajin untuk buat. Topik yang tak sempat juga saya kupas dalam Kelas Asas Saham dengan panjang lebar. Mungkin video ringkas ini boleh membantu.\nKalau Google \ntemplate trading journal\n, memang boleh jumpa, namun mungkin ada yang\n confuse\n sebab kebanyakannya berasaskan pasaran di Amerika Syarikat. Jadi kita buat sendiri la ye. Resepi \nsimple\n beberapa minit je dah siap."}
{"url": "http://bullishbursa.blogspot.com/2020/06/kalau.html", "title": "Kalau...", "body": "Pendahuluan\nHari ini saya kembali bertugas di pejabat seperti biasa setelah dua bulan setengah mengamalkan \nWork From Home\n dan kemudiannya disusuli dengan berselang-seli hadir ke pejabat.\u00a0 Masih dalam proses transisi perasaan \nperasan\n\u00a0daripada\u00a0\nFull Time Trader\n kembali ke \nPart Time Investor/Trader\n.\u00a0\u00a0\nNiat sebelum tidur malam tadi, ok esok (hari ini) nak buat 2 perkara je\nExpectation\n1. Pagi-pagi nak layan merempit \nBOSO (Buy Open Sell Open)\n kejap\n2. lepastu \nswitch\n ke kaunter \nMid Term\n dan teruskan kehidupan dengan penuh ketenangan. Masa \nweekend\n dah \nshortlist \ndah beberapa kaunter \nMid Term\n yang menarik minat supaya tetap pendirian dan tidak goyang walau apa pun dugaan yang bakal melanda.\nMudah kan? Dua langkah sahaja. Dan masa yang diperlukan pun hanya beberapa minit.\nReality\n1. Sampai pejabat buka screener BOSO kejap, ok nampak kaunter K1. Cantik. Memang ini lah kaunter yang diidamkan. \nRanking \nNo 1 pulak tu dalam BOSO hari ni. Mata tak berkedip tengok T-O \nprice\n, 0.33, 0.335, leka sekejap bila tengok balik eh 0.355. Cantik ni.\nBila tengok anaknya si K1-WC, alahai yang ni lagi cantik. Maknya nampak mengorak langkah nak \nGap Up\n jauh, anaknya pulak baru bertatih-tatih. 0.15...0.155. Check \npremium\n nampak ok, \nexpiry date\n pun ok. Okeh set. Pagi ni BOSO anak. Potong \nque\n 08:59am, match 0.155.\u00a0\nTengok mak 5 minit buka pun dah terus memecut ke 0.40, kemudian 0.405, u-turn 0.40, 0.395, 0.39, 0.385. Ok boleh dah jual anak ni, supaya boleh teruskan kehidupan dengan tenang. Maka dilepaskan K1-WC pada 0.17. Syukur alhamdulillah \n9.7%\n untuk beberapa minit. \nStep 1 \nselesai dengan jayanya.\n2. Baru nak buka \nwatchlist Mid Term \nuntuk disauk, terrrnampak pulak kekasih lama (bulan lepas) si HLT. \nGap up\n jugak rupanya. Laju pulak naik ke 0.73. Laju sangat ni. Bukan dalam \nshortlist Mid Term \nyang kaji semalam ni. Cuba untuk kuatkan iman menahan godaan. Terrrrrtoleh pula tengok anaknya HLT-WA. Eh. Kenapa jauh sangat beza ni. Kenapa mak dah 0.73 anak baru 0.42? Kalau \nexercise price\n 0.20 patut anaknya beza 20 sen je, patut anaknya 0.53. Jauh sangat ni. \nCheck\n \niSaham\n kejap eh betul la, \npremium negative\n ni. Jauh ni. Selamat ni. Ok ni. Boleh sauk ni. Baru siap tekan \ncalculator\n, tengok-tengok harga dah 0.445. Ok masih jauh lagi. Baru je nak tekan \nbuy \nsekarang......tiba-tiba telefon berdering pula...\nSettle \njawab telefon tengok balik harga dah 0.475. Ok maknya dah 0.83. Masih beza banyak. Bismillah dan terus sauk.\nMaka \nStep 2\n tak jadi lah macam yang dirancang semalam. Menjelang tengahari HLT-WA berlegar-legar atas 0.60. Alhamdulillah syukur. Rezeki ni. Esok-esoklah kembali ke \nMid Term\n ya.\nIsi\nPanjang pula pendahuluan untuk entri kali ini.\nMerujuk kepada Kamus Pelajar Edisi Kedua, Dewan Bahasa dan Pustaka, perkataan 'KALAU' membawa dua maksud\n1. kata yang menyatakan syarat dan lain-lain\n2. sekiranya; seandainya; umpamanya\nHari ni kita nak bincang sikit mengenai 'KALAU' berasaskan definisi No 2.\u00a0\nDalam kegembiraan melihat saham HLT-WA \nlimit up\n pada paras 0.655 petang tadi, \n37%\n di atas harga yang saya beli pada waktu pagi, terpalit sedikit penyesalan apabila ter\ncheck\n\u00a0harga K1-WC yang dilepaskan sebelumnya.\u00a0\nKALAU\n lah tak jual K1-WC tadi, dah \n90%\n profit dah ni...\nTengok pula ADVENTA, aduh yang ni pun dah tengok dah haritu, dah \nque \ndah minggu lepas 1.07 tapi tak \nmatch\n, naik pulak tiga hari dah lebih \n100%\n ni \nKALAU\n \nbeli jugak atas sikit.\nAduh CAREPLS pun, dah jual semua haritu 0.915 memang la untung \n169%\n dah, tapi \nKALAU\n simpan ni dah \n435%\n dah ni.\nWalaupun dalam entri yang lepas saya ada \ntulis tentang rezeki\n, bisikan-bisikan \nKALAU\n ni tetap jugak hadir. Dengan seronoknya berkongsi dengan kawan-kawan kisah \nKALAU\n saya tadi, ada juga hadir sekelumit rasa bersalah. Rasa macam perasaan macam ni salah. Walaupun seronok bercerita tapi rasa macam salah.\u00a0\nBila \ncheck\n balik. Memang salah. Macam ada teringat perkataan kalau ni ada kaitan dengan bisikan syaitan. \nCheck\n punya \ncheck \njumpa potongan ayat Al Quran dan hadith ni.\nHukum asal menggunakan perkataan \u201c\nkalau\n\u201d dan seumpamanya adalah harus. Namun demikian, jika penggunaannya merujuk kepada kekecewaan kerana tidak\u00a0\ndapat menerima ta\nq\ndir Allah SWT, maka ia adalah ungkapan yang\u00a0\ndi\nlarang. Ia sebagaimana firman Allah SWT:\n\u0623\u064e\u064a\u0651\u064f\u0647\u064e\u0627 \u0671\u0644\u0651\u064e\u0630\u0650\u064a\u0646\u064e \u0621\u064e\u0627\u0645\u064e\u0646\u064f\u0648\u0627\u0652 \u0644\u064e\u0627 \u062a\u064e\u0643\u064f\u0648\u0646\u064f\u0648\u0627\u0652 \u0643\u064e\u0671\u0644\u0651\u064e\u0630\u0650\u064a\u0646\u064e \u0643\u064e\u0641\u064e\u0631\u064f\u0648\u0627\u0652 \u0648\u064e\u0642\u064e\u0627\u0644\u064f\u0648\u0627\u0652 \u0644\u0650\u0625\u0650\u062e\u06e1\u0648\u064e\u0670\u0646\u0650\u0647\u0650\u0645\u06e1 \u0625\u0650\u0630\u064e\u0627 \u0636\u064e\u0631\u064e\u0628\u064f\u0648\u0627\u0652 \u0641\u0650\u064a \u0671\u0644\u06e1\u0623\u064e\u0631\u06e1\u0636\u0650 \u0623\u064e\u0648\u06e1 \u0643\u064e\u0627\u0646\u064f\u0648\u0627\u0652 \u063a\u064f\u0632\u0651\u0649 \u0644\u0651\u064e\u0648\u06e1 \u0643\u064e\u0627\u0646\u064f\u0648\u0627\u0652 \u0639\u0650\u0646\u062f\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0645\u064e\u0627 \u0645\u064e\u0627\u062a\u064f\u0648\u0627\u0652 \u0648\u064e\u0645\u064e\u0627 \u0642\u064f\u062a\u0650\u0644\u064f\u0648\u0627\u0652 \u0644\u0650\u064a\u064e\u062c\u06e1\u0639\u064e\u0644\u064e \u0671\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f \u0630\u064e\u0670\u0644\u0650\u0643\u064e \u062d\u064e\u0633\u06e1\u0631\u064e\u0629 \u0641\u0650\u064a \u0642\u064f\u0644\u064f\u0648\u0628\u0650\u0647\u0650\u0645\u06e1\u06d7\n\u00a0\nMaksudnya: \u201c\nHai\n\u00a0orang-orang yang beriman, janganlah kamu seperti orang-orang kafir (orang-orang munafik) itu, yang mengatakan kepada saudara-saudara mereka apabila mereka mengadakan perjalanan di muka bumi atau mereka berperang:\n\u00a0\nKalau mereka tetap bersama-sama kita tentulah mereka tidak mati dan tidak dibunuh. Akibat (dari perkataan dan keyakinan mereka) yang demikian itu, Allah menimbulkan rasa penyesalan yang sangat di dalam hati mereka.\n\u201d\n\u00a0\n(Surah\u00a0Ali Imran : 156)\n\u00a0\nBaginda SAW turut menjelaskan larangan\u00a0\ntersebut\u00a0\nmenerusi\n\u00a0\nsabda\nnya\n:\n\u00a0\n\u0648\u064e\u0625\u0650\u0646\u0652 \u0623\u064e\u0635\u064e\u0627\u0628\u064e\u0643\u064e \u0634\u064e\u064a\u0652\u0621\u064c\u060c \u0641\u064e\u0644\u064e\u0627 \u062a\u064e\u0642\u064f\u0644\u0652 \u0644\u064e\u0648\u0652 \u0623\u064e\u0646\u0651\u0650\u064a \u0641\u064e\u0639\u064e\u0644\u0652\u062a\u064f \u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u0643\u064e\u0630\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0643\u064e\u0630\u064e\u0627\u060c \u0648\u064e\u0644\u064e\u0643\u0650\u0646\u0652 \u0642\u064f\u0644\u0652 \u0642\u064e\u062f\u064e\u0631\u064f \u0627\u0644\u0644\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0645\u064e\u0627 \u0634\u064e\u0627\u0621\u064e \u0641\u064e\u0639\u064e\u0644\u064e\u060c \u0641\u064e\u0625\u0650\u0646\u0651\u064e \u0644\u064e\u0648\u0652 \u062a\u064e\u0641\u0652\u062a\u064e\u062d\u064f \u0639\u064e\u0645\u064e\u0644\u064e \u0627\u0644\u0634\u0651\u064e\u064a\u0652\u0637\u064e\u0627\u0646\u0650\n\u00a0\nMaksudnya:\u00a0\n\"Kalau engkau tertimpa musibah, janganlah engkau mengatakan: Kalau tadi aku lakukan begini, tentu jadinya akan begini dan begini, tapi katakanlah: Sudah takdir Allah, Allah melakukan apa sahaja yang Dia kehendaki. Kerana sesungguhnya kata \"kalau\" itu membuka pintu amalan syaitan.\n\u201d\n(Riwayat Muslim, no. 22664)\nBoleh tengok ulasan penuh di \nsini\n.\nInsaf\nDengan harapan perasaan insaf ini kekal lama, saya nukilkan entri \nKALAU\n kali ni. Mungkin ada rakan-rakan pelabur yang tersilap seperti saya. Terutama sekali di waktu sekarang, di waktu saham bersusun-susun mengejar \nlimit up \nsetiap hari.\u00a0\nMungkin sesuai digantikan dengan perkataan syukur. Ingat kembali keuntungan-keuntungan yang pernah kita peroleh. Fokus kepada rezeki yang tidak disangka-sangka pernah kita dapat. Anda masih baharu dan belum merasai keuntungan dalam saham sekalipun, sekurang-kurangnya kita diberikan juga sedikit rezeki mengenali dunia saham.\u00a0\np/s: Buka akaun CDS saham patuh syariah di \nsini"}
{"url": "http://bullishbursa.blogspot.com/2020/07/apa-nak-buat-kalau-saham-yang-pernah.html", "title": "Apa Nak Buat Kalau Saham Yang Pernah Dibeli Jatuh Banyak Sangat?", "body": "Baru-baru ada kawan yang bertanya, dia pernah beli saham SAPNRG dulu, tapi sekarang dah rugi 90%. Walaupun jumlah yang dibeli tidak terlalu banyak, pedihnya masih terasa kerana sehingga kini beliau sekali-sekala termenung tengok satu-satunya saham yang dipegang. Tak tahu apa nak buat.\nJanganlah kita tanya kenapa jadi macamtu, kenapa tak \ncut loss \ndulu?, kenapa simpan lagi?. Mungkin semakin kita tanya semakin pedih ulu hati beliau mengenangkan apa yang telah terjadi. Mungkin pembelian dahulu dilakukan tanpa mengikut apa-apa strategi saham. Mungkin pembelian dilakukan berpandukan khabar angin yang indah-indah. Mungkin beliau tak pernah tahu tentang \nCut Loss\n. Mungkin beliau percaya saham ini pasti akan kembali bangkit satu hari nanti, mungkin lagi setahun, mungkin lagi 10 tahun, ataupun 100 tahun lagi.\nPersoalan yang lebih penting untuk kita bincangkan adalah\u00a0\nSoalan 1. Apa yang kita boleh buat sekarang?\u00a0\nSoalan 2. Bagaimana untuk elakkan sejarah seperti ini berulang kembali?\nUntuk menjawab soalan pertama, ada 3 cadangan yang boleh dipertimbangkan.\nCadangan 1. Jual dan Mulakan Hidup Baharu\nCadangan ni memang susah untuk dilaksanakan. Tak ramai orang boleh akui kesilapan dan terima kekalahan walaupun silapnya mungkin disebabkan oleh diri sendiri. Bagi yang boleh terima kekalahan, cadangan ini boleh dipertimbangkan.\nCadangan 2: Gunakan\n Technical Analysis\n untuk Jual Pada Harga Lebih Baik\nUntuk jual dengan keuntungan mungkin hampir mustahil untuk contoh saham yang sedang kita bincangkan. Namun bagi mereka yang telah belajar sedikit ilmu \nTechnical Analysis\n, boleh aplikasikan ilmu tersebut untuk menjual saham ini pada harga yang lebih baik daripada harga sekarang. Boleh pertimbangkan untuk lakukan penjualan apabila saham ini rebound ke paras \nresistance\n terhampir. Ataupun simpan sahaja selagi saham ini tidak pecah menembusi harga \nsupport\n semasa.\nCadangan 3: Cari Modal Tambahan Dan Bina Portfolio Baharu Dengan Strategi Yang Betul\nYang dulu biarlah berlalu, sediakan sedikit modal lain untuk bina portfolio yang baharu. Kali ini lakukan pembelian saham dengan strategi yang betul. Selain daripada membeli dengan strategi yang betul, paling penting adalah untuk kita kawal risiko kerugian dengan menetapkan \ncut loss\n yang boleh kita terima sebelum pembelian dilakukan. Seandainya masih lagi tersilap pilih, kita masih ada modal yang baik untuk lakukan pembelian yang lain. Dalam saham memang niat kita untuk mencari keuntungan, namun sebenarnya ada perkara yang jauh lebih penting daripada itu, \nprotect\n modal kita dengan disiplin menjaga \ncut loss\n. Gunakan langkah ini untuk elakkan sejarah buruk seperti ini berulang kembali."}
{"url": "http://bullishbursa.blogspot.com/2020/07/bagaimana-cara-untuk-melabur-dengan.html", "title": "Bagaimana Cara Untuk Melabur Dengan Modal Hanya RM100? atau RM10?", "body": "Modal RM10: \nBEST by BIMB Investment\nSebelum ni saya kurang gemar melabur dalam \nunit trust\n menggunakan duit tunai. Antara punca utamanya adalah kerana \nsales charge \nyang dikenakan agak tinggi, mencecah 5.5% untuk setiap pelaburan. Rupanya sekarang ini BIMB Investment mengorak langkah luar biasa, memperkenalkan pelaburan \nunit trust \nmenggukan aplikasi yang dinamakan \nBEST.\n Ye \ninstall\n dekat \nphone\n je. Senang kan?\nMula-mula macam tak percaya, bila dah cuba memang betul \nzero sales charge\n, dan boleh mulakan pelaburan dengan hanya RM10. Hanya \ninstall apps\n, daftar, dan boleh terus \ninvest\n. Masukkan duit pun macam \norder \nmakanan dekat Foodpanda je. \nAdd to cart \ndan \nproceed \nuntuk bayar menggunakan FPX (\nonline banking\n).\nSaya rasa BEST ni kepada yang ingin \ndiversify\n pelaburan mereka. Macam saya, disebabkan saya melabur terus di Bursa Malaysia, jadi saya gunakan BEST untuk melabur dalam dana Sukuk. Ekuiti tu takpelah sebab saya labur sendiri je di Bursa Malaysia.\nSelain daripada itu, saya juga rasa BEST ni sesuai untuk mereka yang dah lamaaaa berniat nak 'menyimpan' atau melabur, tetapi asyik bertangguh atas alasan modal masih belum cukup. Nah dengan BEST ni RM10 pun dah boleh mulakan pelaburan. Tak seperti unit trust lain yang kebanyakannya memerlukan modal permulaan RM1,000.\nModal RM100: Wahed Invest\nWahed Invest ni mungkin dah ramai yang tahu. Konsep Wahed Invest lebih kurang macam \nunit trust\n, cuma Wahed Invest ni laburkan duit kita dengan membeli ETF. Walaupun kita boleh beli ETF secara terus di Bursa Malaysia, kelebihan Wahed Invest adalah kita boleh lakukan transaksi dengan hanya RM100, tanpa \nbrokerage fee\n. Sekiranya anda ingin membeli dengan jumlah yang kecil seperti RM100, Wahed Invest dilihat lebih praktikal. Yuran tahunan sekitar 0.79% juga dilihat munasabah. Terutama sekali bagi mereka yang melakukan banyak transaksi selama setahun, melabur secara bulanan misalnya.\nWahed Invest juga sudah membenarkan kita untuk memiliki 2 portfolio berbeza (menggunakan 2 \nemail\n berbeza). Sekiranya anda ingin mendapat \nexposure\n dalam pelaburan emas, tetapi dengan modal yang kecil, boleh juga pilih portolio Gold. Maka pelaburan anda hanya dilaburkan dalam ETF Gold. Konsep \ndiversification\n juga boleh dicapai dengan Wahed Invest.\nKepada yang baru nak buka akaun Wahed Invest, boleh \ninstall\n sahaja aplikasi Wahed Invest di phone masing-masing. Waktu pendaftaran (buka akaun), boleh masukkan \nreferral code\n SHASAL22 untuk anda mendapat bonus RM10 setelah anda memasukkan deposit RM100 ke dalam akaun Wahed Invest anda nanti.\nCadangan untuk diversify pelaburan anda\nLabur saham di Bursa Malaysia (buka \nakaun CDS\n)\nLabur sukuk di BEST\nLabur ETF US Stocks di Wahed Invest\nLabur ETF Gold di Wahed Invest"}
{"url": "http://bullishbursa.blogspot.com/2020/07/cara-menggunakan-klse-journal-online.html", "title": "Cara Menggunakan KLSE Journal, Online Trading Journal Pelaburan Saham", "body": "Bulan lepas saya ada kongsikan cara untuk membina trading journal sendiri dengan menggunakan Microsoft Excel. Mungkin ada yang bertanya, ada tak cari yang lebih mudah untuk rekodkan trading yang kita buat? Sekarang dah ada jawapannya. Anda boleh explore klsejournal.com\u00a0\nTrading Journal ini sesuai untuk pelabur baharu ataupun bakal pelabur yang masih belum mempunyai akaun CDS, ataupun masih belum berani trade menggunakan duit sebenar. Pada yang sedang menunggu akaun CDS siap juga, boleh gunakan trading journal ini untuk mengasah skil memilih saham sebelum akaun CDS sebenar anda siap.\nJom tonton video tutorial ini"}
{"url": "http://bullishbursa.blogspot.com/2020/07/cara-nak-buat-paper-trade-menggunakan.html", "title": "Cara Nak Buat Paper Trade Menggunakan BursaMKTPLC", "body": "Mungkin ada di sini yang telah pun menghadiri mana-mana kelas pelaburan saham dan seterusnya bersemangat untuk buka akaun CDS. Tetapi, lambat pula akaun CDS nak siap. Maka semangat yang berkobar-kobar tadi pun semakin sejuk.\nSebenarnya walaupun akaun CDS masih belum siap, anda dah boleh mulakan langkah untuk mengasah skil memilih saham. Biasanya dipanggil \nPaper Trade\n, ataupun trade olok-olok, ataupun \ntrade\n menggunakan \ndemo account\n. Sementara semangat masih membara, strategi yang dikongsikan dalam kelas saham tersebut masih segar dalam ingatan, jangan sia-siakan ilmu yang telah kita pelajari. Boleh teruskan dengan \npaper trade \ndahulu.\nSebelum ni saya pernah buat \nvideo tutorial \npaper trade \nmenggunakan investing.com\n dan cara \nold school menggunakan Microsoft Excel\n. Kali ini saya kongsikan tutorial untuk paper trade menggunakan BursaMKTPLC ataupun Bursamarketplace.\nBoleh saksikan video ini. Jangan lupa \nsubscribe \nya!"}
{"url": "http://bullishbursa.blogspot.com/2020/08/bagaimana-nak-scan-kaunter-saham.html", "title": "Bagaimana Nak Scan Kaunter Saham Menggunakan Teori The Wyckoff Method?", "body": "Richard Wyckoff adalah antara ikon awal dalam bidang \nTechnical Analysis\n. Terkenal dengan teori \nWyckoff Price Cycle \nmerangkumi \nAccumulation, Mark up, Distribution dan Mark Down\n, \nWyckoff Method\n juga cukup diminati oleh trader yang sofistikated.\u00a0\nMendalami ilmu \nWyckoff Method\n ni memang seronok. Cuma cabaran utama bagi mereka yang khatam ilmu Wyckoff ini adalah untuk mencari saham-saham yang memenuhi kriteria fasa-fasa menarik seperti penghujung \nAccumulation\n.\u00a0\nSmart Money Screener\u00a0\nSmart Money Screener\n di adaptasi daripada teori \nWyckoff Method\n ataupun menepati juga teori \nVolume Spread Analysis\n. Sekiranya anda inginkan cara mudah untuk \nscan\n atau\n filter \nsaham-saham yang memenuhi kriteria teori yang disebutkan tadi, boleh terokai screener yang dipanggil Smart Money Screener ini.\n\n\nBoleh juga tonton video tutorial penggunaan iSaham Smart Money Screener di bawah."}
{"url": "http://bullishbursa.blogspot.com/2020/08/cara-menggunakan-btst-screener-isaham.html", "title": "Cara Menggunakan BTST Screener iSaham untuk Teknik Buy Today Sell Tomorrow", "body": "Sejak blog ini mula ditulis sekitar 5 tahun lepas, entri yang mendapat bacaan tertinggi masih lagi entri bertajuk \nCara Scan Kaunter Saham untuk Dibeli\n. Dalam entri tersebut ada saya kongsikan cara yang saya gunakan untuk mencari saham-saham yang berpotensi untuk meneruskan momentum kenaikan pada hari berikutnya.\nNamun pada ketika ini, saya tidak lagi menggunakan cara manual tersebut. Sekiranya saya berminat untuk menggunakan strategi\u00a0\nBuy Today Sell Tomorrow,\n atau lebih dikenali sebagai BTST, saya terus menggunakan\n BTST Screener \nyang ada di \niSaham.my\n.\u00a0\nBTST seperti namanya dianggap sebagai satu teknik yang pantas. Beli hari ni (petang) jual esok (pagi). Sepenuhnya melihat kriteria teknikal, tidak mengambil kira fundamental syarikat. Teknik pantas seperti ini semestinya risiko kerugian juga pantas seandainya pada waktu penggunaan ianya tidak menjadi.\nCara Menggunakan BTST Screener\nCara menggunakannya \nscreener\n ini sebenarnya sangat mudah\n1. Buka BTST Screener sekitar jam 4 petang.\n2. Boleh pilih saham yang mempunyai \ntrack record\n BTST yang baik i.e. \nPrevious Accuracy\n yang tertinggi\n3. \nEntryPrice\n (EP) atau beli 1 bid di bawah \nintraday\n high, atau jangan lebih daripada harga \nMax Entry\n5. \nTarget Price \n(TP) atau jual 2 bid lebih tinggi daripada EP, ataupun sekitar 2.5% lebih tinggi daripada EP.\n6. Sekiranya tidak menjadi \nCut Loss\n pada 2 bid lebih rendah daripada EP, ataupun 2.5% lebih rendah daripada EP\nSenario Tambahan\nApa yang perlu dilakukan sekiranya berlaku beberapa senario tambahan seperti berikut\n1. Lepas beli guna BTST, saham tersebut terus hilang daripada screener.\nBoleh terus ikut rule asal BTST untuk jual pada hari esoknya, atau cut loss sekiranya jatuh lebih 2.5% daripada EP\n2. \nTheoretical Open\n (TO) \nprice\n esok harga terus gap up lebih daripada TP (2.5%)\nBoleh set Stop Limit pada harga TO, dan terus ride kenaikan sekiranya saham tersebut terus terbang tinggi. Dalam situasi saham terbang tinggi, boleh sekiranya kita ingin tukar strategi daripada S\nuper Short Term \nkepada \nShort Term\n atau \nMid Term\n.\n3. Harga tak bergerak naik melepasi TP, dan tak juga turun melepasi CL\nIni juga dianggap tidak berapa menjadi, boleh tunggu hingga sekitar 10:30 pagi, dan lepaskan pegangan pada harga pada waktu itu. Sekiranya strategi tak menjadi, jangan sekali-kali kita ubah strategi daripada \nSuper Short Term\n kepada \nMid Term.\n Tukar strategi hanya ketika kita berada dalam keuntungan.\nBTST merupakan \nscreener premium\n iSaham. Jangan risau walaupun premium, anda masih boleh mendapat akses kepada \npremium screener \nini secara percuma dengan membuka akaun CDS Mplus bersama iSaham. Boleh buka akaun tersebut dengan \nklik link ini\n.\nJom tonton video tutorial di bawah untuk mendengar penearangan lanjut mengenai \nscreener \nini... dan jangan lupa \nSubscribe\n ya."}
{"url": "http://bullishbursa.blogspot.com/2023/04/medical-card-murah-bawah-rm100-dengan.html", "title": "Medical Card Murah Bawah RM100 Dengan Lyndung: Program Perkongsian Komuniti Patuh Syariah Untuk Bil Perubatan", "body": "\"Ada tak medical card yang murah, kalau boleh bawah RM100\"\n\"Tau bagus, tapi tu la, tak mampu ni\"\nIni adalah antara pandangan yang sering saya terima sewaktu menjalankan tugas sebagai perunding Takaful sekitar tahun 2015 hingga 2021 dahulu. Pada waktu itu, sebenarnya rasa agak buntu. Apa lagi yang boleh saya lakukan untuk membantu insan di sekeliling saya. Secara peribadi saya faham betapa pentingnya aspek perlindungan dalam perancangan kewangan yang menyeluruh. Rasa agak tertekan apabila tidak dapat membantu lebih ramai untuk sama-sama memahami kepentingan ini.\nSebagai seorang individu yang memiliki sijil \nIslamic Financial Planner\n, terasa pedih apabila ada ahli keluarga sendiri pun tidak mampu untuk memiliki apa jenis perlindungan pun. Kalau diikutkan ingin saja saya menaja atau sponsor ahli keluarga yang kurang berkemampuan, namun jumlah ratusan ringit untuk seorang setiap bulan, ataupun ribuan ringgit untuk seorang setiap tahun merupakan satu jumlah yang diluar keupayaan saya juga.\nBagaimana Lyndung Bermula?\nSituasi ini menjadi pencetus kepada pelibatan saya secara serius dalam membangunkan Lyndung sejak penghujung tahun 2021 dahulu. Konsep yang berbeza dengan Insurans dan Takaful, Lyndung mengangkat model perkongsian komuniti sepenuhnya, bahagi sama rata yang lebih hampir dengan konsep khairat, seperti yang diamalkan oleh masyarakat kita di kampung-kampung satu masa dahulu.\nHasil daripada \nR&D\n yang menyeluruh dan libat urus bersama pelbagai pihak berkepentingan, akhirnya Lyndung Sdn Bhd ditubuhkan pada 14 Mac 2022. Namun ini hanya lah langkah permulaan. Banyak perkara yang harus diperhalusi sebelum Lyndung boleh dilancarkan kepada umum.\nSetelah mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan, Alhamdulillah Lyndung berjaya dilancarkan pada 28 Februari 2023. Lyndung hadir sebagai sebuah program yang paling mampu milik di Malaysia. Berhasrat untuk membantu kira-kira 78% daripada rakyat Malaysia yang masih tidak memiliki apa-apa jenis perlindungan, terutama sekali sekitar 43% daripada mereka yang menyatakan tidak mampu untuk melanggan perlindungan kesihatan.\nBagaimana Lyndung Berfungsi?\nLyndung bukan insurans ataupun takaful. Lyndung merupakan sebuah Program Perkongsian Komuniti Patuh Syariah Untuk Bil Perubatan.\nUntuk menyertai Komuniti Lyndung, kita hanya perlu membayar yuran keahlian (wakalah) sebanyak RM10 sebulan ataupun RM120 setahun. Yuran keahlian ini adalah yang termurah di pasaran. Dari awal perancangan, memang ini lah tujuan utama. Apabila kita ingin menyelesaikan masalah ketidakmampuan di kalangan masyarakat, penyelesaiannya mestilah mampu milik.\u00a0\nSetelah menyertai Lyndung, antara manfaat yang boleh ahli perolehi adalah, sekiranya ada antara ahli komuniti yang sakit, bil perubatannya akan dibahagi sama rata dengan kesemua ahli. Mirip dengan konsep khairat yang kita bincangkan tadi.\nSebagai contoh jika bil perubatan adalah RM5,000 dan bilangan ahli adalah 1,000 orang, maka setiap seorang hanya perlu menyumbangkan RM5 sahaja pada bulan tersebut.\nSekiranya tiada siapa-siapa yang sakit pula, maka tiada perkongsian yang diperlukan pada bulan tersebut. Ya perkongsian pada bulan tersebut adalah RM0!.\nBerkongsi Secara Sama-Rata\nBagaimana Jika Nilai Perkongsian Tinggi?\nSekiranya bil bulan tersebut tinggi, sebagai contoh bil RM150,000 dan ahli ada 1,000 orang, maka setiap ahli perlu sumbangkan RM150. Dalam kes sebegini, pada bulan tersebut setiap ahli hanya perlu sumbangkan RM50. Baki RM100 itu pula akan di bawa ke bulan-bulan seterusnya. Supaya aliran tunai setiap ahli tidak terganggu. Maksimum perkongsian bulanan dihadkan kepada RM50 sahaja.\nBerapa Bayaran Ketika Pendaftaran\nLyndung ada dua jenis keahlian.\u00a0\n1. Tahunan: RM120 setahun\n2. Bulanan: RM10 sebulan\nSewaktu pendaftaran, jika anda memilih jenis keahlian Tahunan, jumlah yang perlu di bayar adalah seperti berikut\n1. Yuran Keahlian Tahunan: RM120\n2. Sumbangan Perkongsian Awal: RM100\n3. Payment Gateway Fees: sekitar RM3-RM5.50\nSumbangan Perkongsian Awal berjumlah RM100 tersebut, boleh dianggap seperti kredit ataupun prepaid. Jika pada bulan seterunya setiap ahli perlu berkongsi RM5 seorang, RM5 ini akan ditolak daripada RM100 ini, dan baki akan menjadi RM95.\nDemi menjaga ketelusan program, Sumbangan Perkongsian Awal ini tidak disimpan oleh Lyndung Sdn. Bhd., tetapi dijaga oleh Syarikat Amanah (Trustee) Islam iaitu Amanah Warisan Berhad (AWARIS).\nYuran Keahlian Lyndung Adalah Yang Termurah di Malaysia\nApakah Manfaat Yang Layak Dikongsi?\nAntara manfaat utama Lyndung adalah\nPerkongsian Bil Perubatan sehingga RM1,000,000 setahun\nKhairat kematian RM5,000\nRawatan pesakit luar kanser dan dialisis buah pinggang sehingga RM200,000 sepanjang hayat\nBilik rawatan hospital sehigga RM150 sehari\nAmbulans untuk kecemasan sehingga RM250\nRingkasan Manfaat Program Lyndung\nManfaat penuh yang layak dikongsi dan perkara-perkara yang tidak layak untuk dikongsi ada di dalam perkara 7 hingga 8 di dalam \nManual Ahli Lyndung\n.\nSiapa Yang Layak Untuk Menyertai Lyndung\nSetakat ini, Lyndung terbuka kepada Warganegara Malaysia berusia antara 18 hingga 40 tahun dan tiada penyakit sedia ada. Ini hanya syarat sewaktu pendaftaran sahaja. Setelah menjadi ahli dan selagi kita aktif berkongsi, manfaat perkongsian masih boleh dinikmati walaupun umur melebihi 40 tahun.\nSyarat Penyertaan Lyndung\nMendemokrasikan Industri Penjagaan Kesihatan di Malaysia\nPelaburan wang, masa dan tenaga yang saya laburkan di Lyndung Sdn. Bhd. ini, tidak sama seperti pelaburan-pelaburan saham lain yang pernah saya lakukan. Kajian fundamental tentang perniagaan ini mengambil masa bertahun sebelum ia boleh dilaksanakan. Pelibatan saya pula sememangnya secara aktif.\u00a0\nIni kerana pelaburan kali ini, bukan ingin mencapai keuntungan dalam bentuk wang ringgit. Tetapi ingin mencapai perkara yang lebih besar, menghasilkan sesuatu yang boleh memberi manfaat kepada ramai orang. Usaha ini dilakukan untuk mendemokrasikan industri penjagaan kesihatan di Malaysia.\nMari sertai usaha murni ini dengan menyertai Komuniti Lyndung. Jika tidak melepasi syarat penyertaan, kongsikan tentang Lyndung kepada mereka yang memerlukan. Layari laman web Lyndung di \nlyndung.my"}
{"url": "http://bullishbursa.blogspot.com/2023/07/lyndung-referral-code.html", "title": "Lyndung Referral Code", "body": "Mungkin anda telah terbaca mengenai \nLyndung\n dan beminat untuk mendaftar sebagai ahli Lyndung tetapi tidak mengenali seorang pun ahli Lyndung sedia ada. Jadi bagaimana caranya untuk anda dapatkan Referral Code Lyndung untuk melakukan pendaftaran?\n\nJangan salah faham, anda masih boleh mendaftar sebagai ahli Lyndung walaupun tidak mengisi referral code tersebut. Tetapi sekiranya anda mendaftar menggunakan mod keahlian tahunan, anda layak menerima RM10 bonus dalam bentuk penambahan ke dalam baki Sumbangan Perkongsian (Pocket) anda. Menarik bukan!\n\n\n\n\nSekiranya anda tidak berjaya menjumpa referral code lain, anda boleh gunakan referral code Lyndung saya untuk melakukan pendaftaran. Isi sahaja \nshaleh859\n di ruangan referral code (if there's any) atau kod referral (jika ada).\n\n\n\n\nSelain daripada itu, anda juga boleh terus melakukan pendaftaran dengan menggunakan \nlink ini\n, referral code tersebut akan diisi secara automatik.\n\nSaya pernah kongsikan mengenai Lyndung di dalam artikel \nMedical Card Murah Bawah RM100 Dengan Lyndung: Program Perkongsian Komuniti Patuh Syariah Untuk Bil Perubatan"}